Profesor sains komputer dari Dartmouth College di Hanover, New
Hampshire itu, dilaporkan telah mendapati 99.99 peratus padanan
antara lelaki dalam video itu dengan gambar pemimpin umum PKR itu, tetapi profesor tersebut tidak menjawab permintaan berulangkali
untuk mengulas mengenai subjek tersebut.
Lorenzo Torresani, seorang penolong profesor sains komputer, telah menulis beberapa kertas kerja mengenai 3-D modeling, klasifikasi objek dan gaya pergerakan.
Penerima anugerah Yayasan Sains Kebangsaan itu sebelum ini bekerja di beberapa makmal penyelidikan industri, termasuk Microsoft Research Cambridge, Like.com dan Digital Persona.
Sebagai sebahagian daripada kumpulan penyelidikan pembelajaran visual di Dartmouth, Torresani mengkaji cara-cara untuk mewujudkan model sebenar model data visual.
Hany Farid - yang penyelidikannya tertumpu kepada forensik digital, analisis imej, visi komputer dan persepsi manusia - telah mengajar sains komputer selama lebih satu dekad.
Farid juga pernah bertugas sebagai ketua pegawai teknologi dan pengasas bersama syarikat forensik foto Fourandsix Technologies.
Dalam satu kenyataan hari ini, Lim ketiga-tiga alasan yang diberikan bagi pengharaman tersebut di bawah Akta Pertubuhan akan hanya mendedahkan kerajaan dan negara kepada cemuhan masyarakat antarabangsa.
Katanya, BERSIH tidak bersalah atas alasan yang pertama, "Bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini".
"Mereka yang bersalah adalah PERKASA dan Pemuda Umno, malah PERKASA mengancam (akan berlaku) satu lagi 13 Mei, dengan amaran kepada orang Cina supaya tinggal di rumah dan menyimpan makanan, dan Pemuda Umno (berkumpul) di hadapan ibu pejabat PKR, mengancam keganasan dan huru-hara."
Dia bertanya mengapa Hishammuddin (kanan) bertindak terhadap BERSIH, yang menurutnya pihak yang tidak bersalah, manakala pihak yang bersalah, PERKASA dan Pemuda Umno, seolah-olah menikmati imuniti.
Beliau juga menyifatkan sebagai tidak berasas sebab kedua pengharaman BERSIH: "Menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu".
Bagaimanapun, ketika dihubungi, Er menafikan kehadiran mereka di
pasar Taman Pelangi pagi ini ada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 2.0 YANG dirancang pada 9 Julai.
Er berkata beliau dan Tan hanya menjalankan kempen kebersihan 'gotong-royong' dengan tema "Negara Bersih, Rakyat bertuah".
"Saya fikir pihak polis terlalu sensitif. Tema kami adalah Negara Bersih, Rakyat Bertuah, tetapi mereka tidak mahu menerima penjelasan mengenainya," kata pemimpin DAP itu.
Baju kuning yang mereka pakai juga direkabentuk berbeza dari baju-T
BERSIH yang sehingga ini menyebabkan lebih 100 aktivis politik dan sosial ditahan minggu lalu.
"Kami juga menyebut bahawa kempen itu tidak berkaitan dengan perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada 9 Julai," kata Er, tetapi ia tidak dapat menyakinkan 20 anggota polis yang tiba di pasar itu sejurus selepas mengetahui tentang aktiviti kumpulan tersebut.
Beliau mencipta istilah 'carma' itu - singkatan kepada 'cari makan' -
semasa pelancaran buku kartunis dan penulis satira politik, Zunar di ibunegara malam tadi.
Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Samad berkata penulis jarang membuat pendirian dan kebanyakan mereka adalah 'carma'.
Tegasnya, sikap mereka yang tidak bersedia membuat pendirian tersebut mengakibatkan kejahatan berkembang dan merebak.
Pak Samad kemudiannya mensasarkan kritikannya terhadap editor media arus perdana yang memburuk-burukkan perhimpunan 9 Julai anjuran BERSIH 2.0 bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.
Bagi media arus perdana, katanya, BERSIH adalah kotor.
Pak Samad berkata, beliau juga terkejut mengapa wartawan yang berpengalaman dan memenangi anugerah di sana-sini, boleh memburukkan BERSIH.
Berucap kepada kira-kira 250 hadirin yang memenuhi auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, Pak Samad berkata beliau tahu wartawan tersebut adalah dari kumpulan 'carma'.
Bagaimanapun, katanya, nasib baik masih ada sebilangan kecil penulis yang berani membuat pendirian kerana tahu Bersih adalah bersih.
Majlis pelancaran buku Zunar itu - di mana Pak Samad dan ahli
parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diundang sebagai tetamu khas - diadakan beberapa jam selepas polis menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.
Walaupun mereka yang hadir, termasuk bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan anggota exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong, tidak berpakaian kuning, tetapi ramai yang memakai ikat tangan kuning untuk menyatakan sokongan mereka kepada BERSIH 2.0.
Seorang lelaki Cina dilihat memakai baju-T BERSIH yang diharamkan di bawah kain putih. Dia hanya menunjukkan baju-T kuning itu ketika bergambar dengan Pak Samad dan Zunar.
Dalam satu kenyataan media, Anwar berkata Dr Jeyakumar selaku ahli parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.
“Beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan pilhan raya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif. S
“Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat BERSIH menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Julai ini merupakan perhimpunan aman. Malah Sekretariat BERSIH sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihan raya dapat dilaksanakan.
“Akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia,” kata Anwar.
Sehubungan itu, Anwar yang juha ketua umum PKR, menggesa kerajaan membebaskan semua yang ditahan itu dengan segera.
“Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Bawa ke Bukit Aman
Semalam, selain ahli parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah lima anggota PSM - M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu.
Keenam-enam mereka ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat (EO) sebaik dibebaskan pada jam 2 petang semalam dan di bawa ke ibu pejabat polis di Bukit Aman di Kuala Lumpur pada lewat petang.
Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari.
Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditangkap di plaza tol Sungai Dua pada 25 Julai lalu ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang bagi menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah".
Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Polis mendakwa berdasarkan beberapa barangan yang dirampas daripada aktivis berkenaan menunjukkan mereka mempunyai kaitan dengan fahaman parti Komunis Malaya (PKM).
Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.
Jurucakap Bukit Aman yang enggan dikenali berkata ini kerana keenam-enam individu berkenaan termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj masih lagi disoal siasat dan tidak boleh dibebaskan.
"Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman masih lagi menjalankan siasatan.
"Sesiapa sahaja tidak dibenarkan mengganggu siasatan atau berjumpa mereka tanpa keperluan. Kamu perlu datang pada Isnin dan bukannya malam ini " katanya kepada pemberita dan sekumpulan individu, dipercayai mempunyai kaitan keluarga dengan enam yang ditahan itu di pekarangan luar Bukit Aman di Kuala Lumpur malam semalam.
Keenam-enam mereka adalah sebahagian daripada 30 orang yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, pada Sabtu lepas, ketika menaiki bas menuju ke Pulau Pinang. Tempoh reman mereka mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong tamat semalam.
Semua anggota PSM itu dikatakan terlibat dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi oleh anasir-anasir subversif.
Terdahulu, di pekarangan luar Bukit Aman, kira-kira 50 individu yang mempunyai kaitan dengan keenam-enam yang ditahan itu berkumpul diketuai peguam mereka, K Arumugam menuntut untuk mengetahui status penahanan mereka.
Mereka tiba kira-kira pukul 9 malam dan bersurai satu jam kemudian selepas diberitahu untuk datang ke Bukit Aman pada Isnin bagi mengetahui status lanjut kes berkenaan.
- Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak mahu ada pihak yang membuat tafsiran tidak tepat dan mempersoalkan kuasa yang digunakan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak.
"Sebab itu dalam menumpukan kepada keamanan dan ketenteraman awam, kita harus pastikan kuasa yang digunakan tidak menjadikan rakyat tidak faham kuasa yang digunakan oleh polis atau kerajaan," katanya pada sidang media di Machang hari ini.
"Saya sedar ada niat yang mahu menyalahkan polis untuk menggambarkan polis itu menggunakan kuasa, zalim dan keterlaluan dan nawaitu mereka itu mahu menggambarkan kerajaan sebagai autokratik dan tidak mengikut perubahan zaman," katanya.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam memberi amaran tegas kepada semua pihak yang berhasrat menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai termasuk tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Polis juga memberi nasihat kepada tiga pihak iaitu yang berhasrat mengadakan perhimpunan seumpamanya pada hari itu iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pergerakan Pemuda Umno.
Najib menegaskan, dalam isu perhimpunan itu, kerajaan tidak menolak hasrat untuk mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih, malah komited untuk memastikan pelaksanaannya.
Buktinya, kata Najib boleh dilihat pada keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan parti pembangkang mencipta kejayaan luar biasa sehingga menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.
"Kalau kita boleh manipulasi (pilihan raya) perkara seperti ini tidak akan berlaku. Takkan kita hendak serahkan Kelantan pada PAS selama 21 tahun," katanya.
Terdahulu, Najib disambut kira-kira 15,000 rakyat sempena Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat dan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors di padang Sekolah Rendah Machang 1 sempena lawatan seharinya ke Kelantan hari ini.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan