Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu perlu ditukarkan.
Beliau berkata kementeriannya sedang membuat uji nilai jet pejuang Eurofighter Typhoon yang mempunyai kelajuan 2 Mach, merangkumi kemampuan sistem teknikal dan persenjataannya yang canggih.
"Memang diakui Eurofighter Typhoon, sebuah pesawat tempur yang terbaik namun harganya yang mahal membuatkan kita perlu membuat uji nilai secara terperinci. Bagaimanapun ia bergantung kepada kemampuan kewangan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Karnival Jom Masuk Umno anjuran Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Tenggara di Kota Tinggi, semalam.
Pada ketika ini, pesawat Typhoon yang berukuran panjang 15.96 meter dan berkemampuan untuk terbang melebihi 60,000 kaki digunakan oleh Tentera Udara Diraja British, Itali, Austria, Sepanyol dan Jerman.
Pesawat yang berkemampuan membawa pelbagai jenis peluru berpandu udara ke udara atau udara ke darat dibina secara kerjasama oleh BAE Systems (Britain), EADS-Military Aircraft (Jerman), Alenia Finnmeccanica (Itali) dan EADS-CASA (Sepanyol).
Menteri Pertahanan itu juga berkata, cadangan pembelian tersebut juga tertakluk kepada tawaran timbal balik yang diberikan oleh syarikat pengeluar seperti pemindahan teknologi dan tempoh bayaran.
"Kita tengok jika dapat tawaran terbaik dari mana-mana negara atau syarikat pengeluar yang boleh beri harga yang munasabah maka kita akan pertimbangkan untuk pembelian MRCA tersebut. Itupun setelah mendapat pengesahan daripada Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan," katanya lagi.
Beliau berkata pihaknya turut membuat uji nilai terhadap jenis pesawat MRCA lain yang berada di pasaran termasuk Sukhoi SU-35 buatan Rusia, FA-18 Super Hornet dari Amerika Syarikat dan JAS Gripen buatan Sweden.
Ditanya tentang kenyataan negatif segelintir penulis blog pembangkang mengenai pembelian jet pejuang tersebut, beliau berkata, ia bertujuan merendah-rendahkan kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
- Bernama
- Hanif Nasir · Pengulas Tertinggi · Universiti Teknologi Malaysia
- Niezam Ismail · Pengulas Tertinggiada lg la sykt baru tetiba muncul nnt...pastu komisen kau2 nyer balun...hehehe.
- Xyza Caution · Pengulas Tertinggi · Kampung Ajemasalah skrg ni ialah negara malaysia dah kekeringan duit...camna nk beli jet tu...sememangnya malaysia memerlukan perthanan yg kukuh agar tidak d serang oleh pihak musuh....tp masalahnya....kerajaan dah xde duit dah...asyik duk blanja besar je....jet tu sebuah harga berapa ye...mana mahal dgn cincin berlian...
- Umgok Penipu Sampai Kiamat · Pengulas Tertinggi · Atas pokokZahid kata...tengoklah kalau dapat komisyen banyak kita akan timbang untuk di beli.....komisyen tu nanti boleh la kita gunakan untuk kempen pilihanraya umno.....
Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Menurut Lim, tindakan melucutkan tiga pegawai terbabit daripada operasi siasatan sahaja tidak mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.
Lim berkata laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jelas menamakan lebih daripada tiga pegawai yang menyoal siasat Teoh di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor di Plaza Massalam, dua tahun lalu.
SPRM semalam mengumumkan bahawa Pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim bersama dua pegawainya Mohd Ashraf Mohd Yunus dan Mohd Anuar Ismail dilucutkan daripada tugas menyoal-siasat.
" Sebenarnya kalau kita baca laporan RCI, mereka dinamakan sebagai '"cakap bohong". Laporan Suruhanjaya juga menyebut (nama-nama lain), bukan tiga orang ini sahaja.
"Jadi kenapa bukan semua digantung? Bukan sahaja daripada tugas penyiasatan, tetapi daripada jawatan dan mengapa mereka tidak didakwa dalam mahkamah oleh kerana kesalahan-kesalahan yang bukan ringan tetapi sangat serius sehingga menyebabkan kematian,"kata Lim.
Keputusan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan pada Khamis lalu merumuskan Teoh membunuh diri kerana menghadapi sesi soal siasat agresif dan berlarutan oleh pegawai SPRM pada Julai 2009.
Walaupun beliau hanya saksi dalam sebuah kes yang hanya membabitkan cuma RM2,400, pegawai SPRM cuba mendapatkan pengakuan daripada beliau sepanjang malam dengan membuat pelbagai ugutan dan memberikannya maklumat palsu.
Lim berkata, tindakan tegas harus dikenakan ke atas pegawai yang terlibat sehingga menyebabkan kematian kepada seseorang apatah lagi kerana tidak memberikan fakta sebenar sebelum ini.
"Sangat tidak mencukupi (lucut tugas operasi siasatan). Kalau SPRM menerima keputusan Suruhanjaya Diraja, sangat jelas bahawa tiga individu yang dinamakan ini melakukan pelbagai perbuatan jenayah dan juga menyebabkan kematian Teoh Beng Hock.
"Ini adalah satu kesalahan yang serius kerana memberikan keterangan yang palsu yang mengikut penal code boleh dikenakan penjara tujuh tahun," katanya.
"Hanya itu sahajalah satu-satunya jalan untuk mengakhiri EO dan dan ISA. Tendang keluar kerajaan Barisan Nasional," katanya dipetik TV Selangor pada satu ceramah di Ipoh, semalam.
Jeyakumar (kanan) bersama lima yang lain ditahan mengikut EO selepas dibebaskan pada 2 Julai lalu.
Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Jun lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".
Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Menurut polis, berdasarkan barangan yang dirampas mereka dikatakan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).
Oleh itu mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.
Namun selepas dibebaskan, mereka kemudiannya ditahan di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana dikatakan terlibat dengan pihak luar dan telah diresapi anasir subversif.
Walau bagaimanapun, peguam mereka, Edmund Bon mencabar dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa enam anggota PSM itu ditahan di bawah EO berikutan dalam 37 afidavit yang diterima bagi tujuan permohonan habeas corpus menunjukkan, mereka ditahan hanya kerana mendalangi perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu.
Dalam pada itu, bercakap di pentas yang sama, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, EO merupakan satu undang-udang zalim yang begitu senang disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan.
Justeru itu beliau mendesak akta tersebut dimansuhkan dan enam anggota PSM dibebaskan segera.
"Ini adalah kes politik. Dr Jeyakumar dan enam yang lain ditahan kononnya mengisytiharkan perang ke atas Agong. Adakah ia jenayah sebenar? Dr Jeyakumar dan enam yang lain mesti dibebaskan," kata Lim.
- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala UniversityPSM6... Apa dia PSM? ini bukan parti sosialist Malaysia , PSM ini mengikut tafsiran Najib adalah. Polis sedang memerintah.
Najib : PSM6 ini komuniti komunis , yang ingin mejatuhkan kuaaa agung.
LKS : Apa ini? PSM itu parti yang mendaftar, diiktiraf kerajaan.
Najib: Bukan itulah. bukan masalah dafta tak daftar.Asalkan saya bagi arahan untuk pdrm , mereka ikut perintah.
LKS : Ini kes politik, umno sengaja menakutkan rakyat , nak memburukkan nama PSM.
Najib: Bagi saya PSM adalah Polis Sedang Memerintah. kita dengan PDRM sama sama share memerintah , kalau isu politik , kami share dengan polis. Polis handle dengan baik. kalau isu menipu rakyat. Kita handle , polis dikecualikan.- Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
- Xyza Caution · Pengulas Tertinggi · Kampung Aje
Harakahdaily |
WASHINGTON, 25 Julai: Tindakan kerajaan Malaysia termasuk mahkamah menyekat penyebaran kartun Zunar atau Zulkiflee Anwar Ulhaque mendapat bantahan dari peringkat antarabangsa apabila Cartoonists Rights Network International (CRNI) menggesa kebebasan bersuara dihormati. Menurut Russell, pihaknya telah meneliti dan menyemak kandungan kedua-dua buku yang diharamkan itu, "Perak Darul Kartun" serta "1 Funny Malaysia" dan mendapati semua kartun-kartun dalam buku ini menepati standard antarabangsa untuk kartun editorial. |
BN jangan anggap rakyat sekarang bodoh
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Umno BN diingatkan bahawa rakyat zaman ini tidak boleh diperbodohkan lagi dengan penggunaan media tradisional yang dikuasai mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Katanya, rakyat khususnya generasi muda hari ini bebas berfikir dan mendapat maklumat biarpun cuba disembunyikan Umno BN. "Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar. Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era 1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama," katanya. Sambil menyifatkan zaman ini zaman kebangkitan rakyat, beliau menyeru BN melihat sendiri bukti itu pada waktu ini. Ianya termasuk kebangkitan masyarakat peneroka yang menyedari mereka ditipu di Felda bertahun-tahun, dan kini mula bangkit menyaman Felda, bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka. Selain itu, rakyat juga sudah mula berani bangkit membantah saman ekor, kenaikan tol dan harga barangan lain. Bukti paling jelas dan masih segar jelasnya, ditunjukkan rakyat pada himpunan Bersih 2.0 yang berlangsung 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih. Namun apa yang menyedihkan kata Tuan Ibrahim, kebangkitan rakyat itu dicop sebagai penentang kerajaan dan pro pembangkang. "Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat jelata parti pemerintah, mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang tidak harus dibantu. "Kini, apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka, mereka terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembak dengan air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan," katanya. Tambahnya lagi, kerajaan kini begitu angkuh sehingga menganggap semua yang dilakukan mereka dikatakan semuanya betul - dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka. Dengan semangat slogan ‘Malaysia Boleh’ kerajaan jelasnya berani melakukan apa sahaja semata-mata demi kuasa dan kerana mereka menguasai media. "Tapi, beringatlah kerajaan bahawa pada hari ini semakin banyak rakyat yang tidak mempercayai media perdana! "Rasa tidak puas hati rakyat semakin melebar… dan mereka sayangkan negara – tetapi jangan pula kerajaan salah anggap – sayang negara mereka bermaksud sayang kerajaan pemerintah. Pada saat mereka sayang negara, mereka juga benci pemimpin yang ego, sombong, tamak, rakus dan zalim," tegasnya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan