| Harakahdaily | ||||||||||||||||||||||||
|
Ketua Penerangan PAS Sarawak, Mohd Azwani Abd Rani menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan Borneo Post hari ini berhubung perkara itu yang benar-benar membimbangkan setiap warga Sarawak khasnya penduduk berdekatan kawasan sempadan. Stesen pihak berkuasa Kastam (CIQ) di Biawak bernilai RM13 juta dilaporkan tidak efektif dalam menjadi benteng kawalan sebarang aktiviti haram seperti penyeludupan dan sebagainya kerana kerosakan yang dialami. “Malahan bukan sekadar manusia malahan kenderaan pun sudah keluar masuk sempadan ini tanpa kawalan. “PAS Sarawak bimbang ia akan mengganggu-gugat keselamatan penduduk,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. Beliau berkata, alasan kurangnya petugas adalah amat dangkal sedangkan apabila adanya program melibatkan Pakatan Rakyat seperti Bersih, seluruh tenaga dikerahkan untuk mengawal rakyat yang berhimpun secara aman. “Sepatutnya penjagaan kawasan sempadan ini dijadikan perkara penting demi memastikan kestabilan negara,” ujarnya. Justeru, katanya PAS Sarawak mahu tindakan segera kerajaan agar memastikan jentera keselamatan secukupnya dimobilisasi segera untuk memastikan keselamatan kawasan sempadan dan menghalang sebrang aktiviti haram berlaku. PAS Sarawak juga, tambahnya mendesak satu tindakan segera untuk menilai semula kos projek itu sama ada wujud salah guna atau ketirisan. “Adakah semua faktor keselamatan dan sistem peralatan canggih disediakan seperti CCTV dan kad automasi sesuai dengan harga yang tinggi?” soalnya. Beliau menambah, PAS Sarawak tidak mahu laporan SPRM 2009 yang melaporkan ketirisan sejumlah 60% projek kerajaan berlaku pada projek itu juga. “Kiranya ini benar, satu badan khas perlu ditubuhkan segera bagi memastikan pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan tegas,” ujarnya.
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 14 Julai 2011
KINI ORANG SUKA MEMBACA MAKLUMAT YANG BENAR@HAQ BUKAN BERITA YANG PALSU...KERANA RAKYAT TELAH CERDIK SERTA BIJAK...JANGAN BERANGGAP KITA DITAHUN 60AN.
PAS Sarawak bimbang kerosakan CIQ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KUCHING, 14 Julai: PAS Sarawak bimbang kerosakan Kompleks Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Biawak akan mengganggu-gugat keselamatan penduduk.
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan ucapan tahniah di atas keberanian dan kesanggupan kumpulan 11 orang doktor dari Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu untuk tampil menyanggah tuduhan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengatakan hospital tersebut tidak ‘diserang’ oleh pihak polis semasa himpunan Bersih 9 Julai yang lalu.
“Bagaimanakah rakaman kejadian serangan ke atas hospital tersebut telah tersebar luas di laman-laman web dan menjadi tontonan masyarakat sedunia sedangkan pada masa yang sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein mengatakan pihak polis juga ada merakamkan kejadian pada hari tersebut tetapi tiada serangan yang dimaksudkan berlaku?” soalnya.
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru semua mangsa dan saksi keganasan polis pada himpunan Bersih 9 Julai lalu tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS menyambut baik dan mengalu-alukan langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) untuk mengadakan siasatan awam terhadap dakwaan keganasan polis ketika menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS menyifatkan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak sekarang sedang mengidap penyakit Xantho Phobia atau ketakutan kepada warna kuning.
"Kini Xantho Phobia atau penyakit takutkan warna kuning yang telah menyebabkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib dan ia satu disorder dalam bahasa perubatannya," kata Dr Dzul (gambar kanan) yang merupakan bekas pensyarah toksikologi Fakultil Perubatan USM, Kubang Kerian, Kelantan.
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah melancarkan Kempen Aduan Keganasan Polis 9/7.
BENTONG, 14 Julai: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa semua pihak memahami antara satu kempen dengan sebuah pertubuhan supaya tidak keliru.
KUALA LUMPUR, 14 Julai: Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini mendedahkan bahawa polis sedang mencipta konspirasi baru untuk dikaitkan dengan parti itu berhubung penahanan enam aktivisnya di bawah Ordinan Darurat.
"Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakannya ketika minda masih segar. Kemudian anda peruntukkan masa dua minggu untuk menulis draf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan