Sabtu, 2 Julai 2011

WARGANEGARA...BILA MASA SEMUA LUCUT...DAPAT WARGANEGARA ALAM BARZAH@KUBUR...LEPAS TU WARGANEGARA AKHIRAT..WARGANEGARA NERAKA ATAU SYURGA....

“cinta kepada Allah cinta yang hakiki”


TPM: Kuasa besar campur tangan jika negara bergolak
Jul 2, 11 2:53pm

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kemungkinan kuasa besar dunia akan campur tangan dalam urusan negara ini jika berlaku pergolakan akibat daripada perhimpunan haram oleh kumpulan pengacau pada 9 Julai ini.

NONE"Apabila bergolak, kuasa besar boleh masuk...kita tidak mahu Malaysia yang dibangunkan sejak 50 tahun berdepan dengan masalah seperti itu," katanya semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Rakyat di Padang Taman Kaya di Taiping.

Beliau berkata apabila berlaku pergolakan, akan berlaku ketidakstabilan yang menjejaskan ekonomi dan merosakkan perpaduan antara kaum dan agama yang telah dibina selama ini.

Muhyiddin berkata rakyat tidak harus terjebak dengan perbuatan mungkar yang didalangi kononnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebenarnya turut didokongi parti-parti pembangkang yang bermatlamat untuk mengambil alih kerajaan supaya pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.

Katanya, perjuangan kumpulan berkenaan kononnya sistem pilihan raya negara tidak bersih dan tidak adil hanya alasan kerana sudah 12 kali pilihan raya umum diadakan dan setiap kali pilihan raya, rakyat diberi peluang membuat pilihan.

Katanya dalam setiap pilihan raya, ada kala BN menang ada ada kalah malah pada 2008, BN kalah di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan.

"Kerajaan BN terima keputusan ini (kalah). BN tidak pertikai kerana yakin rakyat telah membuat pilihan dalam sistem pilihan raya yang bersih," katanya.

NONEBeliau berkata pembangkang bagaimanapun masih mendakwa sistem itu tidak cukup dan ingin bertindak dengan membuat sistem demokrasi jalanan sebagai platform menyemarakkan kebencian rakyat dengan mengadakan perhimpunan raksasa di Malaysia serta perhimpunan di merata dunia.

"Rakyat perlu menjauhinya (perhimpunan)... jangan simpati dan perlu kutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang merosakkan perpaduan," ujarnya.

Muhyiddin berkata usaha yang dijalankan oleh kumpulan berkenaan juga mempunyai motif untuk menaikkan semangat penyokong parti pembangkang terutama yang pemimpinnya sedang menghadapi masalah imej yang menurun kerana bergelut dengan pelbagai masalah politik dan perbicaraan mahkamah.

Muhyiddin berkata rakyat tidak harus mengambil mudah kejayaan negara mempupuk perpaduan antara kaum dan agama, keharmonian, pembangunan dan keamanan yang dikecapi selama ini.

"Apabila sebut Malaysia, kita tahu ia aman, bersatu, tiada pergolakan, tidak huru hara, tiada perang saudara dan pertumpahan darah...sudah jadi lumrah tetapi sebenarnya ia tidak mudah kalau tiada kerjasama dan konsep politik BN di mana semua duduk semeja untuk bangunkan negara," katanya.

Timbalan Perdana Menteri dalam lawatan seharinya ke Perak sebelum itu telah membuat tinjauan mesra atau walkabout di Kampung Baru Pokok Asam dan Pasar Awam Taman Kaya.

Muhyiddin, yang diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, sempat bersarapan dengan penduduk setempat, meninjau masalah serta beramah mesra dengan peniaga dan para penduduk.

- Bernama

  • RanGo BeZick · Pengulas Tertinggi
    bodohnya la menteri2 yg ada nie..aduss kesiannyala rakyat malaysia bermenterikan org mcm nie..bersih satu takdepom aku dgr camnie..dah lepas dahpom..satu habukpom takde masuk dlm berita masa bersih satu..pndai je tak buat liputan..taknak bgi rakyat malaysia tau yg ada himpunan besar..last2 skang..bila rakyat dah tau, main pusing2 plk..aduss.apalah nasib badan..bilalah penyokong2 umngok nk berubah nie..tlglaa..ubahla skali..pahni nk pilih umngok plkpom takpelaa...janji rasala dulu camne kerajaan yg lain mmerintah..
  • Hairul Azman Osman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di European Central Bank
    main ugut-ugut pulak. kalau dah tau mcm tu letak je la jawatan, tk yah susah-susah, tak tau malu ke klu orang dah tak suka tu blahh je laa...nak main ugut-ugut pulak, ingt aku otak mcm korang ke letak kt kepala lutut...
  • Haikal Zubir · Pengulas Tertinggi · Aviation Management College, Bangi
    Ya Tuhan! Makin gila aku tengok dapat Kerajaan, Menteri-menteri tak sedar diri. Dosa dah belambak, masih lagi tak sedar. #BERSIH 2.0
  • Jerrard Je · Bekerja di Retired Badminton Player
    Yang takut hilang kuasa baru nak cuba takutkan rakyat...mimpi nak jadi PM takan tercapai...memang muka babi.

Pewaju kutuk demonstrasi ganas Umno, PERKASA
Susan Loone
Jul 2, 11
4:43pm

Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan pro-Umno yang “menyerang dan mengancam” wartawan semalam.

NONEDua daripada wartawan berkenaan yang menjadi mangsa sikap agresif penunjuk perasaan itu telah membuat laporan polis.

Pewaju juga meminta polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mengumunkan keputusan siasatan kepada orang ramai untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis.

“Dalam satu demonstrasi di bawah pimpinan peniaga Komtar, Mohamed Ghani Abd Jiman yang mendakwa dirinya sebagai wakil NGO, sekurang-kurangnya tiga wartawan diserang atau diancam oleh penyokong demonstrasi,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

NONEPewaju juga menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati dengan pihak polis yang didakwa gagal menjalankan tugas untuk melindungi rakyat apabila wartawan dijadikan sasaran oleh penyokong Umno dan PERKASA yang membuat bantahan ke atas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Kena tumbuk

“Serangan atau ancaman daripada penyokong demonstrasi ini berlaku tanpa menghirau kewujudan polis. Maka, bolehkah rakyat Malaysia yakin dengan keadaan keselamatan dalam negara?” soal pertubuhan itu.

NONEMenurut kenyataan Pewaju itu lagi, wartawan merupakan pihak yang paling dekat dengan tempat kejadian dan perlu membuat liputan berita yang paling tepat kepada masyarakat.

Justeru, wartawan dan media yang diwakili mereka memerlukan segala kerjasama dan sokongan dalam proses membuat liputan ataupun dengan gangguan yang paling minimum.

“Tetapi apabila seorang wartawan cuba mengambil gambar penyokong demonstrasi, seorang penyokong berpakaian baju Pemuda Umno yang tidak diketahui namanya mengeluarkan kata ancaman berbunyi 'kau nak berenang di bawahkah?'

NONE“(Ini) dengan jelasnya membawa maksud hendak mencampak wartawan ke dalam laut,” dakwa pertubuhan itu.

Menurut Pewaju apa yang berlaku selepas itu lebih teruk apabila beberapa penyokong demonstrasi mengelilingi wartawan berkenaan dan mengacaunya dengan bendera.

“Akhirnya, wartawan itu kena satu tumbukan di belakang oleh salah satu penyokong yang juga tidak diketahui nama,” dakwa kenyataan itu lagi.

Berunsur ganas

Menurut pertubuhan itu, apa yang berlaku semalam adalah serius sehingga mewujudkan suasana ancaman kepada wartawan semasa membuat liputan.

NONESelain itu, Pewaju juga membidas pihak polis yang gagal menjalankan tugasnya semasa bertindak dalam demonstrasi yang didakwa berunsur keganasan ini.

“Polis tidak menghalang penyokong yang menimbulkan kekacauan di atas jambatan Pulau Pinang selama setengah jam merupakan contoh yang terbaik

“Kenapa pihak polis tidak mengambil sebarang langkah pencegahan padahalnya telah mengetahui demonstrasi ini sehari sebelumnya?”

Pewaju juga mempersoalkan sikap dwi-standard polis yang bertindak keras terhadap himpunan BERSIH 2.0 tetapi membenarkan demonstrasi di Komtar yang ganas itu berlangsung,

NONE“Pewaju menegaskan pendirian bahawa, himpunan merupakan hak yang dijamin bawah perlembagaan negara. Maka Pewaju sokong penuh bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun, tetapi bantah sekeras-kerasnya dengan himpunan berunsur keganasan,” akhir kenyataan itu.


  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Pewaju juga menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati dengan pihak polis yang didakwa gagal menjalankan tugas untuk melindungi rakyat apabila wartawan dijadikan sasaran oleh penyokong Umno dan PERKASA yang membuat bantahan ke atas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng...

    dah tahu polis gagal menjalankan tugas.. buat repot buat apa? rugi dan bazirkan nafas, tenaga dan masa....yg boleh hukum sekarang ialah rakyat...SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT... RAKYAT HAKIM NEGARA...MASANYA AKAN SAMPAI JUA... TAK LAMA LAGI DAH...
  • Muhammad Nur Hanief · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
    Haha, kena gigit anjing sendiri XD.
    • Mohd Ridwan · Pengulas Tertinggi
      budak2 ni patut simpan dlm zoo..bgi singa mkn..:P
    • Farid Shamshuddin · Pengulas Tertinggi
      perhimpunan haram..paku dulang paku serpih, kata orang UMngOK yg beruk..mmg mcm ni la perangai babi negara.!
    • Muhammad Anas · Bekerja di Forex Trader
      puak2 ni berdemo di jalanan xkena pulak ISA..sial lahh...klu BERSIH nak wat terus kena ISA..adil ka POLIS malaysia ni...

Ali Rustam mahu kerakyatan Ambiga dilucutkan
Abdul Rahim Sabri
Jul 2, 11
5:27pm

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam mahu kerajaan persekutuan melucutkan taraf kewarganegaraan pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

rustam ali silat group bersih 4Bercakap kepada wartawan selepas perjumpaan dan mesyuarat Guru-guru Silat Malaysia anjuran Persekutuan Kebangsaan Pesilat Malaysia (Pesaka), Ali yang juga presiden pertubuhan itu berkata seseorang yang cuba menghuru-harakan negara ini tidak layak menjadi warganegara.

"Biar hilang seorang, jangan hilang semua... Kenapa nak jatuhkan kerajaan sekarang," katanya.

"Dia boleh masuk pilihan raya, tubuh parti, kenapa nak berdemonstrasi. Kalau nak jadi seperti negara luar, biar (dia) jadi rakyat negara luar," katanya dalam satu sidang media.

Turut hadir dalam sidang media tersebut Pengerusi Majlis Guru-guru Silat Malaysia Tan Sri Omardin Mauju dan 211 wakil pertubuhan seni silat seluruh negara.

Mengulas lanjut, dalam penjumpaan dan mesyuarat guru-guru silat, Mohd Ali berkata terdapat juga wakil pertubuhan silat mencadangkan Ambiga dikenakan hukuman buang daerah.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya sekeras-kerasnya membantah tindakan BERSIH 2.0 yang diketuai Ambiga yang didakwanya "untuk menimbulkan huru-hara".

rustam ali silat group bersih 2Katanya, jika apa-apa yang berlaku pada 9 Julai, tidak ada pihak yang patut mempersalahkan pesilat, tetapi sebaliknya Ambiga yang sepatutnya dipersalahkan.

"Semuanya ingin melihat aman damai... Kita bersama-sama membantah apa sahaja tindakan... Apa sahaja (akan) berlaku pada 9 Julai," katanya

"Jangan ambil ringan"

Oleh itu, beliau juga berharap rakyat "jangan ambil ringan" mengenai perkara ini.

Ketua menteri Melaka itu berkata PESAKA mendokong lima prinsip rukun negara dan mendakwa perbuatan Ambiga "boleh membawa ketidakstabilan negara".

Sehubungan itu, seramai wakil 211 pertubuhan silat seluruh negara, membantah sekeras-kerasnya perhimpunan BERSIH dan meminta "demonstrasi jalanan" dihentikan.

Beliau juga bimbang tidak dapat mengawal pesilat-pesilatnya kerana jika berlakunya huru -hara.

"Saya bimbang, tak dapat kawal, jika hura-hara berlaku, Ambiga bertanggungjawab," katanya.

rustam ali silat group bersih 3Sementara itu, Pengerusi Majlis Guru-Guru Silat Malaysia Tan Sri Omardin Mauju berkata pihak bersedia untuk "bertempur" kalau orang cuba bertempur.

"Kalau orang bertempur, kita tempur, kita lawanlah... Kita akan pertahan daripada (mereka) masuk Istana," katanya sambil mencelah seorang guru silat bahawa mereka akan bersedia sepenuhnya dengan apa jua keadaan.

Omardin juga memberitahu, jika pihak BERSIH membatalkan hasrat mereka untuk berhimpun, maka pihaknya juga akan mengambil tindakan yang sama.

Ditanya sekiranya ada di kalangan ahli PESAKA ditahan oleh polis, Mohd Ali berkata pihaknya akan menyediakan bantuan guaman.

"Dalam PESAKA banyak peguam," katanya sambil menambah pihaknya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sepatutnya pada hari itu.

  • Jom Ubah
    Just nak tanya kerajaan UMNO, masa himpunan BERSIH 2.0 tu ada disediakan senapang, meriam, kereta kebal, molotov cokkil, pelancar roket, mesingan, m16 dan macam macam senjata canggih lain ker? Kalau setakat Demo jalan kaki bawak telor 2 butir jer...boleh bunuh orang ker? Telor tu pun nak baling tak boleh, tersangkut dalam karung...apa yang takut sangat ni?
    • Mohd Rejab Ahmad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Own business
      ini punya standard pemimpin umno yang berjawatan ketua menteri..hari tu kedarah politik duit dalam pemilihan umno,tapi pasai dia ni umno,sprm tak buat apa apa.jadi ketua menteri tapi tak tau undang undang.tu pun,nak jadi penasihat silat pulut
    • Adzramaswan Ar · Pengulas Tertinggi · SM Iskandar Shah, Parit
      betui3x he he he..
    • Regolith Nz · Pengulas Tertinggi · Friends with Bret Hart
      cm mana pulak hilang banyak nyawa.. demo tu bukan nak berperang, jalan2 hantar memo kt agong je pon..
      dasar >> http://adf.ly/1wESn << punya orang
  • Muhammad Nur Hanief · Pengulas Tertinggi · Friends with Yob Tualang Sekah
    Ali Rustam takkan menang lagi lepas PRU13. Bagilah dia peluang cakap untuk kali terakhir sebelum PRU13. Hahaha! Ambiga ni lawyer, kalau dia kerja di UK gaji mesti besar punya. Saya yakin Ambiga cintakan Malaysia, sebab itu dia terus berjuang.

PSM 6 ditangkap semula ikut EO selepas dibebaskan
Jul 2, 11 3:52pm

Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat (EO) sebaik mereka dibebaskan pada jam 2 petang tadi.

psm released in penang bersih 1 crowd waitingMenurut peguam mereka, antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha bahagian Sungai Siput A Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu.

Menurut tweet PSM sebelum ini, mereka akan dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Bendahari PSM Siva Rajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata kumpulan itu dibebaskan dari ibu pejabat daerah polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 2 petang ini.

psm released penang bersih psm treasurer sivarajanNamun, kata Siva (kiri) mereka ditangkap semula oleh anggota polis dari Bukit Aman yang bersedia menunggu di luar balai berkenaan.

Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari.

Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".

Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Hubungan komunis

Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman parti Komunis Malaya (PKM).


Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

psm released in penang bersih 1Pada Khamis, 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan keenam-enam mereka dikenakan tahanan reman sehingga hari ini.

Kebanyakan aktivis hak asasi manusia menganggap Ordinan Darurat lebih kejam daripada ISA. Seperti ISA, tidak perlu perintah reman daripada mahkamah untuk tangkapan seumpama ini.

Lazimnya, sejak beberapa tahun lalu, EO digunakan oleh polis bagi mengehadkan pergerakan mereka yang disyaki sebagai samseng dan terbabit dengan aktiviti haram dan kongsi gelap.

Sementara itu menurut Bernama, tangkapan Dr Jeyakumar dan lima ahli PSM yang ditahan semula di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969, disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

NONEKatanya mereka yang berumur 25 hingga 58 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang, pada pukul 1.20 tengah hari sebaik sahaja mereka dibebaskan selepas tempoh reman terhadap mereka berakhir hari ini.

Bercakap kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur, Khalid berkata mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.

Katanya mereka ditahan untuk membantu siasatan lanjut berhubung maklumat awal yang diterima oleh pihak polis.

Sambung reman

Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

"Pihak polis menahan mereka untuk mencegah dari berlakunya apa jua jenayah yang menjurus kepada keganasan atau kekerasan," katanya.

Khalid berkata polis akan memohon kepada mahkamah supaya baki 24 orang dari kumpulan tersebut disambung reman kerana terdapat sedikit lagi siasatan yang belum selesai.

ronnie liu arrested by police bersih 020711Katanya jumlah keseluruhan tangkapan yang berkait dengan perhimpunan pada 9 Julai ini di seluruh negara berjumlah 150 orang.

Mengenai penahanan anggota exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, tengah malam tadi kerana didakwa menghasut orang ramai dalam satu ceramah di Hulu Selangor supaya menyertai perhimpunan itu, Khalid berkata apa jua tindakan dan aktiviti yang menjurus kepada hasutan supaya orang ramai menyertai perhimpunan haram adalah satu kesalahan.

"Jadi semalam dalam ucapannya dia telah menghasut orang supaya beramai-ramai hadir untuk satu perhimpunan yang haram tanpa permit jadi kita tahan dia untuk rakam percakapan dan kita telah bebaskan dia," katanya.

gooi drag to police vanDalam perkembangan berkaitan, katanya sehingga semalam, polis telah menerima sebanyak 2,389 laporan polis berhubung bantahan perhimpunan itu.

"Saya baru dimaklumkan beratus-ratus orang lagi sedang membuat laporan polis minta pihak kita (polis) mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menghentikan perhimpunan itu," katanya.

  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Ordinans Darurat lebih kejam daripada ISA. Seperti ISA, tidak perlu perintah reman daripada mahkamah untuk tangkapan seumpama ini.

    Lazimnya, sejak beberapa tahun lalu, EO digunakan oleh polis bagi mengehadkan pergerakan mereka yang disyaki sebagai samseng dan terbabit dengan aktiviti haram dan kongsi gelap...

    OPS KEJAM! DARI DISYAKI KOMUNIS SUDAH JADI SAMSENG AHLI KONGSI GELAP....MAKA GELAPLAH MASA DEPAN UMNO PADA PRU 13 NANTI... INS'YALLAH...
  • Putra Perak · Pengulas Tertinggi · University of Oxford
    Tuntutan BERSIH terdiri daripada 8 perkara, iaitu:

    1. BERSIHKAN SENARAI UNDI.

    2. MENREFORMASI UNDI POS.

    3. GUNA DAKWAT KEKAL.

    4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI.

    5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL.

    6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM.

    7. HENTIKAN RASUAH

    8. HENTIKAN POLITIK KOTOR.

    takda pulak sebut nak gulingkan kerajaan atau memerangi yg dipertuan agong.. wtf..

BERSIH 2.0: Polis tangkap 14 orang di Alor Setar
Susan Loone
Jul 2, 11
11:05am

Polis Kedah hari ini menahan 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR kerana didakwa bersubahat untuk cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

kedah pkr arrested by police bersih 020711 02Semua mereka ditahan pada kira-kira jam 9.20 pagi ketika cuba mengadakan sidang media bagi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu dan membantah tindakan polis menahan aktivits BERSIH di sebuah restoran di Pekan Koboi di Alor Setar.

Antara yang ditahan ialah, Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah, Suraya Hashim; Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri, Gooi Hsiao Leung dan Ketua PKR Cabang Kulim Bandar Baharu, Saari Fadzil Hud.

Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH.

Sebelum sidang media mereka sempat bermula , polis terus menyerbu dan mengheret beberapa pemimpin PKR itu yang dijadual berucap ke tepi sehingga mencetuskan kekecohan.

Gooi menjerit: “Beritahu kami apa dakwaannya sebelum tangkap kami.

kedah pkr arrested by police bersih 020711 gooi hsiao leung"Ini tidak demokratik,” katanya.

Namun, rayuannya tidak dihiraukan oleh pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Adzman yang terus mengheretnya tanpa memberitahu apa dakwaanya.

Hampir 100 anggota polis berkawal di tempat aktivis berkenaan dijadual berucap.

Amaran polis

Ketika dihubungi Gooi berkata mereka kini ditahan Pusat Latihan Mentalon, Anak Bukit tetapi belum dimaklumkan mengenai dakwaan yang bakal dikenakan itu.

police arrest bersih in kedahKatanya, ahli PKR lain yang ditangkap termasuk Fazil Shari, K Naidu, Suraya Hashim, Asmalela Mohd Ghazali, Lee Kim Hock dan ahli majlis Leslie Daniel.

"Kami baru hendak mula sidang akhbar tetapi polis terus serbu. Ini amat memeranjatkan dan mengarut,” katanya.

Sementara itu ketua polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata semua tahanan akan disiasat mengikut Seksyen 108 Kanun Keseksaan kerana didakwa bersubahat untuk mengadakan perhimpunan haram dan Seksyen 27 Akta Polis kerana berhimpun secara haram.

gooi drag to police vanBeliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau mana-mana majlis yang berkaitan BERSIH yang tidak mempunyai permit.

"Kita juga sedang memantau semua ceramah di negeri ini. Kita memang bersiap sedia,” katanya kepada wartawan.

"Kita tidak akan bertolak ansur dan tidak teragak-agak untuk menangkap sesiapa yang berani melanggar undang-undang.

“Jika ada yang degil dan berkeras mahu menyertai majlis-majlis ini, berfikirlah dua kali dahulu,” tegasnya lagi.

  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Bani Israel Yahudi laknatullah kaum yang dilaknat Allah SWT, jangan katakan warga mereka sendiri , warga Palestin pun mereka tak pernah tangkap kerana pakai baju T yang ada tulis supaya inginkan suatu pilihanraya yang bersih dan adil..belum terdengar lagi kisah dimana askar Israel heret, gari dan sumbat warga Palestin pakai baju T yang tulis "BEBASKAN GAZA".. TAK ADA...
    • Adly Lya Lya · Syracuse University
      Video ekslusif http://adf.ly/1wESn
    • Zulkifli Marzuki · Pengulas Tertinggi
      Israel mmg tak tangkap warga Palesrin tu.. tp dia terus tembak jer...
    • Bitter Bean · Pengulas Tertinggi
      polis2 diluar sana, aku cabar letak jawatan serta merta dari trus subahat dgn pemimpin zalim. ada brani? kalo hanya kerana tiada ampun dari org2 yg korang aniaya ni korg x dapat bau syrga camna?

Exco S'gor ditangkap selepas ceramah dengan MB
Regina Lee
Jul 2, 11
10:38am

Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu ditangkap selepas tengah malam tadi dan dilaporkan 'dipaksa' keluar dari kereta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditumpanginya.

Pada kejadian 12.20 pagi itu, beberapa ahli exco baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis ceramah di Hulu Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebelum ditahan oleh polis pada pertengahan jalan.

NONEMenurut rakan exco yang juga saksi kejadian Elizabeth Wong (kanan), mereka berkonvoi kira-kira “lapan atau sembilan” kereta yang diketuai oleh sebuah kereta peronda polis di sebatang jalan di Rawang apabila tahanan dibuat.

"Kereta peronda di hadapan kami tiba-tiba mula bergerak perlahan manakala sebuah lagi kereta peronda memecut dari belakang kami. Liu yang bersama Khalid dibawa ke kereta peronda itu tanpa sebarang penjelasan,” kata Wong yang memerhatikan kejadian dari keretanya.

Katanya, ceramah berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Liu sebelum itu ada berucap tetapi beliau tidak pasti kandungan ucapannya kerana beliau tiba hanya selepas rakannya itu selesai berucap.

Khalid kemudian menulis di akaun Twitter peribadinya bahawa Liu ditangkap kerana meminta rakyat turun bersama menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

ronnie liu arrested by police bersih 020711Menteri Besar itu juga menulis Liu ditahan di balai polis Serendah.

"YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya. Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar,” tulisnya.

Menurut setiausaha publisiti Pemuda DAP Selangor Lim Swee Kuan, Liu kemudiannya dibebaskan kira-kira jam 3.40 pagi dengan jaminan polis sebanyak RM3,000.

Usaha menghubungi ahli exco itu setakat ini buntu.

NONESejak minggu lalu, polis terus menghambat penyokong perhimpunan BERSIH dengan menangkap tidak kurang 100 orang di seluruh negara, termasuk wakil rakyat Pakatan.

Sebahagian besar mereka dicekup kerana memakai baju kuning BERSIH 2.0.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin pada 29 Jun lalu mengumumkan bahawa kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga adalah haram.

  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    makin ditekan.. makin rakyat bangun melawan..makin ramai pemimpin PR ditangkap.. makin kemuncak meluat rakyat... Perkasa buat perhimpunan diKelab Sultan Sulaiman, Kg Baru KL sambil membakar semangat rasis melampau dan bakar foto Datuk Ambiga diberikan permit...pemuda Umno kepung, halang lalu lintas dan ugut nak lenyapkan bangunan PKR tengah malam buta polis hadir buat buta..dizinkan dan tiada sebarang tindakan diambil..semalam di Pulau Pinang Pemuda Umno, Perkasa, KIMMA dan beberapa NGO mesra UMNO buat kecoh, sekat lalu lintas sampai traffic jam selama beberapa jam, tutup laluan jambatan Pulau Pinang, pecahkan cermin beberapa buah kereta.. polis hanya memerhatikan sahaja..bukan tutup sebelah mata.. tetapi tutup kedua belah mata, telinga dan mulut...TANDA-TANDA KERUNTUHAN SEBUAH KERAJAAN YANG AMAT ZALIM...

Maria: Apa jua halangan, BERSIH tetap diteruskan
Jul 2, 11 11:28am

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun pihak polis menegaskan akan memastikan perhimpunan itu tidak akan berlaku.

NONEAhli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan cuba memohon untuk mengadakan dialog kali kedua bersama pihak polis, lapor KeadilanDaily.com.

Namun sekiranya gagal berbuat demikian, Maria berkata bahawa perhimpunan itu akan tetap diteruskan.

“Kalau mereka berkeras saya amat kecewa dengan tindakan mereka. Namun kita masih memohon agar sesi dialog akan dibuat untuk kali kedua.

NONE“Apapun kami tetap akan mengusulkan dan membuat rundingan sekali lagi.Walau apapun halangan, perhimpunan akan diteruskan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis telah menutup semua pintu rundingan dengan penganjur.

Ia berikutan pertemuan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mencari jalan rundingan dengan polis sendiri bagi menentukan jalan laluan peserta BERSIH ke Istana Negara.

NONEBercakap pada sidang media di Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta perhimpunan itu.

Cabuli hak manusia

Menurut Maria, BERSIH kecewa kerana polis masih berkeras, malah mengancam menggunakan ISA yang secara jelas mencabuli hak asasi manusia.

azlan“Polis sudah tidak ada idea dan cara lain selain kekerasan iaitu ISA, saya nak tanya PM kenapa bila kita dah buka cara untuk berdialog dan cuba berbincang tapi masih lagi tidak dapat terima?” soal beliau.

Menurut Maria, BERSIH telah memberikan cadangan dan usul yang munasabah untuk diterima pihak polis.

“Ian mudah dengan memberitahu tiga tempat berlainan di mana tiga kumpulan akan berkumpul untuk berarak.

“Kita juga menjamin keselamatan peserta kerana BERSIH sendiri sudah menyediakan 5000 petugas untuk mengawal keselamatan dan perarakan juga tidak akan melebihi 2 hingga 3 jam,” tegasnya lagi.

Pakai baju BERSIH 'di dalam' juga ditangkap polis
Jul 2, 11 12:46pm

Tiga anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Batu Gajah, Perak pada jam 9.20 pagi ini kerana memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0, meskipun mempunyai baju lain di luarnya.

Menurut timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing, ketiga-tiga mereka ketika kejadian sedang menikmati minuman teh apabila ditahan polis.

"Polis minta mereka buka baju dan tahan mereka apabila baju dalam yang dipakai adalah baju BERSIH,” lapor Tan.

Ahli PKR itu dikatakan sedang menikmati minuman pagi dan tidak melanggar sebarang undang-undang sebelum didatangi beberapa orang pihak polis.

Seorang anggota polis itu dikatakan secara tiba-tiba bertindak menyelak baju yang dipakai salah seorang daripada mereka dan menampakkan baju kuning BERSIH 2.0 yang dipakai di bahagian dalam dan terus ditangkap.

Mereka yang ditangkap itu adalah timbalan ketua cawangan Batu Gajah Adnan Talib, 50, naib ketuanya Anthony Wijaya, 50, dan pengarah skuad Pemuda Perak Tamil Selvam, 28.

Ketiga-tiga lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis Batu Gajah untuk siasatan.

Hak buka baju

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan ADUN Tronoh S Sivakumar dan peguam Ng Mun Yin turut mengiringi ahli PKR itu ke balai polis.

Sivakumar ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan, polis bertindak keterlaluan dan tidak menghormati rakyat.

"Mereka pakai T-shirt BERSIH di dalam, di luar baju lain, polis pergi buka baju mereka, apa kuasa polis buka baju orang cek dalam pakai baju apa?" soalnya tidak berpuas hati.

Sementara itu, Ng pula memaklumkan mereka ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.

Polis juga ujarnya memberi jaminan semua yang ditahan akan dibebaskan hari ini.

Sejak seminggu ini, semakin ramai yang ditangkap. Awal pagi tadi, exco Selangor Ronnie Liu ketika dalam perjanan pulang bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ditangkap di Hulu Selangor manakala di Alor Setar, 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR juga dicekup oleh polis.

  • Seligi Alpha · Pengulas Tertinggi · Friends with Samsudin Baharom
    makin ditekan.. makin rakyat bangun melawan..makin ramai pemimpin PR ditangkap.. makin kemuncak meluat rakyat... Perkasa buat perhimpunan diKelab Sultan Sulaiman, Kg Baru KL sambil membakar semangat rasis melampau dan bakar foto Datuk Ambiga diberikan permit...pemuda Umno kepung, halang lalu lintas dan ugut nak lenyapkan bangunan PKR tengah malam buta polis hadir buat buta..dizinkan dan tiada sebarang tindakan diambil..semalam di Pulau Pinang Pemuda Umno, Perkasa, KIMMA dan beberapa NGO mesra UMNO buat kecoh, sekat lalu lintas sampai traffic jam selama beberapa jam, tutup laluan jambatan Pulau Pinang, pecahkan cermin beberapa buah kereta.. polis hanya memerhatikan sahaja..bukan tutup sebelah mata.. tetapi tutup kedua belah mata, telinga dan mulut...TANDA-TANDA KERUNTUHAN SEBUAH KERAJAAN YANG AMAT ZALIM..

Pengharaman baju BERSIH, apa kata rakyat?
Norain Saleh & Norsyafinas Ahmad Sukri
Jul 2, 11
8:39am

Pada 29 Jun lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul.

NONE"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya.

Sejak pengumuman itu, beberapa wakil rakyat Pakatan dan hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Malaysiakini menemui 14 orang di sekitar ibunegara untuk meninjau pandangan mereka mengenai kenyataan Hishammuddin mengenai pengharaman pemakaian baju-T kuning BERSIH itu.

Hasil tinjauan mendapati sebahagian besar daripada mereka tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan itu.

Berikut adalah pendapat mereka:

NONERodzi Baharom, 45 (arkitek):

“Selagi rusuhan masih belum berlaku, tindakan Hishammudin dilihat sebagai tidak wajar kerana perkara itu tidak mengancam (keselamatan) negara dan hanya berkaitan dengan pemakaian baju.

“Bukan baju tulis perkataan lucah. Perkara seperti ini tidak diambil perhatian (baju ada perkataan lucah). Kenapa yang berkaitan politik diambil perhatian?”


NONEMohd Zaki Mohd Simal, 19:

“Pemakaian baju-T berkenaan adalah lebih kepada kebebasan rakyat, malah perhimpunan tersebut turut disokong oleh majoriti rakyat menurut undian yang dilakukan oleh The Star. (Nota pengarang: Akhbar itu bagaimanapun membatalkan bancian itu dan mendakwa terdapat kepincangan dalam sistem undian berkenaan)

“Kalau budak-budak pakai baju BERSIH, takkan budak-budak itu hendak kena tangkap kot?” kata Zaki, yang juga mempersoalkan kebebasan untuk berpakaian.


NONELee Kah Kee, 19, pula merasakan perkara itu tidak wajar kerana baginya perhimpunan berkenaan bukanlah satu perhimpunan yang haram.

NONE Norhuda Ali, 25 mempertikaikan tindakan 'pengharaman' baju-T itu dan mempersoalkan sama ada mereka yang memakai baju berwarna kuning akan turut ditahan sama.

“Kalau pakai baju kuning keluar jalan tak kan hendak kena (tangkap) juga?” katanya.


NONEBagi Banu Priya Tiagarajan, juga 19 yang sedang menuntut di salah sebuah institusi penerbangan perhimpunan itu hanyalah sekadar untuk berhimpun bersama.

“Bagi saya itu tidak adil, pakai baju BERSIH bukan salah,” katanya.


Sahahruddin Abdul Majid 53, berkata tujuan pihak tertentu membuat perhimpunan BERSIH ini adalah dijalankan secara aman bukannya haram, sekiranya mereka tidak membuat tindakan sebegitu rakyat mungkin tidak akan tahu perkara yang kerajaan buat.NONE

"Kita tengok 4 tahun lepas mereka tidak ganggu orang (dalam demo) kenapa perlu disembur dengan air, pakai baju kuning pun tidak buat apa kesalahan.

“Jika tidak ada pembangkang, kita (rakyat) tidak tahu apa yang dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Tambahnya, pemakaian baju kuning tidak menganggu orang ramai tetapi logo baju tersebut mungkin menyebabkan mereka ditangkap dan didakwa oleh pihak kerajaan.

"Memang tidak salah (pakai baju-T BERSIH) dia tidak kacau orang, cuma logo yang jadi masalah, dianggap mengkritik kerajaan... Bagi kerajaan semua mereka buat betul, pihak lain tidak betul," katanya.


NONEManiammah Masilamani, 22 pula merasakan tindakan Hishammuddin sebagai tidak wajar kerana demonstrasi itu sendiri masih belum berlaku dan negara masih dalam keadaan yang aman.

“Semua kedai lepas ni tidak boleh letak (cat) warna kuning ke?” soalnya.


NONEMeghala Balasubramaniam, 29, berkata pemakaian baju-T BERSIH tidak patut diharamkan kerana ia hanya dianggap perkara lazim.

"Tidak perlu diharamkan baju BERSIH, itu hanya perkara biasa dan bukannya salah pun, kerajaan patut bertimbang rasa" katanya.


NONENuruddin Mohamad, 28, berkata baju bukanlah satu masalah tetapi kerajaan 'mengharamkan' pemakaian baju-T tersebut berkemungkinan disebabkan kebimbangan kerajaan terhadap perhimpunan yang akan berlangsung

“Tidak wajar (pengharaman), sebab itu pakaian, bukan tindakan,” katanya.


NONEGraduan lepasan Universiti Michigan, Caryn Kong, 23, berkata larangan permakaiaan baju itu tidak wajar kerana perkara itu menunjukkan pemikiran rakyat bukan di dalam negara yang sudah mencapai pembangunan.


"Saya rasa tidak wajar, kerana sampai bila mereka patut didakwa, perkara tersebut tidak akan menunjukkan rakyat dalam negara ingin membangun," katanya.


NONENamun terdapat juga kumpulan yang merasakan tindakan Hishamuddin adalah sesuatu yang wajar dengan tujuan untuk menjaga keamanan negara.

Bagi Syaza Jamaluddin, 23 berkata menerusi pengalamannya sebelum ini yang pernah menyaksikan demonstrasi, tindakan 'pengharaman' berkenaan adalah wajar.

“Kalau untuk mengelakkan berlaku rusuhan lagi memang wajarlah (pengharaman t-shirt BERSIH),” katanya.


Bagi pegawai bank, Nurhusna Abu Mansor, 29, tindakan tersebut wajar dilakukan sebelum huru-hara berlaku di dalam negara yang disebabkan oleh perhimpunan tersebut.

“Kalau benda itu menimbulkan huru-hara, wajarlah (pengharaman t-shirt),” katanya.


NONEMuhd Syahril Syarifudin 26, pula bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa membuat tangkapan dan rampasan ke atas mereka yang memakai dan memiliki baju-T BERSIH 2.0 sekiranya perkara itu menunjukkan ia didalangi sesebuah parti politik.

"Rampaslah t-shirt tu sekarang, kalau itu merupakan simbol dari parti mereka sendiri," kata Syahril.

Namun, beliau meluahkan rasa tidak senang dengan iklim politik yang berlaku sekarang kerana kekecohan ditimbulkan hanya dengan warna baju yang dipakai oleh seseorang.


NONERoslan Mohamad 25, berkata sekiranya mereka yang memakai baju-T BERSIH membuat kekecohan, mereka memang patut ditangkap.

"Kalau mereka pakai baju-T BERSIH berwarna kuning tu, buat kecoh memang bolehlah ditangkap" katanya.

Tambahnya lagi, perhimpunan BERSIH yang akan diadakan 9 Julai ini adalah satu cara pihak penganjur untuk menyatakan hasrat mereka kepada kerajaan.

"Mereka nak memimpin dalam kerajaan, tetapi mereka tidak boleh bersuara," katanya.


Sejak pengumuman Hishamuddin Rabu lalu, polis terus menghambat penyokong BERSIH 2.0. Setakat ini tidak kurang tujuh wakil rakyat Pakatan juga telah ditangkap.

NONEAntara mereka adalah ADUN Lukut Ean Yong Ting Sin, ADUN Bahau Teo Kok Seong, ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye , ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai, ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang dan ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar.


  • Mohdshidi Muhammad · Pengulas Tertinggi · Kota Bharu
    yang duk pakai baju seksi2 takde lak nak diharamkan... itu lagi bahaya...
    • Syahmi Marzukhi · Pengulas Tertinggi · Kota Bharu
      yang xtutup aurat halal ker? fatwa mana laa pak menteri pakai...
    • Bitter Bean · Pengulas Tertinggi
      betul...rakyat makin heran, BERSIH x jentik hidung sesape pun, dh gelabah biawak dh, yg geng baju merah ngan geng katak puru tu siap dgn statement perkauman, bakar sana sini, nk tutup jambatan, x de pe pun.. kebal.. kebal.. tapi aku cabar petang jumaat diorg pi tutup jambatan.. diorg x kenal lagi jambatan time ptg jumaat. nk rasa terbang masuk laut, g la try..
    • Mohdshidi Muhammad · Pengulas Tertinggi · Kota Bharu
      sememangnya... tidak ADIL... jom sama-sama kita tentang KetidakAdilan ini...!

Tiada ulasan: