Selasa, 8 Februari 2011

NI TELUS ATAU JERLUS.....JANGAN ANGGAP...RAKYAT BODOH MACAM ZAMAN 60AN ATAU 70AN....JANGAN MENIPU....JANGAN MENINDAS....INGAT1 WANG RAKYAT...

Nurul Izzah: Jejantas apa RM70,422 semeter?
Feb 8, 11 12:59pm


Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini mempersoalkan pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM10 juta.

"Angka ini bermakna, secara purata RM70,422 digunakan untuk semeter (jejantas), jumlah yang menuntut penjelaskan sama ada wang awam digunakan... dan mesti diambil tindakan," katanya yang juga naib presiden PKR.

NONESemalam, ketika perasmian jejantas itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd Hashim Wahir dilaporkan berkata, RM10 juta digunakan bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana itu.

Jejantas itu, yang dibuka kepada orang ramai pada hari yang sama tertutup dengan lapisan cermin dan dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator bagi kemudahan orang kurang upaya (OKU).

Kemudahan itu dilaporkan sebahagian daripada projek menghubungkan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dengan stesen pengangkutan awam bernilai 12 kilometer yang dijangka siap akhir tahun ini.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan syarikat-syarikat swasta.

NONEDalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata, walaupun gembira dengan kemudahan baru beliau berkata, masih banyak persoalan yang perlu dijawab, terutamanya oleh Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik (kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

"Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu? Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggkan ekoran kenaikan harga elektrik?

"Adakah syarikat berkaitan kerajaan(Petronas, KLCC Holdings Sdn Bhd, DBKL, and Prasarana) terlibat, adakah projek itu dibuat secara tender terbuka yang mana pilihan yang lebih murah dapat dikenalpasti?" soal Nurul Izzah bertubi-tubi.



Bekas duta kecam Najib kerana ketegangan kaum
Feb 8, 11 1:44pm


Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mengecam kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, hari ini.

NONEMalott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

"Di sebalik slogan baru kerajaan, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.

"Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina," kata Malott dalam komentarnya di AWSJ.

Malott mempersalahkan peningkatan ketegangan kaum dan agama yang tercetus baru-baru ini kerana sikap "toleransi kerajaan dalam beberapa kes memprovokasi dan faksionalisme etnik melalui kata-kata dan tindakan kerajaan".

Sambil memberi beberapa contoh, beliau juga mengimbas kejadian di mana seorang pembantu kanan Najib - Hardev Kaur menyarankan supaya tidak ada salib dipamerkan semasa perdana menteri mengunjungi rumah terbuka hari Krismas di kediaman Paderi Besar Katolik Kuala Lumpur.

500,000 tinggalkan Malaysia

NONE"Ms Kaur kemudian berkeras berkata saranannya itu satu permintaan dan bukannya arahan, seolah-olah seperti rakyat Malaysia boleh menolak permintaan daripada pejabat perdana menteri," keluh Malott.

Contoh lain berhubung ketidak sensitif kerajaan, kata Malott, termasuk tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang membela tindakan sekumpulan penduduk yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di kawasan kejiranan mereka.

Malott juga menyentuh mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempersoalkan "kurangnya patriotisme"di kalangan masyarakat Cina dan India di negara ini.

Turut dibidas bekas duta itu adalah akhbar Utusan Malaysia, milik Umno yang didakwa mencetuskan kebencian perkauman dengan secara teratur menyerang "ahli politik Malaysia berbangsa Cina dan bahkan mencadangkan seorang daripada mereka, ahli parlimen Teresa Kok, harus dibunuh".

perkasa first agm 270310 keris 03Akibat ketegangan perkauman yang semakin memuncak, sebanyak 500,000 rakyat Malaysia meninggalkan negara itu antara tahun 2007 dan 2009 - jumlah itu kecam Malott, adalah lebih dari dua kali ganda jumlah profesional Malaysia yang tinggal di luar negeri.

Beliau juga berkata Najib terpikat untuk mempertahankan kumpulan pelampau seperti PERKASA yang secara terang-terangan menentang pembaharuan ekonomi atas nama 'ketuanan Melayu'.



Beliau bagaimanapun menegaskan mengalu-alukan pembinaan kemudahan asas untuk pejalan kaki di negara ini ekoran kenaikan harga barang dan petrol, selari dengan gesaan "ubah gaya hidup".

"Akhir sekali, perkara ini juga menguatkan alasan supaya jawatan datuk bandar boleh dipilih supaya beliau bertanggungjawab sepenuhnya kepada (hal ehwal) Kuala Lumpur," tambahnya.




Jumpa Najib: Sesetengah ADUN BN menipu
Stephen Tiong
Feb 8, 11
1:02pm

Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.

NONEDr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.

"Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.

"Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

"Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.

"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.NONEBeliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.

"Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu," katanya.

Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.

Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.

NONEDaud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menaanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.

Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.

"Apabila mereka terlalu memuji diri sendiri, perdana menteri terus menegur mereka. Najib tidak menyembunyikan rasa tidak senangnya pada ADUN seperti itu, "katanya yang juga ADUN Tupong.




S'gor mohon tubuh polis bantuan lagi
Feb 8, 11 12:35pm


Setelah permohonann sebelum ini gagal mendapat sebarang maklum balas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim semalam menghantar sepucuk lagi surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta agar permohonan mereka untuk menubuhkan pasukan polis bantuan dipertimbang.

Menurut menteri besar, surat itu menyatakan kebimbangan kerajaan negeri terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat dan menimbulkan kebimbangan serius di kalangan rakyat.

NONE“Saya menulis kepada menteri dalam negeri supaya hasrat kerajaan Selangor untuk menubuhkan pasukan polis bantuan menjadi kenyataan.

"Keselamatan rakyat adalah keutamaan kerajaan negeri, dan tiada alasan munasabah mengapa kerajaan persekutuan harus menolak tawaran kami untuk menyumbang sumber tenaga dalam usaha bersama menjaga keselamatan rakyat,” kata Khalid.

Menurut Khalid, surat permohonan pertama dihantar pada Julai 2009.

Katanya lagi, kerajaan negeri juga pernah memohon untuk menubuhkan pasukan polis bantuan dengan menjadikan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjadi perintis, tetapi ditolak dengan alasan anggota polis mencukupi untuk mengawal keselamatan.

Bagaimanapun, tambah Khalid, kes terbaru yang mana dua pegawal keselamatan ditetak di Damansara Perdana serta wanita hamil yang ditampar dan dirompak jelas membuktikan perlunya ada pasukan keselamatan tambahan.

Tiada ulasan: