HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 16 Julai 2011
ADA PEMALU..ADA MALU2 KUCING...ADA MALU SAKAN...ADA TAK MALU...ADA TAK TAHU MALU...ADA MEMANG TAK MALU LANGSUNG...RASULLULLAH SAW PEMALU ORANGNYA...
Keluarga Baharudin harap tiada 'cover up'
Jul 16, 11 4:57pm
Anggota keluarga Baharudin Ahmad hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Tan Sri Ismail Omar ekoran kematian arwah selepas menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu.
Diwakili adik lelaki arwah Kassim dan anaknya Azhar, mereka diiringi beberapa pemimpin utama PKR, termasuk naib presidennya N Surendran, dan aktivis daripada kumpulan peguam Lawyers for Liberty.
Menurut memorandum yang diedarkan pengarah biro guaman parti Latheefa Koya, anggota keluarga pemandu teksi itu antaranya mahukan penjelasan berhubung "serangan fizikal" terhadap peserta BERSIH 2.0, termasuk Baharudin.
"Allahyarham berada di kawasan Jalan Ampang apabila serangan polis termasuk dengan gas pemedih mata dilakukan.
"Terdapat saksi-saksi kukuh yang menyatakan bahawa percubaan dibuat untuk mendapatkan bantuan bagi allahyarham daripada dua anggota polis yang berada di kawasan tersebut, tetapi tidak diendahkan oleh mereka," memorandum itu dipetik.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pada 10 julai lalu dilaporkan berkata kematian Baharudin akibat komplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih mata.
Bagaimanapun, memorandum hari ini mendakwa beberapa tulang rusuk allahyarham patah, giginya hilang sebatang dan terdapat luka pada bibir.
Mahu laporan disiar pada awam
Sebaliknya pihak polis dan kerajaan segera menafikan bahawa pihak polis bertanggungjawab bagi kematian ini, tanpa melakukan sebarang siasatan yang lengkap.
"Tindakan ini adalah tidak ikhlas dan dilihat oleh orang awam sebagai satu percubaan untuk cover-up (menutup) peristiwa ini," memorandum itu dipetik.
Sehubungan itu, anggota keluarga, PKR dan aktivis peguam itu menuntut supaya kesemua pegawai polis, termasuk pegawai-pegawai tertinggi yang memerintah operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes.
Manakala tuntutan lain dalam memorandum itu supaya:
Penyiasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindung mana-mana pihak dijalankan dengan segera.
Laporan penuh penyiasatan ini dicetak dan disiarkan kepada orang awam.
Tindakan pendakwaan dibawa ke atas semua pegawai polis walaupun seberapa tinggi pangkatnya, yang bertanggungjawab bagi kematian arwah.
Ketua polis negara dengan segera meminta maaf dengan keluarga allahyarham dan keseluruhan rakyat Malaysia kerana menyalahguna kuasa dan menggunakan kekerasan berlebihan terhadap rakyat.
Dua tahun selepas kematian pembantu politik Teoh Beng Hock, keluarganya masih terseksa pada kematian misteri, antaranya kerana laporan suruhanjaya diraja masih belum didedahkan.
Semasa menghadiri majlis peringatan di Seri Kembangan, adik perempuannya Lee Lan membuat rayuan penuh emosi supaya laporan itu dikeluarkan.
"Saya tidak faham kenapa perdana menteri tidak mahu dikeluarkan. Kenapa?
"Laporan itu bukan untuk kami, ini semua untuk rakyat Malaysia," kata Lee Lan yang bergenang air mata dalam ucapan 30 minitnya.
KUALA LUMPUR,16 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat akan melancarkan kempen "Ramadhan Bulan Bersih" sebagai meneruskan momentum himpunan Bersih 2.0 yang telah berjaya diadakan 9 Julai lau.
Kempen itu sebagai usaha penerangan ke seluruh negara berhubung tuntutan ke arah sistem pilihan raya yang bersih dan adil, yang akan berlangsung sepanjang Ramadhan yang akan tiba bulan hadapan.
Menurut ketuanya, Nasrudin Hassan, pihaknya akan memulakan siri jelajah ke setiap negeri sejurus bermulanya Ramadhan bagi memberikan penerangan mengenai Bersih 2.0.
Siri jelajah itu akan diteruskan dengan kempen balik kampung sempena Aidilfitri yang turut menjurus kepada penerangan mengenai Bersih 2.0.
"Pemuda PAS terdiri daripada jawatankuasa harian akan menjalankan roadshow ke seluruh negara Ramadhan ini bermula di negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang dan seterusnya Perak.
"Manakala untuk negeri Pantai Timur, kami akan turun sempena sambutan Aidilfitri nanti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Katanya juga, Ramadhan dipilih untuk "Bulan Bersih" selaras dengan kemuliaan bulan itu yang menuntut manusia khususnya umat Islam membersihkan hati dan akhlak.
"Kempen kita merangkumi ceramah dan edaran pelbagai risalah mengenai Bersih agar semua maklumat sampai kepada rakyat," katanya.
Selain itu, DPP juga katanya tetap berpendirian bahawa segala rampasan barangan Bersih 2.0 adalah tidak sah dan menuntut segala barangan yang dirampas dikembalikan semula kepada pemiliknya.
Khidmat Guaman
Sementara itu, beliau mengecam tindakan membuang seorang pelajar sebuah universiti di Mesir, Firdaus Mazlan yang mengajurkan perhimpunan Bersih 2.0 di sana.
Tegasnya, ruang demokrasi yang bebas harus juga diberikan kepada mahasiswa.
"Tindakan buang universiti suatu yang keterlaluan kerana pelajar ini hanya tinggal dua minggu lagi untuk menamatkan pelajaran," katanya.
Sehubungan itu, pihaknya akan menyediakan khidmat guaman melalui Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham).
"Pihak keluarga boleh menghubungi pengarah Juham untuk tindakan undang-undang dan sesiapa sahaja yang mengalami masalah boleh berbuat demikian," katanya.
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.
Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.
"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.
Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.
Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.
Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.
"Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?
"Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi...adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?", soalnya lagi.
Revolusi BN dalam kes rampasan kuasa di Perak katanya secara jelas melanggar prinsip demokrasi dan undang-undang dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem pilihan raya.
Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.
LENGGONG, 16 Julai: PAS kawasan Lenggong semalam membuat satu laporan polis berhubung penyebaran risalah berunsur lucah oleh pihak tidak bertanggungjawab di beberapa buah sekolah, surau, masjid dan tempat-tempat awam di sini.
Laporan itu dibuat di balai polis Lenggong diketuai Timbalan Pesuruhjaya III PAS Perak, merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong, Razman Zakaria bersama 50 masyarakat (gambar) kampung di sini.
Razman berkata, risalah mengandungi gambar lelaki dan wanita dalam keadaan berbogel itu ditemui oarang ramai di Masjid Gua Badak, Masjid Kampung Kuak, Sekolah Azalan Shah, Pasar Pekan Lenggong, kedai makan kampung Sumpitan dan kampung Tanpan Air.
"Setelah mendapati isi kandungan risalah lucah tersebut dengan jelas, saya bergegas kebalai polis bersama-sama masyarakat Melayu, Cina, India di daerah Lenggong untuk membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
"Kami juga membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Islam Lenggong, bagaimanapun kakitangan pejabat yang ditemui menjelaskan bahawa, perkara itu diluar bidang kuasa mereka," katanya lagi.
Difahamkan risalah tersebut ada kaitan dengan video seks yang disebar di internet yang didedahkan oleh trio Umno yang mengaitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya lagi, tindakan itu menimbulkan kemarahan masyarakat di sini kerana telah mencemar tempat-tempat penting institusi masyarakat Masyarakat di daerah itu.
"Persoalannya sekarang, mengapakah gerombolan-gerombolan yang mengedarkan risalah ini mahu menjatuhkan maruah tertuduh, sedangkan gerombolan-gerombolan ini telah menjatuhkan maruah, akhlak, moral mereka sendiri daerah Lenggong pada ketika ini.”
Selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Lenggong, Razman berkata, Pakatan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan hina tersebut yang kini dilihat sangat terdesak sehingga terpaksa menggunakan politik lucah.
Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) telah berjanji kepada rakyat Malaysia untuk membuat beberapa perubahan dalam perlaksanaan pilihanraya akan datang. Antaranya adalah pengundian awal(Advance Voting) dan pengesahan secara biometrik bagi setiap pengundi. Dewan Pemuda PAS Pusat merasakan perlu SPR menjelaskan kepada rakyat Malaysia beberapa persoalan di bawah ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof pernah membuat kenyataan media pada 26 Mei 2010 bahawa SPR bersedia melaksanakan pengundian awal pada Julai 2011. Setakat ini rakyat belum nampak pindaan-pindaan dibuat di Parlimen berhubung dengan perlaksanaan pengundian awal. Persolannya, bilakah tarikh sebenar SPR bersedia melaksanakan proses pengundian awal dan pengesahan kad pengenalan secara biometrik?
Apakah status sebenar mereka yang dibenarkan membuat pengundian awal? Apakah mereka berstatus pengundi awam atau pengundi pos ?
Jika status mereka adalah pengundi awam :-
Persoalannya, bilakah nama mereka yang sedang tersenarai sebagai pengundi pos akan dikeluarkan daripada pengundi pos?
Jika status mereka adalah pengundi pos :-
Persoalannya, pengerusi SPR pernah menyatakan bahawa pengundian awal adalah seperti pengundi awam di mana mereka tidak perlu mengisi borang 2. Sedangkan dalam Peraturan-peratuan Pilihanraya(Pengundi Pos) 2003 dinyatakan dengan jelas setiap pengundi pos perlu mengisi borang 2. Persoalannya, bilakah tarikh SPR akan membuat pindaan terhadap pengunaan borang 2 dalam seksyen 7(2), 8(b), 15(2), 15(3),15(5), 15(6), 15(7), 15(8), 15(9), 15(10) dan 16 dalam Peraturan-peratuan Pilihanraya(Pengundi Pos) 2003?
SPR tidak akan menghapuskan undi pos sepenuhnya kerana terdapat mereka yang tidak dapat mengundi pada hari pengundian seperti anggota tentera di medan perang. Setelah perlaksanaan pengundian awal, selain daripada anggota tentera di medan perang, siapakah lagi mereka yang dibenarkan menjadi pengundi pos sebenar?
Pelajar yang berada di luar negara contohnya Mesir mempunyai lebih 7,000 orang pelajar bukan dalam bidang yang kritikal dan mereka boleh mengundi di kedutaan masing-masing. Apa rasionalnya pelajar di luar negara mengundi sebagai pengundi pos? Kenapakah mereka tidak dibenarkan mengundi di kedutaan masing-masing sebagai pengundi awam ?
Kakitangan SPR boleh memohon untuk menjadi pengundi pos selepas penamaan calon dibuat. Permohonan mereka sebagai pengundi pos akan diluluskan sedangkan nama mereka tidak sempat dibatalkan oleh SPR sebagai pengundi awam dalam daftar pemilih yang diserah kepada calon pada hari penamaan calon. Persoalannya, bukankah terdapat dua nama iaitu sebagai pengundi pos dan sebagai pengundi awam bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya” ?
Kemungkinan besar terdapat masalah untuk mengesan kad pengenalan seseorang pemilih menggunakan biometrik, contohnya cip kad pengenalan pemilih rosak atau kad pengenalan hilang(hanya membawa kad pengenalan sementara) atau terdapat pemilih yang enggan melalui proses pengesahan biometrik. Dalam Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia menyatakan setiap warganegara berumur 21 tahun layak mengundi dan tidak dinyatakan mereka perlu melalui proses biometrik. Persolannya, di manakah hak SPR menghalang seseorang pemilih mengundi jika kad pengenalan seseorang pemilih tidak dapat disahkan oleh sistem biometrik ?
SPR menjelaskan bahawa pengunaan dakwat kekal atau indelible ink bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia. Sedangkan pengunaan dakwat kekal bukannya untuk menghalang seseorang mengundi tetapi hanya mengesahkan seseorang itu telah mengundi. Persoalannya di manakah pengunaan dakwat kekal yang bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia ?
SPR telah pernah membelanjakan lebih kurang RM3 juta untuk membeli dakwat kekal sebelum pilihanraya ke-12 malangnya telah dibatalkan di saat akhir. SPR telah terbukti membazirkan wang rakyat untuk membeli sesuatu yang tidak boleh digunakan dalam pilihanraya. Persoalannya, sudahkan SPR membuat kajian keberkesanan perlaksanaan sistem pengesahan menggunakan biometrik? Berapakah kos yang diperlukan oleh SPR untuk membeli segala peralatan, menyediakan kakitangan mahir dan lain-lain yang diperlukan untuk melaksanakan proses pengesahan melalui sistem biometrik? Sudahkah kerajaan meluluskan peruntukan perbelanjaan tersebut ? Apakah mekanisma SPR untuk mengelakkan kesesakan di pusat pengundian setelah perlaksanaan biometrik ?
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar telah menyatakan bahawa pihak SPR akan membuat penjelasan kepada rakyat berhubung isu-isu berbangkit. Dalam akhbar Sinar Harian pada hari ini 15hb Julai 2011, Datuk Wan Ahmad juga menuduh pembangkang memanipulasi dengan menyatakan “Selama ini, apabila SPR beri penjelasan isu berbangkit, sebagai contoh tuntutan Bersih, pembangkang akan manipulasi isu, diputarbelitkan dan dicampur aduk dengan andaian-andaian tanpa bukti “ . Dewan Pemuda PAS mencabar Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar untuk berdialog secara terbuka dengan pemuda PAS berhubung dengan isu-isu berbangkit.
SUHAIZAN BIN KAIAT
Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Dewan Pemuda PAS Pusat
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Keluarga peserta himpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia, Allahyarham Baharudin Ahmad, menuntut Ketua Polis Negara memohon maaf dengan segera kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia kerana menyalahgunakan kuasa dan kekerasan terhadap rakyat.
Tuntutan ini terkandung bersama 4 lagi tuntutan lain dalam memorandum yang diserahkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Mereka yang hadir bersama peguam Pakatan Rakyat mahu kesemua pegawai polis termasuk pegawai tinggi yang memerintah operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes ini dan penyiasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindungi mana-mana pihak dijalankan dengan segera.
Selain itu, turut dituntut agar laporan penuh penyiasatan ini dicetak dan disiarkan kepada orang awam serta tindakan pendakwaan dibawa ke atas semua pegawai polis tanpa mengira ketinggian pangkat yang bertanggungjawab di atas kematian arwah.
Peguam N. Surendran berkata, pihak polis secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak bersalah dalam insiden tersebut sebelum siasatan menyeluruh dibuat.
"Kami berada di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan sikap dan tindakan polis. Tanpa siasatan menyeluruh, percubaan melindungi kesalahan mereka telah bermula," katanya yang juga naib presiden PKR.
Menurutnya juga, polis tidak boleh berdolak dalik dalam perkara ini kerana pihak peguam sedang mengumpulkan bukti bergambar yang menunjukkan polis menggunakan gas pemedih mata secara berlebihan.
"Ini merupakan satu jenayah. Tulang rusuk arwah patah,gigi patah, luka di bibir,apa penjelasan polis?
"Kita ada 'footage' kekasaran polis dan saksi sendiri nyatakan sewaktu allahyarham bergelut dalam kesakitan,tiada polis datang membantu," katanya.
Memorandum tersebut diterima oleh ASP Shafiei Mohamad dan kemudiaanya dipanjangkan kepada pegawai atasan, Ramly Mohamed Yusuf atas permintaan mereka.
Sementara itu, abang Allahyarham, Kasim Ahmad berkata, beliau akan terus menuntut pihak polis bertanggungjawab di atas kekejaman mereka.
Beliau yang merupakan pesara tentera juga berkata, rakyat termasuk allahyarham cuma pencinta demokrasi dan polis tidak wajar bertindak kasar ke atas mereka.
"Rakyat cuma keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil tapi polis khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein jadikan Kuala Lumpur seperti Gaza, penuh huru-hara, jalan semua ditutup, menyusahkan orang ramai," katanya.
Turut bersama dalam penyerahan tersebut ialah seorang lagi naib presiden PKR, peguam R. Sivarasa dan ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam bersama kira-kira 20 aktivis Bersih 2.0.
Sementara itu, seorang saksi kejadian, A. Rajaratanam melahirkan rasa kesal dengan sikap polis yang enggan menghulurkan bantuan meskipun menyaksikan allhayarhan sedang tenat.
"Masa arwah sedang tenat, saya minta polis panggil ambulans tapi mereka enggan.Polis beruniform tidak layan pun permintaan saya.Jadi minta polis jelaskan perkara ini," katanya.
SHAH ALAM, 16 Julai: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi (Juham) Dewan Pemuda PAS Selangor semalam memfailkan saman pemula terhadap pihak polis yang menahan seorang Pemuda PAS pada 24 Jun lalu.
Menurut Pengarah Juham Selangor, Peguam Zainal Said, dalam saman pemula itu, mereka memohon mahkamah isytiharkan penangkapan Musfari Abdullah Azmi dari Padang Jawa, dekat sini sebagai tidak sah.
Juham juga memohon perampasan barang-barang milik Musafri iaitu 8 helai baju T-Shirt berwarna kuning bertulisan ‘Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil’ adalah tidak sah dan hendaklah dikembalikan kepadanya.
Saman pemula itu telah dibuat di Mahkamah Tinggi Malaya bahagian sivil, di sini petang semalam.
Turut hadir dalam sidang media di situ adalah AJK PAS Pusat selaku Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Adun Meru, Dr Abd Rani Osman, Setiausaha PAS negeri, Peguam Mohd Khairudin Othman dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan.
Zainal yang juga Exco Juham Pusat berkata, saman pemula ini adalah yang pertama di negara ini, dikemukakan secara rasmi kepada mahkamah dan berharap banyak lagi sama seumpama ini dapat dibuat oleh negeri-negeri lain.
Menurutnya, saman itu tertakluk Dalam Perkara 5, 9, 10, dan 13 Perlembagaan Persekutuan, Dalam Seksyen 23 (1) Kanun Prosedur Jenayah termasuk Dalam Perkara Penahanan Pemohon pada 24 Jun.2011 di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Selangor dan Dalam Perkara perampasan 8 (Lapan) helai T-Shirt berwarna kuning bertulisan ‘Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil’.
Juham dalam saman mereka menamakan: 1. John Doe sebagai orang yang menangkap, 2. Inspektor Misbahudin Haji Hamdan (I/16615), 3.ACP Zahedi Ayob sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam dan 4. Menteri Dalam Negeri sebagai responden.
Zainal berkata, Juham juga memohon deklarasi bahawa responden-responden telah menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, menuntut gantirugi am, gantirugi teladan dan gantirugi teruk, kos; dan lain-lain perintah yang difikirkan adil dan suaimanfaat oleh mahkamah.
“Juham juga mengemukakan alasan-alasan bagi permohonan kerana pemohon telah ditahan pada 24 Jun 2011 lebih kurang jam 11:20 malam dalam perjalanan balik ke rumah beliau daripada mesyuarat sukan rakyat di Pejabat JKK Padang Jawa, Klang, Selangor, pemohon tidak diberitahu tentang alasan mengapa beliau ditahan.
“Penahanan oleh anggota polis terhadap Pemohon adalah tidak sah di sisi undang-undang, begitu juga perampasan barang-barang milik Pemohon juga tidak sah di sisi undang-undang dan penahanan pemohon telah menjatuhkan imej baik beliau di mata masyarakat setempat memandangkan cara penahanan pemohon seperti seorang penjenayah,” tegas saman itu.
Saman Pemula ini juga disokong oleh afidavit Musfari yang turut difailkan bersama.
Sementara itu, Musafridi dalam afidavit menyatakan pada 24 Jun 2011 lebih kurang jam 10.00 malam, beliau telah menghadiri satu mesyuarat di balai JKKK Padang Jawa bagi membincangkan tentang sukan rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.
“Selepas mesyuarat berakhir dan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, saya telah didatangi dan ditahan oleh empat (4) orang yang memakai pakaian biasa dengan sebuah kereta Waja dan memperkenalkan diri mereka polis dari IPD Shah Alam tanpa menyatakan nama mereka. Bersama-sama saya ketika itu adalah beberapa orang kawan saya yang juga selesai pulang dari mesyuarat tersebut.
“Sebuah kereta peronda polis datang ke tempat kejadian dan anggota-anggota polis tersebut telah mengarahkan pula saya memasuki kereta Waja.Selepas itu kereta peronda polis dan Waja tersebut bergerak ke IPD Shah Alam sambil siren kereta peronda dibunyikan setelah mula bertolak dari tempat kejadian dan menyebabkan orang ramai terkejut.
“Saya berasa amat malu, seolah-olah seperti seorang penjenayah dan imej baik saya telah jatuh di mata masyarakat setempat.
“Semasa sesi soalsiasat tersebut, saya telah bertanyakan Responden Kedua mengenai nama anggota yang menangkap saya dan di atas kesalahan atau alasan apa saya ditangkap, tetapi beliau enggan memberikan sebarang jawapan,” jelasnya.
Musafri berkata dalam afidavit, beliau telah dilepaskan pada pukul 1.49 pagi setelah ditahan selama lebih kurang 2 jam 30 minit.
Pada 29 Jun.2011, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam untuk melaporkan kejadian penahanan dan rampasan tersebut. .
Beliau sekali lagi bertanyakan pegawai polis di kaunter mengenai butiran nama Responden Pertama (pegawai yang membuat tangkapan) tetapi pegawai berkenaan enggan memberitahu nama-nama mereka.
Musafri menyatakan sesungguhnya, setelah dinasihati oleh peguamcaranya dan mempercayainya bahawa penahanan ke atas beliau adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasan dirinya.
Video 1.30 pagi waktu Malaysia : Demo Bersih 2.0 sebelum Najib dan Rosmah berlepas pulang di Hotel Intercontinetal,London
LAUNGAN "SHAME ON YOU NAJIB!!" BERGEMA SEMPENA "SAMBUTAN TERAKHIR" NAJIB ALTANTUYA DI HOTEL INTERCONTINETAL LONDON, JAM 630 PETANG WAKTU LONDON SEMALAM (130 PAGI TADI WAKTU MALAYSIA)
KETIBAAN NAJIB DI HOTEL BERKENAAN DIIRINGI ROSMAH MANSOR DAN MENTERI LUAR, ANIFAH AMAN SERTA DELEGASI MALAYSIA DISAMBUT DENGAN PEKIKAN DAN SORAKAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA DI HADAPAN HOTEL BERKENAAN!!
ANIFAH CUBA BERUNDING DENGAN RAKYAT MALAYSIA YANG MENUNGGU KETIBAAN NAJIB DENGAN HARAPAN CUBA MENYURAIKAN MEREKA DARI PERKARANGAN HOTEL BERKENAAN.
MALANGNYA, NASIHAT ANIFAH TIDAK DIENDAHKAN DAN MEREKA TERUS BERKUMPUL SEPERTI MANA YANG DILAKUKAN DI HADAPAN MANSION HOUSE SEMALAM!!
DIPERCAYAI NAJIB MENGADAKAN MAJLIS BERSAMA DENGAN RAKYAT MALAYSIA DI SANA DAN YANG TERAKHIR SEBELUM BERLEPAS PULANG KE KUALA LUMPUR.
SAKSIKAN VIDEO YANG DIRAKAMKAN EKSKLUSIF BUAT PENONTON JALAN PULANG DARI LONDON, UNITED KINGDOM.
JALAN PULANG
"SHAME, SHAME, SHAME ON NAJIB RAZAK"!!
"SHAME, SHAME, SHAME ON YOU"!!
KAH KAH KAH...
KAH KAH KAH...
Saturday, 16 July 2011
majlis kenduri kat PULAPOR RM25.
RM25.00...... ada percaya ka?
SHAH ALAM 16 JULAI : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mempersoalkan sejauh mana kebenaran polis membelanjakan sebanyak RM25 seorang untuk menyediakan makan dan minum kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 yang ditahan pada 9 Julai lalu.
“Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan,” ujar beliau yang dipetik dari laman blognya semalam.
Badrul Hisham, yang dikenali sebagai CheguBard, berkata demikian bagi merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis apabila cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna.
“Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?” soalnya.
“Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan,” jelasnya.
Chegubard berkata, ini bermakna, polis mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat. Mana pergi lagi RM20? Ini melibatkan salah guna kuasa.
Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini.
Menurut CheguBard, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku dimana makanan dalam lokap tidak pernah diperiksa berapakah harga yang diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan serta siapa yang bertanggungjawab meraih keuntungan ‘rasuah’ tersebut?
“Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang,” katanya.
'Polis bengis macam nak makan saya'
Jimadie Shah Othman Jul 16, 11 5:59pm
Tindakan polis menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu terus dikritik hebat, sehingga Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang terkenal dengan kelembutannya pun kini merasa amat benci kepada kerajaan.
"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.
"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.
Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".
Menghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".
"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.
A Samad Said diwawancara Wee Yu Meng, Jimadie Shah Othman, Abdul Rahim Sabri dan Nigel Aw.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan