| Harakahdaily | ||||||||||||
| KUALA LUMPUR, 6 Julai: Beberapa jalan utama memasuki bandar Kuala Lumpur sesak teruk hari ini berikutan sekatan jalan oleh pihak polis dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini. Harakahdaily difahamkan, sekatan tersebut dibuat di lebuh raya Besraya berhampiran stesen komuter Serdang, lebuh raya Karak di plaza tol Bentong, lebuh raya Sprint, seksyen 16 Petaling Jaya, dan di Lebuh Raya Plus dari Shah Alam menghala ke KL. Beberapa jalan lagi juga difahamkan terdapat sekatan serupa termasuk di Cheras, Ampang dan Gombak. Tinjauan Harakahdaily di Besraya mendapati polis hanya membuka satu sahaja dari tiga lorong menyebabkan kekesakan teruk sepanjang jalan di hadapan pusat membeli belah Mines, dari Balakong dan juga Serdang lama. Sekatan itu juga dijangka akan diteruskan sehingga 9 Julai ini iaitu hari yang dijadual berlakunya himpunan Bersih 2.0. Di Bentong, polis turut menggeledah kenderaan orang ramai, dipercayai mencari barang yang ada kaitan dengan himpunan Bersih. "Dia buka bonet kereta, cek dalam kereta, tanya dari mana nak ke mana. "Saya cakap dari Temerloh nak ke Mahkamah Jalan Duta. Dia tanya lagi Temerloh kat mana," cerita Mohd Sabri Shafie kepada Harakahdaily yang melalui jalan itu pagi tadi. Beliau hari ini hadir ke mahkamah bagi mendengan permohonan memfailkan petisyen rayuan di luar masa berhubung perhimpunan Bersih 1 pada 10 November 2007 lalu. Ramai pengguna jalan raya yang menuju ke tempat kerja hari ini mengecam tindakan polis membuat sekatan jalan raya itu melalui laman Facebook dan Twitter. Ada juga yang mempersoalkan mengapa pihak polis mengadakan test sekatan jalan pada hari ini iaitu hari kerja sedangkan himpunan Bersih pada hari Sabtu, bukan hari bekerja bagi jabatan kerajaan dan sebahagian swasta. Bersih 2.0: Tiada makna jika stadium tidak melimpah
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 7 Julai 2011
NIAT BAIK ATAU BURUK SEMUA DALAM ILMU ALLAH...SEGALA KEBENARAN DAN PENIPUAN AKAN TERBONGKAR JUA...KITA TUNGGU BALASAN SERTA TINDAKAN ALLAH...SABAR JE.
Mengapa sekat jalan hari ini, Bersih kan Sabtu?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya iaitu kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.
"Ini (SMS liar) adalah penipuan besar untuk mensabotaj kerajaan negeri.
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Senator Pakatan Rakyat mempersoal tindakan kerajaan menaikkan tarif elektrik sebelum selesai semakan semula terma-terma perjanjian pembelian tenaga (power purchase agreement-PPA) dengan pihak penjana tenaga bebas (IPP).
KUALA LUMPUR, 6 Julai: Pemuda PAS Johor akan mengerahkan lebih 30 ribu ahli dan penyokong untuk hadir secara beramai-ramai ke Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
KUALA TERENGGANU, 6 Julai: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) memandang serius kain rentang dan kad jemputan program ‘Ganyang Komunis’ yang diedar oleh Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) yang memaparkan logo Bersih pada topi ‘Komunis’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan