Rabu, 27 Julai 2011

BILIK BAWAH TANAH...DE CAHAYA DAN BERHAWA DINGIN...DALAM KUBUR@DALAM GELAP....SORANG2...DISOAL DAN SIKSA IKUT AMALAN...JAHAT DAN BAIK BARU TAHU DISITU

Kosongkan premis: Permohonan ADUN Umno ditolak
Jul 26, 11 7:28pm
Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim hari ini gagal dalam usahanya untuk membatalkan arahan kerajaan negeri supaya beliau mengosongkan premis Pusat Komuniti ADUN Penaga, iaitu kawasan yang diwakilinya.

Hakim Datuk Rohana Yusof menolak permohonan semakan kehakiman itu di dalam kamar untuk mencabar arahan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara.

NONEDalam permohonan yang difailkan Disember tahun lalu, Azhar menamakan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden.

Beliau memohon mahkamah mengisytiharkan arahan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara melalui surat bertarikh 8 Nov tahun lalu, yang mengarahkan beliau mengosongkan premis berkenaan pada atau sebelum 19 Nov lepas, adalah batal dan tidak sah.

Bercakap kepada pemberita kemudian, peguam Jenine Gill yang mewakili kedua-dua responden berkata hakim memutuskan pemohon (Azhar) tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk mencabar arahan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata Azhar pada masa ini tidak perlu mengosongkan pusat komuniti itu kerana mahkamah telah membenarkan permohonan peguam beliau, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, untuk menggantung sementara keputusan itu sehingga permohonan sebenar didengar.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Azhar berkata pusat komuniti berkenaan yang mula beroperasi sekitar tahun 2006 semasa kerajaan negeri itu diperintah BN, dibina khas untuk pelbagai aktiviti melibatkan kepentingan dan kebajikan penduduk di Penaga.

Beliau berkata sejak tampuk pemerintahan kerajaan negeri dipegang DAP, operasi pusat komuniti itu berjalan seperti biasa sehingga 18 Nov lalu, iaitu setelah arahan penyerahan kunci dibuat Pegawai Daerah berkenaan.

ADUN Penaga itu berkata beliau menghantar surat kepada Pegawai Daerah berkenaan pada 16 Nov 2010 meminta arahan tersebut disemak semula, namun sehingga kini kedua-dua responden tidak memberi sebarang jawapan.

Katanya beliau belum menyerahkan kunci premis berkenaan kerana berharap Pegawai Daerah mempertimbangkan permohonannya untuk menyemak semula arahan itu.

Azhar juga mendakwa arahan itu bermotifkan politik semata-mata kerana beliau adalah ketua pembangkang DUN.

- Bernama


BERSIH cabar SPR dedah cadangan pindaan
Salhan K Ahmad
Jul 26, 11
6:52pm

Wacana bagi membincangkan tuntutan BERSIH 2.0 serta perhimpunan 9 Julai kecoh apabila penonton mengambil peluang membuat bising ketika Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberikan penjelasan.

Namun, ada di antara 600 orang hadirin yang bertempik kegembiraan serta bertepuk tangan apabila pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap dalam majlis berkenaan.

NONELebih-lebih lagi apabila S Ambiga (kiri) mencabar Wan Ahmad secara terbuka untuk menyatakan cadangan pindaan yang telah dikemukakannya kepada pejabat peguam negara bagi memperbaiki undang-undang pilihan raya.

"Dedahkan pindaan itu, kita akan sokong SPR, apakah pindaan itu?" soal Ambiga yang disambut tepukan gamat daripada hadirin.

Wan Ahmad kemudiannya menjelaskan, situasi demokrasi di negara ini tidak boleh dilihat sama seperti demokrasi di negara Barat.

"Kita ada peraturan, kita ada rahsia rasmi. Ada perkara yang tak boleh SPR dedahkan.

"Bila kita kata tak boleh, kena fahamlah," katanya lagi yang turut menggesa BERSIH supaya bekerjasama dengan kerajaan bagi membolehkan undang-undang tersebut dipinda.

"Bukannya kita berpihak dengan pihak mana-mana," katanya lagi yang disambut dengan laungan "boo".

SPR: Dasar ikut kehendak kerajaan

Wan Ahmad yang tidak gembira dengan layanan yang diberikan oleh hadirin ke atasnya turut mengambil peluang untuk 'menyekolahkan' hadirin tentang adab dalam menghadiri program ilmu seperti itu.

NONE"Sebab itulah saya kata, anda hanya mahu percaya apa dalam fikiran anda," katanya lagi.

Wan Ahmad (kanan) turut menjelaskan bahawa dasar yang hendak ditetapkan itu masih perlu mengikut kehendak sesuatu kerajaan pada masa itu.

"Jika kerajaan rasa umur layak mengundi ialah 21 tahun dan bukan 18 tahun, tidak kiralah sebanyak mana cadangan dibuat, ia tidak akan (diterima," katanya lagi.

Jawapannya itu mengundang soalan daripada moderator, Wan Saiful Wan Jan yang bertanya sekiranya masalahnya bukan pada SPR tetapi di peringkat kerajaan.

Wan Ahmad bagaimanapun mengelak daripada menjawab soalan berkenaan dan berkata reformasi pilihan raya perlu dijalankan secara bersama.

"Anda tidak boleh lihat SPR sebagai musuh jika mahu reformasi," katanya lagi.

Jawatankuasa cadang pindaan

Dalam pada itu, Ambiga turut menjelaskan bahawa BERSIH telah menjemput kerajaan untuk menyertai gagasan itu bagi mencapai tujuannya.

NONE"Kerajaan memilih untuk tidak sertai tapi pembangkang sertai dan kita hargai," katanya lagi ketika menjawab satu soalan berhubung dakwaan BERSIH didukung Pakatan Rakyat.

Bercakap dalam majlis yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf itu, Ambiga berkata BERSIH turut disokong oleh rakyat biasa, "tetapi mengapa mereka melayan BERSIH seolah-olah mereka bukan rakyat Malaysia?"

Ambiga seterusnya mencabar Wan Ahmad supaya menubuhkan satu jawatankuasa untuk mencadangkan pindaan berkenaan.

NONEAmbiga berkata, SPR berhak berbuat demikian mengikut kuasa yang diperuntuk ke atasnya.

Suasana turut gamat sehingga beberapa minit lamanya apabila seorang lelaki bertanya sekiranya Ambiga akan meneruskan "perhimpunan haram."

Soalan itu juga disahut dengan pekikan "boo" oleh sebahagian besar para hadirin berkenaan.

Ambiga bagaimanapun tetap menjawab soalan berkenaan dengan menyatakan bahawa hak untuk berhimpun itu dinyatakan dalam perlembagaan.

Penganjur nafi tekanan politik

Namun wujud juga undang-undang lain yang digubal di parlimen bagi mengehadkan hak berkenaan.

"Masalahnya, polis tidak mengehadkannya tapi menariknya terus. Anda tidak boleh mengehadkan sesuatu hak itu hingga ia menjadi ilusi," katanya lagi.

NONETambahnya, BERSIH juga telah bekerjasama dengan polis dengan meminta pasukan itu menamakan jalan yang boleh dilalui oleh peserta demonstrasi.

Wacana berkenaan yang berlarutan sehingga lebih dua jam kemudiannya dihentikan apabila hadirin terus bertindak memperlekehkan Wan Ahmad ketika timbalan pengerusi SPR itu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan ke atasnya.

Ini termasuk soalan yang diadakan seorang lelaki berhubung "bukti" bahawa seorang anggota tentera didapati mengundi dua kali menggunakan kad pengenalan awam dan tentera.

"Saya suruhanjaya, kami bincang tentang dasar tapi tuan bawa kerani punya isu," katanya lagi yang disambut dengan lebih banyak lagi laungan.

Bercakap dalam sidang media selepas itu, ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Datuk Husamuddin Yaacob berkata program berkenaan terpaksa ditamatkan bagi menghormati waktu solat Asar.

"Kalau tengok di Karangkraf, kita memang kalau setiap waktu azan, seluruh bangunan ini akan dengar azan.

"Walaupun kita bisnes biasa, tapi kita patuhi budaya Islam," katanya yang menafikan wujud tekanan politik sehingga program berkenaan terpaksa ditamatkan.

"Malah, polis beri kerjasama dan timbalan menteri pun datang jadi saya fikir tak ada tekanan daripada mana-mana pihak," katanya lagi.

  • Mohd Ismail Qamaludeen · Top Commenter · Inti College Sarawak
    WAHAI HAMBA ALLAH...WAN AHMAD....NEXT WEEK RAMADHAN, PUASA ZAKAT SEMUA TIADA MAKNA BILA EN.WAN BERSANDIWARA.......KLO SPR TIADA KUASA JUAL PISANG GORENG SAUDARA AHMAD, DARI MAKAN GAJI BUTA, DULU KINI DAN SELAMANYA TIADA SEMPADAN , BUTA HURUF PUN PAKAI FACEBOOK....FAHAM2LAH, UBAHLAH DEMI RAKYAT MALAYSIA JGN PANDAI BERKOKOK AJE....PERATURAN DALAM SELUAR WAN.....jgn terkejut biawak dlm seluar meronta minta undi post.
    • Chan Fung · Top Commenter · Universty sabah malaysia
      thanks for sharing raja rimba..
    • Zanirun Baba · Top Commenter
      tak pernah sekali manusia ini bercakap benar..dari iras muka dan body language dah tahu INI MANUSIA TAK BOLEH PAKAI..Rakyat bayar kau gaji kau kau kianat kita semua sanggup jadi baruah org politik hanya dgn sedikit IMBUHAN..jgn kau nak berlakon lah wan ahmad..sekali kau berbohong sampai bila bila pun kau akan berbohong..
    • Thierry Amri · Top Commenter
      sian wawo, kne pkai skrip umno, x pasal2 kne 'ludah'...
  • Jasmani Md Lani
    Sentiasa elak pertanyaan dengan jawaban "tiada kuasa". Betul ker sebuah suruhanjaya tiada kuasa?
  • Dayanti Claudia Abdullah · Freelance at Michael Bretts Modeling Agency
    "Kita ada peraturan, kita ada rahsia rasmi. Ada perkara yang tak boleh SPR dedahkan." - Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). What's so secretive about that they do not want us to know? Ada udang di sebalik batu kot? ish geram aku...
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Klau melibatkan kepentingan rakyat, mana ada rahsia! Klau rahsia2 ni, mcm ada ssuatu yg disembunyikan. Klau betul2 la spr telus, x ada rahsia2 nya, dedahkan jer kepengetahuan rakyat....
    • Anwar Si Chemeleon · Top Commenter · Ketua Umum at PKR.com
      u said this because ur stupid brain had been manipulated by stupid Anuwar Bean I.boooooooooo.him
    • Zanirun Baba · Top Commenter
      just imagine to have this kind of person to head SPR..Wil only lead to distruction and backspin to the dark world..he still belirves UMNO/BN pays his salary..its a PITY..
  • Dzunun AL Misri · Top Commenter · UITM
    orang tak tuntut pun umur mengundi 18 tahun. tak masuk pun dlm 8 pekara yang bersih tuntut.
    • Hassan Hussin · Top Commenter
      "saya suruhanjaya (SPR la tu) kami bincang tentang dasar, tapi tuan bawa isu kerani" Sebenarnya inilah perkara yang kita laung-laungkan tuntut perubahan undi bertindih, cis dia kata
      kerja kerani je..akai letak di kepala bukan kat jubur!
    • Nasrul Najmie · Top Commenter
      Aduilaaaaaaaaa.... SPR nih! Letak jawatan la kalau takut nak berlaku adil! Ramai lagi yg berani berlaku adil kat Malaysia ni!
    • Shah Is · UTM
      nk adil lh sgt,, ckp mcm rakyat somalia yg di tindas., bersyukur lh.., lum tentu yg di skong brlaku adil utk kita.., sembang bg org bimbang..
  • Ammierto Bangi · Top Commenter · UKM
    Sewajarnya nama 'Suruhanjaya' tidak digunakan pada SPR. Ubah jadi Jabatan Pilihanraya Barisan Nasional.Berlindung disebalik intergriti tetapi jelas bias menyebelahi parti tertentu. Maka jelaslah antara tuntutan Bersih 2 menreformasikan institutsi kerajaan.Mengapa menghalang demokrasi itu?

Suaram: Budaya 'terlepas hukuman' makin buruk
Nigel Aw
Jul 26, 11
2:19pm

Budaya terlepas daripada hukuman yang dinikmati oleh polis dan agensi penguatkuasaan yang lain telah bertambah buruk, menurut laporan hak asasi manusia yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi tahun 2010.

NONEMeskipun aduan ke atas polis terus menimbun, namun bilangan mereka yang 'gemar melepaskan tembakan' terus meningkat setiap tahun.

Dalam mendedahkan fakta itu, pengerusi Suaram, K Arumugam (kiri) menjangkakan situasai berkenaan akan bertambah buruk kerana pihak berkuasa gagal menangani situasi hak asasi manusia.

“Situasi hak asasi manusia tahun depan akan bertambah buruk kerana mereka yang berkuasa tidak mahu mengubah. Mereka terus berpaut untuk berkuasa dan bukannya berjuang untuk kebebasan,” kata aktivis hak asasi itu.

Suaram: Pengusiran 'cabuli kuasa eksekutif'
Jul 26, 11 1:36pm

NGO hak asasai manusia Suaram membidas pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerna “mencabuli kuasa eksekutif” ketika mengusir peguam Perancis, William Bourdon, Jumaat lalu.

ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielPengarahnya, Cynthia Gabriel (kiri) berkata pengusiran Bourdon itu adalah kesilapan terbesar kerajaan kerana ia tidakan yang menghina diplomasi, undang-undang antarabangsa dan adab kesopanan.

Kebiadapan cara Bourdon ditangkap dan diusir adalah “tindakan arbitari” oleh Kementerian Dalam Negeri dan pencabulan kuasa eksekutif oleh pentadbiran Najib, kata Cynthia.

Jabatan Imigresyen pula memberikan justifikasi tindakan mereka dengan mendakwa peguam itu diusir kerana melanggar syarat pas lawatan sosial ke Malaysia yang diberikan itu.

Cynthia berkata Bourdon mewakili Suaram dalam siasatan di Perancis berhubung 'perkara yang tidak kena' membabitkan kerajaan Malaysia berhubung pembelian tiga kapal selam jenis Scorpene RM7.3 bilion daripada firma pertahanan gergasi Perancis DCNS pada 2002.

ops scorpene dinner 220711 crowdMalam Khamis lalu, ketika di Pulau Pinang, Bourdon yang memberi taklimat kepada 600 orang hadirin pada majlis amal yang dinamakan 'Ops Scorpene' anjuran Suaram.

Teras ucapannya adalah mengenai mereka yang mendapat manfaat akibat rasuah dalam urusniaga berkenaan yang bakal didedahkan di mahkamah terbuka di Paris pada September ini.


  • Mohd Rizal Abdul Musikin
    ha ha ha ha... cam ni nyer kes besar pun nak sorok lg... tp what to say,, rakyat mesia ni buta politik... benar lah kata nabi, 'akhir zaman, pemimpin diangkat@dihormati kerana kejahatannya, bukan kerana ketaqwaannya.... sebab tu la melaka dulu senang je dijajah portugis, belanda, inggeris, jepun.. (x termasuk bugis, majapahit, siam dll sebelum tu).
    • Rosmi Mahmud · Top Commenter · Works at Bisnes Sendiri
      setuju dgn mohd rizal
    • Rakyat Perihatin Rakyat Perihatin · Top Commenter · Universiti Akhirat
      akhirnya doa rakyat teraniaya allah kabul kn dgn terbukAnya sedikit demi sedikit kejahatan mereka sela ini yg cuba di sorokkn dgn memberi imbuhan kpd pasukn keselamatan.rupanya ada udang di sebalik mee..
    • Nysa Nisa
      Kita kalahkan parti Najib pada PRU 13 nanti baru boleh kita lihat Najib dan rakan seangkatannya di bicarakan di Perancis. Kalau kita gagal pasti ia akan gelak besar.... Nak lihat dia gelak besar atau telanjang bulat? itu pilihan anda.....
  • Pejuang Sambilan · Top Commenter · Accountant at Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
    Nasib baik ditahan dan diusir....panjang lagi nyawa William Bourdon, kalau ditahan, diletupkan dgn C4 dan rekod kemasukan ke Malaysia dipadamkan.....berulang lagi kisah Altantuya.
  • Roslan Kasim · Top Commenter
    BN dah terdesak..tertekan..dan ditekan!
    • Kamal Arifin · Top Commenter
      bn boleh buat apa saja, tapi Allah Taala yang menentukan, kebenaran akan terlaksana jua akhirnya....
    • Giak Upai · Top Commenter · Smk sebauh bintulu sarawak
      Kenapa asyik BN je dan bukan hanya bn...sebab kat semenanjung ni Umporno yg terbesar dan bermaharajarela..ini adalah ulah umporno..Pemimpin umporno..
  • Todd Mong Cac Chaa · Never went to school
    kenapa la kita ada kerajaan sedemikian rupa.... Najib dan kerajaan sekutu dia buat tahi....rakyat pun kena tampias daripada cacian kerajaan dunia.
    • Tanak Butod · Top Commenter
      sb masih ramai rakyat malaysia yg suka dng politik kotor dan jahat.sb itu UMNO/BN taik masih diangkat dan disembh oleh mereka2 yg bodoh,basug dan palui.mereka lebih rela generasi mereka hidup merempat daripada meninggalkan BN taik.
    • Rakyat Perihatin Rakyat Perihatin · Top Commenter · Universiti Akhirat
      yg suka dgn politik kotor ni hanya puak umprono ja sebab byk projek masuk..kalau tk sokong mau bangkrap poket2 mereka.walaupn pahit terpaksa mereka telan tahik pemimpin2 mereka demi harta dunia..bagi yg tiada kepentingan pasti suka mencari kebenaran bukan pembohongan...
  • Azrin Ren · Top Commenter · 29 years old
    Begitulah Pakatan Rakyat....

    lain kali dah tahu regim gerembolan UMPORNO dah macam tu.... tak kan buta lagi siasah....

    dok polimekkan kedatangan peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon buat apa.... senyap2 aja sudah ler....

    bila dia dah bagi ceramah di 2, 3 tempat di 1 Malaysia baru ler keluarkan cerita....

    tu ler tak tak paham2 lagi regim gerembolan UMPORNO.... memang nak mampus ler....

    jolok dulu baru ler sorak..... ini tak. kokok berderai-derai ekor bergelumang tahi.... jenis tak tau siasah...!!!!!

    tak semua perkara yang kita tahu perlu di beri tahu.... senyap2 tak boleh? dah berlaku baru ler sebut dan keluarkan.... baru lah jadi.... dah tu berlaku ler apa yang di katakan.... kembang tak jadi.... anda yang beri moral kesempatan kepada regim gerembolan UMPORNO buat kerja begitu....

SPRM pamerkan bilik soal-siasat bawah tanah
Hafiz Yatim
Jul 26, 11
1:57pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuktikan keseriusan mereka melaksanakan cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan mempamerkan kepada media bilik soal-siasatnya yang baru yang terletak di bahagian bawah tanah di Putrajaya.

NONETiga puluh enam bilik soal-siasat seumpama itu yang bernilai kira-kira antara RM140,000 dan RM160,000 setiap satu akan didirikan di seluruh negara bagi membuktikan ketelusan SPRM ketika mencatatakan rakaman daripada saksi dan mereka yang dituduh.

Pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata sistem yang sama diguna-pakai oleh pihak berkuasa anti rasuah di Hong Kong.

"Saksi atau tertuduh akan dibawa ke bilik soal-siasat, di mana kenyataan mereka akan dirakamkan.

"Ia dilengkapi CCTV dan audio yang kemudiannya akan disalin dalam bentuk cakera padat digital (DVD), kamera yang digunakan canggih serta dapat mendengar rakaman percakapan dengan jelas dan terang," kata Mustafar.

Dengan langkah ini, beliau berharap reputasi SPRM sebagai badan pencegah rasuah dapat dipulihkan.

"Sebenarnya, moral kami tetap tinggi di sebalik saranan RCI,” kata Mustafar ketika membawa wartawan melihat bilik soal-siasat yang bercorak seperti bunker di paras B1 ibu pejabatnya di Putrajaya.

NONEKatanya, semua pejabat SPRM di seluruh negara akan dilengkapi Bilik Rakaman Bervideo (VIR) menjelang akhir tahun ini untuk merekod percakapan tertuduh, pihak yang disiasat atau saksi.

Menurutnya, fasa pertama pembangunan VIR akan tertumpu kepada bangunan milik SPRM dan seterusnya ke bangunan guna sama, kuarters atau rumah kedai.

Sehubungan itu, katanya semua pegawai SPRM perlu mahir mengendalikan VIR ini dan sehingga kini 56 pegawai SPRM sudah pun menjalani latihan sama ada yang dikendalikan SPRM mahupun latihan yang diberikan oleh pihak berkuasa Hong Kong yang berpengalaman menggunakan VIR.


  • Kamaruddin Abdullah · Top Commenter · Bagan Serai, Perak, Malaysia
    Tak lama lagi mungkin jadi bilik mayat...
    • Noridzwan Nordin · Top Commenter · UITM
      Rohaizat, letak la 1000 biji CCTV pon kalau dah hati busuk video pon boleh delete - tengok kes Ahmad Sarbaini!
    • Mohd Irsyaruddin Iqbal · UiTM Shah Alam
      kn dye da ckp semua bnda ckup dlm bilik 2...apa da..
    • Salehudin Hanafi · Top Commenter · SMKSS
      buatlah bilik siasatan dimana pun, bawah tanah ke, atas tanah ke....reputasi SPRM ttp hina di mata rkyt selagi remote control masih di kawal oleh Rosmah, Najib & kuncu kuncunya....!!!
  • Againts MahaFiraun Kebangsaan · S.M.K. Sultan Abdul Samad
    ooooo....mmmm.... bilik tertutup xde tingkap dan hanya 1 pintu jer? elok gak tu tetapi aku nak cadangkan sikit ubahsuai biar ia sesuai dgn title Suruhanjaya Pengurusan Rumah Mayat (SPRM). Bilik itu sewajarnya dimuatkan beberapa kabinet s/steel spt peti cold storage krn ianya amat perlu utk menyimpan mayat2 sblm diambilalih oleh forensik. Maka dgn itu tiada lagi mayat yg dijumpa bergelimpangan di tingkat bawah atau lobi bangunan SPRM itu.
    • Zainal Abidin · Top Commenter · Puchong
      hehehe :) aku mmg setuju jugak... nak kira buat tender terbuka atau utk kroni melayu UMNOPORNO ajaer?
    • Yagami Raito · Top Commenter · Machida, Tokyo, Japan
      buat aje bilik khas untuk seksa tahanan satu, bilik untu tahanan bunuh diri satu... bilik untuk staff tengok video lucah lepas pukul tahanan satu... lagi canggih!
    • Akarseruntun Tun · Top Commenter
      batu nisan ..,jgn lupa bro...kena buat bilik khas n order siap2...
  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    SPRM... lawak bodoh ulang tayang.
    Ah Seng : Itu SPRM ulang tayang apa.
    Ahmad : Dia mahu beritahu orang dia sudah tranformasi. tukar style
    Ah Seng : Ptuuuui....ini bikin show apa? Itu melayu orang besar makan duit tak dak siasat. sekarang mahu transfrormasi.
    Ahmad : Itu SPRM mahu jadi transformer mah , tapi itu transfomer ( robot sudah mata putus wayar. kadang kadang nampak , kdang kadang tak nampak. sebab itu kes orang umno tak lekat.
    Ah Seng : Baik SPRM transform jadi lembu , boleh ikut arahan umno.
  • Taufiq Sani · Top Commenter
    mahal2 pun kalau ad kes, cctv rosak la.kebetulan...haha.
    • Long Kim · Chinese High School
      kerajaan buat/beli punya barang2 semua mahal2 punya,sebab bukan wang dia.tapi takkasahlah.cuma hendak pakai/kerja betul2.jangan pandai cakapje.tapi kerja takbetul pulak...namenya macam hong kong..tapi P/A.nya serupa kang kong....
  • Ibrahim Harun · Top Commenter · Pengurus at My Father
    nie taktik nak dpt projeck,, hahaha, tahniah SPRM..!
    • Wan Adib Wan Roslan · Top Commenter
      Mana lojiknya bina bilik siasatan bawah tanah? Klau yg dikata meninggal sblom ni pun, bukannya mati krn terjatuh dari bangunan tinggi! (berdasarkan siasatan pakar) Ini satu tindakan yg x relevan dgn situasi semasa, sperti ianya 'nak tegakkan benang yg basah' kononnya yg dah mati tu betul la mati krn membunuh diri dgn terjun dari tingkap bangunan! Bahkan, saya lihat, bilik siasatan bawah tanah lebih menggerunkan sape2 yg bakal disiasat nnti, sbb 'area'nya tersembunyi dibawah, kan. Apa2pun boleh terjadi dlm keadaan tersembunyi begitu. Jeng jeng jeng!...
    • Mazlan Ree · Top Commenter
      orang-orang PR macam ni lah. sebut je projek dah rasuah, bukti tiada. biasanya lah sipenuduh tu lebih teruk dari yg kena tuduh sebab dia ingat org lain pun perangai macam dia.
    • Bayu Sbh · Friends with Samsudin Baharom
      Pintar. Bilik dalam tanah lebih mudah bunuh orang. Itu sebab SPRM tak buat bilik atas langit, sebab kalau campak orang rakyat boleh nampak. Syabas SPRM.







Hanya RTM setuju siar video himpunan BERSIH polis
Jul 26, 11 2:33pm

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan video perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu untuk ditayangkan stesen televisyen di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini hanya RTM bersetuju menerima tawaran ini dan sudah menayangkannya.

NONE"Jika ada stesen televisyen lain yang ingin menayangkan video itu, kita sedia menyerahkan video ini untuk ditayangkan. Sebenarnya, klip video ini juga kini boleh dilihat di laman web PDRM.

"Kita berterima kasih kepada RTM kerana sudah menyiarkan klip video sebenar apa yang berlaku pada perhimpunan 9 Julai lalu.

"Kita mengharapkan dengan ditayangkan klip video ini masyarakat mendapat maklumat yang tepat dan sebenar apa yang berlaku pada hari tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan raptai penuh perbarisan tamat latihan perdana perajurit muda dan konstabel polis siri 1/2011 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di Port Dickson hari ini.

Turut hadir ialah Panglima Tentera Darat Datuk Zulkifli Zainal Abidin.

Khalid berharap dengan penayangan klip video itu tidak ada lagi pihak yang membuat tuduhan, tomahan dan andaian bahawa polis berlaku ganas dan zalim kepada mereka yang berhimpun secara di ibu negara pada 9 Julai lalu.

- Bernama



Dakwaan Wahabi: Pemuda Umno mahu MKN jelaskan
Jul 26, 11 9:38am

Pergerakan Pemuda Umno mahu Majlis Keselamatan Negara memberi penjelasan berhubung laporan media bahawa bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan tokoh-tokoh agama Islam disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas.

NONE“Saya berasa sungguh terkejut dengan laporan media bahawa kononnya Majlis Keselamatan Negara, semasa mesyuaratnya, telah mengenalpasti bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, serta beberapa pemimpin agama Islam yang lain sebagai pendokong gerakan Wahabi serta pengganas dan merasakan ia sebagai suatu yang sangat keterlaluan sekiranya laporan ini betul,” katanya ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di blognya.

Menurut beliau, sebarang maklumat yang telah dibentangkan itu hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa.

Katanya, Dr Asri serta mereka yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas itu juga perlu diberi peluang membela diri dan memberikan hujah bagi menjelaskan kedudukan mereka.

NONE“Daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah.

Langkah melulu

“Saya tidak nampak langsung sebarang tindakan atau usaha subversif daripada Dr Asri yang melayakkan beliau untuk dilabel sebagai pengganas,” kata Khairy.

Justeru, menurutnya sebarang langkah melulu terutama di dalam melabel serta menjatuhkan hukum kepada pihak-pihak tertentu tanpa penelitian yang mendalam serta memberikan mereka peluang untuk memberi penjelasan adalah suatu yang tidak boleh diterima.

Ini lebih-lebih lagi, katanya apabila tuduhan atau label tersebut menyabitkan seseorang atau kelompok tertentu sebagai pengganas.

Semalam, berdasarkan maklumat daripada sumber, Malaysiakini melaporkan MKN menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk Dr Asri yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

young ulama join umno 250610 02Menurut sumber, dalam taklimat tertutup MKN, semalam yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu lagi.

Pendekatan Islam

Sementara itu, pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pada sidang akhbarnya di Petaling Jaya hari ini berkata apa yang berlaku kepada Asri adalah kes “manipulasi politik berhubung agama”.

"Tahun lepas Ustaz Hadi Awang dan beberapa ulama...tapi kali ni tak ada nama dia.

"Dia (Asri) jadi kambing hitam... Dia berani dan nampak seperti independent (berkecuali) jadi ada orang yang tak suka," katanya.

NONEMenurut Nik Nazmi, isu sebenar adalah politik dan tidak ada kaitan langsung dengan agama.

“Trendnya sama seperti pendakwaan ke atas (pemimpin dan penyokong) BERSIH, sebagai contoh. Kerajaan tidak bergerak ke depan,” katanya.

Meskipun mengakui dirinya tidak bersependapat dengan kebanyakan pandangan Asri, Nik Nazmi berkata mengikut tradisi Islam, mereka digalakkan berdebat dan berdialog dan bukannya menangkap dan mengharamakan mereka yang mempunyai pandangan berbeza.


  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    Sesiapa yang menentang umno itu semuanya pengkhianat negara.
    yang berkomplok dengan anasir luar negara menjatuhkan negara ( umno cakap).
    Ambiga : Sokongan BERSIH dari anasir luar.
    Dr Asri : Ulamak Wahabi.
    Nik Aziz : sangkut Al Qeda , pengganas islam.
    Anwar : US dan Yahudi.
    Bila saja umno menghadapi tekanan rakyat , sikap macam Jangnada cakap gila tak ketahuan. sebiji orang gila yang tak rasional.
    • Hassan Hussin · Top Commenter
      oh rupanya ulama yang dok tengah-tengah ,kebarat tidak ketimur timur pun jadi mangsa juga, tapi yang ulamak yang join umporno pun tekait juga apahal, nampak sangat umporno ni tak suka kepada ulama, apalagi ulama, ayoh... kita join pakatan dan kita lawan umporno habis-hibisan, amacam?
    • Ismail Malek · Top Commenter
      Satu lagi cerita diawang2...semua tak saaliran dianggp pengganas,semua peserta bersiah dah di labelkan pengganas Tak taulah lagi ape nak cakap...bingung dibuatnya.
    • Mazlan Ree · Top Commenter
      oii mamak, memang betul pun. sekarang ni memang dah banyak pengganas baik didalam maupun luar negara. mamak ni je yg tak baca berita.
  • Seligi Alpha · Top Commenter · Friends with Ezzy Freeman
    pope bagi ilham.......
  • Msgba Ahmad · Sek Keb Sura Dungun
    Dr Asri Tak join umno. kalau Join insyallah yang kurang baik boleh jadi baik, yang dituduh rasuah mungkin terlepas, yang bina bangunan tanpa kelulusan PBT pun boleh terlepas.....so apa lagi Ustaz Asri join Umno kalau nak selamat......kata-kata, tapi kalau nak selamat dunia akhirat kena berkata berdasarkan AlQuran dan Hadis.Kias dan ijmaq
    • Hamzah Mahmod · Top Commenter
      UMNO lagi teruk dari Wahabi....bukan sunnah aja yang UMNO tolak...Hukum Allah dia tolak terang terangan....
    • Zairi Shaz
      seperti::
    • Msgba Ahmad · Sek Keb Sura Dungun
      Kalau yang tanya seperti tu mudah je jawapannya: Robohkan bangunan yang dijadikan masjid, Halang kerajaan kelantan melaksanakan hukum mengikut syariat,walaupun telah diluluskan di Dun, dan suah tentu diperkenankan oleh raja negeri berkenaan. (satu masa raja ketua agama satu masa PM ketua agama) .contoh lah kes Ustaz tersohor di Selangor. Celik kan mana buka internet dengar berita dan kenyataan semua yang menyuarakan pandangan pilih mengikut hati naluri sebagai seorang beriman bagi yang mengamalkan ajaran islam dan yang bukan islam ikutlah panduan agama mereka.
  • Nasseri Taib · Temple University
    tindakan yang akan menjauhkan orang Islam dari pemerintah.
    • Adi Ali · Top Commenter · University of Massachusetts Amherst
      senang jer .... masaalahnya sekarang dr.asri tak sokong umno ... kalau sokong semua selesai tuu jerrrr .... cuba dr asri ampu umno apa yang umno buat tentu tak der aper nyaa ...
    • Noriah Yusoff · Top Commenter · Works at USANA Health Sciences Inc.
      Semua tokoh2 agama yg berlandaskan Islam,semuanya di lebelkan sebagai pengganas.Sama mcm Osama bin Ladin jgk.Kot2 kata2 dr asri ni tempias kat umno tu....tu lah yg mereka tuduh bukan2 tu...
    • Md Raof Md Sani · Sekolah Menengah Ghafar Baba Masjid Tanah Melaka
      bukan setakat ulama je..rakyat juga pun dikatakan penganas..sy binggung jadinya...sy ingin tahu pada kawan2 yg mengikuti...puak yg mana yg tidak dilabelkan sebagai pengganas selain daripada puak umno yg menyokong tanpa menggunakan anugerah Allah iaitu akal fikiran ?
  • Muhamad Aizat · Top Commenter · Friends with Mohd Sapine
    Beberapa ulama UMNO yang menjadi labelan Wahabi dan Terorist oleh MKN tidak perlu marah kerana MKN sebahagian dari kerajaan, MKN di tubuh oleh pemerintah mengantikan MAGERAN ketika peristiwa 13 Mei. Wlau apapun tindakan/labelan pemerintah trhadap Ulama UMNO, kalian perlu 'taat' dan 'redha' dgn pemerintah. Bukankah ini sikap kalian yg kontra terhadap BERSIH yang di katakan tidak boleh menetang pemerintah sehingga di cop sbg gerakan Komunis & Yahudi?
    • Yazid Bin Ibnu Junid · Top Commenter
      satu halnya kita nak ingatkan mrk Ulama Muda dlm Umporno ni, apahalnya dgn segala fahaman lain yg wujud dlm Umporno tu dr dulu adanya kumpulan anti Hadith dsbnya yg cuba pesong sdr Islam kita di dlm Umporno, mrk sdr Islam kita yg masih kabur & jd mangsa penipuan Ketua Umporno harus diselamatkan.

CIJ gesa editor tolak 'majlis propaganda media'
Jul 26, 11 12:03pm
Berikutan sambutan dingin daripada editor kanan media arus perdana, pertubuhan pemantau media - Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) - berkata majlis rundingan yang dibentuk kerajaan itu sebenarnya “majlis propaganda media” yang bakal bertindak sebagai satu lagi bentuk kawalan ke atas media.

“Jika kerajaan yang memerintah itu serius bagi memupuk kebebasan media, ia sepatutnya menghapuskan atau meminda undang-undang (berkaitan media) dan membiarkan media sendiri mengawal diri mereka sendiri, dengan input daripada masyarakat sivil dan kepentingan masyarakat diambil kira," kata pengarah eksekutif CIJ, Masjaliza Hamzah.

Justeru, beliau menggesa semua mereka yang diundang oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf semalam supaya menolak inisiatif kerajaan itu.

“Rakyat berhak mendapatkan media yang bebas dan meletakkan kepentingan orang ramai dahulu daripada media yang terpaksa menjawap kepada tuan politik mereka,” katanya.


  • Antimamak Mamak · Top Commenter · Kerala University
    CIJ : Media malaysia maa bolehpakai.
    Rais Yatim :kita kekalkan kebebasan bersuara.
    CIJ: Kalau kebebasan bersuara , kenapa perlu permit , surat tunjuk sebab?
    Rais Yatim : Itu procedure kerajaan , biasalah.
    CIJ : Kalautak ikutperintah umno , maka kami cij disoal siasat kdn , mcmc ,,,,
    Rais Yatim : Kita nak bersatukan semua wartawan supaya jangan menconteng nama baik umno , itu saja harapan kami.
    CIJ; Media Malaysia cuma membodohkan rakyat , suratkhabar di upgrade jadi kitab mazhab umno..Bila kita pemberita tulis berita sahih , semua kena tindakan. biar aku tak nak jadi wartawan.
    • Pak DEli · Top Commenter · Puncak Alam
      kita baca Quran jer..sapa2 yg bolih kondemkan...pelajari isi2nya..ajarkan kat anak cucu kita..biar besok dia besar akan jadi pemimpin yg baik...
    • Qasrus Syuhada · Nelayan laut Dalam at Meluncur ombak
      asyraf: yup...PRU 13 is our bullet but cmno ngn undi POS???that theirs bullet too...
    • Ismail Malek · Top Commenter
      Akhbar yg pengampu kerajaan atau takut dengan kerajaan terus membodohkan fikiran rakyat malaysia...realitinya kejadian yg tak pro BN kenyataan akan diterbalikkan. Beraparamai org kampung yang BN bolih tipu. Anak2 dia org semua celik komputer..diakhbar ni jgn carilah cerita benar..cari saja dlm internet. free lagi.
  • Zurani Serikandi Ayah · Top Commenter · Nil
    RAKYAT KINI SUDAH TAHU CERITA YANG S-BENAR-NYA, TAK PERLU BIMBANG WAHAI WARTAWAN YANG JUJUR DAN TELUS.
    • Safia Ramlan · Top Commenter · Sekolah Menengah Aminuddin Baki
      memang bodo nak wat cam mana
    • Zulkarnain Alex Vincent · Top Commenter
      syukri, mat sabu kata kena langgar dgn waja....yg tv hantu ini papar mat sabu tak kena dgn pajero, nape?? mmg bodoh berkilo2..... tgk la mula2 ada pajero, belakang dia mat sabu, blkg sabu ada waja...ini pun takan tak boleh pikir..
    • Mohamad Shukri · Top Commenter
      Awak nie Mohamad Syukri buat malu keturunan Mohamad Shukri saja..hahaha...
      kalau awak dilanggar kereta dari belakang adakah awak akan terhenti mengejut ataupun kesan perlanggaran menyebabkan anda terhumban kehadapan...awak nie tak belajar sains kat sekolah kot.....
  • Ram Kumar · Top Commenter · Works at Middle of Nowhere
    impossible dgn kerajaan skrg ni.... ubahlah wahai rakyat malaysia.
    • Zainal Lazim · Top Commenter · Open University
      depa faham tapi buat tak faham utk jaga kepentingan mereka dan kroni2 mereka
    • Asyraf Corrigan · Top Commenter · UTM
      kwn2 aku yg belajar tinggi ni... diorang ni mcm bijak tp terkongkong dgn mainan media... malaysiakini pun dikatanya pro-pakatan... penat aku layan diorang ni
    • Mohd Asrul · Puchong
      sbb ramai yg comment sume pro PR...itu psl la.. yg depa dok baca utusan ja sp suroh
  • Abumarwan Marwan · Top Commenter · Amman, tela' aliyy
    haha.....jgn la pak menteri berkenaan nak buat lawak lagi..rakyat nak maklumat sebenar dari kejadian sebenar dari saksi sebenar dan media yg benar...rakyat dah makin meluat.
  • Ibn Abd Halim · Top Commenter · DTC
    Yang KERAjaan pimpinan UMNO dapat bertahan lama tu sebab itulah.

Inkuiri Suhakam didakwa nafi ADUN DAP bersuara
Jul 26, 11 12:21pm

Ketua Pembangkang DUN Johor Dr Boo Cheng Hau kecewa dengan keputusan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Hasmy Agam yang didakwa menolak haknya memberikan penerangan di inkuiri awam terhadap hak tanah Orang Asal/Asli di negeri itu.

NONEDr Boo - ADUN DAP Skudai - juga mendakwa walapun dijemput, Hasmy tidak membenarkannya bersuara semasa inkuiri berjalan kerana ia khas untuk Orang Asli sahaja dan "untuk mengelak menjadi forum politik".

"Saya menganggap ada tekanan politik atasan dari peringkat menteri yang mempengaruhi kebebasan Suhakam untuk mengumpulkan suara semua pihak termasuk parti politik terhadap penyelesaian masalah-masalah Orang Asal," katanya.

Suhakam mengadakan inkuiri itu bagi mengkaji punca sebenar masalah berkaitan hak tanah adat secara keseluruhannya dari pandangan hak asasi manusia, di banyak tempat di negeri Perak, Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor.

Ia berlangsung dalam tempoh dua minggu bermua 15 Julai lalu dan di akhir inkuiri, Suhakam akan mengesyorkan penyelesaian yang bersesuaian terhadap masalah berkenaan.

Dalam program hari ini Dr Boo bagaimanapun menyerahkan dua memorandum berkaitan isu itu kepada Hasmy di Dewan Orang Ramai Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

jahai orang asli 220807 woman and childrenDalam satu kenyataannya, Dr Boo mencadangkan supaya Suhakam dinaik status kepada 'Ombudsman' yang diberikan kuasa penguatkuasaan setaraf makahmah tinggi.

"Di mana campur tangan menteri akan dianggap sebagai penghinaan kepada suruhanjaya/mahkamah serta dijatuhkan hukuman. Kebebasan Suhakam perlu dipertahankan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Hasmy Agam kerana sudi menerima memorandum dari pejabat ADUN Skudai and DAP Johor walaupun saya tidak dibenarkan memberi penerangan di pendengaran tersebut," katanya.








Tiada ulasan: