Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my | ||||
KITA hidup dalam negara Malaysia yang berdaulat, mempunyai keluhuran undang-undang, berada dalam suasana yang aman lagi sejahtera. Negara kita mempunyai sistem. Sistem yang berpaksikan kepada prinsip-prinsip demokrasi, yang seharusnya diamalkan dengan jujur dan adil oleh semua pihak, demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum dan agama. Dalam sebuah negara demokrasi, rakyat diberikan hak untuk bersuara dan berhimpun, selama mana perlakuan mereka tidak mencetuskan sebarang tindakan ganas atau mengancam keselamatan negara. Malaysia menyaksikan banyak sisi perhimpunan rakyat, antaranya isu Bersih, isu PPSMI, isu ISA, isu karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w, isu kekejaman Amerika Syarikat, isu Palestin, isu kejahatan Israel dan sebagainya Pada semua perhimpunan ini, kita harus berbangga kerana kita mempunyai rakyat yang cukup berdisiplin. Mereka berhimpun secara aman, membuat bantahan dan menyerahkan memorandum kepada pihak yang ditujukan. Tiada insiden peserta perhimpunan melakukan vandalisme. Tidak pernah kedutaan Amerika, Denmark, Mesir dan sebagainya, dibaling dengan bom, batu atau botol air sebagaimana yang berlaku di beberapa negara. Dalam ertikata lain, sifat perhimpunan yang dianjurkan oleh rakyat Malaysia, jauh lebih baik, jauh lebih berdisplin berbanding dengan negara asing. Justeru, apakah tidak wujud keganasan? Bukanlah media arus perdana yang didalangi Umno menunjukkan pelbagai kemusnahan atau vandalisme gara-gara perhimpunan yang didakwa mereka sebagai haram? Persoalan yang harus ditanya di sini, siapakah yang mencetuskan keganasan, siapakah yang mengatur provokasi sehingga berlakunya insiden yang buruk itu? Kita harus ingat, pihak polis cuba membuat plot atau drama keganasan ini, berminggu-minggu sebelum berlangsungnya Perhimpunan Bersih 2.0. Setiap hari media tali barut Umno-Barisan Nasional memaparkan, kononnya wujud plot mencetuskan fahaman komunisme, kononnya dijumpai senjata dan alat-alat yang boleh digunakan semasa rusuhan. Plot yang diatur polis ini ternyata gagal. Buktinya tiada satu pun insiden pada 9 Julai 2011, yang boleh dikaitkan dengan 'penemuan' awal pihak keselamatan, kononnya terdapat di kalangan peserta Bersih yang mahu merusuh. Sehingga akhbar paling bodoh dan provokatif di Malaysia, menyiarkan pada muka hadapannya pada hari tersebut bahawa Kuala Lumpur berada dalam keadaan darurat. Polis dan media menjadi tali barut paling jahat untuk melindungi kepentingan Umno-BN. Mereka yang merancang drama keganasan, mengarahkan drama, tetapi malangnya drama yang dirancang tidak mengikut skrip asal yang ditentukan mereka. Hari ini rakyat berang kerana pada 9 Julai, pihak polis bertindak ganas menghambat peserta Perhimpunan Bersih, menangkap mereka, mencederakan, sehingga ada yang meninggal dunia. Bukti keganasan polis tersiar dalam youtube dan web-web tertentu. Keganasan polis direkodkan dan disaksikan media antarabangsa, sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyelar salahlaku pihak keselamatan yang mencabuli prinsip demokrasi untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Oleh kerana itu kita menuntut supaya anggota polis yang terbabit melakukan keganasan diambil tindakan menurut undang-undang. Bahkan pemimpin yang terbabit mengeluarkan arahan, harus diheret sama ke kancah pengadilan. Moga dengan tindakan tegas kita menghalang kezaliman ke atas rakyat daripada merebak, akan mengembalikan negara ke landasan demokrasi yang sebenar. Penganut agama lain digalak pelajari Islam
Badaruddin: Umno gentar hadapi Usno di Sabah Malah Datu Badaruddin mendakwa persaingan itu lebih di antara Usno dengan Umno. “Kami seratus peratus yakin bahawa kami boleh memberikan persaingan. Mengapa? Ini adalah kerana Umno takut pada Usno di Sabah,” kata Badaruddin pada sidang media di Kota Kinabalu, baru-baru ini. “Kita minta agar permohonan pertubuhan ini didaftarkan sebagai parti politik diluluskan, dan selepas ini kita akan tahu samada Umno boleh melawan Usno atau tidak.” Beliau merujuk kenyataan seorang Timbalan Ketua Menteri Sabah bahawa sekiranya ada pihak yang ingin membuat bising, maka pihak itu hendaklah tampil bertanding dalam pilihan raya. Datu Badaruddin mendakwa Usno menghadapi kesukaran mendaftarkan pertubuhan itu sebagai sebuah parti politik sejak lima tahun yang lalu. “Umno takut sebab Usno yang bawa Umno ke Sabah. Kami hanya ingin menghidupkan semula Usno. Banyak ahli-ahli Usno di Pantai Timur Sabah yang tidak pernah masuk Umno, “ katanya sambil berkata bahawa ahli-ahli Usno suatu ketika dahulu pernah menerima Umno dengan hati terbuka tetapi sekarang telah dilupakan oleh parti semenanjung itu. Badaruddin mendakwa Usno di Sabah ketika ini mempunyai lebih 100,000 orang dan beliau yakin ia akan diterima semakin ramai rakyat Sabah apabila didaftarkan sebagai sebuah parti politik kelak. “Kami telah diminta oleh para penyokong untuk menjadikan pertubuhan ini sebagai parti politik kerana kebanyakkan mereka merasa sedih disebabkan permintaan permulaan untuk mendaftarkan pertubuhan ini sebagai kelab telah ditolak. Mandi alang-alang basah.” Pada tahun 2006, permohonan untuk menubuhkan Usno dalam bentuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Bermula dari detik itu, usaha tanpa henti terus dilakukan dan akhirnya pada 26hb Oktober 2010, Usno telah berjaya didaftarkan di ROS. ROS kemudiannya memaklumkan bahawa urusan pendaftaran Usno telah selesai di peringkat negeri dan telah dihantar ke peringkat persekutuan. Akhirnya pada 28 Jun lalu, wakil daripada Usno yang bertandang ke Putrajaya, telah dimaklumkan bahawa urusan pendaftaran diperingkat ROS telah selesai dan kini dirujuk keperingkat Kementerian Dalam Negeri(KDN). Walaubagaimanapun, Datu Badaruddin meletakkan harapan yang tipis bahawa pendaftaran pertubuhan itu sebagai parti politik akan diluluskan. “Tipis tapi yakin. Kalau tidak diluluskan, kita akan tengok bila tiba masanya nanti, “ katanya sambil melahirkan hasrat pertubuhan itu untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang. Katanya, ketika ini, pertubuhan itu juga belum membuat sebarang pakatan dengan parti-parti lain bagi menghadapi pilihan raya. Keputusan selanjutnya, samada pertubuhan ini akan memohon menyertai Barisan Nasional (BN) atau pembangkang, akan dibuat selepas pertubuhan ini didaftarkan, kata Datu Badaruddin. Kumpulan anti-Lynas akhiri lawatan dengan kecewa Dalam satu kenyataan SMSL berkata tidak ada perkembangan baru pada mesyuarat itu kerana Curtis hanya mengulangi hujah yang sama yang dikeudarakan melalui video perhubungan awam Lynas di Youtube. "Beliau (Curtis) cuba pertahankan kehadiran Lynas (di Malaysia). Hujahnya bergantung sepenuhnya kepada Laporan Agensi Atom dan Tenaga Antarabangsa (IAEA), ' kata kumpulan NGO itu. Sebuah panel semakan sembilan anggota yang ditubuhkan oleh kerajaan dan dikelolakan oleh IAEA mendapati kilang Lynas bernilai RM700 juta di Gebeng, Pahang itu adalah “selamat”. Bagaimanapun ia menetapkan 11 syarat yang perlu dipatuhi oleh kerajaan, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Lynas sebelum lesen bagi operasi kilang boleh dikeluarkan. Kumpulan anti Lynas membidas laporan itu dengan mendakwa skop cadangan dan syarat yang dikenakan adalah terlalu sempit.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 14 Julai 2011
ISLAM ITU INDAH LAGI BENAR....AGAMA YANG HAQ....UNTUK SEMUA....KENA TAHU MANA BANGSA DAN MANA AGAMA..ISLAM SUCI DAN SELAMAT SEJAHTERA...KAJILAH ISLAM
Bersihkan negara daripada keganasan polis
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan