Isteri mandul, suami tiduri adik ipar
DNA – Testing Services / Perkhidmatan Uji – DNAhttp://www.kualalumpurpost.net/dna-testing-services/
Sungai Buloh – Kakak durjana! Itu perkataan sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan terkutuk suaminya yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga maruah lelaki berkenaan.
Mangsa berusia 30-an dan bertugas sebagai penjawat awam itu dikatakan tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan terlalu tertekan dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain memaksanya untuk mengunci mulut.
Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan kejadian terbaru, April lalu.
Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki berkenaan tanpa sebarang bantahan,” katanya.
Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik adiknya awal pagi untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak suaminya tidur bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan reaksi marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan, menurut sumber HMetro.
“Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering menghubunginya dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka.
“Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim selain disahkan mandul,” katanya.
Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa akhirnya merayu kakaknya menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas perbuatan suaminya.
“Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus mendiamkan diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik dalam keluarga mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.
Calon ambil SPM di penjara
DNA – Testing Services / Perkhidmatan Uji – DNA
http://www.kualalumpurpost.net/dna-testing-services/
KOTA
BHARU – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menduduki
peperiksaannya di Penjara Pengkalan Chepa di sini, kerana menjalani
perintah tahanan reman berkaitan kes peras ugut bersenjata.http://www.kualalumpurpost.net/dna-testing-services/
Gadis yang dikenali sebagai Nur itu menyifatkan pengalamannya menduduki peperiksaan tersebut di penjara sebagai satu mimpi ngeri yang tidak pernah diduga akan terjadi ke atas dirinya.
“Saya tidak menyangka pergaduhan adik-beradik boleh membawa saya ke sini,” katanya kepada pemberita hari ini.
Nur, 18, berkata dia hanya mengambil kertas Bahasa Inggeris dalam peperiksaan kali ini bagi memperbaiki keputusan SPM yang diambilnya tahun lalu.
“Saya mendapat gred D bagi kertas Bahasa Inggeris dan mahu memperbaiki keputusan itu kerana saya bercita-cita mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan,” katanya yang mencatat keputusan 5A, 3B dan 1D dalam SPM tahun lepas.
Anak keenam daripada lapan beradik yang berasal dari Kampung Lembah, Gaal, Pasir Puteh itu ditahan reman sejak 24 Oktober lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan bersenjata.
Nur yang pernah menolak tawaran melanjutkan pengajian peringkat diploma dalam pengurusan ladang di Universiti Teknologi Mara, berkata dia belajar sendiri sebagai persediaan menghadapi peperiksaan itu.
“Fokus saya dalam peperiksaan ini agak terganggu dan berasa tidak yakin untuk menjawab soalan peperiksaan kerana terlalu memikirkan keadaan sekarang,” katanya.
Gadis ini bagaimanapun tidak patah semangat dan berharap dapat merealisasikan cita-citanya untuk menjadi doktor pakar mata dan telinga.
Abang dan kakak saya juga doktor, dan mereka menjadi penyuntik semangat, katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Kelantan Wan Sani Abd Latiff berkata calon tersebut mempunyai semangat yang tinggi sekalipun berada di penjara serta tekun melakukan ulang kaji sebelum peperiksaannya hari ini.
“Selama dia berada di sini dia tidak membuat masalah, kita bantu dia dari segi penyediaan bahan bacaan untuk dia menghadapi peperiksaan hari ini,” katanya.
Menurutnya pihak penjara juga mengasingkan calon yang bakal menduduki peperiksaan bagi memastikan mereka boleh memberi tumpuan kepada ulang kaji pelajaran, menurut sumber Bernama.
“Keseluruhannya terdapat 20 calon yang mengambil peperiksaan pada tahun ini iaitu Penilaian Menengah Rendah dan SPM namun 19 daripadanya telah dipindahkan ke Sekolah Integriti di Bentong bagi banduan wanita dan Sekolah Integriti Marang, Terengganu bagi banduan lelaki,” katanya.
Gempar!! MB Pahang Alami Masalah Kesihatan Yang Agak Membimbangkan? Gagal Hadir Majlis Rasmi.. Jom Terjah!!
KUANTAN- Rata-rata
orang ramai yang ditemui di bandar ini kini tertanya-tanya ke mana
hilangnya kelibat Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob.
Ramai yang hairan, masuk hari ini sudah empat hari berita dan kemunculan
Adnan di khalayak ramai "dirahsiakan".
Persoalannya
yang timbul, mana perginya Adnan?. Terdapat laporan mengatakan MB
Pahang itu kini menerima rawatan pakar di Hospital Prince Courts di
Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Malah
difahamkan, Adnan gagal memasuki Stadium Shah Alm untuk menyaksikan
perlawanan akhir bolasepan Piala Malaysia antara Pahang dengan Kelantan
baru-baru ini, gara-gara kesakitan yang beliau alami.
Tambah
menguatkan lagi info ini ialah Adnan juga tidak hadir semasa majlis
penyampaian hadiah ketika Pahang muncul sebagai Juaara Piala Malaysia
selepas 21 tahun, sedangkan beliau mengharungi perjalanan bersama
penyokong Pahang dari Plaza Tol Bentong ke Shah Alam pada hari
tersebut.
Malah,
ketika sambutan Maal Hijrah baru-baru ini juga kelibat Adnan tidak
kelihatan. Terdapat juga dakwaan, satu solat hajat bagi mendoakan
kesihatan Adnan juga telah diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah
I, dekat sini malam tadi.
Semua
ini menguatkan lagi hujjah bahawa MB Pahang itu mengalami masalah
kesihatan yang agak serius sebenarnya. Apapun, krew-krew Pahang Daily
Online (PDO) mendoakan agar Adnan cepat sembuh dan dapat kembali
berkhidmat kepada rakyat seperti biasa hendaknya.
Gempar!! Didakwa Merogol, Juara Mentor Musim 4, Mohd Hilang Pendapatan, Akan Bersihkan Namanya.. Jom Terjah!!
PETALING JAYA: Juara Mentor musim
keempat iaitu Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran
pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita
atas tuduhan rogol.
Salah seorang ahli
keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama
sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana
Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu
peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu.
“Selepas pihak polis
selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu
malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan.
“Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini malam Selasa.
Akhbar sebelum ini
melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman
selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun
tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun
Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Akhbar turut melaporkan
mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira
pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di
Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.
Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya.
Tambahnya, lebih
menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd perogol selepas berita
mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar serta laman-laman
portal Internet.
“Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku,” jelasnya.
Dalam perkembangan
berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis beberapa hari selepas
siasatan selesai berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi
membersihkan namanya.
Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai.
“Ini adalah kenyataan
saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar semua pihak yang selama
ini memandang serong kepadanya memahami masalah beliau.
“Beliau berjanji, satu
sidang media akan dibuat tidak lama lagi selepas segala-galanya
selesai,” jelasnya sambil memaklumkan tidak lagi berhasrat memberi
mana-mana lagi kenyataan selepas artikel ini disiarkan.
Dalam pertandingan Mentor 4 terbitan TV3 pada tahun 2010, Mohd menerima wang tunai sebanyak RM100,000 selepas menjuarai pertandingan itu.
- AG bertanggungjawab kes kehilangan Batu Puteh?
- EKSKLUSIF
Pada tahun 2008, Almarhum Sultan Mahmud Iskandar bertitah kepada Dewan
Undangan Negeri Johor: "Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada
Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik
Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula
pulau milik Johor itu."
Lima tahun kemudian, seorang bekas pegawai tinggi polis menerajui usaha supaya kerajaan mengheret mereka yang didakwa bertanggungjawab atas kehilangan pulau itu.
Individu berkenaan adalah bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim - seorang bekas pegawai polis yang kerjayanya berjalinan dengan politik selepas ditugaskan menyiasat kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada tahun 1998.
Sejak bersara, Mat Zain telah memulakan misi peribadinya untuk menghantar surat terbuka kepada pihak berkuasa atasan, menggesa mereka mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai kerajaan yang didakwa rasuah yang terlibat dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar.
Dan beliau melangkah setapak lagi, kali ini mengenai kes Batu Puteh - atau Pedra Branca menurut Putrajaya - dengan membuat satu akuan bersumpah (SD) mengenai maklumat baru yang diterimanya mengenai perkara itu.
Malaysiakini melihat SD tersebut dan telah dimaklumkan oleh Mat Zain bahawa salinannya telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Gesa tubuh RCI
Dalam SD itu, Mat Zain menyatakan bahawa tujuan beliau menuliskan dokumen itu adalah untuk meyakinkan Putrajaya supaya menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai kehilangan Batu Puteh kepada Singapura.
Pertikaian ke atas Batu Puteh bermula pada tahun 1980. Akhirnya, Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang berpusat di The Hague, Belanda.
Pada bulan Mei 2008, mahkamah tersebut yang membariskan 16 hakim terkemuka, telah membuat keputusan yang berpihak kepada Singapura.
Bagi menyokong gesaannya supaya RCI itu diwujudkan, SD Mat Zain itu mengandungi butiran perjumpaan makan malamnya pada 10 Ogos dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kiri) dan bekas Pengarah Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff.
Antara isu-isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan itu ialah mengenai insiden mata lebam Anwar serta Batu Puteh, demikian menurut SD Mat Zain itu.
SD itu menyatakan bahawa Shafee telah memaklumkan kepada Mat Zain mengenai rasa tidak berpuas hati Mahathir terhadap Gani (kanan), yang mengetuai pasukan peguam Malaysia di ICJ, kerana didakwa menyembunyikan beberapa fakta penting.
Kembali kepada tahun 2008, Mahathir telah menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu, dengan berkata Singapura menghantar ketua hakim dan seorang peguam yang pernah bekerja dengan Bangsa-Bangsa Bersatu, sedangkan Malaysia hanya menghantar peguam negeranya yang tidak begitu terkenal.
Mat Zain berkata delegasi Malaysia ke ICJ yang diketuai oleh Gani, telah dikemukakan, sebagai bukti, satu gambar kontroversi yang telah diambil dari satu blog tanpa nama.
Gambar ini (kiri) menggambarkan Batu Puteh yang berdekatan dengan Johor, tetapi satu lagi gambar lain yang dikemukakan oleh delegasi Singapura, mempertikaikan kesahihan gambar itu.
Mat Zain menyifatkan langkah mengemukakan gambar "palsu" itu sebagai satu bentuk penipuan yang teruk menjejaskan kes di Malaysia.
Remaja Nekad Report Polis Selepas Enam Kali Terlanjur
Remaja Nekad Report Polis Selepas Enam Kali Terlanjur | REMBAU – Gara-gara percaya dengan lelaki yang baru dikenalinya, seorang pelajar tingkatan lima sanggup melakukan hubungan seks sebanyak enam kali dengan lelaki berkenaan.Pelajar berkenaan walau bagaimanapun nekad membuat laporan polis dan mahu lelaki berkenaan bertanggungjawab ke atas dirinya.Sumber berkata, difahamkan pelajar berkenaan melakukan hubungan kelamin dengan suspek buat pertama kali pada penghujung April lalu kira-kira jam 2.30 petang di salah sebuah rumah di kawasan taman perumahan berhampiran sebuah pasar raya di daerah ini.Menurutnya, pada kejadian kali pertama berkenaan, mangsa baru sahaja mengenali suspek telah dibawa ke rumah berkenaan dan dipaksa melakukan hubungan seks.“Suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks sekiranya mangsa sayang kepadanya.“Kali terakhir suspek melakukan perbuatan berkenaan adalah sekitar Jun lalu. Mangsa akhirnya membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu (kelmarin),” katanya, semalam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.“Kita kini giat mengesan suspek yang dipercayai berusia belasan tahun dan masih lagi tidak mempunyai pekerjaan,” katanya. -Sh
Pengakuan Isteri Pernah Terlanjur dengan lelaki lain
Pengakuan Isteri Pernah Terlanjur dengan lelaki lain:-Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri tersayang menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan sudah terlanjur dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini.Hubungan sulit wanita 30-an itu bermula pertengahan 2010 diketahui suaminya kelmarin melalui facebook isterinya itu sebelum cuba bertanya keadaan sebenar hingga mereka bertengkar.Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu terkejut mendengar pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain.Suami berkenaan kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Damansara selepas tidak tahan dengan perangai isteri terbabit.“Suami terbabit tidak menyangka isterinya sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki lain lebih 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki itu lebih daripada dirinya.“Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki ‘gelapnya’ itu walaupun banyak rintangan dihadapi,” katanya di sini.Selepas mendengar pengakuan isterinya, suaminya membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu.
Kisah Aiza yang Terlanjur dengan Anak Dato
Kisah Aiza yang Terlanjur dengan Anak Dato:-"Hidup saya mula menjurus ke arah perbuatan seks bebas bermula sejak usia 17 tahun selepas berkenalan dengan Saiful yang ketika itu berusia 18 tahun dari Alor Setar, Kedah.Ketika itu saya bukan saja bangga menjadi teman wanita kepadanya disebabkan dia dikenali ramai di tempatnya tetapi Saiful yang selalu memberi wang dan membelikan pakaian berjenama menyebabkan saya mula gelap mata dan rela mengorbankan dara kepadanya.Saya masih ingat semasa kami menyambut satu perayaan dan selepas melihat persembahan bunga api, Saiful mengadu tidak boleh memandu kereta kerana mengantuk dan memujuk saya supaya menginap di sebuah hotel tiga bintang.Saya masih mentah ketika itu hanya menurut saja katanya, malah dia berkata akan menyewa dua bilik berasingan tetapi apabila tiba di hotel, dia Beritahu semua bilik sudah penuh dan hanya ada satu bilik saja.Pada malam itu jugalah mahkota diri saya diragut Saiful, malah kami beberapa kali terlanjur.Bermula hari itu, kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu, malah pernah beberapa kali melakukan seks dalam kereta berhampiran sebuah stadium di Alor Setar.Saiful anak orang kaya kerana bapanya seorang ahli perniagaan terkenal. Setiap hari Sabtu, kami akan bertemu dan setiap kali kami berjumpa sekurang-kurang RM200 pasti masuk kocek.Jumlah itu bagi saya yang hanya seorang pelajar tingkatan lima adalah cukup besar dan sebab itu saya tidak kisah untuk membiarkan dia meratah tubuh saya.Setahun selepas berkenalan dengan Saiful, hubungan kami putus selepas dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta apabila dipaksa bapanya.Saya yang seperti ketagih hubungan seks kemudiannya bertaut kasih pula kepada seorang pemain muzik berkumpulan yang terkenal, Azlan.Hubungan saya dan Azlan hanya sekadar untuk melempiaskan keinginan seks masing-masing dan bukan kerana cinta.Azlan juga seorang yang agak kaya, kacak dan digilai ramai gadis ketika itu membuatkan saya bangga diusung ke sana ke mari ketika dia melakukan persembahan jelajah negeri.Saya berpisah dengan Azlan dua tahun kemudian dan selepas itu saya mula memburu lelaki kaya dan hidung belang tanpa mengira usia, namun tidak bagi lelaki biasa dan tidak berduit.Ibu dan ayah tidak pernah bertegas dengan saya dan mereka hanya memberi teguran dan nasihat supaya meninggalkan kehidupan penuh dosa itu.Pada usia remaja, saya tidak perlu bekerja seperti rakan yang lain, telefon saja lelaki yang saya kenal, mereka akan memberi saya wang dengan hanya perlu melayan nafsu dan tuntutan batin mereka saja.Pada suatu hari, saya mendapat panggilan telefon daripada beberapa rakan yang mendakwa video seks mirip wajah saya tersebar di internet.Saya tidak tahu siapa yang menyebarkannya kerana saya sudah tidur dengan beberapa lelaki dan akhirnya saya mengambil keputusan menetap bersama kakak sulung saya yang tinggal bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur.Ibarat lari dari mulut buaya, masuk ke mulut naga, saya sedari sikap kakak dengan saya sama saja. Sebut sahaja nama kelab malam, semuanya kami tahu dan kakak yang bekerja di sebuah butik pakaian juga memperkenalkan rakannya kepada saya, malah ramai juga yang sudah 'cuba' saya.Dua bulan kemudian, saya bekerja di sebuah butik kecantikan sebagai mengisi masa lapang pada waktu siang. Dengan wang gaji, saya membeli sebuah kereta supaya nampak mewah bagi mengaburi mata lelaki.Jika lelaki itu kaya, tinggi jugalah habuan yang akan saya dapat asalkan melayan mereka sebaiknya.Kadang kala, terbit juga penyesalan di hati saya mengenai tahap pendidikan, pekerjaan dan seluruh kehidupan saya.Ada rakan yang saya jumpa sudah bertudung dan mengenal tikar sembahyang sedangkan saya, membaca surah al-Fatihah pun sudah lupa.Kakak kedua saya sering menghubungi saya dan kakak dengan menasihatkan kami supaya pulang ke pangkal jalan tetapi semua itu saya balas dengan gelak tawa.Kini, saya tidak pasti berapa lama lagi kami adik-beradik akan terus berada dalam keadaan tersesat begini, adakah Tuhan akan mengampunkan dosa kami yang sudah jauh tersesat ini."Sumber :MyMetro
Kisah Terlanjur Wati 20 Tahun :Kisah Benar
Kisah Terlanjur Wati 20 Tahun :Kisah Benar:-BAGI mahasiswa yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 20, sifat ingin mencuba yang meluap-luap dalam dirinya dan teman lelaki membuatkan dia tewas kepada hasutan syaitan.Daripada sekadar suka-suka, dia menjadi ketagih. Semuanya berlaku seperti kilat dan tanpa dirancang. Episod hitam hidup Wati bermula ketika umat Islam menyambut Aidilfitri tahun lalu.“Saya tak menjangka perkara sebegini boleh berlaku kepada diri sendiri sebab selama ini saya hanya membaca kisah remaja terlanjur di akhbar dan majalah.“Namun, apabila kena pada diri sendiri, baru saya tahu bagaimana perasaannya dan keperitan yang perlu ditanggung wanita terlanjur,” katanya yang terpaksa menangguhkan pengajian satu semester di sebuah IPTA di Melaka.Menceritakan pengalaman kali pertama terlanjur, Wati berkata, ketika kejadian dia menunggu kekasihnya yang dikenali sebagai Kamal, 21, bersiap untuk beraya di ruang tamu rumah lelaki berkenaan.Benarlah seperti dinyatakan dalam al-Quran, apabila berdua-duaan, wujudlah pihak ketiga iaitu syaitan.Ketiadaan ahli keluarga Kamal seolah-olah membuka ruang kepada mereka melakukan zina. Meskipun pada awalnya dia takut, namun akhirnya mereka tewas dengan gelora nafsu.“Selepas melampiaskan nafsu, tiba-tiba wujud rasa bersalah dan berdosa terhadap ibu bapa. Pulang ke rumah, saya hanya mendiamkan diri. Pun begitu, masih belum timbul keinsafan apabila kami melakukan perbuatan itu untuk kali kedua seminggu selepas itu di rumah keluarga teman lelaki.“Selepas perbuatan kali kedua itulah, saya mengandung. Itu pun hanya disedari selepas kandungan mencecah usia tiga bulan kerana saya tidak mengalami alahan atau komplikasi seperti wanita mengandung lain,” katanya.Semakin hari kandungan Wati makin membesar dan tidak mampu disorok lagi. Dia mengalami kemurungan dan mahu menggugurkan kandungan itu, namun dihalang teman lelakinya yang mahu bertanggungjawab ke atas bayi itu.“Menyedari kesilapan dan keterlanjuran dilakukan, saya kemudian menyuarakan hasrat mahu bernikah segera kepada ibu. Sebelum mengikuti kursus perkahwinan, ibu panggil saya lalu bertanya mengapa mahu bernikah secara tiba-tiba.“Saya menceritakan apa berlaku dan mengaku hamil lima bulan. Ibu sedih lalu menangis dan kecewa kerana keluarga kami bukan daripada golongan bermasalah.“Saya dibesarkan penuh kasih sayang dan menerima pendidikan agama yang cukup, apatah lagi saya selalu mengingatkan rakan supaya menjauhi perkara yang dilarang agama,” katanya.Tanpa membuang masa, si ibu memberitahu ayah dan anak sulung mereka. Meskipun kecewa dan marah, mereka masih menerima Wati sebagai ahli keluarga.“Saya bersyukur kepada Allah kerana sedar lebih awal dan tidak mengulanginya semula. Lebih bersyukur apabila teman lelaki mahu bertanggungjawab dan mengahwini saya selepas tamat belajar kelak,” katanya yang melahirkan bayi perempuan pada bulan lalu.Sumber : Harian Metro Online
Budak SPM terlanjur Kerana Cinta
Ketika remaja sebayanya sedang bersengkang mata mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini, berlainan pula dengan Maisara (bukan nama sebenar), 17.Gadis manja yang merupakan anak tunggal itu, kini terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin.Walaupun terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta, tetapi demi menutup aib keluarga, Maisara sanggup menghadapinya.Dia berharap, anak yang dikandungnya nanti akan diserahkan kepada keluarga angkat yang mampu menjaga dan mendidiknya dengan baik.Mengimbas kembali detik dia terlanjur, dia mengakui darah muda yang sentiasa ingin mencuba selain termakan dengan rayuan lelaki, adalah punca dia sarat mengandung anak luar nikah.“Hubungan saya dan Hanif (bukan nama sebenar), 19, memang rapat kerana kami tinggal sekampung dan sering menghabiskan masa bersama-sama. Kami telah mengambil keputusan menjalinkan hubungan secara serius apabila saling menyukai antara satu sama lain.“Selalunya, saya dan Hanif bersama rakan-rakan lain akan menghabiskan masa pada waktu malam dengan melepak secara beramai-ramai sambil melayan Internet di kafe yang berdekatan dengan rumah,” katanya.Tambahnya, walaupun ibunya sering menasihati supaya tidak terlalu bebas berkawan, tetapi ia ibarat mencurah air di daun keladi.“Kalau ibu marah, saya tidak ambil kisah apa yang ibu nasihat. Malah akan buat tidak tahu sahaja,” katanya.Katanya, satu malam dia terlanjur bersama hanif ketika keluarga Hanif tiada di rumah kerana bercuti.“Seperti kebiasaan, apabila habis melepak kami akan pulang bersama-sama. Jalan untuk pulang ke rumah memerlukan saya melalui kawasan rumah Hanif.“Apabila sampai di kawasan rumahnya, dia telah menahan saya supaya tidak terus pulang, sebaliknya mempelawa saya untuk singgah dahulu ke rumahnya,” katanya.Tambahnya, tanpa berfikir panjang, dia telah menerima ajakan Hanif kerana ketika itu Hanif hanya berseorangan.“Semuanya berlaku dengan sepantas kilat. Saya telah terlanjur kerana terbuai dengan pujuk rayunya selain tidak kuat untuk melawan kehendak nafsu ketika itu.“Ibarat setelah mendapat madu, sepah dibuang, Hanif mengambil keputusan untuk berpisah dengan saya pada malam itu juga setelah dia berjaya memuaskan nafsunya,’ katanya.Akuinya, dia tidak menyangka keterlanjurannya pertama kali telah menyebabkan dia mengandung.“Mula-mula saya tidak risau apabila lambat datang bulan kerana biasa ada masalah haid yang datang tidak tetap.“Namun apabila memasuki tiga bulan saya masih belum datang bulan, saya mengesyaki sesuatu berlaku dan telah membuat sendiri ujian kehamilan dan mendapati saya positif,” katanya.Ujarnya, apabila menyedari dirinya berbadan dua, pelbagai cara dilakukan untuk menggugurkan bayi dalam kandungan.“Saya makan pil untuk gugur kandungan tersebut. Dalam pada itu, juga bertanya kepada kawan-kawan yang pernah melalui situasi yang sama.“Dalam tempoh tersebut juga, saya tidak berani untuk memberitahu ibu mengenai perkara yang sebenar. Sehinggalah saya telah memohon bantuan guru kaunseling untuk memaklumkan kepada ibu,” katanya.Ujarnya, walaupun sedih kerana membuat ibunya menangis tetapi perkara tersebut telah berlaku dan tidak boleh diundur lagi.“Ibu telah mengambil keputusan menghantar saya ke Pusat Kebahagiaan Wanita Remaja (Kewaja) demi menutup aib daripada pengetahuan keluarga.“Sehingga kini, ibu cuba menyembunyikan keadaan saya dari pengetahuan ayah tiri,” katanya.Beliau akui, setelah selamat melahirkan bayinya nanti, dia akan meneruskan kembali pelajaran yang tertangguh selain berusaha menjadi anak yang baik. – Utusan
Pelajar Gian Sex Kerana Video 3gp
Tanpa rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar pada tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas daripada teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.
Pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap keluar secara sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing dan menemui teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan motosikal sebelum dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung Gerong di Jertih.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata apabila sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks dengannya.
Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar pulang pada pagi keesokan harinya.
Kamaruddin berkata, berasa syak dengan kepulangan anak gadisnya pada pagi berkenaan, bapa mangsa yang berusia 39 tahun menyoal siasat anaknya sebelum pelajar itu mengaku mencuri keluar untuk bertemu teman lelakinya tanpa pengetahuan keluarga.
Marah dengan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada pagi hari sama, sementara mangsa dihantar menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Besut selepas itu.
Kamaruddin berkata, laporan kesihatan kemudian mengesahkan mangsa dirogol dan berikutan itu polis sedang memburu seorang lelaki dikenali sebagai Arif untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Suspek dipercayai menghilangkan dirinya selepas kejadian itu
Sebar Video Lucah Kerana Bergaduh dengan Kekasihnya
<a href='http://ads.planet49.com/www/delivery/ck.php?n=a3a9c6c3' target='_blank'><img src='http://ads.planet49.com/www/delivery/avw.php?zoneid=1685&amp;n=a3a9c6c3&amp;ct0=INSERT_CLICKURL_HERE' border='0' alt='' /></a>
Sebar Video Lucah Kerana Bergaduh dengan Kekasihnya:-Lagi Seks Remaja,Tapi Ni Lagi Canggih....Bagi Remaja Pompuan Tu Jangan Sedih Sekolah Harapan Disediakan Untuk AndaSeorang remaja lelaki di Melaka mengedarkan video klip yang memaparkan dirinya mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, seorang remaja bawah umur kepada beberapa individu di sebuah kampung di Kampung Pengkalan di Alor Gajah lapor Daily Chili.Menurut sumber, budak lelaki itu, berusia 16, bertindak mengedarkan klip berikut selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang berusia 14 tahun.Antara individu yang menerima klip tersebut melalui perkhidmatan multimedia (MMS) termasuklah jiran keluarga teman wanitanya dan pemimpin masyarakat di kampung tersebut."Apabila saya melihat klip tersebut, saya memutuskan untuk memberitahu ibu bapa remaja perempuan itu. Saya rasa remaja lelaki itu mengedarkan klip itu dengan sengaja kerana marah terhadap teman wanitanya," kata seorang penduduk yang merupakan kenalan kepada ibu bapa remaja perempuan terbabit.Klip video itu didakwa dirakam ketika pasangan itu mengadakan hubungan hubungan seks di sebuah hotel bajet di Melaka beberapa bulan lepas.Difahamkan ibu remaja perempuan berusia 39 tahun menerima klip tersebut pada pukul 8:00 malam pada hari Selasa dan terkejut melihat anaknya yang melakukan hubungan intim dengan teman lelakinya.Remaja perempuan itu mengaku mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel. Susulan itu, ibu remaja terbabit telah membuat laporan polis pada hari yang sama
Pelajar Akui Sudah Banyak Kali Terlanjur
Gambar hiasan
Pelajar Akui Sudah Banyak Kali Terlanjur:-KULIM - Polis menahan tiga pelajar lelaki dan seorang perempuan, berusia di antara 16 hingga 17 di dalam pondok rehat di Taman Tasek Kulim kira-kira jam 3 pagi semalam.
Ketika ditahan ke semua terlibat berada dalam keadaan gelap manakala pelajar perempuan berkenan dilihat sedang baring di paha teman lelakinya.
Menurut pelajar perempuan terlibat, dia bersekolah di Selama Perak dan datang bersama tiga rakan lain ke Kulim untuk bersiar-siar.
Dari siasatan dijalankan, pelajar perempuan itu mengaku pernah terlanjur bersama kekasihnya itu beberapa kali.
“Ibu saya sudah tahu perkara itu kerana sebelum ini kami pernah ditangkapnya.
"Kami juga merancang untuk berkahwin sebaik sahaja tamat persekolahan nanti. Bagaimanapun teman lelaki saya harus mencari pekerjaan terlebih dahulu.
Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Kulim sebelum
diserahkan kepada PADK.
Kesemua suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum diserahkan kepada Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut.
Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 9 (1) (2) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.
Sementara itu, Ketua Bahagian Penguatkuasa PADK, Azmi Rejab berkata, dari kenyataan diambil keluarga pelajar perempuan mendapati dia sering keluar bersama teman-teman dan enggan mendengar nasihat keluarga.
“Saya berpendapat sekiranya ada dalam kalangan remaja perempuan bawah umur terutama pelajar sekolah terlibat dalam perhubungan sosial sehingga menjejaskan maruah mereka, saya cadangkan supaya mereka dinikahkan dari terus melakukan zina.
"Ibu bapa boleh membuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk menikahkan anak perempuan mereka. Dengan cara ini saja mereka berada di laluan yang betul dan belajar erti tanggungjawab,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan