Jumaat, 8 Julai 2011

BERSIH...BIAR BERJALAN DENGAN BERSIH...BERSOPAN SANTUN...DAN POLIS MENGAWAL JADI PERHIMPUNAN YG MURNI DAN MESRA ALAM...INSYAALLAH..

Polis: Permohonan permit PERKASA ditolak
Jul 8, 11 11:22am

Permohonan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA untuk berhimpun di Stadium Titiwangsa di Kuala Lumpur pada Sabtu ini telah ditolak.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan dalam satu kenyataan berkata penolakan itu kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menguruskan stadium berkenaan tidak meluluskan tempahan mereka.

Ini kerana, menurut beliau, stadium itu telah ditempah oleh satu pertubuhan sukan yang akan menganjukan satu acara sukan pada 9 dan 10 Julai ini.

"Pemohon telah dimaklumkan mengenai keputusan ini dan mereka akur tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan di lokasi tersebut,” katanya.

Pada 6 Julai lalu, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai di satu stadium akan diteruskan kerana BERSIH 2.0 juga merancang untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, beliau merancang untuk mengadakan perhimpunan berkenaan sama ada di Stadium Merdeka, Stadium Negara atau di Stadium Titiwangsa.


BERSIH 2.0: KL milik rakyat, jumpa di sana esok
Jul 8, 11 9:45am

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tetap akan berhimpun di Stadium Merdeka esok.

Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman sosialnya di Facebook, BERSIH 2.0 berkata tidak kira sama ada kerajaan memilih untuk menjadi munasabah ataupun tidak, orang ramai teguh dengan pendirian melaksanakan hak mereka sebagai rakyat yang patriotik.

NONE“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

BERSIH 2.0 juga kecewa dengan tindakan pihak berkuasa mengenakan perintah larangan daripada mahkamah untuk menghalang 91 individu daripada berada di Kuala Lumpur esok.

“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.

“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa BERSIH 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”

NONESemalam, timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.

"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya.

Daripada 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur esok, seramai 66 orang adalah dari kumpulan BERSIH 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.

NONEManakala ahli politik yang Pakatan Rakyat terdiri daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.

Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

BERSIH 2.0 juga berkata kerajaan telah gagal memahami bahawa gabungan 62 NGO itu bukan mengenai mana-mana individu tetapi memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil,

“Tidak kira seteruk mana kami ditekan dan dihambat atau didakwa, suara aman rakyat akan kedengaran di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini,” kata BERSIH 2.0.

NONEMenurut gabungan yang diharamkan oleh kerajaan itu, belum terlambat bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak sebagai seorang negarawan dan menghentikan segala hambatan yang sering-kali dilakukan oleh seseorang diktator.

“Bekerjasamalah dengan BERSIH 2.0 bagi memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang bagi semua pihak,” katanya.


  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    PDRM telah minta perintah mahkamah supaya menyekat aktivist 91 BERSIH, maka Karpal Singh pun jumpalah Amar Singh bincang sesuatu.
    - Karpal Singh : Kenapa keluarkan perintah mahkamah 188 menyekat BERSIH.
    Amar Singh: Mereka itu buat demo, timbulkan kekacauan.
    - Karpal Singh; Kenapa nama ahli politik PR disenarai BERSIH? LKS, AI...Nik Aziz, PR bukan Bersih.
    Amar Singh:? betul juga
    - Karpal Singh: Kenapa nama Samad Said tidak disenarai kan? Dia pun jumpa Agung.
    Amar Singh : Setahu saya Pak Samad cuma pandai sajak, puisi, so perintah mahkamah sekat sesiapa gunakan kenderaan di KL hingga jalan istana.
    -Karpal Singh; Macam ini , Memorendum BERSIH bagi Pak Samad naik basikal atau jalan kaki hantar bagi Agung, ada salah perntah mahkamah kah?
    Amar singh: Ya satu kecuaian PDRM waktu mohon perintah mahkamah.
    • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
      Masa hanya tinggal 24 jam . Akan bermulalah BERSIH
      Ketika ini Najib cukup gentar lalu menalefon kepada IGP
      Najib: Hello, Tan Sri boleh sekat BERSIH?
      IGP : Datuk, Kita boleh sekat t -shirt BERSIH dengan berjaya
      Najib: Tan Sri sekat apa saja cuba gagalkan BERSIH
      IGP: Datuk, T-shirt kuning-BERIH tiada kaki, tak boleh jalan, senang sekat
      Najib; Macam mana pendemo BERSIH , boleh sekat kah?
      IGP: Kaki demo boleh jalan, tak boleh sekat, bila masa pun boleh jadi pendemo
      Najib: Pening aku, nanti tanya rosmah apa idea.
    • Hasbie Busri · Pengulas Tertinggi
      LAWAK LA LU MAMAK,TPI CUN!..HEHE

Suhakam: Hak perhimpunan aman mesti dilindungi
Jul 8, 11 9:03am
Kebebasan berhimpun secara aman adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR), kata
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)

NONEDalam satu kenyataan pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam juga mengulangi ingatan bahawa kebebasan menyuarakan pandangan dan pendapat pula terkandung dalam Perkara 19 UDHR.

Justeru, katanya Suhakam mengalu-alukan konsultasi di antara pihak berkuasa dan BERSIH 2.0 berhubung dengan cadangan perhimpunan, yang akan diadakan di sebuah stadium.

“Suruhanjaya berharap agar resolusi awal berkenaan perkara ini dapat dicapai antara pihak berkuasa dan BERSIH dalam semangat perdamaian, seperti yang dititahkan oleh baginda Tuanku Yang di-Pertuan Agong, dan akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,” katanya.

NONEMenurut Hasmy, Suhakam juga bimbang dengan penangkapan dan penahanan beberapa ahli parlimen serta aktivis baru-baru ini di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Sehubungan itu, katanya Suhakam menuntut kerajaan supaya segera membebaskan mereka yang masih ditahan itu.

“Mereka seharusnya berhak kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam seperti yang disebut dalam Perkara 9, 10 dan 11 UDHR yang menyatakan bahawa tiada sesiapapun boleh dikenakan tangkapan secara sewenang-wenangnya; setiap orang adalah berhak dengan sama rata sepenuhnya kepada perbicaraan adil dan terbuka; dan setiap orang berhak dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya.

NONEHasmy juga mengingatkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), adalah menjadi tanggungjawab mereka menyokong standard tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak rakyat.

“Dalam perkara ini, Suruhanjaya telah berulangkali menyeru agar semua undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan dan mengulangi bahawasanya penahanan tanpa bicara adalah melanggar prinsip hak asasi manusia,” akhirnya.

Tiada ulasan: