Dengan menggunakan label yang keras seperti pengkhianat dan pelampau terhadap penganjur dan pesertanya, khutbah masjid-masjid di Kuala Lumpur dan Putrajaya mendakwa perhimpunan BERSIH haram diikuti umat Islam kerana boleh "mencampakkan manusia dalam kebinasaan".
Dalam khutbah itu, penganjurnya Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) juga didakwa memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam.
"Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu-hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan," khutbah itu dipetik.
Paling malang, menurut khutbah Jakim, golongan itu berlindung atas nama hak asasi manusia serta menggunakan media dan internet untuk menekan dan mengugut pemerintah dalam memenuhi tuntutan melalui peniruan keganasan di negara asing.
Khutbah berjudul "Memelihara Nikmat Keamanan" itu juga membayangkan pelbagai insiden buruk yang akan berlaku antaranya sehingga boleh mengakibatkan berlaku pertumpahan darah.
"Mimbar ingin menegaskan bahawa sebarang bentuk perhimpunan besar yang berasaskan protes tertentu kebiasaannya akan mencetuskan pelbagai insiden yang buruk," khutbah itu dipetik.
"Tidak kurang juga akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang bertentangan dan akan mencetuskan lebih banyak perbalahan serta konflik yang akhirnya mengakibatkan berlaku pertumpahan darah."
Khutbah Jakim dibuat khas untuk empat masjid utama di Wilayah Persekutuan iaitu Masjid Negara, Masjid Putrajaya, Masjid Jalan Duta dan Masjid KLCC.
Di negeri lain, imam mempunyai pilihan sama ada memilih khutbah Jakim atau yang disediakan jabatan agama negeri-negeri.
Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.
Dalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan.
Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat.
Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu'.
Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit.
Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.
Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menuju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.
Bertindak ganas
Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV.
Selepas menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.
Katanya, Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara.
"Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu, Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya.
Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim.
Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.
Kesesakan teruk
Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup.
Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.
Tindakan itu menyebabkan kesesakan selama lebih dua jam sepanjang kira-kira lapan km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di bahagian Pulau ke pertengahan jambatan, menuju ke Seberang Perai.
- Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN InternationalDalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menunju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan..
Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka..
YB-YB DARI PR HANYA SEKADAR MENGEDARKAN RISALAH TANPA MEROSAKAN HARTA BENDA DITANGKAP, DIGARI, DIHERETY DAN DITAHAN DIBALAI POLIS...MEREKA DARI UMNO, PERKASA DAN NG0-NGO MESRA UMNO ROSAKAN HARTA ORANG AWAM, POLIS HANYA MEMERHATIKAN SAJA.....LOST OF WORDS!
Utusan Malaysia Online memetik beliau sebagai berkata mereka yang berkeras untuk meneruskan dan menyertai perhimpunan itu bakal dikenakan tindakan tegas termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Semalam, pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga, bemesyuarat dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan meminta laluan supaya pihaknya dapat menyerahkan memorandum ke Istana Negara.
Pada mesyuarat itu, menurut Ambiga, Ismail melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan, walaupun diberi jaminan ia akan dijalankan secara aman.
BERSIH 2.0, berharap dapat berunding dengan Ismail sekali lagi minggu depan bagi mendapatkan bantuan polis bagi memastikan perhimpunan itu selamat.
Cubaan 'berlembut' gagal
Selain BERSIH, Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA juga berhasrat berhimpun pada hari yang sama dan telah berjumpa dengan polis.
Semua ketiga-tiga kumpulan juga memberi jaminan perhimpunan mereka akan diadakan secara aman.
Sementara itu, Bernama pula memetik Khalid berkata tindakan itu diambil selepas cubaan untuk 'berlembut' atau menggunakan pendekatan berhemah seperti penerangan dan penjelasan mengenai kesan perhimpunan itu gagal dan menemui jalan buntu.
"(Dalam pertemuan dengan pihak yang mahu menganjurkan perhimpunan haram) kami beri penerangan dan penjelasan mengenai kebimbangan peniaga, pengusaha pelancongan dan orang ramai terhadap perancangan mereka untuk meneruskan perhimpunan itu.
"Hasil pertemuan itu, mereka (pihak penganjur perhimpunan) ingin juga meneruskan perhimpunan. Kami telah beri penerangan dan penjelasan, mereka masih mahu meneruskan, jadi kami akan gunakan apa juga peruntukan undang-undang yang ada untuk pastikan perhimpunan ini tidak diteruskan.
Tangkap sebelum 9 Julai
"Kami telah putuskan bahawa tidak ada lagi rundingan yang akan dibuat dengan mana-mana pihak. Kami sudah beri amaran sebelum ni, bahawa kami tidak akan benarkan perhimpunan diadakan," katanya pada sidang berita di Bukit Aman, hari ini.
PDRM juga tidak menolak kemungkinan untuk menangkap penganjur sebelum 9 Julai ini sebagai langkah mengagalkan perhimpunan itu diadakan, katanya.
Ketika ditanya sama ada polis juga akan menahan mereka yang memakai baju Patriot, beliau berkata: "Apa saja yang menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan itu, baik kuning, merah, hijau, biru, kelabu, mana sahaja yang menggambarkan seperti memberi sokongan pada perhimpunan haram, kita akan ambil tindakan".
- Mohamad Heder Roslan · Pengulas Tertinggi · University experience of lifeJika 1 juta yg dtg, salah seorg darinya adalah aku, jika 100k yg dtg, aku pastikan, aku juga ada disitu. Jika 10k yg dtg, aku pastikan, aku berada disitu. jika 1k yg dtg, aku juga ada disitu. Jika 100 yg dtg, aku juga pasti ada disitu. Jika 10 yg dtg, pasti aku di disitu. Jika 1org yg dtg....Aku pastikan, akulah orgnya yg berada disitu...........
- Mohamad Heder Roslan · Pengulas Tertinggi · University experience of life
- Aleeza Mukhriz · Pengulas Tertinggi
- Fatin Noradiana · Pengulas Tertinggi · Manager di PetronasADA KAMI KISAH? ADA KAMI TAKUT? POLIS HANYA JALANKAN TUGAS. JAGA KAMI ELOK2. KALAU NAK SEMBUR DENGAN GAS, SEMBUR LAH. KAMI X KISAH. KAMI HANYA NAK BERKUMPUL AJE. PEACE, NO WAR!
Dalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.
Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.
Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk “Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.
Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu “mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan.”
Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai “perhimpunan BERSIH” tetapi sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.
Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.
Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.
Menterinya, Datuk Seri Rais Yatim mendakwa tidak mengetahui apa-apa berhubung arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada stesen televisyen dan radio swasta supaya melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.
“Setahu saya, tiada,” katanya ketika ditanya sama ada SKMM ada mengeluarkan arahan seumpama itu selepas mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di Angkasapuri hari ini.
Hari ini, Malaysiakini memetik beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan berkata semua stesen televisyen dan radio diarah menghantar laporan harian mengenai liputan 9 Julai mereka.
Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan itu.
Stesen televisyen dan radio juga diarah supaya tidak merujuk perhimpunan BERSIH sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.
Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.
Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.
- Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
Katanya, tindakan itu sebagai membantah perhimpunan haram berkenaan yang ternyata hanya akan menyusahkan semua pihak.
"Kalau mereka tidak membatalkan perhimpunan 9 Julai ini, kita akan mengadakan perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang pada 8 Julai. Kita boleh buat.
"Biar siapa pun tak boleh masuk atau keluar (Pulau Pinang). Kita tengok siapa yang akan susah," katanya dalam sidang media di George Town hari ini.
Beliau berkata ketika itu, semua pihak yang berhasrat menyertai perhimpunan haram akan tahu dan sedar bahawa tindakan mereka itu boleh menjejaskan semua pihak.
"Kami rayu Ambiga (Datuk Ambiga Sreenevasan) dan kumpulannya supaya membatalkan perhimpunan haram itu," katanya.
Ahmad berkata perhimpunan haram itu tidak perlu diadakan kerana terdapat pelbagai medium yang boleh digunakan oleh semua pihak untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka.
Beliau juga mendesak kerajaan menahan golongan yang merancang perhimpunan haram itu bagi mengelak daripada perhimpunan itu diteruskan.
Antara NGO yang hadir pada sidang media hari ini ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Suara Anak-anak Malaysia dan Persatuan Melayu Tanjong.
- Bernama
- Faizal Fowler · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Catcha Mediabodohnya pemikiran PERKASA ni.... patutlah racis
- Triton Hilux · Pengulas Tertinggi
- Zakrie Jugged · Pengulas Tertinggiperhimpunan menyusahkan org ramai konon..YANG KO NAK TUTUP JAMBATAN TU X MENYYUSAHKAN KE???BUATNYE ADE WANITA MENGaNDUNG NK P HOSPITAL KE APE...BONGOK tol pekosa
Sombong Adalah Selendang ALLAH
Tidak ada orang yang suka pada orang yang bersifat dan bersikap sombong. Sombong adalah salah satu sifat yang sangat dibenci oleh ALLAH. Sombong adalah perasaan menganggap diri lebih (lebih baik, lebih istimewa, lebih cerdas, lebih kaya, lebih tampan, lebih cantik, dsb.) atas orang lain, dan memandang orang lain lebih rendah dan lebih hina.
Dalam Al-Qur’an surat Luqman ayat 18 dan 19, ALLAH SWT berfirman,
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.
Dari dua ayat di atas kita bisa menarik sebuah kesimpulan bahwa sikap dan sifat sombong, angkuh dan suka membanggakan diri sangat tidak disukai oleh ALLAH SWT. Tetapi ALLAH sangat menyukai sifat rendah hati dan sederhana. Ada banyak lagi ayat-ayat dalam Al-Qur’an yang mencela sikap sombong di antaranya:
Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku. (QS. Al-A’raaf [7]: 146)
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong. (QS. An-Nahl [16]: 23)
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina. (QS. Al-Mu’min [40]: 60)
Rasulullah saw., pun mencela sikap sombong. Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda,
Tidak akan masuk surga orang yang hatinya terdapat seberat biji sawi dari sikap sombong. (HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Di hadits yang lain Rasulullah saw. bersabda,
ALLAH SWT berfirman, sifat sombong itu selendang-KU, dan keagungan itu pakaian-KU. Barangsiapa yang menentang-KU dari keduanya, maka AKU masukkan ia ke neraka Jahannam. (HR. Muslim, Abu Dawud dan Ahmad)
Sementara itu Amr bin Syu’aib meriwayatkan dari ayahnya dari kakeknya, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda,
Orang-orang yang sombong besok di hari kiamat akan dikumpulkan seperti semut-semut kecil dalam bentuk manusia, mereka datang dengan hina dari berbagai tempat, mereka diberi minum dari keringat penduduk neraka yang berupa nanah dan darah penduduk neraka. (HR. Ahmad danAt-Tirmidzi: 2492)
Abi Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda,
Saya diperlihatkan 3 (tiga) golongan pertama yang masuk surga dan 3 (tiga) golongan pertama yang masuk neraka. Adapun tiga golongan pertama yang masuk surga adalah orang yang mati syahid, budak yang dimiliki tuannya akan tetapi ia melaksanakan ibadah kepada ALLAH SWT dengan sebaik-baiknya dan memberikan nasihat kepada tuannya, dan orang yang menjauhkan dirinya dari hal-hal yang haram dan meminta-minta orang lain, padahal ia mempunyai tanggungan keluarga. Sedangkan tiga golongan pertama yang masuk neraka adalah pemimpin yang sewenang-wenang dan orang mempunyai harta banyak, akan tetapi ia tidak memberikannya kepada orang lain yang berhak menerimanya dan orang fakir yang sombong. (HR. Ahmad, Ibnu Hibban, Ath-Thayalisy, dan Al-Hakim)
Manusia sesungguhnya adalah makhluk yang dhaif (lemah) karena itu tidak berhak untuk menyombongkan diri dengan apapun yang dimilikinya. Sesungguhnya semua yang dimiliki oleh manusia hanyalah titipan, hakikatnya semua adalah milik ALLAH. Dan semua itu akan kembali kepada-NYA.
Sungguh jelas ancaman ALLAH atas sifat dan sikap sombong ini seperti yang sudah dituliskan pada ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadits di atas. Jika sudah sedemikian jelas ancaman untuk kesombongan, apakah kita masih berani untuk sombong??
Mari kita tanggalkan pakaian kesombongan, takutlah akan ancaman ALLAH SWT. Mari kita beristighfar, memohon ampun atas kesombongan-kesombongan yang mungkin pernah kita lakukan, baik secara terang-terangan maupun secara tersembunyi. Mari kita pakai pakaian rendah hati untuk menggantikan pakaian kesombongan yang pernah atau masih kita kenakan. Semoga ALLAH SWT mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan.. amin yaa Rabb..
Sombong
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)
AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.”
Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
Janganlah Sombong!
Satu sifat yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah sombong. Sombong adalah menganggap dirinya besar dan memandang orang lain hina/rendah.
Allah melarang kita untuk sombong:
”Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’:37]
Allah benci dengan orang-orang yang sombong:
”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman:18]
Nabi berkata bahwa orang yang sombong meski hanya sedikit saja niscaya tidak akan masuk surga:
Dari Ibn Mas’ud, dari Rasulullah Saw, beliau bersabda: “Tidak akan masuk sorga, seseorang yang di dalam hatinya ada sebijih atom dari sifat sombong”. Seorang sahabat bertanya kepada Nabi Saw: “Sesungguhnya seseorang menyukai kalau pakainnya itu indah atau sandalnya juga baik”. Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya Allah Swt adalah Maha Indah dan menyukai keindahan. Sifat sombong adalah mengabaikan kebenaran dan memandang rendah manusia yang lain” [HR Muslim]
Nabi juga berkata bahwa orang yang sombong niscaya akan disiksa oleh Allah di akhirat nanti:
Dari al-Aghar dari Abu Hurarirah dan Abu Sa’id, Rasulullah Saw bersabda: “Allah Swt berfirman; Kemuliaan adalah pakaian-Ku, sedangkan sombong adalah selendang-Ku. Barang siapa yang melepaskan keduanya dari-Ku, maka Aku akan menyiksanya”. [HR Muslim]
(Dikatakan kepada mereka): “Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong .” [Al Mu’min:76]
Abi Salamah meriwayatkan bahwa Abdullah bin Amr bertemu dengan Ibn Umar di Marwah. Keduanya kemudian turun dan berbicara satu sama lain. Selanjutnya Abdullah bin Amr berlalu dan Ibn Umar duduk sambil menangis tersedu-sedu. Ketika ditanya tentang apa yang membuatnya menangis, beliau menjawab: “Laki-laki ini (yakni Abdullah bin Amr) telah mengaku bahwa dia mendengar Rasulullah Saw bersabda: “Barang siapa yang di dalam hatinya ada sebijih atom dari sifat sombong, maka Allah Swt akan menimpakan api neraka ke arah wajahnya” Baihaqi
Dari hadits di atas cukuplah bagi kita untuk menyadari bahwa sifat sombong sangat berbahaya bagi kita.
Imam Ghazali dalam kitabnya, ”Ihya’ ’Uluumuddiin” menulis bagaimana mungkin manusia bisa bersifat sombong sementara dalam dirinya terdapat 1-2 kilogram kotoran yang bau?
Terkadang orang sombong karena kekayaannya. Siapa orang terkaya di dunia? Qarun dulu sangat kaya. Perlu 7 orang yang sangat kuat hanya untuk mengangkat ”KUNCI-KUNCI” gudang kekayaannya yang berisi emas permata. Orang terkaya di dunia saat ini (per 20 Agustus 2007), Carlos Slim (mengalahkan Bill Gates yang memiliki kekayaan US$ 56 milyar) memiliki kekayaan US$ 59 milyar atau rp 551 trilyun lebih (Fortune Magazine).
Namun yang patut diingat, ketika orang yang disebut kaya itu lahir mereka tidak memiliki apa-apa. Ketika mati juga tidak membawa apa-apa kecuali kain yang melekat di badan. Pada saat mati tidaklah berguna segala harta dan apa yang telah mereka kerjakan.
”Tidaklah berguna baginya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.” [Al Lahab:2]
Sebagaimana Qarun, harta yang kita miliki tak lain milik Allah yang dititipkan kepada kita. Ketika kita mati kita akan berpisah dengan ”harta” kita.
”Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya; dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Al Maa-idah:120]
Sering orang sombong karena kekuasaan atau jabatan. Padahal kekuasaan dan jabatan juga tidak kekal. Ketika mati, maka kekuasaan pun hilang. Kita diganti dengan yang lain.
”Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” [Ali ’Imran:26]
Fir’aun raja Mesir yang sombong saat ini telah menjadi mayat yang tidak berdaya. Alexander the Great atau Iskandar Agung yang kerajaannya meliputi sebagian Afrika, Eropa, dan Asia saat ini tinggal tulang-belulang belaka. Hitler yang dulu ditakuti juga telah tiada begitu pula dengan musuh-musuhnya.
Hanya Allah Maha Perkasa yang tetap kekal dan hidup abadi selama-lamanya. Lalu apa yang membuat manusia pantas untuk merasa sombong?
Ada juga orang yang sombong karena wajahnya yang cantik dan rupawan. Padahal ketika tua, maka mukanya akan jelek dan keriput. Ketika sudah dikubur, maka wajahnya hanya akan tinggal tulang tengkorak belaka. Pantaskah manusia untuk bersikap sombong?
Ada lagi yang sombong karena kekuatannya atau badannya yang kekar. Kita saksikan Samson yang dulu sanggup mengalahkan singa dengan tangan kosong kini sudah terbujur dalam tanah. Muhammad Ali yang dulu sering membanggakan diri sebagai yang terbesar (I am the Greatest) kini lemah terkena penyakit parkinson. Begitu tua orang sekuat apa pun akan jadi lemah. Begitu mati dia sama sekali tidak berdaya.
Allah mengingatkan bahwa manusia diciptakan dari air mani yang tidak berharga. Pantaskah manusia bersikap sombong?
”Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahwa Kami menciptakannya dari setitik air mani, maka tiba-tiba ia menjadi penantang yang nyata!” [Yaa Siin:77]
Dari tulisan di atas jelas bahwa tidak ada alasan bagi manusia untuk bersikap sombong. Ancaman neraka bagi orang yang sombong meski hanya sekecil atom hendaknya membuat kita jadi orang yang rendah hati.
Tujuh kaedah kenali orang sombong, bongkak
May 4, 2008 by nurjeehan
Oleh Mohd Zakuan Tak
SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.
Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah, lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.
Penyakit sombong akan menyerang sesiapa saja, baik lelaki atau perempuan, golongan bangsawan atau bawahan, berjawatan tinggi ataupun pengemis di jalanan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Aku akan belokkan dari keterangan-Ku, orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi, di luar kebenaran.” (Surah al-A’raf, ayat 146)
Sombong yang paling keji ialah bersifat sombong terhadap Allah. Tercatat dalam al-Quran, antara manusia yang pernah sombong terhadap Allah ialah Namrud yang ingin memerangi tuhan, keduanya Raja Firaun yang pernah mengaku dirinya Tuhan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya, orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, akan masuk neraka jahanam dengan kehinaan.” (Surah al-Mukmin, ayat 60)
Sombong yang kedua ialah bersifat sombong kepada Rasul dan ajarannya seperti tidak mengiktiraf rasul yang diutus Tuhan kerana kemiskinan dan kehinaan keturunan, seperti Firaun yang mengaku dan menganggap dirinya tuhan, tidak mengaku Nabi Musa rasul utusan Allah.
Begitu juga Abu Lahab serta kaum Quraisy yang enggan menerima Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.
Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.
Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini :
- Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.
Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
- Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.
Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan. Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:
“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”
Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati, “Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.
- Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.
Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.
Mereka rakus melakukan apa saja termasuk membunuh golongan lemah kerana keegoan menganggap orang lain tidak semulia mereka. Seandainya kita zalim, bangga dengan status keturunan, maka kesombongan itu sama dengan kesombongan kaum Bani Israel yang dilaknat tuhan.
- Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.
- Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.
- Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi. Boleh dihempap badan dengan batu dan besi.
- Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak dan dijilat api.
Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah.” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah)
a’kum,saya sebenarnya tak suka dengan orang sombong.saya ada seorang saudara yang dulunya rapat dengan saya tapi akhir2 ni dia tak nak rapat ngan saya sebab dia confident sangat yang dia tahun depan dpt biasiswa pi oversea saya benci sekali,saya bukan marah ataupun jeles sebab dia nak pi hantar kat oversea tapi dia ckap dia tak nak peduli psal keluarga dia,dia hanya nak duli hal pelajaran dia sebab keluarga means nothing to her,education is the most important,termasuk lah dia sampai tak nak duli sma abang kandungny sendiri sebab kelahi dengan tunang abangnya disebabkan boyfren dia.Saya rasa mcm nak tampar saja muka dia tapi apakn daya dia bukanlah adik saya.dia hanya saudara saja.saya rasa wlupun dia belajar tinggi mana sekalipun jika dia masioh ngan sikap sombong tu ianya takkan pergi kemana.isy..geramnye..saye..harap2 saya tak terjumpa lagi ngan species mcmnie..
“wahai orang2 yg sombong,mengapakah tidak kamu melihat tentang kejadian2 alam yg diciptakan Yg Maha Esa dan mengapakah diri kamu tidak memikirkan tentang sebenarnya kejadian diri kamu,jika kamu terlebih merasakan diri kamu itu hebat,apakah buktinya???
kamu golongan intelektual?
kamu golongan pendekar?
kamu golongan bangsawan?
kamu golongan kamil,alim,pandai brbicara?
nah!
mgkinkah tahap itu semua boleh menjanjikan syurga? diri sendiri pun tak tahu nk letak kat manaa.
cuba fikir sejenak,apakah pahala yg aku dah lakukan hari ini? cukup ka nak tampung akaun di akhirat nanti.
5 perkara sebelum mengenal diri
1.keimanan
2.tujuan
3.ketakutan
4.kesakitan
5.kehinaan
“tidak semestinya ada mata itu,kita boleh melihat”
“yang ringan itu,tidak semestinya boleh capai”
betul x E-VA,TIE.
kaifahaluka?
OMG!!very good article..hari tu ade la sorang kazen saye ni mmg dgn bangga nye die kate die mmg sombong and ape salahnye die RIAK.sb die mmg idup dlm family yg kaya raya.die jugak hina saye n family sehina2 nye.sampai kate kami ni terhegeh2 nak bersedara dgn die.pd hal die bkn kaye pon.perasan lebeyhhh..eiii geram sgt dgn orang tu..
aku nak hilangkan penyakit perasan yang ada padaku.macam mana?rasa payahlah.
akhir-akhir ini keluarga saya mengatai saya dengan sebutan somabong itu,,,saya sampai menangis sendiri apakah saya termasuk orang yang dimaksud tersebut,,,,
entah perilaku apa yang saya lakukan sehingga keluarga saya mengatai saya seperti itu,,,,
entah apa yang harus saya lakukan agar perkataan itu tidak kedengaran oleh telinga saya,,,????
Tahniah dan terima kasih di atas ilmu yang beri.
ada seorang hamba allah tu suka mncari ksalahan saya, mentanglah saya ni hanya menumpang belajar di negara orang, saya terasa sangat teraniaya sebenarnya.. tapi mungkin hamba allah tu x pernah rasa yang dia telah menganiaya saya, saya sudah cukup bersabar dengan kata-kata dia yang kasar pada setiapn saya ingin memperbaharui visa study saya.. apabila saya cakap dengan kata-kata yang lembut hamba allah tu pun akan menjawab dengan bahasa yang kasar, sampaikan saya sudah habis kesabaran dan saya pun menjawab denagn bahasa yang kasar juga.. saya pun x tau kenapa hamba allah tu melayan saya begitu saampaikan terkadang saya tidak sanggup hidup di negara orang lagi.. bila saya terfikir, apa kerana saya seorang mualaf sebab tu dia memandang hina terhadap saya, bukankah di dalam islam kita tidak boleh menganiaya orang yang baru memeluk islam justeru harus melindunginya.. saya memang sangat teraniaya lah sebab saya x ada tempat bergantung untuk hidup sedangkan family saya pun x dapat terima saya masuk islam lagi..
saya cuma berharap suatu hari nanti hamba allah tu akan sedar yang dia telah menganiaya orang yang sememangnya sudah teraniaya hidupnya.. kerana hidup ini bagaikan roda dan tidak selamanya kita akan berada di atas untuk selamya tetapi terkadang kita juga akan berada di bawah juga.. saya memang bukan orang yang baik tapi saya hanya berusaha menjadi yang terbaik.. kerana saya hanya manusia yang serba kekurangan.. semoga allah memberi hidayah kepada kita semua amiin….
Saya pernah terjumpa satu kaum yang tak mahu menegur orang. Mulanya saya sangka mereka sentiasa sibuk, tapi setelah berpuluh2 kali saya membuat experiment, sahlah mereka memang berpenyakit sombong. Buktinya apabila saya terserempak dengan salah seorang dari mereka, mereka akan membuat helah dengan bercakap sesama sendiri dan sebagainya untuk mengelak dari menyapa kedatangan saya. Bila saya cuba lalu di hadapan mereka, muka mereka berpaling ke arah lain atau “malu?”, dan bila saya yang mulakan sapaan, barulah akan berbalas. Menurut para penduduk kampung bersebelahan, amalan aneh kaum tersebut bukanlah menunjukkan jiwa mereka sebenarnya sombong, kerana itu hanyalah pandangan dari luaran sahaja, sifat hati budibicara dan dalaman mereka baik. Malangnya apabila saya rujuk kepada seorang Ustaz dari JAKIM, pendapat penduduk kampung tersebut ternyata menyeleweng dan bertentangan dengan firaman Allah dalam Surah Luqman ayat 18 : ”Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
assalam, berkongsi cerita dan minta pandangan…
saya orang bawahan, sesekali rasa kecik hati dangan sikat manager pempuan sorang ni..manager..dah tentu seorang yg pandai cakap,pandai pusing2,bagus bijak dan dalam apa jua keadaan pun manager itu akan menang/semua orang tahu dia hebat..klu dari segi pergaulan tu..suka bergaul dgn orang yg sama taraf, yang pandai kipas, yang suka ikut kehendaknya/telunjuknya..seperti (anak ikannya), dari segi pekerjaan, klu buat salah..dicanangnya 1 pejabat, klu kesalahannya..semua dia.. mmm..mcm saya,saya akui saya x pandai mcm dia..tapi dia selalu menjatuhkan,senyum sinis, gelak2 pada sesuatu kesalahan dan banyak complain.. bila sesekali kene berkerja dengan dia sesekali saya rendah diri dan sakit hati sbb dia kata (x pandai)..”suruh belajar pandai2 x nak”katanya..mcm orang bawahan yang lain, bila saya tanya..semua nya malas nak layan kerenah, mls nak bergaulan dengannya (bagi perempuan)..sbb katanya ade saja jawapan/statement yang diberikan itu menyakitkan hati,w’pun niat meraka baik..(menyesal aku tegur) mcm tu la lebih kurang..mula episod..depan lain belakang lain..(belakon la masing2 depan dia) sbbnya klu lawan ckp, x pandai kipas..dia akan benci orang tu dan x suka bergaulan dgn orang berkenaan seperti saya..lagi satu..manager pempuan ni dia suka bergurau, baik dgn staff.. banyak pengaruh dgn lelaki shj,mcm manager lelaki, staff lelaki sbb lelaki2 yg tu suka sokong,ikut je (depan boss)..tapi dlm diam2 staff lelaki ke, pompuan ke..rupanya memang mereka semua x suka..sbb kerja mereka semua terpaksa ikut rentak dia..kami 1 department(bahagia sangat.)..disbbkan manager pempuan ni,kami jadi berpuak2, x banyak ckp, x le bergurau, mcm ade tembok yg menghalang kami berkomunikasi..tapi bila manager pempuan ni x de, cuti ke..kami dapat rasakan yg kami x ade halangan untuk bergaul dengan mereka (staffnya), siap bergurau senda, meriah sungguh dan bekerja sama…
macam mana saya nak meyakinkan diri saya bila berdepan dgn keadaan dan orang mcm ni..
alkisahku..