| Harakahdaily | ||||||
|
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, walaupun pihak polis dan menteri cuba menafikan, namun mereka tetap bertegas sememangnya polis melakukan tindakan itu. Menurutnya, mereka bersedia untuk memberi keterangan kepada polis pada bila-bila masa mengenai perkara tersebut. 11 orang doktor terdiri daripada Dr Ng Kwee Boon, Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong. Mereka juga hairan kenapa Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku, sedangkan mereka tidak berada di situ. “Rakyat tertanya-tanya mana pergi Datuk Seri Hishammuddin Hussein, selaku Menteri Dalam Negeri, beliau mesti mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku, selaku menteri yang menjaga hal ehwal kepolisan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Idris menambah, Hishammuddin tidak boleh melepaskan diri dengan tragedi 9 Julai kerana sikap tidak profesional polis dan keganasan mereka sudah ditonton oleh dunia. “Hishammuddin mesti dipertanggungjawab, jangan beliau hanya berlagak dengan kuasanya sahaja untuk membuat ugutan kepada rakyat, tetapi tidak mempunyai kebolehan untuk mengurus anak buahnya supaya bertindak secara profesional,” ujarnya. Beliau berkata, di dalam peperangan pun hospital dan mereka yang terlibat dalm paramedik dilindungi. “Sedangkan ini hanya himpunan aman, undang-undang mana Hishammuddin ajar polis untuk bertindak sedemikian rupa,” katanya lagi. Tambahnya, terdapat bukti bergambar yang dirakam memang berlaku tembakan gas pemedih mata dan air berasid di perkarangan Hospital Tung Shin dan Bersalin Cina di Jalan Pudu, bukan hospital di Gaza Palestin.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Selasa, 19 Julai 2011
BERKUASA MEMANG KADANG LUPA...KEJAHATAN SERTA DOSA SENDIRI...TUNGGU AZAB NERAKA...TAK KIRA JAWATAN APA DIDUNIA..YG LAWAN ALLAH TETAP DAPAT BALASAN...
Bersih: Hishammuddin jangan berlagak ugut rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS mengucapkan tahniah di atas keberanian 11 doktor Hospital Tung Shin yang tidak berganjak daripada pendirian mereka mengatakan bahawa sememangnya polis menembak gas pemedih mata dan air berasid ke pekarangan hospital pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.
KUALA LUMPUR 18 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan, pemukiman yang dibuat oleh PAS telah mempersiapkan PAS menghadapi pilihan raya umum akan datang melalui projek Roadmap to Putrajaya.
KUALA LUMPUR, 19 Julai: Pelik bin Ajaib. Itulah kiasan yang paling tepat untuk mereka yang terlibat meluluskan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 tersebut yang kini menyerang PAS.

"Umat Islam dan rakyat Malaysia tidak boleh membiarkan mana-mana pihak terutamanya puak Yahudi mencampuri urusan negara secara halus," tulis akhbar milik parti yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambil menyangkal dakwaan tersebut, seorang wakil BERSIH, Andrew Khoo (kanan) berkata ia menunjukkan percubaan berulang kali oleh sesetengah pihak dalam masyarakat untuk memecahbelahkan negara mengikut garis kaum dan agama.



Katanya ini berikutan sokongan rakyat terhadap kepimpinan BN yang memenangi kerusi berkenaan pada pilihan raya lepas terus bertambah di samping banyak janji telah dapat ditunaikan. 






Tiada ulasan:
Catat Ulasan