Adakah Anda Sanggup Lagi Membuka Aurat?
~~Bacalah wahai kaum hawa yang disayangi Allah S.W.T~~
Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan… kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan…Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.
Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…" tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."
wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau
wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…"
"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…. . " itu dah terlambat.
SUMBER: Facebook kawan untuk dikongsi bersama.
Pada mulanya saya tidak berminat untuk menulis mauduk ini kerana merasakan artikel seperti ini sesuai ditulis oleh seorang wanita kerana hal ini berkaitan langsung dengan diri wanita . Adalah sangat elok dan cantik , kalau wanita sesama wanita berpakat dan bekerjasama untuk melaksanakannya. Sesungg uhnya kita sebagai manusia sentiasa sahaja dikuasai oleh perasaan lemah untuk melaksanakan sesuatu yang belum menjadi kebiasaan kepada kita tetapi kalau dimulakan akhirnya alah bisa tegal biasa.
Di dalam komen entri yang telah lalu seorang pembaca memberi komen atau ulasan terhadap entri " Jom ulangkaji- Solat Jumaat" dan berharap saya menulis tajuk mengenai aurat wanita dalam entri yang akan datan g. Maka itulah sebabnya saya terpanggil untuk menulisnya di dalam halaman ini, terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya di dalam entri ini terdapat ungkapan yang tersinggung perasaan dan emosi anda. Perkara tersebut tiada di dalam niat saya, tulisan ini semata-mata ingin memberi sumbangan kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat khususnya masyarakat Islam.
Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita semata-mata untuk mereka berkongsi hidup di dunia ini, sesama mereka pula saling memerlukan dan lengkap melengkapi di antara satu sama lain, betapa indah dan bahagianya hidup ini, jika manusia mematuhi dan mentaati perintah Allah kerana itulah sebenarnya kunci dan rahsia kehidupan bahagia yang hakiki dan mampu menolak kepalsuan.
Berkaitan dengan hukum menutup aurat wanita secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Quran sebagai satu perintah d an kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukminah mengikut keadaan dan situasinya yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian "WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai pakaian yang menutup seluruh badan kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki tanpa banyak alasan yang tidak ikhlas dan jika perlu termasuk juga mukanya.
Lelaki dan wanita diperintahkan Allah supaya menutup aurat mengikut kadar yang telah ditetapkan, oleh itu lelaki dan wanita seharusnya sama -sama mematuhinya, di dalam mauduk ini tidak dibincangkan dengan panjang lebar mengenai aurat lelaki kerana aurat lelaki senang difahami dan juga senang untuk dilaksanakan perintah menutupnya. Allah jadikan fizikal lelaki sifatnya tidak menggoda seperti fizikal atau susuk badan wanita.
Sesetengah kaum wanita mungkin tidak menyedari bahawa diri mereka bersifat menggoda terhadap lelaki, Fizikal mereka yang dijadikan oleh Allah kelihatan cantik, menarik dan menawan serta merangsang nafsu syahwat lelaki. W alaupun wanita tidak pun menggoda lelaki tetapi keadaan dirinya yang istimew itu menyebabkan lelaki tergoda . Manakala lelaki pula mempunyai berbagai peringkat dan kedudukan biologinya, ada yang kuat nafsu syahwatnya dan ada yang sederhana. Keadaan inilah mewajarkan wanita menutup aurat mereka seperti yang diperintahkan.
Allah yang menjadikan manusia samada lelaki atau wanita. Maka Allah Maha Mengetahui situasi dan hakikatnya yang sebenar. Allah mengetahui bahawa nafsu syahwat lelaki tidak mampu mengekalkan keikhlasan dan kejujuran terhadap wanita yang sangat cantik pada pandangan mereka atau sukar hendak diharapkan.
Perintah menutup aurat ini dapat menundukkan nafsu lelaki yang sentiasa cergas dan aktif. Perintah ini juga dapat menyelamatkan wanita daripada dicerobohi dan lain-lain keburukan yang berkaitan dengannya. ( Jika ianya dipatuhi dan ditaati ).
Apapun alasan dan hujah diberikan. Persoalan yang paling utama dalam hal ini adalah patuh dan taat perintah Allah kerana perintah Allah itu mengatasi perintah manusia.
Nafsu syahwat lelaki dan wanita kadar dan keupayaannya adalah berbeza. Nafsu syahwat lelaki aktif hampir sepanjang hayat tubuh badan mereka, manakala wanita akan menurun apabila terhenti pusingan haidnya. Pusingan haid terhenti dalam lingkungan usia 50an.Ini bermakna terdapat ramai kaum lelaki tua dan muda yang tercabar dengan perlakuan mendedahkan aurat ini dan disamping itu terdapat pula mereka yang sengaja mempragakannya atas alasan yang te rsendiri.
Perintah menutup aurat ini ditujukan kepada kaum muslimin dan muslimat sahaja. Manakala yang bukan Islam mereka diperintahkan Allah supaya mengenal Allah atau makrifatullah terlebih dahulu, kemudian barulah diikuti dengan perintah-perintah yang lain. Namun begitu kita berharap mereka yang bukan Islam juga hendaklah memakai pakaian yang bersopan ketika berada di tempat awam.
Binatang yang jantan dan betina juga mengalami situasi yang sama seperti manusia pada amnya, iaitu binatang yang jantan mempunyai kekuatan syahwatnya melebihi binatang yang betina, kalau kita lihat kajian yang dibuat terhadap kambing Boer, kajian tersebut menyatakan seekor kambing Boer mampu melayani antara 50-80 ekor kambing betina.
Mesej yang hendak disampaikan di sini ialah nafsu syahwat lelaki melebihi keupayaan nafsu syahwat wanita dan aktif sampai ke penghujung hayatnya dan binatang yang jantan juga terdapat situasi yang sama iaitu melebihi syahwat yang betina. ( Kenyataan ini bukanlah sesuatu yang tepat ). hanya sekadar sesuai untuk direnungkan bersama sahaja dan mengenali lelaki dan wanita , juga mengenali jantan dan betina.
Kaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar untuk mereka tunai dan laksanakan.
Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di dalam Al.Quran.
Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah.
____________________
"Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya,
dan memelihara kemaluannya, dan janganlah
mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung
ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,
kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,
atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka,
atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara
laki-laki mereka, atau putera-putera saudara
laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan
mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak
yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki
yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung".
Surah An.Nuur (31)
_____________________
"Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan.
Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.
Yang demikian itu adalah sebahagian dari
tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan
mereka selalu ingat".
Surah Al.A'araaf (26)
____________________
"Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,
anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan
jilbabnya ke seluruh tubuh mereka".
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Surah Al.Ahzab (59)
_______________________
Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. |
Surah An.Nuur (60)
___________________________________________
Hadiah dari;
http://maysyda.blogspot.com.
Catatan Tambahan:
(1) Ulasan di dalam entri yang telah lalu.
(2) Dilarang bertabarruj.
Bila seorang wanita tidak memakai penutup kepala maka ia telah ber-tabarruj. Bila ia membiarkan lengan tangannya tidak terbungkus kain maka ia telah ber-tabarruj. Bila ia mempertontonkan betisnya dinikmati orang maka ia telah ber-tabarruj. Kontes bibir indah, leher indah, betis indah, rambut indah dsb. Semua itu tidak syak lagi, termasuk tabarruj. Pendeknya, tabarruj, sebagaimana dikatakan Imam Al Bukhari adalah perbuatan wanita yang memamerkan segala kecantikan yang dimilikinya.
Tabarruj diambil dari akar kata al buruj yang berarti bangunan benteng, istana atau menara yang menjulang tinggi. Wanita yang ber-tabarruj berarti wanita yang menampakkan setinggi-tinggi kecantikannya, sebagaimana benteng atau istana atau menara yang menjulang tinggi-tinggi.
Tabarruj adalah perbuatan nista yang tegas-tegas diharamkan Allah. ( Sila rujuk maksud ayat 31 Surah An.Nur yang telah dicatatkan di atas )
(4) Ulasan yang dapat memberi manfaat bersama - sangat-sangat dialu-alukan.
___________________________________________
Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.
Hukum amalan seseorang yang tidak menutup aurat
Oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka
SOALAN: Assalamualaikum, saya mengerjakan semua kewajipan agama sembahyang lima waktu, puasa sunat di bulan yang di sunatkan tetapi tidak menutup aurat (tidak bertudung) tetapi tidak pernah mendedahkan bahagian badan yang lain. Adakah segala amalan saya di terima Allah S.W.T. ?
JAWAPAN:
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.
Allah Ta’ala hanya menerima amalan hamba-Nya yang benar-benar ikhlas terhadap-Nya. Amalan yang dilakukan itu pula sekiranya merupakan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya hendaklah menepati rukun dan syarat serta kaifiat yang telah ditetapkan oleh syariat berdasarkan ilmu yang benar dan bukan ikut-ikutan secara membuta-tuli. Ibadat yang dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah akan memberi kesan kepada jiwa pengamalnya sehingga melahirkan ketaatan dan akhlak yang baik seperti memelihara aurat, beradab sopan, menjauhi kemaksiatan dan sebagainya.
Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain.
Wallahu Tabaraka Wa Ta’ala a’lam.
Hukum bertudung serta menutup aurat
JAWAPAN dalam kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.
Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.
Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.
Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.
Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan "Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup." Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.
Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?
Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.
Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.
Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.
Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.
Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai 'AhlulBait'dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)
Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: "Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya." (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).
Manakala Abu Ubaidah berpendapat: "Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah."(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)
Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.
Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.
Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai 'ahl al-bait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.
Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.
Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.
Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.
Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.
Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.
Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?
Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.
Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.
Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.
Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
Sumber: Berita Harian 2008
Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak |
Selasa |
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.” Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa. Dalil-dalil tentang Aurat Wanita (i) Batasan aurat wanita Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31]. Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45]. Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] (ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life) Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu (a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan (b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung). Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah, “Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang. Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita). Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada. Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah, “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti. (iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life) Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain. Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya, “wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31] atau sabda Nabi, “lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud]. Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah). Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya. (iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah, “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60]. Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179]. Larangan Bertabarruj Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah, “Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60] Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah “Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33] Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” Abul A’la al Maududi berkata: “Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna- (i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya); (ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari]. Khatimah Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi: "Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa". Wallahu ‘alam bi sawab. 2.5 Tafsir Surah An-Nur ayat 30-314.0 Perihal Batasan 'Aurat Wanita dengan Kaum Kerabat 5.0 Perihal Batasan 'Aurat Wanita dengan Selain Kaum Kerabat 6.0 Perihal Aurat Wanita di Hadapan Hamba 7.0 Perihal Aurat Wanita di Hadapan Lelaki yang Sudah Tidah Berkemahuan 8.0 Perihal Aurat Wanita di Hadapan Kanak-kanak 9.0 Perihal Wanita dan Haruman 11.0 Adab-Adab Pergaulan Lelaki dan Wanita 12.0 Tafsir Surah Al Nur dan Perintah Allah dan Rasul kepada Mu'minin dan Mu'minah Mereka hendaklah menghindarkan diri daripada memuaskan nafsu syahwat secara haram dan juga daripada membuka aurat mereka di hadapan orang lain. Walaupun perintah kepada lelaki adalah sama dengan wanita dalam hal ini, tetapi sempadan aurat untuk wanita adalah berbeza dari yang diperintahkan kepada lelaki. Lagipun, aurat wanita terhadap lelaki adalah berbeza dengan yang diperintahkan terhadap wanita sendiri. Aurat seorang wanita terhadap lelaki ialah keseluruhan tubuh badannya kecuali tangan dan muka. Ia tidak boleh dibuka di hadapan lelaki lain. Wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang nipis atau yang ketat yang mengikut bentuk badan dan yang boleh menampakkan kulit. Menurut satu hadith dari A'ishah, pernah kakaknya Asma' datang menemui Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yang nipis. Rasulullah s.a.w. dengan segera memalingkan mukanya dan berkata:
Ibnu Jarir telah meriwayatkan peristiwa yang sama daripada kata kata A'ishah bahawa satu ketika anak perempuan Abdullah bin Tufail. datang menziarahinya. Apabila Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah, baginda nampak perempuan itu tetapi memalingkan mukanya ke arah lain. A'ishah berkata:
Kelonggaran ini hanyalah untuk saudara mara yang rapat, seperti saudara lelaki, bapa dan lain lain, kerana keadaan yang memerlukan seperti membuat kerja kerja rumah. Contohnya dia boleh menggulung lengan bajunya semasa mengaul tepung atau melipat seluarnya semasa mencuci lantai. Sempadan aurat wanita terhadap wanita, sama seperti sempadan aurat lelaki terhadap lelaki, iaitu daripada pusat hingga ke lutut. Ini tidak bermakna bahawa wanita boleh berkeadaan separuh telanjang di hadapan wanita lain. Ia hanyalah bererti yang bahagian dari pusat ke lutut mestilah sentiasa ditutup dan tidak pula bahagian lain. Jika diperhatikan, tuntutan undang undang Allah yang diberikan terhadap wanita bukan hanya tuntutan yang dibuat terhadap lelaki, iaitu menahan pandangan dan memelihara kemaluan, tetapi ia juga menuntut beberapa perkara lain daripada wanita yang tidak dituntut dari kaum lelaki. Ini menunjukkan bahawa wanita dan lelaki berbeza dalam hal ini. "Perhiasan" termasuklah baju baju yang menarik, barang barang perhiasaan dan lain lain perhiasaan kepala, muka, tangan, kaki dan lain lain yang selalunya digunakan oleh wanita yang disebut dengan perkataan moden 'alat solek'. Perintah melarang menunjukkan 'alat solek' ini akan diperbincangkan secara terperinci dalam nota berikutnya. Berbagai bagai terjemahan yang diberikan oleh berbagai bagai mufassirin tentang ayat ini dan telah mengelirukan pengertiannya yang sebenar. Maksudnya yang jelas kelihatan ialah "Wanita dilarang menampakkan persolekan dan perhiasan mereka kecuali yang nampak dengan sendiri" dan yang melebihi had kawalan mereka. Ini jelas bermaksud bahawa wanita dilarang dengan sengaja menampakkan alat solek mereka. Tetapi tiada dosa jika alat soleknya ternampak kerana tidak sengaja dan tanpa ditiup angin dan menampakkan perhiasannya atau baju luar itu sendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi walaupun is boleh menjadi satu tarikan kerana ia adalah sebahagian daripada pakaian wanita. (Talfsiran ini yang telah diberikan pada ayat ini ialah daripada Abdullah bin Mas'ud, Hassan Basri, Ibnu Sirin dan Ibrahim Nakhai.) Berlainan dengan ini, pihak mufassirin lain pula berpendapat bahawa ayat ini bermaksud "semua bahagian badan yang setaIunya nampak dan terbuka" dan mereka maksudkan juga tangan dan muka dan segala perhiasannya. (lnilah pendapat Ibnu Abbas dan pengikut pengikutnya dan segolongan ulama Hanafi) Oleh itu, menurut mereka, wanita dibenarkan keluar dengan bebas dengan. muka yang terbuka yang telah disolek perhiasan perhiasana di tangan. Walaupun begitu, kami (Sayyid Abul Ala al Mawdudi) tidak dapat menyetujui pendapat ini. Terdapat perbezaan yang besar antara "menampakkan sesuatu" dan "yang menjadi nampak dengan sendirinya". Yang pertama bererti "sengaja" dan yang kedua bererti "terpaksa atau dalam keadaan tiada berupaya". Lagipun tafsiran seperti itu menyalahi hadith hadith yang menyatakan bahawa wanita dilarang keluar dengan muka yang terbuka pada zaman Rasulullah s.a.w. dan selepas perintah purdah ditununkan. Perintah perintah ini juga bererti menutup muka menjadi sebahagian daripada pakaian wanita kecuali semasa haji di mana seseorang itu mesti berkeadaan ihram dan membuka mukanya. Satu lagi' hujah yang diberikan untuk menyokong pendapat ini ialah tangan dan muka tidak termasuk aurat wanita, padahal aurat dan purdah adalah dua perkara yang berbeza. Kesucian aurat tidak boleh dicabuli walaupun di hadapan muhrim lelaki seperti bapa. saudara lelaki dan lain lain. Purdah pula melebih aurat yang bererti mengasingkan wanita daripada lelaki bukan muhrim; perbincangan di sini hanyalah berhubung dengan perintah purdah dan bukan satar. Semasa zaman jahiliyyah sebelum Islam, wanita wanita selalu menggunakan sejenis ikat kepala yang diikat dan disimpulkan di belakang kepala. Belahan bajunya di hadapan dibiarkan terbuka separuh dan menampakkan leher dan sebahagian atas dada. Tiada lain yang menutupi dada dan buah dada kecuali hanya baju itu dan rambutnya pula didandan dengan dua atau tiga jalinan dan diikat di belakang seperti ekor. Pada masa ayat ini diturunkan. tudung kepala pun diperkenalkan kepada wanita Islam yang digunakan untuk menutup kepala, buah dada dan bahagian belakang sepenuhnya. Bagaimana wanita Islam menyahut perintah ini telah diceritakan oleh A'ishah dengan jelas sekali. Dia menyatakan bahawa apabila surah al Nur diturunkan dan orang orang Islam pun mempelajarinya daripada Rasulullah s.a.w, mereka pun segera balik ke rumah masing masing dan membacanya kepada isteri isteri, anak anak perempuan dan saudara saudara perempuan mereka. Merekamereka ini menyahut dengan serta merta. Wanita Ansar, seorang demi seorang dan kesemuanya bangun serta merta untuk membuat tudung itu daripada apa saja kain yang ada di tangan mereka. Keesokan paginya, kesemua wanita yang datang bersembahyang di Masjid Nabi berpakaian yang berbungkus. Dalam satu hadith lain, A'ishah berkata bahawa kain kain yang nipis dibuang dan semua wanita itu memilih kain yang kasar untuk bertudung. Kain penutupan yang diperintahkan itu hendaklah bukan dibuat daripada kain yang halus dan nipis. Wanita Ansar memahami tujuan sebenar perintah ini dan mengetahui kain jenis apakah yang patut digunakan. Allah sendiri telah menjelaskannya dan tidak membiarkan perintah Nya difahami sendiri oleh manusia. Dihya Kalbi menyatakan yang mafhumnya:
Ayat ini menceritakan batas kawasan yang dibenarkan. untuk wanita berjalan dengan bebas dengan segala persolekan dan perhiasan mereka. Luar dari lengkongan ini is tidak dibenarkan keluar dengan alat solek di hadapan orang lain, saudara mara ataupun orang yang tidak dikenali. Maksud perintah ini ialah wanita tidak boleh menampakkan perhiasannya di luar lengkongan ini dengan sengaja atau kerana kecuaiannya. Walaupun begitu apa yang ternampak dengan tidak sengaja setelah diberi perhatian dan jagaan atau apa apa yang adak boleh disembunyikan, adalah dimaafkan Allah. 4.0 Perihal Batasan 'Aurat Wanita dengan Kaum Kerabat 'Bapa' termasuk juga datuk dan bapa datuk (moyang) daripada pihak bapa dan juga pihak ibu. Wanita juga boleh menampakkan dirinya di hadapan datuk suaminya seperti dia berhadapan dengan bapanya sendiri atau bapa mertuanya. 'Anak lelaki' termasuk juga cucu lelaki dan anak cucu lelaki (cicit) daripada anak lelaki atau anak perempuan. Tiada bezanya antara anak sendiri dan anak tiri. 'Saudara lelaki' termasuk juga saudara kandung dan saudara tiri. Anak lelaki saudara lelaki dan saudara perempuan termasuk juga anak lelaki, cucu lelaki dan cicit lelaki daripada ketiga tiga jenis saudara lelaki dan saudara perempuan. 5.0 Perihal Batasan 'Aurat Wanita dengan Selain Kaum Kerabat Selepas saudara masa, orang lain pula disebut. Tetapi sebelum kita teruskan, adalah lebih baik jika difahami tiga perkara ini untuk menghindarkan kekeliruan.
Tetapi dalam masa yang sama dia menyuruh Saudah memakai purdah di hadapan budak lelaki itu kerana ragu ragu itu adik lelakinya. Perkataan 'Arab nisa-i-hinna bererti "wanita di kalangan mereka". Sebelum kita membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan wanita, adalah lebih baik jika diperhatikan bahawa perkataan yang digunakan bukanlah al Nisa', yang hanya bermaksud "wanita" tetapi nisa-i-hinna yang bermaksud "wanita di kalangan mereka". Dalam kes yang terdahulu, wanita Islam dibenarkan membuka purdahnya di hadapan semua jenis wanita dan menampakkan perhiasannya. Walaupun begitu, perkataan nisa-i-hinna telah menghadkan kebebasan ini dalam lingkungan yang terhad. Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai apa yang dimaksudkan dengan lingkungan yang terhad ini. Menurut satu kumpulan, "wanita di kalangan mereka", ialah wanita Islam sahaja: wanita bukan Islam, zimmi ataupun yang lain dikecualikan dan purdah hendaklah digunakan di hadapan mereka ini seperti juga di hadapan lelaki. Ibnu Abbas, Mujahid dan Ibn Juraij berpendapat demikian dan menyebut satu peristiwa untuk menguatkan pendapat mereka: Khalifah Umar menulis surat kepada Ubaidah:
Sekumpulan lain, termasuk Imam Razi berpendapat bahwa "Wanita di kalangan kamu" ialah kesemua wanita tanpa pengecualian. Tetapi tidak mungkin pendapat ini boleh diterima kerana jika demikian, perkataan al-nisa sahaja sudah memadai dan tidak perlu lagi dengan perkataan nisa-i-hinna. Pendapat yang ketiga adalah lebih munasabah dan lebih hampir dengan ayat al Quran, iaitu "wanita dari kalangan mereka" bererti wanita yang biasa dan kenal kepada mereka yang selalu mereka temui dalam kehidupan harian mereka dan wanita yang bersama sama mengerjakan kerja kerja rumah dan kerja-kerja lain, baik yang Islam ataupun yang bukan Islam. Tujuan sebenarnya di sini ialah untuk mengasingkan wanita asing dari lingkungan mereka yang mempunyai latarbelakang kebudayaan dan akhlak yang tidak diketahui ataupun wanita yang perangainya sebelum itu diragukan dan sukar dipercayai. Pendapat ini juga di sokong oleh beberapa hadith sahih yang menyebut bahawa wanita zimmi pernah melawat isteri isteri Rasulullah s.a.w Perkara sebenar yang menjadi faktor penentu berhubung dengan ini ialah akhlak dan bukan kepercayaan agama. Wanita Islam boleh bertemu dan membuat perhubungan sosial yang baik dengan wanita wanita yang mulia, baik dan suci yang datang dari keluarga yang dikenali dan dipercayai walaupun mereka itu bukan Islam. Tetapi mereka mesti memakai purdah di hadapan wanita yang jahat, buruk akhlak dan keji walaupun mereka itu "Islam". Pergaulan mereka daripada segi akhlak adalah merbahaya sama seperti pergaulan dengan lelaki lain. Perhubungan dengan wanita yang tidak biasa dan tidak dikenali hendaklah dianggap seperti saudara bukan muhrim. Seseorang wanita boleh membuka mukanya dan tangannya di hadapan mereka tetapi hendaklah menutup badannya yang lain dan menyembunyikan perhiasannya. 6.0 Perihal Aurat Wanita di Hadapan Hamba Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama tentang makna yang betul berkenaan perintah ini. Sekumpulan mereka berpendapat ia hanya ditujukan kepada hamba wanita yang dipunyai oleh seorang perempuan. Mereka mentafsirkan perintah Allah ini dengan maksud bahawa seorang wanita Islam boleh menampakkan perhiasannya di hadapan seorang hamba perempuan walaupun hamba itu seorang Musyrik atau Yahudi atau Nasrani. Tetapi ia tidak boleh keluar di hadapan seorang hamba lelaki walaupun hamba itu adalah hak miliknya yang sah kerana menurut perintah purdah, hamba lelaki hendaklah dianggap seperti seorang lelaki asing. (Inilah pendapat Abdullah bin Mas'ud. Mujahid. Hassan Basri. Ibn Sirin. Sa'id bin Musayyab, Ta'us dan Imam Abu Hanifah dan terdapat satu kenyataan dari Imam Shafi'i yang juga menyokong pendapat ini.) Hujah mereka ialah hamba bukanlah mahram tuannya; jika ia dibebaskan, dia boleh berkahwin dengan tuannya dahulu. Oleh kerana ia seorang hamba tidak bererti ia berhak dianggap sebagai mahram dan membenarkan tuan wanitanya menampakkan diri dengan bebas di hadapannya. Satu pertanyaan timbul iaitu kenapa perkataan "budak yang mereka milik" hanya dihadkan kepada hamba wanita padahal ianya satu istilah yang umum dan boleh digunakan untuk kedua dua hamba lelaki dan juga wanita. Menurut ulama walaupun rangkai kata "budak yang mereka miliki" disebut selepas "Wanita di kalangan mereka" dalam ayat ini dapatlah difahamkan ianya ditujukan kepada saudara mara dan rakan rakan wanita ini boleh memberi salah faham yang hamba wanita tidak termasuk dalam kumpulan ini. Oleh itu perkataan "budak yang mereka miliki" digunakan untuk menjelaskan bahawa seorang wanita boleh mempamerkan perhiasannya di hadapan hamba wanita seperti di hadapan wanita di kalangan mereka. Sekumpulan lain pula berpendapat bahawa perkataan "budak yang mereka miliki" termasuk hamba lelaki dan wanita. (Ini adalah pendapat A'ishah. Umm Salamah dan ulama‑ulama lain daripada keluarga Rasulullah s.a.w. dan dari Imam Shafi.) Hujah mereka bukan hanya atas dasar maksud am perkataan ini. tetapi mereka juga mengambil beberapa peristiwa daripada peristiwa daripada sunnah untuk menguatkan hujah mereka. Contohnya ialah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah anaknya, Fatimah bersama dengan hambanya Abdullah bin Musa'dah al Fazari. Pada masa itu Fatimah sedang memakai sekeping kain yang jika cukup menutupi kepalanya akan menampakkan kakinya dan akan menampakkan kepalanya jika ia cuba menutup kakinya. Rasulullah s.a.w sedar akan keadaan yang memalukannya dan berkata:
Ibn Asakir menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah memberikan hamba itu kepada Fatimah dan dipeliharanya sehingga besar dan kemudian dibebaskan tetapi lelaki itu tidak berterima kasih. Dalam peperangan Siffin, dia menjadi musuh ketat kepada Ali dan penyokong kuat kepada Amir Muawiyah. Mereka juga menyebut kata kata ini daripada Rasulullah s.a.w. untuk menguatkan pendirian mereka iaitu:
7.0 Perihal Aurat Wanita di Hadapan Lelaki yang Sudah Tidak Berkemahuan Terjemahan dalam erti kata yang sebenarnya ialah: "pelayan pelayan Ielaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)". Maksudnya yang paling ketara selain lelaki mahram ialah lelaki yang memenuhi syarat ini yang membolehkan wanita menampakkan perhiasannya: Dia hendaklah bebas dari kehendak nafsu syahwat kerana sudah tua ataupun mati pucuk atau lemah akal atau papa dan rendah kedudukan sosialnya serta tidak berdaya menaikkan nafsunya ataupun yang boleh memikirkan perkara perkara yang keji terhadap isterinya, anak perempuan, kakak atau ibu tuannya. Sesiapa yang mempelajari perintah ini dalam semangat yang benar dengan tujuan untuk mentaatinya dan bukan untuk mencari jalan dan helah untuk lari darinya atau melanggar nya, adab menghargai bahwa pembawa surat, tukang masak, tukang pandu kerata tuannya dan lain lain pembantu rumah yang diambil bekerja tidak termasuk dalam kumpulan ini. Penjelasan yang berikut diberikan oleh beberapa mufasirin dan ulama tentang perkara ini yang menunjukkan lelaki manakah yang dimaksudkan oleh ayat ini :
Penjelasan yang paling baik berhubung dengan ini ialah satu peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. yang telah disebut dalam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasa'i dan Ahmad daripada A'ishah dan Ummu Salamah. Terdapat seorang lelaki yang telah dikembiri di Madinah dan telah dibenarkan bertemu isteri Rasulullah s.a.w. dengan bebas dan juga wanita-wanita llain di bandar itu kerana ketidakupayaannya melakukan hubungan jenis. Satu hari, Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah isterinya Ummu Salamah iaitu Abdullah bin Abi Umayyah. Dia memberitahu Abdullah jika Taif dapat ditawan keesokan harinya, dia akan cuba mendapatkan Badia, anak perempuan Ghailan Thaqafi. Kemudian dia mula memuji kecantikan Badia dan juga keghairahan tubuh badannya dan sampai menceritakan tentang auratnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar perbualan ini, beliau pun berkata yang mafhumnya:
Kemudian baginda memerintahkan wanita berpurdah di hadapannya dan dia dilarang bebas masuk ke dalam rumah rumah mereka lagi. Selepas ini baginda menghalaunya keluar dan melarang lelaki kembiri yang lain memasuki rumah rumah kerana wanita wanita tidak melarang kehadiran mereka tetapi dalam masa yang sama lelaki lelaki itu akan menceritakan hal wanita wanita dari sebuah rumah kepada lelaki di rumah yang lain. Ini menunjukkan bahawa perkataan "tiada nafsu syahwat" tidak hanya bererti tidak boleh melakukan hubungan jenis sahaja. Sesiapa yang cacat anggota tetapi masih melayan kehendak nafsunya dan berminat terhadap wanita juga boleh menjadi punca kejahatan. 8.0 Perihal Aurat Wanita di Hadapan Kanak-kanak Aurat Wanita Iaitu kanak kanak yang belum mempunyai nafsu syahwat yang biasanya dalam umur paling tinggi, 11 hingga 12 tahun. Budak lelaki yang lebih tua mungkin sudah mempunyai perasaan syahwat walaupun mereka masih belum dewasa. 9.0 Perihal Wanita dan Haruman Rasulullah s.a.w. tidak membataskan perintah ini hanya dengan bunyi perhiasan itu tetapi baginda telah menetapkan satu prinsip darinya. Selain dari menenung segala yang menaikkan perasaan adalah bercanggah dengan tujuan Allah melarang wanita menampakkan perhiasannya. Oleh itu baginda melarang wanita keluar dengan memakai bau bauan. Menurut Abu Hurairah, Rasulullah berkata yang mafhumnva:
Menurut satu hadith lain, Abu Hurairah lalu di sebelah seorang wanita yang baru keluar dari masjid dan berasa yang wanita iaitu ada memakai wangi wangian. Dia menahannya dan berkata:
Abu Musa Ash'ari berkata bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:
Tetapi Rasulullah memerintahkan supaya wanita memakai bau bauan yang terang warnanya tetapi nipis baunya. (Abu Daud) Rasulullah s.a.w. juga melarang suara wanita didengari lelaki jika tidak perlu. Dalam kes yang memaksa al Quran sendiri membenarkan wanita bercakap dengan lelaki dan isteri Rasulullah s.a.w. sendiri mengajar orang lain dalam hal hal keagamaan. Tetapi bila tiada keperluan atau ada tujuan agama dan kebaikan, wanita tidak digalakkan memperdengarkan suaranya kepada lelaki. Oleh itu, jika imam tersalah dalam sembahyang berjemaah dia hendaklah diberi amaran oleh lelaki dengan berkata "SubhanAllah" (Maha Suci Allah) dan wanita pula hendaklah menepuk tangan mereka sahaja. (Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Abu Daud, Nasa'I, Ibnu Majah) 11.0 Adab Adab Pergaulan Lelaki dan Wanita Adalah berfaedah juga jika kita memberikan satu ringkasan tentang perkara perkara kebaikan yang lain yang diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada masyarakat Islam setelah turunnya perintah perintah ini.
Kesemua perintah ini diriwayatkan dari A'ishah, Asma' binti Abu Bakar. Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Amir Muawiyah melalui perawi perawi yang boleh dipercayai. 12.0 Tafsir Surah Al Nur dan Perintah Allah dan Rasul kepada Mu'minin dan Mu'minah Setelah memahami perintah perintah Allah dan Rasul Nya yang jelas ini, seseorang Islam itu hanya mempunyai dua pilihan. Satu, dia hendaklah mengamalkan semua perintah perintah ini dalam kehidupannya dan mensucikan dirinya, keluarganya dan masyarakat keseluruhannya daripada keruntuhan akhlak. Untuk menghapuskan nilai nilai buruk ini, Allah dan Rasul Nya telah memberi hukum hukum secara terperinci. Pilihan kedua pula, seseorang Islam yang mempunyai beberapa kelemahan, akan melanggar satu atau dua daripada perintah perintah ini. Sepatutnva dia hendaklah sedar bahawa dia telah melakukan dosa dan menghindarkan diri daripada salah faham dengan menganggap perbuatannya sebagai satu perbuatan yang baik. Selain dari dua pilihan ini, mereka yang mengambil cara hidup barat yang bercanggah dengan perintah al Quran dan sunnah serta cuba sedaya upaya mereka untuk membuktikan yang ianya Islam dan cuba membuktikan tiada purdah dalam Islam, bukan hanya melakukan dosa kerana ingkar tetapi juga menunjukkan kejahilan, kedegilan dan kepura puraan. Sikap yang begitu tidak sepatutnya dipunyai oleh seseorang yang berfikiran baik di dunia ini ataupun yang akan mendapat kebaikan dari Allah di Akhirat nanti. Tetapi di kalangan orang orang Islam, terdapat segolongan masyarakat moden yang berpura pura dan oleh kerana terlalu jauh kepura puraan mereka sehingga sanggup menolak suruhan suruhan Allah dan memalsukannya pula dan mempercayai cara cara hidup barat yang mereka pinjam daripada masyarakt bukan Islam itu betul dan berasaskan kepada kebenaran. Orang orang seperti ini tidak dikatakan Islam langsung dan jika mereka masih dianggap Islam. maka perkataan perkataan 'Islam' dan 'tidak Islam' hilang ertinya dan kepentingannya sama sekali. Jika mereka menukarkan nama Islam mereka dan mengumumkan di khalayak ramai bahawa mereka sudah meninggalkan Islam, maka sekurang kurangnya kita telah yakin akan keberanian mereka. Tetapi, di sebalik sikap mereka yang jahil itu, mereka masih menunjukkan yang mereka Islam. Mungkin tidak terdapat golongan manusia yang lebih hina daripada mereka di dunia ini. Manusia yang bersifat dan berakhlak demikian mesti bergelumang dalam kepalsuan, kekecohan, kecurangan dan penipuan. Artinya: “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: ‘Hendaklah mereka mengulurkan* seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “ (Q.S Al-Ahzab: 59) * Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada. ******************************** Akan kita lihat dalam Al-Qur’an bahwa surat Makkiyah itu penuh dengan ungkapan-ungkapan yang kedengarannya amat keras di telinga, huruf-hurufnya seolah melintarkan api ancaman dan siksaan, masing-masing sebagai penahan dan pencegah, sebagai suara pembawa malapetaka, seperti dalam surat Qari’ah, Gasyiah dan Waqi’ah, dengan huruf-huruf hijaiyah pada permulaan surat dan ayat-ayat berisi tantangan di dalamnya, nasib umat-umat terdahulu, bukti-bukti alamiah dan yang dapat diterima akal. Semua ini cirri-ciri Qur’an surat Makkiyah.[1] Namun, setelah terbentuk jamaah yang beriman kepada Allah, malaikat, kitab dan Rasul-Nya, kepada hari akhir dan qadar, baik dan buruknya, serta akidah yang telah diuji dengan berbagai cobaan dari orang musyrik dan ternyata dapat bertahan, dan dengan agamanya itu mereka berhijrah karena lebih mengutamakan apa yang ada di sisi Allah daripada kesenangan hidup duniawi – maka di saat itu kita melihat ayat-ayat Madaniyah yang panjang-panjang membicarakan hokum-hukum Islam serta ketentuan-ketentuannya, mengajak berjihad dan berkurban di jalan Allah kemudian menjelaskan dasar-dasar perundang-undangan, meletakkan kaidah-kaidah kemasyarakatan, menentukan hubungan pribadi, hubungan internasional dan antar-bangsa. Juga menyingkapkan aib dan isi hati orang-orang munafik, berdialog dengan Ahli Kitab dan membungkam mulut mereka. Inilah cirri-ciri umum Qur’an yang Madaniyah.[2] Para sarjana muslim mengemukakan empat perspektif dalam mendefinisikan terminologi Makkiyah dan Madaniyah. Keempat perspektif itu adalah: masa turun (zaman an-nuzul), tempat (makan an-nuzul), objek pembicaraan (mukhathab) dan tema pembicaraan (maudu). Jika demikian, bisa disimpulkan bahwa pengertian Makkiyah ialah ayat-ayat yang turun sebelum Rasulullah hijrah ke Madinah, kendatipun bukan turun di Makkah. Bisa dikatakan pula bahwa Makkiyah itu merupakan ayat-ayat yang turun di Makkah dan sekitarnya seperti Mina, Arafah dan Hudabiyah serta ayat-ayat yang menjadi kitab bagi orang-orang Makkah. Sedangkan Madaniyah adalah ayat-ayat yang turun sesudah Rasulullah hijrah ke Madinah, kendati bukan turun di Madinah. Ayat-ayat yang turun setetlah peristiwa hijrah di sebut Madaniyah walaupun turun di Makkah atau Arafah yang turun di Madinah dan Sekitarnya, seperti Uhud, Quba, dan Sul’a. Serta Madaniyah adalah ayat-ayat yang menjadi kitab bagi orang-orang Madinah. Para ulamapun telah meneliti surat-surat makki dan madani dan menyimpulkan beberapa ketentuan analogis bagi keduanya yang menerangkan ciri-ciri khas gaya bahasa dan persoalan-persoalan yang dibicarakannya. Dari situ mereka dapat menghasilkan kaidah-kaidah dengan ciri-ciri sebagai berikut: a. Tanda-tanda surah Makkiyah: Sesuatu surat/ayat adalah Makkiah, kalau/ayat itu mempunyai tanda-tanda sebagai berikut: 1. Dimulai dengan nida’ “ya ayyuhan nasu” dan sejenisnya 2. Didalamnya terdapat lafadh: “kalla” 3. Didalamnya terdapat ayat-ayat sajdah, ada 15 ayat sajdah (sunnat bersujud tilwah) 4. Pada permulaannya teradapat huruf-huruf tahajji (huruf terpotong-potong), seperti dalam surat Shaad, as-Syura, as-Syua’ra, al-A’raf dan al-Ankabut. 5. Didalamnya terdapat cerita-cerita para Nabi dan Umat-umat terdahulu, selain surah al-Baqarah dan al-Maidah. Contohnya, antara lain seperti surah : Yunus, Yusuf, Luth, Ibrahim, al-Kahfi, Maryam. Thaha dan sebagainya. 6. Didalamnya berisi cerita-cerita terhadap kemusrikan dan penyembuhan-penyembuhan kepada selain Allah SWT. 7. Didalamnya berisi keterangan-keterangan adat kebiasaan orang-orang kafir dan orang musyrik yang suka mencuri, merampok, membunuh, mengubur hidup-hidup anak perempuan dan lain sebagainya. 8. Didalamnya berisi penjelasan dengan bukti-bukti argumentasi dari alam ciptaan Allah SWT. Yang dapat menyadarkan orang-orang kafir untuk untuk beriman kepada Allah SWT dan percaya kepada Rasul dan Kitab-kitab suci, hari kiamat dan sebagainya. 9. Berisi sejarah perinsip-perinsip akhlak yang mulia dan pranata sosial yang tinggi, yang dijelaskan dengan sangat mengagumkan sehingga menyebabkan orang benci kepada kekafiran, kemusrikan, kefasikan, kekerasan, taat setia, kasih sayang, ikhlas, hormat, rendah hati dan sebagainya. 10. Berisi nasehat-nasehat petunjuk dan ibarah-ibarat dari balik yang dapat menyadarkan bahwa kekafiran, kedurhakaan, dan pembangkangan umat itu hanya mengakibatkan kehancuran dan kesengsaraan saja. 11. Kebanyakan surat/ayat-ayatnya pendek-pendek, karena menggunakan bentuk ijaz (singkat padat). Bentuk tersebut ditujukan kepada orang-orang Quraisy Mekkah yang umumnya pakar bahasa Arab.
b. Madaniyah: 1. Menjelaskan permasalahan ibadah, muamalah, hudud, bangunan rumah tangga, warisan, keutamaan jihad kehidupan sosial, aturan-aturan pemerintah menangani perdamaian dan peperangan, serta persoalan-persoalan pembentukan hukum syara’. 2. Mengkhitabi Ahli Kitab Yahudi dan Nashrani dan mengajaknya masuk Islam, juga menguraikan perbuatan mereka yang telah menyimpangkan Kitab Allah dan menjauhi kebenaran serta perselisihannya setelah datang kebenaran. 3. Mengungkapkan langkah-langkah orang-orang munafik. 4. Surat dan sebagian ayat-ayatnya panjang-panjang serta menjelaskan hukum dengan terang dan menggunakan ushlub yang terang pula. 5. Didalamnya berisi hukum-hukum daraidl, seperti dalam surah: al-Baqarah, an-Nisa’, al-Maidah. 6. Berisi izin jihad fi sabilillah dan hukum-hukumnya, seperti talak, ataupun mengenai hadlonah, seperti dalam surah : al-Baqarah, al-Anfal, at-Taubah dan al-Hajj. 7. Berisi hukum-hukum Munakahat. Baik mengenai nikah, talak atau mengenai hadlonah, seperti, seperti dalam surah : al-Baqarah, Ali Imran, an-Nisa’, Al-Maidah, an-Nur, al-Mumtahanh, at-Thalak dan sebagainya. 8. Berisi hukum-hukum kemasyarakat, kenegaraan, seperti masalah permusyawaratan, kedisiplinan, kepemimpinan, pendidikan pergaulan dan sebagainya seperti dalam surah : al-Baqarah, Ali Imran, al-Maidah, al-Anfal, at-Taubah, al-Hjarat dan sebagainya. 9. Berisi da’wah (seruan) kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani serta penjelasan-penjelasan akidah mereka yang menyimpang, seperti dalam surah : al-Baqarah, Ali Imran, al-Fath, al-Hajt, al-Hjarat dan sebagainya. 10. Berisi ayat-ayat nida’ yang ditujukan kepada penduduk Madinah yang Islam dan Khithab (perintah) : “Ya Ayyuhal ladzini amanu” yang dalam al-Qur’an ada 219 ayat. Atau 219/6236 x 100% = 3,51% 11. Kebanyakan surah/ayat-ayatnya panjang-panjang sebab ditujukan kepada penduduk Madinah yang Islam yang orang-orangnya banyak yang kurang terpelajar, sehingga perlu dengan ungkapan yang luas agar jelas.[3] Dari penjelasan diatas, akhirnya kita bisa menarik kesimpulan bahwa surat Al-Ahzab yang pada khusunya pada ayat 59 adalah golongan surat Madaniyah. Hal itu karena Q.S Al-Ahzab ayat 59 berisi perintah atau seruan untuk menutup aurat atau berjilbab. Perintah dari Allah Swt tersebut dikategorikan ke dalam perintah ibadah yang merupakan ciri utama pada ayat-ayat Madaniyah. Jelasnya, terdapat pada poin pertama dalam ciri Madaniyah diatas, diapaparkan sebelumnya bahwa ciri Madaniyah berisi permasalahn ibadah serta persoalan-persoalan hukum syara’, maka Al-Ahzab ayat 59 masuk kedalam kategori tersebut. Perintah berjilbab itu hadir setelah akidah masyarakat telah terhujam dengan baik. [1] Manna’ Khalil al-Qattan, Studi Ilmu-Ulmu Qur’an. (Jakarta: PT Pusaka Litera Antar Nusa, 2009), hlm. 71. [2] Ibid. [3] www.hadirukiyah.blogspot.com Kaligrafi Surah Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. |
Saya nampak,masyarakat kita khususnya orang melayu sekarang ni bukan pasai depa tu jahil,tak tau hukum hakam dalam Islam seperti solat jumaat,dedah aurat dll tapi masih buat tak tau juga.Dalam tv ada ustaz2 sebut,ceramah,kuliah dsbnya,tapi tetap macam tu juga,buat pekak badak je.Kadang2kita tengok dlm majlis ramai orang tutup aurat tapi tok ketua boleh boloeh,tak tutup dan tak rasa malu langsung.ni yang menyedihkan kita orang Islam.seolah2 hampa saja kena tutup ,aku tak pa kut!
Pokoknya kita orang melayu hadapi krisis macammana nak amal,tak dak rasa takut kepada Allah,tak rasa kita akan mati satgi,esok ke?
Yang lebih malang lagi,orang yang langgar hukum hakam ni,orang yang ada otak,ijazah berjela2.di mana letak akalnya?
Inilah yang paling penting untuk kita fikir bersama,benar2 rasa risau dengam umat melayu islam malaysia ni.BAGAIMANA NAK BUAT? nak kata tak tau,depa pandai.nak kata tak habaq,dah bebuih mulut ustaz2,penceramah tv,forum ehwal islam ,ada penasihat agama,ada mufti la macam2 ada tapi macam tu jugak........
Dalam hal kehidupan dunia kita bukan main advance dengan berbagai perancangan masa depan yang tetap berakhir bila mati.Tapi wawasan nak hidup tak mati2 selepas mati tak fikir pula?
Marilah kita berdoa semoga ALLAH memberi taufik dan hidayahnya kepada orang2ni..... AMIN YA RABBAL ALAMIN!
Fikirlah BUKAN SENANG NAK SENANG DAN BUKAN SUSAH NAK SUSAH !
Saya fikir saudara boleh tulis pulak pasal AURAT dan Kedegilan meng-amalkan lepas ni.
April 27, 2009 4:50 PM