Ahad, 31 Julai 2011

MUNGKIN BERGUNA SEBAGAI PANDUAN...TAPI ELOK BELAJAR DENGAN HADIR KE MAJLIS2 ILMU....


1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).

2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.

16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”

17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.

ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)

iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”

a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”

a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.



Apabila disebut dosa dan pahala, pasti kita semua maklum mengenainya. Sifirnya mudah, buat baik dapat pahala, buat jahat dapat dosa. Namun ada juga yang begitu skeptikal dengan dosa dan pahala, maklumlah perkara yang tidak nampak. Atau tidak terasa apa-apa dengan dosa dan pahala disebabkan dek terlindungnya urusan tersebut dari pandangan mata manusia. Perkara sam’iyyatlah katakan. Alasan mudah, dosa dan pahala bukan manusia yang tentukan!

Memang benar, dosa pahala yang natijahnya sama ada neraka atau syurga, bukan manusia penentunya. Manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana rahmat Allah. Benar sekali. Walau bagaimanapun, dalam kehidupan pasti ada keseimbangannya. Malam ada siangnya, hidup ada matinya, syurga ada lawannya iaitu neraka. Begitulah juga ada perkara baik dan buruk yang menatijahkan pahala atau dosa.

Contoh yang mudah, api sebagaimana yang kita tahu, sifatnya adalah panas dan membakar. Namun ada pengecualiannya, seperti dalam kisah Nabi Ibrahim yang terselamat sewaktu dibakar oleh Raja Namrud. Sifat api yang panas dan membakar itu, tidak terjadi lantaran diarahkan oleh Allah s.w.t agar ia menjadi sejuk, sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Anbiya ayat 69, yang bermaksud, “Perintah kami (Tuhan): Wahai api, sejuklah kamu dan selamatkan ke atas Ibrahim”. Apapun, fitrah api itu masih kekal panas dan membakar sehinggalah ke hari kiamat.

Begitulah juga dengan dosa dan pahala. Ia perkara yang jelas. Melakukan perkara yang haram dan dibenci Allah itu akan menatijahkan dosa. Melakukan perkara yang disukai Allah pula akan dihadiahi dengan pahala. Pahala membawa ke syurga, dosa membawa ke neraka. Namun ada pengecualiannya, sebab kita milik Allah dan walaupun berdosa, Allah memberikan peluang untuk hamba-Nya bertaubat selagi nyawa belum sampai di halkum.

Sesungguhnya kehidupan manusia di atas muka bumi ini tidak akan dapat lari daripada dua perkara tersebut. Segala tindak tanduk kita di dunia ini akan memanifestasikan sama ada pahala atau dosa, sesuai dengan tujuan manusia itu dihidupkan iaitu untuk beribadah kepada PenciptaNya. “Tidak Aku jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadat kepadaKu.” (Az-Zaariyat:56)

Namun demikian, kehidupan di akhir zaman ini menyaksikan nilai dosa dan pahala seolah-olah menjadi perkara yang dikesampingkan. Perkara dosa dilakukan secara berleluasa tanpa timbul perasaan takut di hati. Sebagai contoh, perbuatan mengumpat telah dimaklumi sebagai satu dosa, namun ia menjadi perkara lumrah. Begitu juga dengan fitnah, zina, rasuah dan bermacam-macam lagi.

Tidak terkecuali pergaulan bebas lelaki wanita. Setiap kali tiba tahun baru, anak-anak muda akan bebas keluar berpasang-pasangan (bukan mahram pastinya) meraikan sambutan malam tahun baru. Berpesta dari tengah malam hingga ke pagi. Berkumpul seawal sebelum maghrib dan pulang selepas matahari terbit. Solat entah ke mana. Malah menurut pekerja-pekerja yang membersihkan kawasan-kawasan lepak anak-anak muda ini, kondom-kondom yang telah digunakan bersepah-sepah ditemui mereka sewaktu melakukan kerja pembersihan. Botol-botol minuman keras tidak ketinggalan ditemui. Yang nyata, mereka yang terlibat adalah anak-anak muda Islam.

Mengapa perkara dosa begitu senang diterima? Adakah sebab ia menjadi perkara lazim yang berlaku dalam masyarakat dan seolah-olah diterima pakai, maka ia tidak lagi dianggap sebagai dosa? Atau kita sudah lagi tidak kenal yang mana dikatakan dosa dan pahala?

Nabi Muhamad s.a.w pernah bersabda sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Nawwas bin Sam’an, “Kebaikan adalah peribadi yang terpuji, dosa adalah apa yang bergelut dalam hati sedangkan saudara tidak mahu orang lain mengetahuinya.”

Manakala Wabisah bin Ma’bad pula menyatakan: Saya pernah datang bertemu dengan Rasulullah. Kemudian Baginda bertanya kepada saya, “Saudara datang ini, hendak bertanya tentang kebaikankah?” Saya menjawab, “Benar”. Lantas baginda berkata, “Tanyalah hati saudara. Sebenarnya kebaikan itu adalah perkara yang apabila saudara melakukannya, jiwa dan hati saudara akan berasa tenang. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan perkara yang saudara rasakan itu. Manakala kejahatan dan dosa itu pula adalah perkara yang apabila saudara lakukan, jiwa saudara tidak tenang dan saudara berasa teragak-agak dan risau di dalam hati. Walaupun saudara bertanya berkenaan hal itu kepada orang lain dan mereka memberikan pendapat yang berbeza dengan apa yang saudara rasakan itu.”

Amatlah malang, kalau kita tidak dapat lagi merasakan getaran kerisauan dalam hati sebagaimana yang dinyatakan oleh baginda s.a.w kerana ia adalah petanda bahawa jiwa kita sebenarnya sudah mati. Titik-titik hitam telah menguasai hati sehingga ia tidak lagi berfungsi dengan baik. Justeru bagaimanakah empunya diri mahu bertanya kepada hati yang menjadi penggerak sama ada ke arah kebaikan atau kejahatan, jika hati sudah tidak lagi boleh memberi penilaian kudusnya?




Dapat dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud.
Apa yang nak dikongsikan disini adalah nama 5 syaitan yang merupakan wakil Iblis untuk menggoda umat manusia.

1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah, seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.

2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba, menimbulkan perasaan benci satu sama lain dikalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian

3) Al-A’war
Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masa kini, betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.

4) Maswath
Specialist dalam menciptakan pembohongan besar maupun kecil.

5) Zalnabur
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh membunuh antara sesama manusia.




Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan ialah :

Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau 4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)
Membaca Al-Qur’an Sebelum Terbit Matahari

Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra : 9)

Jangan Tinggalkan Masjid
Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid, kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
“Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat) melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah) orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan api.”

Jaga Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jaga Sedekah
Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya – menyangka Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi) langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang kamu dakwakan itu)?” (Al-Imran : 180)

Jaga Wudhuk Terus Menerus
wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib :
“Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Istighfar Setiap Masa
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)



Dibawah ini di senaraikan 50 sifat dan tanda-tanda orang munafik menurut al-quraan dan hadis rasulullah s.a.w untuk peringatan bersama,di antaranya ialah :

1. Malas beribadah kepada allah.

2. Lupakan kepada allah.

3. Lalaikan solat fardhu.

4. Mempercepatkan mengerjakan solat.

5. Gemar meninggalkan solat berjamaah.

6. Meninggalkan solat jumaat.

7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi.

8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.

9. Menyembunyikan Ilmu pengetahuan.

10. Mengamalkan riak.

11. Hasad dengki.

12. Dusta.

13. Mungkir janji.

14. Bakhil.

15. Fitnah.

16. Mencaci maki.

17. Mengumpat.

18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.

19. Mengengkari Takdir allah.

20. Mempersendakan kesucian Agama.

21. Enggan berjihad dijalan allah.

22. Menghina sahabat Rasullah.

23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.

24. Menangguhkan pembayaran Hutang.

25. Menipu dalam jual beli.

26. Ghasab(Mengambil Tanah Orang lain tanpa Hak).

27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolokan ayat Allah.

28. Memakan harta anak yatim.

29. Membuka rahsia orang lain.

30. Merasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa.

31. Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai.

32. Menghalang orang dari mengamalkan ajaran Islam.

33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang.

34. Bermuka dua (talam dua muka).

35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.

36. Sombong antara sesama manusia.

37. Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim.

38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah.

39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup.

40. Membazir dalam Memanfaatkan Nikmat Allah.

41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah.

42. Menghianati sesuatu amanah.

43. Memutuskan hubungan silaturahim.

44. Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.

45. Menghalalkan perkara yang haram.

46. Membuat kerosakan dimuka bumi.

47. Menuduh orang beriman bodoh.

48. Mengubah dan menyalah gunakan ayat2 Allah.

49. Bersumpah dengan selain nama Allah.

50. Merasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.




Mandi Hadas Besar atau Mandi Junub

Disini diserta sedikit pengetahuan tentang Mandi Hadas Besar atau Mandi Junub Yang Di Wajibkan Ke atas Setiap Orang Muslimnin dan Muslimat

Dalam Al-Quran Surah Al-Maedah Ayat 5 berbunyi, ” Dan jika kamu berjunub maka mandilah kamu.”

Orang-orang yang wajib mandi junub / Hadas Besar ialah:

Mandi Hadas
Mandi hadas ini adalah diwajibkan ke atas seseorang yg baru lepas dr persetubuhan di antara lelaki atau perempuan atau orang² yg keluar air mani baik secara semulajadi spt bermimpi atau sengaja, iaitu melalui melacap/onani/mastubasi

Niat Mandi Junub / Hadas Besar ialah,
” Sahaja aku mandi junub/hadas besar mensucikan diri aku, kerana Allah takala.”
Kemudian siramkan air dimulai diatas kepala hingga bersih semua badan. Macam mandi biasa juga.

Mandi Haid
Setiap wanita yg kedatangan kotor atau haid dan sudah bersih sepenuhnya, maka wajiblah ia membersihkan diri, wajiblah ia mandi haid. Haid ertinya darah yg wajib keluar dr faraj ( kemaluan ) perempuan yg sudah cukup umur.

Mandi Nipas.
Seseorang wanita yg bersalin dan sudah bersih darahnya. Maksudnya darah ‘beranaknya’ sudah kering. Ada yg 40 hari dan ada yg 60 hari. Maka ibu tersebut wajib mandi nifas untuk membershikan diri.

Ketiga² benduk mandi Hadas, Mandi Haid dan Mandi Nifas ini disebut juga sebagi mandi hadas besar. Orang² yg belum mandi hadas besar ini tidak boleh membuat sesuatu perkara spt menyentuh Al-Quran, Sembahyang, Puasa atau Tawaf.


MANDI HADAS (MANDI JUNUB)

Allah Azza wa-Jalla telah mewajibkan setiap mukmin mandi setelah ia berjunub (berhadas besar). Allah berfirman:

“Dan jika sekiranya kamu berjunub maka hendaklah kamu bersuci (mandi junub)”. (al-Maidah 5:6)

------
DEFINISI
------

Pengertian mandi atau al-ghuslu (الغسل) menurut pengertian Bahasa Arab ialah:

“Mangalirkan air ke seluruh anggota tubuh badan”. (Lihat: Fathul Bari, 1/359. Ibnu Hajar)

“Al-Guslu (mandi) ialah: Menyempurnakan membasuh (mencuci) seluruh jasad (tubuh badan)”. (Lihat: Lisanul Arab. 2/988)

Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, dimaksudkan mandi junub (mandi hadas besar) ialah:

“Hakikat mandi junub ialah menjirus (mengalirkan) air ke seluruh anggota tubuh (Lihat: Fathul Bari. 1/359) (dari hujung rambut ke hujung kaki). Sebahagian ulama mewajibkan berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung (memasukkan air ke dalam hidung) semasa mandi junub”.

Adapun sebab-sebab wajibnya mandi junub (mandi hadas besar) ialah setelah terjadi perkara-perkara berikut:

------
PERTAMA:
------

Wajib Mandi Junub Kerana Keluar Air Mani

Para ulama telah sepakat bahawa apabila keluar air mani dengan bersyahwat, bersetubuh atau bermimpi maka wajib baginya mandi junub. Begitu juga bagi kaum perempuan (jika keluar air mani) maka wajib baginya mandi junub sebagaimana keterangannya dari hadis-hadis berikut:

“Dari Aisyah ia berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah ditanya oleh seorang lelaki yang mendapati basah (kerana keluar mani) padahal tidak ingat bahawa ia bermimpi lalu baginda menjawab: Hendaklah ia mandi. Dan baginda pernah ditanya tentang lelaki yang bermimpi dirasakan seolah-olah keluar air mani tetapi tidak ada kesan basah. Baginda menjawab: Tidak wajib mandi. Kemudian Ummu Sulaim bertanya: Kalau perempuan bermimpi demikian wajibkah wanita itu mandi? Nabi menjawab: Ya, kerana sebenarnya kaum wanita itu adalah saudara-saudara kaum lelaki!”. (H/R Imam yang lima, kecuali Nasaii.)

“Dari Ummi Salamah bahawa Ummu Sulaim berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu kerana sesuatu yang haq! Apakah wanita wajib mandi junub kalau ia bermimpi? Baginda menjawab: Ya, apabila ia melihat air! Kemudian Ummu Salamah bertanya lagi: Apakah perempuan juga bermimpi? Celaka engkau, kalau tidak begitu dengan apa anaknya boleh serupa dengannya!”. (Muttafaq ‘alaihi)

“Dari Khaulah binti Hakim bahawa beliau pernah bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang perempuan yang bermimpi seperti mimpinya lelaki lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Ia tidak wajib mandi sehingga mengeluarkan air mani seperti halnya lelaki tidak wajib mandi sehingga ia mengeluarkan air mani”. (H/R Ahmad)

“Dan Nasaii meriwayatkan dengan ringkas yang lafaznya: Bahawasanya dia (Khaulah) bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tentang perempuan yang bermimpi mengeluarkan air mani dalam tidurnya lalu Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam menjawab: Kalau ia melihat air mani maka hendaklah ia mandi”. (H/R Nasaii)

Dari hadis-hadis sahih di atas, menunjukkan bahawa wanita juga terkadang bermimpi kerana wanita adalah saudara kandung lelaki. Maka sebagaimana kaum lelaki juga bermimpi maka kaum wanita demikian pula. (Lihat: Fatwa-fatwa muslimah. Hlm. 141. Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Syeikh, Syeikh Abdurrahman bin Hashir as-Sa’diy, Syeikh Abdullah bin Abdullah bin Bazz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Syeikh Abdullah bin Jibrin dan Syeikh Soleh Fauzan bin Fauzan)

Dan jika ia (seseorang wanita) tidak menemui tanda/bekas/basah/sisa-sisa air setelah bangun tidur maka ia tidak diwajibkan untuk mandi junub. Adapun jika ia mendapati bekas/tanda air maka ia wajib mandi kerana Ummu Sulaim berkata: Wahai Rasulullah, apakah seorang wanita wajib mandi jika ia bermimpi (keluar air)? Rasulullah sallallahu ‘alaihi was-sallam menjawab: Ya, kalau ia melihat (mendapati basah) bekas air! Jika wanita mendapati ada bekas air maka ia diwajibkan mandi junub. (Lihat: Fatwa-fatwa muslimah. Hlm. 141. Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Syeikh, Syeikh Abdurrahman bin Hashir as-Sa’diy, Syeikh Abdullah bin Abdullah bin Bazz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Syeikh Abdullah bin Jibrin dan Syeikh Soleh Fauzan bin Fauzan)

Jika seseorang perempuan sering mengeluarkan cecair tanpa disebabkan oleh suatu rangsangan (nafsu syahwat/nikmat) maka sama sekali tidak diwajibkan mandi. Mandi hanya diwajibkan apabila melakukan persetubuhan, bermimpi, keluar air diiringi syahwat (seperti mimpi berjimak dengan seorang peria lalu ketika bangun terdapat bekas air maka diwajibkan baginya mandi junub). (Lihat: Fatwa-fatwa muslimah. Hlm. 141. Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Syeikh, Syeikh Abdurrahman bin Hashir as-Sa’diy, Syeikh Abdullah bin Abdullah bin Bazz, Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, Syeikh Abdullah bin Jibrin dan Syeikh Soleh Fauzan bin Fauzan)

------
PENJELASAN TENTANG WADI DAN MAZI
------

Wadi: Wadi adalah cecair pekat yang biasanya keluar setelah seseorang selesai dari buang air kecil (kencing). Wadi ini dihukum najis dan harus disucikan seperti halnya kencing, akan tetapi tidak diwajibkan mandi. (Lihat: Fiqh Wanita. Hlm. 19. Syeikh Kamil Muhammad ‘Uwaidah)

Mazi: Mazi adalah cecair yang bening dan pekat yang keluar dari zakar atau faraj ketika bercumbu atau ketika nafsu syahwat. Hal ini sama-sama dialami oleh lelaki dan juga wanita, akan tetapi pada wanita jumlahnya lebih banyak. Menurut kesepakatan para ulama, mazi ini dihukum najis. Apabila mazi ini mengenai badan maka wajib dibersihkan dan apabila mengenai pakaian maka cukup sekadar menyiramkan air pada bahagian yang terkena mazi. Mengenai hal ini terdapat hadis-hadis sahih yang menjelaskannya. Aisyah radiallahu ‘anha mengatakan:

“Wadi itu keluar setelah proses kencing selesai. Untuk itu hendaklah seseorang muslim (dan muslimah)mencuci kemaluannya (setelah keluarnya wadi) dan berwuduk serta tidak diwajibkan mandi junub”. (H/R Ibnu al-Munzir)

“Tentang mani, wadi dan mazi. Adapun mengenai mani maka diwajibkan mandi kerananya. Sedangkan mengenai mazi dan wadi maka cukup dengan membersihkan secara sempurna”. (H/R Al-Baihaqi dan Al-Athram)

“Mengenai wadi dan mazi, Rasulullah bersabda: Basuhlah kemaluanmu atau tempat kemaluanmu dan berwuduklah seperti pada saat hendak melaksanakan solat”. (H/R Baihaqi)

Oleh yang demikian maka keluar wadi atau mazi dihukum najis dan membatalkan wuduk. Wajib dibasuh zakar atau faraj dan pakaian yang terkena wadi atau mazi tetapi tidak diwajibkan mandi junub (mandi hadas besar) jika terkeluar wadi dan mazi sebagaimana penjelasan dari hadis-hadis yang lalu dan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Dari Ali berkata: Aku adalah seorang lelaki yang sering keluar mazi lalu aku bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam kemudian ia bersabda: Dalam mazi itu berwuduk dan dalam mani itu wajib mandi. (H/R Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmizi dan disahihkan oleh Tirmizi)

“Dan dari Ahmad. Lalu baginda bersabda: Kalau engkau mengeluarkan mani maka mandilah kerana telah berjunub dan apabila engkau tidak mengeluarkan mani maka janganlah mandi”. (H/R Ahmad)

Ibnu Ruslan berkata: Kaum Muslimin telah ijmak atas wajibnya mandi junub (mandi hadas) bagi lelaki dan perempuan disebabkan keluar air mani atau mengeluarkan air mani. (Lihat: Nailul Autar.1/191. asy-Syaukani)

------
KEDUA:
------

Wajib Mandi Kerana Persetubuhan

Menurut Imam An-Nawawi bahawa: Telah disepakati atas wajibnya mandi junub (bagi suami dan isteri) apabila hasyafah (kepala zakar lelaki) telah masuk ke dalam faraj walaupun tidak mengeluarkan air mani. Inilah pendapat dari ijmak. Keterangan ini dapat difahami dari hadis-hadis sahih yang berikut:

“Dari Abu Hurairah, dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam baginda bersabda: Apabila salah seorang antara kamu duduk antara empat anggota perempuan kemudian ia bersungguh-sungguh maka ia wajib mandi (junub)”. (H/R Bukhari, Muslim dan Ahmad)

“Apabila salah seorang kamu duduk antara empat anggota perempuan (bersetubuh) kemudian ia bersungguh-sungguh maka wajib baginya mandi (junub) meskipun tidak mengeluarkan air mani”. (H/R Muslim dan Ahmad)

Dari Abdullah bin Amr bin Ash:

“Apabila dua kemaluan (zakar dan faraj) itu telah masuk maka telah diwajibkan mandi (mandi junub)”. (H/R Ibnu Syaibah)

Para ulama telah sepakat sebagaimana yang telah disyariatkan bahawa seandainya seorang lelaki meletakkan kemaluannya di atas kemaluan perempuan, padahal ia tidak memasukkannya maka tidak seorang pun antara keduanya diwajibkan mandi. (Lihat: Nailul Autar. 1/190, Asy-Syaukani)

“Dari Aisyah ia berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Apabila salah seorang antara kamu duduk di antara empat anggota perempuan kemudian benda yang dikhatan (kemaluan lelaki) bertemu benda yang dikhatan (kemaluan perempuan), maka telah diwajibkan mandi (junub)”. (H/R Ahmad dan Muslim)

“Apabila benda yang dikhatan (kemaluan lelaki) telah masuk ke dalam benda yang di khatan (kemaluan perempuan) maka telah diwajibkan mandi”. (H/R Tirmizi dan disahihkan olehnya)

“Dari Ubai bin Ka’ab ia berkata: Sesungguhnya anak-anak muda itu pernah berkata: Air (mandi junub) itu kerana air (kerana keluar air mani), adalah keringanan (tidak wajib mandi) dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam diberikan pada permulaan Islam, kemudian ia memerintahkan kami agar mandi (junub) sesudah itu”. (H/R Ahmad dan Abu Daud)

“Pada lafaz Tirmizi: Mandi hanya kerana keluar air mani, itu hanyalah suatu keringanan pada permulaan Islam kemudian dilarangnya (dilarang dari mengamalkan amalan yang lama dan diperintahkan agar mandi junub)”. (H/R Tirmizi dan disahihkannya)

“Dari Aisyah bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam tentang seseorang yang menyetubuhi isterinya kemudian ia malas (untuk meneruskannya sebelum keluar mani) sedangkan Aisyah duduk di situ. Lalu Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Sesungguhnya aku pernah melakukan seperti demikian dengan (Aisyah) ini lalu kami mandi (walaupun tidak keluar air mani)”. (H/R Muslim)

“Dari Rafi’ bin Khadej ia berkata: Aku pernah dipanggil oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam padahal aku sedang di atas perut isteriku. Lalu aku bangun dan aku belum mengeluarkan air mani kemudian aku mandi lalu keluar kemudian aku mengkhabarkan kepada baginda. Lalu baginda bersabda: Kamu tidak wajib mandi kerana mandi itu lantaran keluarnya air mani. Rafi’ berkata: Kemudian Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sesudah itu memerintahkan agar kami mandi”. (H/R Ahmad)

Seorang suami yang menyetubuhi beberapa orang isterinya pada satu malam maka hanya diwajibkan sekali mandi sahaja. Sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

“Dari Anas radiallahu anhu bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menggiliri (menyetubuhi) isteri-isterinya dengan sekali mandi”. (H/R al-Jamaah kecuali Bukhari)

“Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘aliaihi wa-sallam pernah mengelilingi isteri-isterinya pada satu malam dengan sekali mandi”. (H/R Ahmad dan Nasaii)

“Dari Abi Rafi’ maula Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam pernah menggiliri isteri-isterinya dalam satu malam lalu ia mandi untuk setiap seorang dari mereka lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kalau engkau mandi sekali sahaja? Lalu ia menjawab: Begini adalah lebih suci dan lebih bersih”. (H/R Ahmad dan Abu Daud)

Syariah berkata: Hadis ini menunjukkan, tidak wajib mandi bagi suami yang bermaksud mengulangi jimaknya (ingin mengulangi persetubuhannya). (Lihat: Nailul Autar. 1/199). Begitu juga isteri yang ingin diulangi (disetubuhi lagi) oleh suaminya maka isteri tidak diwajibkan mandi terlebih dahulu.

------
KETIGA:
------

Setelah Bersih Dari Haid Atau Nifas

Para wanita yang sudah bersih (kering) dari haid dan nifas maka diwajibkan mandi hadas (mandi junub) sebagaimana keterangan dari hadis-hadis sahih yang berikut:

Dari Aisyah bahawa Fatimah binit Abi Jahsy sedang istihadhah lalu aku bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Kemudian baginda menjawab: Itu hanya sebahagian dari peluh, bukan haid. Maka apabila engkau sedang haid, tinggalkanlah solat dan kalau telah selesai maka mandilah dan bersolatlah”. (H/R Bukhari)

------
CARA ATAU SIFAT MANDI JUNUB RASULULLAH SAW
------

Adapun hadis-hadis tentang wajibnya mandi junub (mandi hadas) antaranya ialah:

“Dari Maimunah radiallahu ‘anha ia berkata: Aku pernah menuangkan air untuk Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam untk mandi junub. Maka baginda memulakan dengan mencuci kedua tangannya dua kali atau tiga kali, kemudian ia menuangkan air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya lalu ia mencuci farajnya (kemaluannya) dan bahagian yang kena kotoran, setelah itu ia mengusapkan tangannya yang kiri ke tanah dua kali atau tiga kali lalu ia mencucinya. Kemudian baginda berkumur-kumur sambil menghisap (menyedut) air ke hidung lalu menghembuskannya kemudian ia mencuci mukanya dan kedua tangannya lalu ia mencuci kepalanya tiga kali, setelah itu barulah baginda menuangkan air ke seluruhan tubuhnya. Setelah selesai baginda pindah dari tempatnya lalu baginda mencuci kedua kakinya”. (H/R Bukhari, Kitabul Ghusul. Muslim, 1/175. Abu Daud. No 245. Turmizi, Nasaii, Ibnu Majah dan Ahmad)

1 - Syariah berkata (ucapan): “Kemudian ia membasuh kedua kakinya”, ini menunjukkan bahawa wuduk yang dilakukan oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam semasa memulakan mandi junub tanpa membasuh kedua kakinya.

2 - Jumhur ulama berpendapat: Sunnah mengakhirkan membasuh kedua kaki ketika berwuduk dalam mandi junub iaitu membasuh setelah selesai mandi junub.

3 - Imam Malik berpendapat: Apabila tempat mandi junub itu tidak bersih maka mengakhirkan membasuh kedua kaki itu adalah sunnah. Tetapi apabila tempat itu bersih maka mencuci dua kaki itu hendaklah didahulukan.

4 - Imam an-Nawawi berkata: Yang lebih benar dan lebih masyhur serta terpilih dari pendapat tersebut ialah menyempurnakan wuduknya.

“Dari Aisyah radiallahu ‘anha bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila mandi junub baginda memulakan mencuci kedua tangannya kemudian ia menuangkan air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya lalu ia mencuci kemaluannya. Kemudian baginda berwuduk sebagaimana waduknya untuk bersolat. Lalu baginda memasukkan jari-jari tangannya ke dalam air, lantas ia sela-sela pangkal-pangkal rambutnya dengan jari-jarinya itu, setelah ia merasakan telah basah rambutnya, ia tuangkan air ke atas kepalanya tiga kali cedukan dengan kedua tangannya kemudian ia alirkan air keseluruh tubuhnya”. (H/R Bukhari. 1/68. Muslim. 1/174. Abu Daud. 242. Ibn Majah 574)

“Dari Jabir radiallahu anhu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengambil air tiga kali cedukan dan baginda tuangkan ke atas kepalanya, kemudian baginda menuangkan air ke seluruh tubuhnya”. (H/R Bukhari, 1/69. Kitab al-Ghusul)

“Dari Aisyah radiallahu ‘anha ia berkata: Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam apabila mandi junub, baginda meminta air dengan satu bejana besar lalu ia ambil air itu dengan tangannya, kemudian memulai pada bahagian kepala sebelah kanan, kemudian yang kiri, kemudian ia mengambil air dengan kedua telapak tangannya lalu ia tuangkan di atas kepalanya”. (H/R Bukhari dan Muslim)

“Diriwayat yang lain: Kemudian baginda menyela-nyela rambutnya dengan kedua tangannya sehingga apabila ia merasa telah basah seluruh kulit kepalanya, ia tuangkan air di atasnya tiga kali”. (H/R Bukhari dan Muslim)

“Dan dari Jubair bin Muth’am ia berkata: Kami pernah berbincang-bincang tentang mandi junub di hadapan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam lalu baginda bersabda: Adapun aku, cukup mengambil air sepenuh dua tapak tanganku lalu aku tuangkan di atas kepalaku, kemudian aku menyiram bakinya atas seluruh tubuhku”. (H/R Ahmad)

“Dari Jubair radiallahu ‘anhu berkata: Adapun aku, menuangkan air ke atas kepalaku tiga kali (beliau memberi isyarat dengan kedua tangannya). (H/R Bukhari, 1/69). Kemudian aku menyiram ke atas seluruh tubuhku”. (H/R Ahmad.)

Dari semua hadis-hadis tentang mandi junub yang telah lalu, dapat difahami dan diringkaskan bahawa sifat mandi junub Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam ialah:

- Didahulukan dengan mencuci kedua telapak tangan hingga ke pergelangan tangan. Ia dilakukan tiga kali.

- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.

- Setelah mencuci kemaluannya, Nabi sallallahu alaihi wa-sallam menggosok tangannya ke tanah beberapa kali iaitu dua atau tiga kali.

- Berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat. Ada kalanya mentakhirkan dari mencuci kakinya.

- Memasukkan jari-jemari ke dalam air kemudian menyela-nyela rambut dengan kedua-dua jari-jemari tangan sehingga rata.

- Menuangkan air ke atas kepala tiga kali, sama ada dengan menceduk dengan kedua tangan atau dengan gayung.

- Menjirus, meratakan dan membasuh ke seluruh tubuh badan

- Selepas mandi tidak diwajibkan berwuduk semula jika wuduk sebelum mandi tidak batal tetapi jika sekiranya batal maka wajib memperbaharui wuduknya semula.

“Dari Aisyah radiallahu anha: Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam tidak berwuduk setelah selesai mandi junub”. (H/R Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud. 1/171. TIrmizi, 1/72)

cara-cara mandi hadas besar

Cara-cara mandi wajib

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

8)Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:26 8)

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

11) Afdhal untuk tidak mengelap badannya dengan tuala dan lain-lain.

Wallahu’alam.

Rujukan:

طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام

Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani


Mandi Hadas Besar

Disediakan oleh : Ummu Abdillah

Mandi hadas besar merupakan salah satu cabang dalam bab taharah (bersuci). Taharah pula merupakan syarat sahnya solat. Oleh itu, menjadi kewajipan bagi setiap Muslim dan Muslimah untuk mengetahui hukum-hakam dan tatacara mandi hadas besar seperti yang telah ditetapkan oleh syara’ kerana ia mempengaruhi sah atau tidaknya ibadah seseorang itu. Setiap Muslim dan Muslimah itu tidak perlu rasa malu dalam mempelajari hal-ehwal mandi hadas besar ini kerana ia merupakan urusan agama yang menjamin kesahihan ibadah seseorang. Tulisan ini memuatkan beberapa perkara penting mengenai mandi hadas besar iaitu :

  • Dalil kewajipan mandi yang disebabkan oleh hadas besar
  • Perkara-perkara yang mewajibkan mandi
  • Tatacara mandi janabah
  • Tatacara mandi kerana haid dan nifas

Dalil kewajipan mandi yang disebabkan oleh hadas besar

Allah Ta’ala berkata : (وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا), maksudnya : ‘…jika kamu itu dalam keadaan janabah (hadas besar) maka bersucilah…’ (al-Maidah : 6). Manakala hadis pula, terdapat banyak riwayat yang menyebut tentang kewajipan ini, antaranya ialah : Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Jika seorang suami duduk di antara kedua kaki dan tangan isterinya, kemudian menggaulinya, maka wajiblah mandi’[i].

Perkara-perkara yang mewajibkan mandi

1- Keluar mani dengan syahwat, baik dalam keadaan jaga ataupun tidur.

Sebelum diterangkan lebih lanjut mengenai point ini, seseorang itu perlu mengetahui apakah sifat-sifat mani. Air mani lelaki yang sihat mempunyai beberapa sifat:

  • Berwarna putih dan pekat
  • Keluar dengan cara memancut
  • Keluar dengan rasa syahwat
  • Selepas keluarnya mani, dia berasa kepenatan
  • Baunya seperti bau pucuk tamar, seakan-akan bau tepung
  • Jika air mani itu kering, baunya seperti bau telur

Jika salah satu sifat ini wujud pada cecair yang keluar, maka cukuplah untuk dihukumkan cecair itu sebagai air mani. Tidak semestinya semua sifat ini mesti wujud untuk dikatakan ia adalah mani[ii].

Sifat mani perempuan pula :

  • Berwarna kekuningan dan cair (tidak likat)
  • Baunya sama dengan bau mani lelaki
  • Keluar dengan rasa syahwat

Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Sesungguhnya air mani lelaki itu kental berwarna putih, sedangkan air mani wanita itu cair berwarna kuning…[iii]

Keluarnya air mani itu merupakan perkara yang mewajibkan mandi, tidak kira samada ia keluar kerana persetubuhan, mimpi, atau onani. Dalilnya ialah apa yang telah disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam : ‘Air itu dari air’[iv]. Maksud hadis : Keluarnya air mani merupakan salah satu sebab wajibnya mandi.

Hadis seterusnya ialah apa diriwayatkan oleh Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha : Ummu Sulaim radhiyallahu ‘anha, isteri kepada Abu Talhah, berkata : Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah itu tidak malu terhadap kebenaran, adakah seorang wanita itu wajib mandi jika dia mimpi (iaitu : dia melihat seperti apa yang dilihat oleh lelaki dalam tidur seperti gambaran persetubuhan)? Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam menjawab : Ya, jika dia melihat adanya air mani (setelah bangun)[v].

Catatan

  • Jika seseorang bermimpi jima’ (bersetubuh) dan pada esok paginya dia tidak menemui bekas air mani, maka tidak wajib mandi. Ini kerana mimpi persetubuhan semata-mata bukanlah perkara yang mewajibkan mandi, melainkan ia disertai keluarnya air mani.
  • Jika ia terjaga dari tidur dan mendapati adanya bekas air mani sedangkan ia tidak ingat bermimpi, maka dia wajib mandi. Dalil : Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha : Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam ditanya tentang seorang lelaki yang mendapati air mani, tetapi dia tidak ingat bermimpi, Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam menjawab : Dia mesti mandi. Beliau shallallahu ‘alayhi wa sallam juga ditanya tentang lelaki yang bermimpi tetapi tidak mendapati air mani, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : Dia tidak wajib mandi[vi].
  • Jika dia terjaga dari tidur dan mendapati kesan air, dan dia yakin bahawa itu adalah mazi, maka dia tidak wajib mandi tetapi cukup sekadar membasuh kemaluannya.
  • Jika dia terjaga dari tidur dan mendapati kesan air tetapi dia tidak pasti adakah ianya mani atau mazi, maka dalam hal ini jika dia bermain-main dengan pasangannya atau berfikir mengenai sesuatu, maka selalunya ia adalah mazi. Seseorang itu hanya perlu membasuh anggota badannya dan bajunya yang terkena mazi. Tetapi jika sebelum dia tidur tidak berlaku mana-mana perkara yang menyebabkan keluarnya mazi, maka di sini dia wajib mandi sebagai langkah berjaga-jaga[vii].

2- Bertemunya dua khitan (alat kelamin) / berlakunya persetubuhan

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Jika seorang suami telah duduk di antara kedua kaki dan tangan isterinya, kemudian menggaulinya, maka wajiblah mandi’[viii]. Dan dalam lafaz riwayat Muslim ditambah : ‘Walaupun tidak keluar air mani’.

Sebuah hadis lagi menyebut, seseorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam tentang seorang suami yang mendatangi isterinya, kemudian air maninya tidak keluar, apakah ia wajib mandi? Ketika itu Aisyah radhiyallahu ‘anha sedang duduk, lalu Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : ‘Sesungguhnya aku melakukannya dengan wanita ini, lalu kami mandi’[ix].

Daripada dua hadis di atas, ia menunjukkan bahawa wajibnya mandi sekiranya kemaluan suami masuk ke dalam kemaluan isteri walaupun tidak keluar air mani.

Catatan

  • Jika kemaluan suami menyentuh kemaluan isteri tanpa dimasukkan, maka tidak wajib mandi kecuali jika keluar mani.
  • Sekiranya air mani suami keluar dari kemaluan isteri selepas isteri mandi, maka isteri tidak wajib mandi semula, tetapi dia wajib berwudhu’.

Berkata al-Zuhri rahimahullah mengenai lelaki dan wanita yang keluar sesuatu dari kemaluan mereka selepas mandi, keduanya harus mencuci kemaluan dan berwudhu’[x].

3- Berhenti darah haid dan nifas

Apabila seorang wanita telah suci dari haid, maka dia wajib mandi sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam : ‘Jika haid datang maka tinggalkanlah solat, dan jika ia pergi maka mandilah dan lakukanlah solat’[xi].

Adapun nifas, ia adalah seperti haid menurut ijma’.

Catatan

  • Sekiranya seorang wanita itu dalam keadaan janabah kerana melakukan hubungan intim, kemudian datang dia didatangi haid sebelum dia mandi kerana janabah, maka dia tidak wajib mandi untuk menghilangkan janabahnya. Tetapi dia mandi ketika telah selesai haidnya. Ini telah disebut oleh al-Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Majmu’[xii].
  • Sekiranya seorang wanita itu melahirkan anak (al-wiladah) tetapi tidak disertai dengan darah nifas, maka dia tidak wajib mandi. Ini kerana tiada satu nas pun dari al-Quran atau Sunnah, baik hadis sahih mahupun dhaif, yang menyebut mengenai perkara ini. Sekiranya tiada dalil, maka sesuatu ibadah itu tidak dipertanggungjawabkan ke atas seorang Muslim. Ini disebut oleh al-Imam Ibn Qudamah rahimahullah dalam kitabnya al-Mughni[xiii]. Walaubagaimana pun, sangat jarang wanita melahirkan anak tanpa disertai darah.

4- Ketika seorang kafir masuk Islam

Diriwayatkan dari Qais bin ‘Ashim, bahawa beliau masuk Islam, lalu Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam memerintahkannya untuk mandi dengan air dan daun bidara[xiv].

Tatacara mandi hadas besar

Terdapat beberapa riwayat yang menerangkan tatacara mandi hadas besar. Hadis-hadis ini disampaikan oleh ‘Aisyah dan Maimunah radhiyallahu ‘anhuma dan diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam kitab Sahih mereka secara terpisah. Dan dalam riwayat-riwayat ini terdapat sedikit perbezaan.

Hadis ‘Aisyah[xv] :

Bahawasanya Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam apabila hendak mandi dari hadas besar memulai dengan :

1- Membasuh kedua tangan, (dalam riwayat lain dari ‘Aisyah juga : selepas membasuh tangan, Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam membasuh kemaluannya dengan tangan kiri) kemudian;

2- Berwudhuk seperti wudhuk untuk solat, kemudian;

3- Beliau memasukkan jari-jemarinya ke dalam bekas air kemudian beliau menyela rambutnya, kemudian;

4- Mengalirkan air ke kepalanya dengan tiga cedokan tangan, kemudian;

5- Beliau mengalirkan air ke seluruh badannya.

6- (Dalam riwayat lain, ‘Aisyah menyebut bahawa akhir sekali, Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam membasuh kedua kakinya).

Hadis Maimunah[xvi] :

‘Aku meletakkan air untuk Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam mandi kemudian :

1- Beliau membasuh tangannya dua atau tiga kali, kemudian;

2- Beliau mencedok air dengan tangan kanannya kemudian menuangkannya ke tangan kirinya, kemudian;

3- Beliau membasuh kemaluannya (dalam riwayat lain : membasuh kemaluan dan segala kotoran yang ada padanya), kemudian;

4- Beliau menggosok-gosokkan tangannya ke tanah atau tembok, kemudian;

5- Membasuh tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung, dan membasuh mukanya, kedua tangannya, dan kepalanya, kemudian;

6- Mengalirkan air ke seluruh badannya;

7- Beliau berpindah dari tempatnya dan membasuh kedua kakinya;

Akhirnya, aku memberikan dia sehelai kain (untuk mengelap air) lalu Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam memberikan isyarat dengan tangannya seperti ini, iaitu beliau tidak mengekehendakinya’.

Tatacara mandi kerana haid dan nifas

Mandi setelah selesai haid atau nifas adalah sama seperti mandi untuk menghilangkan janabah. Tetapi terdapat beberapa tambahan seperti yang berikut :

1- Menggunakan sabun atau pembersih ketika mandi. Seperti yang disabdakan Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam kepada Asma’ radhiyallahu ‘anha : ‘Hendaklah salah seorang daripada kalian mengambil air dan daun bidaranya, lalu dia bersuci dengan sebaik-baiknya..[xvii]

2- Dianjurkan untuk membuka ikatan rambut ketika mandi kerana haid supaya yakin air sampai ke kulit. Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata kepada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha : ‘Lepaskanlah ikatan rambutmu dan mandilah’[xviii].

3- Digalakkan baginya untuk menggunakan kain yang dikenakan minyak wangi dan diusapkan pada bekas darah hingga hilang baunya. Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa seorang wanita bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam tentang cara mandi setelah selesai haid, lalu Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam mengajarkan kepadanya dan berkata : ‘Ambillah satu kain yang diolesi minyak wangi dan bersucilah dengannya. Wanita itu berkata : Bagaimana aku bersuci? Baginda berkata : Bersucilah dengannya! Dia berkata lagi : Bagaimana? Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam berkata : Subhanallah! Bersucilah! Lalu aku menariknya dan berkata : Bersihkanlah bekas darah dengan kain itu[xix].

Catatan

  • Hendaklah seseorang yang hendak mandi hadas itu untuk memulakan mandi dengan niat menghilangkan hadas besar. Tetapi tidak perlu untuk melafazkannya kerana ianya tiada contoh dari Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam.
  • Tidak wajib bagi wanita untuk melepaskan ikatan rambutnya samada untuk menghilangkan janabah atau mandi kerana haid atau nifas. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha : Aku bertanya wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah seorang wanita dengan rambut yang diikat kuat. Apakah aku mesti membuka ikatan itu untuk mandi janabah? (Dalam riwayat lain : …untuk mandi janabah dan haid?) Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam menjawab : Tidak, cukup bagimu untuk mengalirkan air sebanyak tiga cedokan tangan ke kepala, lalu mengalirkan air ke seluruh badanmu, maka (dengan itu) engkau telah suci[xx].
  • Tatacara mandi yang disebut dalam hadis di atas adalah mustahabb (dianjurkan) dan sekiranya seseorang itu mengalirkan air ke seluruh badannya maka mandinya sah dan sucilah dia daripada hadas besar. Dalilnya:
  1. Hadis Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha yang disebut di atas : ‘…cukup bagimu untuk mengalirkan air sebanyak tiga cedokan tangan ke kepala, lalu mengalirkan air ke seluruh badanmu, maka (dengan itu) engkau telah suci’.
  2. Diriwayatkan dalam sebuah hadis yang panjang oleh ‘Imran bin Hushain radhiyallahu ‘anhu, ketika Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam dan para Sahabat dalam perjalanan, ada seorang sahabat dalam keadaan janabah. Disebutkan dalam riwayat ini : ‘…dan terakhir sekali, bejana air itu diberikan kepada lelaki yang dalam keadaan janabah tadi dan berkata Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam : ‘Pergilah, dan curahkanlah air ke atas badanmu[xxi].
  • Sekiranya seseorang itu mandi dengan meratakan air ke seluruh badannya, adakah dia perlu mengambil wudhuk selepas mandi? Jawab : Para ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini. Al-Imam al-Syaf’ie rahimahullah berkata : ‘Jika seseorang itu mula mandi dan tidak berwudhuk, dan dia menyempurnakan mandinya, maka itu sudah memadai dan dia tidak perlu berwudhuk untuk solat dan bersuci…[xxii]

Begitu juga apa yang dikatakan oleh Ibn Taimiyah rahimahullah, sekiranya seseorang itu meniatkan dengan mandinya untuk mengangkat hadas besar, maka hadas kecilnya juga hilang. Ini kerana Allah menyebut (yang maksudnya) : ‘…jika kamu dalam keadaan janabah, maka bersucilah..’ (al-Maidah : 6). Jika dia bersuci dengan niat untuk menghilangkan hadas besar, maka itu sudah memadai kerana Allah tidak menyebut selain daripada itu. Pendapat ini juga yang dipilih oleh Syeikh Ibn al-‘Uthaimin rahimahullah[xxiii].

  • Seorang yang dalam keadaan hadas besar boleh mengakhirkan mandi janabah sehingga dia bangun dari tidur pada keesokan paginya. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam berwudhuk sekiranya Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam hendak tidur atau makan[xxiv]. Begitu juga dengan sebuah hadis riwayat Umar radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata : Wahai Rasulullah, adakah seseorang itu boleh tidur dalam keadaan janabah? Baginda shallallahu ‘alayhi wa sallam menjawab : ‘Ya, jika dia telah berwudhuk maka tidurlah’[xxv].

Orang yang dalam keadaan hadas besar itu boleh menggunting rambut, memotong kuku dan keluar kerana tiada larangan dalam hal ini.

Allahu’alam..


[i] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Mandi, Bab Jika Bertemunya Dua Khitan, hadis no. 287 dan Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Nasakhnya Hadis : (Air itu dari air) dan Wajibnya Mandi Disebabkan Bertemunya Dua Khitan, hadis no. 809.

[ii] Lihat : al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/160.

[iii] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Wajibnya Mandi Bagi Wanita Jika Keluar Mani, hadis no. 736; al-Nasaie dalam Sunannya, Kitab Pergaulan dengan Isteri, Bab Sifat Mani Lelaki dan Mani Wanita, hadis no. 9076 ; Ibn Majah dalam Sunannya, Kitab Bersuci dan Sunnah-Sunnahnya, Bab Wanita Melihat dalam Mimpinya Apa yang Dilihat oeh Lelaki, hadis no. 601; Ahmad dalam Musnadnya, 20/348.

[iv] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Air itu Dari Air, hadis no. 801; Abu Daud dalam Sunannya, Kitab Bersuci, Bab al-Iksal (Tidak Keluar Air Mani), hadis no. 217.

[v] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Mandi, Bab Jika Seorang Wanita Bermimpi, hadis no. 278 dan Muslim dalam Sahihnya, Kitab Adab, Bab Perkara yang Tidak Perlu Dimalukan Untuk Mendalami Agama, hadis no. 5770.

[vi] Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Kitab Bersuci , Bab Lelaki yang Mendapati Kesan Basah Setelah Bangun Tidur, hadis no. 236; al-Tirmizi dalam Sunannya, Kitab Bersuci, Bab Orang yang Bangun dari Tidur dan Mendapati Kesan Basah tetapi Tidak Ingat Bermimpi, hadis no. 113; dan Ahmad dalam Musnadnya, 43/264. Hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani.

[vii] Lihat : Abdullah bin Abdur-Rahman al-Bassam, Tawdhih al-Ahkam Min Bulugh al-Maram, 1/273.

[viii] Hadis ini telah ditakhrij.

[ix] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Nasakhnya Hadis : (Air itu dari air) dan Wajibnya Mandi Disebabkan Bertemunya Dua Khitan, hadis no. 350.

[x] Ibn Abi Syaibah, Mushannaf Ibn Abi Syaibah, 1/164.

[xi] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Datang dan Perginya Haid, hadis no. 314 dan Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Orang yang Istihadah, Mandinya dan Solatnya, hadis no. 779.

[xii] Lihat : al-Nawawi, al-Majmu’, 2/168.

[xiii] Lihat : Ibn Qudamah, al-Mughni, 1/273.

[xiv] Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya, Kitab Bersuci , Bab Seorang yang Masuk Islam dan Disuruh Mandi, hadis no. 355, al-Tirmizi dalam Sunannya, Kitab Safar, Bab Mandi Untuk Orang yang Masuk Islam, hadis no. 605, al-Nasa’ie dalam Sunannya, Kitab Bersuci, Bab Orang Kafir Mandi Jika Masuk Islam, hadis no. 193. Al-Albani menilai sahih hadis ini.

[xv] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Mandi, Bab Berwudhuk Sebelum Mandi, hadis no. 245 dan Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Sifat Mandi Hadas Besar, hadis no. 316. Lafaz hadis di atas adalah lafaz al-Bukhari.

[xvi] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Mandi, Bab Berwudhuk Sebelum Mandi, hadis no. 246; Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Sifat Mandi Hadas Besar, hadis no. 748.

[xvii] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Dianjurkan Untuk Orang yang Mandi kerana Haid Untuk Menggunakan Kain yang Diletakkan Miyak Wangi, hadis no. 776.

[xviii] Diriwayatkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya, Kitab Bersuci dan Sunnah-Sunnahnya , Bab Mengenai Haid Bagaimana Seorang Perempuan itu Mandi, hadis no. 641; dan Ibn Abi Syaibah dalam Mushannafnya, 1/100.

[xix] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Seorang Perempuan Menggosok-Gosok Dirinya Ketika Mandi dari Haid, hadis no. 308 dan Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Dianjurkan Untuk Orang yang Mandi kerana Haid Untuk Menggunakan Kain yang Diletakkan Miyak Wangi, hadis no. 776.

[xx] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Ikatan Rambut Perempuan yang Mandi Hadas Besar, hadis no. 770; al-Tirmizi dalam Sunannya, Kitab Bersuci, Bab Adakah seorang Perempuan itu Melepaskan Ikatan Rambutnya Ketika Mandi, hadis no. 105; dan Ibn Majah dalam Sunannya, Kitab Bersuci dan Sunnah-Sunnahnya, Bab Mandi Hadas Besar Bagi Wanita, hadis no. 603.

[xxi] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Tayammum, Bab Tanah yang Baik adalah Wudhuk Seorang Muslim yang Menggantikannya daripada Air, hadis no. 337, dan Muslim dalam Sahihnya, Kitab Masjid dan Tempat Solat, Bab Mengqadha’ Solat yang Terlepas Waktunya, hadis no. 682.

[xxii] Lihat : Muhammad bin Idris al-Syaf’ie, al-Umm, 1/58.

[xxiii] Lihat : Ibn al-‘Uthaimin, al-Syarh al-Mumti’ ‘ala Zaad al-Mustaqni’, 1/220.

[xxiv] Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Orang yang Janabah itu Boleh Tidur dan Dianjurkan Baginya Berwudhuk dan Membasuh Kemaluannya Jika Hendak Makan, hadis no. 305.

[xxv] Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Mandi, Bab Orang yang Dalam Keadaan Hadas Besar Boleh Tidur Setelah Berwudhuk, hadis no. 285; dan Muslim dalam Sahihnya, Kitab Haid, Bab Tidur Orang yang Berhadas Besar dan Dianjurkan Baginya Wudhuk, hadis no. 306.

Tiada ulasan: