Selasa, 8 Februari 2011

COGAN KATA@TEMA POLITIK HEBAT...BAIK SERTA SEDAP DIDENGAR....TAPI APA YANG BERLAKU LAIN SANGAT TAK SELARAS APA YANG KATAKAN...

'Pelantikan Isa Samad buruk untuk pasaran'
Aidila Razak
Feb 8, 11
3:08pm

Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

NONE“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

“Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal Aznam.Menurutnya, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

“Kenapa tidak katakan sahaja ahli politik tidak boleh dilantik, tidak kira parti mana yang diwakili, atau sama ada awak adalah korup?

“Rasuah berkait dengan kuasa, jadi andaian asas adalah (ahli politik) dilabel sebagai korup,” katanya sambil menambah pelantikan Isa satu tamparan kepada reputasi baik Felda di kalangan negara-negara membangun.



Kayan mohon bantuan PM kembalikan tanah adat
Feb 8, 11 5:19pm


Berang dengan keputusan kerajaan negeri Sawarak merampas tanah adat mereka dan diserahkan kepada sebuah syarikat perladangan, masyarakat Kayan di Long Bemang memohon bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk campur tangan bagi mendapatkan tanah mereka semula.

NONEDalam memorandum yang dikemukakan kepada pegawai Najib, pada Ahad lalu ketika perdana menteri melawat Miri, masyarakat itu berkata mereka telah menetap di kawasan Sungai Apoh yang terletak di daerah Baram sejak tahun 1940an.

Dengan galakan daripada kerajaan kolonial ketika itu, mereka menandakan sempadan dengan puak Kayan dan Penan lain di kawasan itu, petik memo berkenaan.Ibarat darah dan kehidupan

Kerajaan Malaysia yang ditubuhkan selepas itu juga menyokong hak tanah mereka. Malah, mereka diberikan sebuah sekolah rendah, klinik kesihatan, bekalan air paip, janakuasa tenaga, sebatang jalan dan subsudi pertanian untuk penanaman padi, getah, lada dan buah-buahan.

NONE“Kami telah mewarisi tanah adat mengikut amalan kepercayaan daripada nenek moyang kami.

“Tanah ini ibarat darah dan kehidupan kami,” petik memo yang ditandatangani oleh ketua masyarakat Apoh, Penghulu Ajang Jok.

Pada 1989, bagaimanapun masyarakat Kayan itu mendapati tanah adat mereka telah diberikan kepada Pusaka KTS Forest Plantations Sdn Bhd (PKTS) oleh menteri negeri yang bertanggungjawab terhadap perancangan dan pengurusan sumber dan pengarah jabatan perhutanan Sarawak.

NONEMemandangkan sebahagaian besar, tanah adat itu membabitkan tanah pertanian, pemindahan tanah tersebut dikatakan menjejaskan kehidupan penduduk setempat itu.

Justeru, dalam memo itu, mereka mahu Najib campur tangan untuk mengembalikan semua tanah adat mereka daripada dilesenkan kepada PKTS.

Mereka juga mahu kerajaan dengan penyertaan penuh masyarkat pribumi itu membuat bancian, dan mengazet sempadan di tanah berkenaan.








'Rakyat sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion'
Joseph Sipalan
Feb 8, 11
4:44pm


Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).

NONETimbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

housing hulu kelang"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

NONEAhli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.

Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.

"Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.





Nik Aziz nafi mahu debat dengan Majlis Fatwa
Feb 8, 11 5:44pm


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan yang beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.

Sebaliknya Menteri Besar Kelantan itu berkata yang beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak yang lain tetapi bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Cerita nak debat dengan Majlis Fatwa ini saya tak tahu daripada mana punca keluar (berita) macam ini. Boleh jadi ada orang nak tumpang semangkuk nak naik nama dia.

"Tapi saya sendiri langsung tidak timbul nak debat dengan Majlis Fatwa. Saya kata kalau saya (hanya) nak debat dengan sesiapa tetapi bukan dengan Majlis Fatwa," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

NONEBeberapa hari lalu akhbar tempatan melaporkan kesediaan Nik Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Pada Jumaat lalu, beliau dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam, malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya.

Dua hari selepas itu pula, Nik Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Beliau turut mencabar Nik Aziz untuk berdebat bagi mencari kebenaran namun ditolak pemimpin PAS itu yang mahukan debat itu dilakukan dengan mereka yang mempunyai kuasa sahaja dan bukan dengan Mohd Noor.

- Bernama



Petronas sumbang RM2 juta untuk Ops Piramid
Feb 8, 11 6:26pm


Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyumbang RM2 juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu operasi pasukan itu mengeluarkan rakyat Malaysia dari Mesir.

NONESumbangan itu diberikan berikutan gesaan kerajaan baru-baru ini supaya sektor awam dan swasta bekerjasama untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia ke tanah air.

"Petronas berbesar hati untuk bersama-sama dengan TUDM dan syarikat Malaysia yang lain termasuk AirAsia Bhd dan Malaysia Airlines Bhd menjayakan usaha murni ini,” menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Petronas hari ini.

Petronas juga berkata, syarikat itu juga telah memindahkan semua warga kerja dan keluarga mereka dari Mesir dan sedang memantau perkembangan di negara itu.

Sementara itu, Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menyatakan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung kelancaran operasi pemindahan rakyat Malaysia di negara bergolak itu.

NONEPresiden UNI-MLC, Mohamed Shafie Mammal berkata, operasi pemindahan itu dijalankan dengan lancar tanpa mengira kaum, agama atau kecenderungan politik mereka yang berkenaan.

"Hanya seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa patriotik mampu mengambil tindakan yang sesuai untuk semua rakyatnya dan pihak yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, Ops Piramid merupakan satu lagi kejayaan gagasan 1Malaysia.

Ops Piramid ialah operasi bagi membawa keluar rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir yang menyaksikan demonstrasi antikerajaan diadakan di beberapa bandaraya, ke Jeddah, Arab Saudi.

- Bernama

Nama 248 pengarah syarikat diserah ke Imigresen
Feb 8, 11 6:38pm


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengemukakan nama 248 pengarah syarikat kepada Jabatan Imigresen bagi menahan mereka daripada meninggalkan negara sebelum menjelaskan tunggakan caruman pekerja masing-masing.

kwsp epf logo"Membayar caruman kepada KWSP adalah kewajipan majikan yang tidak boleh dipandang ringan dan kami tidak akan teragak-agak untuk mendakwa majikan yang tidak mencarum untuk simpanan persaraan pekerja mereka,” kata Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP Nik Affendi Jaafar dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, KWSP pada suku keempat tahun lalu telah memfailkan 232 kes sivil dan 358 kes jenayah terhadap majikan yang tidak mencarum.

Dalam tempoh itu, 112 majikan telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dikenakan denda berjumlah RM134,570 kerana tidak membayar caruman KWSP pekerja masing-masing.

Nik Affendi berkata, majikan yang gagal mencarum biasanya diberi peluang membayar secara ansuran tunggakan mereka dan pembayaran dipantau oleh KWSP untuk memastikan ia selesai.

"Majikan sepatutnya tidak menganggap membayar caruman hanya sekadar mematuhi undang-undang tetapi ia adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan pekerja bersara dengan selesa,” katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: