Isnin, 11 Julai 2011

DUNIA MUNGKIN LEPAS...AKHIRAT SANGKUT...RAMAI AKAN DAKWA...TERMASUK YG MENGARAHNYA...KITA TUNGGU JE

Pakatan kumpul bukti dakwaan keganasan polis
Jul 11, 11 6:40pm

Pakatan Rakyat mahu mangsa dan saksi dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, tampil mengemukakan maklumat mengenainya.

azlanTimbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, pakatan pembangkang
sedang mengumpul bukti sebanyak yang boleh untuk kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis.

Beliau menggesa sesiapa yang mempunyai bukti dakwaan keganasan polis yang telah didokumenkan sewaktu perhimpunan tersebut supaya menghantarnya sama ada terus kepada sekretariat BERSIH 2.0 atau parti anggota Pakatan.

Bercakap kepada wartawan dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Azmin berkata, kali ini, pihak polis tidak akan terlepas.

Katanya, polis tidak dapat lari daripada fakta tersebut, walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berulangkali menafikan polis telah melepaskan gas pemedih mata secara sewenang-wenangnya dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan tersebut.

NONEMenyifatkannya sebagai satu sindrom penafian yang diwarisi dari Umno, Azmin berkata, pihak polis tidak boleh bersembunyi daripada fakta yang telah didokumenkan dalam telefon bimbit dan di YouTube serta video dalam talian.

Katanya, mereka juga mempunyai bukti di media antarabangsa, termasuk Al-Jazeera yang melaporkan kehadiran 120,000 orang manakala BBC melaporkan 100,000 orang, begitu juga Perbadanan Penyiaran Australia.

Katanya, mereka yang melaporkan hanya 6,000 hadir ialah Utusan Malaysia, TV3 dan ketua polis negara.


Mat Sabu: Land Rover polis rempuh saya
Joseph Sipalan
Jul 11, 11
3:44pm

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

NONEMelawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

  • Nordin Othman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ns2 Network
    PDRM= Polis Diraja Rempuh Mat Sabu...
  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Najib pun bagi komen bila ditanya oleh pemberita.
    Reporter : Mat sabu dikejami oleh polis.
    Najib : Kami akan suru siasat kes ini.
    Reporter : Nak siasat macam mana.
    Najib : Polis akan siasat , polis akan buat siasatan.
    Lepas itu reporter pun tanya KPN tentang kes Mat abu di kejami Land Rover :
    Reporter : Apakah perkembangan kes Mat Sabu dilanggar land rover? r
    KPN : Mengikut siasatan kami, driver polis yang membawa land rover ketika itu nampak badak di tengah jalan, maka langgar lah , tak tersangka Mat Sabu.
    Reporter : Tak kan lah badak naik motor di KL?
    • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
      Dalam Sidang media kes Mat Sabu di remmpuh polis maka
      reporter pun tanyalah hishamkerisman
      Reporter : Datuk , kenapa polis lakukan kekerasan terhadap Mat Sabu
      Hisham : Mengikut siasatan polis, menyatakan diver land rover terlihat badak ketika demo BERSIH
      Reporter : Bukan kah mata si polis di periksa optometris, pakar mata??
      Hisham : Polis malaysia cuma nampak kepala agung, kecil kecil kertas pun nampak clear. kalau Mat Sabu parti pembangkang .... semua macam binatang , boleh dilanggar.
    • Zakaria Tompek · Universiti Pendidikan Sultan Idris
      ni MAT SABU....bukan sebarang Sabu........Tapi MAT SABU kito ni lasak orangnya...Sampai pakai ROVER.........sial betul polis ni...

Menteri: Polis tak bidik Hospital Tung Shin
Lee Way Loon
Jul 11, 11
5:07pm

Menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu.

NONEKatanya, dakwaan yang berlegar di internet berhubung tembakan ke
arah hospital tersebut adalah tidak benar dan perkara itu telah disahkan dengan hospital berkenaan.

Katanya, polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.

"Tetapi mereka tidak membidik ke arah hospital," katanya lagi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat dengan lembaga pengarah Hospital Tung Shin hari ini.

Katanya lagi, polis juga membidik tembakan meriam air pada arah 45 darjah dari jalan utama.

Ditanya mengenai video dan gambar-gambar yang dimuatkan oleh pengguna web di internet, Liow meminta wartawan supaya jangan menunjukkan bahan berkenaan untuk menyoalnya semula.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital"Apa yang paling penting, individu yang bertanggung jawab ke atas hospital telah mengesahkan bahawa polis tidak menembak gas pemedih mata atau meriam air ke dalam (perkarangan) hospital," kata timbalan presiden MCA itu lagi.

Dalam sidang media sama, pengerusi lembaga pengarah Tung Shin, Ng Beh Tong turut berkongsi pandangan menteri berkenaan.

Katanya, pentadbiran hospital itu telah memberikan taklimat kepada lembaga hospital pagi ini berhubung insiden yang berlaku pada hari perhimpunan tersebut.


  • Seroja Baiduri · Pengulas Tertinggi
    tak per ler... dah pihak tung shin sendiri kata tak dak apa-apa berlaku. apa-apa pun aku memang tak kan pegi kat hospital tu sebab kalu jadi apa-apa tak elok kat aku dia orang mesti akan kata tak dak apa-apa nyer...
    • Wan Asrul Afendi Muhammad · Pengulas Tertinggi · Kajang, Malaysia
      Betul tu Seroja.. baik tak yah pegi kat spital tu.. kang banyak yang disembunyi dari yang dimaklum
    • Durrani Abdullah · Pengulas Tertinggi
      wokay... lepas ni sapa-sapa nak upload video kat you tube musti i repeat musti dalam pengesahan datuk T. baru ler video tu valid......
    • Ramesh Kanthiah · Juara teknologi nilai
      betul seroja . kita tenggoh video clip la kwn. jgn tipu dgn kita. kita bukan lah orn bodoh mcm BN, APA org atas kata semua dia org kata betul bosssssssss
Pasca-BERSIH: Tangkapan pertama di Sabah
Norsyafinas Ahmad Sukri
Jul 11, 11
6:44pm
Kongsi 7
Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu menjadi individu pertama ditahan polis setelah tamatnya perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur semalam.

Beliau ditahan pada jam 5 petang semalam di sebuah restoran pinggir bandar Kota Kinabalu kerana memakai baju BERSIH dan cuba mengedarkan 20 helai lagi kepada rakan-rakannya.

NONEMenurut Lahirul (kiri), polis menyiasatnya mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Katanya, beliau dibawa ke balai polis Karamungsing, dekat pusat bandar Kota Kinabalu di mana beliau bermalam dan kenyataannya dirakamkan.

"Mereka (polis) sudah ambil keterangan dari saya, 18 Julai diminta untuk lapor diri ke balai dan sekarang dilepas dengan jaminan polis," kata Lahirul.

Dalam soal siasat, polis banyak mengemukakan soalan berkaitan pemakaian baju-T BERSIH.

Lahirul juga berkata, polis turut membawanya pulang dalam keadaan bergari untuk menggeledah rumahnya di Sepanggar - kira-kira 15km dari pusat bandar Kota Kinabalu - pada jam 8.30 malam.

"Dalam tangan bergari saya dibawa ke rumah untuk digeledah. Lalu polis menjumpai kotak bekas baju BERSIH yang tertera alamat rakan saya.

"Tanpa waran, polis terus pergi mengeledah rumahnya walaupun dalam rumah tersebut ada orang gaji," dakwanya yang merasa terkilan kerana digari di hadapan anak dan isterinya.

Keretanya kini masih dalam simpanan pihak polis, tambahnya.


2 naib presiden PAS buat aduan 'salah tangkap'
S Pathmawathy
Jul 11, 11
4:42pm

Naib presiden PAS - Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - menegaskan mereka telah 'disalah tangkap' sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.

NONEMahfuz berkata, tindakan itu telah merosakkan reputasi mereka dan
menyebabkan ketegangan dan trauma emosi kepada keluarga mereka yang tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas mereka.

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata polis telah menahannya di KL Sentral kerana didakwa melanggar perintah sekatan yang dikeluarkan pada 7 Julai ke atas 91 individu, termasuk Salahuddin dan dirinya.

Kedua-dua mereka ditahan di pintu masuk ke terminal transit di situ.

Menurut larangan yang ditandatangani oleh seorang majistret di Kuala Lumpur minggu lalu, 91 orang dihalang berada di Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.

Mereka juga dihalang berada di Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Cenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.

Polis telah menyenaraikan Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pusat membeli-belah Sogo, Maju Junction, masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud, sebagai kawasan 91 individu berkenaan dilarang masuk.

NONEKatanya, mereka berada di sidang akhbar di Hotel Hilton di depan KL
Sentral, dan selepas sidang akhbar itu, mereka berjalan dari lobi hotel ke KL Sentral di mana seorang anggota memberhentikannya dan bertanya sama ada dia tahu yang dia dilarang masuk ke Kuala Lumpur.

Mahfuz berkata, beliau menjawab yang mereka tidak dilarang dari kawasan KL Sentral dan tidak melakukan sebarang jenayah dengan berada di situ.

Mahfuz dan Salahuddin adalah antara 1,697 yang ditahan semasa perarakan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan pilihan raya.


Kit Siang: BERSIH lahirkan 1M'sia sebenar
Jul 11, 11 5:13pm

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, perhimpunan BERSIH 2.0 yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi pihak yang paling rugi.

NONEKatanya, kehadiran rakyat Malaysia tidak mengira bangsa agama, jantina dan lapisan umur menunjukkan bahawa matinya gagasan 1Malaysia Najib dan "lahirnya 1Malaysia bersih yang sebenar".

Sehubungan itu, dakwanya, Najib terpaksa mengambil tindakan segera dengan melawat Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India - dua kawasan panas dalam perhimpunan BERSIH kelmarin.

"Bagaimanapun, kewibawaan perdana menteri menjunam rendah ekoran salah pengendalian yang kasar dalam perhimpunan 709 (9 Julai) BERSIH 2.0, seperti lawatan mengejut di Kuala Lumpur selepas 709 mengingatkan kita kepada lawatan Bush sehari selepas Amerika Syarikat mengebom Iraq," sindirnya.

Sehubungan itu, kata Lim, tidak hairanlah laman Facebook yang menuntut Najib meletakkan jawatan berjaya melepasi sasaran 100,000 orang hanya dalam tempoh 36 jam.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    1BERSIH =! Malaysia
    BERSIH tidak perlu bayar dengan billion billion ringgit.

    tersentuh hati saya bila merenung gambar wajah orang tua ini.
    - Makcik Cina ini memang bersemangat perpaduan dan sedaya upaya elakkan perkauman, semagatnya telah menyentuh hati naluri rakyat malaysa, jangan kira bangsa, gama , warna kulit dan keturunan.
    - Tanya lah MCA dan Gerakan, berapa ramai ahli MCA dan Gerakan dari warga tua mereka ini yang berani menentang kezaliman dan menegakkan keadialan?
    - Rakyat Malaysia haris lah bangkit menentang semangat perkauman yang disebarkan oleh umno. Semangat Warga tua ini adalah teladan dan inspirasi anak muda malaysia. Bersatu meruntuhkan rejim zalim di tanah air yang disayangi rakyat.
    http://www.facebook.com/ph​oto.php?fbid=2276086906050​82&set=pu.227295033969781&​type
    • Mohd Najib Budiman · Pengulas Tertinggi · Pegawai Akaun di Harakah
      aku nak berwuduk utk solat zohor di kaki lima jalanpun kwn2 berbangsa cina yg tolong pegang getah paip :)
    • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
      Hapuskan perkauman , tanpa kira agama , bangsa dan bahasa . kita sama sama insan pendatang , kenapa wujudnya perbezaan?? rakyat bersatu padu , umno akan runtuh. cayalah!
Perhimpunan 9 Julai: JPA siasat penjawat awam
Jul 11, 11 6:24pm

Tindakan disiplin akan diambil terhadap penjawat awam yang didapati terlibat dalam perhimpunan haram pada Sabtu lepas sama ada secara langsung atau tidak, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Abu Bakar Abdullah.


Beliau berkata tindakan terhadap penjawat awam itu juga bergantung sama ada mereka terlibat dalam demonstrasi itu secara aktif atau sekadar tidak langsung menerusi pengedaran baju atau peralatan berkaitan perhimpunan.

Sehingga kini, JPA masih belum menerima sebarang laporan mengenai penglibatan penjawat awam dalam perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) atau Pemuda Umno, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Wacana Eksekutif Institut Latihan Awam Negara (Intan) bertema "Agenda Transformasi Kerajaan: Peranan dan Hala Tuju Institusi Latihan Awam" di Kuala Lumpur hari ini, yang disertai 250 peserta dari 364 institusi latihan awam di seluruh negara.

JPA pada 30 Jun lepas telah mengeluarkan pekeliling yang melarang penglibatan pegawai awam dalam perhimpunan haram atau gerakan yang mengancam keselamatan negara.

Pekeliling tiga halaman itu mengingatkan penjawat awam supaya tidak terbabit secara aktif, menghadiri atau menggunakan peralatan pejabat untuk penganjuran mana-mana gerakan ataupun perhimpunan haram.

Kementerian Pelajaran turut mengeluarkan pekeliling pada tarikh yang sama yang memberi peringatan kepada pegawai, kakitangan dan pelajar sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram.

Ditanya mengenai Sistem Bersepadu Potensi Penjawat Awam (Prospek), beliau berkata ia masih di peringkat perbincangan bagi mencapai persetujuan antara JPA dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Bulan lepas, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menuntut agar di bawah Prospek yang akan menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), penjawat awam akan terus mendapat kenaikan pangkat selepas menghadiri kursus tanpa perlu menunggu kekosongan jawatan.

Cuepacs turut menuntut agar pemberian insentif kepada penjawat awam dinaikkan terus kepada tiga kenaikan kerana ketika sistem PTK dilaksanakan, ia mempunyai aras melintang dan menegak bagaimanapun ia tidak disediakan dalam Prospek.

Mengenai cadangan agar bekas anggota tentera diserapkan dalam agensi perkhidmatan awam pula, Abu Bakar berkata pengambilan mereka adalah bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk jawatan guru.

Sekiranya bekas anggota tentera itu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan maka SPA dan SPP akan mempertimbangkan dan membuat keputusan untuk mengambil mereka berkhidmat dalam sektor awam, katanya.

Pada Jun lepas, Panglima Angkatan Tentara Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM akan berbincang dengan JPA mengenai kemungkinan menyerapkan anggotanya yang telah bersara ke dalam lebih banyak agensi perkhidmatan awam.

- Bernama


PAS mahu IGP, timbalan dihadap ke tribunal jenayah
Jul 11, 11 4:47pm

PAS mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Khalid Abu Bakar meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal jenayah kerana didakwa bertindak melampau ketika menangani perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

NONEKetua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa "kebiadaban" polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) jelas dilihat dalam video orang ramai dan media antarabangsa.

Dalam masa yang sama, tambahnya, dalam perhimpunan itu, polis tiada sebab untuk menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air kerana tiada keganasan daripada perserta.

"Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, kenyataan songsang ketua dan timbalan ketua polis yang kononnya polis diserang and diprovokasi menyebabkan mereka terpaksa bertindak, hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan beliau sendiri," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, PAS juga mengecam kematian seorang peserta perhimpunan itu Baharuddin Ahmad dan kecederaan puluhan peserta yang didakwa berpunca daripada tindakan polis.

"Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.


Mohd Zuhairi Ariffin · Pengulas Tertinggi · UTM Skudai
Setuju...Polis bertindak zalim kepada rakyat yang tak melawan dan tak bersenjata... ini pondan namanya!

Tiada ulasan: