Sabtu, 2 Julai 2011

BILA TELAH JADI TAKDIR....DAN MUNGKIN SUDAH DITAKDIRKAN...MAKA KENA REHDA...YANG HANYA KEKAL ALLAH SAJA...

Polis diminta bebaskan remaja demo bantah Bersih
Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 1 Julai: Enam remaja yang berdemonstrasi di hadapan bangunan pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, dekat sini selepas solat Jumaat tadi, diberkas polis dan dibawa ke balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Mereka sebahagian daripada kira-kira 20 orang yang berhimpun di jalan Dato’ Bahaman di sini yang dikatakan bertindak membantah perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Budak-budak lepasan sekolah itu memegang sepanduk “Kami NGO Temerloh bantah himpunan BERSIH” sambil memekik “Selamatkan Malaysia” dan berada kira-kira dua minit di depan pejabat PAS.

Mereka yang berasal dari kampung-kampung berdekatan itu kemudiannya bertempiaran lari dan menunggang motosikal masing-masing apabila diusir oleh anggota mata-mata termasuk polis wanita sementara enam orang daripadanya dimasukkan ke dalan van polis.

Sementara itu salah seorang peserta demo tersebut ketika ditanya, mengaku menerima wang upah antara RM20 hingga RM30 seorang daripada pihak tertentu.

Turut hadir memerhatikan gelagat mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad, Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid, puluhan anggota Unit Amal serta ahli-ahli PAS yang turut berkumpul di depan pejabat PAS.

Sementara itu, Ahmad Nizam yang juga pengamal undang-undang meminta enam remaja yang ditahan polis itu dilepaskan segera kerana mereka mempunyai hak untuk berhimpun.

“Mereka mempunyai hak untuk berhimpun secara aman membantah sesuatu yang tidak disukai kerana ia termaktub dalam perlembagaan.

“Jadi kita harap pihak polis segera bebaskan mereka,” katanya.


Khutbah hentam Bersih, Jawi jadi alat Umno
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) amat kesal dengam khutbah Jumaat keluaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dibacakan di masjid-masjid di seluruh Kuala Lumpur hari ini, memandangkan ia jelas memburukkan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini.

Di tengah kita menyambut Israk dan Mikraj yang mengandungi amat banyak pengajaran besar, Jawi hari ini telah melakukan kesilapan besar dengan mengeluarkan khutbah tersebut yang jelas melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Riduan Mohd Nor menegaskan, pada hal di dalam negara kita ini amat banyak perkara yang perlu diketengahkan oleh Jawi termasuklah usaha-usaha untuk mengatasi gejala sosial dan penghinaan terhadap syariat Islam.

Menurut beliau, tiba-tiba mimbar Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan hari ini dicemari dengan propaganda Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi APCO.

Katanya, DPPP amat kesal apabila masjid yang mulia dicemari dengan politik kotor dan hina yang menjadi pegangan Umno BN selama ini.

"Pada hal jika kita kembali kepada sirah Rasulullah s.a.w, khutbah merupakan medium dakwah yang penting yang mengandungi pelbagai nasihat dan ajaran berguna. Ia disampaikan dengan penuh semangat dan ketika menyampaikan khutbah, Nabi sendiri turut memegang tombak dan pedang.

"Oleh itu, dalam Islam, setiap makmun diwajibkan mendengar khutbah dengan teliti. Malah Nabi sendiri pernah menegur seorang sahabatnya kerana bermain-main dengan anak batu ketika khutbah dibaca," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Isi khutbah, menurut beliau, mesti didengar dan dihadam oleh setiap makmun dan dengan itu ia secara jelas memberikan pengajaran kepada kita bahawa setiap khutbah yang dibacakan di mimbar-mimbar masjid mestilah yang menepati ajaran Islam.

Katanya, bagaimanapun, perkara itu amat berbeza dengan khutbah yang dibacakan di mimbar-mimbar masjid di Kuala Lumpur hari ini kerana ia jelas telah diperalatkan oleh BN untuk propaganda politik murahannya.

"Dengan itu, setiap umat Islam wajib menolak khutbah yang bersalut propaganda politik murahan BN itu dan sebaliknya turut memberikan kerjasama dengan Bersih untuk menolak politik kotor dan hina dan pilihanraya yang kotor dan hina di negara kita," tegasnya.

Rakyat di seluruh negara, katanya, diyakini amat faham dengan tujuan Bersih hendak mengadakan Perhimpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini yang bukannya untuk melakukan kekacauan, tetapi untuk menuntut kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil.

"Oleh itu, di tengah BN menyerang Bersih termasuk dengan menggunakan mimbar masjid, saya yakin sejuta umat Islam akan turun berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini, bagi mendesak kerajaan BN yang korup melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil kerana rakyat sendiri sudah tidak tertahan dengan permainan politik kotor BN sejak sekian lama," katanya.

Sementara itu, PAS Wilayah Persekutuan turut kesal dengan teks khutbah Jumaat hari ini yang dikeluarkan oleh Jawi untuk menghentam Bersih.

Dalam keadaan mereka beria-ia menolak politik kepartian di dalam masjid, tetapi Jawi hari ini telah terjebak sebagai alat politik Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata, tindakan menggunakan platform agama untuk mengharam dan melabelkan pelampau kepada Himpunan Bersih 2.0 dikira melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurut beliau, label pelampau dan haram dikaitkan kononnya Bersih hendak menimbulkan kekacauan dan kerosakan jelas merupakan satu fitnah yang dilakukan terang-terangan menggunakan mimbar Jumaat.

Katanya, PAS Wilayah Persekutuan amat kesal kerana mimbar Jumaat dijadikan tempat sebaran fitnah, sedangkan umum mengetahui tujuan Bersih adalah untuk berhimpun secara aman bagi mendesak pilihanraya yang bebas dan adil, bukan untuk melakukan kerosakan dan huru-hara.

"Tetapi khutbah yang dikeluarkan oleh Jawi ini melaporkan sebaliknya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

PAS Wilayah Persekutuan juga, menurutnya, kecewa kerana Jawi menggunakan platform khutbah yang berbentuk komunikasi sehala untuk memfitnah himpunan Bersih.

"Kita mohon supaya Jawi sedia berdialog secara terbuka dengan umat Islam dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bagi memastikan di mana haram dan melampaunya himpunan Bersih?

Jika JAWI tidak sedia berdialog, beliau secara tegas mengatakan, itu tandanya JAWI sebenarnya melaksanakan arahan Barisan Nasional.

"Kita hendak ingatkan Jawi supaya tidak menjadi alat BN dan merasakan masjid-masjid di Wilayah milik Barisan Nasional sehingga tergamak melakukan hal ini.

"Perlu diingat, 9 daripada 10 Parlimen di Kuala Lumpur ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan sudah pasti yang mendengar khutbah itu majoritinya menolak politik kotor Barisan Nasional," tegas beliau.

Beliau juga memberitahu PAS Wilayah Persekutuan akan menurunkan lebih 20 ribu orang ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya ke Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Mereka, katanya akan turun dengan disiplin yang tinggi sebagaimana amalan biasa dalam PAS dan seperti yang telah sedia dimaklumi oleh pihak polis sendiri berhubung akhlak dan disiplin ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sepanjang puluhan himpunan yang pernah diadakan sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail menjelaskan, kesediaan PAS Wilayah Persekutuan menurunkan ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya ke perhimpunan itu adalah selaras dengan arahan Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menururut beliau, PAS Wilayah Persekutuan juga menyeru ahli-ahlinya supaya menjadikan diri mereka sebagai saksi-saksi sejarah terhadap perubahan demokrasi yang bebas dan bersih dengan penglibatan mereka dalam himpunan itu.

Katanya, himpunan aman yang diadakan itu adalah untuk mendesak kerajaan memulihkan sistem pilihanraya yang kotor selama ini dan ia akan memberi kesan yang cukup besar jika berlaku perubahan.

"Ia akan menjadi catatan sejarah yang akan dibaca dan dipelajari oleh anak-anak dan cucu kita pada masa akan datang dan sudah pasti ibu bapa dan datuk neneknya dahulu salah seorang daripada saksi sejarah tersebut," katanya.

PAS Wilayah Persekutuan juga, menurut beliau, mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS dari seluruh negara ke ibu kota bagi menjayakan perhimpunan itu.

Katanya, sehingga kini keadaan di ibu kota begitu aman dan tidak ada sebab untuk ahli-ahli PAS dan orang ramai tidak hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

"Tambahan pula dengan jumlah anggota polis yang ramai, sudah pasti keamanan lebih terjamin. Di samping itu, 400 peguam yang disediakan parti sepanjang perhimpunan ini akan dapat membantu memastikan peserta sentiasa patuh pada undang-undang," tegasnya.


“Lepaslah mereka yang ditangkap”

Mohd Sabri Said
KEPALA BATAS, 1 Julai: "Lepaslah mereka yang ditangkap. Mereka tidak bersalah apa-apa pun. Tak kan pakai baju berlambangkan Bersih 2.0 salah sehingga dilabelkan melawan Yang di-Pertuan Agong dan ingin hidupkan semangat komunisme," tegas kaum keluarga dan sahabat handai 30 tahanan yang masih merengkok dalam lokap polis sehingga hari ini.

Difahamkan mereka terus ditahan beberapa hari lagi untuk siasatan manakala mahkamah semalam memutuskan tahanan boleh dilawati walaupun bercakap berhalangan tanpa nampak wajah yang jelas.

Semalam sekali lagi ahli keluarga dan rakan yang turut memberikan sokongan moral memenuhi Ibu Pejabat Polis (IPD) Kepala Batas yang menempatkan 11 orang perempuan, Ibu Pejabat Kontijen Polis Pulau Pinang (IPK) di Georgetown 7 orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar, Pejabat Polis Butterworth seramai 10 lelaki serta 2 orang kanak-kanak belasan tahun di Balai Polis Sungai Dua.

Wakil PSM, Bawani semasa ditemui di IPD Kepala Batas memberitahu, tindakan drastik itu tidak wajar kerana kedatangan rombongan bas itu bukan untuk memberontak sebaliknya menghadiri satu program 'Udah BN bersaralah' yang dijadualkan di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Setakat ini, katanya beberapa orang dibenarkan berjumpa ahli keluarga dan sahabat handai itupun setelah campur tangan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), antaranya ialah Chang Mooi, Soh Sook Hwa dan Selvam a/l Sinnah iaitu pemandu bas.

"Mana mungkin mereka nak lawan Yang di-Pertuan Agong kerana sedar Yang di-Pertuan Agong adalah payung kesejahteraan Malaysia. Ia hanya rekaan sahaja," ujar beliau.

Koy Yong pula menyifatkan penahanan 30 anggota PSM tanpa sebab satu kesalahan yang mana akhirnya mensabitkan mereka dengan kes berkenaan.

“Kami tahu latar belakang rakan kami. Mereka bukan penjenayah sehingga direman sebegitu rupa.

"Kalau mereka penjenayah atau membawa senjata kami rela mereka disabitkan kesalahan itu. Ini tidak mereka hanya memakai baju kuning saja," sambungnya.

Sementara itu rakannya, Ganesan menambah, hati merasa sayu apabila mengenang isterinya, Kavitha terpaksa tidur dalam lokap sedangkan isterinya tidak memberontak atau membawa senjata untuk menentang kerajaan.

"Lepaskan mereka yang ditahan. Mereka tidak langsung bersalah, apa guna dikurung," katanya selepas menemui isteri tercinta di IPD Kepala Batas.


Mapim anjur misi kemanusiaan Gaza kedua
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 1 Julai: Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menganjurkan misi kemanusiaan ke Gaza kedua Ramadhan ini yang dijangka bermula pada 15 Ogos nanti.

Setiausaha Agung Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, misi kedua ini disertai 32 aktivis yang akan memasuki Gaza melalui Rafah.

Menurutnya, pada tahun lalu mereka berjaya melepasi Rafah juga pada bulan Ramadhan yang dianggotai 44 orang.

Tujuan misi kali ini, jelasnya, untuk melanjutkan usaha melaksanakan beberapa projek kemanusiaan yang dikenalpasti dalam misi lalu.

“Antaranya pembinaan sebuah hospital kanak-kanak, pembinaan semula masjid, pembinaan jalan di daerah Khan Yunis, projek Taman Pemulihan kanak-kanak Trauma Pasca Perang, pembinaan Markaz Ulama Rantau Asia, program bandar berkembar dan penawaran pengajian perubatan di Malaysia.

“Rombongan kali ini juga menyertai program menyaksikan penyempurnaaan pembinaan sebuah masjid di Beit Hanun di utara Gaza iaitu Masjid An Nasr yang disumbang oleh dana yang dikumpul Mapim sejak tahun lepas,” ujarnya.

Untuk rekod, misi tahun lalu diberi nama Gaza Ramadhan March for Freedom telah berjaya menghantar bantuan bernilai RM350,000 secara langsung kepada rakyat Gaza.

Tahun lalu, anggota rombongan telah melaksanakan tugas mencari fakta berkaitan dengan keadaan kesihatan, masjid, infrastruktur, pendidikan, pertanian, pusat pengajian tinggi serta sistem politik di Gaza.

Selain itu, rombongan juga melihat kesan-kesan kemusnahan akibat Perang Furqan iaitu serangan Israel ke atas Gaza selama 22 hari dari 28 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009.

Kali ini, Mapim akan melengkapkan lagi pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan pelbagai kegiatan NGO yang wujud di Gaza dalam rangka mengenalpasti bagaimana NGO di Malaysia boleh bekerjasama dengan pihak kerajaan dan NGO di Gaza dengan lebih berkesan.

MAPIM juga mengatur pertemuan dengan pelbagai kelompok masyarakat sivil di Gaza dari pelbagai sektor seperti wanita, belia, mahasiswa, profesional, ulama, petani, nelayan, usahawan, warga media, ahli akademik, seniman dan budayawan, badan kebajikan dan kanak-kanak, NGO kesihatan serta pendidik sekolah.

Melalui usaha-usaha itu, Mapim berharap misi kali ini akan mengukuhkan lagi usaha merampatkan hubungan rakyat ke rakyat antara Malaysia dan Gaza khususnya serta Palestin umumnya.

Ramadhan di Gaza kedua ini berhasrat merapatkan hubungan antara Malaysia dan Gaza di pelbagai lapisan agar manfaat dua hala dapat dicapai untuk dimanfaat secara langsung oleh kedua belah pihak.

Untuk tujuan itu, Mapim sedang membuka penyertaan anggota rombongan dari NGO dan individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan dalam misi ini.

Mereka harus bersedia untuk bukan sahaja mengikuti rombongan tersebut tetapi menjadi sukarelawan berterusan untuk membantu menjayakan pelbagai projek pemulihan Gaza yang diusahakan Mapim.

Misi kali ini mengharapkan peserta akan siap membiayai perbelanjaan perjalanan sendiri serta boleh mengumpul dana untuk dibawa bersama bagi disumbangkan kepada rakyat Gaza.

MAPIM berharap agar misi ini akan juga disertai oleh wakil-wakil NGO, ahli politik, ulama, media dan ahli profesional seperti misi yang lalu.


RTM dicabar anjur debat iklan fitnah Bersih
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Dewan Pemuda PAS (DPP) kesal dengan tindakan RTM yang menyiarkan iklan khas bagi memberikan gambaran buruk kepada himpunan Bersih mulai semalam di TV2.

Ketua penerangannya, Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, iklan pendek berkenaan dimulai dengan salah seorang pelakon menunjukan risalah Bersih yang kemudiaannya disambut baik oleh pelakon Bell Ngasri yang menyatakan minat untuk menyertai perhimpunan di awalnya.

Kemudian pelakon ketiga, Ezany Nizariff pula menunjukan klip video huru hara yang berlaku di luar negara dan mengatakan bahawa itulah yang akan berlaku dalam himpunan Bersih, rakyat terancam dan pelancong pun akan lari.

Iklan itu diakhiri dengan Bell mencampakan risalah Bersih dan mengatakan perhimpunan itu adalah perhimpunan kotor.

“Iklan yang dirakamkan di sebuah kedai kopi ini sengaja disiarkan bagi meningkatkan salah faham rakyat terhadap Bersih,” katanya kepada Harakahdaily.

DPP, katanya kesal kerana RTM sanggup menyalahgunakan wang rakyat untuk membuat fitnah kepada himpunan rakyat yang aman Bersih.

“Dengan sendirinya RTM membiarkan dirinya menjadi alat politik pihak-pihak yang takut kepada himpunan Bersih.

“Lebih mendukacitakan bila mana RTM tiada bukti untuk menggambarkan keganasan dan huru hara yang berlaku dalam himpunan Bersih hingga terpaksa mencuri rakaman video dari luar negara pula,” katanya.

Sehubungan itu, ujarnya DPP mendesak agar RTM menghentikan fitnah mereka dan menarik balik iklan tersebut.

DPP juga, katanya mencabar RTM untuk menganjurkan debat secara langsung di TV1 dan TV2 dengan menjemput wakil Bersih atau komponennya dan juga wakil SPR atau BN supaya rakyat boleh menilai sendiri tuntutan Bersih dan perjuangannya.


Masjid bukan tempat hasut jemaah benci Islam
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Persatuan Mahasiswa Islam Uuniversiti Malaya (PMIUM) menyatakan kekecewaan dengan pengisian khutbah Jumaat di sebuah masjid yang terletak di Lembah Klang.

Menurut Presidennya, Muhammad Safwan Bin Anang@Talib, beliau terkejut apabila mendengar isi khutbah di masjid terbabit yang dilihatnya tidak kena pada tempatnya.

“Sepatutnya masjid dijadikan tempat untuk membincangkan dan menerangkan tentang penindasan dan kebenaran tentang ajaran Islam, bukannya menghasut para jemaah membenci Islam.

“Isu gejala murtad dan maksiat masih berleluasa. Isu seperti inilah yang sepatutnya dibincangkan dalam pengisian khutbah. Peristiwa Israk dan Mikraj pun masih ramai anak muda serta masyarakat belum hayati,” katanya.

Menurutnya, khutbah Jumaat di masjid yang terletak di Bandar Tasik Selatan itu menyatakan tentang haramnya perhimpunan Bersih 9 Julai nanti.

“Walaupun khatib tak sebut mana-mana parti politik, tetapi di pihak kami, kami tetap menolak budaya menjadikan masjid sebagai tempat berkepentingan pihak tertentu yang sengaja ingin menjauhkan Islam daripada umatnya.

“Apabila khatib memberitahu tentang haramnya perhimpunan Bersih, kami menganggap ianya satu cubaan untuk menghasut masyarakat supaya jangan turun 9 Julai nanti,” katanya.

Safwan juga ada menemui beberapa penduduk yang turut sama bersembahyang dan mendengar khutbah Jumaat di masjid tersebut.

“Saya temui beberapa penduduk dan mereka terkejut apabila mendengar tentang hujah-hujah yang tidak berasas tentang haramnya Bersih 2.0.

“Mereka turut kecewa apabila masjid digunakan untuk kepentingan perjuangan peribadi daripada perjuangan menegakkan kebenaran dan mendekatkan masyarakat dengan Islam.

“Saya difahamkan kebanyakan yang solat di masjid itu adalah askar-askar yang menjalani latihan di kem berdekatan,” katanya.

Sedihnya negara hilang tanah KTMB selamanya
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 1 Julai: Seluruh rakyat Malaysia terutama yang tinggal di Johor sepatutnya bersedih mulai hari ini, apabila tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang telah dipajak selama 79 tahun hilang buat selama-lamanya dari pemilikan Malaysia kerana diserahkan kepada pihak Singapura.

Sebagai balasannya, pihak Singapura akan menggantikan kepada Malaysia (Johor) dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Suhaizan Kaiat berkata, penyerahan tanah KTMB yang berlaku hari ini menjadi satu sejarah penting kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang.

Menurut beliau, pangajaran yang paling besar adalah Kerajaan Malaysia sanggup menyerahkan tanah KTMB kepada Singapura demi mengejar keuntungan material semata-mata dengan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara tercinta ini.

Katanya, Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka ini kerana ia tidak sepatutnya dialami oleh seluruh rakyat Johor dan Malaysia.

"KTMB mempunyai tanah pajakan dengan Kerajaan Singapura selama 999 tahun bermula tahun 1932 seluas 217 hektar. Tanah sepanjang 30 km ini adalah dari Woodland, Kranji, Tanjung Pagar dan 3 lot di Bukit Timah (lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 & lot 32-10 Mk 16)," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Tanah tersebut, menurut beliau, cukup strategik kerana terletak di tengah-tengah Singapura, terlengkar dari utara di Woodland hingga ke Selatan di Tanjung Pagar.

Katanya, perjanjian pajakan yang telah dimeterai dengan pihak British telah menyatakan bahawa tanah tersebut hanya boleh digunakan untuk tujuan keretapi sahaja.

Ini bermaksud bahawa jika KTMB membuat aktiviti lain daripada keretapi, katanya, maka perjanjian pajakan akan terbatal dan Singapura berhak untuk merampas tanah tersebut.

"Persoalannya, mengapa perjanjian yang mengikat negara ini tidak dipinda semasa Singapura keluar daripada Malaysia?" tegasnya.

Hari ini, ujarnya, tanah tersebut tidak akan kembali lagi kepada kita dan digantikan dengan tanah di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor yang akan dibangunkan oleh syarikat usahasama Malaysia dan Singapura, M-S Pte Ltd yang dimiliki 60 peratus ekuiti oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus ekuiti oleh Temasek Holdings.

"Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan kepada Singapura?

"Di manakah maruah rakyat dan negara Malaysia jika Syarikat M-S Pte Ltd gagal sedangkan tanah KTMB telah diserahkan kepada Singapura?" katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menegaskan, tanah di Marina South dan Ophir Rochor yang dibangunkan oleh M-S Ptd Ltd itu bakal dijual kepada pasaran setelah siap dibangunkan.

"Oleh itu, tanah ini akan terdedah kepada pemilikan bebas. Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang daripada pegangan Khazanah Nasional.

"Akhirnya rakyat Malaysia sudah tidak memiliki tanah di Singapura yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang. Apakah jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak terlepas kepada pihak luar?" ujar beliau.

Peniaga ditangkap kerana jual baju Bersih
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 1 Julai: Seorang peniaga, Zakaria Che Wail telah ditahan polis selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini pagi tadi kerana dipercayai menjual kemeja T yang tertera tulisan Bersih.

Beliau yang diminta menyerahkan kemaja T berkenaan dengan tenang menyerahkan barang jualannya itu kepada salah seorang anggota polis.

(Zakaria dibawa ke balai polis)

Bagaimanapun, pihak polis mengambil semua hasil jualannya termasuk yang masih terdapat dalam van untuk di bawa ke Ibu Pejabat Polis Kota Bharu (IPD) Pengkalan Chepa.

Dianggarkan lebih 10 orang anggota polis termasuk tiga darinya beruniform dan seorang berpangkat inspector sejak awal lagi berada di sekitar Dataran Ilmu.

Menurut seorang saksi, sewaktu pihak polis ingin membawa Zakaria termasuk vannya keluar dari situ, berlaku sedikit ketegangan apabila orang ramai cuba menghalangnya.

“Bagaimanapun, atas nasihat seorang pakchik, mereka akhirnya memberi kerjasama sehingga akhirnya van berjaya dikeluarkan dari situ,”ujarnya.

Sehingga berita ini ditulis, Zakaria masih lagi ditahan untuk siasatan lanjut.

(Polis dikerumuni orang ramai di Dataran Ilmu pagi tadi)

Wartawan dan jurugambar yang cuba ingin mendapatkan maklumat berhubung perkara itu di IPD pagi tadi tidak dibenarkan masuk.

Menurut polis yang bertugas, beliau menerima arahan agar tidak membenarkan orang ramai termasuk media memasuki kawasan terbabit.

Bersih: Umno fobia dengan nasib Hosni Mubarak
Salmah Mat Husain

KOTA BHARU, 1 Julai: Kerajaan Malaysia yang dipimpin Perdana Menteri Najin Tun Razak dibayangi demontrasi rakyat terhadap Hosni Mubarak, sehinggakan Himpunan Bersih 2.0 dianggap perkara yang sama.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, ketika ditemui berkata kerana diundang rasa bersalah terhadap rakyat selama ini, himpunan aman yang hanya ingin menuntut keadilan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pemimpin Umno begitu fobia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kerajaan memerangi Himpunan Bersih 2.0 selepas merasmikan kursus sukarelawan Ekspo Cheng Ho 2011 (KelCheff 2011) di Balai Islam, Lundang, di sini pagi tadi.

Menurutnya, kerajaan seharusnya menjadikan Himpunan Bersih buat kali pertama diadakan sebelum ini yang langsung tidak berlaku sebarang huru hara.

“Kita bukan penentang kerajaan, kita nak bersihkan amalan kotor dalam SPR saja, bayangkan kini entah dari mana pengundi dari Sabah yang telah didaftarkan di negeri Selangor.

“Sedangkan tiadapun pekerja dari Sabah yang tinggal di negeri Selangor seramai itu, jadi ini yang kita demokan,”ujar Husam lagi.

Pada masa yang sama beliau turut mengkritik pihak tertentu yang mendakwa komunis juga akan mengambil kesempatan dan berbagai lagi.

“Semua perkara tu hanya ditokok tambah untuk menakutkan rakyat, lagipun generasi hari ini sudah tidak takut lagi dengar komunis. Entah wujud atau tidak,”ujarnya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan kursus beliau turut menempelak Perkasa dan Pemuda Umno yang ingin turut serta pada program itu bagi menghalang Bersih.

“Tak payahlah nak join sekali, nanti puak dia hanya 300 orang, yang kita ramai dia kata program dia berjaya. Nak buat, buat hari lain la,”ujarnya.



Jauhi Sifat Sombong

Sombong adalah sifat yang dimiliki manusia dengan menganggap dirinya lebih dengan meremehkan orang lain, karenanya orang yang takabbur itu seringkali menolak kebenaran, apalagi bila kebenaran itu datang dari orang yang kedudukannya lebih rendah dari dirinya, Rasulullah Saw bersabda:
Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan dan menghina orang lain (HR.Muslim).

Sombong merupakan sifat iblis laknatullah, dengan sebab itulah ia divonis ingkar/kafir kepada Allah Swt, sebagaimana firman Allah Swt : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: “bersujudlah kamu kepada Adam”, maka merekapun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang sujud. Allah berfirman: Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) diwaktu Aku menyuruhmu?. Iblis menjawab: aku lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah. Allah berfirman: turunlah kamu dari surga itu, karena kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina (QS 7:11-13, lihat juga QS 40:60).

Ada banyak dampak negatif atau bahaya dari sifat sombong ini, diantara adalah:

Pertama, Tidak senang pada saran apalagi kritik, hal ini karena ia sudah merasa sempurna, tidak punya kekurangan, apalagi bila kesombongan itu tumbuh karena usianya yang sudah tua dengan segudang pengalaman, ia akan menyombongkan diri kepada orang yang muda, atau sombong karena ilmunya banyak dengan gelar kesarjanaan.

Kedua,
Tidak senang terhadap kemajuan yang dicapai orang lain, hal ini karena apa yang menjadi sebab kesombongannya akan tersaingi oleh orang itu yang menyebabkan dia tidak pantas lagi berlaku sombong, karenanya orang seperti ini biasanya menjadi iri hati (hasad) terhadap keberhasilan, kemajuan dan kesenangan yang dicapai orang lain, bahkan kalau perlu menghambat dan menghentikan kemajuan itu dengan cara-cara yang membahayakan seperti memfitnah, permusuhan hingga pembunuhan.

Ketiga,
Menolak kebenaran meskipun ia meyakininya sebagai sesuatu yang benar, hal ini difirmankan Allah Swt di dalam Al-Qur’an: Dan mereka mengingkarinya karena kezaliman dan kesombongan (mereka), padahal hati mereka meyakini (kebenaran)nya. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan (QS 27:14).

Keempat,
Dibenci Allah Swt yang menyebabkannya tidak akan masuk syurga. Allah Swt berfirman: Tidak diragukan lagi bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong (QS 16:23).

Di dalam hadits, Rasulullah Saw bersabda:
Tidak masuk surga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan (HR. Muslim).

Naudzu billahi min dzalik, semoga kita semua terhindar dari sifat sombong.

Tiada ulasan: