Khamis, 7 Julai 2011

PALING BAIK ...REDHA SAJA SYARIAT ALLAH...INGATLAH SYAITAN SENTIASA MENYESATKAN...MUSUH2 ISLAM JUGA PERLU KITA AWASI....

Wanita berhak tolak poligami, kata Imam Al-Aqsa
Jul 6, 11 1:51pm

Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Akram Sabri berkata wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekalipun agama Islam menghalalkannya.

Beliau berkata ini kerana wanita berhak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.

"Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International hari ini.

Akram Sabri berkata antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah isteri tidak boleh melahirkan anak dan isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya.

Faktor lain ialah suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi dan berlakunya peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata penolakan isteri itu tidak mewajibkan si suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan telah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.

Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut, katanya.

Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata: "Sesungguhnya untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka kita harus merujuk kepada al-Quran dan hadis.

"Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak," katanya.

- Bernama


POLIGAMI DALAM ISLAM DAN DIMANA KITA


Perkara ini memang sensitif untuk diperkatakan atau dibincangkan...lebih2 lagi dikalangan kaum wanita dan ibubapa yang ada anak perempuan belum kahwin...sedangkan anaknya pula bercadang atau sanggup bermadu,juga isteri yang sedang dimadukan atau akan bermadu....Bab ini memang telah banyak kali diperbincangkan dan hebohkan... juga telah lama diajukan oleh kawan lelaki2 penulis,agar penulis tulis didalam blog ini(mungkin mereka bercadang hendak pasang lebih kod)

...ini kesempatan ada....dan penulis cuba kupas mengikut ilmu yang sedikit yang ada pada penulis yang dikurniakan oleh Allah swt...memang penulis ada mengajar bab munakahat termasuklah bab poligami ini.....ayat Quran yang menyatakan keharusan@boleh berpoligami ialah pada surah an nissa ayat 3....'maka berkahwinlah kamu dengan perempuan yang baik untuk kamu dua atau tiga atau empat.......'maksud alQuran... manakala hadis saw...'pegang empat sahaja lepas yang baki'...maksud alHadis....

Jika diselidik dengan mendalam nescaya kita dapati syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia....dalam syariat nabi Musa as...seorang lelaki boleh menghimpun berapa banyak isteri tanpa had(memandang muslihat lelaki sahaja).....syariat nabi Isa as pula seorang lelaki tiada harus berkahwin melainkan seorang perempuan sahaja (memandang muslihat perempuan sahaja).Manakala syariat nabi kita dalam keadaan pertengahan antara dua syariat yang terdahulu itu....dalam hadis nabi saw telah bersabda...'sebaik2 pekerjaan itu ialah yang pertengahan'...maksud alhadis...

Maka syariat nabi Muhammad saw sesuai dengan kejadian manusia,lebih2 lagi buat masa ini dan nabi yang terakhir...kerana:
1.Boleh dikatakan tiap2 negeri didalam dunia bilangan perempuan ramai dari lelaki.
2.Bilangan lelaki kurang ramai,namun demikian setengah2 mereka banyak pula yang gugur dalam menentang musuh negara atau terkorban di medan peperangan kerana mempertahankan tanahair.dengan demikian jumlah bilangan semakin kurang....itu kita tolak yang dipenjara,di pusat2 pemulihan dadah...tiada pekerjaan dsbnya....ini menyebabkan ia bertambah kurang jumlahnya....

Ini jelas nampak daripada rashia yang tersembunyi dicelah firman Allah swt dalam surah an nissa ayat 1....iaitu 'wa nissa@wa nissa ah' yang jatuh kemudian daripada perkataan 'kathira@kasiro dalam ayat 1 surah an nissa..(sila rujuk quran untuk mendapat sebutan bunyi yang betul-juga sebagai pengesahan)...maksudnya...'wahai manusia hendaklah kamu takutkan Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu daripada yang satu(Adam)dan ia telah menjadikan daripada diri yang satu iaitu isterinya(Hawa) dan Ia(Allah) membiakan daripada keduanya lelaki yang banyak(ramai) dan perempuan2.'

Disitu Allah menyebut perempuan2 sahaja tidak disebut 'banyak@ramai',dipandang dari segi kenyataan kita dapati ramai daripada kelamin2 mempunyai anak lebih bilangan anak perempuan daripada anak lelaki..daripada nyatalah seolah2 perkataan 'nissa@nissa ah' itu bersifat dengan 'aqsar'(lebih banyak)......
3.Jika padukan satu sama satu sahaja jadilah yang lebih itu tidak ada tempat untuk hidup yang boleh mendapat nikmat bersama..
4.Biasalah tabi'e orang lelaki sahywatnya lebih dan sentiasa berkehendak kepada kepuasan nafsunya sepanjang masa.,manakala perempuan banyak rintangannya seperti,berhaid,mengandung,beranak dan nifas.Jika bilangan isteri itu lebih nescaya apa yang kurang daripada satu dapat disempurnakan dengan yang lain.
5.Terkadang setengah perempuan itu berkehendak kepada perlindungan untuk keselamatan atau untuk sara hidup,jika tidak ada poligami nercaya putus harapan perempuan2 yang bujang itu mendapat pembelaan.
6.Tidak sukakan poligami itu ialah kerana cemburu dan irihati tidak mahu suami bersuka2 dengan perempuan lain.Itu memang tabi'e semula jadi tidak dinafikan,tetapi perasaan itu boleh diketepikan atau dikurangkan,kerana jika dikutkan sangat membawa kepada akibat yang buruk kepada kedua2 pihak lelaki dan perempuan bujang yang lain,kerana mungkin kedua2 secara bersembunyi2 melakukan perkara yang tiada diredai Allah swt dan manusia.Sekiranya pihak isteri sanggup berkorban sedikit tentu saudara sejenis dengannya sama2 mendapat pembelaan.Jadi terjerumusnya saudata perempuan yang sejenis dengannya itu kedalam lembah kehinaan berpunca dari mereka yang sejenis dengannya juga kerana tidak hendak bertolak ansur barang sedikit pun..

7.Poligami itu diharuskan kerana dharurat untuk mengelakkan daripada kejahatan dan menarik kebaikan,itu pun disyaratkan mahu berlaku adil.Jika sekiranya tiada sanggup melakukan adil kekalkan dengan satu sahaja...Firman Allah swt...bermaksud..
'maka jika kamu takut tidak melakukan keadilan(terhadap isteri kamu)berkahwinlah satu sahaja atau cukuplah dengan hamba sahaya kamu sahaja'....surah an nissa ayat 3...
8.Dapat mengurangkan zuriat luar nikah dan berpeluang mendapat anak jika isteri tua mandul.....
jika dilihat sebab yang beri diatas ia begitu rasional@aidil dan lojik....bukan sifat Allah swt yang mempunyai seberang kelemahan sedangkan IA bersifat kesempurnaan...Mustahil Allah swt membuat sebarang kesilapan memberi atau menetapkan hukum...dan hukumNya sesuai memang dalam pelbagai zaman serta suasana serta adat resam.kerana IA lah yang mencipta manusia dan segalanya.Mustahil Allah swt ada sifat terlepas pandang.Sepandai2 kita tidak tahu bila kita akan mati atau masuk syurga atau neraka...oleh itu jangan berlagak dan takabur...orang berlagak dan takabur ini...tempatnya adalah neraka Jahanam.....Oleh itu jangan cuba2 mencabar Allah swt...(Takabur ini selendang@pakaian Allah...maksud alhadis)
Kita kena sedar bahawa kemampuan ilmu dan daya pemikiran kita terbatas...kita hanya mampu sekadar apa yang telah dikurniankan Allah swt sahaja.Lebih2 lagi kalau kita bercakap atau berfikir, sedangkan ilmu yang cakap@fikir itu, kita tidak arif@mahir...ditambah tidak menuntut ilmu agama,ditambah kita pula bergelumang dengan dosa,dengan kata lain ,kita sendiri banyak meninggalkan suruhan wajib malahan banyak membuat perkara apa yang dilarang Allah swt.

Takut kita jadi bahan@alat tunggangan syaitan...kita sesat dan menyesatkan orang lain...Menolak hukum2 dari quran,menolak walaupun satu huruf dari quran pun atau mempertikaikan hukum Allah cukup untuk kita keluar dari Islam@batal Islam kita...cakap kasar@kesatnya jadi kafir@murtad....kenapa kita sibuk hendak tahu perkara membatal puasa atau solat...kenapa kita mahu tahu,batalnya Islam...ambil diploma,ijazah pertama,kedua dan Phd ada masa menuntut ilmu fardu ain tidak masa...besok engkau orang jawablah dihadapan Allah swt.....

PASAL POLIGAMI LAGI


Lega penulis setelah menunaikan janji dari sahabat2@kawan2 penulis,mungkin mereka berharap agar masyarakat umum tahu apa dia poligami dalam Islam itu sendiri. Sekurang2nya pembaca dapat memahami sedikit sebanyak tentang poligami yang diharuskan oleh Allah swt itu..Terpulanglah anda disebelah mana dalam hal poligami ini....Bagi penulis wajib kita patuh dengan perintah Allah swt...jadikanlah kita muslim yang bersifat...'dengar dan mematuhinya'...menentang,ragu2,sangka buruk pada Allah swt memang dilarang.Perkara memang berkait rapat dengan qada dan qadar@takdir...Bila sudah sudah jadi takdir maka wajib kita reda....tidak reda bermakna mempertingkaikan takdir Allah swt yang telah ditentukanNya.Ada peristiwa melucukan penulis semasa menjadi kaunselor sukarela di JAIS....daerah S.Alam yang berpejabat di Subang Jaya...

Seorang isteri mengadu ia telah dimadukan.Ia reda (bagus wanita ini)...cuma musykil suami dahulu bagi rm700 tetapi setelah berkahwin lagi....ia hanya bagi rm500...penulis senyum didalam hati...nak tergelak pun ada...tapi penulis tahan....dan mendengar dengan penuh khusyuk...jadi pendengar yang baik....setelah habis baru penulis jawab dan terangkan....'sebenarnya puan, apa suami puan buat tu betul....ingat, puan sudah berkongsi....bermakna semua berkongsi dengan madu...kasih sayang berkongsi,malam@giliran berkongsi....sudah tidak sepenuhnya macam dulu...rm500 untuk puan sebab puan ada anak....madu puan rm200 tidak ada anak....sedangkan suami tidak bertambah...mana mungkin ia boleh bagi rm700 seperti dulu....dan sambung terus adab2 poligami...ia puas ...dan beredar...komen penulis ia wanita soleha@baik...bagi pengetahuan pembaca ia memakai purdah....ada satu peristiwa lucu juga masa penulis me...ngajar disuatu tempat....muslihat bertanya tentang poligami tapi jawapan saya jawab mereka tidak setuju,cuma kata mereka...suami@lelaki ni gatal,tidak adil,yang ada@isterilah...pun tidak diberi layanan cukup dan pelbagai2lah...Penulis jawab...kalau tidak adil ia yang berdosa...apa sahaja ia buat salah tetap berdosa...adil suami terletak pada isteri reda isteri2 maka adillah suami

...akhirnya penulis cakap begini.....'puan2...ini contoh...kalaulah(tapi memang tidaklah)....ayat perintah harus pada perempuan bukan lelaki....maknanya perempuan pula boleh kahwin lebih....mungkin perempuan hendak kahwin lebih dailognya begini...'saya memang sayang abang,abang baik dan segala baik tidak ada cacat cela.....tapi saya hendak kahwin lagi juga bang....sebab Allah swt sebut dalam Quran diharuskan.....'apa kesannya mereka terdiam...selain hukum harus....ia juga boleh membela nasib wanita,mengelak anak luar nikah,pelacuran,sumbang muhram,rogol dan segala perkara yang berhubung dengan zina.....lebih2 lagi hukum Quran tidak dilaksanakan...menjadikan wanita dan lelaki tidak takut melakukan zina.

...bagaimana kalau orang kaya bayar dulu dengan zina....katakan denda zina maksimum rm5000....maka ia bayar rm50000.....dengan resit pembayaran itu ia boleh berzina 10 kali......cuba pembaca fikir....dan lagi mustahil Allah swt bersifat bodoh tidak tahu membuat undang2....sedangkan IA mencipta kita dan dunia dari tiada kepada ada.....janganlah berfikir macam syaitan atau jadi barua pada syaitan....siapa makan cili ia akan terasa pedas......maaf banyak2 dari penulis....kata yang haq walaupun pahit atau kena dekat batang hidung sendiri...


Poligami

Poligami ikut syarak, adil jamin bahagia
Oleh Asyraf Ismail

2010/05/25

Tidak patuhi syarat ditetapkan Islam punca pandangan negatif masyarakat

POLIGAMI, adalah satu perkataan yang bila disebut akan membuatkan sesetengah manusia tersenyum manakala sesetengah yang lain berkerut dahi. Poligami adalah antara perkara yang disyariatkan harus dalam Islam. Poligami juga adalah larangan keras dalam ajaran agama lain. Poligami sudah menjadi amalan umat manusia sebelum kedatangan Islam lagi.

Allah SWT berfirman: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang saja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman”. (Surah An-Nisa’, ayat 2)
Penulis tidak ingin membincangkan lebih lanjut syarat itu secara khusus, namun ingin membawa pembaca melihat kepada realiti semasa atau permasalahan semasa berkaitan poligami.

Poligami sering dilihat jijik, dipersalahkan dan dihina berdasarkan keadaan sekeliling yang memaksa masyarakat memandangnya begitu. Masyarakat sering dihidangkan dengan pelbagai adegan dan pemasalahan konflik poligami sama ada secara realiti atau lakonan di kaca televisyen.

Realitinya, masyarakat sering dihidangkan dengan keluarga poligami yang berpecah belah, tidak adil, isteri ditinggalkan, anak-anak terbiar dan sebagainya. Lakonan filem dan drama tidak kurang membuat paparan serupa malah lebih hina lagi apabila ia dijadikan bahan jenaka. Salahkah masyarakat berfikiran begitu? Mungkinkah jika mereka diberi hidangan yang lain mengenai poligami, maka mereka akan berubah fikiran?.

Pengamal poligami kebanyakannya bukanlah mereka yang layak seperti disyaratkan oleh Allah SWT di dalam Surah An-Nisa’ ayat 3 itu. Mereka mungkin bersedia dari sudut fizikal tetapi bagaimana pula dengan mentalnya (rohani)? Bersediakah mereka dengan ilmu? Bersediakah mereka dengan kesedaran bahawa Allah akan menyoal setiap amanah yang mereka pikul?

Sunnah Nabi SAW sering dijadikan alasan dan sandaran rapuh bagi golongan ini yang kononnya ingin mengamalkan sunnahnya. Kebanyakan mereka tidak menyedari sunnah ini disandarkan kepada hukum keharusan bersyarat yang Allah SWT nyatakan. Syarat-syarat ini sering dikesampingkan demi mencapai cita-cita berpoligami yang menjadi idaman sejak sekian lama.
Nafsu dan syahwat berlegar menguasai hati dan minda supaya terus menempuhnya tanpa perlu direnung lagi. Akibatnya, terjadilah poligami yang hina dan dihina. Wanita yang mengharapkan poligami dapat menyelamatkan mereka, terus hampa.

Namun, di sana ada begitu ramai kalangan wanita yang perlukan kasih sayang, perlukan suami, perlukan perlindungan daripada seorang lelaki. Bilangan wanita yang terus melebihi lelaki semakin bertambah saban tahun. Nisbah ini semakin ketara apabila dilihat secara lebih dekat di menara gading atau pusat pengajian lain.

Kebanyakan wanita yang berjaya sukar mendapatkan pasangan sesuai bagi mendirikan rumah tangga apatah lagi menginginkan pasangan yang baik. Lebih ketara lagi kepada janda (ibu tunggal) yang bercerai sama ada cerai hidup atau mati. Ramai di kalangan mereka muda serta masih mengimpikan sebuah keluarga.

Namun hakikatnya, mendapat pasangan yang masih bujang ketika mereka sudah bergelar janda dengan sejumlah anak, impian ini semakin sukar. Apakah jawapannya? Tentulah poligami. Dilema ini semakin menjadi rumit apabila memikirkan hakikat poligami semasa serta pandangan serong masyarakat terutama kalangan wanita sendiri terhadap amalan ini.

Kemungkinan besar, derita ibu tunggal ini akan berterusan terpaksa dipendam tanpa sempat menikmati hidup berkeluarga atas halangan terbabit. Wanita ini terus hampa. Ke mana perginya lelaki yang baik? Ke mana perginya ustaz yang begitu lantang menyampaikan dakwah? Mengapa mereka tidak tampil dan mengamalkan poligami sebenar sebagai contoh seumpama sunnah Nabi SAW?

Persoalan ini kerap timbul dan dibahaskan, ditambah ingatan bahawa sesungguhnya dakwah Nabi SAW berjalan serentak antara bil hal dan bil lisan (dengan perbuatan dan dengan perkataan). Nabi SAW tidak hanya mengajak umatnya ke masjid berjemaah tanpa Baginda terlebih dulu menunjukkan contoh. Begitulah dalam hal poligami yang diharuskan Allah SWT, Rasulullah adalah contoh teladan yang patut diikuti sepanjang zaman.

Mungkin kebanyakan lelaki baik ini mempunyai seribu satu alasan yang munasabah mahupun yang direka-reka. Antara alasan munasabah yang paling kerap diutarakan ialah berkaitan dengan undang-undang mengenai poligami. Undang-undang dilihat terlalu sulit lagi menyulitkan bagi mereka yang ingin berpoligami.

Pemohon perlu membuat permohonan melalui Mahkamah Tinggi Syariah yang namanya sudah menimbulkan gerun. Mahkamah Tinggi Syariah di Malaysia pula mempunyai bilangan hakim yang terhad sehinggakan kadangkala menunggu giliran perbicaraan, rumah tangga yang dibina sedia kala menjadi retak menunggu belah mahupun terus berderai.

Mahkamah pula akan memanggil isteri pemohon, di samping bakal isteri serta walinya. Perbicaraan biasanya dibuat dalam mahkamah terbuka yang sedikit sebanyak menyebabkan ramai yang terbantut memikirkan kemungkinan aib yang bakal didengari orang lain. Perbicaraan biasanya akan membabitkan keterangan isteri yang peratus menolaknya sangat tinggi.

Maka keterangan ini kebiasaannya akan membabitkan kelemahan atau kekurangan suami sebagai menguatkan hujah menolak permohonan itu, sama ada ia benar atau mungkin ditambah-tambah. Mana mungkin orang baik lagi terhormat sanggup menghadapi keadaan ini sedangkan mereka dihormati dan disanjung masyarakat.

Akhirnya, mereka hanya memendamkan hasrat poligami demi kerana baiknya mereka dan tidak sanggup menanggung malu. Wanita yang memerlukan pembelaan atau perlindungan lelaki yang layak dan baik, sekali lagi hampa.

Kesimpulannya, poligami adalah jalan penyelesaian yang disediakan Allah untuk hamba-Nya. Hamba-Nya sebagai khalifah, haruslah mengatur jalan ini supaya cantik dan sesuai. Semua syaratnya harus dipenuhi dan dipelihara tanpa dihujani tambahan perkara yang menyulitkan. Kekeluargaan adalah permulaan sebuah ketamadunan. Sistem Islam adalah penyelamat.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Posted by admin on June 1, 2006

Oleh : Ust. Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com)
Seseorang itu dianggap terkeluar daripada iman dan Islam apabila dia beri’tikad, berkata-kata atau melakukan perbuatan yang membatalkan ikrar dan tasdiq dua kalimah syahadah dan diwajibkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum murtad (hudud) ke atasnya.Berdasarkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah, Al-Imam At-Tahawi menyenaraikan empat perkara asas yang membatalkan iman, iaitu :
1. Mengingkari sifat Rubbubiyyah [4]

Setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai kuasa yang mencipta alam dan sekalian makhluk, mentadbir, memberi rezeki, boleh menyebabkan seseorang menjadi kufur.

Dan jika kamu bertanya kepada mereka, siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka menjawab : Allah!. Maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan. (Az-Zukhruf : 87)

2. Mengingkari sifat Uluhiyyah [5]

Setiap iktikad, kepercayaan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan tidak mempercayai Allah sebagai ilah dengan penuh kasih, takut, dll serta tidak disekutukan ibadat selain kepadaNya dan menerima segala hukum-Nya dengan yakin dan redha.

Hanya kepada Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan. (Al-Fatihah : 5)

Inilah dasar yang memisahkan antara mukmin dan kafir kerana ramai manusia mempercayai sifat Rubbubiyyah Allah tetapi mengengkari sifat Uluhiyyah Allah.

Dan seandainya kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka, nescaya mereka akan menjawab : Allah!, tetapi bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (daripada beriman kepada Allah)? (Az-Zukhruf : 87)

3. Mengingkari Asma’ Allah dan sifat-sifat-Nya

a. Kafir Nafi

Menafikan dan mengengkari mana-mana sifat Allah seperti ilmu-Nya, qudrat-Nya dll atau mentakrifkan mana-mana sifat Allah dengan takrifan yang kurang sempurna seperti menyamakan ilmu Allah dengan ilmu makhluk (terhad) dan mempertikaikan hak dan kekuasaan Allah seperti tidak merujuk kepada perintah dan larangan Allah dalam menggubal undang-undang.

b. Kafir Isbat

Menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau mustahil bagi Allah sedangkan Al-Quran dan Hadith menafikannya seperti mengatakan Allah mempunyai anak dan isteri serta mengadakan peraturan sendiri yang bercanggah dengan yang telah ditetapkan oleh Allah.

4. Mengingkari Rasulullah dan kerasulannya.

Setiap i’tikad, perkataan dan tindak-tanduk yang mengengkari dan mencela peribadi dan kerasulan Rasulullah serta apa yang disampaikannya seperti tidak melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan, mengkafirkan sahabat dll.


LANJUTAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Kita telah memahami bagaimana seseorang itu dianggap menganut Islam dalam erti kata yang sebenarnya dan tertanam di dalam hatinya ciri-ciri iman. Ada orang dikurniakan oleh Allah SWT dengan iman yang teguh sehingga dia meninggal dunia dengan mentasdiqkan La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah dan ada pula orang yang berpaling tadah dengan sebab engkar dan durhakanya.

Orang yang ditetapkan imannya pula, ada yang dianggap sentiasa di dalam kebaikan, ada pula yang cuai dan ada pula yang menzalimi dirinya sendiri. Ada orang yang masuk syurga dengan tiada hisab, ada pula orang yang dimasukkan ke neraka kerana dosa sehinggalah Allah melepaskannya dari neraka dengan kurniaanNya.

Adapun orang yang dicabut imannya perlulah kita mengkaji kaedah-kaedah yang dikemukakan oleh ulama’ berdasarkan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw, di antaranya ialah apa yang ditegaskan oleh al-Imam At Tahawi rahimahullah di dalam kitabnya.

“Dan kami menamakan ahli-ahli qiblat kami orang-orang Islam dan orang-orang beriman selagi mereka mengakui apa yang dibawa oleh Nabi saw dan membenarkan apa-apa yang disabda dan diberitahu…Kami tidak mengkafirkan seseorang pun di kalangan ahli al qiblat dengan sebab melakukan dosa selagi dia tidak menghalalkannya, dan kami tidak berkata, ‘bahawa mereka telah memberi mudharat bersama iman itu oleh dosa sesiapa yang melakukannya…Dan seorang hamba itu tidak terkeluar daripada iman melainkan dengan mengengkari hukum terhadap apa yang diceburinya.”

Penjelasan daripada kaedah itu ialah bahawa hukum syara’ telah menjelaskan bagi Iman dan Islam itu ada pintu masuk dan pintu keluarnya. Sebagaimana yang dinyatakan dahulu, sesungguhnya ikrar dan mentasdiqkan dua kalimah syahadah itu menjadi pintu masuk dan kuncinya. Maka orang itu dianggap keluar daripada iman dan Islam apabila lahir daripadanya perkataan, perbuatan atau iktikad yang membatalkan ikrar dan tasdiq dari dua kalimah syahadah yang memberi makna mentauhidkan Allah swt pada Rubbubiyah, Asma’ dan SifatNya, dan mentauhidkan Allah pada Uluhiyyah. Dan sebahagian yang kedua daripada syahadah itu berikrar dan mentasdiqkan segala yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW di samping mengakui segala sifat kenabian dan kerasulan.

Oleh itu, sesiapa yang bercakap atau melakukan perkara-perkara yang menunjukkan keingkarannya terhadap ikrar syahadah itu, maka syahadahnya terbatal dan keluarlah dia daripada Islam dan diwajipkan kepada kerajaan Islam melaksanakan hukum murtad ke atasnya, bermula daripada disuruh bertaubat sehinggalah dijatuhkan hukuman bunuh kalau dia tidak mahu bertaubat dan tempatnya kekal di dalam neraka kalau dia mati di dalam keadaan begitu.

Adapun seorang mukmin itu melakukan dosa maka tidaklah batal imannya sekalipun dia belum bertaubat jika tidak ada padanya perkara-perkara yang membatalkan syahadahnya, jika Allah mengkehendaki dia mengampuninya, dan dengan kehendakNya juga dia dimasukkan ke dalam neraka, kemudian dimasukkannya pula ke syurga, kerana terlalu banyak hadith-hadith yang sahih yang menyatakan bahawa Allah swt membebaskan dari neraka orang-orang yang ada iman di hatinya walaupun sebesar zarrah dan firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa syirik denganNya dan Dia mengampuni yang lain daripada itu akan sesiapa yang dikehendaki.” (An-Nisa’ : 116)

Oleh itu, maka perkara yang menyebabkan terkeluarnya seseorang itu daripada agama Islam atau terbatal imannya ialah :

- mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya,
- mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya
- mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah
- mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya

Keempat-empat perkara tersebut berlaku dengan i’tiqad, perkataan dan perbuatan, di mana sesiapa yang melakukannya batallah imannya dan keluar daripada agama Islam dan syahadahnya tidak sah. Wal’iyadzubillah.

Bagi menjelaskannya ialah :

1. Mengingkari sifat Rubbubiyyah atau mencelanya

Yang pertama di dalam tauhid itu ialah mentauhidkan Allah swr pada RubbubiyahNya beri’tiqad bahawa Dialah Tuhan yang menciptakan alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga. Maka setiap i’tiqad, perkataan dan tindak-tanduk yang menunjukkan keingkarannya menjadi kafir dan riddah, seperti orang yang menganggap ada yang Qiddam (sedia) selain daripada Allah swt sehingga ia tidak berhajat kepada penciptanya, mengingkari bahawa makhluk itu ciptaan Allah swt, menganggap Allah tidak mengambil tahu terhadap makhluk setelah dijadikanNya, menganggap adanya rezekiyang bukan dari Allah swt, menjadi kufur orang yang menganggap sifat itu dipunyai juga oleh ynag lain daripada Allah swt seperti yang dinyatakan oleh Fir’aun :

“Akulah Tuhan kamu yang maha tinggi.” (An Naaziat: 24)

Atau mengaku dirinya berkuasa memiliki, memberi rezeki dan mentadbir selain daripada Allah swt atau bersekutu dengan Allah swt. Dan menjadi kafir juga orang-orang yang ikut atau mempercayai sesiapa yang membuat pengakuan tersebut.

2. Mengingkari atau mencela Asma’ Allah dan sifat-sifatNya

Allah swt dan RasulNya saw telah mensabitkan bagiNya beberapa nama (Asma’) dan sifat, di samping menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan atau mengurangkan apa yang disabitkan oleh Allah atau yang dinyatakan oleh Rasulullah , maka dia menjadi kafir. Begitu juga orang-orang yang mensabitkan bagi Allah swt apa yang dinafikan oleh oleh RasulNya saw.

Adapun mengkafirkan sifat-sifat Allah dan Asma’Nya itu dengan dua cara, iaitu kafir Nafi dan kafir Ithbat. Kafir Nafi itu ialah menidakkan atau menafikan mana-mana sifat Allah swt seperti menafikan ilmuNya, qudratNya dan lain-lain sifat yang dinyatakan di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullsh saw. Juga termasuk menafikan sifat dan mentakwilkan dengan takwil yang mengurangkan atau menghadkan kesempurnaan Allah swt, seperti orang yang mengaku Allah itu bersifat ‘ilmu tetapi ‘ilmu secara ijmal, dia tidak mengetahui secara tafsil dan detail atau menyamakan sifat Allah swt dengan sifat makhluk.

Kafir Ithbat itu ialah menetapkan mana-mana sifat kekurangan atau sifat yang mustahil bagi Allah swt sedangkan Allah swt dan RasulNya menafikan sifat itu, seperti menyatakan bahawa Allah itu mempunyai anak, isteri atau sekutu-sekutu, Allah swt itu mengantuk, tidur, lalai, mati dan sebagainya. Begitu juga orang-orang yang mengaku bersifat seperti Allah swt maka kafirlah orang yang berkata begitu dan kafir juga orang yang mempercayainya.

3. Mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tiqad yang mengingkari bahawa Allah swt sahaja yang disembah dengan sebenarnya, yang lain daripadaNya tidak berhak disembah dan diabdikan diri kepadaNya dengan pengertian ibadat. Maka sesiapa yang berkata atau beramal atau beri’tiqad dengan cara yang bercanggah dengan UluhiyyahNya, maka kafir dan murtadlah dia. Dan kekafiran inilah yang paling banyak berlaku di kalangan manusia. Sesungguhnya kebanyakan manusia sejak dahulu hingga sekarang mengakui tauhid Rubbubiyah dengan mempercayai qudrat Allah swt, tadbirNya, rezekiNya, Dialah yang menghidupkan dn mematikan, iaitulah apa yang dimaksudkan oleh firman Allah yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya jika kamu bertanyakan mereka, ‘Siapakah yang menciptakan mereka?’. Nescaya mereka menjawab, ‘Allah’”. (Az Zukhruf : 87)

Tetapi mereka mengingkari di dalam i’tikad, perkataan dan perbuatan terhadap Uluhiyyah Allah seperti beribadat kepada yang lain daripada Allah swt, mengakui hukum dan undang-undang yang lain daripada syari’at Allah dengan hati dan lidah.

4. Mengingkari atau mencela Rasulullah saw atau kerasulannya

Iaitu perkataan atau perbuatan atau i’tikad yang menafikan atau mencela kerasulan atau peribadi orang yang menjadi rasul saw dan mengingkari apa-apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah saw seperti tentang kebangkitan selepas mati, tentang masyhar, hisab, mizan, sirat, syurga, neraka dan lain-lain lagi daripada perkara-perkara ghaib. Begitu juga mengingkari al-Quran dengan apa cara sekalipun kerana al-Quran itu disampaikan oleh Rasulullah saw bahawa ianya dari Allah swt. Begitu juga mengingkari hukum yang sabit menurut nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw yang diketahui oleh setiap orang Islam seperti wajibnya sembahyang, puasa, zakat, haji, halal dan haram melainkan mengingkari perkara-perkara yang diketahui oleh orang-orang yang berilmu sahaja, maka dimaafkan kerana jahilnya tetapi tiada maaf lagi setelah diberitahu.

Berkata al Imam Ibn Hajar al Haitami di dalam kitabnya :

“Di antara perkara-perkara kufur dan syirik itu ialah seseorang yang berazam untuk menjadi kafir dan syirik sama ada dalam masa yang dekat atau jauh, atau mentaklidkan dengan lidahnya dan hatinya untuk menjadi kafir walaupun dengan perkara yang mustahil pada akal, maka dia menjadi kafir ketika itu juga. Atau secara ingkar dan bersenda-senda seperti beri’tikad dengan qadimnya alam, atau menafikan apa yang diwajibkan bagi Allah swt dengan ijma’ dan diketahui oleh umum umat Islam seperti menafikan ilmu Allah swt itu terbatas, ataupun mensabitkan apa yang nafi bagi Allah swt seperti menetapkan warna bagiNya.”

Dan seterusnya Ibn Hajar menghuraikan : “termasuk di dalam makna itu apabila seseorang yang menyatakan dia sebagai Islam tiba-tiba dia melakukan perkara-perkara yang menjadi ijma’ berlaku di kalangan orang kafir seperti mengunjungi gereja bersama-sama orang kafir dengan cara dan pakaian yang sama, atau orang yang membuang kertas yang mengandungi ayat-ayat Quran atau Ismullah ke dalam najis, atau meragui mana-mana nabi atau mana-mana Kitab seperti Taurah, Injil atau Zabur atau Suhuf Ibrahim, atau mana-mana ayat al-Quran. Atau menyesatkan umat yang tidak sesat, atau mengkafirkan sahabat, atau mengingkari Mekah, Kaabah, Masjid al Haram, atau sifat-sifat haji, sembahyang dan puasa, atau menghalalkan yang haram seperti mengharuskan sembahyang tanpa wudhu’ dalam perkara yang tidak uzur, menghalalkan kezaliman ke atas orang Islam atau kafir zimmi tanpa dalil syar’ie yang mengharuskan dia beri’tikad begitu, atau mengharamkan yang halal seperti mengharamkan jual beli dan nikah, atau mengatakan sesuatu yang tidak patut terhadap Rasulullah saw seperti warnanya hitam, mati sebelum berjanggut, tidak Quraisy, bukan Arab, bukan manusia, kerana berkata begitu adalah membohongi keadaan yang sebenar.

Begitu juga mengharuskan ada nabi selepas daripadanya atau melahirkan keraguannya seperti berkata : ‘Saya tidak tahu sama ada yang dibangkitkan di Mekah mati di Madinah atau orang lain.’ Atau mengatakan bahawa jadi Nabi itu boleh diusahakan, atau menyatakan wali itu lebih tinggi martabatnya daripada nabi dan malaikat, melaknatnya atau memakinya atau mempersendakannya. Kemudiannya Ibn Hajar menyatakan bahawa menjadi kafir juga orang yang meredhakan kafir seperti menasihatkan orang kafir supaya jangan masuk Islam.

Berkata al Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ketika menafsirkan firman Allah swt yang bermaksud :

“Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka orang-orang yang kafir.” (Al-Maidah : 44)

“…Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beri’tikad wajiblah berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt adalah menjadi kafir. Sesungguhnya setiap umat Islam itu mestilah memerintah dengan adil. Kadang-kadang keadilan menurut hukum mereka ialah yang dipandang oleh pembesar-pembesar mereka. Bahkan banyak sekali di kalangan orang yang mengaku Islam berhukum dengan adat yang bukannya diturunkan oleh Allah swt seperti orang Badwi di zaman dahulu di mana mereka berpendapat itulah hukum yang sayugia dilaksanakan, bukannya kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw.”

——————————————————————————–

[3] rujuk artikel Perkara-perkara Membatalkan Syahadatain
[4] rujuk artikel Beriman Kepada Allah
[5] ibid

Perkara-perkara yang membatalkan Islam (äæÇÞÖ ÇáÅÓáÇã)
Oleh Al-Imam Abdul Aziz bin Abdillah bin Baaz (rahimahullah)

Segala pujian bagi Allah, selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Amma ba’du:

Maka ketahuilah wahai Muslim, bahawa Allah (SWT) telah mewajibkan ke atas setiap hambaNya untuk memeluk Islam dan berpegang kepadanya serta berjaga-jaga dari apa yang bertentangan dengannya.

Dan Allah (SWT) telah mengutuskan NabiNya Muhammad (SAW) untuk memanggil manusia kepada agamaNya. Allah (SWT) telah mengkhabarkan bahawa sesiapa yang mengikut telunjuk Nabi (SAW) maka dia telah diberi pentunjuk, dan barangsiapa yang berpaling darinya maka dia telah sesat. Allah (SWT) telah memberi amaran menerusi ayat-ayat yang banyak tentang sebab-sebab riddah (murtad) dan jenis-jenis syirik dan kufr yang lain.

Ulamak-ulamak (rh) juga telah menyebut dalam bab-bab Hukum Murtad bahawa seseorang muslim itu boleh murtad dari agamanya melalui pembatal shahadah yang berbilang-bilang; yang boleh menyebabkan darah dan hartanya halal serta mengeluarkannya dari agama islam.

Dan antara yang terbahaya dan paling banyak berlaku adalah sepuluh perkara- perkara yang membatalkan shahadah yang telah disebutkan oleh Ash-Shaikh Al-Imam Muhammad bin Abdil Wahhab (rh) dan selain daripadanya daripada ahlul-ilm (rh). Di sini akan kami sebutkan pembatal-pembatal shahadah ini dengan ringkas supaya pembaca boleh berjaga-jaga daripadanya dan memberi amaran kepada yang lain, dengan harapan agar kita semua selamat daripadanya. Dan kami akan jelaskan sedikit tentang pembatal-pembatal shahadah ini selepas menyebutkannya.


10 perkara yang boleh membatalkan shahadah

Pertama

Syirik dalam ibadat kepada Allah (SWT). Allah (SWT) berfirman:-

Åöäøó Çááøóåó áÇ íóÛúÝöÑõ Ãóäú íõÔúÑóßó Èöåö æóíóÛúÝöÑõ ãóÇ Ïõæäó Ðóáößó áöãóäú íóÔóÇÁõ

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (4: 48)

Åöäøóåõ ãóäú íõÔúÑößú ÈöÇááøóåö ÝóÞóÏú ÍóÑøóãó Çááøóåõ Úóáóíúåö ÇáúÌóäøóÉó æóãóÃúæóÇåõ ÇáäøóÇÑõ æóãóÇ áöáÙøóÇáöãöíäó ãöäú ÃóäúÕóÇÑò

…bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga dan tempat kembalinya ialah Neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. (5:72)

Dan daripada perbuatan syirik adalah berdoa kepada orang-orang yang telah mati dan memohon pertolongan dari mereka; bersumpah janji kepada mereka dan menyembelih binatang untuk mereka seperti orang-orang yang menyembelih binatang untuk jin atau kuburan.


Kedua

Barangsiapa yang menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara dirinya dan Allah (SWT), dan berdoa dan meminta syafa’at dari mereka, serta bertawakkal kepada mereka, telah kufur menurut ijmak ulamak.


Ketiga

Barangsiapa yang tidak mengkafirkan orang-orang mushrik (seperti Hindu dan Majus), atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka, atau menganggap cara dan agama mereka benar; telah melakukan kufur.


Keempat

Barangsiapa yang percaya bahawa ada petunjuk yang lain yang lebih sempurna dari petunjuk dan ajaran Nabi (SAW), ataupun hukum selain dari hukumnya adalah lebih baik; seperti orang-orang yang memilih hukum taghut ke atas hukumnya, maka orang itu adalah kafir.


Kelima

Barangsiapa yang membenci sesuatu daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) , walaupun ia beramal dengannya, telah kufur.

Firman Allah (SWT):-

Ðóáößó ÈöÃóäøóåõãú ßóÑöåõæÇ ãóÇ ÃóäúÒóáó Çááøóåõ ÝóÃóÍúÈóØó ÃóÚúãóÇáóåõãú

Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah, lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. (47:9)


Keenam

Barangsiapa yang memperolok-olokan sesuatu daripada agama Islam ataupun daripada ganjaran dan seksaannya telah kufur.

Firman Allah (SWT):

Þõáú ÃóÈöÇááøóåö æóÂíóÇÊöåö æóÑóÓõæáöåö ßõäúÊõãú ÊóÓúÊóåúÒöÆõæäó áÇ ÊóÚúÊóÐöÑõæÇ ÞóÏú ßóÝóÑúÊõãú ÈóÚúÏó ÅöíãóÇäößõãú

Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. (9:65-66)


Ketujuh

Sihir. Dan daripadanya adalah membuat orang membenci atau menyayangi sesuatu. Maka barangsiapa yang melakukan sihir atau meredhainya telah kufur.

Firman Allah (SWT):

æóãóÇ íõÚóáøöãóÇäö ãöäú ÃóÍóÏò ÍóÊøóì íóÞõæáÇ ÅöäøóãóÇ äóÍúäõ ÝöÊúäóÉñ ÝóáÇ ÊóßúÝõÑú

…mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (2:102)


Kelapan

Menolong dan membantu orang-orang mushrikin ke atas orang-orang Islam.

Firman Allah (SWT):

æóãóäú íóÊóæóáøóåõãú ãöäúßõãú ÝóÅöäøóåõ ãöäúåõãú Åöäøó Çááøóåó áÇ íóåúÏöí ÇáúÞóæúãó ÇáÙøóÇáöãöíäó

…sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka itu. (5:51)


Kesembilan

Barangsiapa yang percaya bahawa sebahagian manusia adalah bebas untuk keluar daripada shariah Nabi Muhammad (SAW), seperti bebasnya Al-Khidir daripada shariah Nabi Musa, maka orang itu adalah kafir.

Firman Allah (SWT):

æóãóäú íóÈúÊóÛö ÛóíúÑó ÇáúÅöÓúáÇãö ÏöíäðÇ Ýóáóäú íõÞúÈóáó ãöäúåõ æóåõæó Ýöí ÇáúÂÎöÑóÉö ãöäó ÇáúÎóÇÓöÑöíäó

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (3:85)


Kesepuluh

Berpaling dari agama Allah (SWT) dengan tidak mempelajarinya maupun beramal dengannya.

Firman Allah (SWT):

æóãóäú ÃóÙúáóãõ ãöãøóäú ÐõßøöÑó ÈöÂíóÇÊö ÑóÈøöåö Ëõãøó ÃóÚúÑóÖó ÚóäúåóÇ ÅöäøóÇ ãöäó ÇáúãõÌúÑöãöíäó ãõäúÊóÞöãõæäó

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya. Sesungguhnya Kami tetap membalas orang-orang yang berdosa. (32:22)

Dan tiada perbezaan dalam semua pembatal-pembatal shahadah ini antara orang yang melakukannya sama ada ia berlawak, atau bersungguh-sungguh, atau takut; kecuali yang dipaksa. Semua pembatal-pembatal shahadah ini adalah daripada yang terbahaya dan paling banyak berlaku dalam masyarakat.

Maka adalah satu kemestian untuk seorang muslim berjaga-jaga darinya, dan takut akan dirinya melakukan perkara-perkara itu. Dan kami memohon lindungan Allah (SWT) daripada kemarahan dan seksaannya. Dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarganya dan sahabatnya.

---------

Dan apa yang termasuk pada pembatal shahadah yang keempat:

Kepercayaan bahawa undang-undang manusia adalah lebih afdal daripada shariah Islam, ataupun kedua-duanya adalah sama, ataupun mempercayai bahawa berhukum dengan hukum manusia adalah dibenarkan walaupun ia mempercayai bahawa hukum shariah lebih afdal, ataupun kepercayaan bahawa hukum Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam abad ke 20 ini, atau kepercayaan bahawa hukum Islam adalah sebab kemunduran orang-orang Islam, ataupun kepercayaan bahawa hukum Islam itu adalah dihadkan hanya kepada perhubungan antara seseorang dan Tuhannya (dalam ibadat) dan tidak ada kena-mengena dengan hal-hal kehidupan yang lain.

Dan termasuk di dalam pembatal shahadah ke-empat juga adalah sesiapa yang berpendapat bahawa perlaksanaan hukum Allah (SWT) seperti memotong tangan pencuri atau merejam pelaku zina yang sudah berkahwin tidak bersesuai dengan zaman ini.

Dan termasuk dalam ini juga setiap orang yang mempercayai bahawa dibenarkan untuk berhukum dengan hukum selain shariah Allah (SWT) dalam hal-hal mu’amalat atau hudud atau selain dua itu, walaupun ia tidak mempercayai bahawa hukum selain dari hukum Allah (SWT) itu lebih afdal daripada hukum shariah. Ini adalah kerana berdasarkan ijmak para ulama ia telah menghalalkan apa yang Allah (SWT) telah mengharamkannya. Dan setiap orang yang menghalalkan apa yang Allah (SWT) telah mengharamkan daripada perkara-perkara asas yang diketahui seperti zina, arak, dan berhukum dengan shariah lain selain shariah Allah (SWT), maka orang itu adalah kafir berdasarkan ijmak orang-orang Islam.

Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Abu Abdillah Abdul Aziz bin Abdillah bin Abdir Rahman bin Baaz
(1330H-1420H/1909M-1999M)

- Mufti Umum Kerajaan Arab Saudi
- Pemimpin Perkumpulan Ulamak Besar Arab Saudi
- Pemimpin Tetap Badan Perbahasan Ilmiyah dan Fatwa Arab Saudi

Tiada ulasan: