Harakahdaily | ||
KUALA LUMPUR, 5 Feb: PAS menyokong penuh kesediaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sekiranya MFK mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. "Kalau boleh biarlah disiarkan secara langsung supaya orang ramai menjadi hakim dan boleh buat penilaian antara dua pihak," kata Ketua Penerangannya, Idris Ahmad. Umno, katanya, bolehlah mengumpul ulamak yang ada dalam parti itu untuk turut serta supaya selepas ini tidak berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS. Bagi beliau, tindakan yang diambil oleh Tuan Guru Nik Aziz menepati dengan sejarah peradaban Islam untuk mencari kebenaran. "PAS yakin dengan kemampuan Mursyidul Am dari segi keilmuan dan amalan yang memang telah teruji dan terbukti. "Sebenarnya tindakan Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah," tambah Idris. Kata beliau, selama ini pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan PAS membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan. Malangnya, tambah beliau, segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik. PAS mengharapkan kesediaan Tuan Guru Nik Aziz untuk berdialog akan disambut dengan baik, jangan pula sampai waktu dan ketika maka diumumkan anak bulan tidak kelihatan, maka dialog dibatalkan, katanya lagi bimbang. Menteri digesa tarik balik hina pelajar agama
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 5 Februari 2011
LANTIKLAH ORANG YANG BERAGAMA BUKAN SEBALIKNYA....JADILAH ULAMAK MEMBELA HUKUM ALLAH...BUKAN ULAMAK ROSAK DAN PENGAMPU...TAK TAKUT NERAKA KE...
PAS setuju Nik Aziz dialog dengan Majlis Fatwa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan