Harakahdaily | |||||||||||
KUALA LUMPUR, 20 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) terpanggil mengulas pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan Pope Benedict XVI yang jelas membuktikan tindakan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan penganut Katolik di Malaysia. Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, ini kerana dilihat di dalam masa yang sama, rombongan turut membawa juga seorang pemimpin Katolik Malaysia, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam ke Vatican sempena lawatan Perdana Menteri di sana. “Bagi kami, tindakan tersebut jelas sepertimana dahulu juga ketika Perdana Menteri turut membuat lawatan ke India dan China bagi tujuan meraih psikologi pengundi berbangsa India dan Cina di Malaysia menjelangnya pilihan raya,“ ujaranya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Juga, ujarnya suatu ketika dahulu, usaha Najib untuk membawa Sheikh Yusuf al-Qaradawi ke Malaysia kurang berkesan bagi tujuan yang sama untuk membina pengaruh umat Islam terhadap pemerintahan BN ketika itu. Bagi DPPP, katanya usaha membawa ulama-ulama luar negara untuk membela perbuatan Najib dan BN juga gagal. DPPP, tambahnya melihat Najib terpaksa pergi membuat lawatan ke negara-negara maju seperti Amerika, Britain dan negara-negara lain untuk menerangkan keadaan sebenar dari terus dikritik oleh negara maju yang ada yang mengecam Malaysia dalam krisis politik yang semangkin buruk selepas perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai yang lalu. Menurutnya, bagi mengekalkan kuasa pemerintahan BN, Najib dipaksa bergerak keseluruh dunia bagi membuktikan BN masih mampu kekal memerintah. Dan tindakannya juga bertemu dengan tokoh agama adalah langkah bagi memberikan keyakinan dan psikologi bagi membina sokongan terhadap BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang semangkin hampir berikutan kebangkitan rakyat pelbagai kaum dan agama baru-baru ini yang menuntut satu sistem pilihan raya di Malaysia yang telus dan terbaik. “Kami juga melihat, Najib tidak layak untuk bercakap soal perpaduan dan agama dengan Pope Benedict kerana pada hakikatnya beliaulah yang bertanggungjawap dalam perpecahan yang berlaku di Malaysia sekarang,” katanya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 21 Julai 2011
INGIN BERKUASA MEMOHONLAH KEPADA ALLAH...BUKANNYA MANUSIA...MALANG LAGI AKIDAHNYA TAK SEJAJAR AKIDAH RASULLULLAH SAW DAN SAHABAT2...
BN terdesak, Najib jumpa Pope
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan