Jumaat, 6 Disember 2013

RAKYAT DAH CERDIK MENILAI...1MELAYU MENAFI MASYARAKAT MAJMUK YANG DIAKUI MENOLAK HUKUM ALLAH...DUIT LESAP KATA KEDEKUT...BESAR KATA KECIL....CUMA RAKYAT MALAS NAK LAYAN

'Amaran' Shahrizat pada menteri: Jangan kedekut

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberi 'amaran' kepada tiga menteri supaya memberikan lebih peluang kepada Wanita Umno menganggotai dalam agensi kerajaan yang diketuai mereka.

Jika tidak, Shahrizat berkata Pergerakan Wanita "tahu apa nak buat" kepada ketiga-tiga menteri tersebut - yang menang dalam pemilihan parti baru-baru ini.

NONEKetiga-tiga menteri itu adalah anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mereka diamanahkan untuk menjadi wakil Majlis Tertinggi (MT) bagi perhimpunan sayap yang dianggap menjadi tulang belakang parti terbesar Melayu itu.

Dalam ucapannya, Shahrizat mengucapkan terima kasih kepada Ismail yang juga menteri Pertanian dan Asas Tani dan Mustafa yang merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Ini kerana, mereka melantik dua wakil Wanita masing-masing terlibat dalam agensi kerajaan - Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) .

AP untuk wanita
Shahrizat berkata beliau difahamkan Ismail juga melantik beberapa orang Wanita menganggotai GLC bawah kementeriannya.

umno selangor meeting 170408 noraini ahmad"Tapi saya tengok orang lelaki, bila diberi satu (jawatan), dia kata 'oh, satu jawatan'. Yang dia ada empat (jawatan) tak apa.

"Kita (kalau boleh) masukkan empat dalam lembaga. Janganlah satu saja... Tidak mencukupi," katanya.

Walaupun memuji Mustapa kerana melantik Exco Wanita Datuk Noraini Ahmad (kiri) sebagai pengerusi Matrade, tetapi beliau mahu peluang perniagaan lebih kepada wanita termasuk pemberian permit khas (AP) kepada Wanita.

"Kenapa dok 'kemut' (kedekut) sangat. Tok Pa (Mustapa), kamu jangan dok buat muka selamba. Muka supaya saya jatuh belas kasihan. Kita sekarang ada 'black book', iaitu nak tahu menteri mana beri peluang kepada wanita dan yang tak bagi peluang.

"Yang mana bagi peluang, lagi sekali kita tau apa nak buat. Yang mana cakap tak serupa bikin, siaplah...," katanya sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

Mengadap Jamil dalam 44 hari

Shahrizat juga bertanyakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya lebih memberi peluang kepada Wanita supaya menganggotai GLC Tabung Haji atau dalam anak syarikatnya.

"(Sekarang) tidak ada. Kita nak tiga (wakil) Wanita... Kita beri peluang, dalam tempoh 44 hari saya nak mengadap Datuk Seri Jamil Khir, mana calon-calon Wanita," katanya sambil diiringi gelak ketawa menggamatkan Dewan Tun Hussein Onn petang ini.
Perwakilan mahu Salam 1Melayu, bukan 1M'sia

Perwakilan Umno hari ini meminta slogan Salam 1Melayu menggantikan slogan salam 1Malaysia kerana kaum lain gagal membantu Umno negerinya.

Wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir menceritakan pengalaman beliau 'ditikam' oleh kaum lain ketika pilihan raya umum lalu dalam perbahasan ucapan dasar presiden hari ini.

NONE"Tempat dia bertanding kita kerja siang malam, tempat kita bertanding dia kerja tak sampai sehari," kata beliau merujuk pada parti majoriti kaum lain yang bersekutu dengan Umno.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan parti yang terlibat.

Musa (kanan) turut menyokong desakan agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menolong orang Melayu khususnya ahli Umno.

Malah veteran Umno ini turut memerli jawatankuasa tertinggi Umno yang mengabaikan ahli setia dalam pemberian projek dan tempat di syarikat GLC.

"Wanita pun nak dijadikan tulang belakang sahaja. Nak suruh buat kerja panggil wanita tapi syarikat GLC bagi orang luar.

"Umno ditubuhkan oleh orang Melayu, kita ni orang Melayu. Kalau MCA, DAP dan Gerakan boleh bercakap pasal kaum mereka kita pun boleh!" Kata beliau disambut sorakan oleh para perwakilan.

Mahu Dr M kembali ke Petronas
Musa turut menghentam syarikat GLC yang mengabaikan orang Melayu dan ahli Umno seperti Petronas dan Tenaga Nasional Berhad.

"Sampai ada syarikat GLC, nasi lemak pun nak import dari luar negara. Nasi lemak kita lagi sedap," kata beliau merujuk pada Petronas.

NONESebelum menamatkan ucapan beliau,ketua bahagian Bukit Mertajam itu turut meluahkan kemahuan perwakilan untuk mantan Perdana Menteri Tun Mahahthir Mohamad (kiri) kembali menjadi penasihat Petronas.

Musa juga meminta Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan hasrat beliau kepada Mahathir.

"Kami semua mahu Tun (Mahathir) kembali pada jawatannya sebagai penasihat Petronas," kata beliau disambut sokongan penuh para perwakilan.
'Candi isu kecil jadi besar'

Perwakilan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain mendakwa isu candi Lembah Bujang telah dimanipulasi pihak pembangkang sehingga menjadi isu besar negara.

Tajul menganggap kenyataan ahli parlimen PKR N Surendran (bawah) menyebabkan ramai salah faham keadaan sebenar dan bagaimana kedudukan candi tersebut.

NONE"Bagaimana sebuah isu boleh diputarbelitkan dari isu kecil yang tidak kecoh kepada isu besar yang menggugat keselamatan negara.

"Apa kisah sebenar di sebalik kes candi Lembah Bujang. Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran kata kes candi itu sama seperti yang dilakukan Taliban ke atas Kuil dan Patung Buddha di Afghanistan," kata Tajul ketika membahas ucapan dasar presiden Umno di Perhimpunan Agung parti tersebut hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Dawai itu menerangkan kerajaan BN tidak menzalimi warisan negara tersebut malah telah berbelanja jutaan ringgit bagi meletakkan peninggalan tersebut di muzium atau mewartakan kawasan seperti di Merbuk dan Sungai Batu.

NONE"Malah Jabatan Warisan (Kedah) turut melihat aspek pelancongan dari rancangan mengekalkan candi tersebut," kata beliau.

Tajul turut bimbang jika semua kawasan candi ini diwartakan, seluruh kawasan penduduk akan hilang dan dipindahkan.

"Jika seluruh kawasan candi diwarta sebagai kawasan warisan, akan hilang satu kawasan kerana kawasan candi kecil ini bersepah. Ada di kawasan perumahan, di tepi jalan, malah rumah orang kampung," kata beliau.

Utamakan majoriti
tanjong dawai adun tajul urus mat zainSebelum itu Tajul (kanan) mencadangkan kepada Umno untuk mengambil pendekatan hanya utamakan kaum majoriti iaitu Melayu setelah pendekatan meraih sokongan kaum minoriti tidak berapa berjaya.

"Semasa PRK Sg Limau, Perdana Menteri umumkan bantuan RM200 juta untuk 3 sekolah bukan Melayu di sana namun tidak membawa perbezaan jelas sokongan bukan Melayu.

"Kaedah ini tak boleh dipakai, kita utamakan majoriti bangsa di negara.

"Orang Melayu tak boleh lagi cuba harapkan sokongan bukan Melayu," katanya.
'Sudahlah untung, naikkan tarif elektrik lagi'

Isu kenaikan harga, terutamanya tarif elektrik baru-baru ini, menjadi perhatian dalam perbahasan ucapan dasar presiden dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini.

Perwakilan Perak Datuk Ahmad Salimin berkata, kenaikan tarif elektrik, harga barang dan petrol sebelum ini dirasakan terlalu drastik serta tidak bertepatan dengan masa dan keadaan.

Tambahnya, ia sekaligus membebankan rakyat.

"Saya ingin menegur berkaitan pengumuman kenaikan harga barang, petrol dan baru-baru ini tarif elektrik.

"Kenaikan ini amat tidak tepat sekali melihat pada keadaan ekonomi rakyat," katanya.

Ahmad juga berkata, keadaan itu juga mempengaruhi persepsi rakyat ekoran ia pengumumannya dibuat selepas pilihan raya umum dan dalam keadaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat keuntungan.

"Sudahlah untung, naikkan tarif pula," komen rakyat.

Menurutnya lagi, kerajaan hari ini dibentuk atas sokongan rakyat, maka tidak wajar mereka dibebani dengan masalah kewangan sebegitu.
'Pelajar campak kanak-kanak 18 bulan dari tingkat 25'
11:45PM Dis 5 2013
Satu rakaman memaparkan seorang pelajar perempuan menyerang seorang kanak-kanak lelaki di dalam lif dan mencampakkannya ke bawah dari beranda di tingkat 25 memeranjatkan seluruh negara China
  
Rakaman video pengawasan itu yang menunjukkan pelajar perempuan terbabit memukul dengan kejam kanak-kanak berkenaan selepas menghempas dan menendangnya beberapa kali di dalam lif tersebar luas dalam laman sosial mirip Twitter China, Sina Weibo, mencetuskan perdebatan hangat melibatkan lebih 310,000 perbincangan dalam mikroblog.
  
Portal berita dalam talian BjNews melaporkan insiden itu berlaku pada 25 November di bandaraya Chongqing, barat daya China, apabila nenek kanak-kanak lelaki berusia 18 bulan itu yang digelar 'Yuanyuan' keluar dari lif dengan membawa basikal cucunya, pintu lif tertutup dan meninggalkan Yuanyuan bersama pelajar perempuan berumur 10 tahun itu.
  
Rakaman itu menunjukkan selepas menyerang anak kecil itu dengan kejam, lif tiba di tingkat 25, pelajar perempuan mengangkat Yuanyuan dan mencampakkannya keluar.
  
Setelah mendapati lif berhenti di tingkat 25, si nenek yang amat bimbang berkata dia segera bergegas ke tingkat berkenaan dan berjumpa pelajar perempuan itu.
  
Bagaimanapun, pelajar itu berkata dia tidak nampak kanak-kanak itu dan mendakwa seseorang telah membawanya pergi, tetapi tidak ingat sama ada wanita atau lelaki yang membawanya, kata nenek dan menambah pelajar itu malah menawarkan diri untuk mencari cucunya.
  
"Dalam masa lima minit, Yuanyuan terbaring berlumuran darah di atas tanah di luar bangunan," kata nenek itu.
  
Kanak-kanak itu dilaporkan mengalami pendarahan paru-paru dan retak tempurung kepala. Keadaannya stabil dan diletakkan di bawah pemerhatian dalam unit rawatan rapi di sebuah hospital.

Polis berkata kes itu masih disiasat.
    '
Sungguhpun menerima 58,000 yuan (US$9,464) daripada keluarga pelajar perempuan itu, ibu mangsa berkata pada Rabu dia akan memfailkan saman terhadap keluarga pelajar berkenaan.

- Bernama
34,058 mangsa banjir di pusat pemindahan di Pahang
11:38PM Dis 5 2013
Seramai 34,058 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Pahang.
  
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang, sehingga pukul 10 malam ini, semua mangsa adalah dari tujuh daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis dan Temerloh.
  
"Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 27,587 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama   hari ini.
  
Di Rompin, seramai 4,180 mangsa banjir di 14 pusat pemindahan, Pekan 3,091 mangsa di 16 pusat pemindahan, Maran, 49 mangsa di enam pusat, Jerantut 311 mangsa di 11 pusat, Lipis 21 mangsa di dua pusat dan Temerloh dengan tujuh mangsa di satu pusat pemindahan.
  
Sementara itu beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM 28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, KM 51 Jalan Kuantan-Kemaman, Batu 3 Jalan Kuantan-Gambang, KM 72 Jalan Kuantan-Segamat, KM 62 Jalan Kuantan-Rompin dan Jalan Utama Jerantut-Kuala Lipis.
  
Polis turut menasihati orang ramai supaya berjaga-jaga dan bersiap sedia berpindah berikutan masih berterusan, malam ini.
  
Di JOHOR BAHRU,
  jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 2,852 orang malam ini berbanding 2,027 orang di sebelah petang.
  
Mengikut maklumat portal bencana Majlis Keselamatan Negara yang dikemaskini pada pukul 9 malam, peningkatan berlaku di Kluang iaitu 774 orang berbanding 233 orang di sebelah petang.
  
Peningkatan juga berlaku di Segamat iaitu 491 berbanding 476 orang dan Pontian 476 (403 orang); selain pembukaan semula pusat pemindahan di Muar dengan jumlah mangsa yang sama iaitu 217 orang dan di Ledang dengan lapan mangsa.
  
Jumlah mangsa di Batu Pahat pula menurun daripada 503 orang kepada 474 orang manakala jumlah mangsa di Mersing dan Kota Tinggi masing-masing kekal pada 194 dan 218 orang.
  
Menurut lamanweb Jabatan Pengairan dan Saliran, kebanyakan tempat mengalami cuaca baik dengan tiada hujan atau menerima taburan hujan antara 1mm dan 30mm (hujan gerimis dan sederhana) sejak tengah malam semalam.
  
Bagaimanapun, Sungai Linggiu di Kota Tinggi mencatatkan taburan hujan sebanyak 83mm yang dikategorikan sebagai sangat lebat.
  
Empangan Juaseh di Segamat dan Ladang Nam Heng di Kota Tinggi masing-masing menerima hujan lebat sebanyak 48mm dan 36mm.

Di KOTA BHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di lima jajahan di Kelantan malam ini naik mendadak menjadikan kesemuanya berjumlah
2,078 orang berbanding 1,284 orang di sebelah petang.
  
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, lebih ramai penduduk yang tinggal di Rantau Panjang dipindahkan berikutan limpahan air Sungai Golok yang terus meningkat naik.
  
Jajahan Kuala Krai masih menempatkan mangsa banjir paling ramai iaitu 762 orang dan berada di enam buah pusat pemindahan diikuti Pasir Mas di Rantau Panjang iaitu 681 orang yang ditempatkan di lima pusat pemindahan.
  
Pada sebelah petang, hanya 21 orang yang direkodkan berpindah di Rantau Panjang sebelum bencana itu terus merebak ke beberapa buah kampung lain.
  
Di Machang kini 230 orang masih ditempatkan di lima buah pusat manakala di Pasir Puteh 210 orang berada di tiga buah pusat.
  
Satu lagi jajahan yang terjejas adalah di Tanah Merah yang menempatkan seramai 186 orang di lapan buah pusat.
  
Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dilaporkan terus meningkat melebihi paras bahaya iaitu 10.39 meter melebihi bahaya 9 meter.
  
Sungai Lebir pada bacaannya di Tualang dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard juga masih berada pada melebihi bahaya iaitu di Tualang 35.48 meter (bahaya 35 meter) dan Jambatan Guillemard 16.84 meter (bahaya 16 meter).
  
Satu lagi bacaan di Sungai Kelantan iaitu di Tangga Krai bagaimanapun dilaporkan telah surut pada paras amaran berikutan tiada hujan sepanjang hari.
  
Menurut portal itu, tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan kecuali beberapa jalan alternatif di Kuala Krai dan Pasir Mas yang ditutup kepada kenderaan ringan.
  
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan cuaca pada malam ini adalah baik.
  
Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di menurun kepada 6,052 orang malam ini berbanding 7,163 orang pada siang hari ekoran cuaca cerah di kebanyakan tempat.
  
Berikutan perkembangan itu, lebih 1,000 orang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah air mulai surut di sebelah petang.
  
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara setakat pukul 9 malam ini, sejumlah 1,559 keluarga masih berada di 82 pusat pemindahan berbanding 91 buah pada petangnya di seluruh Terengganu.
  
Daripada jumlah itu, 13 buah di Hulu Terengganu, Dungun (29), Kemaman (31), Marang dan Setiu masing-masing (4) dan Setiu (1).
  
Kemaman mencatat mangsa banjir paling ramai pulang ke kediaman masing-masing iaitu 1,468 orang, diikuti Dungun (538), Hulu Terengganu (90) dan Marang (63).
  
Bagaimanapun daerah Setiu dan Besut kini mula dilanda banjir apabila hujan beralih arah ke utara Terengganu.
  
Sebanyak 99 mangsa dicatatkan di Setiu manakala di Besut pula enam orang daripada dua keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan Surau Kayu Kelat pukul 12 tengah hari apabila kawasan rumah mereka dinaiki air.

- Bernama

Tiada ulasan: