Harakahdaily | ||
MELAKA, 14 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka menyelar tindakan Adun Ayer Molek, Datuk Mohd Yunos Husin yang menghina kaum Tionghua dengan mengatakan budaya judi menjadi budaya kaum tersebut. Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, tindakan menyamakan budaya judi sebahagian budaya Cina adalah suatu yang tidak wajar dan ianya tindakan yang menghina kaum itu. Adun Barisan Nasional itu yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Melaka telah menyatakan sedemikian dalam menjawab soalan tambahan pembangkang di dalam sidang dewan undangan negeri yang bersidang kelmarin. Dalam soalan tambahan itu, Goh Leong San selaku Ketua Pembangkang mempersoalkan tentang mesin judi yang kemudiannya dijawab oleh Mohd Yunos bahawa ia tidak boleh disekat kerana ianya telah menjadi budaya sebilangan orang Cina. “Kita sudah maklum bahawa budaya judi adalah budaya yang mendatangkan keburukan kepada masyarakat. Setiap kaum dan setiap agama menolak judi,” kata Aizat. Katanya, Mohd Yunus dilihat gagal dalam memahami budaya kaum Tionghua walaupun negara ini telah lama merdeka. “Ianya suatu yang sangat malang bagi Adun yang seharusnya menjadi ‘role-model’ kepada rakyat memandangkan beliau adalah seorang pemimpin rakyat,” ujarnya. Beliau berkata, Exco itu juga telah gagal dalam memahami konsep 1Malaysia yang telah digagaskan sendiri oleh pemimpin mereka. Menurutnya, sejarah juga membuktikan gagasan 1Malaysia telah gagal memandangkan telah ramai pemimpin dari Barisan Nasional dan Umno menghina kaum dan agama lain sebelum ini. Tambahnya, tindakan menghina kaum Tionghua itu juga menjadi penyebab kepada Ketua Pembangkang, Goh Leong San yang merupakan Adun Kesidang digantung daripada menghadiri sidang dewan setelah beliau bangkit dan mendesak Adun Ayer Molek itu menarik kata-kata menghina tersebut. Justeru, ujarnya rakyat jangan lupa bahawa pemimpin Barisan Nasional juga yang menghalalkan judi bola sepak sebelum ini. “Jangan nanti orang kata, kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih,” ujarnya lagi.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 14 Julai 2011
AKHIRAT HUKUMNYA SETIMPAL APA YANG DIBUAT DIDUNIA....TUNGGU SAJA...JANGAN HAPPY SANGAT DIDUNIA....AKHIRAT TETAP MUNCUL JUGA....
Judi: Exco Melaka hina kaum Cina
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan