Rabu, 20 Julai 2011

ADA SATU HUKUM DAN MAHKAMAH YANG SAPE TAK BOLEH LARI DAN NGELAT...HUKUM DAN MAHKAMAH ALLAH..KITA TENGOK SIBONGKAK DAN SITAKBUR NI SAMA2...

Hiew: Ke mana pergi simpanan rizab Sabah?
Gary Louis Supi
Jul 20, 11
12:08pm


Penasihat DAP Sabah Dr Hiew King Cheu melahirkan rasa terkejutnya dengan jumlah simpanan rizab kerajaan negeri Sabah sebanyak RM3 bilion yang diumumkan baru-baru ini.

NONEPengumuman Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dalam salah satu mesyuarat kerajaan baru-baru ini bukan sahaja mengundang rasa terkejut Hiew (kiri), tetapi beliau juga hairan akan jumlah tersebut yang jauh kekurangan jika dibandingkan dengan kepelbagaian hasil sumber alam semulajadi dan sumber-sumber lain yang dimiliki Sabah.

“Ia amat menghairankan bila mengetahui hanya jumlah tersebut sahaja yang dapat dikumpul dalam tempoh 16 tahun, setelah BN mengambil alih pemerintahan negeri Sabah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994,” kata Hiew.

Semasa kerajaan PBS yang diketuai oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memerintah sebagai pembangkang dahulu, mereka menghadapi kepayahan di dalam mentadbir kerajaan negeri kerana tidak mendapat bantuan kewangan daripada Kuala Lumpur, dan jumlah rizab negeri ketika itu juga adalah rendah.

Berlainan dengan sekarang, kerajaan persekutuan memberikan peruntukkan terhadap pembangunan di Sabah seperti membaik pulih dan menaik taraf infratruktur asas, hospital, elektrik, bekalan air, pendidikan, keselamatan dan pertahanan, perumahan, pertanian dan lain-lain, kata Hiew.

Selain itu terdapat juga peruntukkan dan subsidi yang banyak diberikan terhadap gula, beras, perikanan, minyak dan lain-lain.

Di sebalik semua peruntukan tersebut, kerajaan negeri pada masa yang sama turut memperolehi pendapatan hasil daripada minyak dan gas, kayu balak, kelapa sawit dan lain-lain yang mana keseluruhan pendapatan ini jika dijumlahkan, ia adalah tinggi.

port kota kinabalu 260209“Ke mana perginya pendapatan ini dan di mana ia telah dibelanjakan? Kami layak diberikan jawapan dan perincian tentang bagaimana kerajaan negeri telah membelanjakan wang kami. Mengapa hanya tinggal sedikit sahaja wang dalam rizab simpanan?” soal Hiew yang juga ahli parlimen Kota Kinabalu.

Menurut Hiew lagi bahawa situasi kewangan tersebut tidak menggambarkan prestasi baik kerajaan BN Sabah di dalam memenuhi tanggungjawab mereka terhadap keperluan pembangunan ekonomi dan kemakmuran di Sabah.

“Itulah sebabnya kita telah jatuh daripada negeri yang terkaya kepada yang termiskin di Malaysia. Kita akan jatuh lebih jauh lagi sekiranya keadaan seperti sekarang ini berterusan,” kata Hiew dengan merujuk kepada Laporan Bank Dunia yang di siarkan baru-baru ini.

Mengenai jumlah sebenar hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan dan institusi kewangan luar negara, Hiew berkata ia adalah sesuatu yang menarik untuk diketahui rakyat.

musa aman pc in sabah 190608 02“Adalah menarik untuk diketahui akan jumlah sebenar hutang kerajaan negeri terhadap kerajaan perseketuan dan institusi luar negara. Ia juga adalah baik bagi kita untuk mengetahui tentang kedudukan kewangan sebenar negeri ini.”

“Mungkin menteri kewangan (Musa Aman) boleh menerangkan kepada rakyat Sabah yang ingin tahu fakta kedudukan kewangan kita,” kata Hiew.

Beliau turut mendakwa bahawa kerajaan negeri Sabah sekarang ini telah gagal menghasikan pertumbuhan yang positif untuk ekonomi negeri.

Secara perbandingan, katanya, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berjaya meningkatkan rizab simpanan negeri daripada RM0.6 bilion kepada RM1.2 bilion, sejak mengambil alih negeri itu hanya tiga tahun lalu.

“Ini adalah suatu pengurusan dan pencapaian kewangan yang baik, malahan apa yang baik lagi ialah mereka tidak mempunyai hutang terhadap pihak luar,” katanya.

sabah public transport service problem 090609 06Berdasarkan laporan yang diterima di Sabah, Hiew telah dimaklumkan bahawa ramai kontraktor belum menerima bayaran progres mereka sejak beberapa bulan yang lalu.

“Apakah sebenarnya berlaku disini? Adakah benar rizab simpanan semakin berkurangan? Ini adalah perkara serius yang mengganggu rakyat Sabah, dan kami mahukan jawapan,” kata Hiew sambil menambah situasi tersebut seolah-olah menggambarkan kedudukan kewangan negeri yang tidak baik

Kenapa saya sokong BERSIH 2.0
Nasrudin Hassan
Jul 20, 11
5:30pm
1. BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak Umno dan BN kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan ROS, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang - kurangnya 62 NGO yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.

2. Kempen ini berpaksi kepada lapan tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak SPR. Apa yang lebih penting juga ialah lapan tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya. Lapan tuntutan itu ialah :

Bersihkan Senarai undi

Mereformasikan undi pos

Penggunaan Dakwat Kekal

Masa kempen minima 21 hari

Akses media yang bebas dan adil

Kukuhkan Institusi awam

Hentikan rasuah

Hentikan politik kotor

3. Namun jelas tindakan pihak Umno dan BN cuba untuk mengelirukan rakyat dengan pelbagai fitnah dan tohmahan yang akhirnya menenggelamkan isu sebenar dari kempen BERSIH 2.0. Cubaan mengaitkan kempen BERSIH 2.0 dengan perjuangan komunis dan pula mendapat pembiayaan dari pihak asing adalah satu percubaan jahat dan tidak berasas. Masakan komunis menyokong perjuangan pemulihan demokrasi yang digerakkan oleh BERSIH 2.0 dan apalah pula kos BERSIH 2.0 kecuali duit minyak dan tambang rakyat untuk sampai ke lokasi perhimpunan serta kos membeli baju BERSIH 2.0 dengan pembiayaan sendiri.

4. Mereka menuduh tanpa bukti. Pastinya mereka sedang panik menyaksikan kebangkitan rakyat biarpun secara aman justeru rakyat menolak ketidakadilan mereka, rakyat membantah cara mereka memerintah. Biarpun tidak keseluruhan rakyat, namun mereka tahu, jumlah rakyat yang bangkit menolak dan membantah mereka adalah jumlah yang membuatkan kuasa pemerintahan mereka tergugat andainya mereka mendepa tangan untuk dihitung nilai secara saksama oleh rakyat.

5. Mereka tahu, bahawa mereka terpaksa monopoli penguasaan media untuk menidakkan suara parti lawan mereka. mereka terpaksa mengekalkan undi pos sebagai tali hayat untuk mereka kekal memerintah. Mereka tahu, keupayaan mereka sangat terhad untuk memerangi rasuah yang telah membarah dalam parti mereka. Mereka juga tahu bahawa politik kotor, politik lucah dan politik kekerasan adalah senjata sulit mereka untuk memastikan mereka mampu menghadapi lawan.

6. Tuntutan 8 perkara yang dibawa oleh BERSIH 2.0 akan terus menghantui mereka. Menjadikan mereka hilang rasional lantas mereka menggunakan pihak keselamatan untuk tradisi membelasah rakyat sendiri. Menangkap individu yang memakai baju kuning bertulis BERSIH 2.0 dengan tertera pula lapan tuntutan. Umno dan BN bagai dirasuk. Mengaku kuat dan handal tetapi mengalami xnthophobia yang parah.

7. Tuntutan 8 perkara ini akan terus diratib oleh rakyat sehinggalah kerajaan dan seluruh agensinya yang berkenaan akur dan bersedia untuk pilihanraya yang adil, telus dan saksama. kita masih komited dengan kaedah "muwajahah silmiah" iaitu persaingan secara aman tanpa kekerasan dan senjata. Namun padang mestilah sama rata dan peraturan pula adil dan telus.

8. BERSIH 2.0 tidak digerakkan untuk menjatuhkan kerajaan Umno dan BN dengan kekerasan sebagaimana apa yang mereka lakukan oleh mereka ke atas rakyat. BERSIH 2.0 tidak digembeleng untuk meruntuhkan kerajaan Umno dan BN dengan rampasan kuasa secara undemocratic sebagaimana apa yang mereka lakukan oleh mereka ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. BERSIH 2.0 tidak dicetuskan untuk mengguling kerajaan Umno dan BN dengan menimbulkan huru hara dan kacau bilau yang menggugat keamanan serta ketenteraman awam sebagaimana apa yang dilakukan oleh mereka ke atas peserta himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 tempohari.

9. BERSIH 2.0 hanya menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang bersih. Kita bersedia untuk bersaing dengan Umno dan BN dalam sistem yang adil, telus dan saksama. Tiada lagi penafian hak bersuara dengan memastikan akses media yang adil dan bebas serta tiada lagi pelanggaran hak memilih dengan mereformasikan undi pos.

10. Jika Umno dan BN mengapong diri dengan kempen 1 Malaysia, Pakatan Rakyat memobilisasi rakyat dengan BERSIH 2.0 yang akan terus kekal momentumnya biarpun berdepan dengan pelbagai tindakan yang tidak bertamadun dan undemocratic. Kini rakyat berani. Bukan sekadar berani melepasi sekatan FRU dan bedilan gas pemedih mata, tetapi apa yang paling bermakna ialah rakyat kini berani membuang sikap berdiam diri untuk bangkit menunjukkan perasaan mereka yang diselubungi derita sejak sekian lama angkara demokrasi ala Barisan Nasional. Saya sokong orang berani dan saya sokong BERSIH 2.0

Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS
Bekas komander: Jika FRU berkasar, ramai di hospital
Jul 20, 11 3:44pm

Jika dakwaan bahawa polis terutama Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak kasar semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu di ibu negara itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital atau sebagai pesakit luar, kata seorang bekas komander FRU hari ini.

bersih rally 090711 police kick protestor story imageSupt (B) Sulaiman Menga Din berkata anggota FRU telah dilatih bertindak secara minimum bagi menyuraikan para penunjuk perasaan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).

Semua anggota dikehendaki mematuhi arahan secara terperinci termasuk dakwaan melepaskan gas pemedih mata secara sembarangan, katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

"Setiap kali orang FRU diperlukan berada di lapangan, mereka diberi penerangan berdasarkan maklumat yang diterima mengenai jangkaan orang yang berhimpun, isu yang terlibat dan sama ada mereka bersenjata dan maklumat lain yang berkaitan," kata Sulaiman.

NONEBeliau berkata semasa perhimpunan 9 Julai itu, para pegawai yang terbabit dalam operasi dimaklumkan bukan sahaja untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di pusat bandar tetapi juga mencegah kemungkinan pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang bersaing.

Insiden terpilih

"Anda perlu faham pada masa ini hampir setiap tindakan atau pergerakan direkodkan dan dalam tempoh sekejap sahaja ia telahpun dimuat naik dalam laman web dan penonton malah boleh mengikuti perkembangan hampir secara langsung."

"Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian," kata Sulaiman.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalBeliau berkata masalah berlaku apabila hanya insiden terpilih atau terpencil ditonjolkan dan polis tidak berpeluang untuk mempertahankan diri mereka.

Sulaiman yang merupakan komander FRU antara 1996-99 berkata polis gagal untuk memahami prosedur yang digunapakai oleh polis pencegah rusuhan dalam negara berbanding dengan negara-negara lain.

"Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia," katanya.

NONESulaiman berkata berdasarkan pengalamannya pada 1998, ia merupakan tugas yang sukar untuk menghimpunkan 1,600 penunjuk perasaan dan menjalankan saringan sebelum membebaskan mereka menjelang 9 malam.

Tak sampai 10 orang

Beliau berkata tidak sampai 10 orang yang datang ke balai polis keesokan paginya untuk membuat laporan jika mereka benar-benar dilayan secara buruk.

anwar ibrahim injured with bodyguard and surendran in bersih 1"Tapi orang ramai hanya bercakap mengenai kecederaan yang dialami di kalangan penunjuk perasaan. Bagaimana tentang orang kami yang cedera semasa demonstrasi pada 1998 di mana lastik dan batu digunakan terhadap mereka," katanya.

Malah, Sulaiman berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadinya mendakwa bahawa mereka terkena kanister gas pemedih mata, kedua-dua mereka dibenarkan mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta mengikut pilihan mereka dan polis tidak menghalang atau mengancam untuk menangkap mereka.

NONEBeliau menegaskan bahawa setiap anggota polis telah dilatih untuk menghormati hak seseorang individu dan hanya campur tangan jika mereka menyalahi undang-undang.

"Apa yang kita tengok pada 9 Julai adalah para penunjuk perasaan telah melanggar dan tidak menghormati undang-undang dan orang kami yang beruniform hanya menjalankan tugas seperti yang dikehendaki.. mudah sahaja," tegas Sulaiman.

Mengenai pengambilan kakitangan FRU, Sulaiman berkata mereka yang mempunyai kualiti yang diperlukan terutama yang sentiasa tenang dan memahami undang-undang akan diberi keutamaan.

NONESulaiman berkata post-mortem juga diadakan secara tetap untuk mengenal pasti kelemahan atau sebarang salah laku oelh pegawai dan anggota semasa operasi.

"Pada masa-masa lalu, tindakan diambil terhadap mereka termasuk menyingkirkan mereka daripada daripada unit itu," katanya.

- Bernama



Pengawal Anwar kemuka saman sivil ke atas polis
Hazlan Zakaria
Jul 20, 11
4:34pm

Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan saman sivil ke atas polis berhubung kecederaan yang dialaminya ketika mengawal keselamatan ketua pembangkang itu.

Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di terowong KL Sentral pada 9 Julai lalu.

NONEBeliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.

"Bagaimanapun, saman sivil itu adalah berasingan daripada prosiding jenayah yang akan dimulakan ke atas polis,” kata peguam N Surendren yang bertindak bagi pihak Fayyahd.

Masih trauma

Surendren yang juga naib presiden PKR mengiringi Fayyadh membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung dakwaan kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaannya.

Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan.

NONEKatanya, tindakan keterlaluan polis cuba menyuraikan peserta BERSIH 2.0 tempoh hari boleh diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.

"Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Polis langgar prosedur ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam dan tembak tanpa memberi amaran.

“Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam," katanya.

NONEPada kejadian itu, Anwar juga dilaporkan cedera akibat terjatuh semasa melarikan diri akibat terkena tembakan gas pemedih mata dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Turut hadir pada hari ini adalah peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

  • Diet Pang · Pengulas Tertinggi · umur 30 tahun
    Boleh menang ke? Bazir wang dan masa aje... wayang mahkamah BN lebih hebat dari cite Bollywood.
  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Polis kata kami tidak menembak dan tidak sengaja mencederakan sesiapa dalam BERSIH, ini termasuk Anwar , Fayyadh Afiq, Khalib Samad dan sesiapa pun... ( cuba nafikan sgala).Ketua Polis Negara pun buatllah press conference. Selepas siasatan dengan post motem kami, kami ingin menyatakan bahawa , memang kami tidak berhasrat dan sengaja mencederakan sesiapapun ketika demo BERSIH.
    Reporter : Menurut Fayyadh bodyguard Anwar kata, polis ingin tembak pemedih mata mencederakan Anwar.
    KPN: Anwar itu siapa? dulu dia tumbuk mata sendiri jadi lebam , habis kata polis dera dia. Sekarang buat cerita balik.
    Reporter : Ketika itu Tan Sri dalam jawatan apa?
    KPN : 10 tahun lepas saya tukang usung tilam. susung Tilam naik mahkamah. Waktu itu pangkat tertinggi dalam SB. Kami siasat kes video tape Carcosa. dulu belum ada DVD lagi.
    Reporter: Tan Sri, saya sudah jemu nak jadi reporter, ada peluang usung tilam kah? kalau ada saya nak usung juga , 10 tahun kemudian saya jadi KPN.
'Liow, mana janji nak siasat?'
Jul 20, 11 3:48pm

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dicabar mendedahkan kemajuan siasatan kementerian itu berhubung insiden di Hospital Tung Shin semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai.

NONESetiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mengingatkan Liow
bahawa parti itu telah menawarkan empat orang saksi ketika polis didakwanya menembak gas pemedih mata dan air bercampur kimia ke dalam perkarangan hospital, tempat peserta perhimpunan itu berlindung.

Keempat-empat mereka ialah ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong (Bukit Bendera); setiausaha politik kepada setiausaha agung DAP, Zairil Khir Johari; dan Pua sendiri.

"Bagaimanapun, selepas menunggu selama seminggu, kami tak dengar apa-apa dari Liow atau kementeriannya, kecuali janji-janji yang berterusan secara lisan untuk menyiasat," Pua berkata dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenyuarakan kekecewaannya dengan Liow (kiri) yang didakwanya "mengelak daripada tanggungjawab", Pua berkata, tidak ada sebarang pengumuman maklumat mengenai "jawatankuasa tinggi" yang mahu ditubuhkan oleh kementerian tersebut bagi menyiasat perkara itu.

Pua mempersoalkan ketiadaan maklumat seperti anggota jawatankuasa tersebut, terma rujukan dan garis masa untuk ia menjalankan siasatan.

Tiada ulasan: