Sabtu, 30 Julai 2011

MUDAH2AN KITA YANG BENAR....BERDOA...MOHONLAH PERLINDUNGAN ALLAH SWT

MKN nafi label ulama pengganas, Wahabi
Jul 29, 11 4:45pm

Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam menafikan melabelkan mana-mana ulama sebagai Wahabi dan pengganas dalam taklimat anjurannya di Putrajaya baru-baru ini.

Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (bawah) berkata, apa yang dilabelkan adalah tafsiran peribadi pembentang dan bukan pandangan MKN, lapor Umno Online.

Thajudeen Abdul Wahab“Kita tidak melabelkan sesiapa.

"Ia adalah taklimat biasa secara tertutup dan dihadiri 30 orang dan ia lebih kepada perbincangan akademik, cenderung untuk lebih memahami sesuatu perkara,” beliau dipetik sebagai berkata.

Malaysiakini Isnin lalu melaporkan MKN menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme.

Turut terkait sama mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan 40 ulama muda Umno yang menyertai parti itu lebih setahun lalu.

Bercakap kepada akhbar dalam talian milik Umno itu kelmarin,Thajudeen juga berkata, perbincangan dalam majlis itu turut menyentuh keadaan politik Timur Tengah yang membabitkan beberapa negara.

Malaysiakini difahamkan, salah seorang pembentang dalam majlis itu penceramah terkenal Dr Uthman El-Muhammady yang juga felo di Institut Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (ISTAC) Kuala Lumpur.

  • Hanafi Kadir · Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
    Buat dan kata lah yang benar walaupun ianya pahit, ingatlah janji ALLAH akan balasan adalah benar......semoga para ulamak-ulamak berbicara berlandaskan Al Quraan & Hadis....
    • Ramo Omran
      PODAH CHIT
      alhamdulliah engkau buat fitnah tunggulah
      didepan pintu neraka
    • Nazar Deros · Top Commenter · UPM (Bachelor Mekanikal & Sistem)1993
      Inikah tahap pemikiran ISTAC, langsung tak berfikir dan beradab. Hentam dahulu baru fikir, sebaiknya panggil golongan yang dimaksudkan itu dan bermuzakarah. Merekakan yang orang berilmu dan mempunyai dalil akan pendapat serta pegangan mereka. merekan bukan pak turut membabi buta.
    • Shivaji Songkram · Top Commenter
      jawapannya malaysia kini fitnah! mkn pernah ke kuar kenyataan asri pengganas?
  • Chottii Bashar · Top Commenter
    aiii,, dah mengelirukan umat Islam,, pusing 360darjah plak? patutla mamak
    • Santa Lia · Top Commenter · The Rubber Tree
      Laa gambar mcm samseng batangkali rupanya latuk mmak...
    • Shivaji Songkram · Top Commenter
      mkn mana yg buat pengumuman kata melabel asri sebagai terroris.. asri ngan geng2 tu agak je sbb ade pembentangan ttg tu tp belum buat keputusan sama ada mereka ni terroris atau x.. nape rakyat malaysia terus menerus menfitnah mkn? diorang belum label lg.. berita aritu cume cakap pasal kebimbangan asri ngan geng2 die..mkn belum cakap lg tp korang dah mencaci mkn .. menghina mkn.. korang menfitnah mkn.. sape yg pusing 360 darjah? mkn belum buat statement lg.. ape nak jdla ngan org malaysia ni.. dgr berita belum tentu kesahihan terus menfitnah...
  • Karim Daud · Pondok Pesantren Al-Ashriyyah Nurul Iman
    tp kenapa mufti perlis tidak dijemput dlm taklimat tersebut?sdgkan mufti negeri lain dijemput..harap2 takde konspirasi


MAZHAB BANTU MEMAHAMI AGAMA

SOALAN:

Apakah maksud sebenar mazhab dan apakah kepentingan kita mengikut sesuatu mazhab?

JAWAPAN:

MAZHAB menurut kamus dewan adalah: "Cabang ajaran Islam yang diikuti oleh umat Islam". (Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm: 1010).

Mazhab adalah berasal daripada bahasa arab, yang bermaksud kecenderungan dalam sesuatu perkara. Soalan sebegini sudah acap kali orang bertanya.

Bila baca soalan sebegini dan sebelum ini ada juga yang bertanya soalan yang seumpama dengan ini lantas apa yang terlintas di benak saya, adakah kita lebih hebat daripada Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali sehingga sudah tidak mahu berpegang kepada mazhab?

Saya tidak salahkan yang bertanya, tetapi saya yakin pertanyaan ini adalah sebagai landasan mendapat penjelasan yang betul dalam persoalan yang dimusykilkan.

Kepentingan bermazhab adalah bagi membolehkan kita mengamalkan agama dengan faham yang sebenarnya. Sebabnya, kita tidak mampu dan kebanyakan kita tidak layak kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berijtihad. Para ulama yang muktabar telah memudahkan kita memahami Islam dengan lebih mudah.

Contohnya hadis berkaitan wuduk dalam sahih al-Bukhari dalam kitab bersuci, wuduk, di bawah tajuk ini adalah 75 bab dan 105 hadis, di dalam kitab al-Ghusl (mandi) terdapat 29 bab dan 44 hadis.

Kadang-kadang dalam satu bab ada ada dua tiga mungkin lebih lagi. Mungkin juga di antara hadis-hadis itu pada zahirnya macam bertentangan tetapi hakikatnya tidak. Semua ini orang awam boleh faham ke untuk menghasilkan hukum?

Tidak semudah yang disangka. Memang Islam itu mudah, tapi tidaklah sampai dimudah-mudahkan Islam itu.

Pandangan peribadi saya adalah lebih baik orang awam di negara ini berpegang kepada satu mazhab, iaitu mazhab Syafie, yang menjadi pegangan majoriti penduduk dunia.

Saya juga mengagumi dan menghormati mazhab-mazhab yang lain. Tetapi negara ini kita sudah serasi dan menjadi pegangan untuk kian lama.

Silibus fiqh di sekolah dan universiti juga bermazhab Syafie. Oleh sebab itu, saya berani mengatakan mazhab Syafie telah menjadi mazhab rasmi masyarakat yang beragama Islam di negara ini.

Keadaan umat Islam semakin bercelaru dengan berbagai aliran dan pemikiran selepas kewafatan Rasululah SAW. Terutama pada zaman Saidina Ali yang muncul berbagai-bagai fahaman seperti aliran Khawarij, Mu'tazilah dan Syiah dan macam-macam ajaran yang membingungkan hala tuju manusia.

Oleh kerana terdapat berbagai aliran ini, tepatlah al-hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Imam al-Thabarani: "Bahawa pada akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun ke dalam neraka. Maka sahabatnya pun bertanya, siapakah golongan yang satu tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda Ahlul Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)".

ASWJ adalah mereka yang mengikut sunnah Rasululah dan juga sunnah sahabat-sahabat Baginda serta sunnah umat zaman Tabiin (Zaman 300 tahun selepas Rasulullah). Keempat-empat Imam ASWJ iaitu Imam Hanafi, Imam Maliki, Imam Al-Shafiei dan Imam Hambali tersebut hidup pada zaman tabiin yakni lingkungan 300 tahun selepas Rasulullah SAW.

Mendalami ilmu

Imam Hanafi lahir pada 80 hijrah dan Imam Malik lahir pada tahun 93 hijrah dalam kurun yang pertama lagi. Imam Al-Syafie lahir pada pada 150 hijrah dan Imam Hambali lahir pada 164 hijrah.

Semua mereka terkenal dengan sifat-sifat terpuji dan terkenal dengan ketokohan mereka dalam bidang ilmu. Seawal usia mereka telah menghafal al-Quran, selesai menghafal al-Quran mereka akan mendalami ilmu hadis serta ilmu tafsir, disusuli dengan ilmu fiqh dan tauhid.

Mereka sanggup berehlah ribuan batu untuk mendapatkan ilmu, sanggup mengharung perit maung dalam mencari ilmu. Sepanjang riwayat hidup mereka kita akan dengar yang baik-baik, yang indahnya mereka adalah ulama yang jujur dalam menegakkan kebenaran demi Allah SWT dan Rasul-Nya.

Perjuangan mereka jujur ijtihad mereka juga semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Keempat-empat Imam tersebut juga boleh mengistinbatkan hukum selain dari al-Quran dan al-hadis. Selain itu, keempat-empat mereka juga mempunyai kitab rujukan pada anak murid dan umum.

Seperti Imam Hanafi yang mempunyai kitab al-hadis yang bernama Al Wasit, Imam Malik dalam kitab Al-Muwattha, Imam Al-Shafie dalam kitab Al-Uum dan Al-Imam Hambali (Ahmad bin Hambal). (Mazhab bagi keluarga Ibn Tamiyah di mana bapanya adalah ulama bermazhab Hambali) dalam kitab al-Hadis yang terkenal yang bernama Al-Musnad yang merangkumi 35,000 hadis di dalamnya.

Keempat-empat Imam tersebut apabila memberi fatwa atau berijtihad atau mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Kalau ada mana-mana pihak yang mengikuti salah satu daripada empat mazhab tersebut, ertinya mereka juga telah mengikut al-Quran dan al-hadis.

Cuma sebagai orang awam yang tidak tahu ayat al-Quran dan al-hadis mana yang diterima pakai. Kerana itu digelar muqalidin atau pengikut.

Memang sudah menjadi sunnatullah sejak Nabi Adam sehingga pada akhir zaman, orang yang jahil tentang ilmu Islam lebih ramai daripada orang alim. Walaupun sebenarnya ramai yang ingin menjadi alim.

Begitu juga dalam ilmu pengetahuan, sedikit sahaja yang berilmu tetapi yang jahil amat ramai. Dalam pada itu patutkah diminta pendapat orang awam mengkaji dan menggali sendiri al-Quran dan hadis?

Tidak munasabah meminta mereka berijtihad sendiri kepada al-Quran dan hadis. Oleh yang demikian berpegang kepada satu mazhab yang muktabar seperti mazhab Syafie adalah lebih baik dan lebih selamat.

Ini kerana kita akan seragam dalam penghayatan dan pengamalan serta mengelakkan pertelingkahan antara satu sama lain.



Ulama muda Umno tawar diri berdialog
Jimadie Shah Othman
Jul 29, 11
12:58pm

Ulama Muda Umno hari ini menawarkan diri berkongsi pandangan dalam dialog berhubung isu Wahabi dan terorisme antara penceramah terkenal Dr Uthman El-Muhammady dan anggota jawatankuasa fatwa Perlis.

NONE"Kami berharap kerajaan Perlis akan turut menjemput kami bersama-sama berdialog dalam isu ini kerana kami juga merupakan pihak yang dituduh (sebagai Wahabi)," kata pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya (kanan).

Isnin lalu, taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya didakwa mengaitkan beberapa tokoh agama dengan Wahabi dan terorisme di mana Dr Uthman terlibat sebagai salah seorang pembentangnya.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan institusi agama negeri didakwa turut dikaitkan bersama 40 ulama muda Umno dan pensyarah agama Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Fathul berharap Dr Uthman menyambut pelawaan negeri Perlis itu bagi menjernihkan keadaan dapat berbincang dengan semangat persaudaraan Islam.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammadyDitanya tentang jumlah kehadiran mereka jika dijemput, Fathul tidak dapat memberikan angka tepat buat masa ini.

"Kita akan kerahkan jumlah semaksimun mungkin (ulama muda Umno) supaya hadir," katanya yang juga anak kepada mufti Perlis yang kelimat Mat Jahya Hussin.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah portal berita melaporkan Dr Uthman (kiri) sedia menerima pelawaan berdialog mengenai isu Wahabi dengan syarat ia diadakan secara tertutup dan membabitkan pakar-pakar berkaitan.

Bagaimanapun, usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Dr Uthman dan MKN setakat ini belum berhasil.

Bagaimanapun, Umno Online kelmarin melaporkan, MKN menafikan melabelkan mana-mana ulama dalam taklimat berhubung isu Wahabi baru-baru ini.


Wahabi, terorisme: NGO Islam gesa Uthman tampil
Jimadie Shah Othman
Jul 29, 11
9:19am

Beberapa NGO Islam mahu penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady - yang dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan fahaman Wahabi dan terorisme - menerima undangan dialog kerajaan Perlis berhubung perkara itu.

Rata-rata mereka berpandangan, tindakan itu merupakan kaedah terbaik bagi menyelesaikan perbalahan yang tidak kunjung selesai sejak dari dahulu lagi.

NONE"Sebarang dialog dan perbincangan yang sihat amat dialu-alukan. Ia sebenarnya merupakan amalan dan praktis baru dalam sesebuah masyarakat madani," kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Amidi Abdul Hamid (kiri).

Beliau mencadangkan, majlis itu elok diadakan secara tertutup antara pihak terlibat kerana perbincangan mendalam dan terlalu ilmiah mungkin lebih mengelirukan orang awam yang hadir menyaksikannya.

"Bagaimanapun, sekiranya ia melibatkan kepentingan umum, ia boleh disesuaikan (untuk dibuka kepada umum). Apa pun keputusan yang keluar nanti, hendaklah menambahkan keyakinan pada ulama dan ajaran Islam," katanya.

Kerajaan negeri Perlis melalui jawatankuasa fatwanya semalam mengeluarkan undangan rasmi kepada Dr Uthman apabila mufti dan institusi agamanya sendiri dikaitkan sekali dalam taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya Isnin lalu.

Malaysiakini
difahamkan, turut dikaitkan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan 40 ulama muda Umno manakala Arab Saudi didakwa sebagai dalang di belakangnya.

Sangsi hadir

ijok election phantom voters 280407 syed ibrahim syed nohSementara itu, Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM) secara dasarnya bersetuju dengan penganjuran dialog itu kerana label teroris yang didakwa itu "terlalu berat" dan "sangat liar".

"Eloklah beri penjelasan. Dan dia (Dr Uthman) juga mesti minta maaf secara terbuka jika dakwaan yang dibuat didapati tidak benar," katanya timbalan presidennya Syed Ibrahim Syed Noh.

Bagaimanapun, bagi tokoh agama veteren Perlis Prof Madya Datuk Ahmad Jusoh yang puluhan tahun dilabelkan Wahabi, beliau sangsi Dr Uthman akan menerima undangan rasmi itu.

"Tidak tahulah dia akan datang atau tidak. Dulu pun kita pernah jemput, beberapa tahun lalu tetapi tidak hadir," katanya yang kini bertugas sebagai timbalan rektor di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs).

NONEBagaimanapun, tambahnya, perbincangan memang merupakan kaedah penyelesaian yang baik kerana Tuanku Raja Perlis sendiri juga pernah menitahkan supaya mana-mana pihak yang tidak puas hati datang dan berbincang di negeri itu.

Ahmad (kanan) yang juga bekas pemimpin Persatuan Islah Perlis berkata, berdasarkan situasi politik antarabangsa, sesuatu aliran itu tidak boleh dikaitkan dengan aktiviti terorisme.

"Kalau kita tengok di Arab, al-Qaeda orang kata Wahabi. Kerajaan Arab Saudi pun dikatakan Wahabi. Tetapi al-Qaeda anti-Amerika (dan dilabel teroris) dan Arab Saudi pro-Amerika," jelasnya yang lebih dikenali sebagai Ahmad Libya itu.

Persatuan Islah Perlis antara gerakan terawal - sejak awal merdeka - bagi mempromosikan idea pemurnian agama daripada bidaah dan khurafat.

Sejak itu, NGO ini sentiasa dikaitkan dengan ajaran Wahabi walaupun mereka sering menafikannya dan mendakwa mengikut aliran Salafi.




  • Deansmen Dean · Top Commenter · CEO at Self Employed Contractor
    POLEMIK WAHABI BUKAN WUJUD SEKARANG.......SEBELUM INI TIDAK ADA ISTILAH WAHABI....CUMA SEJAK MUHAMAD IBNU ABDUL WAHAB MUNCUL DAN DI KAGUMI OLEH KELUARGA SAUD YANG BERSEKONGKOL DENGAN BIRTISH DIMANA MEREKA MENJADI DALANG KEPADA KEJATUHAN KHILAFAH UTHMANIYYAH BAHARU LAH ISTILAH WAHABI INI TIMBUL AKIBAT DARI TINDAKAN PENYOKONG2 MUHAMMAD IBNU ABDUL WAHAB INI YANG AGAK EXTREME DALAM MENAFSIRKAN KETENTUAN HUKUM AGAMA......DIALOG , POLEMIK , MUZAKARAH ADALAH MEMBUANG MASA UMMAT.....ISU INI TIDAK HABIS2 DIBINCANGKAN SEJAK RATUSAN TAHUN TERDAHULU SEJAK AL IMAM IBNU TAIMIYYAH DENGAN PARA ULAMAK SEZAMAN DENGAN BELIAU......ADALAH LEBIH AULA DALAM WAQEQ YANG ADA UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN BN / UMNO YANG ADA YANG MENGAMALKAN KRONISM , RASUAH , KETIDAKADILAN , BERHUKUM DGN HUKUM MANUSIA SERTA PELBAGAI LAGI KEZALIMAN TERSIRAT YANG DILAKUKAN OLEH MEREKA.....POLEMIK , DIALOG , MUZAKARAH ATAU APA SAJA ATAS ISU WAHABI SAMPAI KIAMAT TIDAK AKAN MENGHASILKAN APA2 KESEFAHAMAN......MEMBUANG MASA.....TAMBAH LAGI DENGAN SIKAP WAHABI MALAYSIA YANG SANGAT MENDOKONG KERAJAAN BN / UMNO NI DAN MENGATAKAN SESIAPA YANG MENENTANGNYA ADALAH PENDERHAKA...........HAPRA​K PUNYA WAHABI.....
    • Juragan Be
      Wahai saudara2 sesama Islam. Kita solat mengadap Tuhan yang sama.Qiblat yang sama . Apa cite ni ? UMNO kata PAS Wahabi , PAS kata UMNO Wahabi. Masing-masing main tembak buta je! Kalau kita bukan Wahabi , pasti kita masuk Syurga kah ? Dan depa tu Wahabi pasti masuk Neraka kah ? Syurga neraka hak Allah semata!!! Allah swt selamatkan orang2 yang bertaqwa sahaja dari Neraka. Sekadar kita org beriman tidak dijamin Syurga. Jgn lah kita tuduh menuduh !!! Sesungguhnya ia merosakkan amal kita!!!
    • Muhammad LuQman · International Islamic University Malaysia
      org beriman yg mcm mana yg tak dijamin syurga tuu pakcik juragan??
    • Abdul Hakim · Researcher at Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
      bila PAS kata UMNO wahabi...
  • Irfan Malik · Top Commenter · Works at My own business
    woit apa plak isu wahabi niii.Apsal tak sebut ambil komisen kapal selam tuu haram, tipu dlm pilihanraya tuu haram, bunuh orang tuu haram.susahkan rakyat tuu haram, mereka ni hanya berani tuduh sesetengah org sesat atau wahabi, tapi tak berani nak tegur kerajaan yg haramjadah.......
  • Ki Panji · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
    Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dgn ISTAC nya..mula2 bagus dan hebat dalam intlektualitasnya..Akhirny​a jadi khalifah Umno/BN.
    NGO-MUAFAKAT..dibalik tabirnya ada USTAZ NAKHAIE and The Gang..terang2 lah ideologinya pro UMNO/BN..
    Ustaz DR ASRI..pernah muncul/hadir dalam program2 PERKASA dan Ustaz Fatul Bahri and 40.Ulama Mudanya berkibar dgn cita2 pribadi dgn memeluk UMNO Bkt Bintang.
    APA MANFAAT ke Mashlahatan nya buat UMMAH, kalau HANYA untuk mengibarkan bendera masing2..Ideologi/Kepentin​gan PRIBADI..SEmentara UMMAH kini berpecah-belah tanpa ada payung yg kokoh..Kecuali PARTI PAS yg bisa diharapkan..
    Wallahumusta'an.
    • Juragan Be
      Macam mana nak harapkan perjuangan PAS ? Kena gertak dengan DAP sikit dah mula mengundur. Itu pun, belum berperang lagi? Kebanyakan pemimpin Melayu Islam lebih menyintai Dunia dan takut Mati.Tak kisahlah parti apa pun... sama saja ...tak bolih diharap...Umat Islam disuruh berpegang pada ajaran Al Quran dan Hadis bukan berpegang pada ajaran-ajaran ideology parti masing masing. Ideology inilah yang memecah belahkan kita umat Islam. Ulamak-ulamak pun terbawa bawa dengan ideology ciptaan manusia ini . Sediiih sekali.Semoga Allah lahirkan ulamak Akhirat yang mendapat pertunjuknya untuk membimbing umat Islam kini yang kian menuju kehancuran................​.
    • Muhammad LuQman · International Islamic University Malaysia
      sapo ulamak yg sangat baguss tuu? kasik contoh mari...
    • Ki Panji · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
      Juragan Be@Ibrahim Libya-Memali tu ..takut hidup atau takut mati..Bro kalau setakat nak bukak isu DAP vs PAS.tak payahlah nak susah2 taip komen..Kalau pakcik/makcik kat Felda Hulu Bahau atau kat Batu Berendam Melako..bolehlah hang buat modal citer nihh.:)D
  • Abu Hurairah · Top Commenter · Friends with Maba Budu
    Selain Dr Juanda Jaya, NGO seperti ABIM, JIM turut mencadangkan dialog dengan Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Semoga dijernihkan kekeruhan ini.
    • Zain Sulaiman · Top Commenter
      Kalau kita dah labelkan Arab Saudi penganas jangan pegi Mecca buat umrah atau haji lagi. Kita pegi Penang saja dekat. Kerajaan UMNO dia labelkan semua orang tak sokong dia penganas. Petriot bukan penganas tapi penghabiskan duit rakyat. Kalau kita orang islam di Malaysia di labelkan penganas kita nak ikut islam mana. Islam Hadari tak ada lagi. Itu Islam sementara nak tunggu Najib naik jadi PM. Duit dah habiskan banyak. Suruh Rosmah buka Islam tarikat yang baru boleh kita masuk. Yang lama Islam penganas.
    • Athirah Zaleha Terah
      Di penang UMNO APCO dah mulabelajar ceramah di tempat terbuka dah ,dah jadi macan ceramah PAS satu ketika dahulu, ni lah tanda tanda mereka akan terus tersungkur pada PRU13 nanti.kita tungu dan lihat nasib merka, cuma nak ajar sikit kami orang PAS kalau pi ceramah bawa duit untuk derma bukan macam UMNO APCO kena bagi duit baru mai.
    • Ki Panji · Top Commenter · Friends with Yob Tualang Sekah
      Zain Sulaiman ·>Bro tapi kroni2 Umno/BN suka pergi umrah..katanya balik jer umrah .Habih sagalo doso..;Rasuah/tipu/jual orang dsb..
  • Din Gombak · Top Commenter · Friends with Sal Mohamad
    Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya.

Ahli Sunnah Waljama'ah (Pengenalan)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, "Akan berpecah umat ku kepada 73 kelompok kesemuanya di dalam neraka kecuali satu." Para sahabat bertanya...

"Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah?"

Nabi menjawab, "Yang satu itu adalah orang yang berpegang (ber'aqidah) sebagai peganganku dan pegangan para sahabatku" (Hadis riwayat Thabarani).

Dalam kitab Sadah al-Muttaqin oleh Iman al Zabidi (syarah Ihya'Ulum al-Din karangan Imam al-Ghazali), "Apabila disebutkan golongan Ahli Sunnah Waljama'ah, maka maksudnya ialah orang-orang yang mengikut rumusan fahaman al-Asy'ari dan fahaman Abu Mansur al-Maturidi."

Perpecahan umat islam setelah wafatnya Nabi S.A.W adalah satu fakta sejarah yang tidak dapat dihindarkan. Fahaman-fahaman seperti Syi'ah, Khawarij, Mu'tazilah, Qadariyyah, Jabariyyah, Mujassimah, Baha'iyyah, Ahmadiyyah, Wahhabiyyah dan lain-lain adalah di antara fahaman yang disebut dalam kitab-kitab Usuluddin, Umat Muhammad S.A.W. akan berpecah kepada firqah-firqah dan pada hari ini dapat kita rasakan gerakannya.

Tersebut dalam kitab 'Bughyah Mustarsyidin' karangan Mufti Syaikh Sayyid 'Abdulrrahman bin Muhammad bin Husin bin 'Umar yang dimasyhurkan sebagai Ba'alawi, menyatakan firqah-firqah yang sesat itu yang berpokok pada tujuh firqah. Mereka ialah;

1- SYI'AH

Berpecah kepada 22 aliran. Golongan yang memuja saidina 'Ali secara berlebih-lebihan sehingga mengkafirkan sebahagian para sahabat Nabi S.A.W.

2-KHAWARIJ

Berpecah kepada 20 aliran. Golongan yang berlebih-lebihan membenci Saidina 'Ali karamallah wajhah ada diantaranya mengkafirkan Saidina 'Ali karamallah wajhah.

3-MU'TAZILAH

Berpecah menjadi menjadi 20 aliran. Mempunyai pemahaman bahwa segala perbuatan manusia merupakan hasil karya ciptaan manusia sendiri, tidak ada intervensi takdir. Mereka juga mengatakan bahawa di syurga kelak, orang-orang mukmin tidak akan melihat Dzat Allah. Mereka juga menyatakan bahawa Allah wajib memberi pahala kepada orang-orang yang taat dan menyiksa orang-orang durhaka.

4-MURJI'AH

Berpecah menjadi 5 aliran. Golongan yang mempunyai pemahaman bahawa seseorang yang membuat maksiat tidak menjadi masalah setelah mereka beriman. Sementara orang kafir pula apapun kebaikannya tidak memberi manfaat.

5- NAJARIYYAH

Aliran ini memiliki kesamaan pendapat dengan Ahlussunnah tetapi mempunyai kefahaman serupa dengan Mu’tazilah dalam hal sifat-sifat Allah dan tidak qadîm-nya Kalam Allah. Najjariyah terbahagi menjadi 3 aliran.

6- JABARIYYAH

Aliran ini menyatakan bahawa makhluk sepenuhnya dipaksa oleh takdir dan tidak memiliki ikhtiyâr (kehendak atau kekuatan untuk berbuat). Semua yang dilakukan oleh hamba adalah perbuatan Allah semata. Makhluk tak ubahnya robot yang hanya bergerak dan berjalan dengan arahan perintah Allah.

7- MUSYABBIHAH

Golongan yang menyerupa dan menjisimkan (menjasadkan) Tuhan dengan makhluk seperti bertangan, berkaki, duduk di atas kursi dan lain-lain.

Ahli Sunnah Waljama'ah (1 aliran) + Syi'ah (22 aliran) + Khawarij (20 aliran) + Mu'tazilah (20 aliran) + Murji'ah (5 aliran) + Najariyyah (3 aliran) + Jabariyyah (1 aliran) + Musyabbihah (1 aliran) = JUMLAH (73 aliran).

Tiada ulasan: