Isnin, 7 Februari 2011

GOLAK ATAU TAK...HURU HARA ATAU TAK ITU KERJA ALLAH...ALLAH BERI BENCANA@MUSIBAH...PASUKAN KESELAMATAN TAK MAMPU HALANG....JANGAN LUPA KEBESARAN ALLAH

Debat dengan Nik Aziz: PAS minta Umno kumpul ulama
Feb 7, 11 7:42am

PAS berharap cadangan dialog antara mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan boleh menjadi kenyataan, bahkan disiarkan secara langsung supaya orang ramai boleh menghakimi dan menilainya.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, kesediaan Nik Aziz itu menepati amalam dalam sejarah peradaban Islam untuk mencari kebenaran.

idris ahmad pas information chief"Sebenarnya tindakan Tuan Guru Nik Aziz merupakan ulangan yang berkali-kali diajak oleh pemimpin PAS bagi menyelesaikan kemelut yang ada di negara ini dengan cara ilmiah. Pihak Umno sering menuding jari kepada PAS dengan tuduhan, PAS membawa ajaran yang sesat, parti anti perpaduan, menafsir Islam yang salah, parti yang menyekat kemajuan.

"Malangnya segala tuduhan terhadap PAS hanya disiarkan sebelah pihak melalui media BN. Segala tuduhan ini tidak diberikan peluang untuk PAS menjawab balik," kata Idris Ahmad (kiri).

Dalam satu kenyataan semalam, Idris juga menyindir parti lawannya Umno supaya "mengumpul ulama yang ada dalam parti Umno untuk turut serta".

Beliau berharap, selepas ini tida
k berbangkit lagi tuduhan yang sering dilemparkan kepada PAS.


Isu Sabah: PKR bentuk 'Majlis Presiden'
Feb 7, 11 7:22am


Ekoran peletakan jawatan Pajudin Nordin sebagai pengerusi majlis pimpinan negerinya kelmarin, PKR membentuk satu badan yang dinamakan Majlis Presiden PKR untuk memimpin parti itu di peringkat negeri buat sementara waktu.

Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pendekatan baru itu untuk memastikan sumber dan gerak kerja PKR Sabah ditumpukan kepada usaha mewujudkan agenda yang lebih adil kepada rakyat Sabah, memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan dalam masa beberapa bulan lagi.

NONE"Majlis Presiden ini diamanahkan untuk menghasilkan dokumen manifesto pilihan raya yang menggarab dan melambangkan komitmen PKR Sabah untuk mengembalikan maruah, keadilan dan pembelaan kepada rakyat Sabah.

"Dokumen akhir itu akan menyenaraikan dasar dan janji PKR Sabah dalam isu-isu penting yang dekat dengan rakyat Sabah mencakupi keseluruhan aspek politik, ekonomi dan sosial," kata Dr Wan Azizah (kiri).

Dalam kenyataan malam tadi, Dr Wan Azizah juga memberitahu, majlis 11 anggota itu juga dipertanggungjawabkan untuk menjelajah seluruh Sabah untuk mendapatkan maklum balas bagi digarab dalam manifesto yang akan dibentangkan dahulu dalam Konvensyen PKR Sabah pada akhir Mac depan.

Menurut Dr Wan Azizah, tugas anggota majlis itu dibentuk berdasarkan isu besar dan fungsi kerajaan Sabah, bertujuan memberikan fokus dan latihan kepada pimpinan negeri memantau prestasi pentadbiran kerajaan sedia ada dan membina kemahiran pentadbiran yang diperlukan.

"Usaha mewujudkan pemantauan yang tersusun seperti ini diharap akan membawa era baru arus politik yang lebih sihat dan menguntungkan rakyat," katanya lagi.

Sebelas portfolia itu: 1) kewangan, keselamatan dan imigrasi; 2) pembangunan luar bandar; 3) pembangunan infrastruktur; 4) kerajaan tempatan dan perumahan; 5) pembangunan perindAlign Leftustrian dan perhutanan; pembangunan dan pengurusan tanah; 7) kesihatan, pembangunan masyarakat dan hal ehwal pengguna; 8) belia dan sukan; 9) pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar; 11) pendidikan, pembangunan sumber manusia dan kemajuan teknologi maklumat dan 11) pertanian dan industri makanan.

Anggota dan portfolia dalam Majlis Presiden yang dipegangnya akan dinyatakan kemudian, tambah Dr Wan Azizah.



PM: Jangan kaitkan dengan pergolakan negara lain
Feb 7, 11 7:29am

Rakyat Malaysia perlu menolak hasutan mana-mana pihak yang cuba mengaitkan pergolakan di negara-negara lain dengan keadaan di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Miri, malam tadi.

Beliau berkata keadaan tidak stabil yang berlaku di beberapa buah negara lain ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan di Malaysia yang selama ini ditegakkan oleh semangat satu keluarga yang besar.

Katanya Malaysia dibina dengan berpaksikan dasar yang adil dan saksama bagi membolehkan peluang yang seluas-luasnya dapat diberikan kepada setiap rakyat untuk mengecapi kehidupan yang lebih baik.

Menurutnya peluang ini membolehkan kekayaan negara dapat diagih secara saksama di mana golongan yang lebih berada dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

"Kita tidak perlu buat perkara seperti itu (mengwujudkan pergolakan) sebab semangat satu keluarga ini sudah kita tanam selama ini," katanya semasa berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina, yang dirasmikan oleh Yang
Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin di Dataran Kipas Bandaraya Miri.

Najib berkata di bawah semangat ini, setiap rakyat mempunyai bahagian kepentingan mereka dalam negara.

Menyentuh pemilihan Miri sebagai tuan rumah sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan tahun ini, Najib berkata bandar raya ini menunjukkan keunikannya menyatukan lebih 27 kaum untuk hidup bersama dan menjadi lambang 1Malaysia.

Beliau berkata kejayaan rakyat pelbagai kaum di sini untuk hidup dalam harmoni selama ini membolehkan mereka mendokong aspirasi gagasan 1Malaysia, dan menurutnya sebelum konsep 1Malaysia menjadi gagasan negara, sebenarnya Miri dan
Sarawak keseluruhannya sudahpun mencerminkan kegemilangan konsep 1Malaysia itu.

Dalam majlis itu, Najib menyampaikan sumbangan derma sebuah syarikat pemaju perumahan kepada Tabung Pendidikan Parti Bersatu Rakyat Sarawak dan Tabung Pendidikan Dayak, yang masing-masingnya menerima RM500,000.

Beliau turut menyampaikan sumbangan komputer riba 1Malaysia kepada 30 pelajar serta sumbangan angpau kepada lima orang penggiat seni veteran dan tiga orang penggiat seni remaja.

Najib yang diiringi isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum itu membuat tinjauan mesra ke tiga kedai di Jalan Yu Seng Utara yang berdekatan dengan Dataran Kipas Bandaraya Miri.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan dan Tan Sri Alfred Jabu serta beberapa anggota kabinet Persekutuan dan Negeri turut hadir di majlis itu.

--Bernama

Tiada ulasan: