"Mereka" tendang rakyat yang bayar gaji mereka
Pakatan: Laporan Majlis Peguam bukti polis mahu ‘perangi’ Bersih
The Malaysian Insider - Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa laporan Majlis Peguam menunjukkan pihak polis menyerang peserta perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu seolah-olah mereka itu merupakan pengganas, sehingga mahu menyebabkan kecederaan.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar) memberitahu The Malaysian Insider, ia jelas dua minggu sebelum menjelang perhimpunan 9 Julai menuntut pembaharuan pilihan raya yang adil dan bebas, polis telah menahan enam pemimpin dan anggota Parti Sosialis Malaysia, didakwa mengadakan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.
“Pada Sabtu lalu polis pula melancarkan perang ke atas kami,” kata Ahli Parlimen Machang ini.
Laporan pemerhatian Majlis Peguam yang dikeluarkan semalam menunjukkan polis telah bertindak secara “rambang, sembarangan dan melampau” dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata dalam jarak yang dekat serta di bawah aras mata terhadap peserta Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu.
Laporan itu mengatakan polis melepaskan gas pemedih mata dengan tujuan mahu menyebabkan kecederaan.
Pada Sabtu lalu, Majlis Peguam telah meletakkan anggotanya di beberapa lokasi untuk memantau perhimpunan itu.
Ia mendedahkan perhimpunan anjuran Bersih 2.0 berjalan dalam suasana aman sekiranya polis tidak melepaskan gas pemedih mata ke atas peserta.
Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata, pihaknya akan membentangkan hasil laporan itu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada pertemuan yang dijangka akan diadakan minggu ini.
Dalam pada itum Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang juga berkata perhimpunan Bersih telah menyaksikan “polisi rejim dari era penjajah, melindungi rejim pemerintah berbanding publik.”
“Kami dilayan seolah-olah kami ini penjenayah atau pengganas yang mengancam sekuriti negara,” kata Ahli Parlimen Ipoh Timur kepada The Malaysian Insider.
Saifuddin menambah polis telah mengatur strategi yang jelas untuk menghalang pemimpin-pemimpin dengan menggunakan taktik keras dan memutuskan kontak dengan penunjuk perasaan.
“Tumpuan ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan dan Bersih telah menyebabkan yang lain (peserta) tanpa kepimpinan (ketika perhimpunan),” kata beliau sambil menambah, situasi kurang elemen perundingan menunjukkan bahawa polis lebih berminat untuk berkonfrontasi dengan ribuan peserta perhimpunan daripada menyuraikan mereka.
Selain mengkasari Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, juga menahan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu, yang turut mendakwa dia dilanggari kenderaan polis ketika membonceng motosikal di kawasan Masjid Negara.
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan meskipun berhadapan dengan halangan dan sekatan di seluruh negara.
Saifuddin menekankan salah satu kumpulan peserta terbesar pada Sabtu lalu diketuai oleh Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng dan Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli yang dibenarkan bercakap kira-kira setengah, sebelum bersurai dengan aman.
“Kami tidak menafikan ada beberapa pegawai polis yang baik, yang membenarkan ini tetapi tiada kerosakan ke atas harta awam, tiada kereta atau pasu bunga yang rosak. Jadi mengapa perlu melepaskan tembakan (gas pemedih mata),” katanya.
DUN Selangor Sudah Lama Tinggalkan Budaya Menjerit- Jerit, Kata Faekah Dicatat oleh Tuk Kiyai 0 ulasan [TVS] SHAH ALAM 13 JULAI: Sikap kurang matang adun pembangkang dewan undangan negeri Selangor semalam yang bertindak mengingkari arahan Speaker Dewan, Datuk Teng Chang Kim amat dikesali. Sidang DUN hari kedua, penggal keempat semalam tegang seketika apabila ketua pembangkang yang juga adun Seri Serdang, Datuk Satim Diman dan Adun Kuang, Shukor Idrus digantung. Satim digantung sehari selepas bertelagah dengan Adun Sekinchan, Ng Sue Lim berhubung perbekalan tambahan yang menyentuh peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina. Perbahasan mereka bertukar tegang apabila satim menghalang Sue Lim daripada memetik sepotong hadis. Manakala, Shukor pula digangtung tiga hari selepas mempersoalkan peraturan mesyuarat yang dikenakan keatasnya setelah menyebut nama Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam sesi perbahasannya. Walhal, peraturan mensyuarat mensyaratkan mana- mana adun langsung tidak boleh menyebut nama raja- raja melayu dan sultan untuk mempengaruhi dewan.
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin berkata sikap mereka yang tidak dapat menerima arahan Speaker dan mengeluarkan perkataan kesat kepada Speaker tidak boleh diterima. Shukor selepas diarahkan kelar dewan mula menjerit- jerit dan mengeluarkan perkataan 'bodoh' kepada Speaker. Ini bukan kali pertama Shukur bertindak sedemikian kerana pada Sidang dun tahun lalu, beliau juga bertindak serupa. Tindakan itu bukan sahaja merendahkan artabat dewan yang mula bahkan mencerminkan sikap adun pembangkang yang tidak profesional.
Faekah juga kesal apabila satim sebagai ketua pembangkang tidak mempunyai kreadibiliti untuk menggalas jawatan tersebut ekoran berhujah tanpa fakta, ibarat 'tin kosong'. Faeah menambah, sejak pakatan rakyat mengambilalih tampuk pentadbiran selangor, sidang DUN Selangor mula melakukan anjakan paradigma dengan meninggalkan era menjerit- jerit dan menampilkan adun yang hebat berhujah dengan fakta dan fokus kepada kepentingan rakyat negeri itu. Justeru Faekah menegaskan tanggungjawab setiap wakil rakyat adalah menjaga kemuliaan Dewan supaya ia tidak lagi tercemar di masa- masa akan datang. Read more: http://kafesantai.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan