Selasa, 19 Julai 2011

JANGAN SALAH MINTA RESTU...KUASA SEMUA KEPUNYAAN ALLAH...JANGAN YG BATIL NAMPAK HAQ...YG HAQ NAMPAK BATIL

Menteri: Terpulang IPT bertindak ke atas pelajar
Jul 19, 11 3:34pm

Kementerian Pengajian Tinggi akan menyerahkan kepada pentadbiran universiti untuk mengambil tindakan terhadap pelajar masing-masing yang ditahan polis semasa menyertai perhimpunan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.

khaled nordinMenterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bentuk tindakan atau hukuman terhadap pelajar berkenaan bukan ditentukan oleh kementerian tetapi dilakukan oleh pengurusan sesebuah IPT di negara ini.

"Kementerian tidak akan campur tangan dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sijil dan diploma sempena Konvokesyen Keenam Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim (PTSB), di Kulim, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa seramai 21 pelajar dari beberapa IPT ditahan polis kerana menyertai perhimpunan haram tersebut.

Dari jumlah itu, 14 orang merupakan penuntut IPT awam, antaranya dua pelajar politeknik dan seorang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tujuh lagi ialah pelajar IPT swasta termasuk seorang pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan dua pelajar yang menuntut di Mesir.

- Bernama

1Malaysia 'diresapi' fahaman pluralisme?
Abdul Rahim Sabri
Jul 19, 11
3:33pm

Persoalan sekitar 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak timbul dalam seminar berkaitan Islam dan pluralisme anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ibu negara pagi ini.

Dalam program berjudul "Seminar al-Quran dan cabaran pluralisme dalam agama", seorang peserta bangun menimbulkan persoalan berhubung timbulnya kekeliruan sama ada pluralisme sudah 'meresap' dalam gagasan 1Malaysia.

Menurut wakil daripada Kolej Universiti Islam Selangor itu, unsur pluralisme itu antaranya dikesan melalui penganjurkan majlis sambutan hari raya pelbagai agama, seperti sambutan yang dikenali sebagai "Depa Raya" atau "Gong Xi Raya".

Bagaimanapun, menjawab persoalan itu, Penolong Profesor Jabatan Usuluddin Kulliyah Ilmu Wahyu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Mohd Farid Shahran berkata, konsep 1Malaysia lebih kepada kesatuan masyarakat Malaysia dari segi "bangsa Malaysia".

"Kecualilah di kalangan pemimpin negara ada (yang) menggunakan kerangka pluralisme untuk menghuraikan 1Malaysia. Itu masalah. Dan saya tidak menafikan kemungkinan itu.

"Kalau pemimpin kita tidak diterangkan dan diajar tentang apa maksud pluralisme agama, dan apakah bahayanya terhadap akidah Islam, tidak mustahil ada yang mengatakan, ini yang terbaik, (ini) kerangka yang kita nak ketengahkan dalam 1Malaysia.

'Makan-makan tak apa'

"Sedangkan konsep 1Malaysia diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Tujuannya baik," katanya dalam sesi soal jawab ketika membentangkan kertas kerja berjudul "Islam dan pluralisme agama: Isu-isu akidah semasa".

Sehubungan itu, beliau mencadangkan seboleh-bolehnya tidak ada pihak mencampuradukkan majlis keagamaan dengan majlis keraian yang lain.

"Walaupun kadang kala, ia (majlis) makan-makan sahaja. Tak mengapalah makan-makan, (lepas itu) berhenti. Tak mengapa.

"Tapi lepas makan, ada doa bersama, ada itu dan ini. Jadi timbullah syubhah yang banyak dan jatuh kepada faham yang berlawanan dengan akidah," tegasnya.

Beliau juga menggesa pemimpim Islam agar berhati-hati menerima jemputan berkaitan upacara tertentu seperti merasmikan rumah ibadat agama lain.

Sementara itu, menjawab persoalan yang sama Penolong Profesor Perbandingan Ilmu Wahyu UIA Dr Haslina Ibrahim kesal dengan sikap umat Islam yang "sentimental dan emosional" berdepan isu pluralisme dengan mengetepikan pendekatan ilmiah.

'Bias' terhadap Islam

"Mungkin pengkajian kami tidak dimanfaatkan, mungkin tidak ada kerjasama erat antara ahli politik dan para ilmuan.

"Pernahkan golongan ini (ilmuan) ditanya... 1Malaysia, adakah teori ini dirujuk kepada ilmuan," kata Dr Haslina yang menganggap ia cabaran kepada Ikim dan pelbagai institusi agama lain.

Mengulas mengenai isu kongsi raya, beliau menyifatkannya sebagai keadaan di mana "sudah terhantuk baru tengadah".

"Kadang-kadang saya tengok dalam program antara agama, ada baca doa bersama, ada buat wayang, berlakon bersama untuk menunjukkan kita kebersamaan," katanya.

Dia juga mendakwa difahamkan terdapat skrip rancangan TV yang diterima walaupun kandungannya 'bias' terhadap Islam.

"(Kita) bersungguh sangat nak buat (program) antara agama, untuk menunjukkan kita bersama dengan agama lain, menyebabkan kita terima skrip sedemikian," katanya sinis.

Dr Haslina sebelum itu membentangkan kertas kerja berkeaan sejarah dan perkembangan pluralisme agama.

Berita BERSIH: 'KDN tapis majalah Economist'
Hazlan Zakaria & Wong Teck Chi
Jul 19, 11
1:22pm
Anggota parlimen pembangkang mendakwa majalah antarabangsa The Economist 'dirosakkan' oleh Kementerian Dalam Negeri dalam cubaan menyaring laporannya berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

"Laporan berita BERSIH The Economist keluaran 16 Julai ditapis/dihitamkan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dalam pesanan Twitter beliau.

NONEMenurut gambar yang diedarkan di laman blog mikro itu, laporan berjudul "Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners" menunjukkan garisan hitam yang seakan menggunakan pen penanda dengan dakwat yang kekal.

Malaysiakini belum dapat mengesahkan dakwaan itu, bagaimanapun, dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan dakwaan salah laku polis dan kerajaan.

Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:

  • 'seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.
  • 'Perhimpunan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.
  • 'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat.
'Pertemuan Najib-Pope, cari sokongan Kristian?'
Jul 19, 11 3:10pm
Sekumpulan 365 rakyat Malaysia yang beragama Kristian, termasuk penganut Katolik telah menandatangani sepucuk surat kepada Pope Benedict XVI, bagi mengadu tindakan keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.

NONEMereka juga melahirkan kebimbangan Najib mempolitikkan lawatannya ke Vatican.

Mereka juga khuatir bahawa lawatan Najib ke Vatican pada masa ini dilihat sebagai usaha mencari sokongan popular menjelang pilihan raya umum ke-13 yang mesti diadakan sebelum pertengahan 2013 dan boleh menyaksikan beliau terus berkuasa.

Surat itu juga menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan BN pimpinan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat di negara ini.

Menurut mereka kebebasan beragama di Malaysia begitu terhad dan mengemukakan contoh seperti kes mahkamah Lina Joy dan rampasan buku serta kitab Kristian sebagai hujah.

Populariti

Surat yang disiarkan secara penuh oleh NGO Aliran itu dialamatkan kepada paderi kanan - Pontiff, dengan salinannya dihantar kepada Archbishop Leopoldo Girelli, yang beribu pejabat di Singapura.

NONEDalam surat mereka, kumpulan itu berkata tindakan keras ke atas BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini - menyaksikan gabungan 62 NGO berkenaan ditekan dan dihambat oleh pihak berkuasa yang selama ini dikuasai oleh parti politik yang sama dan sekarang diterajui oleh Najib.

Menurut mereka, Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) yang mana Gereja Katolik turut bernaung telah mengesahkan hak BERSIH untuk berhimpun dan berarak secara aman yang disifatkan sebagai 'tuntutan berpatutan'.

Kumpulan itu juga mendakwa Najib bertindak bertentangan dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong, yang mahu konfrontasi dengan penyokong BERSIH dielakkan.

Malah presiden Umno itu juga mengisytiharkan pertubuhan BERSIH sebagai haram dan menolak permohonannya untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai lalu.

Berwaspada

Justeru, kumpulan itu meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib

“Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia,” kata mereka.

NONEPenganut Kristian berkenaan juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.

“Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.

“Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013,” tulis mereka.

NONESelepas lawatan ke Vatican semalam, Najib berkata Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.

Pertemuan Najib dan Pope Benedict XVI diadakan di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir bandar Rom.

2012 diisytihar Tahun Melawat Kelantan
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir

KOTA BHARU, 19 Julai: Kelantan sekali lagi akan menganjurkan program Tahun Melawat Kelantan pada 2012 sebagai usaha menarik lebih ramai pelancong.

Kali terakir program Tahun Melawat Kelantan (TMK) diadakan pada 2008.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pada Tahun Melawat Kelantan 2008 bilangan pelancong yang datang hampir enam juta.

“Tahun hadapan akan adakan lagi Tahun Melawat Kelantan dengan mensasar kedatangan pelancong lebih ramai melalui kerjasama pelbagai pihak,” katanya di sini.

Baru-baru ini kerajaan negeri menganjur Karnival Seni Budaya Kelantan bertemakan ’Seni Disanjung, Budaya Dikendong, Syariat Dijunjung’ di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-1V.

Perasmiannya disempurnakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Takiyuddin juga berkata, Kelantan mensasar seramai 5.8 juta pelancong dalam dan luar negara mengunjungi Serambi Mekah tahun ini.

Katanya, sehingga April lalu seramai dua juta pelancong mengunjungi Kelantan.

Manakala tahun lalu seramai 5.3 juta pelancong tempatan dan asing berkunjung ke negeri ini.

Sementara itu, Ahmad berharap penggiat seni dan budaya Kelantan perlu menggerakkan bidang berkenaan selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam.

“Tiada erti kalau seni dan budaya yang diperjuangkan tetapi di akhirat kelak mendapat balasan dosa,” ujarnya.


Hiburan: Syabas Kedah, bagaimana di Melaka
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 19 Julai: Rakyat negeri Kedah rata-ratanya menyokong tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abu Bakar yang tetap dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, walaupun sedikit kelonggaran diberikan iaitu pusat-pusat hiburan dibenarkan beroperasi dengan syarat hanya yang bukan beragama Islam sahaja yang dibenarkan namun ianya merupakan satu langkah yang bijak daripada kerajaan negeri bagi menghormati Ramadhan, bulan yang mulia.

Katanya, dengan tertegaknya perintah larangan terhadap umat Islam di Negeri Kedah itu, sedikit sebanyak dapat membentuk masyarakat Islam bagi lebih menghayati bulan Ramadhan.

“Rakyat negeri Kedah akan lebih terdidik dengan program Ihya’ Ramadhan sambil ruang-ruang mungkar ditutup,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, dengan suasana yang ada sekarang ini yang lebih membawa ke arah gejala sosial, negeri Kedah menggunakan undang-undang sediakan ada bagi membendung kegiatan yang menjurus ke arah maksiat.

Beliau yang juga Exco Pemuda PAS Pusat berkata, walaupun tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya namun sedikit sebanyak dapat membantu dalam mendidik rakyat kembali ke jalan yang benar.

Lagipun, ujarnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 diluluskan di zaman Umno BN memerintah lagi cumanya tidak dilaksanakan.

Menurutnya, umum semua mengetahui bahawa Umno BN hanyalah menggunakan agama sebagai alat untuk mengaburi mata rakyat yang mana undang-undang hanyalah digubal sedangkan perlaksanaan tidak menjurus kearah itu demi menjaga ‘hati’ parti komponen yang lain di dalam BN.

“Lihat bagaimana kerajaan negeri Melaka yang sanggup melanjutkan masa tempoh operasi pusat hiburan di negeri itu sehingga jam 3 pagi tanpa rasa bersalah dengan hanya berpaksikan kepada keuntungan duniawi semata-mata tanpa memikirkan akibat daripada keputusan ini.

“Persoalannya, siapakah yang memerintah Melaka? Mengapa perkara maksiat diberikan ruang seluas-luas sedangkan ceramah agama disekat dengan berbagai syarat?” soalnya.

Ini, katanya berbeza dengan PAS.

Beliau berkata, walaupun ianya menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pimpinan Pakatan Rakyat (PR) namun PAS tetap melaksanakan sambil penerangan diberikan kepada mereka yang tidak beragama Islam agar faham akan maksud dan tujuan sebenar berbuat demikian menyebabkan tidak lagi timbul rasa keliru di kalangan mereka.

“Inilah pentingnya memilih pemimpin yang bukan sekadar menjaga hal-hal berkaitan dunia namun ianya harus dikaitkan dengan akhirat dengan erti kata lain dunia dan akhirat ‘berjalan’ seiring bagi membentuk jati diri rakyat yang lebih mantap dan seterusnya menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.

“Syabas Kedah!” ujarnya.


Pensyarah Kias ikuti program cuti penyelidikan
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir

KOTA BHARU, 19 Julai: Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) memperkenalkan cuti penyelidikan sempena cuti semester bagi memantapkan lagi kecemerlangan akademik di kalangan pensyarah.

Program itu dimulakan pada semester lepas membabitkan sebahagian daripada 50 pesnyarah kolej berkenaan.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, cuti penyelidikan selama tiga bulan membolehkan pensyarah menambah ilmu pengetahuan ketika pelajar bercuti.

”Ilmu perlu sentiasa dicari khususnya pada zaman serba mencabar sekarang Dengan adanya ilmu yang mantap ia dapat dimanfaatkan kepada masyarakat serta boleh berinteraksi dengan baik dalam bidang tertentu.

“Tidak nanti pensyarah hanya digelar robot akademik semata-mata,” katanya sempena Istiadat Konvokesyen Kias kali ke-13, di sini semalam.

Teks ucapannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Majlis penuh istiadat itu berlangsung di Dewan Besar Balai Islam Lundang. Hadir sama Ketua Eksekutif Kias, Datuk Dr Johari Mat dan para pensyarah.

Seramai 180 graduan Kias menerima ijazah dan diploma. Mereka merupakan graduan Sarjana Muda Al-Syariah, Sarjana Muda Usuluddin, Diploma Usuluddin, Diploma Al-Syariah dan Diploma Al-Dakwah Wal Qiadah dan Diploma Bahasa Arab.

Sementara itu Nur Amalina Fauzi dinobatkan pelajar cemerlang dan menerima Anugerah Tok Kenali 2011 pada konvokensyen berkenaan.

Amalina yang masih dalam pantang menerima anugerah tersebut daripada Mohd Amar.

Manakala Zaida Norasikin Mohd Nasir dan Norhayati Mohmad Nor pula masing-masing menerima anugerah Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan.


PAS Terengganu tolak hiburan melampau
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS Terengganu tetap meneruskan tradisinya menyekat hiburan melampau di kalangan rakyat, terutama pada bulan Ramadhan, walaupun tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negeri.

Antara usaha yang akan dilakukan, termasuk dengan menghidupkan lagi aktiviti di markas-markas PAS di seluruh negeri dengan kegiatan keagamaan dan bercirikan keilmuan.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani (gambar) menjelaskan, semasa memerintah negeri dulu, PAS sememangnya mempunyai kuasa untuk menyekat hiburan melampau di negeri itu terutama pada bulan Ramadhan, dengan menguatkuasakan undang-undang larangan umat Islam memasuki pusat-pusat hiburan di seluruh negeri.

Menurut beliau, kini walaupun tidak lagi memegang tampuk pemerintahan negeri, usaha menyekat rakyat agar tidak terlibat dengan hiburan melampau di negeri itu tetap diteruskan, walaupun dengan skop yang amat terhad.

Katanya, tumpuan PAS dalam hal itu, sesuai dengan kemampuan yang ada yang hanya sebagai pembangkang, terutama dengan menyuburkan aktiviti-aktiviti berfaedah kepada orang ramai di markas-markas PAS.

"Selain itu, PAS Terengganu akan melipatgandakan lagi usaha-usaha membuat kebajikan kepada orang ramai terutama kepada anak-anak yatim," katanya ketika menjawab soalan peserta pada majlis tazkirah di surau ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Usaha melaksanakan kerja-kerja kebajikan itu, menurut beliau, akan dilakukan secara berterusan sama ada pada bulan Ramadhan dan di luar Ramadhan, tetapi akan dilipatgandakan lagi sempena ketibaan bulan yang mulia itu.

"Dengan itu, ia pasti akan membolehkan sesiapa sahaja akan melihat keindahan ajaran Islam termasuk di kalangan mereka yang bukan Islam bagi menarik golongan bukan Islam kepada Islam," katanya.

Ketibaan bulan Ramadahan sepatutnya disambut oleh setiap umat Islam dengan peningkatan amal kepada Allah, namun dalam hubungan ini, beliau amat kesal apabila kerajaan Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak pernah mempedulikan perkara itu.

"Semua itu bergantung kepada niat seseorang. Apakah niat seseorang itu dalam menyambut ketibaan Ramadhan? Kepada Ali Rustam, yang dilihat ternyata hanyalah dari segi kebendaan.

"Untuk menarik pelancong, Ali Rustam sampaikan sanggup melanjutkan tempoh pembukaan pusat-pusat hiburan di negeri Melaka dari jam 1.00 pagi sehingga jam 3.00 pagi.

"Apa yang dilakukan oleh Ali Rustam itu ternyata merupakan sesuatu yang amat jahat kepada rakyatnya terutama kepada umat Islam kerana ia dengan jelas boleh merosakkan lagi moral rakyat termasuk umat Islam sendiri, di samping jelas tidak menghormati ketibaan bulan Ramdhan yang dimuliakan Allah," ujarnya.

Sebelum itu ketika menyampaikan tazkirahnya, beliau antara lain mengingatkan setiap umat Islam agar benar-benar berpegang dengan ajaran Allah dalam melakukan sebarang tindakan ketika hidup di dunia ini.

Dalam hubungan ini, beliau meminta umat Islam agar yakin dengan setiap ayat-ayat Allah yang terdapat di dalam Al-Quran kerana setiap ayat-ayat itu mempunyai hikmah yang tersendiri.

"Islam adalah agama yang maha sempurna dan maha indah. Di dalam Al-Quran sendiri sudah terdapat pelbagai ayat yang mempunyai hikmah tersendiri jika diamalkan yang melibatkan pelbagai bidang termasuk perubatan, perekonomian, politik, kenegaraan, kasih sayang, perlindungan diri, keluarga, masyarakat dan pelbagai aspek lain lagi.

"Jika kita amalkan dan yakin dengan ayat-ayat yang kita amalkan itu dengan dilengkapi keikhlasan kepada Allah, insya Allah semuanya pasti menjadi, termasuk untuk melepaskan diri dari halangan musuh," ujar beliau.

Antara contoh yang diberikan oleh beliau, termasuk penggunaan sebahagian ayat dalam surah Yaasin yang dibaca dan dihembuskan kepada pasir yang berada di dalam genggaman, boleh menyebabkan pihak musuh tidak sedar jika kita melalui di hadapan mereka.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh sebahagian ayat yang terdapat dalam surah Yusuf yang boleh mengeratkan lagi kasih sayang antara suami isteri jika dibaca dan dihembuskan di belakang pasangan, termasuk di kalangan pasangan suami isteri yang bermasalah.


Blogger kesan IC sama tapi 2 nama pemilih
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Blogger Mutaligat dalam blognya mutaligat.blogspot.com hari ini mendedahkan penipuan dan penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam tulisannya Mutaligat menyatakan seorang pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama 6830901 yang sama mempunyai 2 nama yang hampir serupa, cuma ejaan yang berlainan.

Yang pertama, Daud Bin Mohd mengundi di Dun Asahan, Parlimen Alor Gajah dan kedua Daud Bin Mohamad mengundi di Dun Bemban, Parlimen Jasin.

"Bagaimana orang yang berlainan mempunyai no kad pengenalan yang sama?" soal beliau.

Pendedahan ini dibuat oleh beliau hasil dari maklumat yang diperolehi dari laman sesawang SPR sendiri.

Mungkinkah beliau ini orang yang sama dan boleh mengundi dua kali. Dun Bemban dan Dun Asahan terletak tidak jauh antara satu sama lain dan memang tidak menjadi masalah untuk orang yang sama mengundi pada hari yang sama.

Pendedahan kedua melibatan seorang pengundi bernama Asia Binti Osman bernombor Kad Pengenalan lama 5962350 yang mempunyai 2 tempat mengundi yang berlainan satu di Dun Taboh Naning dan satu lagi di Dun Ayer Limau kedua-duanya dalam Parlimen Masjid Tanah.

Namanya hanya dibeza dengan perkataan 'Binti' dan satu lagi 'Bt'.

"Inilah penipuan SPR yang tidak boleh disangkal lagi?" soalnya.

Blogger Mutaligat menggesa SPR menjawab segala isu ini yang jelas amat meragukan orang ramai.


Pandangan kedua Strauss-Khan
Subky Latif

PENDAKWA Raya Makamah New York mengenakan tindakan keras terhadap Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa, Dominique Strauss-Khan atas tuduhan melakukan serangan seksual ke atas pembantu sebuah hotel.

Straus-Khan adalah bekas Menteri Kewangan Perancis. Antara tindakan yang dikenakan tahanan rumah. Gara-gara tindakan keras itu dia meletakkan jawatan walau pun tidak mengaku bersalah atas dakwaan yang dihadapkan kepadanya.

Pendakwa raya New York itu dilihat begitu tegas sekali pun terhadap seorang yang memegang jawatan penting di dunia. Dengan kedudukannya Strauss-Khan dipercayi tidak akan melarikan diri, tetapi begitulah tegasnya pelaksana undang-undang Strauss-Khan dilayan sama seperti lain-lain aduan jenayah.

Tetapi hujung Jun Pendakwa raya yang sama ada pandangan kedua atas kes itu. Pendakwa itu mengubah tindakannya setelah mendapati ada keterangan saksi utama iaitu wanita yang mengadu dirinya dimangsai oleh Strauss-Khan tidak boleh dipercayai.

Pendakwa itu menuduh wanita itu penipu dan ada hubungan dengan penjenayah. Peguam bela wanita itu membantah keterangan pendakwa raya itu.

Kes belum digugurkan tetapi yang dituduh sudah pun dibebaskan dari tahanan rumah.

Kita menunggu perkembangan selanjutnya atas kes itu.

Yang penting dalam kes ini ialah pendakwa boleh mengubah tindakannya apabila mendapati ada rekod yang tidak elok terhadap pengadu. Latarbelakang pengadu atau mana-mana saksi yang meragukan boleh menyebabkan mahkamah melayan keterangannya.

Prinsip itu dipegang oleh pendakwa New York itu dan mahkamah menghormati pendirian itu.

Dalam kes yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim baik dalam semua kes yang dihadapkan kepadanya sebelum tahun 2000 mahu dalam beberapa kejadian selepas tahun 2000 yang sedang berjalan sekarang, sikap kerterbukaan seperti pendakwa di New York itu tidak berlaku.

Latar belakang saksi-saksi yang dibangkitkan oleh peguam bela Anwar baik dulu dan kerang tidak diberi perhatian.

Dari dulu dan sekarang peguam bela dan orang ramai membangkit isu keraguan terhadap Peguam Negara terus tidak mendapat perhatian. Oleh kerana pendakwa terletak di bawah peguam negara, tentulah kaki tangan jabatan peguam negara tidak akan membuat yang lain dari yang ditentukan oleh peguam negara.

Tetapi mahkamah pun tidak memberikan perhatian atas wibawa jabatan peguam negara berikutan dengan pandangan orang awam itu.

Boleh dikatakan semua hakim dan mahkamah mengambil sikap berkecuali terhadap apa yang dibangkitkan.

Dengan demikian jauh sekali jabatan peguam negara dan mahkamah hendak mengambil langkah menyiasat latar belakang pembuat aduan dan saksi-saksi dalam kes Anwar itu.

Baik dalam kes liwat dua dan kes video seks yang banyak dibincangkan sekarang, latar belakang setiap saksi tidak diberi perhatian.

Banyak keraguan yang dipangkitkan tentang orang mengaku diliwat termasuk siapa dia dulu dan apa yang terjadi padanya. Jelas mahkamah dan pendakwa raya tidak mahu membuang masa memikirkan perkara itu.

Mengenai promotor video seks kumpulan Dato T yang menjadi pemain utama isu itu diketahui umum menjadi pemegang imej yang tidak selesa. Anwar membuat keterangan bahawa antara tiga itu ada yang jadi kaki betina dan kaki botol. Tetapi tiada perhatian diberi kepada kenyataan Anwar itu. Apakah Anwar membuat dakwaan palsu atau sebaliknya, tiada percubaan untuk memastikannya.

Tentang Tan Sri Abdul Rahim Tambhey Chik, saya tidak bercadang untuk menghuraikan apa yang pernah dibuatnya. Tetapi dia adalah Ketua Menteri Melaka dan Ketua Pemuda UMNO yang melepaskan atau dilepaskan dari jawatan yang dipegangnya itu.

Kedua jawatan penting itu dilepaskannya semasa pentadbiran Dr. Mahathir.

Sebagai Perdana Menteri, Perdana Menteri Mahathir tidak pernah membuat penjelasan atas pemergiannya dari jawatan Ketua Menteri Melaka. Dan sebagai Presiden UMNO, Dr. Mahathir tidak membuat sebarang keterangan atas pengundurannya dari jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Apabila dia menjadi saksi penting dalam isu video seks, apakah pendakwa raya dan mahkamah tidak bercadang untuk meneliti mengapa dia meninggalkan kedua jawatan itu? Sebelum dia diterima menjadi saksi, apakah mahkamah tidak rasa perlu untuk memestikan apakah kejadian yang menyebabkan dia melepaskan jawatan masih melayakkannya menjadi saksi?

Semasa Dato Shuib Lazim sebagai calon BN dalam Pilihan Raya Kecil Pantai Merdeka melawan calon PAS, Dato Muslim Othman tahun 90an dulu, timbul isu dia dikatakan muflis. PAS tidak membuktikannya.

Tetapi apakah kejaksaan negara tidak bercadang untuk meneliti isu itu bagi memastikan dia layak menjadi saksi?

Apa pun apa yang pendakwa raya mahkamah New York buat dalam kes Strauss-Khan menarik perhatian dunia dalam menegakkan keadilan dan mahkamah Malaysia tidak nampak mengambil prinsip yang sama.


Penduduk setinggan Pujut terima bantuan dari Abd Hadi
Harakahdaily

(Penduduk Pujut 3 gembira menerima sumbangan daripada Presiden PAS.)

MIRI, 19 Julai: Dengan pemberian hanya dua bungkus mee hon, sepaket minyak masak dan sekampit gula, penduduk miskin dan berpendapatan rendah di kawasan setinggan di sepanjang Sungai Adong, Pujut 3 begitu gembira menyambut kunjungan pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ke kawasan mereka.

Kunjungan itu diketuai oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Hadir sama Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee dan ahli jawatankuasa Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri, Madelline Len.

Selaras dengan konsep negara berkebajikan, mereka tidak datang dengan tangan kosong tetapi membawa sedikit makanan untuk membantu keluarga di sini.

Sumbangan itu diserahkan sendiri oleh Abdul Hadi dan ada antara mereka berebut-rebut mendapatkan sunbangan itu kerana takut ketidakcukupan walaupun bungkusan yang cukup disediakan untuk mereka.

Abdul Hadi dalam sessi kunjungan ke Miri untuk bertemu pemimpin PAS di sana di samping memberikan ucapan di sana.


(Asong Dungau menjinjing bungkusan yang mengandungi mee hon, minyak masak dan gula.)

Seramai 134 penerima didaftarkan untuk menerima bantuan tersebut, namun sebahagian daripada mereka begitu teruja sehingga sanggup berebut-rebut mendapatkan bungkusan itu yang disimpan di atas ruangan penyimpanan barang kenderaan pacuan empat roda.

Beberapa penerima yang kebanyakan golongan warga emas dan suri rumah ketika ditemui memberitahu, mereka berasa terharu dengan pemberian tersebut dan tidak menyangka akan diberi mee hon, minyak masak dan gula memandangkan sebelum ini tidak pernah mendapat bantuan yang sebegitu.

Asong Dungau, 76, dari Long Moh, Baram ketika ditemui berkata, bantuan itu amat bernilai bagi golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti mereka.

“Saya pernah meminta bantuan E-Kasih namun tidak berhasil. Saya juga tidak mendapat bantuan beras untuk golongan miskin tegar yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini, walaupun saya patut menerima,” katanya sambil menjinjing tiga buah beg mengandungi mee hon, minyak masak dan gula.

Paya Jau, 77, dari Long Anyat, Baram pula menambah, setakat ini sudah dua kali PAS memberikan bantuan makanan kepada penduduk setinggan di situ.

“Kami berharap kerajaan dapat memberikan bantuan dan lebih prihatin dengan keadaan kami di sini yang begitu miskin dan daif,” katanya yang sudah lebih 30 tahun menetap di kawasan setinggan itu.

Bantah sokong Ambiga buta sejarah - Abd Hadi

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS menyifatkan pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

"Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.

"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.

Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.

Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Abdul Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang bersama mangsa tangkapan yang lain.

Menurut Abdul Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.

Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.

Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.

Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya.

"Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," beritahu Abdul Hadi dalam wawancara itu.





Tiada ulasan: