Umno masih harap dapat kerjasama dengan PAS

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata parti itu masih berharap PAS dapat bekerjasama dengan Umno bagi menyatu padukan umat Islam dan Melayu di negara ini terutamanya dengan ketibaan bulan Ramadan pada minggu hadapan.
"Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Aalam malam tadi.
Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi.
"Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini," katanya.
Ahmad berkata penduduk bukan Melayu tidak perlu bimbang jika orang Melayu dalam Umno dan PAS bersatu kerana orang Melayu akan kurang berpolitik dan lebih menumpukan perhatian untuk membangunkan tahap sosio ekonomi mereka.
- Bernama
"Walaupun tangan yang dihulurkan oleh Umno tidak disambut sebelum ini tetapi Umno tidak pernah menutup pintu rundingan kepada PAS apatah lagi sempena bulan Ramadan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran Umno Bahagian Kota Raja di Shah Aalam malam tadi.Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, berkata kesanggupan Umno untuk bekerjasama dengan PAS bukanlah kerana Umno berada dalam keadaan terdesak tetapi untuk masa hadapan umat Islam terutamanya dalam soal sosio-ekonomi.
"Lagipun, sejak PAS menukar haluan perjuangannya daripada memperjuangkan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan, akan memudahkan lagi kerjasama kedua-dua parti memandangkan Umno telah lama mengamalkan konsep negara berkebajikan ini," katanya.
Ahmad berkata penduduk bukan Melayu tidak perlu bimbang jika orang Melayu dalam Umno dan PAS bersatu kerana orang Melayu akan kurang berpolitik dan lebih menumpukan perhatian untuk membangunkan tahap sosio ekonomi mereka.
- Bernama
Ahmad Saifullah Hamid · Top Commenter · Works at Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)sudah-sudah lh...xpyah buat muka xmalu...buat masa sekarang umno sudah tidak laku bt org melayu...hanya tinggal orang xada maruah saja lagi yang myokong umno...
Safia Ramlan · Top Commenter · Sekolah Menengah Aminuddin Baki
Zaman Bujang · Top CommenterKalau muka tak lawa ...... make up la skit2 biar nampak lawa skit ... lpas tu boleh la cuba mengurat lagi skali ....... klau tak lawa ... bau lak busok, pas tu pengotor lagi .... oang gila pon tak nak ...
Robinhood Malaya · Top Commenter · University of Nottingham
Abu Uwais · Top Commenter · SMU (A) Amir Indera Petra
Safia Ramlan · Top Commenter · Sekolah Menengah Aminuddin Baki
Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · NilKALAU UMNO SEKADAR HENDAK BERSAMA PAS MUNKIN ITU SATU ANGAN ANGAN SAJA , TETAPI JIKA UMNO NAK BERSAMA PAKATAN RAKYAT MUNKIN BOLIH DI ATUR, BARANG DI-INGAT UMNO TAK BOLIH NAK JADI KEPALA SAHAJA, SEMUA SAMA., SAMA RATA, SAMA RASA, MESTI JUJUR DAN BERSIH
John Labu · Top Commenter · Persanteren Jalan kembali (Kalimah Laillahaillallah)
Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
Shuib Hanafiah · Top Commenter · Smk teluk cengailaksanakan hukum hudud PAS akan di bubarkan kata tok guru nik abd aziz.
Mohamad Fauzi Abu Samah · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
ضامام Dhamam · Top Commenter · Freelance Photographer at AfghanistanNak bersatu apa ke bendanya? Tiap-tiap hari PAS kena fitnah...lu fikir la sendiri!
Safia Ramlan · Top Commenter · Sekolah Menengah Aminuddin Baki





Tiada ulasan:
Catat Ulasan