KEAMANAN MILIK ALLAH....ALLAHLAH YANG MENJADIKAN KEAMANAN SESEBUAH NEGARA.....KEAMANAN AKAN LEBIH TERJAMIN DENGAN ADANYA PERLAKSANAAN HUKUM ALLAH...TIADA PERBUATAN MUNGKAR DAN MAKSIAT....ADA GULUNGAN MENCEGAH MUNGKAR DAN MENGAJAK AMAL MAKRUF....DAN RAMAI ORANG BANGUN MALAM TAHJUD BERMUNAJAT KEPADA ALLAH...SERTA RAMAI ORANG TAKWA....BUKANNYA FASIK SERTA ZALIM TERMASUK GULUNGAN ULAMAK YANG ROSAK.....DAN PENGAMPU
Taktik lama kejadian baru
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
hadzlihady@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, wanita terbabit yang berusia 30-an membawa bayinya ke pusat rawatan kecantikan berkenaan dan memberitahu dia mahu berbincang berhubung rawatan muka untuk adik perempuannya.
Menurut sumber polis, wanita terbabit merancang terlebih dulu untuk melakukan perbuatannya itu dan berpura-pura berbincang untuk mengatur sesi rawatan buat adik perempuannya.
“Selepas berbincang, wanita terbabit memberitahu adiknya akan tiba di premis itu dalam tempoh sejam kerana mempunyai urusan kerja. Dia memberitahu mahu bersiar-siar sementara menunggu adiknya,” katanya.
Sumber itu berkata, wanita terbabit menggunakan identiti palsu ketika mengisi borang.
Menurutnya, beberapa pekerja berkenaan membiarkan wanita terbabit bersiar-siar dalam premis itu sebelum mereka masuk ke dalam bilik rawatan.
“Bagaimanapun, pekerja berkenaan terkejut apabila mendapati tiga telefon bimbit dan dua komputer riba di kaunter lesap dan wanita terbabit bersama bayinya tidak kelihatan.
“Mengesyaki wanita itu mencuri, mangsa membuat laporan polis dan dia mengalami kerugian kira-kira RM5,000,” katanya.
Ibu ikut nafsu samakan anak dengan barangan
Panel Sosial, Ahli Majlis Perunding Islam Malaysia, Dr Mastura Badzis, berkata jika seorang itu mempunyai naluri keibuan tinggi, dia tidak sanggup melakukan perbuatan kejam terbabit apatah lagi apabila menyamakan nilai darah daging sendiri dengan barangan. “Ini yang kita kata, kalau lelaki selalu berjudi tak mampu bayar akan jual anak, tapi ibu pula tergamak berbuat perkara sama semata-mata mahu mendapatkan barang diingininya, walhal dia sedar apa dimahukan bukan barang asas atau keperluan.
“Semuanya kerana terlalu mengikut nafsu dan malang sekali apabila keadaan begini masih berlaku dalam masyarakat. Ia seolah-olah gambaran sikap kita yang lebih gemar berhutang walaupun tahu keupayaan diri tidak seberapa. “Lagi tak logik apabila dia sanggup pula samakan nilai anak perempuan dengan permaidani. Apa nak jadi? Saya anggap ini sudah mencemar maruah Melayu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau mengulas muka depan Harian Metro kelmarin mengenai pengakuan seorang wanita hanya mahu dikenali Hashimah, 29, terpaksa berkahwin dengan lelaki Pakistan yang menjual permaidani bagi melangsaikan hutang karpet ibunya kira-kira RM3,000. Menurutnya, selepas berkahwin pada Mac, dia mengetahui tahu lelaki terbabit tidak jujur kerana selepas enam bulan suaminya meninggalkannya tanpa berita. Berikutan itu, Mastura menasihati masyarakat supaya lebih berhati-hati berfikir dengan sewajarnya termasuk soal membeli barangan supaya tidak terbelenggu hutang piutang yang tidak dituntut agama dan dikeji Allah s.w.t.
“Selain itu, semangat kejiranan dan saling bantu-membantu khususnya di kampung perlu dihidupkan semula kerana ini penting apabila kejiranan mampu menolong sesiapa ditimpa kesusahan, malah menyelamatkan nasib anak gadis daripada ‘dijual’,” katanya.
Anak lemas di lagun ketika cari kepah
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kajang, Selangor itu berkunjung ke kawasan terbabit selepas dia sekeluarga pulang ke kampung di Kampung Laklok, Machang sempena cuti Tahun Baru Cina sejak kelmarin. Razni bekerja di syarikat telekomunikasi di Kajang berkata, dia bersama anak serta dua adik iparnya bertolak sebelum jam 8 pagi ke lagun berkenaan, manakala isterinya, Wan Rohani Hashim, 31, tidak menyertai mereka dan berada di rumah.
Katanya, ia hari kedua mereka berkunjung ke situ kerana tidak puas mencari kepah dibawa pulang bagi dinikmati bersama keluarga.
“Tidak sampai lima minit, saya melihat dia bangun dari tempat duduk dan berjalan ke arah kawasan itu sebelum tenggelam serta-merta.
“Saya tidak dapat berbuat apa-apa tergamam melihat anak lemas,” katanya.
Susulan kejadian itu, seramai 10 anggota termasuk lima dari Unit Skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 11.55 pagi.
Hasil gerakan mencari, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 2.20 petang dalam keadaan terdampar di lagun berkenaan.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya berkata, gerakan mencari itu turut dibantu empat anggota bomba sukarela dan beberapa anggota dari Balai Polis Cherang Ruku, di sini.
Tinggal cincin sebelum ajal
Remaja berkenaan, Ahmad Zharif Ridzwan Omar, 15, dari Kampung Setol, Teluk Air Tawar, dikatakan bersarapan bersama dua rakan di gerai berkenaan jam 7 pagi sebelum bertolak ke Air Terjun Sungai Sedim, Kulim, Kedah.
Bagaimanapun, Ahmad Zharif dikatakan tertinggal cincinnya ketika beredar menyebabkan pemilik gerai, Noor Hasni Saad, 45, mengambilnya sebelum diserahkan kepada bapa remaja itu, Omar Ismail, 60-an.
Ahmad Zharif yang tidak lagi bersekolah dan bekerja di sebuah gerai tidak jauh dari rumahnya dikatakan mandi di air terjun itu.
Pekerja kantin bakal didakwa
Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, kertas siasatan dikemukakan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Menteri ulas dakwaan pelajar kena bayar tambang
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman semalam berkata Kapal Bunga Mas 5 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Aden dijangka berlabuh di Pelabuhan Suez pada jam 4 petang ini dan mampu membawa kira-kira 500 orang.
“Keutamaan kita sekarang ialah membawa keluar semua rakyat Malaysia dari Mesir ke Jeddah kerana keselamatan di Mesir dikategorikan pada tahap merah,” katanya dalam sidang media di Hotel Le Meridien, di sini semalam.
Beliau menegaskan, penerbangan dan penginapan mereka di asrama Tabung Haji di Jeddah tidak dikenakan sebarang bayaran kerana kerajaan Malaysia lebih mementingkan keselamatan mereka daripada mengenakan sebarang caj.
Ditanya mengenai rungutan pihak tertentu, terutama ibu bapa dalam laman sosial Facebook yang mendakwa anak mereka dikenakan bayaran tambang penerbangan dari Jeddah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Anifah berkata, kerajaan akan membuat keputusan mengenainya dalam tempoh terdekat.
“Hal itu bukan keutamaan sekarang, yang penting sekarang membawa keluar rakyat kita dari Mesir,” katanya.
Mengulas mengenai permintaan Kerajaan Sabah untuk membawa keluar kira-kira 290 pelajar tajaan Yayasan Sabah dari Iskandariah ke tanah air melalui penerbangan sewa khas, Anifah berkata, kerajaan negeri harus memastikan pesawat itu mendapatkan hak pendaratan daripada pihak berkuasa Mesir.
“Berdasarkan pengalaman Kementerian Luar, TUDM dan AirAsia sendiri terpaksa mengambil masa agak lama untuk mendapatkan hak pendaratan.
“Jika penerbangan sewa khas itu boleh mendapatkannya dengan usaha sendiri, pegawai Kedutaan Malaysia di Kaherah boleh membantu membawa pelajar itu dari tempat penginapan ke Lapangan Terbang Iskandariah,” katanya.
Pelajar dalam dilema
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
anbia@hmetro.com.my
“Mereka (Universiti) bertegas mahu memulakan kelas seperti biasa bermula 19 Februari ini menyebabkan ramai pelajar dalam dilema. Bagaimanapun ramai pelajar Malaysia pulang ke tanah air menggunakan pesawat komersial,” kata seorang pelajar perubatan Malaysia, Siti Hajar Maryam Baki, 21.
Dia yang dihubungi Harian Metro berkata, semua pelajar warga Malaysia diminta mengisi borang evakuasi oleh pengurusan misi menyelamat berhubung proses pemindahan mereka yang akan dilakukan dengan menaiki 22 bas jam 6 pagi esok (hari ini).
“Semua pelajar perubatan berkumpul di hadapan Hotel New Mansoura dan menaiki bas menuju ke Iskandariah sebelum menaiki pesawat ke Jeddah. Proses pemindahan sepatutnya dilakukan hari ini (Jumaat), namun ditangguh berikutan kebimbangan tercetus huru-hara selepas solat Jumaat di seluruh Mesir.
“Kami turut berbincang mengeluarkan wang di Jeddah dan membeli tiket penerbangan pulang ke tanah air,” katanya.
Menurutnya, keadaan mereka yang sibuk dengan persiapan perpindahan menyebabkan mereka makan sekali sehari menjadikan makaroni goreng santapan harian. “Kami bernasib baik masih mempunyai bekalan beras, tepung dan makaroni mentah walaupun rata-rata kehabisan wang. Lebih memeritkan harga makanan melonjak naik berikutan peniaga mengambil kesempatan situasi darurat.
“Bagaimanapun pelajar yang tiada wang boleh mendapatkan bantuan pengerusi dan biro kebajikan pelajar di sini. Malah simpanan Dolar Amerika masih boleh ditukar ke nilai wang pound Mesir,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, jalan di sekitar Mansoura masih lengang dengan aktiviti penduduk kebanyakan berdiam diri di rumah. Penduduk turut melakukan rondaan waktu malam di kawasan perumahan berikutan berlaku jenayah pecah rumah,” katanya yang patuh waktu perintah berkurung ditetapkan.
Menurutnya, bilangan askar di jalan raya kian ramai bagaimanapun anggota tentera terbabit sangat menghormati penduduk dan pelajar Malaysia di sini khususnya.
“Lebih menggembirakan apabila Internet pulih dan kebanyakan pelajar menggunakan program VOIP di Internet menghubungi keluarga di Malaysia,” katanya.
Berhubung dakwaan pelajar Malaysia dirogol dan di rompak, Hajar mendakwa khabar angin itu mengarut. Persatuan pelajar memastikan kebajikan mereka.
‘Polis acu senjata ketika rakam gambar rusuhan’
Dia yang juga bekerja sebagai jurugambar sambilan untuk pelajar Malaysia di Mesir serta membuat pengiklanan fotografi bimbangkan keselamatan isteri, Nurul Ain Abdullah, 20, dan bayi mereka, Mohd Thaqib yang berusia sembilan bulan.
“Isteri saya penuntut Jurusan Bahasa Arab di Pusat Bahasa Sabe’ iaitu kira-kira 25 minit perjalanan dari Tahrir tempat pusat rusuhan berlaku.
“Saya sudah bekerja dua tahun dan pengalaman sebagai jurugambar di sini ketika suasana tegang paling mencabar setakat ini.
“Saya pernah ditahan ketika asyik mengambil gambar rusuhan. Polis berpakaian biasa berteriak sambil menunjukkan pistol kerana menyangkakan saya wartawan asing dan cuba merampas kamera saya,” katanya.
Menurutnya, dia terpaksa menipu polis itu dengan memberitahu dia adalah pelajar tetapi polis berkenaan tidak mempercayai sebab kamera miliknya seperti yang selalu digunakan wartawan.
Ketegangan itu katanya, hanya berakhir apabila rakannya penduduk tempatan menenangkan keadaan dengan memadamkan sedikit gambar dalam kameranya untuk memuaskan hati polis terbabit.
“Jika diikutkan saya memang tak mahu balik lagi tetapi mengenangkan keselamatan isteri dan anak yang masih kecil saya kena keluar segera,” katanya.
‘Pistol di muka’
Oleh A’isyah Sukaimi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Nabilah pelajar tahun pertama jurusan pergigian di Universiti Al-Azhar yang menaiki pesawat Etihad Airways dari Abu Dhabi tiba di KLIA kira-kira jam 3 petang. “Perusuh itu berbuat demikian kerana menyangka kami penyokong Hosni Mubarak walaupun ketika itu saya bersama tiga rakan hanya keluar rumah untuk membeli makanan. “Kami terpaksa menghadapi detik mencemaskan itu kira-kira 20 minit dan menjelaskan kepada perusuh itu kami bukan rakyat Mesir serta merayu supaya tidak diapa-apakan sebelum dia melepaskan kami,” katanya. Menurutnya, dia bersyukur apabila perusuh itu menerima alasan mereka sebelum mengarahkan mereka pulang segera kerana keadaan tidak selamat dan berbahaya pada ketika itu.
“Kejadian ini berlaku pada waktu petang dan tidak ada sebarang aktiviti demonstrasi di jalan raya berbanding beberapa hari sebelum itu. “Kami bersyukur kerana tidak diapa-apakan dan terus pulang ke rumah serta tidak sempat hendak membeli makanan dan barangan keperluan lain,” katanya. Seorang lagi pelajar, Farid Hashim, 23, berkata, rumah sewa yang didudukinya bersama tiga rakan lain cuba dipecah masuk dua perusuh yang mahu menyelamatkan diri daripada ditahan polis yang berkawal di sekitar kawasan berhampiran.
“Kami sempat menyergah dan menakut-nakutkan dua perusuh yang cuba menceroboh rumah dan mereka terus melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami.
“Saya berasa seperti di kawasan medan perang kerana di sekeliling jalan dan rumah dipenuhi dengan penunjuk perasaan yang meminta Perdana Menteri Mesir, Hosni Mubarak berundur,” katanya.
Farid yang juga pelajar tahun empat Universiti Iskandariah berkata, dia dapat melihat kereta kebal berhenti di depan rumah mereka bagi menghalang perusuh dan mengawal lalu lintas di kawasan itu.
“Memikirkan keadaan di sekitar rumah yang tidak lagi selamat, kami bercadang pulang ke Malaysia dan menempah tiket kapal terbang secara online dan menaikinya di Bahrain. “Kami bersyukur sepanjang perjalanan ke Bahrain, kami tidak mempunyai masalah cuma perlu menghadapi pemeriksaan dan ‘berkampung’ sehari di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain sebelum berlepas ke tanah air,” katanya.
Tangan koyak digigit babi
Oleh Kamal Majid
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Kejadian jam 11 pagi itu menyebabkan lengan kiri mangsa, Bunga Musa, 70, terkoyak selain kaki kirinya menerima lima jahitan.
Mangsa masih menerima rawatan di Hospital Jeli selepas dipindahkan dari Hospital Tanah Merah, kelmarin.
Menceritakan kejadian itu, Bunga berkata, dia tidak keluar menoreh pada hari berkenaan seperti kebiasaannya kerana ingin mengambil buah limau madu di kebunnya.
“Saya berjalan ke kebun itu pada jam 8 pagi sambil membawa parang kerana teringin mengambil buah limau madu untuk dinikmati bersama keluarga.
“Ketika itu, langsung tidak terlintas di fikiran saya mengenai risiko diserang haiwan liar,” katanya.
Bunga berkata, dia sempat mengambil limau madu itu sebelum bergerak sambil membersihkan kawasan tepi sungai yang dipenuhi semak.
Katanya, ketika menebas semak, tiba-tiba seekor babi hutan muncul dan menyerangnya dari arah hadapan.
“Saya yang tergamam tidak mampu berbuat apa-apa hanya berserah kepada Tuhan.
“Haiwan itu menggigit saya yang sudah rebah menyebabkan seluruh badan cedera dan lebam,” katanya.
Katanya, dia bergelut hampir setengah jam sebelum dilepaskan haiwan berkenaan.
“Dalam keadaan lemah, saya berjalan keluar untuk mendapatkan bantuan jiran sebelum dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan,” katanya.
Bunga bagaimanapun berkata, kejadian serangan itu tidak membuatkan dia trauma untuk kembali ke kebunnya.
Pergaulan utamakan ilmu, ibadah
Secara umumnya, pergaulan dapat diertikan sebagai perihal bergaul, percampuran dan persahabatan yang baik antara seseorang dengan yang lain. Malah, lebih daripada itu, matlamatnya untuk mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni, bekerjasama dan meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat.
Kajian menunjukkan pergaulan baik di kalangan remaja akan membentuk sahsiah remaja ke arah kecemerlangan, sementara corak pergaulan yang kurang sihat boleh mencetuskan dan menjerumuskan remaja ke lembah kehinaan. Pergaulan kurang sihat juga boleh menyumbang ke arah penyalahgunaan dadah, lari dari rumah, seks bebas dan pelbagai gejala sosial.
Kalangan ahli psikologi berpendapat, pengaruh pembentukan personaliti remaja berkembang dipengaruhi tiga faktor iaitu pewarisan, pengalaman (pembelajaran) dan budaya. Personaliti keseluruhan seseorang remaja hasil daripada gabungan ketiga-tiga faktor ini.
Melalui pergaulan baik di kalangan remaja akan mewujudkan remaja Malaysia berilmu, berakhlak mulia, berbudaya luhur dan berketerampilan berasaskan pembangunan belia dan remaja yang seimbang dalam semua bidang kehidupan. Di samping itu, mereka akan memiliki semangat patriotik dan budaya kerja cemerlang demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Pergaulan bebas tanpa batas boleh menjerumuskan ke arah gejala sosial dan jenayah yang akhirnya menyusahkan ibu bapa dan mencemarkan nama baik keluarga. Etika pergaulan mesti diutamakan. Berfikir dulu sebelum melakukan perkara tidak baik yang boleh merosakkan masa depan diri sendiri.
Remaja yang bergaul dengan baik dapat memperbaharui azam dan iltizam sebagai pewaris dan pengisi pembangunan negara serta hala tuju negara ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi. Remaja digalakkan menjalin hubungan silaturahim sesama mereka dengan batas aurat dan menjaga nilai keagamaan. Ini penting bagi menjadikan mereka remaja berdaya tahan serta dapat mengelakkan musuh dan anasir yang kurang sihat mengancam kehidupan sosial mereka.
Justeru, pergaulan baik di kalangan remaja juga akan mempergiat usaha ke arah pembentukan generasi muda yang dinamik, kreatif, berwawasan, mempunyai semangat keusahawanan dan berbudaya tinggi berasaskan penguasaan ilmu, kemahiran dan teknologi maklumat (IT).
Melalui pergaulan baik dan terancang dapat menyemarakkan aktiviti remaja melalui latihan tidak formal, gaya hidup sihat dengan menekankan kesedaran pendidikan sepanjang hayat sejajar tuntutan menuju ke arah negara maju bertunjangkan kekuatan agama, moral dengan ciri ketimuran.
Imam al-Ghazali menyatakan pergaulan baik itu mesti ramah dan bahagia dalam bergaul dan sentiasa ingatkan Allah. Selain itu, ilmu dan ibadah mesti diutamakan, kerana tiada yang lebih baik selain daripada dua perkara berkenaan.
Menurutnya lagi, ada tiga jalan yang dapat ditempuh untuk berbudi luhur, iaitu berbudi luhur kerana tabiat, kerana latihan dan kerana pelajaran. Dalam pergaulan juga tunjukkan budi luhur yang baik.
Lantaran itu, Drs Sidi Ghazalba menyatakan pergaulan terpuji mesti selari dengan kebudayaan Islam iaitu meliputi cara berfikir dan cara menghayati takwa yang menyatakan diri dalam seluruh aspek kehidupan sekelompok manusia, membentuk masyarakat dalam suatu ruang dan waktu. Oleh itu, pergaulan terpuji mesti mengikut peraturan digariskan Islam serta tidak melanggar batas tatasusila.
Remaja disarankan mengekalkan pergaulan terpuji dengan mengamalkan akhlak mulia, beradab ketika berbicara, sering memberi salam, jujur, memelihara amanat, sabar, toleransi, suci hati, merendah diri, menepati janji dan sentiasa memuliakan rakan.
Akhlak seorang Muslim mesti dijaga setiap masa. Ia sifat terpuji yang terpancar dalam kehidupan seharian. Dalam pergaulan menjaga tutur kata sangat diutamakan. Pendidikan akhlak dapat meningkatkan sifat kasih sayang sesama manusia dan mengajar menjauhi sifat menghina orang lain, sombong, dusta dan jahat yang boleh menjatuhkan nama baik, kesopanan diri dan maruah.
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Belum sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga mengasihi saudaranya sebagaimana mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Bagi remaja yang sudah jauh terpesong daripada nilai murni perlu sedar bahawa mereka sepatutnya mengamalkan nilai yang baik ini dalam pergaulan serta mencari arah dan tujuan hidup yang lurus. Dalam pergaulan, apa yang paling penting mengenali siapa rakan kita. Pilihlah kawan yang mempunyai sifat yang baik.
Akal dianugerahkan Allah dapat membantu ke arah kebaikan dalam pergaulan. Hanya dengan akal dan iman, pergaulan di kalangan remaja dapat memandu remaja ke arah akhlak dan berbudi bahasa terpuji. Elak mengeluarkan kata-kata kotor seperti mencarut, memaki hamun ketika bergaul.
Tidak dinafikan pergaulan banyak menyumbang ke arah gejala sosial. Remaja yang tidak bergaul mungkin akan menyebabkan mereka antisosial dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat. Hubungan baik sesama rakan sebaya sentiasa mementingkan silaturahim berpandukan akhlak dan budi bahasa dapat mengawal perkara tidak diingini.
Ironinya, kejayaan seseorang remaja dalam hidup banyak bergantung pada ilmu dan kemahiran serta luasnya pergaulan di sekolah, di luar sekolah, dalam masyarakat dan dengan orang yang baru dikenalinya. Bagi orang yang pandai bergaul pintu masyarakat sentiasa terbuka baginya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan