Ahad, 10 Julai 2011

ADA ALLAH BERI FAHAM..MANA MUNGKAR...MANA ZALIMI..MANA PENIPU...ADA YG TAK BERI FAHAM...MUNGKIN DOSA,AKIDAH ATAU TAK MENADAH KITAB...LUPA PADA AKHIRAT

Gempa bumi 7.1 gegar pantai timur Honshu
Jul 10, 11 12:13pm

Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter berlaku di luar pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 8.57 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa itu terletak 4,380km di timur laut Kudat, Sabah dan kejadian itu tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Kenyataan itu juga berkata satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia pada pukul 3.02 pagi tadi.

Katanya gempa yang berlaku kira-kira 448km di tenggara Ambon, dan 1,799km di tenggara Tawau, Sabah, itu juga tidak menimbulkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, gempa bumi berukuran 2.2 pada skala Richter dikesan di Tambunan, Sabah pada pukul 3.34 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada gegaran dirasakan kerana ia berlaku kira-kira 25km di tenggara Tambunan, kata kenyataan itu.

- Bernama
BERSIH 2.0: Kebenaran sentiasa atasi kekejaman
Wira Arjuna
Jul 10, 11
9:18am

Kongsi 1629
Penganjur BERSIH 2.0 petang semalam mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.

bersih rally petaling street 090711Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.

Secara ringkas berikut adalah “harga” yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
  • 1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat.
  • NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau menerima rawatan di Hospital Pantai. Anaknya Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari.
  • Turut cedera ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
  • Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presidennya, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar.
  • Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, RSivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP).

Harga murah

Namun harga itu dianggap “murah” berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0.

NONEPerkara paling memberangsangkan adalah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India, menjadikan BERSIH sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.

Kehadiran mereka membuktikan “kuasa rakyat” masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun.

“Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman,” kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

NONEBeberapa “adegan-adegan” BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini.

Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu.

Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi 'Negaraku' di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis.

Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Pancutan air berkimia dan bau gas pemedih mata pula akan menandakan 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya adil dan telus.

BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.

Wajah sebenar Najib

Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.

azlanWajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan BERSIH sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .

NONEJusteru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.

BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.

Negara diktator

Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.

NONEWalaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.

Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?

NONEInilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.

Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.

Kesetiaan kepada Raja?

Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.

NONENamun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi.

Seperti mana kata Ambiga “kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman.”


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Selepas demostrasi BERSIH , maka pendemo pendemo pun masing masing pulang, bermesra lah sekejap.
    Ahmad: Hello Kawan, amat gembira hari ini pemuda kaum Cina masuk jalanraya.
    Maniam: ini kali Kaum india kurang sikit, itu hindraf tarak sokong.
    Ah Seng; Ini semangat 1Malaysia mah! Tak kira hidraf tarak hindraf punya.
    Ahmad : Nampak pemuda kaum Cina semakin ramai, cukup power!
    Ah Seng: Sekarang Cina , India , Melayu semua mahu ketuanan rakyat, Sudah ludah kasi ketuanan melayu, itu sebab mahu kasi UMNO makan taik babi.
    Maniam: Gua nampak india bukan india tapi macam mamak, Bengala ada di Bukit Bintang.
    Ahmad: Itu pemuda UMNO sudah bayar 50 ringgit untuk PTI, Najib punya 1Malaysia mahu jadi 1Bengala.
    Ah Seng: Itu mamak Khairy, Mamak Reezal.... kepala Bengala mahu tipu melayu mah!
    Maka mereka ketawa kah kah kah keatas UMNO dan BN.
    Ahmad: Ok lah.. bagi email, bagi nombor handphone, nanti kita kontak ajar minum minum sekali.
    • Hamzah Mahmod · Pengulas Tertinggi
      Jika semua kaum terlibat buat bantahan dan demo maka hilang lah satu "modal" utk pemimpin UMNO yg korup utk mengatakan org Melayu jer yang keluar di jalanan sedangkan org Cina dan India duk rumah...org Melayu di pergunakan oleh DAP dan sebagainya....lepas ni pemimpin UMNO yang korup tu pula akan mengatakan peserta demo jalanan telah di taja oleh pihak luar bagi menghancurkan Negara.....hahaha kesian pemimpin umno yg korup dan kurap ni tak dapat hidayah....asal perkara ni mudah jer....duk bincang perkara yang meragukan dalam sistem pilihanraya negara kemudian buat penambahbaikan....apa punya PM M'sia!!! Pemikiran macam Perdana Menteri Pasola ....
    • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
      Hamzah Mahmod
      Kena ajar pemuda pemuda dari Cina , India, Melayu ... semua kaum , melalui FB , hentam umno!!
    • Wal-Ibni Royce · Pengulas Tertinggi
      puak patriot ni ..banyak muka mamak ..hahaha ye la exco nye kan anak mahaguru silat asal Pakistan. abis puak pakistan, mamak kutty , bangla kutty di angkut...
  • Khairul Karim Hj Rahmat · Petaling Jaya, Malaysia
    9Julai mnjadi kenangan yg tak dapat aku lupakan dimana kami berkumpul di Pudu mndapat tentangan yg hebat dr FRU n POLIS barua umNO..tp semangat kental kami brjaya menahan dr bom n semburan air..yg mnjadi MANIS adalah kami bersasa2 kaum cina n india dalam satu kumpulan...HIDUP RAKYAT.
    • Wan Roslan Wab · Bekerja di Buat jantung enjin daa
      `1Msia maa......~
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Saya mengambil kesempatan ini, utk ucapkan tahniah pd kita semua yg berjaya menunjukkan akhlak & disiplin yg tinggi ketika berarak kelmarin, walaupun dibalas dgn cara yg x sepatutnya! (amat menyedihkan saya) Kita berjaya dlm 3 perkara, berjaya berhimpun dlm jumlah yg agak ramai walaupun sekatan & halangan pihak berkuasa selama 2 minggu, berjaya menunjukkan disiplin yg tinggi dlm perarakan semalam, dan yg penting sekali dpt smpaikan suara rakyat. Suara rakyat suara keramat! Tahniah sume! Takbir! Allaahuakbar!
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Najib kena terima hakikat, bahawa kuasa rakyat melebihi segala2nya. Klau dgn kuasa rakyat mereka boleh jadi pemerintah, maka dgn kuasa rakyat juga mereka boleh turun dari tampuk pemerintahan!
  • Hussaini Mujtahid · Tentera Allah di Bumi Allah SWT
    kami xde senjata.. cuma AIR MINERAL DAN GARAM SETA TUALA KECIL.... tu pun nok tembak!! zalim punya pemerintah! ko tggu PRU13 NANT..kebgkitan rakyat bakal MERANAPKAN kzaliman BN!!!
    • Raif Hakim · Pengulas Tertinggi
      sokong kita mesti jatuh kan barisan nasional (umno) mari kita sama2 undi parti ...PAS ..PKR ...DAP
    • Billy Ho · Pengulas Tertinggi
      rakyat malaysia sendiri dizalimi pemerintah!! terlalu zalim!! disebabkan cara inilah, saya seru rakyat patut pilih pemerintah yang boleh menjaga hak kita sebagai rakyat malaysia bukannya pemerintah yang hanya tahu enjoy dan suruh rakyat berjimat-cermat dan jangan hanya harapkan subsidi kerajaan semata-mata!! saudara saudari 1Malaysia, buatlah pilihan yang terbaik untuk anda sendiri.Polis terlalu kejam!!Tak ada apa yang boleh saya katakan untuk Polis Malaysia!! Polis bukan berkhidmat untuk negara tetapi untuk pemerintah!!
    • Hussaini Mujtahid · Tentera Allah di Bumi Allah SWT
      tegakkan ISLAM di BUMI MALAYSIA
  • Guy Zara · Pengulas Tertinggi
    Alhamdullilah! Dengan berbagai kekangan dan halangan 100ribu rakyat dapat juga turun..jika perhimpunan ini tiada ugutan sudah tentu 500ribu dapat hadir.Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.Polis gagal dalam menghalang gelombang rakyat walau berbagai cara dibuat untuk menggagalkan perhimpunan hebat ini.
Jenazah Baharudin selamat dikebumikan
Abdul Rahim Sabri
Jul 10, 11
2:23pm
Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.

funeral baharudin crowdSemalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Kira-kira 500 hadirin termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.

Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.

funeral baharudin bersih protesterTurut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.

Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti.

Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.

Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi.

Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga.

nurul izzah, funeral baharudinSewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah.

Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin.

Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin.

Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa.

"(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas.

funeral baharudin crowd 2Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.

"BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat.

"Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.

Bahkan terdapat juga pemimpin yang bercakap-cakap tentang kekecohan yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Ditemui pemberita selepas pengebumian itu, naib ketua wanita PKR, Gan Pei Nie berkata beliau kesal dengan tindakan polis yang didakwanya menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital.

Dakwanya, sewaktu kejadian itu berlaku, beliau berada di dalam hospital dan nampak insiden itu terjadi.

funeral baharudin vanSehubungan itu, Gan yang juga ADUN Rawang meminta mereka yang mempunyai gambar insiden itu supaya menghantar kepada jawatankuasa pemandu BERSIH atau Pakatan Rakyat untuk membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Sementara itu, Mahfuz berkata beliau dan Salahudin Ayub akan membuat laporan polis berhubung penangkapan mereka semalam

Katanya laporan itu bertujuan untuk membolehkan peguam memulakan membuat semakan prosedur undang-undang bagi menuntut gantirugi.

Tiada ulasan: