Ahad, 17 Julai 2011

BENDA MAKSIAT DAN MUNGKAR BUKAN KIRA BULAN RAMADHAN JE...ALLAH DE SETIAP KETIKA...JANGAN SAMPAI ALLAH MURKA KEPADA MAKHLUKNYA...NANTI KITA YG NAYA...

Rahim: M'sia sasaran usaha jatuhkan negara anti-Yahudi
Jul 17, 11 12:10pm

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Rahim Noor berkata beliau yakin di sebalik tirai isu hak asasi, sebenarnya ada puak yang menentukan supaya negara yang menentang Yahudi dan Israel, akan jatuh dan Malaysia adalah salah sebuah negara tersebut.

NONE"Pihak itu akan gunakan segala-galanya dan menjadikan orang politik tempatan yang telah dikaji latarbelakangnya sebagai sasaran atau alat menghalalkan cara mereka.

"Saya yakin ada tangan yang tersembunyi menggunakan soal hak asasi untuk menentukan kerajaan sesuatu negara yang ghairah membaham Israel akan jatuh," kata Rahim dalam wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.

Berdasarkan pengamatan dan bacaannya, kata Rahim, istilah hak asasi manusia sebenarnya lahir dari Ghetto of the Jews, di mana bangsa Yahudi mengalami tekanan, penindasan oleh pelbagai kuasa besar untuk beratus tahun lamanya sehingga tertubuhnya negara Israel.

"Akibat daripada hidup dalam buangan mereka melahirkan arus pemikiran menerusi penulisan, malah ada yang menyebut revolusi Perancis tercetus akibat bibit-bibit tulisan pemikir Yahudi di Eropah.

"Kita sebagai orang tepi, menerima bahangnya sekarang kerana saya yakin dan percaya bibit sejarah penderitaan orang Yahudi yang dizahirkan menerusi tulisan, telah di hijacked oleh pelbagai pihak termasuk AS," tambahnya.

Rahim percaya ada sesuatu "yang kita tidak nampak di peringkat antarabangsa" bertujuan mahu menentukan survival Yahudi dalam memastikan 'the promise land' yang disebut dalam kitab-kitab dalam pegangan mereka.

Kumpulan tanpa wajah ini, menurut beliau, bergerak di mana-mana dan "bagi saya AS kini menjadi Israel terbesar di dunia."

"Manakala tangan tersembunyi mencari mana-mana individu yang boleh dijadikan puppet (boneka), mereka boleh berpangkalan di mana-mana baik di Washington, Paris, Jakarta atau di mana saja.

"Tidak perlu ramai, mereka mungkin hanya tiga tokoh yang faceless dan merekrut beberapa wakil beberapa orang secara tidak untuk menyebarkan kerosakan dan menyalurkan dana yang bukan sedikit.

"Saya bimbang orang tempatan yang digunakan, akan fikir mereka lebih pandai umpama cerita Do Re Mi yang nak kenakan Pak Lebai untuk makan percuma, akhirnya mereka yang terkena," tegasnya.

Menurut Rahim lagi, beliau bimbang kelompok tersebut, akibat terlalu ghairah, tidak dapat melihat apa kaitan isu dalaman seperti pilihan raya dengan tangan-tangan tersembunyi ini.

"Sedangkan mereka sangat bijak, sangat kaya dan mengawal media termasuk dunia hiburan dan antarabangsa. Sebenarnya kita boleh lihat siapa hidden hand (tangan tersembunyi itu) jika kita betul-betul mahu lihat," katanya.

Isu ini, tambah Rahim, tidak akan selesai terutamanya apabila kuasa besar seperti AS menaungi orang begini.

Ditanya sejauhmana gerakan tersebut berjaya meresap di kalangan rakyat negara ini, Rahim berkata:

"Mereka tidak masuk secara terang-terangan. Segala-galanya bersahaja dan mengikut gelombang. Mereka ada di mana-mana sama seperti gelombang lain satu masa dahulu."

Menurut Rahim, setiap abad ada gelombangnya.

"Sekarang ini gelombang hak asasi manusia manakala abad ke-19 dan ke-20 menyaksikan gelombang fahaman sosialis yang melahirkan cara hidup baru selepas kejatuhan empayar Eropah," tambahnya

  • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi · umur 17 tahun
    Oii BANGANG! MALAYSIA ANTI YAHUDI.. KEPALA OTAK ATOk LU.. MALAYSIA LANGGAN APCO FIRMA YAHUDI SIAP BAYAQ 77 JUTA tu APE BENDA TU.. BUKAN BARUA YAHUDI.. SIAP PAKAI PENASIHAT YAHUDI..GUA INGAT LU LEPAS KENA PENJARA BELASAH ANWAR.. RAMAI ORG CAKAP LU DAH GILA.. MEMANG SAH LU GILA...
  • Fan Pakatan Rakyat Boleh Mencapai 3 Juta Orang Sebelum Fan Barisan Nasional!!
    1. Polis Yahudi tidak tangkap / sembur gas rakyat mereka bila ada demo. Kita? Lebih kejam dr Yahudi.
    2. Sistem Demokrasi bermula dari Greek bkn dr Jews. demokrasi bmula dari mula kejadian manusia dimana adam & hawa diberi kbebasn utk menelan / tidak buah kuldi. Demokrasi Islam juga telah wujud d zaman 4 khalifah awal.
    3. Penubuhan negara Israel bukan mgunakan demokrasi tapi autokrasi, kerana tiada pungutan suara dari penduduk2 di Palestin.
    4. Revolusi Perancis adlh utk jatuhkn sistem beraja yg korup, tiada kaitan dgn Israel.
    5. Kerajaan sekarang mgunakn isu Yahudi bila tersepit, padahal selama ini tiada sokongan ketenteraan utk mujahidin d Palestin. Bahkan menyokong Mubarak yg menutup pintu Gaza, menangkap anggota mujahidin & haramkan Ikhwan.
    6. Adalah lebih mudah bg Yahudi masuk ke Malaysia melalui BN, kerana pjuangannya sama iaitu berasaskn bangsa nasionalis. Perlembagaan kita juga di hijacked dr Yahudi....

Ramadhan: Kedah gugur larangan atas pusat hiburan
Hazlan Zakaria
Jul 17, 11
3:03pm

Kerajaan Kedah pimpinan PAS telah menggugurkan rancangannya untuk menguatkuasakan enakmen negeri 1997 yang memerlukan bar, disko dan kelab karaoke ditutup pada bulan Ramadan yang akan datang, kata seorang pegawai kerajaan negeri kepada AFP hari ini.

Negeri itu memutuskan Mei lalu untuk menguatkuasakan penutupan semua pusat hiburan pada bulan suci Islam itu, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang negeri yang diluluskan oleh pentadbiran BN sebelumnya.

NONEBagaimanapun, rancangan itu mendapat bantahan pengendali tempat
hiburan, serta lain-lain parti komponen Pakatan Rakyat yang bimbang larangan menyeluruh itu akan menjejaskan sokongan pengundi bukan Islam.

Yang paling vokal mengkritiknya ialah pengerusi DAP, Karpal Singh, yang semalam mendesak supaya larangan itu dibatalkan.

Pengendali pusat hiburan juga memberi amaran bahawa larangan tersebut boleh menyebabkan lebih 6,000 pekerja dipecat.

Pegawai kerajaan negeri memberitahu AFP bahawa kontroversi tersebut telah diselesaikan selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu pengendali premis hiburan hari ini, dan bersetuju mereka beroperasi selagi mereka memastikan tidak ada orang Islam memasuki premis mereka pada bulan puasa.

NONESementara itu, dalam satu sidang akhbar di Ampang hari ini, rce the shut down.setiausaha politik Azizan, Mohd Sanusi Md Nor memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk tidak menguatkuasakan penutupan premis hiburan sepanjang bulan Ramadhan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pengendali berkenaan secara sukarela bersetuju lesen mereka dibatalkan jika umat Islam ditemui di premis hiburan mereka dalam bulan Ramadan.

Menurutnya, jumlah sebenar operator pusat hiburan terbabit mungkin lebih rendah daripada yang dipetik.

Sebelum ini, pertelagahan antara PAS dan DAP - rakannya dalam Pakatan - berhubung isu ternakan babi dan larangan minum arak, mengancam menggagalkan Pakatan dan peluang untuk menjatuhkan BN, yang telah memerintah negara lebih daripada 50 tahun.

Sementara itu, dalam reaksinya, penganalisis politik dan pakar undang-undang, Abdul Aziz Bari menegur PAS dalam mengendalikan perkara itu.

Katanya, tempoh yang singkat, Kedah terpaksa menangani dua insiden yang tidak seharusnya berlaku: pertama sekatan demonstrasi pelajar di kolej KUIN dan kini larangan terhadap pusat hiburan dalam bulan Ramadhan.

"Benar, mereka boleh berhujah di segi teknikal seperti pengharaman itu hanya menguatkuasa peruntukan undang-undang yang diluluskan oleh BN (dan pada bila-bila masa dengan sokongan MCA dan Gerakan).

Bagaimanapun, katanya, mereka terlepas pandang soal yang lebih penting; iaitu kerajaan Pakatan perlu berbeza daripada BN, terutamanya pendekatan atas-ke-bawah.

Katanya, apa yang Kedah buat mungkin baik untuk parti itu di negeri tersebut, terutamanya dalam usaha mereka untuk membendung kebangkitan semula Umno.

Bagaimanapun, tambah Abdul Aziz, langkah seumpama itu mungkin tidak baik untuk peluang PAS - dan Pakatan Rakyat - di negeri-negeri lain dan ia juga boleh menjejaskan kedudukan parti itu di peringkat nasional.

Hikhak Huk Huk
hahah, baru je umnogok nak mainkan isu ini utk menarik perhatian kaum bukan islam, akhirnya terbukti sikap terbuka PAS dalam isu2 ini boleh dibawa berbincang...tahniah diucapkan kepada MB Kedah....huhu
Polis: Boleh pakai baju kuning tanpa logo BERSIH
Jul 17, 11 2:41pm

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH.

Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.

Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah.

- Bernama


Penarik kereta dakwa ditampar ketika buat aduan
Jul 17, 11 4:39pm
Seorang penarik kereta mendakwa ditampar tanpa sebab oleh seorang pegawai polis ketika sedang membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Maran mengenai kejadian keretanya yang disamun.

Muhamad Darul Adzuha Muhamad Darawi, 29, berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 petang Rabu lepas, bahagian belakang kepalanya ditampar pegawai polis berpangkat Inspektor berkenaan di hadapan beberapa anggota polis lain di pejabat pertanyaan balai tersebut.

Dakwanya, pegawai polis itu kemudian mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di IPD berkenaan sebelum beliau sekali lagi ditampar di bahagian pipi kirinya, katanya kepada pemberita di Kuantan hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Ahmad Johari Shahabuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

- Bernama

  • CikGu Naim · Pengulas Tertinggi · Consultant/Mentor di Aqua Mechatech
    Ala dek, polis tampar pun nk report!..yang kau tenyeh perempuan tanpa kesian belas ambik keta mereka di tengah panas sama ank ank mrk yg nk gi sekolah tu tak kesian ke..?.Genster taik kucing !
    • Kita Peng YU · Pengulas Tertinggi
      polis dgn penarik kereta ni sama aje...lintah darat...jenis tk ada hati perut..tak ada belas kesian..suka amik kesempatan pd org yg kesusahan...
    • Sariman Saaidin · INSAN
      CHEH BARU KENA PEMANPAR..BELUM SEPAK TERAJANG.MEMANG PATUT PUN KAU KENA..M
    • Syed Nasrulwan
      tp x adil jgk bro...die kne samun...
      sptt nye dilayan la dg elok...

Tiada ulasan: