Ahad, 10 Julai 2011

MALAYSIA OH MALAYSIA...KENYATAAN MACAM SELAMA NI PILIHANRAYA TAK BERSIHLAH@TAK ADIL....

Allahyarham Baharuddin Selamat Dikebumikan (Video Inside)

HULU KELANG 10 JULAI : Jenazah Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia selepas menyertai himpunan Bersih 2.0 semalam selamat dikebumikan kira-kira jam 12.50 tengahari tadi di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur.

Hujan renyai-renyai dan air mata mengiringi upacara pengkebumian jenazah.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rusni Melan dan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.


Pada insiden semalam, Allahyarham bersama-sama sekumpulan para demonstran sedang berarak secara aman di hadapan KLCC sebelum polis mengepung kawasan itu dan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur selepas dilaporkan pengsan sebelum itu.

Lebih 500 hadirin dari pelbagai kaum hadir memberikan penghormatan terakhir dan menziarahi keluarga mangsa termasuk pimpinan Pakatan Rakyat dan ahli jawatankuasa Bersih.

Hadirin yang menunaikan solat jenazah di Surau Al-Muqqarrabin kemudiannya berjalan kaki kira-kira tiga kilometer utnuk mengiringi van jenazah ke tapak tanah perkuburan di AU4, Keramat.

Sepanjang perjalanan itu mereka membaca tahlil dan bertadbir.

Pimpinan Pakatan Rakyat dan Bersih sebelum itu menziarahi keluarga mangsa seawal jam 9 pagi termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail,Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ramai lagi.

Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah juga hadir memberikan penghormatan terakhir.

Rata-rata mereka yang ditemui media melahirkan kekesalan di atas insiden yang menimpa Allahyarham dan tindakan zalim polis dalam menghalang orang ramai berhimpun seperti yang dijamin dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan kekesalan di atas tindakan zalim polis ke atas peserta demonstrasi termasuk dirinya dan berjanji keadilan akan diberikan kepada Allahyarham dan keluarga.

" Kita akan minta peguam membuat semakan mengikut proses undang-undang dan serahkan kepada pihak peguam. Inkues wajar untuk Allayarham dan keluarga mendapat keadilan atas kezaliman Umno-BN,"kata Mahfuz.

Manakala abang sulung arwah, seorang bekas pegawai tentera, Major Bersara Mohd Kasim Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bersih dan Pakatan Rakyat yang berjuang habis-habisan demi menegakkan keadilan untuk rakyat mendapatkan sebuah pilihan raya yang adil dan bersih.

" Saya mengucapkan terima kasih kepada semua perjuangan Pakatan Rakyat yang bersusah payah bersama arwah demi mendapatkan keadilan yang sebenarnya. Sungguhpun beliau orang biasa, tetapi keinsafan beliau pergi jauh dan mendorong saya untuk memberi keterangan yang rakyat kita sekarang ada jahat dan baik,"katanya.







Al-Fatihah : Pak Uda @ Zami Ismail Meninggal Dunia Pagi Ini

Al-Fatihah : Pelakon Zami Ismail Meninggal Dunia

    June 19, 2011

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran, Zami Ismail ataupun dikenali dengan gelaran Pak Uda menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara sekitar jam 10.15 pagi ini. (Semalam – 19 Jun 2011)

Sebab kematian Allahyarham yang berusia 67 tahun ialah serangan jantung.

Sebelum ini, Pak Uda yang mula mencipta nama menerusi drama komedi, Pi Mai Pi Mai Tang Tu dilaporkan koma di wad kecemasan Hospital Selayang.

Allahyarham juga menghidapi penyakit asma dan bronkitis.

Allahyarham mula bergiat aktif di dalam bidang seni pada tahun 1980-an.

Selain Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Allahyarham berlakon dalam banyak drama, filem dan teater antaranya ialah Hantu Kak Limah Balik Tumah, Salam Pantai Timur, Teater Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu, filem Dunia Baru The Movie dan terbaru, Shh…Dia Datang arahan Saiful Apek yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Membintangi hampir 17 filem dan puluhan drama tempatan, Allahyarham pernah dinobatkan Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) melalui filem Mat Som.

Sementara, menurut laporan Bernama, anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata ayahnya meninggal pada jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung.

Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.

Ahmad Yamashita berkata ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia.

“Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar,” katanya di rumah mayat IJN.

Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler.

Opie ketika ditemui menyifatkan ayahnya sebagai seorang yang tekun dan komited dalam setiap tugas yang diberikan kepadanya sehingga sanggup ke lokasi penggambaraan walaupun ketika itu beliau kurang sihat.

“Saya dan adik-beradik yang lain pernah melarang ayah pergi ke lokasi penggambaraan, namun ayah tetap pergi secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kami,” katanya.

Presiden Karyawan Datuk Freddie Fernandez yang turut berada di IJN berkata beliau amat terkejut mendengar berita kematian Allahyarham dan menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar dalam dunia seni hiburan tanah air.

“Sepatutnya beliau (Zami) akan dijemput sebagai tetamu untuk rancangan Pesta Lawak pada Ahad depan (26 Jun). Namun setelah pemergiannya kita tetap akan mengadakan malam penghargaan untuk beliau,” katanya.

Pengarah filem dan drama, Othman Hafsham pula berkata watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitcom “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” sekitar 1980-an yang menjadi siri sitcom yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.



Layanan Istimewa Buat Tahanan Di PULAPOL...

Layanan Istimewa Buat Tahanan Di PULAPOL…

    July 10, 2011

KUALA LUMPUR – Walaupun terjadi pelbagai kekecohan sewaktu lebih 1,000 penyokong BERSIH 2.0 ditahan di sekitar ibu negara, pihak polis mengambil pendekatan bersifat kemanusiaan ketika membawa mereka ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) petang semalam.

Selain proses dokumentasi dijalankan dengan selesa, mereka yang ditahan juga diberikan makanan berbentuk ‘buffet’, diberi rawatan perubatan dan diberi peluang mendirikan solat dalam keadaan yang cukup tenang.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar proses itu berjalan;


KUALA LUMPUR –

Berikut adalah beberapa keping gambar sekitar perhimpunan Bersih 2.0.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Gambar 7

Gambar 8

Gambar 9

Gambar 10



Dunia Batinku: Menyamun Sambil Melacur

Dunia Batinku: Melacur Sambil Menyamun


Oleh SYAHRIL A. KADIR

Daripada program ‘outreach’ yang dijalankan oleh Rumah Sinar Salam, saya bertemu dengan seorang wanita pertengahan umur yang hanya mahu dikenali dengan nama Ika.

Ika sudah bergelumang dengan ‘dunia gelap’ di sekitar Chow Kit hampir 10 tahun.

Dia sendiri sehingga kini masih tertanya-tanya apakah yang menyebabkan dia boleh terlontar ke lembah yang penuh noda itu.

Ika memang berasal dari keluarga yang susah, namun mereka mempunyai ikatan kasih sayang yang sangat kuat.

Namun segalanya musnah disebabkan sikapnya sendiri yang terlalu obsess dengan kemewahan.

“ Bila saya tengok artis dalam TV, saya nak jadi macam mereka, saya nak pakai baju lawa-lawa, saya nak naik kereta mewah, saya nak tidur dalam hotel tapi semuanya itu tak mampu saya lakukan kerana sekolah pun tak habis.

“ Jadi bila teman-teman memperkenalkan dengan ‘jantan’ yang kaya-kaya, saya dah mula lupa diri, dek kerana terlalu ingin merasai kehidupan mewah, maruah saya letak ke tepi, kekadang hanya kerana terasa nak tidur di hotel lima bintang, saya sanggup diusung ke sana ke sini.

“ Saya pun hairan mana kewarasan akal yang Tuhan berikan pada saya sehingga tak mampu nak beza apa yang baik dan apa yang buruk,” menurut Ika.

Saya hanya khusyuk mencatat setiap perbualan kami dalam buku nota kecil. Saya biarkan saja apa yang nak dia cakap.

Walaupun saya sendiri seorang perokok, namun Ika lebih hebat dari saya. Di saat saya baru nak menghabiskan sebatang rokok Dunhill , Ika dah pun habiskan tiga batang rokok Sampoernanya.

Macam naga!

Kemudian perlahan-lahan saya cuba mengorek rahsia bagaimana daripada kehidupan serba mewah, Ika boleh terlontar ke celah-celah lorong di Chow Kit.

“ Ermmm…asalnya saya minta kerja jadi ‘waitress’ kat sebuah kelab dangdut kat sana, tapi gaji ciput, jadi saya minta pula kerja GRO, namun rupanya bukan mudah kerja GRO ni, saya asyik bergaduh saja dengan perempuan-perempuan yang kerja kat situ.

“ Nak kerja tempat lain kena tunggu sebulan baru dapat gaji, akhirnya saya nekad jual diri, gila kan saya?,” katanya sambil mengangkat kening ala-ala Ziana Zain.

Dunia Batinku: Menyamun Sambil Melacur

Nak saja saya jawab, memang kau gila!

Tetapi disebabkan saya perlu menghabiskan tugasan yang diamanahkan ini, saya hanya banyak mendiamkan diri, dalam erti kata lain…..layan je.

Sepanjang perbualan kami, Ika mendedahkan satu perkara yang cukup mengejutkan.

Percaya atau tidak, selain daripada melacur, para pekerja seks di situ juga ada menjalankan kegiatan jenayah khususnya terhadap pelanggan mereka iaitu menyamun!

Namun menurut Ika, kegiatan samun itu dilakukan dengan cukup licik sampai pelanggan pun tidak sedar yang mereka telah menjadi mangsa.

Menurut Ika, pada mulanya, sebaik saja tawar menawar selesai, dia akan membawa lelaki yang melanggannya ke dalam bilik khas.

Dunia Batinku: Menyamun Sambil Melacur

Katanya, di dalam bilik itu ada sebuah katil papan yang memang dibuat agak tinggi daripada biasa.

“ Dibawah katil ini akan ‘standby’ seorang kawan saya tapi pelanggan tak nampak sebab kami dah pasang cadar yang agak labuh, kemudian saya akan minta pelanggan saya menyangkut seluarnya berhampiran katil itu

“ Jadi semasa saya dan pelanggan saya sedang ‘main’, kawan yang dibawah katil ini akan senyap-senyap keluar dan mengambil dompet yang berada dalam seluar pelanggan tersebut…memang licik, percayalah, pelanggan tak akan perasan,” katanya dengan muka tak bersalah.

Menariknya, menurut Ika, polis tidak pernah berjaya mengesan perbuatan mereka kerana belum ada mangsa yang berani membuat laporan berhubung kejadian itu.

“ Dah tentu mereka (mangsa) malu nak buat laporan, apa diaorang nak jawab kalau polis tanya apa awak buat kat situ , bila naik mahkamah lagi kecoh, silap haribulan satu dunia tahu yang dia pergi cari pelacur hahahahaha,” katanya sambil ketawa .


PRU-13: Najib akan bubar Parlimen sebaik Umno sudah sedia

July 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja parti pimpinannya sudah bersedia.

Sehubungan itu, Presiden Umno meminta ahli-ahlinya agar bersatu padu bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Kita akan menunjukkan bahawa Umno adalah (parti) terbaik di dunia... Hidup Umno! Hidup Barisan Nasional! 1 Malaysia!” kata Najib (gambar) yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada program Majlis Penerangan Perdana Menteri di sini hari ini.

Majlis itu diadakan sehari selepas perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung di ibu negara.

Kira-kira 6,000 orang terdiri daripada ahli Umno, pertubuhan bukan kerajaan dan wakil syarikat berkaitan kerajaan menghadiri program setengah hari ini, yang berkisar pada perkembangan semasa khususnya perhimpunan anjuran Bersih 2.0.

Pemerhati melihat pertemuan pagi ini digunakan untuk menyegarkan semangat ahli-ahli Umno menjelang pilihan raya umum ke-13.

Semalam, Bernama menafikan penghantaran teks pesanan kononnya mengenai pembubaran Parlimen esok.

Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata: “Kami kesal kerana beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan keluar dengan menggunakan SMS untuk memanipulasi minda rakyat dengan matlamat mewujudkan keadaan huru-hara dan kekeliruan sambil merancang niat tersembunyi mereka.”

“Kami menggesa mereka yang telahpun menerima SMS kononnya mengaitkan Perdana Menteri dengan dakwaan pembubaran Parlimen Isnin ini (esok) supaya mengabaikannya sama sekali,” katanya.

Yong berkata Bernama akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebar SMS palsu dan melampau itu.

Spekulasi bahawa Najib akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sudah lama kedengaran, tetapi ia terus meleset.

Yang terbaru menyebut ia akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh setahun ini mengambil kira perkembangan semasa termasuk keputusan pilihan raya umum Sarawak April lalu.

Dewan Tertinggi BN mengadakan mesyuaratnya dua minggu lalu, tetapi difahamkan belum ada bayangan pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil dalam masa enam bulan ini.

BN mempunyai mandat sehingga April 2013.

Pasca-Bersih: Anwar minta Najib tidak bohongi rakyat

July 10, 2011
Anwar Ibrahim berucap pada majlis dialog profesional muda di Petaling Jaya petang ini sehari selepas perhimpunan Bersih 2.0.
PETALING JAYA, 10 Julai — Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pesaing politiknya Datuk Seri Najib Razak hari ini agar meneliti dengan berhati-hati ketegangan di peringkat akar umbi ekoran kejayaan Himpunan Bersih 2.0 semalam, dan tidak cuba menutup kebenaran dengan pembohongan.

Sehubungan itu Ketua Pembangkang ini berkata pentadbiran Najib cuba membohongi rakyat dengan memberikan maklumat tidak betul mengenai sambutan penyertaan dalam perhimpunan anjuran Bersih 2.0 semalam.

Ketika bercakap pada sesi dialog profesional muda di sini, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini ditanya sama ada Malaysia kini di ambang “Revolusi Bunga Raya” - merujuk kepada bunga kebangsaan.

“Kita tiada keyakinan (ke atas kerajaan), jadi adalah penting bagi Najib mempertimbangkan dengan serius, kita dekat dengan (satu revolusi),” kata Anwar sambil menambah ketegangan kaum juga meningkat.

Kemudian Anwar bercakap kepada pemberita bahawa Najib selaku perdana menteri seharusnya “mendengar dan tidak terlalu angkuh dengan menggunakan kekerasan menerusi pasukan polis.”

“Rakyat sudah tidak sabar. Mereka telah menyerahkan memorandum, malah mereka juga telah menghadap Agong. Apa lagi mereka boleh lakukan?” katanya lagi.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan akan diadakan satu lagi perhimpunan selepas kejayaan mengumpulkan ribuan penyokong Bersih 2.0.

“Kami belum membincangkan perkara itu, tetapi kami tidak menolak opsyen-opsyen kami,” katanya.

Pagi tadi ketika bercakap pada pertemuan dengan kepimpinan Umno bahagian, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan, Najib yang juga Presiden Umno mendakwa Anwar adalah dalang dan petualang sebenar di sebalik penganjuran perhimpunan semalam.

Najib menyifatkan perhimpunan anjuran pertubuhan tidak berdaftar Bersih 2.0, merupakan rancangan terdesak Ketua Pembangkang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.

Dipetik Bernama Online, Najib yang juga Presiden Umno berkata, Anwar tergugat dengan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap kerajaan berikutan pelbagai dasar pembangunan ekonomi yang telah dilaksanakan.

Pengerusi BN itu beliau berkata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sanggup menggorbankan prinsip dan mengetepikan agama dan bangsa asalkan dapat mencapai impiannya menjadi Perdana Menteri.

“Dia tahu kalau dia tak lakukan sesuatu, kita (Barisan Nasional) akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Ini merupakan peluang terakhir baginya (Anwar). Bila orang tahu ini peluang terakhir, mereka akan buat segala-galanya, baik atau tidak,” katanya.

Najib juga mendakwa Anwar sengaja hendak menjejaskan imej negara dan menunjukkan kepada dunia yang Malaysia ini tidak demokrasi dan sebaliknya cuba menunjukkan dirinya sebagai seorang yang baik.

“Perangai hodoh ini tidak pernah ubah dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Beliau berkata Anwar mahu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi pemilihan PKR juga dicemari pelbagai skandal.


Mahfuz, Salahuddin buat laporan cabar polis tangkap mereka esok

July 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Julai — Sambil menyifatkan tanggal 9 Julai sebagai hari pembunuhan dan pengebumian demokrasi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan rakannya Salahuddin Ayub mahu membuat laporan polis mengenai tindakan polis menahan mereka di ibu negara, semalam.

Mahfuz (gambar), Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa selain pembunuhan demokrasi, semalam juga merupakan hari kematian seorang pejuang demokrasi, Allahyarham Baharuddin Ahmad.

“Dia mati sebagai seorang pejuang yang ingin hidupkan demokrasi di Malaysia. Saya juga percaya, setiap kegelapan yang berlaku, pasti akan ada cahaya kebahagiaan untuk masa depan Malaysia,” katanya selepas berarak mengiringi jenazah Baharuddin ke tanah perkuburan Islam Lembah Keramat AU4 tengah hari tadi.

Mahfuz turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tampuk pimpinan kerajaan yang tidak menunjukkan sikap keterbukaan ke atas Himpunan Bersih 2.0.

Mahfuz dan Salahuddin merupakan antara 1,401 orang yang ditahan semalam kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Malah mereka juga merupakan sebahagian daripada 91 individu yang dilarang memasuki ibu negara semalam.

Semalam, Bersih juga mengisytiharkan seramai 50,000 orang menyertai Himpunan Bersih 2.0.

“Mereka (pentadbiran Najib) tidak menunjukkan sikap keterbukaan mereka dan berjaya memperalatkan pihak keselamatan demi untuk memenuhi nafsu pemimpin Umno dan BN,” tegasnya.

Tamba Mahfuz, kejadian yang menimpa Himpunan Bersih 2.0 semalam harus dinilai sewajarnya oleh masyarakat untuk menamatkan penguasaan kerajaan yang membunuh demokrasi dan pejuang demokrasi di Malaysia.

Mahfuz juga berkata, esok beliau bersama Salahuddin akan membuat laporan polis berhubung tangkapan yang dibuat semalam.

Jelas beliau, “laporan polis yang akan dibuat adalah untuk menuntut ganti rugi malu dan kesusahan hati saya, anak-anak saya dan isteri saya.”

“Selepas laporan dibuat, saya akan serah kepada peguam untuk memulakan proses tuntutan,” katanya sambil menambah, beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini.

Semalam, pemimpin Pakatan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) ditangkap polis di KL Sentral.

Selain mereka turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu.

Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavesan mahu Suhakam mengadakan siasatan segera berhubung kekerasan polis terhadap mereka yang menyertai perhimpunan anjuran pihaknnya.


Perkecil perhimpunan Bersih, Najib kata Umno tak takut pilihan raya adil

TERKINI @ 03:26:21 PM 10-07-2011
July 10, 2011
Suasana di Dewan Merdeka ketika Najib berucap pada majlis Majlis Penerangan Perdana yang dilihat diadakan sebagai respons kepada perhimpunan Bersih 2.0. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Datuk Seri Najib Razak pagi ini memperlekeh dan mengetepikan impak Himpunan Bersih 2.0 yang diadakan semalam dengan menegaskan, Umno pimpinannya tidak bimbang untuk mengadakan pilihan raya bersih.

Dalam ucapannya yang berkobar-kobar dan lantang di hadapan 6,000 ahli Umno, badan bukan kerajaan dan pertubuhan silat, Perdana Menteri memperkecilkan kehadiran penyokong Bersih 2.0 semalam sambil mengatakan bahawa Umno sebenarnya boleh mengatasi Bersih 2.0 sekiranya mereka meneruskan perhimpunan jalanan.

Bersih 2.0 membatalkan perhimpunan jalanan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Selasa lalu dan janji Najib bahawa mereka boleh mengadakan perhimpunan di stadium jika mahu.

“Jangan ragui kekuatan kami. Umno ada tiga juta ahli. Jika kami dapat himpunkan sejuta ahli, ia lebih daripada cukup, kami boleh menawan Kuala Lumpur.

“Jika kami hendak mencetuskan huru-hara, kami boleh. Tetapi kami mahu mempertahankan undang-undang Malaysia, kami mahukan keamanan,” kata Presiden Umno pada perhimpunan yang diadakan di Dewan Merdeka, PWTC sehari selepas Himpunan Bersih 2.0, kempen yang dilihat menjadi ujian kepada pentadbiran beliau.

Ucapan Najib, yang menjadi perdana menteri dan presiden 27 bulan yang lalu, berkisar pada perhimpunan Bersih 2.0 dan tuntutan gabungan itu agar diadakan satu pembaharuan pilihan raya yang adil dan bersih.

Semalam, Pergerakan Pemuda Umno juga mengadakan perhimpunan balas memprotes Bersih 2.0 atas nama gerakan “Patriot”.

Najib berkata meskipun Bersih 2.0 menjanjikan kehadiran 500,000 orang tetapi tidak sampai 10,000 orang yang menyertai perhimpunan semalam.

Seperti semalam, beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang tidak menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan pihak berkenaan sebagai “majoriti senyap.”

“Ini sebahagian daripada kekuatan Umno, kami menghimpunkan 6,000 ahli di sini hari ini dalam tempoh yang singkat . . . mereka menunggu isyarat, mereka bersedia untuk melakukan apa sahaja,” kata Najib kepada pemberita selepas itu.

Dalam ucapannya, Najib juga mengucapkan terima kasih kepada setiap yang hadir pada majlis yang dikenali sebagai “Majlis Penerangan Perdana” dengan berkata pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk pertubuhan silat bersedia untuk mempertahankan negara sehingga titisan akhir darah.

“Jika anda sebut atau persoal mengenai Islam, mereka akan bangkit,” katanya.

“Jangan (menyebabkan) kami memulakan demonstrasi jalanan. Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),” kata Najib dengan disusuli laungan sokongan kepada ketua sayap itu.

Kesemua pemimpin kanan Umno termasuk timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan setiausaha agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hadir.

“Anda tidak mahu Wanita Umno pergi ke jalanan, jika tidak kami juga telah bertindak begitu,” kata Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada Najib pada sidang media yang diadakan itu.

Najib juga berkata, kerajaan sangat serius untuk memperbaiki proses pilihan raya semasa dan salah satu bukti ialah memperkenalkan sistem biometrik.
Juster kata Najib, pentadbirannya mengamalkan demokrasi tulen.

“Umno tidak bimbang (mengadapi) pilihan raya adil,” kata Najib.


Bersih 2.0 mahu Suhakam siasat tindakan polis

July 10, 2011
Pemimpin Bersih 2.0 (dari kiri) Maria Chin Abdullah dan S Ambiga berbual dengan Mohamad Sabu dengan diperhatikan oleh Lim Kit Siang setelah menziarahi keluarga Baharuddin pagi tadi. — Foto Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavesan mahu Suhakam mengadakan siasatan segera berhubung kekerasan polis terhadap mereka yang menyertai perhimpunan anjuran pihaknnya di ibu negara semalam.

Beliau berkata, kejadian semalam tidak wajar berlaku dan ini merupakan masa untuk Suhakam bertindak.

“Apa yang berlaku semalam tidak patut terjadi. Saya telah pun berbincang dengan Suhakam dan mereka akan buat tindakan lanjut,” katanya selepas menziarahi mangsa yang mati akibat sesak nafas semasa himpunan Allahyarham Baharuddin Ahmad.

Ambiga turut menyifatkan Baharuddin, ahli PAS kawasan Setiawangsa sebagai seorang hero kerana mati ketika berjuang.

Selain itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang cedera di lutut kanannya memberitahu, himpunan semalam disifatkan berjaya dengan kehadiran dalam jumlah yang besar walaupun pihak polis menutup hampir semua jalan ke ibu negara.

“Polis bertindak kasar dengan memukul, menendang sehingga ada yang terbunuh akibat sesak nafas dengan gas pemedih mata, ia menunjukkan tahap polis kita seperti di dunia ketiga,” katanya yang datang dengan berkerusi roda.

Tambah beliau, suasana huru-hara yang disaksikan semalam sudah pasti dapat dielakkan jika pihak polis memberi peluang kepada mereka untuk berjalan dan berhimpun secara aman.

“Kalau mereka bagi peluang berjalan, dua atau tiga jam dah boleh selesai. Ini juga menunjukkan pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) sangat primitif dan tidak bertamadun. Ia disaksikan oleh dunia yang mana orang ramai yang tidak bersenjata, berhimpun,” katanya.

Mengenai kecederaan pada lututnya, Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan “Mat Sabu” berkata, kecederaan yang dialami tidak serius tetapi menyukarkannya untuk berjalan.

Katanya,”kalau saya duduk begini (di atas kerusi roda) tak sakitlah. Tapi kalau saya berjalan rasa sakit kerana legimen rosak. Untuk sembuh ambil masa sehingga dua, tiga minggu juga.”

Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam mengenai tindakan selanjutnya yang akan diambil.

Laporan semalam menyebut beliau ditahan setelah berlaku pelanggaran membabitkan kereta polis semasa dalam perjalanan ke Masjid Negara.

Beliau juga menambah, pihaknya akan terus berjuang untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan menyerahkan kepada Bersih untuk langkah seterusnya. Selain beliau turut ditahan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dua naib presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Naib Presiden PKR Tian Chua dan ahli jawatankuasa eksektutif DAP Ngeh Koon Ham serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa juga ditahan.





Tiada ulasan: