Menurut sumber yang membuat dakwaan itu surat tunjuk sebab akan menyusul tidak lama lagi.
Berita mengenai mesyuarat itu tersebar apabila editor berkenaan pulang ke pejabat masing-masing dan mengadakan mesyuarat dalaman mereka.
Unit Kawalan Penerbitan dan Al-Quran mengesahkan mesyuarat memang berlangsung tetapi menganggapnya hanya sebagai 'mesyuarat biasa'.Tiada amaran
"Kami memang bermesyuarat dengan (editor) akhbar Cina, Melayu dan Inggeris dari semasa ke semasa bagi membincangkan laporan yang kita tidak senang hati,” kata ketua unit itu, Abd Aziz Md Nor ketika dihubungi hari ini.
Beliau pada mulanya menafikan mesyuarat seumpama itu berlangsung tetapi mengakuinya setelah disahkan oleh ketua setiausaha kementerian berkenaan Tan Sri Mahmood Adam.
Abdul Aziz juga enggan mendedahkan jika mesyuarat itu ada kaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 pada Sabtu lalu tetapi hanya berkata mereka membincangkan “pelbagai isu”.
Menurut beliau tidak ada amaran lisan diberikan.
Apabila ditanya sama ada surat tunjuk sebab akan dikeluarkan, beliau berkata: “Saya dah beritahu, tiada amaran”.
Beliau juga enggan mendedahkan akhbar Cina mana yang diminta menghantar perwakilan mereka ke mesyuarat berkenaan.
Adalah difahamkan akhbar berkenaan adalah Sin Chew, Nanyang Siang Pau dan China Press.
Ketiga-tiga akhbar dimiliki oleh jutawan media Tan Sri Tiong Hiew King melalui Media Chinese International Ltd.
- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala UniversityHapuskan akta percertakan kalau umno berani menghadapi cabaran....
nampak saja umno ini telor kecut, syarikat mana yang mengeluarkan media mesti dikawal macam rosmah control najib.
Ini lah tradisi kebebasan bersuara di malaysia.
Wahai umno.... rakyat sudah sabar cukup lama.
Kini giliran BERSIH 709 akan menceroboh pintu pagar mu.
Semangat perpaduan rakyat tanpa bangsa agama dan bahasa saja akan menutup tirai umno masuk kubur.- Katak Lompat · Pengulas Tertinggi
- Zaman Bujang · Pengulas TertinggiHaiya .... bersey pon sala, kotot pon sala
Peper tulis pon lagi mau tipu ....
manyak cilakak
haiya ....... - Pejuang Sambilan · Accountant di Petroliam Nasional Berhad (Petronas)tindakan terdesak daripada regim UMNO yang semakin nazak.....
Dengan sinis, Noh (kanan) berkata, ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga, antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu.
"Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.
"Kerana dalam parlimen, ramai ahli parlimen. Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara, mereka boleh menyuarakan lapan perkara, yang mereka tidak puas hati.
"Sepatutnya tugas ahli parlimen, tapi apa ahli parlimen buat," katanya ketika diminta mengulas saranan Ambiga supaya rakyat memakai apa-apa sahaja yang berwarna kuning sebagai sokongan berterusan kepada lapan tuntutan BERSIH.
Kenyataan Noh itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan pandangan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dalang sebenar di sebalik perhimpunan itu.
Dinafikan hak bersuara
Perdana menteri pada 10 Julai dilaporkan berkata, perhimpunan Sabtu lalu merupakan rancangan terdesak ketua pembangkang untuk memanipulasi rakyat bagi meraih sokongan.
Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Noh turut mengulas penggantungan dua ADUN BN Selangor dari menghadiri perbahasan sidang DUN Selangor semalam kerana mengingkari arahan speaker.
Katanya, apa yang berlaku menggambarkan "demokrasi sebenar" Pakatan yang sebelum ini lantang melaungkan slogan demokrasi dan kebebasan sebelum mengambil alih Selangor dalam pilihan raya umum 2008.
"Tetapi apabila berkuasa, di mana hak demokrasi kalau wakil rakyat hendak bercakap seperti mana mereka (Pakatan) mahu sebelum ini," katanya yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno negeri.
Semalam dilaporkan Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman diarahkan keluar DUN setelah mempertikaikan tindakan ADUN Sekinchan Ng Suee Lim yang dikatakan cuba memetik hadis dalam perbahasannya.
Manakala Ketua penerangan Umno negeri Abdul Shukor Idrus yang juga ADUN Kuang pula didakwa tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.
Beliau yang juga ahli majlis tertinggi Umno mendakwa kerajaan Selangor sekarang menafikan kebebasan bersuara kepada BN sebagai pembangkang negeri.
- Randal Grave · Khartoum, SudanNi lagi satu dah berapa kali orang cakap BERSIH & Ambiga tidak ada kene mengena dengan PR atau mana2 invidu, mereka yg turun semuanya untuk mendapatkan pilihanraya yang BERSIH, tak habis lagi dok guna nama Ambiga yg di kutuk keras kerana mempertahankan Lina Joy. Dalam 8 tuntutan BERSIH tak ada 1 pon untuk mempertahankan mana2 individu sama ada Ambiga atau Lina Joy, tuntutan hanya untuk keadilan pilihan raya pada SPR. Kalau ada 1 tuntutan untuk mempertahankan individu yang saya cakap di atas tu, ingat orang Islam yg menentangnya dulu nak ke turun perhimpunan, apa yg di ajar Islam apa yang baik kena sokong, apa yg buruk kena tentang, bila menteri Umno nak buat baik pulak? cuba buat perhimpunan atau kempen "Jom puasa penuh" atau "jom solat 5 waktu" mesti ramai org Islam akan sokong anda walaupun ada antaranya penyokong PR. Letih cakap dengan org yg tak faham bahasa ni, nak mempertahankan kuasa sanggup buat apa saja.
- Kang Razzi Armansur · Pengulas Tertinggi · Suicide Bomber di Suicide Bomberr
Wanita itu adalah sorang bekas guru bahasa Inggeris, Anne Ooi, 65 tahun yang terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu.
Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.
Menurut jurugambar Hugo Teng yang merakamkan gambar itu, beliau terlihat wanita itu melarikan dirinya ke arah Wisma Magnum dari Hospital Bersalin Cina supaya tidak ditangkap oleh polis.
Hospital Bersalin Cina itu terletak bersebelahan Hospital Tung Shin Hospital, manakala Wisma Magnum pula terletak bertentangan dua hospital di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.
“Saya sedang cuba ke Hospital Bersalin Cina tetapi ternampak anggota polis meluru mengejar orang ramai, jadi saya bertukar fikiran dan berlari ke Wisma Magnum. Dalam perjalanan saya terlihat seorang wanita berusia yang dikejar oleh ramai polis pencegah rusuhan.
“Tiba-tiba tergerak di hati saya untuk merakamkan gambar itu tetapi polis mula menembaknya dengan meriam air... dia tidak terdaya menahannya dan terus berjalan beredar dari kawasan itu.”
Katanya, Makcik Anne dikesan pada awal perhimpunan itu kerana statusnya sebagai warga emas.
“Sebab itu, banyak juga gambarnya yang berdear di Internet. Bukan saya sahaja yang merakamkan gambarnya pada hari itu,” kata Teng, bekas jurugambar akhbar harian Cina Oriental Daily News.
Malaysiakini sempat mewawancara Makcik Anne ketika beliau berjalan seorang diri di Jalan Petaling pada perhimpunan Sabtu itu. Katanya, lebih “mudah jika berjalan seorang diri”.
"Saya sudah tua tetapi terus berjalan kerana mereka merampas kebebasan saya. Sekarang saya tak boleh pakai baju kuning sekalipun,” katanya.
"Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya.”
- Nur Shahidat · International Islamic University MalaysiaSaya terharu dengan ayat auntie ini yang seorang diri menaiki pengangkutan awam utk ke Perhimpunan BERSIH > "Semasa muda saya tidak berbuat apa-apa. Saya dalam perkhidmatan pendidikan dan terpaksa menerima apa sahaja (arahan kerajaan) kerana mereka bayar gaji saya.”.
- Ahmad Faisal Bin Rosedi · Pengulas Tertinggi · Pondok pesantren
Sebaliknya, kata Ambiga, BERSIH hanya mahu bekerjasama dengan kerajaan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.
"Bagi saya, tidak pernah menjadi niat kami sehingga sekarang untuk menumbangkan kerajaan ini. Kami hanya mahu bekerjasama perbaiki sistem pilihan raya,” katanya.
Menurut beliau respons kuku besi pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah faktor penentu yang menyumbang kepada sokongan luar biasa luar biasa terhadap perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur Sabtu lalu.
Pada wawancara dengan akhbar antarabangsa Wall Street Journal, Ambiga berkata BERSIH 2.0 tidak akan mempolehi sokongan sedemikian jika kerajaan membenarkan perhimpunan aman itu diadakan dan tidak mengecamnya secara keterlaluan.
“Ramai orang mual dengan tindakan kerajaan yang bertindak sebagai “buli”. Saya kira itulah punca kita mendapat begitu ramai peserta dan meraih rentak sebegitu terhadap BERSIH,” kata Ambiga.
Ribuan orang daripada pelbagai bangsa menongkah arus tembakan gas pemedih mata, air berkimia dan tangkapan rawak oleh polis untuk turun ke Kuala Lumpur bagi menyertai perhimpunan itu.
Ambiga juga ditanya jika terdapat persamaan di antara perhimpunan Sabtu lalu dengan demonstrasi di negara-negara Asia Barat seperti Mesir, Tunisia dan Syria.
Dalang Facebook
"Tiada persamaan, bagi saya. Situasi kita amat berbeza. Di sini, kami cuma menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Tetapi tindakan kerajaan yang keterlaluan menimbulkan momentum. Kita masih negara yang cintakan keamanan. Kami tetap mahu kerajaan berlaku adil,” katanya.
Ambiga juga menafikan gabungan itu adalah dalang di sebalik kempen di internet yang mendesak Najib meletakkan jawatan.
Hanya selepas 48 jam dilancarkan laman Facebook - 100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur, lebih 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka).
"Kami tidak kena mengena dengannya. Tidak pernah menjadi niat BERSIH bagi meminta perdana menteri berundur. Seperti saya kata, saya mahu kerjasama dengan perdana menteri dan kerajaannya untuk sistem pilihan raya yang lebih baik,” kata Ambiga.
Beliau juga mengulangi keberkecualian dan kebebasan gabungan BERSIH 2.0 yang dituduh menjadi alat pembangkang khususnya Pakatan Rakyat.
"Bagaimana boleh awak kata perjuangan untuk pilihan raya bersih dan adil hanya untuk pembangkang? Ia adalah untuk semua. Pakatan... memang sokong BERSIH. Apa salah dengan itu? Ahli Pakatan adalah juga rakyat negara ini. Tidakkah mereka berhak menyokong pergerakan yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas?”
Seorang pelajar berkata beliau melihat seorang warga emas terjatuh dan dihenyak oleh polis ketika sepasukan lebih 100 orang anggota berkenaan menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 berhampiran menara KLCC pada Sabtu lalu.
Pelajar berkenaan berkata, warga emas berkenaan mungkin merupakan individu yang meninggal dunia selepas dibawa ke hospital selepas terjatuh semasa perhimpunan itu berlaku.
"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.
"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Ketika ditanya, pelajar itu berkata beliau tidak melihat sekiranya polis telah menendang lelaki terbabit, "tapi saya rasa polis henyak dia. Tak mahu bagi dia bergerak."
Individu berkenaan, Allahyarham Baharudin Ahmad (foto kanan) menjadi perhatian apabila ia dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.
Polis setakat ini menyatakan bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun sebab sebenar kematian lelaki berkenaan masih menimbulkan tanda tanya.
Dalam kejadian pada petang itu, saksi mata tersebut berkata, beliau melihat kedua-dua tangan warga emas itu dipegang oleh anggota polis yang turut menghenyak lelaki tua berkenaan ke permukaan jalan.
"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.
Pelajar berkenan juga berkata, beliau tidak melihat sama ada mangsa berkenaan berjaya melarikan diri ke bangunan Avenue K yang terletak kira-kira 200 meter daripada persimpangan berkenaan, seperti dilaporkan sebelum ini.
Ketika ditanya, beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada polis telah melepaskan gas pemedih mata sebelum menyerbu ke arah kumpulan yang berhimpun itu.
"Gas (pemedih mata) saya tak perasan sebab saya dah lari," kata pelajar berusia 19 tahun itu lagi yang menambah, kejadian berkenaan berlaku selepas polis berkenaan menggempur sekumpulan lebih 1,000 orang yang menyertai perhimpunan berkenaan.
Kumpulan berkenaan berhimpun di tengah-tengah persimpangan Jalan Ampang – Jalan Yap Kwan Seng – Jalan P Ramlee.
Selain warga emas tersebut, beliau turut melihat beberapa orang lagi turut terjatuh selepas sekumpulan anggota polis berpakaian seragam menyerbu kumpulan yang menyertai perhimpunan tersebut.
Kumpulan polis berpakaian seragam itu mara dari barisan belakang sekumpulan anggota FRU yang membentuk halangan di Jalan P Ramlee, berhampiran persimpangan berkenaan.
Pada masa itu juga, sepasukan polis dan FRU membentuk halangan di hadapan SJKC Lai Meng, di bahagian barat Jalan Ampang.
Difahamkan, polis pada masa itu bertindak untuk menyuraikan kumpulan berkenaan – yang bergerak daripada kawasan Kampung Baru – ke arah timur Jalan Ampang dan juga Jalan Yap Kwan Seng.
- Mieyra Daud · Pengulas Tertinggisilap2 budak ni pulak jd mangsa sbb jadi saksi kejadian.. bebaik dik.. smoga awk dilindungi dr mereka2 yg kejam itu..
- Zul Hilmei Mohd Rohani · Pengulas Tertinggi · University al-azhar
- Karim Ahmad · The Boss di Bisnes Sendiribetul semoga allah lindungi adik nie..berani kerana benarrrrrrr
Laman "100,000 People Request Najib Razak Resignation" (100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur) ditubuhkan Sabtu lalu, iaitu hari yang sama polis menangkap lebih 1,600 orang yang terbabit dalam perhimpunan bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.
Menurut laporan AFP, laman itu berjaya menarik sekitar 300 orang setiap minit yang menekan butang like (suka) dengan sasaran mendapatkan 100,000 penyokong tercapai pada Isnin lalu.
Jumlah itu dikatakan terus meningkat dan mencapai 172,868 "likes" pada pagi ini.
Pada perhimpunan aman empat hari lalu, rakyat yang berhimpun secara aman terpaksa menongkah serangan gas pemedih mata dan menahan dipancut air berkimia daripada meriam air polis.
Ramai yang mendakwa diri mereka dikasari.
"Saya tidak faham mengapa polis perlu memukul dan melepaskan gas pemedih mata,” kata seorang penyokong BERSIH 2.0 Sofie Muhammad di laman itu.
"Orang ramai langsung tidak membaling batu ke arah kedai. Mengapa kerajaan takut? Kami hanya mahu pilihan raya yang bebas.”
Tidak kurang juga yang menyalahkan Najib atas tindakan polis itu.
"Najib mula hilang pengaruh. Beliau tidak memahami keperitan terkena gas pemedih mata dan kesakitan akibat air berkimia ataupun ketika ditendang dan dipukul pleh polis,” kata Longyao Phang dalam tulisannya di blog itu.
- Ibnu Majid · Maahad al-tarbiah al-islamiah, batu8170 000 tak termasuk masyarakat kampung/ luar bandar yang ada facebook..kalau semua rakyat Malaysia ada facebook boleh jadi 1.5 juta mintak Najib letak jawatan..
- Abu Khuzaifah · Pengulas Tertinggi · Bangi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan