Selasa, 12 Julai 2011

HUKUM ALLAH AKAN SAMPAI JUA...NAK KEMANA PERSALAH2....ALLAH MAHA BIJAKSANA BAGAIMANA NAK MENGHUKUM ORANG2 INI....

Saksi lihat darah di kepala Ahmad Sarbaini
Jul 11, 11 8:28pm

Seorang saksi yang dipanggil semula memberi keterangan dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini Mohamed hari ini memberitahu Mahkamah Koroner, beliau melihat darah berukuran kira-kira sejengkal di bahagian kepala Allahyarham ketika melihat tubuh mangsa yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan itu.

NONEPenolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Henrita Serai Anak Endrew Lenggie berkata beliau melihat darah itu sedang mengalir dari kepala Allahyarham ketika beliau menjenguk di tingkap yang terbuka luas yang berada di bilik pantri, aras tiga bangunan berkenaan.

"Saya rasa takut dan kejadian itu menjadi igauan kepada saya sehingga sekarang," kata saksi ke-10 itu ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM.

Henrita, 24, juga kelihatan takut dan tangannya menggeletar ketika diminta oleh Muhammad Shafee untuk menunjukkan kedudukan darah pada gambar Allahyarham, yang berada dalam keadaan tertiarap dengan kepalanya yang berlumuran darah, yang dipaparkan pada skrin putih di dalam mahkamah dengan menggunakan penunjuk laser.

Gambar Allahyarham Ahmad Sarbaini, yang juga penolong pengarah Kastam Selangor, sebanyak enam keping itu diambil oleh Penolong Pegawai Perubatan, Nur Mohd Azami Mansor dari Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketika gambar itu dipaparkan di dalam mahkamah, kelihatan isteri Allahyarham, Masiah@Maziah Manap menangis teresak-esak dan menutup mukanya sambil ditenangkan oleh anggota keluarga.

Muhammad Shafee berkata beliau meminta Henrita yang sebelum ini memberi keterangan pada Jumaat (8 Julai) lepas dipanggil semula untuk menunjukkan kedudukan darah itu bagi menentukan masa sebenar kematian mangsa dan sama ada mangsa masih bernafas atau tidak.

"Kedudukan darah ini tidak disoal oleh semua pihak kerana mungkin mereka terlepas pandang dan perkara ini penting sebelum pakar patalogi dipanggil untuk memberi keterangan selepas ini," katanya.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai kastam.

Terdahulu, Nur Mohd Azami dalam keterangannya berkata pada hari kejadian, pada 10.35 pagi, beliau menerima arahan daripada pusat panggilan kecemasan, HKL yang memaklumkan ada orang cedera di pejabat SPRM, di Jalan Cochrane.

"Saya bersama dua kakitangan bergegas ke pejabat itu dan apabila sampai di pejabat SPRM pada 10.48 pagi, saya melihat mangsa terbaring dengan pendarahan di kepala," katanya.

Setelah memeriksa nadi di bahagian leher, beliau mendapati mangsa telah meninggal dunia dan terus menghubungi pusat kawalan kecemasan di HKL bagi memaklumkan perkara itu, kata saksi ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail.

Nur Mohd Azami, yang juga saksi ke-15 inkues berkata beliau mengambil enam keping gambar menggunakan telefon bimbit untuk urusan kerja seandainya terdapat perkara berbangkit.

"Gambar itu diambil selepas saya membuat pemeriksaan ke atas mangsa (Ahmad Sarbaini) dan gambar itu menunjukkan tangan di sebelah kiri mangsa bengkak, dan juga sebelah kaki kanan mangsa juga patah," katanya.

Turut memberi keterangan hari ini ialah Koperal Nee Itam Ahmad dari Pusat Kawalan Polis, Cheras, Penolong Penguasa SPRM, Wilayah Persekutuan Mohd Rosly Mohd Saupi, Penolong Penguasa SPRM, Wilayah Persekutuan Khalid Amir Meruphy Abdullah dan Penolong Penguasa SPRM, Wilayah Persekutuan Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad.

Prosiding di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani bersambung esok.

- Bernama

9 Julai: Usah lempar batu sembunyi tangan
Wira Arjuna
Jul 12, 11
8:56am

Apakah takrif keganasan yang digunapakai oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan polis sendiri?

bersih rally petaling street 090711Bagi rakyat biasa, sesuatu pihak dikira melakukan keganasan apabila menyerang dengan segala kudrat dan senjata yang ada pada mereka (gas pemedih mata, air berkimia, menumbuk dan memijak) terhadap sasaran yang tidak bersenjata (kecuali botol air mineral) tetapi hanya berhimpun secara aman.

Inilah yang berlaku pada 9 Julai.

Tidak perlu Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengemukakan video untuk membuktikan sebaliknya kerana begitu banyak rakaman yang sudah sedia ada dalam laman-laman blog untuk tatapan seluruh dunia.

NONEDan jika bukti video itu tidak mencukupi, gambar-gambar Mohamad Sabu di atas kerusi roda dan foto enam jahitan di kepala ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad boleh juga boleh diperolehi dengan mudah oleh Najib, Hisham dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk melakukan penilaian.

Kalau masih tidak memadai, mungkin ada pihak perlu memberi peringatan bahawa sebuah keluarga kini berkabung kerana kehilangan ketua keluarga mereka yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Kematian allahyarham Baharuddin Ahmad diselubungi dengan pelbagai dakwaan namun hakikatnya ialah beliau menemui ajal semasa asakan polis bagi menyuraikan sebuah perhimpunan bersih dan aman.

Remehkan kecederaan

Namun semua fakta ini tidak akan memberi kesan kepada Najib, Hishamuddin dan Ismail kerana mereka terpaksa mempertahankan kredibiliti Polis Diraja Malaysia.

NONEMaka, oleh kerana itulah Najib meremehkan kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mengakui ketua pembangkang itu ditembak dengan gas pemedih mata.

Ketua Polis Negara sebelum ini menafikan Anwar ditembak dengan gas pemedih mata, sungguhpun visual dan keterangan saksi menunjukkan keadaan sebaliknya.

Hishamuddin pula enggan mengakui polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia ke perkarangan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3Ismail sekali lagi menafikan insiden memalukan itu sungguhpun, wujud foto dan keterangan saksi yang menempelak penafian itu.

Tentunya Najib dan Hishamuddin tidak mahu mengambil tanggungjawab di atas sebarang kekerasan polis sungguhpun apa yang berlaku Sabtu lalu lebih berpunca daripada keputusan-keputusan yang dibuat oleh mereka berdua.

Bertukar ganas

Persoalan asas ialah bila dan pada tahap mana perhimpunan aman BERSIH 2.0 bertukar menjadi ganas Sabtu lalu?

NONE“Keganasan” itu jelas tercetus apabila polis mula menyembur air berkimia dan gas pemedih mata serta melakukan tangkapan rawak ke atas sesiapa disyaki mendokong BERSIH 2.0.

Namun “keganasan” yang berlaku adalah pada satu pihak sahaja. Tidak ada tindak balas daripada rakyat yang menjadi sasaran.

Respon paling “agresif” beberapa peserta BERSIH ialah melontar balik sarung gas pemedih mata ke arah polis atau membuangnya ke dalam longkang dan sungai berdekatan.

NONEMereka mengharungi segala kesakitan akibat terhidu gas beracun atau terkena pancutan air berkimia atau kedua-duanya sekali. Rasa pedih dan loya dan sesak nafas hanyalah sebahagian daripada pengalaman yang terpaksa diharungi mereka.

Hakikat bahawa polis akan menggunakan kekerasan menjadi satu kepastian jauh sebelum 9 Julai menyingsing.

Aparatus polis

Ia menjadi satu hakikat apabila Hishamuddin bingkas mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram minggu lalu.

bersih2 rally 090711 03Hanya beliau dan Najib boleh menerangkan keperluan untuk sebuah rangkaian kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba-tiba boleh menjadi musuh kerajaan hanya kerana menuntut pilihan raya adil dan telus.

Apa yang jelas ialah Hishamuddin dan Najib menggunakan segala aparatus polis untuk memaksa penganjur BERSIH 2.0 membatalkan perhimpunan mereka, dengan disokong oleh media arus perdana dan institusi awam yang lain.

bersih2 rally 090711 01Namun rancangan itu tersasar kerana BERSIH 2.0 tidak beralah daripada matlamatnya mengadakan perhimpunan aman walaupun penyokongnya mula ditangkap di seluruh negara dan pemimpinnya diaibkan di media arus perdana.

Terima tamparan

Najib dan Hishamuddin juga menerima tamparan apabila Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil peranan negarawan dan berjaya “memujuk” BERSIH 2.0 membatalkan perarakan di jalan raya.

NONECampurtangan Seri Paduka itu membuka ruang untuk Najib dan Hishamuddin menyelesaikan kemelut BERSIH 2.0 secara baik, khususnya apabila penganjur bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan diadakan di sebuah stadium.

Namun belum sempat rakyat menarik nafas lega, gandingan sepupu ini mengisytiharkan bahawa BERSIH 2.0 pertubuhan haram dan tidak layak memohon permit.

bersih rally petaling street 090711Permohonan BERSIH 2.0 menganjurkan perhimpunan aman di Stadium Merdeka ditolak dan sebaliknya penganjur “diarah” mengadakan perhimpunan di stadium-stadium yang terletak di negeri–negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Tujuan arahan itu adalah jelas – Perdana Menteri cuba menyempitkan gerakan BERSIH 2.0 kepada sesuatu yang didalangi oleh pembangkang dan bukannya cetusan suara rakyat.

Justin Bieber lebih berhak

Najib memberi alasan kononnya Stadium Merdeka tidak boleh digunakan oleh BERSIH 2.0 kerana ia adalah mercu atau simbol negara, tidak masuk akal.

NONEStadium Merdeka telah berkali-kali digunakan untuk konsert rock dan hiburan termasuk pertunjukan Justin Bieber pada 21 April lalu.

Apakah Justin Bieber lebih berhak menggunakan Stadium Merdeka daripada ribuan rakyat negara ini yang mahu menyuarakan keperluan pilihan raya yang adil dan telus secara aman?

Tentunya tidak. Namun inilah alasan yang dijaja oleh Najib kepada penyokong-penyokong Umno, ahli pertubuhan silat dan sebagainya, sehari selepas perhimpunan BERSIH 2.0.

NONEPenganjur BERSIH menyedari perangkap yang diletakkan oleh Najib dan Hishamuddin dan terus berpegang kepada hak mereka mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, walaupun di luar perkarangannya.

Ini kerana Stadium Merdeka adalah kawasan “neutral” dan adalah “milik” rakyat Malaysia serta bukan di bawah telunjuk mana-mana parti politik.

Patahkan BERSIH

Apabila penganjur mengambil ketetapan ini, maka arahan dikeluarkan kepada pihak polis untuk melakukan apa yang perlu bagi mematahkan rancangan BERSIH.

NONEJusteru diadakan sekatan-sekatan jalanraya, penutupan kawasan tertentu, pembekuan permit bas ke Kuala Lumpur dan pemeriksaan di hotel-hotel menjelang 9 Julai.

Perintah mahkamah diperolehi untuk menghalang penganjur dan pemimpin politik tertentu daripada memasuki Kuala Lumpur. Ibu negara seolah-olah dalam keadaan darurat.

Dengan kongkongan sebegitu, tidak hairanlah pada 9 Julai, pancutan air berkimia, gas pemedih mata polis menunggu puluhan ribu rakyat pelbagai kaum yang keluar beramai-ramai menghala ke Stadium Merdeka.

NONEHak mereka untuk berjalan secara aman dicabuli dengan sewenang-wenang di atas nama memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.

Najib harus menerangkan bagaimana satu “perjalanan demokrasi” oleh rakyat untuk dua tiga jam di beberapa kerat jalanraya boleh menjadi isu keselamatan negara dan mendatangkan kerugian berbilion ringgit kepada peniaga, jika tidak ada provokasi polis!

Rakyat dihukum

Jika polis telah memberi kerjasama kepada lebih 5,000 pengawal yang disediakan oleh penganjur BERSIH untuk mengawal lalu lintas dan aspek keselamatan lain, apakah kita akan menyaksikan adegan-adegan yang terpampang di Internet sekarang.

NONERasanya tidak!

Akibat agenda politik Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, puluhan ribu rakyat yang “berani” menyokong BERSIH seolah-olah dikumpulkan di Kuala Lumpur dan “dihukum” dengan tembakan gas pemedih mata dan air berkimia.

Lebih 1,600 orang ditangkap untuk diheret ke mahkamah, seorang mati dan tidak kurang yang menyimpan parut luka atau kenangan “ikhlas”dari polis.

funeral baharudin bersih protesterJusteru, janganlah Perdana Menteri dan sepupunya terlalu bingkas menuding jari kepada penganjur BERSIH 2.0 di atas kekecohan Sabtu lalu.

Tidak dinafikan keganasan berlaku, tetapi siapa yang mencetuskannya dan siapa pula yang mengganas?

Bak kata Karam Singh Walia dari TV3: Siapa pula yang melontar batu dan menyembunyi tangan?


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Selepas bebrapa hari demo BERSIH , ramai yang ditangkap itu terasa hairan, mereka teringat ramai pegawai yang tangkap mereka itu tak pakai name tag , malah tiada numbor polis. maka beberapa pemberita ungkitkan perkara ini waktu sidang akhbar Hisham kerisman.
    Pemberita : Datuk, ramai mengadu polis yang tangkap pendemo itu, ramai uniform biru tapi tanpa name tag dan tiada number polis? kenapa?
    - Hisham : Polis kita yang SB itu biasa tiada name tag dan number polis.
    Pemberita B: Datuk! kenapa tak suruh mereka beruniform seragam? tapi tanpa numbor polis?
    - HIsham: Kami ada polis simpanan.
    Pemberita C: Polis simpanan? tak pernah dengar, mereka mempunyai kuasa untuk menangkap pendemo?
    - Hisham: Polis simpanan itu polis part time lah. kalau waktu emergency kita boleh panggil mereka berikan khidmat.
    Pemberita : Dari mana mereka datang? polis simpanan itu?
    - Hisham : temporary polis ialah polis yang mendukung kerajaan umno, kami cuma arahkan beberapa pegawai polis yang experience untuk berikan arahan kepada mereka.
    Pemebrita C: Adakah polis simpanan itu ada latihan?
    Pemberita A: Adakah polis simpanan yang tak dak name tag dan numbor polis itu ahli umno?
    Hisham: Soalan ini agak sensitive, boleh tanya soalan lain? OK? sekian press conference sampai sini.
  • Azrul Azuan Asri · Pengulas Tertinggi · Ipoh, Perak
    dilaporkan selepas perhimpunan aman bersih, parang-parang dan bom buatan tangan bersepah-sepah di jalan-jalan raya sekitar KL. <--- Failed!
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Minta ma'af cakap, knapa agaknya lately ni semakin nmpak serupa sgt perangai puak2 umno/bn dgn Israel yek? Contohnya cakap x pernah nak betul, perkaumannya, pastu pasukan polis pun dah mcm polis zionis. Sorry to say that, but that's the fact! Sesuatu yg perlu difikirkan...
    • Sa'adi Mohd Khairun Nasir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sapu sapu ringgit
      jangan lupa bom botol plastik tu ha..ha..ha...nak nipu pun tak cerdik.
Ribuan banjiri ceramah 'BERSIH 3.0' di P Pinang
Susan Loone
Jul 12, 11
10:00am

Tidak kurang 5,000 orang hadir memberi sambut hangat kepada dua wira BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di tapak Ekspo Seberang Jaya malam semalam.Ramai yang melabelkan perhimpunan itu sebagai BERSIH 3.0.

penang bersih 3.0 rally mat sabu and anwar ibrahimAnwar tiba dengan memakai pengikat leher dan terpaksa dibantu ketika menuju ke pentas utama sambil diberi tepukan gemuruh manakala pemimpin PAS yang popular dengan panggilan Mat Sabu itu pula terpaksa menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh petugas untuk naik ke pentas.

Jurugambar sibuk merakamkan gambar mereka manakala wartawan dan orang ramai yang hadir semua menanti kedua-dua mereka menceritakan pengalaman pada 9 Julai lalu.

Namun, pihak penganjur secara lembut meminta jurugambar dan orang ramai supaya bertenang agar kedua-dua pemimpin itu tidak tercedera lagi.

Pada ucapan ringkasnya, Anwar yang jelas kelihatan kurang bertenaga daripada biasa, dipercayai akibat kesakitan yang dialaminya akibat diserang gas pemedih mata di KL Sentral menganggap tindakan pihak berkuasa pada Sabtu lalu sebagai satu jenayah.

penang bersih 3.0 rally lim guan eng and other speakersHadirin yang majoritinya orang Melayu diberitahu bagaimana perdana menteri selepas mendalangi apa yang terjadi pada Sabtu lalu tergamak mendakwa beliau menipu tentang kecederaannya.

"Saya terpaksa pakai ikat leher - ini arahan doktor selepas merawat dan melihat seteruk mana kecederaan di leher dan tulang belakang saya... bukan saya yang mintanya,” katanya.

"Najib mahu semua orang fikir saya sengaja buat pembedahan (tulang belakang) di Munich supaya saya boleh kembali dan tunjuk kepada semua orang,” katanya sambil membidas perdana menteri itu.

  • Syed Zul · Pengulas Tertinggi · UNIVERSITY OF NTAH APA-APA NTAH
    Mahadey:Mata Anwar lebam sebab sendiri tumbuk...
    Najis:Anwar saja nak dptkan simpati dr rakyat.Sendiri amik gas letak dlm mata..
    IGP:Gas pemedih mata hanya dilepaskan di kawasan Pudu.Salahkan angin yg bawak itu gas ke mata anwar..

    Rakyat: tunggu PRU13 no more lagi rakyat kena tipu! jom Ubah!

    kah3..tak abis2 nak tipu rakyat.pagi rompak duit rakyat, malam tipu rakyat..kah3.
  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Lepas demo BERSIH dengan jayanya, rakyat semakin suka warna kuning, warna kuning telah memberi tanda bahawa rakyat semakin cinta terhadap demokrasi berparlimen.
    Ah Seng : Cilaka , itu hari gua bikin demo dekat pudu, takrak pakai itu baju bersih. banyyak sayang loh.
    Ahmad: Saya pakai baju kuning, tapi tiada logo bersih.
    Maniam: Itu hishamudin kata haram , gua tarak beli, lagi pakai punya keluar polis lagi mahu tangkap.
    Ahmad: Sekarang Hisham sudah lepaskan haram kot. dulu senang cari , sekarang pun boleh dapat.
    Ah Seng: Mana dapat , gua mahu beli 20 helai simpan, ini baju simpan lagi lama, harga lagi naik.
    Maniam: Dey , Ah Seng, Dulu $15 rm sehelai, sekarang black market 50 rm sehelai. sudah naik harga ,
    Ah Seng: 50 rm, gua boleh beli, tapi mahu original punya, bukan macam baju patriot bagi Bangla pakai punya. itu free gua pun tak mahu.
    Ahmad: Itu baju patriot, jadi kain lap lantai pun buat semak. ptuuui. Baju PTI untuk menipu polis dan rela boleh lah.
    Ketiga tiga mereka ketawa...Kah kah kah.
    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      babi negara tak habis habis nak menipu rakyat.......!! cukuplah, dah lama daaaaahhh.....!!!!!
  • Baltar Agung · Pengulas Tertinggi · Manufacturing Engineer di Freesacale Semiconductor (M) Sdn. Bhd.
    selagi mana kite mampu gugat kedudukan mereka..mereka xkan pernah berhenti menghalang..itu lumrah..bersabarlah.
    • Saiful Anwar Jaafar · Pengulas Tertinggi
      maka kita harus menentang dengan akal fikiran anugerah tuhan come on bro to be heart of steel
  • Drbaharom Ishak
    buat bersih 3.0 di seluruh negara, biar gempak habis!
    • Che Sukri Abu Bakar · Pengulas Tertinggi
      najib nampak sangat naif dan tidak mempunyai sikap dlm satu satu ISU Sentiasa teragak agak dan membuat keputusan bertentengan dgn naluri nya , TIDAK TEGAS, sangat bahaya kepada Negara Mudah cakap LEMBEK SUKA DENGAR CAKAP ORG LAIN ia itu PENASIHAT sedarlah jatuh seseorg pemimpin itu kerana mendapat nasihat yg salah

Mat Sabu: Land Rover polis rempuh saya
Joseph Sipalan
Jul 11, 11
3:44pm

Kongsi 1008
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

NONEMelawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

DUN S'gor: Kejutan kuning dari ADUN BN
Joseph Sipalan
Jul 11, 11
7:57pm

Seorang ADUN BN menjadi 'merah padam' apabila tidak menyedari telah memakai tali leher kuning ketika menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pagi ini, ketika penyokong kerajaan bercakap menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

NONESubahan Kamal (BN-Taman Templer) cuba mencelah ketika ketua whip,
Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) sedang membahaskan rang undang-undang bekalan tambahan.

Dalam ucapan pembukaan, Azmin memuji peserta perhimpunan tersebut, terutama rakyat Selangor, Sabtu lalu, dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menyertai ribuan peserta lain di 'kota larangan' Kuala Lumpur - yang merujuk kepada perintah larangan yang dikeluarkan terhadap 91 orang, termasuk Azmin sendiri.

NONEIni menarik perhatian Subahan (kanan), tetapi sebelum sempat beliau
menghabiskan ayat pertama, Azmin segera mencelah, dengan menyamakan warta tali leher ADUN BN itu dengan sokongan kepada BERSIH 2.0, yang menggunakan kuning sebagai warna pilihan.

"Terima kasih, Taman Templer, kerana memakai tali leher kuning," kata Azmin, menyebabkan Subahan terhenti bercakap.

Subahan yang kelihatan tergamam kedengaran berkata beliau tidak menyedari yang dia memakai tali leher belang kuning-hitam.

Sejurus kemudian, Subahan sekali lagi cuba mencelah, dengan mendakwa warna tali leher itu bukan warna BERSIH tetapi warna "Harimau Malaya", atau pasukan bola sepak negara yang memakai jersey hitam kuning.

Siasatan Scorpene: 'Altantuya, Razak ke HK'
Nigel Aw
Jul 11, 11
2:28pm

NGO hak asasi manusia, Suaram, telah mendedahkan maklumat lanjut tentang perjalanan kedua bersama penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda, kali ini ke Hong Kong.

memo to suhakam immigration ban 140907 cynthia gabriel"Kami mendapati terdapat tiket penerbangan ke Hong Kong atas nama Altantuya, Razak dan beberapa orang lagi," kata Cynthia Gabriel (kiri) yang merupakan ahli sekretariat Suaram.

Altantuya bersama dengan Abdul Razak - seorang rakan karib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - sebelum menandatangani perjanjian untuk membeli dua buah kapal selam dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan Malaysia.

Suaram sebelum ini telah mendedahkan bahawa kedua-duanya telah ke Macau dalam kunjungan pertama mereka, bersama seorang lagi individu misteri.

NONEMaklumat itu muncul menjelang ketibaan peguam terkemuka Perancis, William Bourdon ke Malaysia, di mana Suaram berjanji akan mendedahkan maklumat baru tentang urusniaga kapal selam Scorpene yang kontroversi itu, termasuk butiran tentang pembayaran yang tidak diketahui sebelum ini yang melibatkan "pegawai yang berkedudukan sangat tinggi".

Ditanya jika Suaram bimbang Bourdon tidak akan dibenarkan masuk dan dihantar pulang sewaktu tiba di Malaysia, Fadiah Nadwa Fikri, yang juga seorang ahli sekretariat Suaram, berkata ia adalah suatu risiko.

"Kami menggesa kerajaan supaya tidak mengenakan sebarang sekatan untuk Bourdon masuk ke Malaysia, apa-apa sekatan yang dikenakan, adalah bertentangan dengan kebebasan pergerakan," kata Cynthia.

Dr Jeyakumar PSM dirawat di IJN
Kuek Ser Kuang Keng
Jul 11, 11
2:06pm

Ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar telah dibawa ke Pusat Jantung Negara (IJN) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, selepas mengadu mengalami masalah degupan jantung.

penang psm dinner 181210 jeyakumar devarajDalam satu kenyataan hari ini, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia
(PSM), S Arutchelvan berkata Jeyakumar (kanan) telah dibawa ke IJN pada hari Sabtu dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari.

Ini adalah kali kedua aktivis veteran politik dan sosial itu dibawa untuk mendapat rawatan perubatan sejak ditahan di Pulau Pinang pada 26 Jun, bersama dengan 29 ahli dan penyokong PSM sewaktu siri jelajah kempen 'Udah La Tu ... Bersaralah' anjuran parti itu.

"Kami mengesyaki keadaan beliau adalah disebabkan tempoh soalsiasat yang panjang oleh Cawangan Khas," kata Arutchelvan.

"Tahanan lain turut memberitahu pengalaman yang serupa kerana pihak polis cuba memaksa mereka mengaku perkara yang mereka tidak lakukan," dakwanya.

Isteri Jeyakumar, R Mohana Rani memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan melawat suaminya esok.

"Mereka telah melakukan ujian dan beliau berada di bawah pemerhatian tetapi beliau stabil sekarang," katanya sambil menambah suaminya mengalami masalah degupan jantung (palpitations) semasa dalam tahanan, mungkin akibat tekanan.

Menurutnya, Jeyakumar telah menjalani angioplasti 10 tahun lalu tetapi sejak itu tidak pernah mempunyai sebarang masalah.
'Gas pemedih mata disasar terus ke Anwar'
S Pathmawathy
Jul 12, 11
10:38am

Polis bersiap sedia dengan senjata anti rusuhan mereka dengan seorang daripada mereka cuba membidik senjata gas pemedih mata ke arah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibtahim. Ketika itu, pengawal peribadinya Fayyadh Afiq yang melihat kejadian berkenaan bertindak.

NONESebaik mendengar arahan supaya tembakan dilepaskan, Fayyadh berkata beliau terus menolak Anwar ke tepi.

Malangnya, kanister gas itu menepati pipi kirinya. Walaupun kini diberi ubat pelali, namun beliau berkata kesakitan masih menusuk.

“Kami sedang keluar dari KL Sentral dan terus berarak di mana tempat bas berhenti.

“Pengawal lain dan saya bersama Anwar manakala pemimpin lain di depan membentuk barisan yang panjang apabila saya terdengar suara sayup-sayup.

NONE“Saya yakin suara itu datangnya dari seorang pegawai yang menggunakan sebuah pembesar suara tetapi dengan keadaan bising serta semua orang menjerit, sukar bagi saya mendengar apa-apa dengan jelas,” kata Fayyadh kepada Malaysiakini.

Beliau kemudian menoleh ke arah skuad anti rusuhan itu dan terus ternampak mereka sedang membidik ke arah Anwar.

Fayyadh berkata beliau sempat menolak Anwar ke arah kiri dan secara tiba-tiba terasa sakit yang keterlaluan di bahagian muka, dan kesan menusuk di seluruh badannya akibat terkena gas pemedih.

NONETulang pipi pengawal berusia 25 tahun itu patah, tetapi semasa kejadian, hanya keselamatan Anwar yang difikirkannya ketika mereka cuba melarikkan diri.

“Kami cuba menyelamatkan Anwar dan berlari menuju ke KL Sentral dan ketika itu tersepak sebuh lubang dan terjatuh.

"Oleh kerana terperangkap di tengah-tengah dengan jalan keluar menghala Jalan Tun Sambanthan ditutup oleh polis, satu-satu jalan keluar adalah melalui sebuah esklator sempit dan tangga," kata Fayyadh.




Tiada ulasan: