"Kita lihat mana-mana pembangunan kepada universiti di luar negara, satu daripada kekuatannya (adalah) setiap universiti sumbangan dibuat oleh bekas pelajarnya.
"Di (Universiti) Harvard, ia mengumpulkan berbilion dolar daripada bekas-bekas pelajarnya, kerana dia (pelajar) tahu dia dapat ilmu daripada institusi ini. Sekarang giliran dia pula untuk memulang balik (sumbangan).
"Jadi Ibrahim Ali pun sama. Dia pun nak pulang balik (sumbangannya). Jadi beliau menawarkan kepada pelajar-pelajar di UiTM sesiapa nak anugerahnya," katanya dalam satu sidang media.
Menurut Mohamed Khaled, anugerah tersebut bukan ditawarkan oleh pihak universiti, sebaliknya ditawarkan oleh presiden PERKASA itu sendiri.
Sehubungan itu, beliau berharap perkara tersebut tidak "digembar gembur".
Isnin lalu, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) pada laman webnya membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.
Anugerah itu menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh Ibrahim sendiri .
Bagaimanapun naib canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar dalam kenyataannya di Facebook berkata pihak universiti belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan Anugerah Ibrahim Ali itu.
Katanya, anugerah itu perlu dibawa ke Senat dan Lembaga UiTM sebelum ia boleh diluluskan.
Katanya lagi senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sebelum sesuatu anugerah boleh diberikan,
“Di senat ada 60 orang professor, dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobi. (Ia) satu badan yang kuat dan independent di UiTM,” katanya.
Menurut naib canselor itu, isu itu berlaku kerana Impak terlepas pandang dan membuat hebahan mengenainya di laman web mereka.
"...jangan mengadakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengadakan cerita," katanya kepada pemberita di Langkawi.
Beliau yang ditemui selepas menyaksikan perlawanan ragbi Rujirawongse Cup antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP), mengulas mengenai laporan portal berita Keadilan Daily semalam.
Antara lain laporan itu yang memetik kenyataan beberapa pemimpin PKR mendakwa pasukan Unit Simpanan Persekutuan menggunakan kanister gas pemedih mata daripada jenis yang sama digunakan oleh tentera Israel untuk memerangi rakyat Palestin.
Laporan itu turut mendakwa kanister yang dibekalkan oleh Combined Systems kepada tentera Israel itu mengandungi bahan kimia yang berupaya menjejaskan sistem saraf, kecederaan kepada mata, paru-paru dan penyakit kulit.
Laporan itu juga mendakwa kanister jenis yang sama pernah diharamkan dalam peperangan mengikut Konvensyen Senjata Kimia pada 1993.
Sehubungan itu, Khalid memberi amaran keras akan mengambil tindakan segera ke atas portal berita parti pembangkang itu yang dianggap berunsur fitnah terhadap PDRM.
Katanya apa yang didakwa di dalam portal berkenaan adalah fitnah semata-mata dan dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan menimbulkan kemarahan orang ramai.
Beliau berkata selepas siasatan ke atas portal berkenaan selesai, pihak polis akan segera mengambil tindakan sewajarnya bagi membawa mereka yang sengaja menimbulkan keresahan orang ramai itu mendapat hukuman sewajarnya.
"Saya memberi amaran keras kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini supaya tidak memanaskan kembali suasana selepas semuanya kini sudah tenang. Kita tahu akan ada pihak yang akan memanipulasi maklumat yang terdapat di dalam artikel berkenaan bagi mengganggu ketenteraman awam," katanya.
Katanya ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang sewenang-wenangnya membuat tuduhan melulu tanpa sebarang asas dan tidak berdasarkan fakta yang boleh mengganggu ketenteraman awam akan diambil tindakan serta merta.
"Saya akan memaklumkan kepada pegawai saya supaya menyiasat kenyataan yang dikeluarkan dan akan mengambil tindakan ke atas pihak terlibat, termasuk beberapa artikel lain yang berunsur fitnah dalam portal berkenaan.
"Apa yang sudah berlaku sepatutnya menjadi iktibar dan pedoman agar ia tidak berlaku lagi selepas ini. Polis hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.
Khalid berkata jika didapati portal berkenaan menyiarkan artikel serta berita yang berunsur fitnah yang bertujuan memburukkan keadaan, mereka boleh disiasat mengikut Seksyen 508B Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang menggemparkan dan menakutkan orang ramai.
- Bernama
Munir, yang menyertai lembaga pengarah syarikat penerbangan itu pada Ogos 2004, membuat pengumuman itu kepada rakan-rakan pengarahnya semasa akhir mesyuarat lembaga pengarah MAS hari ini, katanya dalam satu kenyataan.
"Munir, yang juga pengerusi Bank Muamalat Malaysia Bhd, telah berkhidmat dengan cemerlang di dalam perkhidmatan swasta dan awam Malaysia," katanya.
Sebelum menyertai MAS, beliau merupakan pengerusi Celcom Malaysia Bhd.
- Bernama
Peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata, tindakan itu dijangka diambil dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi setelah pihak selesai menyediakan bukti dan dokumen berkaitan bagi tujuan itu.
"Selepas berita dan gambar itu disiarkan, Wartawan akhbar berkenaan ada menghubungi pihak kami. Tetapi tidak ada langsung minta maaf dan (mereka) masih hendak spin (pusing) cerita.
"Dia kata mahu sahkan bahawa gambar itu asli dan bukan diambil daripada (negara) Timur Tengah," kata Ahmad Nizam.
Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) pada 10 Julai - sehari selepas perhimpunan BERSIH - menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".
Tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".
Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad Nizam memberitahu pihaknya belum menetapkan jumlah saman yang akan dituntutnya.
Bagaimanapun, secara berseloroh beliau menjawab: "Mungkin RM10 juta".
"Saya (masih) boleh bersyarah (berceramah) dalam tempoh 30 minit... Doktor pun kata, boleh bergerak mengikut keupayaan kita. (Malah) doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik," kata beliau ketika ditemui Malaysiakini di kediamannya di Shah Alam pagi semalam.
Jumaat lalu, Mohamad menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0.
Beliau yang menjalani pembedahan di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam, di mana doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.
Ditanya sama ada beliau akan menangguhkan ceramah dalam masa terdekat, Mohamad berkata beliau terpaksa menangguhkan semua programnya, tetapi tidak menolak kemungkinan hadir memenuhi beberapa jemputan.
Ketika dikunjungi Malaysiakini, Mohamad - yang keluar dari hospital tiga hari lalu - juga menunjukkan gambar sinar X mengenai kecederaan lututnya selepas menjalani pembedahan.
Sepanjang pemerhatian Malaysiakini, di sebalik menahan kesakitan, beliau masih mampu senyum dan ketawa. Doktor menasihatkannya supaya banyak berehat dan hanya bergerak mengikut keupayaan dirinya.Lunjur kaki
Malaysiakini mendapati Mohamad kelihatan lebih sihat, bertenaga dan sudah mampu menggerakkan kaki kanannya jika dibanding ketika ditemui sewaktu menziarahi Allahyarham Baharudin Ahmad 10 Julai lalu.
Beliau kini mampu mengangkat, melunjurkan kaki di atas sofa, manakala bila berjalan pula, dalam keadaan terhencot-hencot dengan bantuan tongkat. Sebelum ini, beliau terpaksa dipapah oleh pembantunya.
Dalam pertemuan selama 30 minit itu juga, beliau ditemani pembantunya, bergerak menaiki tangga rumah dua tingkatnya untuk bersiap ke pejabatnya di Jalan Raja Laut.
Sewaktu menuruni tangga kemudiannya, Mohamad - yang akan menyambut ulangtahun ke-58 Oktober ini - turut kelihatan penat sambil berseloroh berkata:
"Budak-budak kalau lima hari, dah melompat dah. Orang tua lambat sikit (sembuh)".
Beliau yang juga pernah ditahan ISA, juga kesal dengan laporan media arus perdana yang melaporkan bahawa beliau cuba menarik simpati dengan berkain pelikat dan berkerusi roda sewaktu sidang DUN Selangor minggu lalu.
Ekoran itu, Mohamad - yang dibenarkan keluar wad Isnin lalu - bagaimanapun enggan melayani permintaan akhbar tersebut yang berhasrat bertemu dengannya.
Bahkan beliau turut menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang beliau berlakon untuk meraih simpati susulan kecederaan lututnya itu.
"Saya tidak berlakon," tegasnya sambil menegaskan kecederaan itu dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua bulan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata kemungkinan hari ini beliau akan pulang ke kampung halamannya di Pulau pinang untuk mendapatkan rawatan kampung secara tradisional di samping bertemu dengan saudara-mara di sana.
Menurut Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab tindakan itu diambil kerana setelah hampir dua bulan, rayuan dikemukakan, namun isu berkenaan belum selesai.
“Solidariti Mahasiswa Malaysia amat kesal dengan apa yang berlaku terhadap enam sahabat mahasiswa KUIN yang dikekalkan hukuman tatatertib ke atas mereka. Hanya kerana mempraktikkan ruang-ruang demokrasi, mereka dikenakan hukuman tanpa budibicara.
“Walhal rata-rata mahasiswa yang terlibat adalah pemimpin pelajar dan tidak pernah memiliki rekod kesalahan tatatertib. Lebih menarik, jika diteliti mahasiswa yang dihukum tersebut memiliki rekod kepimpinan dan akademik yang cemerlang,” kata Ahmad Syukri.
Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang dari mereka dikehendaki membayar denda.
Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
Petisyen bersama
Menurut Ahmad Syukri, SMM membantah hukuman dan pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka kerana berpendapat sebarang tindakan tatatertib itu menyekat kebebasan mahasiswa untuk berpatisipasi dalam lapangan demokrasi.
“Oleh itu sebuah petisyen bersama akan dilancarkan bermula 21 Julai ini bagi mengutip sokongan mahasiswa, tokoh akademik, NGO dan ahli politik sebagai tanda bantahan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atas enam mahasiswa terbabit.
“Petisyen ini akan digerakkan oleh gabungan pertubuhan mahasiswa yang bersatu di bawah nama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) seperti Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Pro Mahasiswa (Pro M), Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), dan Malaysia Youth And Student Democratic Movement (DEMA).
“SMM mensasarkan untuk mengutip 1000 tandatangan sebagai jumlah minimum melalui petisyen tersebut,” katanya.
Selain itu, katanya, SMM juga akan mengadakan konvoi ke KUIN dalam masa terdekat yang akan disertai oleh pimpinan barisan mahasiswa daripada Lembah Klang.
Konvoi tersebut antara lain meletakkan objektif ingin mengadakan pertemuan dengan pihak Rektor KUIN sekaligus menyerahkan petisyen yang telah dikumpulkan.
Terus ke MB
“SMM juga akan menyerahkan petisyen tersebut terus kepada Menteri Besar Kedah selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUIN. Seperti tuntutan yang diutarakan sebelum ini, SMM memohon campur tangan Menteri Besar Kedah untuk memberi konsultasi kepada Rektor KUIN mengenai prinsip menghormati demokrasi yang menjadi teras pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah,” katanya.
Ahmad Syukri berkata mahkamah perlu dijadikan pilihan terakhir oleh enam mahasiswa terbabit kerana proses itu akan menyebabkan keadaan menjadi lebih rumit dan melibatkan kos yang besar.
“Isu ini yang sepatutnya boleh diselesaikan secara mudah melalui kuasa budibicara akan menjadi sukar apabila diheret ke mahkamah... (Bagaimanapun) SMM bersedia menyediakan konsultasi guaman sekiranya enam mahasiswa terbabit nekad untuk mencabar isu ini di mahkamah,” katanya.
Pelajar yang dikenakan tindakan itu adalah Mohd Faiz Mohd Arshad yang digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.
Sebenarnya, adalah lebih baik sekiranya laporan ini diberikan secara percuma kepada sesiapa sahaja yang menghendakinya. Cara yang mudah bagi merealisasikan ini adalah dengan membenarkan orang ramai memuat turun laporan ini di laman web khas.
Dengan demikian, seluruh rakyat Malaysia mendapat akses pada laporan ini. Malah, kaedah muat turun bukan hanya relevan bagi laporan ini, tetapi untuk semua jenis bahan yang diterbitkan oleh kerajaan.
Adalah elok jika semua jenis bahan yang diterbitkan oleh kerajaan (laporan suruhanjaya, kertas putih, statistik dan sebagainya) disiarkan di laman web kerajaan.
Segala jenis terbitan kerajaan tidak seharusnya dijual, tetapi diberikan secara percuma kepada rakyat melalui kaedah muat turun. Bagi mereka yang ingin membeli hard copy pula, ia haruslah dijual pada harga yang minimum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan