Mukhriz: Saya tak perlu dilantik MT
Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak perlu
dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) kerana masih berpeluang
menghadiri mesyuarat itu atas kapasitinya sebagai pengerusi Umno Kedah.
"Saya tak perlu dilantik MT. Saya masih (boleh hadir) MT, sebagai pengerusi badan perhubungan," katanya.
"Saya boleh bersuara tentang bagaimana mahu memajukan Kedah dan sebagainya," kata beliau ketika ditemui selepas ucapan dasar presiden Umno di ibu negara hari ini.
Beliau juga menjelaskan kehadirannya dalam mesyuarat khas MT semalam bukannya menggantikan bekas ahli PAS Mohammad Kazim Elias yang menolak lantikan sebagai anggota majlis itu.
Mukhriz turut menolak andaian bahawa bapa beliau, mantan presiden Umno Tun Dr Mahathir (kanan) Mohamad meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas kerana beliau tidak dilantik sebagai ahli MT.
"Saya tak fikir ada sebarang hubungan sama sekali," kata beliau ringkas.
Alukan muzakarah di Kedah
Semalam, Malaysiakini melaporkan beberapa ahli akar umbi Umno Kedah melahirkan rasa kecewa kerana Mukhriz tidak dilantik menganggotai MT.
Mukhriz tidak tersenarai antara sembilan ahli MT lantikan oleh presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.
Sebelum itu beliau tewas tipis dalam persaingan enam penjuru untuk tiga tempat naib presiden Umno.
Sementara itu Mukhriz turut berharap kedua-dua pihak Umno dan PAS dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri Kedah melalui sebarang usaha muzakarah.
"Boleh gunakan Kedah sebagai contoh untuk hubungan antara Umno dan PAS," kata beliau.

Najib tunjuk video Anwar isu pengundi Bangladesh
VIDEO l 4:15 min
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak semasa ucapannya di Perhimpunan Agung Umno hari ini menayangkan sedutan video yang didakwa menunjukkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berbohong dalam isu pengundi hantu semasa pilihan raya umum Mei lalu.
Najib menampilkan video berkenaan untuk mengukuhkan dakwaannya bahawa Anwar berbohong apabila menyatakan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung 40,000 warga Bangladesh yang didakwa mengundi dalam pilihan raya umum itu.
Kemunculan semula bekas Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam bentuk video di perhimpunan agung parti tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur disambut dengan sorakan oleh para perwakilan. Sedutan video yang ditayangkan ke skrin besar di Dewan Merdeka, itu turut diselitkan dalam siaran langsung ucapan Najib melalui televisyen.
"Saya timbulkan perkara ini kerana semasa kempen pilihan raya yang lalu, tak henti-henti pihak pembangkang mencanang di sana sini kononnya kerajaan telah membawa masuk lebih 40,000 orang warga Bangladesh sebagai pengundi Umno dan BN. "Perkara ini tampaknya kita tak dapat bendung-bendung lagi untuk dirungkaikan misterinya," katanya sejurus sebelum video tersebut dikeudara.
Klip video sepanjang kira-kira satu minit itu menampilkan beberapa ceramah, sidang media dan wawancara bersama Anwar berhubung isu pengundi asing.
Najib mendakwa, video berkenaan menunjukkan bahawa Anwar dan pengikutnya hanya pandai berbohong.
"Lantaran, semasa lawatan rasmi saya ke Dhaka, Bangladesh, baru-baru ini, saya terpanggil untuk mengucapkan orang Bangladesh panggil, ‘Dhonnobad’ yakni terima kasih dalam bahasa Bengali kepada Perdana Menterinya Sheikh Hasina, kerana telah membantu menyedia sekian banyak rakyatnya sebagai pengundi seperti dimomokkan oleh pembangkang," katanya.
Sementara itu, mengulas berhubung penayangan video klip tersebut, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas Anwar yang mendakwa tidak pernah menyebut perkara itu sebelum ini.
"Beliau sebut banyak kali. Sebut dengan jelas. Dalam perkara itu Anwar berbohong. Dia sebut 'Bangla'.
"Dia sebut dalam ceramahnya," katanya selepas mendengar ucapan dasar presiden di Dewan Merdeka PWTC pagi ini.

Dr M belum putus tarik balik peletakan jawatan
Bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad belum memutuskan sama ada
beliau akan menarik balik peletakan jawatannya sebagai penasihat
Petronas seperti yang diminta oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak semalam.
"Saya dah tua, doktor pun suruh perlahankan sedikit aktiviti tetapi Perdana Menteri minta (mempertimbangkan semula keputusan itu), saya tidak tahulah.Tengok dulu macam mana...," katanya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu di hari ini.
Dr Mahathir ditemui pemberita selepas menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibunegara.
Isnin lepas, Dr Mahathir dilapor berkata beliau melepaskan jawatan itu atas nasihat doktor.
Semalam, Najib meminta Dr Mahathir mempertimbangkan semula keputusan itu.
Mengenai perhimpunan agung Umno kali ini, Dr Mahathir berkata beliau kagum dengan kehadiran ramai perwakilan yang memberi isyarat Umno menjadi perhatian masyarakat umum.
Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno turut menasihatkan kepimpinan tertinggi Umno supaya melaksanakan semua program yang telah dirancang untuk orang Melayu dan bumiputera sebagai bukti parti itu menjuarai nasib mereka.
- Bernama

YANG MENILAI ALLAH BUKAN KITA DAN AHLI JUGA RAKYAT....RASULLULLAH SAW MEMPERBAIKI AKHLAK UMAT....MENYERU SEMUA UMAT MEMELUK ISLAM BUKAN ORANG ARAB SAHAJA
'Jangan gundah gulana jika dituduh rasis'
Exco
Pergerakan Pemuda Fathul Bari Mat Jahya menyeru kepada para perwakilan
dan ahli Umno agar tidak berasa susah hati apabila mereka berusaha untuk
menjaga hak orang Melayu.
"Kita parti bangsa Melayu. Apa masalahnya? Jangan gundah gulana apabila orang tuduh kita rasis.
"Kita tidak ambil hak orang lain, malah kita juga jaga hak orang lain. Sebaliknya kita tanya orang yang tuduh, apa sumbangannya kepada negara.
"DAP, saya tengok lebih menjaga bangsa mereka, jadi apa masalah untuk kita mempertahankan bangsa kita," katanya dalam ucapan menyokong ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini.
Dalam ucapannya itu, Fathul Bari yang anggota Sekretariat Ulama Muda Umno turut menyentuh mengenai peranan golongan ulama dalam parti tersebut yang dilihatnya masih belum jelas.
Katanya, Majlis Tertinggi Umno perlu membentuk “portfolio” lebih jelas kepada ulama berkenaan agar "tidak dilihat sebagai pelengkap semata-mata".
"Mereka perlu diberi hala tuju yang jelas, baru rakyat merasai kewujudan mereka dalam Umno," katanya yang turut kesal apabila pendakwah bekas anggota PAS Mohamad Kazim Elias, menolak pelantikan jawatan anggota Majlis Tertinggi.
Beliau mendakwa, terdapat pihak tertentu yang sanggup membuka akaun Facebook palsu untuk memfitnah dan menekan Mohamad Kazim sehingga pendakwah itu enggan menerima jawatan tersebut.
Katanya, tindakan tersebut umpama sikap golongan Yahudi yang sentiasa mempertikaikan dan tidak berpuas hati dengan setiap tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad pada zaman baginda.
Menyentuh satu lagi isu, anak sulung bekas mufti Perlis itu turut mencadangkan agar kerajaan membentuk unit khas atau memperkasa Unit Teks Al-Quran bawah Kementerian Dalam Negeri bagi mengatasi masalah penyebaran ajaran sesat.
Beliau mendakwa, ajaran sesat berkenaan menular melalui penyebaran hadis-hadis palsu.
"Sehubungan itu saya mencadangkan kepada naib presiden supaya diwujudkan institusi atau seperti pemeliharaan teks Al-Quran (bawah KDN) iaitu (teks) hadis," katanya.
Beliau juga menasihatkan supaya setiap pemimpin bersedia untuk dikritik sepertimana khalifah Muawiyah Abi Sufyan yang sedia ditegur oleh orang biasa berhubung harta negara dan harta rampasan perang.
"Bagaimanapun orang yang mengkritik ada cara, ada platformnya. Dan apa yang dikritik perlu dianalisis sebelum dilontarkan," katanya.

TNB nafi khabar angin pelepasan air Tasik Kenyir
Tenaga
Nasional Berhad (TNB) menyangkal khabar angin mengenai pelepasan air di
Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang tersebar luas di media sosial sejak
tiga hari lepas.
"Setakat pagi ini, kedalaman di situ mencatat 138 meter. Kedalaman maksimum Kenyir 145 meter. Jadi kalau ikutkan, kita masih lagi boleh menampung air sehingga 6 hingga 7 meter.
"Jadi khabar angin empangan melepaskan air adalah tidak benar sama sekali," kata Pengurus Besar TNB Terengganu, Ir Saharenam Mukhtar
Sementara itu beliau berkata, di KEMAMAN, TNB terpaksa menutup 246 daripada lebih 500 pencawang di daerah ini berikutan banjir yang melanda.
Pengurus Besar TNB Terengganu Ir Saharenam Mukhtar berkata berikutan itu, sebahagian kawasan di Kemaman dan satu di Dungun terputus bekalan elektrik sejak Selasa.
"Penutupan itu membabitkan lebih 11,000 pengguna yang hanya dibuat di pencawang yang terletak di sekitar bandar Cukai, Air Putih, Neram dan Hulu Dungun.
"Kita harap pengguna bersabar kerana pencawang berkenaan akan dibuka semula jika keadaan banjir semakin surut. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya litar pintas," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada penyerahan sumbangan bantuan TNB berupa keperluan asas kepada pegawai daerah Kemaman untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
Bantuan itu berupa air mineral, beras, lampin pakai buang, minyak masak dan sardin yang diserahkan kepada Pegawai Daerah Kemaman Mohamad Kamil Othman.

K'jaan teruskan AES untuk kurang kesalahan trafik
VIDEO l 3:15 min
Kerajaan bersetuju untuk teruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai langkah menambah baik dan memantapkan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalu lintas, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata kerajaan yakin sistem itu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesalahan trafik seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju yang menyumbang kepada 30 peratus kematian akibat kemalangan.
Atas komitmen itu juga kerajaan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES daripada dua syarikat yang menguruskannya sebelum ini - ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Kini AES diambil alih oleh syarikat milik penuh kerajaan, AES Solutions Sdn Bhd, katanya semasa membentangkan usul untuk kerajaan membuat pelaburan memperoleh 10,000,000 unit saham biasa AES Solutions Sdn Bhd pada nilai RM1 bagi seunit saham.
Ahmad berkata kes kemalangan jalan raya bagi tempoh lima tahun dari 2008 hingga 2012 menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 22,338 kes (5.5 peratus).
"Kematian akibat kemalangan juga meningkat daripada 6,527 pada 2008 kepada 6,917 (2012)," katanya.
Ahmad berkata jumlah kenderaan yang meningkat setiap tahun turut menyumbang kepada kesalahan lalulintas di negara ini. Pada tahun 2008 sebanyak 18 juta kenderaan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan meningkat kepada 22.7 juta pada 2012.
"Ini menunjukkan peningkatan jumlah kenderaan yang berdaftar dengan JPJ sebanyak 6.03 peratus bagi tempoh lima tahun (1.8 juta)," katanya.
Menyedari perkara itu, menurut Ahmad, kerajaan mengambil langkah melaksanakan sepenuhnyanya AES pada penghujung tahun lepas bagi menangani kesalahan lalulintas, kemalangan serta mengurangkan kematian pengguna jalan raya.
"AES merupakan kaedah terbaik berdasarkan sistem penanda aras penguatkuasaan lalu lintas yang diamalkan di Sweeden, Perancis, United Kingdom dan China," katanya.
Ahmad berkata AES dipasang di 310 kawasan kerap kemalangan yang dikenal pasti hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) yang dapat membantu mendisiplinkan pemandu dan meningkatkan persepsi keberangkalian ditangkap sekali gus membawa kepada amalan pemanduan yang lebih berhemah.
Katanya AES membantu meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC).
"Berdasarkan kajian antarabangsa, pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17 hingga 71 peratus, dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus," katanya.
Pada sesi akhir hari ini, Dewan Rakyat turut meluluskan usul untuk kerajaan membuat pelaburan dalam syarikat AES Solution Sdn Bhd dengan modal berbayar RM10 juta dengan nilai RM1 bagi seunit saham.
Usul itu yang dibahas oleh empat pembahas daripada parti pembangkang termasuk Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), telah diluluskan dengan lebih suara yang bersetuju.

Penduduk dilarang kahwin pada musim hujan
Sepanjang
empat bulan, mulai November lepas sehingga Februari tahun depan yang
merupakan musim hujan, sebilangan penduduk di sebuah daerah kecil di
Nusa Tenggara Timur terpaksa menunda hasrat mereka untuk berkahwin.
Ini berikutan keputusan kepimpinan masyarakat tempatan mengenakan peraturan melarang penduduknya berkahwin di sepanjang musim hujan sekarang, dengan alasan musim hujan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan kegiatan pertanian. Mereka yang didapati melanggar peraturan itu akan dikenakan denda.
Peraturan yang dibuat melalui kesepakatan kepimpinan masyarakat tempatan di daerah kecil Amarasi Selatan, dalam daerah Kupang itu, memutuskan bahawa musim hujan adalah masa terbaik untuk berbudi kepada tanah dan bukannya untuk menganjurkan kenduri perkahwinan secara berlebihan, sebagaimana kelaziman penduduk di situ bila ada majlis perkahwinan.
"Kami tidak akan melayan urusan pendaftaran pasangan yang ingin bernikah di bulan-bulan ini. Masyarakat harus memberi fokus untuk menguruskan tanah pertanian mereka, bukannya menguruskan pesta perkahwinan,” kata Ketua Daerah Kecil Amarasi Selatan, Murlin Buraen.
Murlin berkata denda akan dikenakan kepada pasangan melanggar peraturan itu namun bentuk denda akan ditetapkan berdasarkan kesepakatan masyarakat setempat.
Beliau berkata larangan itu akan dihebahkan kepada seluruh masyarakat dan melalui kerjasama dengan pengurusan gereja, semua pasangan yang memohon untuk berkahwin akan diumumkan kepada orang ramai bagi memastikan permohonan mereka dibatalkan.
Penduduk hanya akan dibenarkan berkahwin mulai bulan Mac tahun depan.
- Bernama
Kemudian beralih lagi ke loghat Negeri Sembilan. Lelaki ini meminta aku tolong carikan adiknya.
Ketika panggilan itu sampai, aku adalah warga kota London yang tinggal di wilayah Brixton. Panggilan telefon ini datang pada tahun 1991.
Ketika itu aku masih lagi anak mahasiswa yang belum selesai mengikuti kuliah filem. Lalu aku meminta masa satu minggu dalam usaha mencari adik sang abang. Sebenarnya adik yang dicari bukan nama yang asing dalam radar otak aku.
Dari hari pertama, malah sebelum aku menjejak kaki ke Universiti Malaya (UM) pada Mei 1971, aku telah berniat untuk menjadi anggota Kelab Sosialis. Setelah minggu orientasi selesai aku mendaftar sebagai anggota kelab.
Ketika aku mendaftar, aku masih di bawah umur dan masih dalam dunia romantik. Ertinya kitab-kitab kiri masih belum banyak yang aku layari.
Ketika itu aku bertukang masih belum berupaya menggunakan perkakas Marxis. Hujah aku masih kelam dan kabut. Hujah yang aku dirikan tidak teratur dan tidak tuntas. Rumah yang ingin aku bina bocor di sana ini.
Tetapi melalui pembacaan, mendengar ceramah politik dan melalui perbincangan maka pencerahan sampai. Aku mula mengenal Marxisme sebagai alat bertukang untuk memahami masyarakat dan mendirikan hujah yang tuntas.
Wajib juga aku terangkan bahawa ketika aku menjejak kaki ke Lembah Pantai suasana dunia sedang berubah. Tragedi Mei 13 telah berlangsung. Perang Vietnam sedang bergelora. Paris 68 baru selesai.
Di Amerika, Malcolm X telah dibunuh. Revolusi Kebudayaan di Tiongkok sedang membara. John Lennon, Mick Jagger dan Mao sedang menggoncang dunia anak muda. Parti Komunis Malaya sedang mara ke Selatan.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 tidak wajar dipersoalkan kerana parti itu memenangi pertandingan tersebut mengikut sistem yang diamal sejak sekian lama.
Najib yang menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini mengumpamakan pilihan raya tersebut seperti perlawanan badminton.
Katanya, walaupun BN mendapat majoriti lebih kecil, Pakatan Rakyat tetap dikira kalah dari segi keseluruhan.
"Katalah dalam satu perlawanan badminton, Najib melawan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), ke Anwar melawan Najib, mana-mana pun tak kisahlah.
"Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 05-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16.
"Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkan Najib menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya, jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47.
"Mana boleh kira macam tu, tak betul tu. Kita ada sistem, kita main ikut set. Siapa menang majoriti, dialah juara!," katanya yang disambut dengan tepukan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Tambahnya, undi popular, BN tetap memenangi undi popular di sembilan negeri berbanding Pakatan yang hanya berjaya menguasai empat negeri.
"Mereka semacam tidak faham dan tidak mahu memperakui sistem first-past-the-post. Ingin saya terangkan bahawa sistem ini telahpun kita amalkan sejak pilihan raya 1959 lagi, di mana, parti pertama yang mencapai majoriti, diisytihar menang.
Maknanya, semasa pilihanraya tersebut, apabila BN mencecah 112 daripada 222 kerusi, menurut sistem ini, tuan-tuan dan puan-puan, kita berhak membentuk kerajaan seperti yang dilakukan," kata beliau.
Sistem first-past-the-post itu membolehk sesuatu parti atau gabungannya membentuk kerajaan jika memenangi jumlah kerusi paling banyak dengan majoriti mudah, tanpa mengira jumlah undi yang diraih.
Anwar mempersoalkan kemenangan BN dalam pilihan raya berkenaan ekoran kejayaan Pakatan Rakyat meraih undi popular yang lebih besar dari BN dalam pilihan raya umum ke-13.
Ini berikutan keputusan kepimpinan masyarakat tempatan mengenakan peraturan melarang penduduknya berkahwin di sepanjang musim hujan sekarang, dengan alasan musim hujan perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan kegiatan pertanian. Mereka yang didapati melanggar peraturan itu akan dikenakan denda.
Peraturan yang dibuat melalui kesepakatan kepimpinan masyarakat tempatan di daerah kecil Amarasi Selatan, dalam daerah Kupang itu, memutuskan bahawa musim hujan adalah masa terbaik untuk berbudi kepada tanah dan bukannya untuk menganjurkan kenduri perkahwinan secara berlebihan, sebagaimana kelaziman penduduk di situ bila ada majlis perkahwinan.
"Kami tidak akan melayan urusan pendaftaran pasangan yang ingin bernikah di bulan-bulan ini. Masyarakat harus memberi fokus untuk menguruskan tanah pertanian mereka, bukannya menguruskan pesta perkahwinan,” kata Ketua Daerah Kecil Amarasi Selatan, Murlin Buraen.
Murlin berkata denda akan dikenakan kepada pasangan melanggar peraturan itu namun bentuk denda akan ditetapkan berdasarkan kesepakatan masyarakat setempat.
Beliau berkata larangan itu akan dihebahkan kepada seluruh masyarakat dan melalui kerjasama dengan pengurusan gereja, semua pasangan yang memohon untuk berkahwin akan diumumkan kepada orang ramai bagi memastikan permohonan mereka dibatalkan.
Penduduk hanya akan dibenarkan berkahwin mulai bulan Mac tahun depan.
- Bernama
Latar di sebalik kisah Aishah
Telefon
berdering. Sahih, di gagang telefon aku terdengar suara lelaki yang
bukan dari kota London. Aku menjawab dalam bahasa Inggeris. Kemudian
lelaki ini beralih ke bahasa Melayu.Kemudian beralih lagi ke loghat Negeri Sembilan. Lelaki ini meminta aku tolong carikan adiknya.
Ketika panggilan itu sampai, aku adalah warga kota London yang tinggal di wilayah Brixton. Panggilan telefon ini datang pada tahun 1991.
Ketika itu aku masih lagi anak mahasiswa yang belum selesai mengikuti kuliah filem. Lalu aku meminta masa satu minggu dalam usaha mencari adik sang abang. Sebenarnya adik yang dicari bukan nama yang asing dalam radar otak aku.
Dari hari pertama, malah sebelum aku menjejak kaki ke Universiti Malaya (UM) pada Mei 1971, aku telah berniat untuk menjadi anggota Kelab Sosialis. Setelah minggu orientasi selesai aku mendaftar sebagai anggota kelab.
Ketika aku mendaftar, aku masih di bawah umur dan masih dalam dunia romantik. Ertinya kitab-kitab kiri masih belum banyak yang aku layari.
Ketika itu aku bertukang masih belum berupaya menggunakan perkakas Marxis. Hujah aku masih kelam dan kabut. Hujah yang aku dirikan tidak teratur dan tidak tuntas. Rumah yang ingin aku bina bocor di sana ini.
Tetapi melalui pembacaan, mendengar ceramah politik dan melalui perbincangan maka pencerahan sampai. Aku mula mengenal Marxisme sebagai alat bertukang untuk memahami masyarakat dan mendirikan hujah yang tuntas.
Wajib juga aku terangkan bahawa ketika aku menjejak kaki ke Lembah Pantai suasana dunia sedang berubah. Tragedi Mei 13 telah berlangsung. Perang Vietnam sedang bergelora. Paris 68 baru selesai.
Di Amerika, Malcolm X telah dibunuh. Revolusi Kebudayaan di Tiongkok sedang membara. John Lennon, Mick Jagger dan Mao sedang menggoncang dunia anak muda. Parti Komunis Malaya sedang mara ke Selatan.
'Saya menang set penentu lawan Anwar'
VIDEO l 2:10 minit Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata kemenangan BN dalam pilihan raya umum ke-13 tidak wajar dipersoalkan kerana parti itu memenangi pertandingan tersebut mengikut sistem yang diamal sejak sekian lama.
Najib yang menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno 2013 hari ini mengumpamakan pilihan raya tersebut seperti perlawanan badminton.
Katanya, walaupun BN mendapat majoriti lebih kecil, Pakatan Rakyat tetap dikira kalah dari segi keseluruhan.
"Katalah dalam satu perlawanan badminton, Najib melawan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), ke Anwar melawan Najib, mana-mana pun tak kisahlah.
"Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 05-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16.
"Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkan Najib menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya, jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47.
"Mana boleh kira macam tu, tak betul tu. Kita ada sistem, kita main ikut set. Siapa menang majoriti, dialah juara!," katanya yang disambut dengan tepukan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Tambahnya, undi popular, BN tetap memenangi undi popular di sembilan negeri berbanding Pakatan yang hanya berjaya menguasai empat negeri.
"Mereka semacam tidak faham dan tidak mahu memperakui sistem first-past-the-post. Ingin saya terangkan bahawa sistem ini telahpun kita amalkan sejak pilihan raya 1959 lagi, di mana, parti pertama yang mencapai majoriti, diisytihar menang.
Maknanya, semasa pilihanraya tersebut, apabila BN mencecah 112 daripada 222 kerusi, menurut sistem ini, tuan-tuan dan puan-puan, kita berhak membentuk kerajaan seperti yang dilakukan," kata beliau.
Sistem first-past-the-post itu membolehk sesuatu parti atau gabungannya membentuk kerajaan jika memenangi jumlah kerusi paling banyak dengan majoriti mudah, tanpa mengira jumlah undi yang diraih.
Anwar mempersoalkan kemenangan BN dalam pilihan raya berkenaan ekoran kejayaan Pakatan Rakyat meraih undi popular yang lebih besar dari BN dalam pilihan raya umum ke-13.
Najib dakwa Pakatan buat pelabur Taiwan takut
VIDEO l 1:50 minit
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan dakwaan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat menakut-nakutkan pelabur Taiwan untuk melabur dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia di Pengerang, Johor.
Najib mendakwa, presiden Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang memberitahunya bahawa tindakan pemimpin parti berkenaan menyebabkan Malaysia kerugian “hampir RM40 bilion pelaburan asing dari Taiwan" ekoran tindakan itu.
Beliau yang tidak menamakan pemimpin Pakatan terbabit mendakwa, Shamsul memberitahu perkara itu kepadanya "baru-baru ini".
"Saya ingin bertanya, tidakkah perbuatan pembangkang ini satu pengkhianatan kepada rakyat? Tidakkah perbuatan mereka ini satu petualangan kepada kepentingan negara?," soalnya.
'DAP hina penjawat awam'
Najib ketika menyampaikan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno juga mengingatkan para perwakilan bahawa pemimpin DAP turut menghina para penjawat awam.
"Tidak cukup dengan itu, tidak cukup dengan itu, jangan sesekali kita lupa, parti DAP telah menghina penjawat awam sebagai kucing kurap. Pemimpin DAP jugalah yang mahu memberhentikan lebih separuh penjawat awam jika mereka memerintah negara ini," katanya.
Beliau merujuk kepada kontroversi yang timbul ekoran kenyataan MP Jelutong Jeff Ooi (kiri) yang menghina kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang gelaran seperti itu.
"Kepada pihak pembangkang inikah orang-orang Melayu, bumiputera dan rakyat keseluruhan hendak menyerah nasib dan masa depan anak cucu?
"Kepada mereka yang sanggup menggadai kepentingan rakyat dan negara inikah kita nak pertaruhkan hari muka?," katanya.
Lahad Datu: Najib bidas pembangkang
Dalam ucapannya juga, Najib juga membidas pembangkang yang didakwanya tidak menghargai para perajurit dan anggota keselamatan yang bermati-matian mempertahankan tanah air, malah mahu mengiktiraf pula komunis sebagai wira bangsa.
"Maka yang demikian, peristiwa Lahad Datu, tidak mungkin terpadam dari memori dan ingatan kita betapa Umno-lah sebagai parti yang senantiasa mengangkat dan menjulang para perajurit dan anggota-anggota keselamatan di persada yang sewajarnya.
"Ternyata, tragedi Lahad Datu telah mengukuhkan lagi ikatan sesama kita, rakyat Malaysia.
"Pendek kata, walau sejengkal tanah Sabah, Negeri di Bawah Bayu, tak mungkin kita serahkan kepada sesiapa," katanya.

Kakitangan awam solat hajat supaya hati PM terbuka
Seramai
300 anggota empat kesatuan kakitangan awam mengadakan solat hajat
perdana semalam di Ipoh bagi memohon kenaikan gred yang didakwa tidak
disemak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sejak 40 tahun lalu.
"Kita tiada jalan lain dan tidak mahu mengadakan demonstrasi," Timbalan Presiden Kesatuan Pembantu Tadbir (Pendidikan) Semenanjung Malaysia (Keptan) Che Saad Hashim dilapor sebagai berkata oleh Utusan Malaysia hari ini.
"Hanya kepada Allah kami mohon agar pemimpin atasan melihat golongan pembantu tadbir perkeranian dan operasi dan pembantu tadbir kewangan yang merupakan kelompok kedua terbesar selepas guru."
Majlis yang dilakukan bersama acara bacaan Yasin itu dibuat agar perdana menteri terbuka hati untuk mengumumkan sesuatu tentang perkara itu pada 17 Disember depan.
Pada tarikh itu beliau dijangka merasmikan Konvensyen Tahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Menurut Che Saad, pihaknya pada tahun lalu menghantar cadangan kenaikan gred itu kepada ketua pengarah perkhidmatan awam di Kuching namun JPA memberi alasan kenaikan gred yang dipinta terlalu tinggi.
Menurutnya, pihaknya memohon kenaikan gred dari N17 kepada N27 tetapi beliau kini mendengar ura-ura JPA akan bersetuju meningkatkan tiga lapisan gred.
Ia adalah N17, N22 dan N26 kepada gred N21, N26 dan N28.
Majlis solat hajat tersebut berlangsung di Masjid Sultan Idris Shah II turut disertai Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu), Gabungan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (Auegcas) dan Kesatuan Pembantu Tadbir Kementerian Kesihatan (Keptakes).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan