Membazir: PM, TPM guna pesawat eksekutif RM182 juta
Hazayani Zakaria, | 07 Nov 2013 |
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata kos bahan api bagi enam pesawat yang digunakan sepanjang tahun 2012 sebanyak RM14,951,448.04 dan RM167,079,541.80 bagi kos penyelenggaraan adalah sangat tinggi dan merupakan pembaziran.
"Ini satu contoh pembaziran perbelanjaan kerajaan terutama pemimpin tertinggi kerajaan. Pesawat eksekutif sering digunakan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pegawai tinggi kerajaan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau juga mempersoal keperluan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menaiki pesawat eksekutif walaupun dalam negara sedangkan pesawat biasa sentiasa beroperasi.
"Persoalanya mengapa perlu setiap kali Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menter nak pergi ke mana-mana penerbangan domestik perlu mengambil pesawat eksekutif setiap kali penerbangan?
"Ini melibatkan perbelanjaan tinggi tapi kalau mengambil pesawat komersil kalau kelas ekonomi tak guna perbelanjaan tinggi.
"Kerajaan minta rakyat jimat cermat tapi setiap kali itu menunjukkan kerajaan tak kurangkan kos perbelanjaan mereka," katanya yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP.
Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyarankan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan pesawat biasa bagi menjimatkan perbelanjaan negara.
"Saya cadang untuk tahun 2014 Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri lebih banyak guna pesawat komersil walaupun ke luar negara. Ada pemimpn besar negara maju tak guna pesawat pun. Pesawat eksekutif biarlan digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Sangat mengejutkan tantang perbelanjaan bahan api dan penyelenggaraan pesawat ini. Baru-baru ini pun Timbalan Perdana Menteri ulang alik ke Sungai Limau guna pesawat eksekutif.
"Ini tak betul sebab ini kempen parti bukan program kerajaan dan kalau program kerajaan pun kerajaan perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan guna pesawat komersil kerana pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik," katanya.
Anthony semalam meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pesawat yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, model pesawat-pesawat tersebut, kos bahan api dan penyelenggaraan untuk tahun 2012 dan jumlah penerbangan serta destinasinya sepanjang tahun 2012.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannnya memberitahu, kerajaan pada masa ini memiliki tujuh pesawat yang diistilahkan sebagai Pesawat Eksekutif (VVIP) Kerajaan iatu satu unit Pesawat Falcon, satu unit Global Express, satu unit Boeing Business Jet (BBJ), satu unit Blackhawk, dua unit pesawat Agusta dan satu unit Fokker F28 yang telah dilupuskan dan dihadiahkan kepada Muzium Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).
Popularkan jihad daripada hijrah
Ahmad Baei Jaafar, | 07 Nov 2013 |
Hijrah pada kali kedua ke Madinah masih atas sebab yang sama tetapi di sana sudah ada tapak yang selamat bagi mengembangkan Islam. Maknanya mereka yang berhijrah ke Madinah terdiri daripada orang yang sudah teguh imannya dan bersedia mempertahankan Islam sekali gus menyebarluaskan ajaran Islam kepada umum.
Ternyata, selepas hijrah itu Islam semakin dikenali dan diminati oleh orang ramai sama ada orang tempatan mahupun orang luar Madinah. Kejayaan besar dalam hal ini ialah apabila semua orang Quraisy Makkah memasuki Islam secara berduyun-duyun. Maka sebab itulah selepas pembukaan kota Makkah tidak lagi dianjurkan berhijrah. Lihatlah hadis Rasulullah SAW, maksudnya:
“Daripada Ibn ‘Abbas r.ahuma, katanya: sabda RasululLah SAW: “Tiada hijrah selepas pembukaan kota Makkah, sebaliknya jihad dan niat. Apabila kamu diminta keluar berjihad maka keluarlah”. (Riwayat al-Bukhari 1986M: 3/1025)
Jelas daripada hadis ini, tiada lagi anjuran hijrah kerana iman para sahabat sudah tidak mudah digugat oleh sesiapapun. Pada masa yang sama Islam sudah boleh diterima oleh dunia kerana sudah ada model yang boleh dicontohi.
Kenapa Masih Hendak Hijrah?
Islam bertambah baik pada setiap zaman kekhalifahan bermula dari Zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Bertambah meluas tamadunnya pada zaman Umaiyah dan Abbasiah. Hal ini kerana umat Islam pada setiap zaman itu berjihad mengikut bidang masing-masing terutama ilmu.
Kemuncak Islam adalah pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah yang umat Islam sudah berada di seluruh dunia. Semua umat Islam ketika itu menjadi pendakwah secara tidak langsung. Malah mereka tidak lagi digugat oleh sesiapa meski pun berada dalam kelompok pengamal agama lain.
Melihat perkembangan itu maka amat munasabahkan mengapa Rasulullah melarang umat Islam berhijrah selepas pembukaan kota Makkah itu. Memang tidak ada alasan lagi bagi umat Islam untuk lari daripada perjuangan masuk ke dalam hutan. Apatah lagi kita kini sudah berada pada kurun 21, semuanya sudah berubah ke arah yang lebih baik.
Oleh sebab itu kerja dakwah kepada orang bukan Islam tidak boleh ditinggalkan. Maka setiap orang ada peranan dalam dakwah mengikut bidang masing-masing. Jadi, sesuai dengan semangat hadis di atas, istilah hijrah sepatutnya tidak dipopular lagi pada hari ini. Sebaliknya, kita perlu popularkan jihad dan niat untuk merubah dunia kepada Islam.
Kalau begitu, apakah niat yang harus dibuat oleh umat Islam? Ya, niat kita bukan lagi untuk menyelamatkan iman tetapi lebih daripada itu untuk menyelamatkan akidah manusia lain. Oleh sebab itu hijrah dalam konteks ini tidak boleh disamakan dengan berpindah lagi.
Jadi, umat Islam perlu berazam untuk merubah fizikal atau iklim dunia ke arah Islam. Maka, ubah di sini bukan sekadar ubah peribadi daripada jahat kepada baik, daripada akhlak buruk kepada akhlak comel. Malah bukan ubah tempat tinggal ke suatu penempatan yang lebih selesa. Semua itu tidak ada kena mengena dengan hijrah selepas pembukaan kota Makkah.
Ubah Hijrah Kepada Jihad
Jihad senonim dengan perang tetapi pada hari ini kita perlu perluaskan pengertiannya kepada selain perang bersenjata. Perang bersenjata cukuplah kita serah kepada tentera dan polis, kerana mereka pakar dalam soal kawal keselamatan negara dan Islam. Tetapi perang melawan musuh tanpa senjata lebih luas malah melibatkan semua orang termasuk tentera.
Kalau begitu siapa musuh umat Islam? Islam mengkategori musuh Islam kepada tiga iaitu nafsu, orang bukan Islam dan syaitan. Untuk jihad melawan nafsu ialah dengan mujahadah; mengekang kehendak nafsu dengan menggantikan kehendak itu kepada kehendak yang lain. Jika nafsu mendorong kita supaya tidak berderma, maka mujahadah yang patut dibuat ialah segera mengeluarkan wang dan mendermakan wang itu kepada pihak yang memerlukan.
Manakala berjihad melawan orang bukan Islam ialah dengan mendekati mereka dengan dakwah sama ada dengan berdialog atau mempromosikan akhlak yang baik agar mereka dapat tertarik kepada Islam. Dengan cara itu, kalaupun mereka tidak memeluk Islam, mereka tidak lagi memusuhi orang Islam.
Adapun berjihad melawan syaitan, cukuplah dengan membiarkan gelagat syaitan tanpa melayani bisikannya. Ketahuilah jika kita melayan bisikan syaitan, lambat laun kita akan terpengaruh dengannya dan akhirnya kita akan melakukan dosa dan maksiat. Sebenarnya, antara sifat syaitan apabila kita melayan bisikannya, dia akan gemuk. Tetapi kalau kita tidak melayannya, syaitan akan kurus kering.
Kalau Semua Umat Islam Berjihad
Percayalah apabila semua umat Islam bangun berjihad, umat Islam dan negara Islam akan maju dan membangun. Umat Islam akan menjadi ketua yang dihormati oleh musuhnya. Pada masa yang sama umat Islam akan bergerak pantas dalam memajukan diri dan negara. Hal ini kerana syaitan sudah malas menggoda manusia.
Negara kita sudah 56 tahun merdeka, dan negara sedang menuju kemuncak jaya. Di kesempatan ini kalau umat Islam benar-benar bangun berjihad dalam tiga perkara di atas sudah tentu pembangunan yang kita kecapi kini menepati kehendak Islam. Ketika itu bukan sahaja orang Islam dapat menguasai ekonomi tetapi orang bukan Islam pun akan turut mendapat manfaatnya.
Tetapi realiti yang dapat kita lihat hari ini, kebanyakan umat Islam tidak benar-benar berjihad melawan kehendak nafsunya. Kesannya, sesama umat Islam saling bercakaran walaupun dalam soal yang remeh temeh. Manakala sesama umat Islam yang berniaga misalnya sering berdengkian. Oleh sebab itu ekonomi umat Islam masih di tahap yang lemah.
Selain itu umat Islam juga tidak berjihad dengan betul dalam melawan orang bukan Islam, malah orang Islam sendiri menjadi seperti orang bukan Islam mengabaikan ajaran Islam. Kesannya, kita tidak mendapat apa-apa kebaikan daripada orang bukan Islam sedangkan kita sentiada bersama dengan mereka. Meskinpun kita boleh bergaul dengan mereka, namun mereka masih curiga terhadap Islam dan kita juga curiga terhadap mereka.
Saya percaya kalau umat Islam boleh berperanan seperti yang dijelaskan di atas, umat Islam boleh menguasai dunia ini dengan bantuan dan kerjasama orang bukan Islam yang telah kita jinakkan. Inilah yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan khalifah selepasnya.
Menyedari keadaan ini umat perlu berazam untuk berjihad mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Tetapi jika umat Islam tidak mahu menyahut seruan jihad ini nescaya gelaplah masa depan umat Islam dan umatnya. Firman Allah SAW yang bermaksud:
“Jika kamu tidak berangkat untuk berjihad nescaya Allah menyeksa kamu dengan seksaan yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, sedangkan kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah at-Taubah : 39)
Maka sebelum kita dipanggil Allah buatlah sesuatu demi menyelamatkan Islam dan umatnya di dunia ini. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak berniat di dalam hatinya untuk berjihad maka dia akan mati dalam keadaan mati jahiliyyah."
http://baei.blogspot.com/
P’raya: Kerajaan belum sedia terima cadangan PSC
Salmiyah Harun, | 07 Nov 2013 |
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sistem yang sedia ada masih relevan dan mudah difahami.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.
Hatta dalam soalan tambahannya berkata, jawatankuasa berkenaan yang terdiri daripada ahli kedua-dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan BN telah bersetuju menggantikan sistem itu.
"Tetapi sampai hari ini tidak ada sebarang maklumat mengenai kajian dan penelitian mana-mana pihak berhubung perkara itu.
"Bagaimana kerajaan cuba elak sedangkan ia adalah keputusan parlimen sendiri untuk dilaksanakan," katanya.
Menjawab soalan itu, Shahidan berkata, kerajaan perlu bersetuju untuk mengubah sistem yang sedia ada barulah mereka boleh melaksanakan apa yang disyorkan oleh jawatankuasa itu.
"First Past The Post adalah sistem kita yang ada, kita tidak boleh ubah begitu sahaja, kena ubah sistem dahulu baru kita boleh bercakap," katanya.
Dalam PRU13 yang lalu, Pakatan Rakyat mendapat undi popular 51 peratus manakala BN pula mendapat 47 peratus namun dengan mengguna pakai sistem 'First Past The Post' BN masih mendapat majoriti kerusi di dalam Parlimen.
Apa pun muslihat Mahathir, Gani perlu disiasat
Harakahdaily, | 07 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR:
Walau apa pun muslihat politik Tun Mahathir, PAS berpandangan kerajaan
perlu membuka suatu fail siasatan secara menyeluruh terhadap Peguam
Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan mengkaji kembali kesemua
laporan polis dan SPRM dan termasuk juga kesemua dakwaan-dakwaan lain
yang pernah dibuat ke atasnya.
“Negara ini tidak mampu untuk memiliki seorang penasihat undang-undang utama (top legal advisor) yang integritinya dipersoalkan,” ujar Timbalan Pengerusi II Lujnah Undang-Undang PAS, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, sekiranya siasatan yang dijalankan nanti mendapati tuduhan-tuduhan yang dibuat ke atas Gani adalah berasas dan melayakkannya untuk disingkirkan dari jawatannya, maka suatu Tribunal perlu dibentuk berdasarkan peruntukan Perkara 145 (6) dan Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan penuh beliau seperti di bawah.
Beberapa portal berita online semalam (6 November) melaporkan berkenaan pertemuan beberapa individu ternama tiga bulan lepas dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad khusus bagi membincangkan kes-kes salahlaku yang membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Dari segi politiknya, tidak susah untuk meneka bahawa sudah tentulah kalangan mereka yang hadir di dalam pertemuan tersebut atau mereka yang rapat dengan Tun Mahathir yang mendedahkan perkara ini kepada media sebagai satu strategi untuk memberi tekanan kepada Gani dan bosnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dengan pecahnya kisah di sebalik pertemuan tersebut, maka mula kelihatan Peguam Negara akan menghadapi ‘perbicaraan media’ di atas segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya.
Untuk rekod, parti-parti pembangkang seperti PAS dan lain-lain telah dari awal membangkitkan pelbagai pertikaian terhadap tindakan dan perlakuan Gani di dalam menjalankan tugasnya sebagai Peguam Negara.
Kuasa yang begitu luas yang diberikan oleh Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan terhadap Peguam Negara berkaitan dengan kuasa untuk memulakan pendakwaan jenayah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Gani untuk kepentingan tertentu.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat adalah antara mangsa kepada amalan ‘pendakwaan terpilih’ (selective prosecution) yang diamalkan Gani.
Manakala kumpulan ektremis seperti Perkasa dan lain-lain yang rapat dengan Umno BN seakan kebal dari sebarang tindakan undang-undang meskipun acapkali menimbulkan isu-isu sensitif berkaitan kaum dan agama.
Dalam hal ini, walau apa pun muslihat politik Tun Mahathir, PAS berpandangan kerajaan perlu membuka suatu fail siasatan secara menyeluruh terhadap Gani dengan mengkaji kembali kesemua laporan polis dan SPRM dan termasuk juga kesemua dakwaan-dakwaan lain yang pernah dibuat ke atasnya.
Negara ini tidak mampu untuk memiliki seorang penasihat undang-undang utama (top legal advisor) yang integritinya dipersoalkan.
Sekiranya siasatan yang dijalankan nanti mendapati tuduhan-tuduhan yang dibuat ke atas Gani adalah berasas dan melayakkan Gani untuk disingkirkan dari jawatannya, maka suatu Tribunal perlu dibentuk berdasarkan peruntukan Perkara 145 (6) dan Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.

Surat pemuda Kristian untuk Dr Mursi
http://greenboc.blogspot.com, | 07 Nov 2013 |
Surat Seorang Pemuda Kristian Untuk Dr.Mursi: "Mursi Simbul Keteguhan!"
Romy Jan, seorang pemuda aktivis Kristian Koptik,
menuliskan sepucuk surat terbuka. Surat itu ia tujukan untuk Presiden
Mursi setelah persidangan yang terjadi Isnin (4/11/2013) kelmarin.
Dalam suratnya itu, Romy menyatakan bahwa Presiden Mursi adalah sebagai simbol kebebasan, kemuliaan, dan keteguhan di dunia moden ini.
Berikut isi surat terbuka tersebut yang tersiar dilamanweb berita kimtly dan juga dikutip dakwatuna, Rabu (6/11/2013).
“Yang mulia,
Presiden Mursi.
Aku yang menulis surat ini seorang rakyat Mesir bernama Romy Jan. Aku beragama Kristian Koptik dan pendiri Gerakan Kristian Koptik Anti-Kudeta.
Di awal suratku, aku ingin meminta maaf karena tidak memilihmu dalam pilihanraya presiden yang lalu. Aku termasuk orang yang menjadi mangsa kesesatan di dalam menilai Ikhwanul Muslimin dan tentangmu. Namun sekarang semuanya sudah jelas; mana yang benar, dan mana yang salah.
Yang mulia,
Presiden Mursi.
Hari ini engkau tampil di persidangan sebagai simbol kebebasan, kemuliaan dan keteguhan. Sikapmu telah memberi inspirasi dunia. Sekarang, engkau bukan saja sebagai presiden Mesir, engkau telah menjadi simbol kebebasan di dunia moden.
Yang mulia,
Presiden Mursi.
Aku bersaksi bahwa engkau orang yang sangat melindungi pemeluk agama yang berbeza dengan agamamu. Engkau adalah pelindung seluruh rakyat Mesir, baik penganut Islam, Kristian, bahkan Yahudi. Yang kami lakukan, walaupun sedikit, kami anggap sebagai balas budi baikmu kepada Mesir. Engkau telah meletakkan prinsip demokrasi yang sangat berat bagi kaum militer. Kerana (beralasan) pegangan mereka menyatakan tidak ada demokrasi. Mereka hanya mengenal kuasa/perintah.
Di akhir surat ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada yang mulia, Presiden Mursi. engkau telah mengajari erti keteguhan.” -sumber asal:dakwatuna

Tiada ulasan:
Catat Ulasan