Ketiga-tiga mereka adalah - pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim (kiri), yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Teoh.
Suruhanjaya itu juga telah membentuk sebuah panel siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Professionalisme) Datuk Zakaria Jaffar untuk menjalankan siasatan dalaman susulan yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif berhubung dakwaan dalam laporan itu ke atas ketiga-tiga mereka.
"Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.
"SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.
Hasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam.
“Mereka-mereka ini adalah Datuk Mohd Noor Abdullah, Datuk Muhammad Mohd Noor, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah dan V Ravindran,” petik kenyataan itu.
SPRM juga berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.
Menurut kenyataan itu, SPRM menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang dikeluarkan pada Khamis lalu.“Beberapa cadangan dalam Suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar (CCTV), mewujudkan 'Video Interview Room' (VIR), semua pelanggan dilayan di aras bawah bagi bangunan milik SPRM, pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM dan sebagainya.
“Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.,” petik kenyataan itu.
Ia juga berkata SPRM akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.
- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala UniversityBunuhn yawa seseorang , menghukum mati seseorang tidak perlu masuk penjara? malah dibebaskan tapi cuma menganggur sementara waktu....siapa takut?
- Ini lah sandiwara SPRM dengan umno.
- Manalah letaknya keadilan dan ketulusan?
- Bangkit lah rakyat , birokrasi kerajaan cuma lah agen umno untuk mengendalikan sindiket.- Jauhari Taib · Pengulas Tertinggi · Tsukuba University, Japan
- Teh Peng Yi · Pengulas Tertinggi
- Drbaharom Ishak · Pengulas Tertinggi
- Mohamad Fauzi Abdullah · Pengulas Tertinggi · Executive Director di REDHA CT MANAGEMENT SERVICESyg eloknya bukan gantung tugas tp gantung terus tuannya..selesai kes! biar hilang 3 yg sebangsa dr hilangnya maruah n mjd hina krn bskongkol ngan pmrentah yg haprak...mgkin kamu ingat perkara ini selesai ddunia tp INGAT sesungguhnya hari pembalasan itu adalah benar...
- Teh Peng Yi · Pengulas Tertinggi
Sehubungan dengan itu, presidennya Lim Chee Wee berkata kerajaan dan Suruhaanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) mesti memohon maaf kepada keluarga Teoh dan memberi pampasan sewajarnya atas kehilangan mereka itu.
"Majlis Peguam meminta kerajaan Malaysia dan SPRM untuk mempertimbangkan bagi memberi permohonan maaf bertulis kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia, berhubung kematian itu,” katanya.
Katanya, pihak berkuasa juga wajar menyiasat pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan itu sama ada terdapat kemungkinan mereka melanggar Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan, iaitu membunuh tanpa niat dan menyebabkan Teoh mati akibat kecuaian mereka.
"Adalah jelas bagi Majlis Peguam bahawa tanggungjawab sepenuhnya kematian Teoh Beng Hock terletak di pihak SPRM dan tindakan segera mesti diambil ke atas pegawainya yang perlu bertanggungjawab ke atas kelakuan mereka,” kata Lim.
Dalam kenyataan medianya kepada Malaysiakini, Lim juga berkata penemuan suruhanjaya itu juga banyak tidak disokong oleh bukti ataupun keterangan saksi kes berkenaan.
Katanya, bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz semasa laporan itu diumumkan, pakar forensik psikiatrik Paul Edward Mullen tidak memberi keterangan kononnya Teoh mempunyai “perwatakan yang lemah” sehingga menyebabkannya membunuh diri.
- Pejuang Sambilan · Pengulas Tertinggi · Accountant di Petroliam Nasional Berhad (Petronas)Pernah ke kerjaan BN memohon maaf? Mereka akan sentiasa mencari alasan untuk menghalalkan apa-apa pun tindakan mereka...malangnya Rakyat Berkerajaankan BN.
- Fasya Zainal · Pengulas TertinggiKerajaan BN ni maksum. diorg tak pnh buat salah. Itulah masalahnya. Kdg2 tu perkara kecil je, kalau mintak maaf kat rakyat settle semua. Tapi mereka tetap bongkak. Ini sebenarnya menjejaskan imej BN sendiri. Rakyat nmpk BN pentingkan diri. Tp apa boleh buat, mcm biasa...rkyt kena telan je semua yg kerajaan nk rakyat telan. Suara rakyat mereka tak mahu dgr. mereka shj yg betul. nyampah aku!
- Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · NilITU LAH SEPATUT -NYA, MINTA MAAF DAN MENTERI BERKENAAN HARUS JANGAN BUAT KENYATAAN BEGITU SAJA.
Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar hari ini.
Perdana Menteri berkata BN komited kepada pilihan raya yang bersih serta adil dan tidak memerlukan 'BERSIH' untuk memastikan tindakan itu.
"Kalau nak buat penambahbaikan kita akan buat. Kita akan buat yang terbaik (menggunakan biometrik bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih) walaupun negara-negara maju pun tak buat," katanya.
Beliau berkata tidak perlulah untuk mengadakan demonstrasi atau perhimpunan kerana kerajaan akan sentiasa membaiki sistem pilihan raya di negara ini dari semasa ke semasa.
"Di peringkat nasional, kita (Barisan Nasional-BN) ada masa dapat undi banyak ada masa undi sikit. Tetapi majoriti masih di tangan kita. Kalau kita boleh jamin kita boleh menang, takdelah menteri kalah (pilihan raya) dan ada negeri kalah," katanya.
Memanipulasi
Beliau berkata selepas pilihan raya 2008, pembangkang tidak membangkitkan tentang pilihan raya tidak adil tetapi sejak dua tahun lepas apabila BN banyak menang pilihan raya kecil, tiba-tiba timbul cerita pilihan raya di negara ini tidak betul.
Najib berkata jika BN boleh memanipulasi keputusan pilihan raya, ia sudah lama dilakukan, oleh itu pembangkang apabila kalah jangan mengatakan pilihan raya tidak adil.
"Di Kelantan, dari 2004 hingga 2008, pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN), kerajaan negeri hanya berdiri atas majoriti satu DUN sahaja (DUN Kemuning) dan DUN itu hanya menang dua undi. Kalau boleh manipulasi, tak susah cari tiga undi.
"Bagaimanapun, kita dalam pembangkang tak ganggu-gugat kerajaan negeri dan tak buat demonstrasi. Kita hormati suara rakyat dan prinsip demokrasi. Jadi janganlah gembar-gemburkan kita boleh manipulasi keputusan pilihan raya. Kalau boleh manipulasi, kerajaan PAS Kelantan dah tumbang tetapi apa yang berlaku Kelantan 21 tahun PAS pegang," katanya.
Pada pilihan raya umum 2004, calon PAS Zakaria Yaacob memperoleh 6,078 undi untuk menewaskan calon BN Wan Mohamad Zin Mat Amin yang mendapat 6,076 undi bagi kerusi DUN Kemuning.
Perdana Menteri berkata Malaysia merupakan negara contoh kepada banyak negara lain dan kerana itu, rakyat tidak sepatutnya merasa terpesong dan gusar sekiranya ada pihak yang cuba membangkitkan pelbagai isu seolah-olah berlaku kepincangan dalam pentadbiran di negara ini.
Serang institusi
"Mereka menyerang institusi kita seperti kehakiman, polis dan institusi lain. Hakikatnya kita tak mungkin dianggap negara contoh jika tidak ditadbir dengan tekun dan adil," katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pemimpin Umno dan parti komponen BN negeri serta pemimpin kerajaan negeri.
- Bernama
- Wade Wilson · Pengulas TertinggiKalau bangla/indon/philipines pon dapat mykad, sah2 la dah dibiometrikkan. Apela sengalnye idea.
Justeru, beliau berkata masyarakat tidak harus melayan atau terpengaruh dengan golongan tersebut yang disifatkannya sebagai golongan yang tidak memahami sejarah negara.
"Gerakan menentang komunisme mesti menyeluruh di Malaysia ini sebab ia telah diputuskan oleh sistem perundangan dan sistem demokrasi iaitu pelaksanaan atau pewujudan Parti Komunis Malaya adalah haram.
"Sebab itu, apa-apa ajaran dan amalan yang dikemukakan oleh mereka perlu dianggap haram dan tidak boleh diamalkan di negara kita," katanya ditemui pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) kali ke-35, di Kuala Lumpur hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata amat perlu bagi semua pihak, termasuk bekas anggota pasukan polis, memainkan peranan dalam menerangkan kepada masyarakat terutama di kawasan luar bandar tentang agenda golongan tersebut.
Rais berkata kementeriannya juga bercadang menggunakan khidmat bekas anggota polis yang mempunyai pengalaman luas dan hubungan baik dengan masyarakat untuk menerangkan kepada masyarakat tentang perkara itu.
Sementara itu, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap portal berita The Malaysian Insider berikutan penyiaran gambar berkaitan perhimpunan 9 Julai lalu.
Katanya pihaknya kini menunggu hasil siasatan terutama soal kesahihan gambar-gambar tersebut.
"Kami di kementerian sangat objektif melihat dari sudut undang-undang dan tidak mahu melampaui kuasa-kuasa tertentu. Oleh itu penguatkuasa (akan) mencari jalan yang betul-betul neutral (menyiasat perkara itu) dan diredhai oleh undang-undang negara," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Rais menggesa semua pihak, terutama ibu bapa, agar dapat memastikan anak-anak mereka mendalami ilmu dan kemahiran penggunaan teknologi serta media baru yang kini penggunaannya semakin meluas.
Katanya ini bagi memastikan masyarakat negara ini tidak ketinggalan dan tidak mudah diperdaya oleh agenda jahat masyarakat Barat yang boleh memporak-porandakan tamadun dan budaya masyarakat Timur.
"Jangan tamadun kita ditukar oleh orang lain, yang elok-elok budaya kita sudah tidak ada lagi. Orang boleh memfitnah kita, boleh memperbodoh kita, jadi penting untuk kita mengetahui penggunaannya," katanya.
Pada majlis itu, Rais turut menyerahkan 20 netbook 1Malaysia kepada anak-anak bekas anggota polis dan cek bernilai RM40,000 daripada kementerian untuk persatuan tersebut.
- Bernama
- Azman Abu Bakar · Pengulas Tertinggikomunisme... isu yg bukan tetiba keluar memperbodohkan orang.. cari la isu lain yg lebih kukuh dan logik.. bebaskanlah org yg teraniaya, hormatilah hak asasi org lain. Rakyat Malaysia bukanlah rakyat yg boleh diperbodohkan 20 ke 30 tahun yg dulu.. please la
- Wan HoraHora · Pengulas Tertinggi · Director di ESZI Enterprisehello rais! dah lupe ke ogos 2010 UMNO yg sign MoU dgn Parti Komunis China?
- Senz PangRais, yang sesat tu kamu...
Menurut pembikin filem dokumentari bebas Chou Z Lam (kiri), yang melawat Hii malam tadi dan pagi ini di hospital, Hii dimasukkan ke wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur tanpa persetujuannya.
"Selepas dibebaskan oleh pihak polis malam tadi, dia berkeras supaya pihak polis menghantarnya ke hospital supaya kecederaannya dapat dirawat. Dia kata kecederaan disebabkan oleh polis dan mereka mesti bertanggungjawab menghantarnya ke hospital,” kata Chou ketika dihubungi.
Namun tanpa persetujuan atau pengetahuan Hii, Chou berkata polis dipercayai berurusan dengan pihak hospital bagi menempatkannya di wad psikiatrik.
"Doktor tolak tuntutan saya agar dia dibenarkan keluar dengan alasan saya bukan ahli keluarganya. Sekarang kita sedang cuba mendapatkan peguam bagai merunding situasi itu,” katanya sambil menambah keluarha Hii menetap di Sibu, Sarawak.
Chou berkata Hii dalam keadaan tenang ketika beliau berjumpa dengannya.
"Dia mengadu pesakit lain menyuruhnya menyapu air ludah di kecederaannya dengan mendakwa ia boleh mnyembuhkan luka itu. Pihak hospital juga tidak merawat kecederannya dengan betul.
"Saya risau dengan keadaannya. Telefon bimbitnya juga telah diambil. Bagaimana jika dia dicederakan oleh pesakit lain? Siapa perlu bertanggungjawab?” soal Chow.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan