Khamis, 14 Julai 2011

JANGAN BUKTI2...KELUAR MAKIN BANYAK...MAKA SUSAH NAK JAWAB NANTI....MAKA YG DIKATAKAN MEMANG BENAR....NAYA KITA...

INILAH CARA UMNO BARISAN NASIONAL MENGEKALKAN KUASA,LANGSUNG TIADA MARUAH DAN HARGA DIRI?

by Norasiah Mahat on Wednesday, July 13, 2011 at 11:32pm

PANAS ! - "1.2 JUTA PENDATANG TANPA IZIN" LAYAK MENGUNDI?

Panas!! 1.2 Juta Pendatang Tanpa Izin Layak Mengundi? - Rabu, 13 Julai 2011 Gerakan Pendataran Pemilih untuk pengundi-pengundi baru yang berusia 21 tahun yang dijalankan di Kuala Penyu, Kimanis dan daerah-daerah lainnya yang dikendalikan oleh Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kawasan Bueafort mendapat sambutan di luar jangkaan. Program Gerakan Pendaftaran Pemilih ini yang diketuai sendiri oleh Pengerusi Biro Pendaftaran Pemilih PKR Sabah, Taufick Ruschi yang juga selaku Ketua Cabang Parti KeAdilan Rakyat (PKR) kawasan Beaufort berkata, tujuan program ini diadakan adalah menjurus untuk mengenal pasti para remaja dan belia yang sudah mencapai umur 21 tahun diwajibkan mendaftar sebagai pemilih baru.

Taufick yang menghubungi Wartawan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan melalui panggilan telefon kelmarin berkata, program daftar pemilih baru ini bukan setakat diadakan di Kuala Penyu sahaja; bahkan di seluruh pelusuk Sabah supaya pengundi tempatan yang layak mengundi tidak tercicir atau tertinggal untuk didaftarkan sebagai pemilih baru. Mengulas kenyataan media Datuk Patrick Sindu yang tersiar di portal online Sabahkini.Net baru-baru ini, kata Taufick, antara lain mendedahkan bahawa di negeri Sabah terdapat Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang sudah menjadi warganegara ala bidan terjun dan sudah berdaftar sebagai pengundi di Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mencecah 1.2 juta sebagai amat membimbangkan. “Nisbah jumlah 1.2 juta PATI yang layak mengundi bukan angka yang kecil dan inilah kecurangan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab begitu mudah memberikan taraf dan status kewarganeraan kepada orang asing tanpa mengikut prosedur yang sah,” tegas Taufick lagi. Taufick menyifatkan sejumlah 1.2 juta PATI yang layak mengundi dan sebahagian besarnya sudah mendaftar sebagai pemilih di SPR, secara tidak langsung menterjemahkan makna ‘Fixed Deposit’ yang menjadi buah mulut pemimpin Barisan Nasional.

“Tidakkah mereka (pemimpin UMNO/BN) merasa bimbang dengan jumlah begitu besar PATI yang menjadi warganegara dan suatu hari nanti boleh menumbangkan mereka dan merampas tampuk kuasa politik Sabah?” tanya Taufick yang kesal kerana tindakan berkenaan seolah-olah membunuh generasi akan datang kerana jumlah PATI semakin bertambah ramai dan di setengah kawasan mengatasi penduduk tempatan. Contoh yang terdekat tambah Taufick, di mana-mana sahaja beliau pegi, PATI yang diberikan kemudahan kad pengenalan melalui pintu belakang, 90 peratus daripada mereka hidup mewah dan ada yang mempunyai lebih daripada satu permit teksi dan permit bas, lesen pasar dan lesen PKK.

“Kita bukan iri hati kejayaan mereka yang hidup mewah di negeri ini, tetapi kerajaan memberikan kad pengenalan kepada mereka (PATI) dengan cara yang tidak betul sehingga menafikan hak rakyat jati untuk mendapat peluang yang sama,” tegas Taufick yang mengakui sikap berlembut pihak berkuasa menjadi punca segala-galanya. Kata Taufick, kini terpulanglah kepada rakyat Sabah untuk menghukum kezaliman kerajaan yang ada sekarang pada pilihanraya umum nanti, sekalipun mungkin agak sukar, tetapi jika Anak Jati Sabah bersatu menggunakan hak mereka dengan penuh tanggung jawab, isu pengundi hantu dan PATI yang diupah untuk mengundi BN dapat di atasi secara bijaksana./sabahkini Addin : Perkara ini lah yang ditunggu- tunggu oleh Najib kot.. untuk membubarkan parlimen


Dr Asri: ‘Islam tak beri pemerintah lesen lakukan apa sahaja’ -
Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Dalam pandangan dilihat menyentuh kesan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah. Bekas mufti Perlis berkata pemerintah di Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah “korupsi dan zalim” mempergunakan pemimpin agama untuk membela mereka. “Mereka (pemimpin agama) memahami nas-nas al-Quran dan Hadis secara literal dan menganggap urusan muamalat dan siasah sama seperti ibadat khusus yang tidak boleh dilakukan pembaharuan dan tokok tambah,” kata tokoh agama yang memperlihatkan pendirian progresif. Tenaga akademik dari Universiti Sains Malaysia ini memberitahu, keadaan itu wujud apabila kelompok terbabit mentafsir hadis-hadis politik secara literal, yang seakan-akan Islam memberikan ‘lesen’ besar kepada pemerintah untuk melanyak rakyat dan rakyat pula diikat kaki, tangan dan mulut dengan nas-nas agama dari bertindak atau membantah.
“Lebih hodoh lagi, hanya nas-nas yang ‘kelihatan’ propemerintah sahaja yang dibaca, diforumkan, diwar-war dalam pelbagai saluran sedangkan nas-nas yang memberikan amaran terhadap kezaliman pemerintah tidak pula dicanangkan,” kata beliau. Di Malaysia kata Asri, “kita dapat melihat fonomena ini semasa isu demonstrasi panas baru-baru ini dalam masyarakat.” “Di sini bukan bertujuan menyokong atau menentang demonstrasi aman, tetapi sekadar ingin membincangkan kefahaman sesetengah pihak mengenai hadis-hadis berkaitan,” kata beliau dalam satu kenyataan. Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 anjuran Bersih 2.0 untuk menuntut transformasi pilihan raya yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan dan disokong Pakatan Rakyat mengemukakan lapan tuntutan yang perlu dilaksanakan iaitu membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat ditahan. Jelas Asri, tindakan berbentuk keganasan tidak boleh dilakukan terhadap rakyat sekiranya tiada pententangan dilakukan termasuk perkara yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar. “Hadis tentang taat dan patut sekali pun dirampas harta dan dipukul itu, ia merujuk kepada keadaan di mana jika penentangan dilakukan akan menyebabkan kerosakan yang lebih besar seperti pemerintah akan membunuh atau memusnah orang lain yang tidak bersalah sedang kita tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada mereka. “Ini terutama di zaman dahulu yang terkenal dengan penumpahan darah. Begitu juga di bawah rejim-rejim yang zalim yang hanya merugikan para penentang dan negara secara umumnya,” katanya.
Jelas beliau, keadaan kini sudah berubah yang mana setiap negara terikat dengan peraturan antarabangsa terutamanya mengenai hak asasi manusia. Namun, katanya, apabila dunia berubah negara-negara terikat dengan peraturan antarabangsa mengenai hak asasi rakyat. “Juga, apabila negara-negara itu meletakkan dalam perlembagaan mereka tentang hak-hak rakyat, dalam ertikata lain membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa,” katanya. “Maka, konteks Hadis sudah berbeza,” kata Asri sambil menambah, “Islam bukanlah agama yang memberikan lesen kepada pemerintah untuk berbuat apa sahaja dan rakyat wajib mendiamkan diri.” Oleh itu tegas beliau, jangan bawa tafsiran zaman Abbasiyyah ke zaman yang sudah berubah. Dengan mengambil contoh daripada Hadis, Asri berkata “Rasulullah sendiri sebagai pemerintah membenarkan diri Baginda dibalas.” Tegas beliau, pemerintah tidak dibenarkan sama sekali untuk bertindak sewenang-wenangnya apatah bertindak ganas terhadap rakyat.
“Jika pemerintah itu diberikan wewenang untuk memukul dan mengambil tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan itu? “Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama? Maha Suci Allah dari menurunkan agama yang seperti itu,” katanya. Kerabu Bersuara

Tiada ulasan: