Harakahdaily |
SELAYANG, 31 Julai: Aktivis PAS Selayang, Asri Ahmad, 31 tahun, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang petang ini di Hospital Selayang. Beliau meninggalkan seorang isteri dan dua anak yang masing kecil. PAS dan Pakatan Rakyat Selayang kehilangan seorang aktivis yang komited dengan perginya Asri. Janazah beliau akan disolatkan di Masjid Islahiah, Kuang selepas solat Asar nanti. Asri antara tahanan awal kes Bersih 2.0 sedang dalam proses perbicaraan selepas ditahan polis kerana memiliki beberapa helai baju Bersih dengan dakwaan mengedarkan baju pertubuhan yang diharamkan. Beliau telah didakwa di mahkamah dan dibebaskan dengan ikat jamin. Kumpulan pertama pencari suaka akan dihantar ke M'sia Sebuah bot yang sarat dengan pencari suaka telah dipintas di barat laut Australia pada pagi Ahad dan penumpangnya akan menjadi kumpulan pertama orang asing yang akan dihantar ke Malaysia di bawah perjanjian pertukaran pendatang antara kedua-dua negara. Dalam kenyataan hari ini, kerajaan Australia berkata bot berkenaan yang membawa 54 pencari suaka dan dua anak kapal dipintas HMAS Ararat di barat laut Scott Reef di Laut Timor. Perjanjian yang dimeterai kerajaan kedua-dua negara Isnin lalu memperuntukkan bahawa Malaysia akan mengambil 800 pencari suaka, manakala Australia pula akan mengambil 4,000 orang pelarian tulen dalam tempoh empat tahun. Menteri Imigresen Chris Bowen memberitahu Sky News bahawa pencari suaka itu akan dibawa ke Pulau Krismas sebelum diterbangkan ke Malaysia tiga hari kemudian setelah semua urusan mengenainya selesai dilaksanakan. Bowen bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kanak-kanak, khususnya yang tidak diiringi waris, yang menjadi penumpang bot itu, akan turut dihantar ke Malaysia. "Tidak ada sebarang pengecualian. Tapi, kami akan buat penilaian terhadap setiap individu sama ada dia wajar dipindahkan ke Malaysia serta tindakan atau perlindungan tambahan yang perlu diberi kepadanya semasa berada di sana kelak," katanya. Beliau berkata kerajaan telah menambah jumlah anggota keselamatan, pasukan penilaian, Polis Persekutuan Australia dan kaunselor di Pulau Krismas untuk mengendalikan pencari suaka yang enggan menaiki kapal terbang untuk dihantar ke Malaysia. Bowen berkata oleh kerana urusan pertukaran pendatang itu merupakan perkara baru, maka kerajaan akan mengamalkan pendekatan "tunggu dan lihat". "Bagaimanapun, sekiranya 800 orang berkenaan tidak tiba, Australia akan tetap mengambil 4,000 orang pelarian dari Malaysia sejajar dengan keputusannya meningkatkan jumlah pengambilan orang pelarian atas dasar peri kemanusiaan," katanya. - Bernama
SB gagal 'brainwash' saya: Tahanan EO Sebaliknya, dalam banyak sesi tersebut sepanjang sebulan ditahan, ahli jawatankuasa PSM yang berusia 33 tahun itu - yang dibebaskan Jumaat lalu - lebih komited kepada perjuangan untuk Malaysia yang adil dan demokratik. "Tidak ada (penderaan) fizikal... hanya kaedah 'brainwash' untuk melumpuhkan semangat saya. Mereka menyentuh butiran terperinci mengenai kehidupan saya," kata Choo, ketika ditemuramah Malaysiakini selepas dia dibebaskan. Katanya, pegawai polis cuba meyakinkannya supaya meninggalkan perjuangannya, tetapi ia membuat dirinya semakin kuat dalam mempercayainya dirinya. Menurut Choo, mereka bertanya maklumat ketika dia bersama pertubuhan hak asasi manusia - Suaram - beberapa tahun lalu, dan juga selepas dia menyertai PSM pada tahun 2005. Choo bersama-sama dengan lima lagi rakannya dari PSM ditahan ketika kempen 'Udahlah BN, Bersaralah' di Pulau Pinang pada 25 Jun. Seminggu kemudian, keenam-enam mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat, yang membenarkan tahanan tanpa bicara. Kesemua mereka dibebaskan Jumaat lalu, selepas ditahan selama 28 hari. Menurut Choo, polis juga menyoalsiasat mengenai kunjungnnya ke Bangkok.
Sarasvathy: Saya mungkin boleh mati dalam tahanan "Saya diserang sakit teruk di dada kiri saya yang saya syaki adalah serangan sakit jantung. Saya fikir saya akan mati ketika itu," katanya. "Kesakitan yang teruk sehingga saya tidak boleh bernafas. Ini adalah pengalaman pertama saya seperti itu," katanya tersenyum pahit apabila ditemuramah oleh Malaysiakini beberapa jam selepas pembebasannya. Sarasbathy mempunyai alasan untuk merasa takut sedemikian, ekoran rekod serangan jantung dalam keluarganya. "Ibu saya dan kedua-dua adik saya mengalami serangan sakit jantung. Saya merasa teramat sakit di dada ketika di dalam lokap," dakwa Sarasvathy, 58. Bilik kurungan 'berhantu' Sarasvathy berkata, dia mengadu sakit dada dan dihantar ke Hospital Besar Kuala Lumpul sebanyak dua kali - pada 15 Julai dan hari berikutnya. Sarasvathy juga berkata, kali pertama mengadu sakit dada, dia dihantar ke hospital untuk rawatan perubatan. Dalam perjalanan pulang, katanya, seorang pegawai memberitahunya yang bilik kurungannya 'berhantu'. "Ianya antara pukul 1 pagi hingga 2 pagi. Pegawai itu kata ada hantu lelaki yang suka melawat tahanan wanita," katanya.
SPRM K'tan nafi tak berani siasat kes babit k'jaan PAS Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa pihaknya tidak berani melakukan siasatan terhadap penyelewengan yang didakwa membabitkan kerajaan PAS Kelantan. Pengarahnya Nasaruddin Mohd Nor berkata sebagai contoh, SPRM telah menjalankan siasatan dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Abdul Ariffahmi Ab Rahman dan dakwaan kes penyelewengan dalam projek Bazar Tok Guru. Katanya siasatan kes Abdul Ariffahmi yang merupakan menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun selesai dengan kertas siasatan telah diserahkan kepada ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan. "Bagi dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengurusan kewangan dalam projek Bazar Tok Guru sehingga menyebabkan kerajaan negeri dilaporkan kerugian RM50 juta, pihak kita telah melakukan siasatan termasuk mengambil keterangan beberapa saksi. Kita dapati tiada unsur rasuah," katanya. Katanya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 174 maklumat diterima berhubung kes rasuah di negeri ini dengan 17 kertas siasatan dibuka. "Daripada jumlah itu, sebanyak 10 tangkapan telah dibuat dengan lapan kes telah dibuat pendakwaan di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas pengarah SPRM Kelantan yang baru disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Sutinah Sutan, di Kota Bharu hari ini. Di majlis itu, Nor Rasmi Shaari yang sebelum ini timbalan pengarah SPRM Perak menggantikan Nasaruddin yang bertukar ke Putrajaya sebagai pengarah bahagian kecemerlangan dan profesionalisme. - Bernama
Pemangku MD Uda Holding meninggal dunia Pemangku pengarah urusan UDA Holdings Berhad Muhammad Radzi Mohd Basar meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah hotel di Kuantan hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata kematian Muhammad Radzi, 53, disedari setelah beberapa orang kakitangannya gagal menghubungi beliau di bilik hotel berkenaan. Muhammad Radzi cuba dihubungi oleh kakitangannya dari 7 hingga 7.30 pagi sebelum pergi memeriksa di bilik pada 8.30 pagi," katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, polis terus ke lokasi kejadian dan menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Beliau berkata polis menyifatkan kejadian itu sebagai mati mengejut. Allahyarham sepatutnya menghadiri majlis Pecah Tanah Pembangunan Resort Empat Bintang di Pekan, hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan majlis pecah tanah itu tengah hari ini, turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. - Bernama
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 31 Julai 2011
HIDUP IBARAT RODA...BERKUASA GUNA ELOK2..TAK BERKUASA NANTI BARU SEDAR KUASA ITU WAJIB DIBUAT DENGAN HAQ BUKAN CARA BATIL...ALLAH LAH MAHA BERKUASA
Asri Kuang meninggal dunia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan