Ahad, 3 Julai 2011

BAGI ALLAH TIADA YANG MUSTAHIL...APA2 BOLEH....BANYAK PERKARA KITA TIDAK KETAHUI....SEMUA DALAM RAHSIA ALLAH SWT....TUNGGU SAJA...

Polis guna Ordinan Darurat sebagai langkah pencegahan
Jul 3, 11 5:40pm

Tindakan polis menahan beberapa individu di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana
dipercayai terlibat dalam anasir subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan itu bertujuan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan.

"Ini sebagai langkah preventif, pencegahan lebih baik daripada berubat, apa-apa polis buat ini sebagai satu langkah pencegahan daripada sesuatu yang lebih serius berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan enam individu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar mengikut Ordinan Darurat yang pertama kali digunakan terhadap penyokong perhimpunan 9 Julai ini.

Najib berkata beliau yakin polis memahami segala implikasi dalam mengambil sebarang tindakan terhadap penyokong perhimpunan itu.

"Ada sebahagian daripada rakyat yang mahukan kita (kerajaan) bertindak dengan menggunakan apa juga kuasa yang ada pada kita tetapi saya percaya pihak polis memahami segala implikasi kalau mereka nak mengambil apa-apa tindakan, yang penting sesuatu tindakan itu mendapat sokongan daripada rakyat," katanya.

Beliau berkata penganjuran perhimpunan itu mengundang pelbagai eksploitasi oleh pihak-pihak tertentu.

"Ada beberapa elemen bila ada demonstrasi seperti ini, ada orang nak tumpang semangkuk jadi mungkin ada mereka yang berfahaman komunis, ada mereka yang merupakan kaki pengacau, mungkin ada mereka yang suka berhimpun sebab suka pada keadaan yang liar dan keadaan yang boleh menaikkan semangat mereka dan sebagainya," katanya.

Perdana menteri berkata kumpulan itu juga cuba menggambarkan kerajaan bersifat autokrasi dan kuku besi serta tidak liberal kerana menolak perbuatan yang mereka ingin lakukan.

"Mereka akan menggunakan media antarabangsa untuk menggambarkan secara negatif kerajaan Malaysia... kalau sekiranya mereka boleh buat provokasi pada kita sehinggakan kita terpaksa menggunakan sesuatu yang mereka boleh gambarkan sebagai menggunakan kezaliman terhadap mereka.

"Kebebasan untuk berkumpul ada syarat-syarat sebab kita mesti jaga keamanan dan ketenteraman awam. Kalau kita buat terlalu bebas nanti negara kita ini akan menjurus pada keadaan yang huru-hara dan tidak menentu yang tidak menguntungkan sesiapa sama sekali," katanya.

- Bernama

21 murid disengat tebuan ketika larian 1Murid
Jul 3, 11 5:33pm

Seramai 21 murid dan pelajar dari dua sekolah di Bachok dimasukkan ke hospital selepas mereka disengat tebuan ketika menyertai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pagi semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Zaid Ahmad berkata kesemua pelajar itu terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Badak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak, yang diserang sejenis tebuan tanah dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu.

"Lapan pelajar perempuan adalah dari SMK Badak dan bakinya dari SK Badak yang dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Tiada yang cedera serius," katanya kepada Bernama di Wad 5 HRPZII di Kota Bharu.

Zaid berkata mereka yang terlibat merupakan murid Tahun Empat dan Tahun Lima serta pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Menurutnya kesemua pelajar itu akan dibenar pulang secara berperingkat petang ini.

Sementara itu, murid Tahun Empat SK Badak Mohd Farid Firdaus berkata beliau menerima tujuh sengatan tebuan tanah itu ketika berlari beramai-ramai di satu kawasan semak di satu laluan berdekatan sekolah.

Beliau berkata mereka kemudian dihantar ke Hospital Bachok sebelum dihantar ke HRPZII di Kota Bharu.

Rakannya Nur Syafiqah Azmi, 10, berkata beliau hampir pengsan dan menjerit kesakitan ketika serangan tebuan itu berlaku.

"Saya kena tiga sengatan di badan dan cikgu hantar ke hospital," katanya.

Pelajar SMK Badak, Aishah Mansor, 13, berkata ketika larian dia tiba-tiba melihat tebuan itu menyengat rakan-rakannya dan dirinya.

"Semua pelajar menjerit dan kami semua kembali ke sekolah sebelum dihantar ke hospital," katanya yang terkena empat sengatan tebuan.

- Bernama

BN tubuh pasukan gerak cepat dengan NGO
Jul 3, 11 1:47pm

BN akan menubuhkan pasukan gerak cepat bersama-sama NGO yang menyokongnya dalam usaha membantu golongan memerlukan dengan pantas terutamanya ketika bencana.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan kerjasama sedemikian, BN dapat menggembleng rangkaian, kepakaran dan sumber dengan lebih baik untuk membantu golongan berkenaan.

Berucap merasmikan Konvensyen BN Wilayah Persekutuan hari ini, Muhyiddin, yang juga timbalan pengerusi BN, berkata parti tidak boleh bergerak sendirian dalam memenuhi kehendak rakyat sebaliknya memerlukan sokongan pelbagai pihak terutamanya NGO.

"Tugas kita (BN) adalah untuk membentuk jaringan strategik dengan semua NGO dan pelbagai kumpulan masyarakat termasuk golongan belia untuk meneruskan agenda membela rakyat.

"Bagi yang sudah ada rangkaian, perkukuhkan rangkaian mereka, anjurkan program secara bersama dan terima NGO sebagai sebahagian daripada keluarga besar BN," katanya.

Muhyiddin turut menyelar tindakan beberapa parti politik pembangkang yang didakwanya menggunakan NGO untuk menyembunyikan agenda mereka menimbulkan huru-hara pada perhimpunan haram yang akan diadakan 9 Julai ini.

Dalam isu itu, kata beliau pembangkang menghasut rakyat untuk turun ke jalanan kononnya untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sekaligus tidak menghormati mandat majoriti rakyat yang diserahkan kepada BN.

"Kita tahu mereka berselindung di sebalik beberapa NGO untuk menyembunyikan niat kotor mereka, kononnya perhimpunan yang bakal diadakan adalah perhimpunan aman yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Benar, Perlembagaan kita menjamin hak rakyat untuk mengadakan perhimpunan aman tetapi kita tidak fikir rakyat boleh terpedaya dengan muslihat mereka sebaliknya tahu niat sebenar mereka ialah mencetuskan huru-hara," katanya.

Beliau berkata pembangkang sentiasa menggunakan apa sahaja cara yang ada untuk memenuhi nafsu kuasa, sama ada cara itu bertentangan dengan lunas undang-undang atau prinsip demokrasi tidak penting, asalkan mereka dapat berkuasa.

Sehubungan itu, Muhyiddin meminta semua parti komponen BN bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum yang boleh diadakan pada bila-bila masa terutamanya persiapan di peringkat parti.

Beliau mahu semua jentera pilihan raya di setiap peti undi dibentuk dan data ahli dikemas kini serta memastikan semua anggota sudah berdaftar sebagai pengundi.

"Kita juga perlu selesaikan segala masalah dalaman parti dengan segera, jangan biarkan masalah berlarutan sehingga ke hari mengundi.

"Ibarat bermain bola, kita tentunya tidak mahu menjaringkan gol di gawang sendiri, yang akhirnya menyebabkan pasukan kita tewas," katanya.

Turut hadir pada konvensyen itu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Setiausaha BN Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Al-Habshee.

- Bernama



Polis: Mungkin ada lagi tangkapan bahawa EO
Jul 3, 11 5:23pm

Polis tidak menolak kemungkinan membuat tangkapan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana penglibatan dalam anasir subversif.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tangkapan itu dibuat sesuka hati sebaliknya menegaskan ia dibuat mengikut lunas undang-undang negara.

"Ini adalah undang-undang yang ada di negara ini. Bukan pandai-pandai polis ambil tindakan sendiri. Apa juga tindakan kita adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada di Malaysia," katanya.

Semalam, polis menahan ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikut Ordinan Darurat itu.

Ditanya mengenai tangkapan berkaitan penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini, Khalid berkata sehingga hari ini, polis menahan 152 orang mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis.

Polis turut menerima 2,500 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, individu dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara yang membantah perhimpunan itu, katanya.

Ditanya tentang komen pihak luar berhubung tindakan polis terhadap penganjuran perhimpunan haram itu, Khalid berkata mereka sepatutnya tidak mempersoalkan tindakan polis berbuat demikian.

Katanya polis mempunyai alasan kukuh mengharamkan perhimpunan itu selain mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

"Kita haramkan perhimpunan itu tentunya ada sebab... kepada pihak luar yang komen macam-macam pasal tindakan kita bantah perhimpunan itu, nasihat saya tak payah masuk campur hal negara ini," katanya.

Terdahulu, beliau menyaksikan pelancaran "Reuniting Families-Child Safety" oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan Pengerusi RHB Bank Berhad Tan Sri Azlan Zainol.

- Bernama


Pegawai merungut dipaksa hadir program PM
Aslani

KOTA BHARU, 3 Julai: Mampukah Perdana Menteri berbangga dengan kehadiran seperti didakwa media harian mencecah 20,000 orang di Pasir Puteh dan Machang semalam, sedangkan sebenarnya penjawat awam dipaksa hadir?

Buktinya semua kakitangan pusat dan guru-guru diberi kad jemputan supaya hadir pada majlis bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman. Dan kad jemputan tersebut perlu diserah semula sebagai rekod kehadiran.

Ramai ketika ditemui merungut kerana mereka dipaksa seperti budak-budak. Taktik serupa pernah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika melawat Kelantan, sekarang diulang semula Datuk Seri Najib Razak.

Begitu juga program di Machang dikerah semua pelajar UiTM kampus Machang dan kakitangan awam pusat hadir pada program majlis pemimpin bersama rakyat.

Pada majlis makan malam di Wisma Persekutuan pula Umno mengerahkan semua kakitangan pusat dan guru-guru yang tinggal di sekitar Kota Bharu hadir.

Jabatan kerajaan mewajibkan kakitangan yang disenarai hadir, di mana mereka juga perlu menandatangani kedatangan. Ada jabatan mengerahkan sehingga 70 kakitangan hadir. Ada juga jabatan mewajibkan sekurang-kurangnya 10 orang wakil.

Imam masjid, peniaga dan pemimpin badan bukan kerajaan juga menerima surat jemputan hadir pada program berkenaan.

Wisma Persekutuan yang menempatkan semua jabatan dan agensi kerajaan pusat seolah-olah menjadi markas Umno kerana dihiasi bendera BN.

Biar pun ramai dikerah hadir pada program di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Pasir Puteh, namun ramai pulang selepas menyerahkan kad jemputan kepada pihak urusetia.

“Saya lihat ramai pulang biar pun Perdana Menteri belum sampai. Ada yang datang ke program itu seawal jam 7 pagi.

“Ketika rombongan Datuk Seri Najib Razak sampai orang ramai yang sudah berbondong-bondong keluar dari pagar sekolah,” dakwa seorang penduduk.

Seorang bekas anggota keselamatan pula memberitahu kenyataan Perdana Menteri kononnya keluarga kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyertai Umno di majlis itu tidak lebih sebagai gimik politik.

Katanya, orang ramai di Pasir Puteh kenal siapa Raja Abdullah Raja Mahmud yang didakwa mempunyai hubungan keluarga dengan Menteri Besar Kelantan.

“Orang itu bekas tentera dan sekarang berniaga di pasar malam. Dia mahu mengaibkan keluarga Tok Guru Nik Abdul Aziz untuk mempopularkan dirinya,” kata beliau.

Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berkata, Raja Abdullah dan Saidi Hussin sudah beberapa kali mengisytihar menyertai Umno termasuk di Jertih, Terengganu.

Katanya, mereka bukan ahli PAS, sebaliknya sebagai penyokong dari jauh dan pernah menyokong Semangat 46.

”PAS Pasir Puteh kesal kerana dia cuba mengaitkan nama Tok Guru Nik Aziz. Saya percaya kalau ada menteri lain datang dia sekali lagi akan berada di pentas bagi mengisytiharkan keluar PAS,” katanya.

Sekitar 5,000 hadir

Kata beliau juga kehadiran pada program Perdana Menteri tidak sampai 5,000 orang biar pun media harian yang dekat dengan Umno mendakwa 20,000 orang.

Ketika lawatan di Pasir Puteh juga Perdana Menteri mengunjungi stesen kereta sewa.

Najib dalam ucapannya di situ mendakwa kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) mahu menjual tapak perhentian teksi di Pasar Lama Pasir Puteh setelah lebih 20 tahun beroperasi.

Beliau juga berjanji menyediakan pejabat baru kepada Persatuan Pemandu Teksi Pasir Puteh. Hadir sama di majlis itu Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Mengulas isu tersebut anggota Exco kerajaan ngeri, Datuk Husam Musa berkata, kenyataan Perdana Menteri tersebut tidak berasas sama sekali.

Katanya, PKINK tidak pernah menjual tapak berkenaan, bahkan disediakan percuma untuk perkhidmatan teksi di Pasir Puteh.

”Walaupun sebelum ini PKINK mengenakan sedikit bayaran tetapi kini bagi tujuan kebajikan ahli persatuan tersebut PKINK tidak mengenakan sebarang bayaran.

”Apa yang berlaku pernah ada pihak memohon membeli tapak berkenaan untuk dimajukan tetapi permohonan tersebut ditolak PKINK,” katanya di sini.

Husam yang juga Naib Presiden PAS berkata, sepatutnya sebagai seorang pemimpin negara, Perdana Menteri patut malu apabila orang ramai yang dikatakan hadir meraikan kedatangannya sebenar dipaksa hadir sehingga perlu menandatangani kedatangan.

”Amat malang lawatan yang penting itu hanya dimeriahkan kerahan secara paksa pelajar sekolah dan kakitangan kerajaan.

”Buktinya semuanya dibekalkan baju merah terlebih dahulu. Ramai menerima kad jemputan lebih awal supaya hadir di majlis tersebut,” ujarnya.

Menurutnya lebih menggelikan hati apabila bangunan kerajaan di Wisma Persekutuan dipenuhi bendera Umno dan BN.

Kata beliau ternyata kedatangan Perdana Menteri telah mencemarkan lagi konsep pemisahan antara parti dan kerajaan.


Wahai Umno-BN
Tuan Ibrahim Tuan Man

Kamu boleh paksa rakyat,
Kamu boleh paksa semua polis,
Tangkap, lokap, siasat ataupun sengaja menyusahkan...

Kamu paksa mereka rampas baju kerana kuningnya,
Kamu paksa mereka tahan penjual kerana kekuningan baju yang dijualnya,
Kamu paksa mereka seret kami ke balai...

Paksalah mereka ikatlah tangan-tangan kami dengan garimu,
Paksalah mereka tembaklah rakyatmu dengan gas yang ada ditanganmu,
Paksalah mereka semburlah orang-orang kuning dengan air asid itu...

Maka puaslah kamu,
Diperdaya oleh ego kuasa buta kamu...

Kerana semuanya ini,
Bakal mempercepatkan tumbangmu,
Tersungkur di balik kezalimanmu.

Bagi polis yang dipaksa,
Terimalah simpati kami,
Diharap saudara semua boleh kembali bertugas biasa,
Apabila pilihanraya menjadi Bersih dan adil nanti.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
2 Julai 2011


Beringatlah Umno sebelum jadi bahan sejarah
Dr Azman Ibrahim

Umno dilanda wabak sakit kuning atau istilah perubatannya 'Jaundice'. Petua orang tua dulu-dulu, bayi-bayi yang terkena wabak kuning ketika baru dilahirkan perlu dimandikan dengan air inai. Tapi Umno, dengan air apa sepatutnya mereka dimandikan?

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussin menyatakan pakai baju BERSIH adalah haram kerana perhimpunan BERSIH itu haram.

Kalau berpandukan teori bangang Hishammuddin ini, bila seorang mat motor terlibat dalam lumba motor haram, maka segala yang dipakainya termasuk helmet, jaket, baju, seluar dan motor yang ditunggangnya adalah haram. Majlis fatwa tolong 'tegur' sikit Hishammuddin daripada terus mengeluarkan 'fatwa' bodoh beliau.

Rakyat marhaen yang ingin berhimpun, ratusan ditahan walaupun 9 Julai belum tiba dan dimomokkan dengan pelbagai tuduhan yang tak masuk akal termasuk ingin melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Sedangkan barang yang boleh dikategorikan sebagai senjata yang ditemui bersama mereka hanyalah sebilah gunting.

Bagi saya, sekadar sebilah gunting, bukan setakat nak lawan Yang Dipertuan Agong malah nak lawan dengan tukang kebun Yang di-Pertuan Agong, belum tentu boleh. Ini kebodohan yang melampau!

Apakah ada dikalangan kita yang berniat nak lawan Yang di-Pertuan Agong? Ada sesiapa yang nak berlawan dengan Pemuda Umno atau Ibrahim Ali atau ada sesiapa yang nak beradu tenaga dengan anggota keselamatan? Jawabnya, ini bukan agenda kita!

Kami rakyat marhaen berhimpun untuk menuntut pembaharuan yang adil dalam sistem demokrasi berpilihanraya di negara kita. Pilihanraya bukan bermakna sekadar pangkah kertas undi. Tapi pilihanraya juga bermakna, peluang untuk menyebarkan dan mendapat maklumat yang sama.

Peluang untuk bercakap yang sama, peluang untuk berkempen yang sama dan peluang untuk bertarung di atas padang yang sama rata. Jangan dia ikat kaki dan tangan kita, kemudian dia ajak kita lawan lumba lari.

Anggota keselamatan bukan musuh kita. Mereka mungkin kawan kita, warih (saudara) kita, sepupu kita dan mereka juga adalah rakyat marhaen sebagaimana kita.

Apa yang kita perjuangkan juga demi masa depan mereka dan anak cucu mereka. Lalu untuk apa perlunya anjing pengesan, maki hamun, sepak terajang, belantan, gas pemedih mata dan air kimia.

Ingat! Jangan sampai nanti mereka jadi sebagaimana Polis Mesir yang terpaksa melutut memohon maaf kepada rakyat lantaran menjadi anjing kepada Hosni Mubarak sebelum ini, kemudian Polis Mesir sendiri yang turun berdemonstrasi bersama rakyat.

Pemerintah tak akan selamanya di puncak kuasa. Berkonfrantasi dengan hasrat dan kehendak rakyat sendiri akan meletakkan hayat suatu pemerintahan di hujung tanduk. Beringatlah sebelum kita menjadi bahan sejarah.


Peluang cerah Muhyiddin ganti Najib
M Faqih

PASIR MAS, 3 Julai: Hanya 26 bulan berada di kedudukan nombor satu, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan masalah dalaman Umno yang dikatakan semakin kronik.

Dua tahun pertama kepemimpinannya sudah menjelaskan watak sebenar. Maka tidak hairanlah ramai melihat kegagalannya itu memberi nafas baru buat Tan Sri Muhyiddin Yassin mengintai kedudukan lebih selesa.

Muhyiddin dikatakan memerhati kegawatan politik yang berlaku sekarang. Peluangnya mendaki satu lagi tangga semakin cerah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa pemimpin yang paling gembira sekarang ialah Muhyiddin kerana Najib sedang berdepan dengan suasana kritikal.

Katanya, kemunculan begitu banyak badan bukan kerajaan bagi membela Umno berkaitan isu 9 Julai sebenarnya lebih banyak mencalar nama Perdana Menteri.

”NGO-NGO terbabit sudah merosakkan nama Najib. Mereka secara terbuka menyatakan mahu mewujudkan suasana tegang sehingga Perdana Menteri tidak mampu lagi mengawalnya.

”NGO tersebut berada di hadapan Muhyiddin bagi mencalar imej Perdana Menteri. Muhyiddin perlu merebut peluang sekarang kerana tidak ada masa lagi. Beliau lebih berumur berbanding Najib.

”Sekarang hanya kelihatan Datuk Seri Hishamuddin Hussin sahaja yang beriya-iya mempertahankan Najib,” katanya pada ceramah pemimpin bersama rakyat di sini malam tadi.

Hadir sama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Perhubungan PAS, Zulkeli Mamat.

Ketua Penerangan, Dr Muhammad Fadzli Hassan, Timbalan Speaker, Mohd Zaki Ibrahim, Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad dan wakil-wakil rakyat.

Orang ramai tetap memenuhi ruang padang mini stadium biar pun hujan agak lebat.

Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena mendakwa Muhyiddin membiarkan Najib keseorangan menyelesaikan isu yang dianggap boleh mencetus ketegangan sekarang.

Katanya juga ketika Bersih 2007 diadakan tiada ketegangan berlaku kerana pada masa itu masalah dalaman Umno tidak ketara seperti sekarang.

Mohamad pula berkata, empat tuntutan Bersih 2007 belum lagi ditunai kerajaan sehingga sekarang.

Tuntutan tersebut iaitu menggunakan dakwat kekal, daftar pengundi secara automatik, menghapus undi pos dan peranan media harian lebih seimbang.

”Sudah lima tahun tuntutan itu dibuat namun sehingga sekarang Suruhanjaya Pilihan Raya dan kerajaan gagal menunainya sehingga menyebabkan muncul Bersih 2.0,” katanya.

Menurutnya juga kemaraan Pakatan Rakyat untuk melangkah ke Putrajaya begitu dibimbangi Perdana Menteri sehingga beliau mengajak anak muda mempertahankan pusat pentadbiran kerajaan itu.

Beliau juga meluah rasa bimbang rampasan baju T, Bersih 2.0 yang dibuat polis sekarang kemungkinan disalah guna pihak lain bagi menimbulkan ketegangan 9 Julai ini.

Husam berkata, dua tahun lalu pemimpin Umno begitu takut dengan baju hitam dan sebelum itu bimbang dengan warna merah.

Namun sekarang pemimpin Umno benar-benar rimas dengan warna kuning.

Beliau juga menjangka 9 Julai ini menjadi detik penting yang mampu menarik perhatian dunia terhadap apa akan berlaku di Malaysia.


6 PERKARA ALLAH RAHSIAKAN



6 Perkara Yang Allah Sembunyikan Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.'

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaann Ku dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,

Terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...


Allah rahsiakan detik kematian kita.

Salam semua

Kematian ada
lah termasuk di dalam perkara-perkara yang dirahsiakan Allah subhana wa ta'ala.

Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:”Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:
(1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim
(kandungan perempuan) melainkan Allah.

(2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.

(3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.

(4) Tiada seorangpun mengetahui di bumi mana dia akan mati melainkan Allah

(5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah.

[ Hadis dari Abdullah Ibn Umar r.a. Dikeluarkan Imam Bukhari dalam sahihnya hadis no:4627]

Berkata Sheikh al-Alusi dalam komentarnya mengenai kiamat :

"Allah telah merahsiakan Al-Saa'ah (hari Kiamat) kerana hikmah shar'i dan sebab kenapa ia begitu, kerana ia lebih berkesan didalam menyeru orang mentaatinya dan menjauhkan mereka dari melakukan maksiat, sebagaimana dia merahsiakan ajal seseorang itu... dan petikan kenyataan ini menunjukkan bahawa Nabi saw tidak mengetahui bila Al-Saa'ah bermula. BENAR, baginda mengetahui ia agak dekat didalam ertikata yang umum, dan baginda saw memberitahu kita yang itu" [Tafsir al-manar]

Benar Baginda sendiri pernah bercerita kepada Fatimah tentang kewafatan baginda:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memanggil Fatimah dan bercakap dengannya secara rahsia. Tiba-tiba Fatimah menangis, baginda bercakap lagi, sejurus kemudian Fatimah tersenyum. Aisyah berkata: Lalu aku bertanya kepada Fatimah: Apa yang Rasulullah s.a.w katakan padamu menyebabkan kamu menangis dan ketawa. Fatimah berkata: Aku menangis kerana Rasulullah memberitahu aku tentang kematiannya dan aku ketawa kerana akulah orang pertama dari kalangan keluarganya yang akan menyusuli baginda.

[ Hadis dari Aisyah r.a. Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, Kitab Kelebihan Para Sahabat r.a (Bab Kelebihan Fatimah Puteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) hadis no. 4486]

Namun adalah tidak mustahil untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk mengetahui perkara-perkara ghaib. Sumber kita dalam mengetahui hal-hal ghaib selain al-Quran adalah melalui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. HANYA Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerima perkhabaran dari Allah subhana wa ta'ala tentang perkara-perkara ghaib. Telah Allah nyatakan dalam firman-Nya:

"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya; maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan)".
[al-Jinn 72: 26-27]

"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". [al-An’aam 6:50]


Sekian.Wallahu aklam.


perkara yg Allah rahsiakan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:


"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."


Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
"Tidak"


Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan t ida k ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zam an nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."


Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:


"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu t ida k akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."


Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :


* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalambulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang palingutama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telahmenyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam




Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...



Enam Perkara Yang DiRahsiakan ALLAH

1. ALLAH S.W.T menyembunyikan keridhaannya dalam ketaatan kepadanya.
2. ALLAH S.W.T menyembunyikan murkanya dalam kemaksiatan seorang hambanya.
3. ALLAH S.W.T menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan.
4. ALLAH S.W.T menyembunyikan Wali di antara manusia.
5. ALLAH S.W.T menyembunyikan Kematian dalalm usia.
6. ALLAH S.W.T menyembunyikan 'ash-shalatul wustha' (shalat yang paling utama) dalam shalat lima waktu.
- Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui... agar hambanya bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ketaatan kepadanya, agar hambanya mahu menjauhi segala bentuk kemaksiatan, agar ada kesungguhan dalam menghidupkan seluruh hari pada bulan Ramadhan, agar hambanya mahu menghormati setiap Insan dan tidak meremehkannya, agar hambanya selalu mempersiapkan diri untuk menyambut kematian, agar hambanya menjadi seorang muslim yang memelihara shalat wajibnya... Sesungguhnya Kepada ALLAH S.W.T kita Memohon Pertolongan dan Keampunan.

Tiada ulasan: