Isnin, 25 Julai 2011

APA TAKUT PEMBANGKANG...KARTUN DAN WARNA KUNING .TAKUTLAH SEKSAAN ALLAH KERANA MENIPU..RASUAH..ZALIM DLL. MASA KAN TIBA..

MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi
Jul 25, 11 4:06pm

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

NONEMenurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Dakwaan itu bagaimanapun belum dapat disahkan buat masa ini. Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya setakat ini belum berhasil.



  • Syukur Muhamad · Sepang, Malaysia
    "Dakwaan itu bagaimanapun belum dapat disahkan buat masa ini".

    alamak malaysiakini, dah sahkan baru la post! ini macam punya pemberitaan pun ada ka? hancusss!
    • Zahir Razali · Pengulas Tertinggi · Friends with Noor Ra
      dari DrMAZA<>.untuk Malaysia sampai ke peringkat ini adalah hasil sumbangan dan jasa dari pelbagai pihak..parti-parti politik antara yang memainkan peranan penting..PAS mempunyai sumbangannya di sudut check and balance bagi mengawal perilaku pemerintah..UMNO yang telah memerintah negara sejak merdeka jasanya juga bukan sedikit sehingga kita dalam beberapa sudut lebih baik dari negara-negara lain..hasil sumbangan dan jasa semua pihak; kerajaan dan pembangkang rakyat menikmati kebaikannya..sempena menjelang ramadan; lunakkan hati dan murnikan jiwa, kita berterima kasih kepada sesiapa yang ikhlas dan jujur..
    • Mohd Rejab Ahmad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Own business
      kalau dalam utusan dan bharian,ayat seperti yg ditulis olih malaysikini tak akan dicatit walaupun apa yang dicatit olih wartawan adalah berdasar sumber.
    • Sin Taq · Pengulas Tertinggi · Lyon, France
      yg dok menjalar rata komplek melepak, merempit bohsia bohjan,minum arak tak tau nak mengucap tu tak teringin ka MKN nak ambik tahu. Yg ni lg menggugat keselamatan dan keamanan negara
  • Asyraf Corrigan · Pengulas Tertinggi · UTM
    JPM dah terdesak... hanya ini cara utk menyekat pandangan Dr Asri.... BN oh BN... ko buat la apa ko ndak... rakyat pun tgk tv3 je skrg ni jadi bodoh je... berita ni sah tak masuk tv3.
  • Cik Alya · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Special Branch - Ada Berani ke nak tanya? haha
    Asalkan mereka tak hasut rakyat jadi wahabi sama. Dan jangan jadi extremis wahabi. Cukup.
    • Rhazes Marcus · Pengulas Tertinggi · Johor Bahru
      wahabi pun x mcm dorg ni...
    • Ismi Hafiz · Bekerja di Student
      aku rasa imam makkah pun x tau bila masa dia masuk mazhab wahabi..wallahu a'lam
    • Ck Din · Pengulas Tertinggi · Sabah, Malaysia
      tahu ke apa dia wahabi tu...wah habibi...ke..di Mekah keseluhuran amalan Wahabi..tak lama lagi org Malaysia diharam g mekah kerana wahabi...
  • Chegu Fakta Auta · Friends with Awang Gagah
    aikk

    "Dakwaan itu bagaimanapun belum dapat disahkan buat masa ini. Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya setakat ini belum berhasil".

    BELUM DISAHKAN

    TETAPI TAJUK UTAMA.

    MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi.

    nota :-

    Malaysiakini jangan buat dakwaan semborono.
    bahayo

    majlis keselamatan negeri.

    bukannya mcm majlis keselamatan kampung!
  • Ibn Abd Halim · Pengulas Tertinggi · DTC
    Aku dah agak dah. Selagi Islam dibajak selagi itulah akan timbul berbagai-bagai tohmahan. Nampaknya Iblis setakat ini berjaya mengharu-birukan orang Islam melalui konco-konconya dalam parti pemerintah.

    Kalaulah betul apa yang dikata kenapa Kementerian Luar tidak memanggil duta Arab Saudi dan membuat bantahan? Kita nak tengok apa reaksi Kerajaan Arab Saudi. Kemudian datangkan bukti-bukti yang nyata. Jangan buat tuduhan untuk kepentingan beribadi atau politik.

Portal berita tak termasuk dalam majlis media k'jaan
Aidilla Razak
Jul 25, 11
3:07pm
Portal berita tidak akan dimasukkan dalam majlis perundingan media, yang dicadang dipengerusikan bersama oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ini menurut cadangan yang dihantar kepada ahli-ahli terpilih berserta jemputan untuk menghadiri mesyuarat pertama mengenai perkara itu, yang dijadualkan di ibunegara pada jam 4.30 petang ini.

Portal berita seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Free Malaysia Today dan Merdeka Review, tidak termasuk, tetapi sebaliknya cadangan itu memasukkan persatuan penulis blog - Blog House - sebagai wakil "media baru".

NONEAntara ahli jawatankuasa Blog House ialah wartawan veteran Datuk Ahiruddin Atan dan bekas perdana menteri yang kini penulis blog, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penaungnya.

Anggota kanan kerajaan yang dicadang menganggotai majlis tersebut termasuk ketua setiausaha Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Kamaruddin Siaraf dan ketua setiausaha KDN, Datuk Mahmood Adam sebagai timbalan pengerusi bersama.

Turut disenaraikan ialah penasihat perdana menteri, setiausaha akhbar, setiausaha Majlis Keselamatan Negara, dan 20 pegawai kanan dari dua kementerian berkenaan, termasuk dari Jabatan Halehwal Khas (JASA).


  • Fasya Zainal · Pengulas Tertinggi
    blog bukan media la... adoi aiii. Blog adalah pendapat peribadi. Malaysiakini ranking no 1 online pun tak diiktiraf? Telus ke usaha kerajaan ni? Berpuak2 plak :( Hmmm.... aku rakyat yg kecewa....!
  • Asyraf Corrigan · Pengulas Tertinggi · UTM
    ambik la malaysia ni setakat korang berkuasa... tunggu dah jatuh nanti semua akan dibongkar...
  • Malvin Rokilin Mahuda · Pengulas Tertinggi · Petaling Jaya, Malaysia
    Ini lah petanda pemimpin barisan nasional dan umno kepimpinan mereka semakin terhakis, dan mula tidak terdaya, semakin terhimpit oleh suara rakyat... percaya atau tidak, kita tunggu dan lihat, satu hari nanti ada di antara pemimpin umno bn ni yang seakan kesejuakan atau seakan demam kuning waktu berucap di atas pantas.kita imbas kemabli saat2 datuk haris salleh -bekas Ketua menteri sabah dari parti berjaya.sewaktu tiba giliran dia mengundi, kedudukan butang baju dia sudah tidak seimbang, ada yang tidak kena butang sebab sebelah baju yang ad butang tu lebih menurun ke bawah.mana kala songkok hitam dia tu pula singit semacam saja...bila keluar keputusan pilihanraya...parti berjaya kalah teruk di tangan pbs. itu yang Dr.Mahathir marah sampai bawa dir ke pakistan tu.bila Musa Hitam terima Joseph Pairin kitingan jadi ketua menteri sabah.mahathir terus pecat dia jadi TPM.
  • Pejuang Sambilan · Pengulas Tertinggi · Accountant di Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
    Rais Yatim dan Hishamuddin, kau kawal lah apa yang kau boleh kawal, tetapi kau tak akan dapat mengawal 'kepintaran' rakyat mendapatkan berita yang sahih/benar/terkini dari media alternatif @ portal berita!
  • Ibrahim Harun · Pengulas Tertinggi · Pengurus di My Father
    nampak bengap jer,, itu ini semua nak dipolitikkan, mulalah rakyat bwhan nie nampak politik ini kotor... bangang BN nih...

Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL
Salhan K Ahmad
Jul 25, 11
1:29pm

Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu.

Sedangkan, pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah Allahyarham pada malam 9 Julai lalu, kata seorang anak mangsa berkenaan, Mohd Nasrul.

"Saya tertanya-tanya, kenapa kami belum dapat lagi (laporan bedah siasat), tapi polis dah keluar kenyataan," kata Mohd Nasrul, 22, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau juga enggan memberikan komen lanjut berhubung kecederaan yang dialami mangsa berkenaan memandangkan keluarganya masih belum menerima laporan tersebut walau telah berkali-kali mendesak hospital berkenaan.

Namun, polis telahpun menafikan dakwaan bahawa pasukan berkenaan telah melakukan keganasan ke atas Allahyarham Baharudin manakala kecederaan dialami mangsa itu pula berpunca daripada rawatan yang diberikan ke atasnya.

Seorang pegawai kanan Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada Jumaat lalu dilaporkan sebagai berkata, tulang rusuk mangsa yang patah itu juga "mungkin" disebabkan oleh rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.

Gigi lelaki berusia 58 tahun itu pula "mungkin" patah disebabkan tiub yang dimasukkan ke dalam mulut lelaki berkenaan bagi tujuan "menyedarkannya semula."

Salleh turut mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.

Ketika ditanya, anak mangsa berkenaan bagaimanapun pantas menjawab, beliau tidak akan memberikan komen selagi belum melihat laporan bedah siasat berkenaan.

"Kami pun tak dapat laporan bedah siasat, sebab kematian pun tak tahu. Jadi tunggu keputusan bedah siasat dahulu baru kami boleh komen," kata Mohd Nasrul lagi.

Tambahnya, pihak Hospital Kuala Lumpur memberitahu beliau bahawa keluarga mangsa tersebut hanya akan menerima keputusan berkenaan dalam tempoh "empat hingga enam minggu lagi."

Anggota keluarga Allahyarham sebelum ini mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan juga kepada Ketua Polis Negara, mendakwa kecederaan yang dialami mangsa itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.


  • Adib Saat · Legal Assistant di Faaiz & Norilham
    Nyawa orang bukan mainan, ia akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak... Bayangkan itu abangmu, itu adikmu, itu ayahmu wahai polis...
  • Wali Sulam · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR
    NAMPAK BENO NIPO NYE...BODOH LA POLIS....NYAMWA ORANG MCM NYAWA NYAMUK JEK.....
    • Taguci Paradox · Pengulas Tertinggi · Smk Sultan Abdullah
      klu la..aruah yg berbadan tegap blh patah 3tulang rusuk mgunakan CPR bagai mana pula klu dgunakan untuk org kurus atau org perempuan!!..mau lee remuk habis...jawb nyer....mati laaa smua pesakit yg munakan CPR tuuuu...
    • Azizul Khaidirl · Pengulas Tertinggi · Executive Aset Management/Logistics/ security di Agensi Bawah KSM
      saya bukan bercerita mengenai poilitik taksub atau politik bengong yer..saya bercakap atas dasar kesihatan!!!Orang yang specialist tahu caranya...kalau orang yang xtahu caranya atau masih baru dalam mengamalkan 1st aid, sememangnya berpotensi menyebabkan patah tulang rusuk..selain itu, pengamal 1st aid juga sendiri perlu jauh dari masalah sesak nafas atau lelah, mahupun sakit jantung, sebab dia akan membahayakan diri sendiri kalau cuba membantu mangsa yang memerlukan CPR.
    • Bugis JB · Pengulas Tertinggi
      azizul ..sangat setuju,,adik saya terlibat dalam bidang perubatan..dalam ikhtiar untuk menyelamat salah seorang pesakitnya....hingga patah tulang rusuk semasa prosess CPR (mungkin adik saya masih kurang pengalaman lagi)...jadi yang ini kita yang kurang arif baik diam takut jadi fitnah nanti..cuma bila posr mortem report dilewatkan bermakna sesuatu sedang di sembunyikan atau sedang cuba di ubah oleh pihak-pihak2 tertentu..
  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    - Polis Malaysia polis yang terbest di dunia - siapa cakap? geng umno dan polis sendiri.
    - Polis malaysia bukan sahaja pandai tangkap pendemo , juga cekap cabut gigi. - Siapa cakap rakyat.
    - Polis Malaysia pandai mendera orang hinggal mati terseksa - Siap cakap - Rakyat , tapi apa geng umno kata mereka bertangung jawap dalam kerja mereka, bukan bertanggung jawap atas mangsa.
    • Suhana Ibrahim · Pengulas Tertinggi · Sendiri bos sendiri kuli di CRM Secret
      Sdr Jangnada, bercakap jgn terlalu takbur. Tiada siapa pun yg blh berkuasa selamanya melainkan Yg Maha Esa. Kalau hari ini kita boleh berkuasa dan berada dipuncak dunia, tak mustahil hari esok kita boleh berada di tempat yang paling hina. Semuanya atas ketentuan dari Pencipta. Fikir dulu seblm berkata.
    • Jangnada Rafi S · Pengulas Tertinggi · Owner di Gagasan pasir besarenterprise
      Suhana Ibrahim..bagus ucapan kamu dan syabas..macamnilah beri pendapat yang baik,lembut bahasa,berkias tanpa menyakitkan atau mengAIBkan sesiapa...bagus,bagus,bagu​s...!!!menangislah kau antimamak mamak...kesian mamak merapu tengah injet insulin kencing manis !!
    • Deen Musin · IKML/GMI
      Jangnada Rafi S..NAH AMBIK TULANG NI..MAIN JAUH2.
  • ضامام Dhamam · Pengulas Tertinggi · Freelance Photographer di Afghanistan
    Yang benar hanyalah laporan dari pihak Polis! Lain-lain laporan adalah tidak boleh di percayai! :)
  • Din Gombak · Pengulas Tertinggi · Friends with Sal Mohamad
    Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
    • Al Muin
      This is Mxxxxsxxn police. We're even much better off than the IDF. And for god sake we're very professional. Never doubt us, you only have yourself to be blame
    • Amri Zaxx · umur 32 tahun
      org berkuasa yg beriman akan menggunakan kuasanya selari dgn tuntutan syariat.... manakala org gila kuasa akan menggunakan kuasanya untuk mempertahankan kuasanya walaupun menyalahi syariat.... p/s agak2 sama dak.... hi...hi...

Pemuda PAS: Akhirnya SPR akui pengundi hantu
Jul 25, 11 1:03pm

Kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'klon' dalam daftar pemilih secara tidak langsung merupakan pengakuan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud, dakwa Pemuda PAS.

NONE"Ini merupakan kenyataan 'u-turn' (pusingan-u) SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui, malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya," kata pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan (kanan) juga berkata, pengakuan itu dianggap kejayaan kepada BERSIH 2.0 apabila pembersihan daftar pemilih termasuk antara lapan tuntutannya.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan 'klon' dalam daftar pemilih.

Sehubungan itu, jelasnya, SPR sentiasa menggesa pengundi untuk tampil memeriksa pendaftaran mereka selain mengharapkan kerjasama parti politik untuk membersihkannya.

Beliau menjawab persolaan yang ditimbulkan Suhaizan sebelum itu berhubung dakwaan pendaftaran berganda di Baling dan Kuala Nerang.

Boleh batal kemenangan

Wan Ahmad (bawah, berkemeja biru) juga berkata, SPR tidak dapat mengeluarkan nama terbabit tanpa pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara, lapor The Star.

Dalam kenyataan hari ini, Suhaizan juga mengkritik proses pembatalan data bertindan yang didakwa memerlukan proses rumit.

wan ahmad wan omar EC secretary in k berangIni kerana Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 menyatakan daftar yang sedia berkuatkuasa menjadi keterangan prima facie bagi menentukan sama ada seseorang berhak mengundi.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata, jika pilihan raya diadakan pada waktu terdekat, ia akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya. Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu suruhanjaya diraja mengkaji sistem perjalanan pilihan raya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor.


CRNI: Kartun 'haram' tepati standard antarabangsa
Jul 25, 11 11:14am
Walaupun mahkamah mengekalkan pengharamannya, Jaringan Antarabangsa Hak Kartunis (CRNI) tetap beranggapan bahawa karya kartunis terkenal Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar menepati standard antarabangsa.

Sehubungan itu, pengarahnya Dr Robert Russell berkata, CRNI menyuarakan kebimbangan tehadap keputusan itu yang dianggap memberi lesen kepada kerajaan "bertindak lebih keras" terhadap Zunar dan kartunis editorial lain.

NONE"Dalam jangka masa panjang, kekangan terhadap kebebasan bersuara adalah lebih mengancam ketenteraman awam berbanding karya seorang kartunis yang mendidik publik," kata Russell (kiri).

Beliau juga mendakwa, dengan penghakiman itu, mahkamah turut meminggirkan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persektuan.

"CRNI menggesa Malaysia dan mahkamah Malaysia menghormati kebebasan bersuara kepada semua rakyat Malaysia dan mengkaji semula keputusan mahkamah pada 14 Julai lepas," katanya lagi.

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 14 Julai lalu mengekalkan keputusan pengharaman oleh menteri dalam negeri ke atas beberapa buku Zunar.

Hakim Rohaya Yusuf turut mengenepikan semakan kehakiman yang dikemukakan oleh syarikat yang mewakili kartunis berkenaan, Sepakat Efektif Sdn Bhd serta penerbitnya Mkini Dotcom Sdn Bhd.

NONEKatanya, beliau memutuskan bahawa langkah menteri berkenaan dalam mengharamkan buku tersebut adalah betul, dengan mengambil kira sensitiviti di negara ini.

Dalam kenyataan hari ini, Russell menegaskan bahawa "tidak ada yang lebih benar dari kebenaran" kerana kedua-dua buku itu - 1Funny Malaysia dan Perak Darul Kartun - memfokuskan kepada isu penting yang menjadi perhatian orang ramai.

Jaringan antarabangsa yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu pada 7 Julai lalu menganugerahkan penghargaan dalam bidang kartun editorial kepada Zunar (atas).

CRNI mewakili lebih 600 kartunis di seluruh dunia dengan 21 kerjasama dengan negara membangun di Eropah, Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Tiada ulasan: