Sabtu, 9 November 2013

ALLAH MELIHAT TANPA CCTV.....DIAKHIRAT PERSALAH2 TAK KAN BOLEH LARI

Lebih separuh bilik soal siasat PDRM tiada CCTV

Harakahdaily, 09 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Peruntukan yang diberikan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di lokap-lokap dan bilik-bilik soal siasat tidak digunakan sepenuhnya dan diambil lewa oleh PDRM sungguhpun termaktub dalam Kaedah-Kaedah Lokap, 1953 (Legislation Number 328 Tahun 1953).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata, ini menjadi salah satu punca kes kematian dalam tahanan kerap berlaku di negara ini.

Katanya, menurut jawapan lisan Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 7 November, daripada sejumlah 730 buah lokap dan sebanyak 389 belum dipasang CCTV.

Bagi bilik soal siasat (BSS) pula, daripada sejumlah 107, sebanyak 57 bilik tidak dilengkapi dengan CCTV.

Katanya lagi, merujuk kepada kes Cheah Chin Lee, 36,  yang dijumpai mati ketika berada dalam lokap Tanjong Tokong pada 13 Ogos 2012, laporan bedah siasat yang mendapati mangsa “menggantung diri sendiri” amat mencurigakan.

Alasan-alasan lain yang digunakan oleh PDRM sekiranya terdapat kematian dalam tahanan ialah mangsa mengalami masalah kesihatan. Mendiang dijumpai mati selepas lima jam ditahan di dalam lokap.

“Di dalam kes ini, terdapat rakaman CCTV tetapi tidak ada rakaman audio menyebabkan kesukaran kepada mahkamah untuk mengenalpasti kejadian tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, punca satu-satu kematian dalam tahanan kemungkinan boleh dimanupilasi pihak polis kerana tiada rekod keluar-masuk anggota polis ke dalam lokap mahupun bilik siasatan di samping tidak mempunyai CCTV yang merakam anggota-anggota yang bertugas pada ketika kejadian.

Tambahnya, di dalam Bajet 2014 yang diumumkan baru-baru ini, terdapat RM128 juta diperuntukkan bagi memperkasakan perkhidmatan dan penaiktarafan PDRM manakala 496 bilangan CCTV di 25 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan sebanyak RM20 juta.

Perlu diingatkan, ujarnya  bahawa kejadian jenayah bukan sahaja berlaku di tempat awam tetapi juga di dalam premis PDRM.

Menurutnya, pemasangan CCTV di lokap sebenarnya telah bermula sejak tahun 2002 lagi dan pemasangan CCTV bagi bilik soal siasat bermula sejak tahun 2011, namun ianya tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Beliau berkata, selepas hampir 12 tahun, hanya 341 lokap sahaja yang dilengkapi dengan CCTV manakala 57 di bilik soal siasat iaitu lebih 53 peratus daripada jumlah lokap dan BSS di seluruh negara.

“Justeru, saya mengharapkan agar peruntukan yang diumumkan perlu mengambil berat tentang aspek keselamatan tahanan-tahanan di dalam lokap dan juga di dalam bilik soal siasat agar kes-kes seperti Cheah tidak berulang lagi,” kata Hee lagi.

Kembalikan martabat dan aura Pemuda - Zulhazmi

Muhammad Faizal, 09 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda, Zulhazmi Sharif berjanji akan mengembalikan martabat dan aura Pemuda sepertimana gerakan Pemuda suatu ketika dahulu yang menjuarai isu-isu rakyat bersama rakyat.

Katanya, Pemuda sewaktu dipimpin oleh Datuk Ustaz Abu Bakar chik, Mohamad Sabu, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub sentiasa berdepan dengan isu-isu yang membabitkan rakyat serta peka dengan apa yang dihadapi oleh rakyat.

Zulhazmi dengan melalui agenda 'Merakyat Pemuda, Memudakan Rakyat' yakin dengan pendekatan yang akan dibawakan nanti, keseluruhan pemuda yang berada di luar akan berasa lebih yakin untuk mendekati PAS.

"Saya bertekad akan mengembalikan martabat dan aura Pemuda kepada satu tahap yang kita akan banggakan.

"Kita lihat sewaktu Pemuda ini dipimpin oleh pemimpin sebelum ini, Pemuda telah memdahului dan mendepani isu-isu rakyat serta sentiasa bersama rakyat sehinggakan kita disegani oleh segenap lapisan masyarakat.

"Saya yakin dengan pendekatan yang akan dibawa iaitu merakyatkan pemuda memudahkan rakyat, kita akan diterima kembali oleh seluruh rakyat dan keyakinan mereka bersama kita semula termasuk rakay kita dalam Pakatan Rakyat," jelasnya.

Jelasnya lagi, Pemuda akan bekerjasama rapat dengan kepimpinan tertinggi parti termasuk gerakan rakyat seperti Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak berparti untuk kepentingan rakyat keseluruhan bukan sekadar kepentingan politik.

"Pemuda mesti bersama rakyat merasai keperitan hidup rakyat dan menjadi pemangkin kehendak seluruh peringkat rakyat terutama golongan muda dari semua sudut sosial, ekonomi, agama dan politik.

"Kebersamaan Pemuda dalam setiap gerakan massa bukan sekadar diungkap tetapi perlu diterjemah dalam tindakan. Pemuda itu rakyat," sambung beliau.

Menurutnya lagi, rakyat perlu diterap dengan budaya kritis dan berhujah untuk mencari serta mencari yang terbaik.

"Dengan tekad membudayakan keterbukaan pemikiran berlandaskan Islam. Membudayakan informasi dan maklumat. Rakyat tidak hanya mengikut tanpa informasi dan maklumat.

"Rakyat perlu berinformasi, bermaklumat dalam memilih dan melakukan sesuatu. Mengurus pelbagai pandangan dan pendapat melalui keterbukaan hujah dan ilmu bagi memperolehi keputusan terbaik untuk Pemuda dan Malaysia," kata beliau.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, tiga pencalonan disahkan iaitu Suhaizan Kaiat, Kamarulzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif. Ia ekoran ketua pemuda sekarang, Ustaz Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu.

Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin. Ia dikosongkan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar yang bertanding timbalan ketua.

Seramai 26 orang akan bertanding untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda.

JK Pemilih alu-alukan debat terbuka antara calon

Anis Nazri, 09 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi mengingatkan semua calon untuk berkempen secara sihat tanpa menyerang mana-mana calon lain.

Tegas beliau, mana-mana calon yang dilihat berkempen dengan menjatuhkan calon lain akan dirujuk ke Lembaga Disiplin parti untuk tindakan susulan.

"Calon, ahli dan penyokong boleh berkempen, tetapi kempen yang sihat, tapi kita tidak akan berkompromi jika terdapat mana-mana majlis yang dianjurkan bertujuan mempromosi diri, dan dalam masa sama menjatuhkan calon lain, termasuk melalui media sosial, tegas beliau pada sidang media di Pusat Media PAS, di Jalan Raja Laut, pagi tadi.

Tambah beliau, sekiranya pihak jawatankuasa menerima aduan berkaitan perkara tersebut, calon berkaitan boleh dirujuk ke Lembaga Disiplin parti dan seterusnya boleh digugurkan kelayakan untuk bertanding jika disabitkan kesalahan.

Malah, Asmuni berkata jika calon yang didapati melanggar tatacara pemilihan itu memenangi jawatan yang ditandinginya, kemenangan tersebut boleh digugurkan.

Justeru, Asmuni turut mengingatkan badan perhubungan negeri-negeri, lajnah-lajnah parti untuk tidak menyalahgunakan majlis rasmi mereka untuk mempromosikan calon-calon.

"Ini sudah berlaku, dengan aduan yang diperolehi. Kita sudah mengeluarkan garis panduan, kaedah 6 tatacara pemilihan bagi PAS yang sudah diluluskan baru-baru ini," kata beliau.

Debat terbuka antara calon

Dalam pada itu, Asmuni turut mengalu-alukan sebarang penganjuran debat secara bersemuka di antara calon-calon yang bertanding bagi menggalakan kempen secara sihat.

Menurutnya, dengan debat bersemuka itu kedua-dua belah pihak dapat menjelaskan pandangan, pendirian serta visi mereka dalam usaha memenangi hati perwakilan.

Ia juga, katanya akan memperlihatkan kematangan dalam memilih pemimpin berbanding Barisan Nasional.

"Ia memberi ruang kepada kedua-dua calon untuk berkempen secara bersemuka untuk penilaian perwakilan. Tidaklah seorang bercakap di sana, dan seorang lagi bercakap di sebelah sini," kata beliau.

Asmuni turut percaya terdapat calon-calon yang bertanding pada pemilihan kali ini akan menganjurkan debat secara bersemuka.

Calon top 5 boleh lantik wakil calon

Dalam pada itu, Asmuni turut memaklumkan kepada semua calon jawatan tertinggi, bermula dari presiden sehingga naib ketua setiap dewan-dewan untuk memilih wakil mereka ketika proses pengundian dan pengiraan undi.

"Kita benarkan untuk jawatan top 5, dari presiden hingga naib presiden, ketua-ketua dewan hingga naib untuk menghantar wakil mereka ketika pengundian dan pengiraan undi. Jika dalam pilihan raya, ia macam 'polling agent' dan 'counting agent'. Itu jika mereka mahu," kata beliau.

Tambahnya, calon yang berhasrat untuk berbuat demikian perlu menghantar nama wakil mereka satu hari sebelum hari pengundian, yang akan dijalankan pada 22 Nov, jam 3.30 petang.
Pemilihan PAS: 'Hentikan majlis hentam calon'

Jawatankuasa Pemilihan PAS memberi amaran kepada semua pihak yang terlibat dengan pemilihan termasuk lajnah di peringkat negeri supaya menghentikan penganjuran majlis yang diadakan dan kemudiannya bertukar untuk menjatuhkan calon yang bertanding.

NONEPengerusi jawatankuasa itu, Asmuni Awi berkata pihaknya telah mendapat aduan dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon, dan pada masa yang sama menjatuhkan calon yang lain".

"Kita tidak akan berkompromi kalau ada penganjuran majlis tertentu yang dibuat untuk mempromosi diri, dan pada yang sama untuk menjatuhkan orang lain.

"Bagi badan perhubungan negeri dan lajnah-lajnah negeri, jangan menggunakan majlis rasmi dan ditukar untuk mempromosi seorang calon dan menjatuhkan calon lain.  Ini sudah berlaku, saya terima aduan, dan saya beri peringatan supaya  tidak mengulanginya. Perbuatan ini amat dikesalkan.

"Kita telah mengeluarkan garis panduan, berdasarkan kaedah 6 tatacara pemilihan baru-baru ini. Saya berharap semua calon, ahli, penyokong dan lajnah negeri, atas nama apa sekalipun supaya mematuhi aturan ini," katanya dalam sidang media pagi ini.

NONEAsmuni berkata pihaknya sedang meneliti pihak penganjur majlis yang terbabit berhubung aduan yang diterimanya.

Beliau yang juga seorang peguam berkata sekiranya terdapat pihak yang tersinggung dengan dakwaan kepadanya, maka dia boleh membuat aduan kepada jawatankuasa PAS Pusat atau jawatankuasa displin parti.

Katanya, antara risiko tindakan displin yang bakal diterima sekiranya didapati melakukan kesalahan adalah kemungkinan kemenangan calon itu digugurkan selepas muktamar berakhir.
Lapor pada j'kuasa displin
"Kecuali kalau tindakan itu dilihat terlalu memburukkan parti,  maka PAS pusat ada hak untuk mengambil tindakan tanpa merujuk kepada jawatankuasa displin parti," katanya.

NONETurut hadir dalam sidang media itu, timbalannya Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat sekiranya penganjur itu mempunyai kaitan dengan calon yang bertanding dan pada yang sama program itu menyerang calon lain.

"Kalau tidak ada kaitan (dengan calon), kita tak boleh buat apa," kata Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu.

Bagaimanapun, Asmuni berkata pihaknya tidak memantau berhubung perkara itu dengan harapan kempen berjalan dengan berhemah dan aduan terus dibuat kepada jawatankuasa PAS pusat atau jawatankuasa displin parti.

NONE"Setakat ini tidak masalah dengan calon-calon, tapi biasalah, para penyokong, orang lain yang tidak bertanding yang emosi," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Asmuni turut mengesahkan calon-calon yang bertanding bagi peringkat jawatankuasa PAS Pusat dan sayap-sayap parti seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.

Katanya, berlaku pertembungan dua penjuru bagi jawatan timbalan presiden antara Mohamad Sabu dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
2 penjuru jawatan tertinggi Muslimat
Manakala, bagi jawatan naib presiden pertembungan lima penjuru antara Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

NONEAsmuni juga mengesahkan laporan media berlaku pertembungan tiga penjuru bagi jawatan ketua pemuda dan masing-masing dua penjuru bagi jawatan timbalan dan naib ketua seperti yang dilapor media.

Bagi jawatan tertinggi Dewan Muslimat, Asmuni mengesahkan jawatan ketua, timbalan dan naib masing-masing menyaksikan  pertembungan dua penjuru.

Siti Zailah Mohd Yusof akan mempertahankan jawatan ketua apabila berdepan dengan Nuridah Salleh.

Manakala Dr Siti Mariah Mahmud akan berdepan dengan Dr Najihatussalehah Ahmad bagi jawatan naib ketua, manakala Mumtaz Mat Nawi akan berdepan dengan Dr Rosni Adam.

Mengulas mengenai senarai calon itu, Asmuni berkata senarai calon itu adalah muktamad dan mereka akan disemak dengan Jabatan Insolvensi berhubung status sama ada bankrap atau tidak.

Katanya, jika terlibat nama mereka akan dibuang dan tidak layak bertanding.

BERSIH bakal diterajui kepimpinan baru

Gerakan pembaharuan pilihan raya BERSIH akan dikendalikan oleh barisan kepimpinan yang baru selepas dua tahun dilancarkan oleh para perintisnya.

NONEKetika dihubungi, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah mengesahkan satu pemilihan akan diadakan pada 30 November depan.

"Proses pencalonan di kalangan NGO dalam BERSIH sudah diadakan, dan keputusannya akan diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Maria enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai pencalonan tersebut, atau pencalonannya sendiri, kerana ia akan diumumkan pada Isnin.
K'jaan tidak fail rayuan terhadap pembebasan Ling
 
Jabatan Peguam Negara mengesahkan ia tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dalam kes penipuan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ini disahkan oleh Timbalan Peguamcara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah (kiri) dalam mesej SMS kepada Malaysiakini.
NONETerdahulu, sumber-sumber memaklumkan kepada Malaysiakini bahawa
sehingga lewat petang tadi, tiada sebarang arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut, walaupun hari ini merupakan hari terakhir tempoh 14 hari untuk berbuat demikian.

Dengan keputusan untuk tidak merayu itu, kini tinggal Datuk Chan Kong Choy - juga bekas menteri pengangkutan dan bekas timbalan presiden MCA - yang akan dibicarakan atas tuduhan menipu kerajaan dalam projek PKFZ.

Sejurus selepas mahkamah membebaskan Ling, DPP Manoj Kurup yang mengetuai pasukan pendakwaan, berkata mereka akan mengkaji penghakiman itu dan akan membuat keputusan sama ada akan memfailkan rayuan atau tidak.


1. Mahkamah bebaskan Liong Sik dari tuduhan tipu k'jaan

Tiada ulasan: