Selasa, 5 November 2013

BRUNEI SUDAH LAKSANAKAN HUDUD...BILA KITA NAK LAKSANAKAN...ADA KITA NAK JADI TALIBARUT SYAITAN...ADAKAH RAGU2 TENTANG SIFAT2 ALLAH SEPERTI MAHA MENGETAHUI SERTA MAHA ADIL JUGA MAHA BIJAKSANA

Buat maksiat dalam kebun
  • Buat maksiat dalam kebun Pondok dalam kebun kelapa sawit ini dijadikan port sepasang remaja bermadu kasih sebelum mereka ditangkap SRS Paloh Nyior, pagi semalam.
1 / 2
HULU TERENGGANU - Perbuatan sepasang remaja menjadikan sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit, di sini, sebagai port memadu kasih mengundang padah apabila kegiatan tidak bermoral mereka dihidu anggota SRS Paloh Nyior, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pasangan berusia 16 tahun terbabit dipercayai sedang melampiaskan nafsu, namun hasrat mereka terbantut apabila menyedari kehadiran anggota SRS Paloh Nyior dan polis.

Difahamkan, remaja perempuan berasal dari Kampung Telaga itu terlebih dahulu menunggang motosikal mengambil pasangannya yang tinggal di Kampung Getang sebelum kedua-dua mereka tiba di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar jam 7.30 pagi.

Setiausaha SRS Paloh Nyior, Abdul Manat Ibrahim, 63, berkata, kehadiran pasangan terbabit disedarinya setelah mendapati terdapat sebuah motosikal berhampiran pintu pagar kebun sawit itu ketika dia sedang melakukan rondaan.

“Sebagaimana kebiasaan, saya kerap lakukan rondaan sekitar kawasan kampung apatah lagi malam tadi (semalam) bertugas sebagai anggota SRS.

“Ketika melalui kebun sawit ini, saya lihat sebuah motosikal dan ia adalah motosikal sama ditemui pada minggu lepas,” katanya.

Kata Abdul Manat, dia mengesyaki sesuatu setelah mendapati pintu pagar kebun berkunci manakala pemilik kebun itu tinggal di Kemaman.

“Saya memaklumkan anggota SRS yang lain selain turut hubungi polis. Pondok terletak kira-kira 50 meter jaraknya dari pagar ini pernah jadi lokasi penagih dadah,” katanya.

Menurutnya, hasil serbuan didapati sepasang remaja dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka akui pernah ke sini sebelum ini. Dalam pondok ini turut terdapat gebar dan bantal tidak pasti sudah ada atau dibawa mereka.

“Pasangan ini dibawa ke Balai Polis Kuala Telemong sebelum dimaklumkan ibu bapa masing-masing,” katanya.

Difahamkan, remaja lelaki itu sudah tidak bersekolah manakala yang perempuan masih bersekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, kedua-dua remaja itu ditahan untuk jalani ujian air kencing, bagaimanapun hanya remaja lelaki didapati positif dadah serta masih ditahan.
Janda muda tak insaf buat maksiat
KUALA TERENGGANU - Seorang janda muda yang sebelum ini pernah dijatuhi hukuman atas kesalahan berkhalwat, dilihat seolah-olah tidak pernah insaf apabila sekali lagi dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, kelmarin, atas kesalahan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Walaupun ditangkap buat kali kedua dengan pasangan berbeza, janda berusia 25 tahun dan berasal dari Kuala Ibai, di sini, dengan wajah selamba mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan pasangannya, seorang juruteknik, 29.

Susulan pengakuan bersalah itu, dia yang bekerja sebagai promoter itu dijatuhi hukuman denda RM3,000 manakala pasangannya yang berasal dari Johor Bahru pula dikenakan denda RM2,600.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail turut memerintahkan agar kedua-dua mereka dipenjarakan lima bulan jika gagal menjelaskan denda.

Berdasarkan fakta kes, pada 10 Jun lalu, kira-kira jam 11 malam, sekumpulan anggota penguat kuasa telah membuat pemeriksaan di sebuah bilik di Hotel YT Mid Town, Jalan Tok Lam, di sini.

Selepas beberapa kali pintu bilik diketuk, seorang perempuan yang hanya memakai tuala menampakkan coli serta seluar dalam membukanya sebelum pemeriksaan lanjut menjumpai seorang lelaki berseluar dalam sedang bersembunyi di dalam bilik air.

Hasil siasatan seterusnya, pasangan berkenaan mengaku bukan suami isteri.
'Mummy' dalang pelacuran
  • 'Mummy' dalang pelacuran Sahadan menunjukkan kotak kondom yang dirampas semasa serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Perdagangan Kenanga, malam kelmarin.
1 / 1
MUAR – Lima wanita warga Vietnam antara lapan yang ditahan dalam Ops Noda anjuran anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sebuah pusat hiburan, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, serbuan jam 12.45 pagi itu hasil maklumat berkaitan kegiatan pelacuran oleh warga asing yang didalangi ‘mummy’ (ibu ayam), seorang wanita tempatan berusia 37 tahun.

Menurutnya, lima wanita warga asing itu menggunakan pas lawatan sosial untuk ke negara ini kira-kira tiga bulan lalu, tetapi diperdaya ‘mummy’ terbabit dengan dijadikan pelacur.
“Semasa serbuan, sebahagian mereka sedang leka melayan pelanggan dalam beberapa bilik khas.

“Kita turut menahan seorang lelaki yang juga pemilik pusat hiburan berkenaan yang berusia 39 tahun serta dua lagi pekerjanya berumur 20an,” katanya dalam sidang media di IPD Muar, semalam.

Sahadan berkata, pihaknya merampas satu pemain cakera padat, satu mikrofon, tiga cakera padat dan 10 kotak kecil mengandungi kondom.

Katanya, ketika pemeriksaan ke atas pemilik premis berkenaan, turut ditemui satu buku catatan pelanggan.

“Polis merampas wang tunai RM1,399 dipercayai hasil kutipan aktiviti pelacuran pada malam serbuan.

"Premis ini telah empat kali diserbu dan disaman sebelum ini, tetapi pemiliknya masih berdegil dan menjalankan kegiatan berkenaan.

“Kesemua mereka ditahan reman selama seminggu untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Imigran 2007 dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1995.

Sahadan memberitahu, lima wanita Vietnam terbabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun jika sabit kesalahan.
Janda dicekup dengan mat Bangla
  • Janda dicekup dengan mat Bangla Ibu tunggal yang dicekup dengan lelaki Bangladesh di hotel murah dekat Dungun pagi semalam dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut.
1 / 1
PAK SABAH - Hasrat seorang ibu tunggal untuk bernikah di Selatan Thailand dengan lelaki Bangladesh terbantut apabila dia terlebih dahulu ditahan bersama teman lelakinya itu ketika memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat sini, pagi semalam.

Wanita berusia 49 itu dikatakan mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya kira-kira jam 9 malam, kelmarin dan tindakan mencurigakan pasangan terbabit berjaya dihidu pihak berkuasa.

Berikutan itu sepasukan Pegawai Penguatkuasa Syariah Dungun diketuai Jasri Din melakukan serbuan ke lokasi berkenaan kira-kira jam 8 pagi, semalam.

Hasil siasatan awal, pasangan bukan muhrim itu difahamkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu dan dalam perjalanan ke Selatan Thailand bagi menyempurnakan acara akad nikah.

Bagaimanapun akibat hujan lebat, pasangan itu mengambil keputusan menginap di hotel sementara menunggu waktu siang, seterusnya mengambil bas ekspres ke Sungai Golok.

Warga Bangladesh berusia 30-an dalam keterangannya berkata, dia sudah membuat persediaan awal untuk bernikah dengan wanita berstatus janda itu termasuk mengikuti kursus perkahwinan di agensi berkaitan.

Bagaimanapun, tindakannya yang meniduri wanita bukan muhrim sebelum bernikah adalah satu kesalahan.

Pasangan terbabit dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk siasatan lanjut dan bakal berhadapan dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak berkuasa juga turut merampas pakaian milik janda yang berasal dari Jerangau itu untuk dijadikan bahan bukti semasa proses pendakwaan di mahkamah kelak.
'Rumah seks' kena serbu
  • 'Rumah seks' kena serbu Sebahagian warga asing yang ditahan di sebuah pangsapuri di Chemor dalam ‘Op 6P Bersepadu’, semalam.
1 / 2
IPOH – Sebuah rumah dijadikan tumpuan warga asing untuk melampiaskan nafsu adigempur dalam satu serbuan ‘Op 6P Bersepadu’, semalam.
Serbuan pegawai Jabatan Imigresen Negeri dan Jabatan Pendaftaran itu berjaya menahan seorang wanita warga Indonesia berusia lewat 20-an bersama enam lelaki di rumah terbabit kira-kira jam 1 pagi.

Serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat apabila kawasan terbabit menjadi tumpuan pendatang asing menyewa beramai-ramai sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk tempatan.

Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Negeri, Wan Mahmud Zuhdi Wan Hassan berkata, penghuni rumah terbabit enggan membuka ketika melakukan pemeriksaan di setiap rumah bagi mengenal pasti identiti.

“Tindakan penghuni yang enggan memberi kerjasama menyebabkan pihak Imigresen terpaksa memecahkan pintu kediaman terbabit.

“Siasatan mendapati rumah terbabit didiami seorang wanita dan enam lelaki. Keadaan mereka mencurigakan apabila mereka tidak mempunyai sebarang hubungan selain menetap beramai-ramai di rumah mempunyai dua bilik tidur sahaja,” katanya.

Pada masa sama, seramai 13 lelaki warga Pakistan, India, Thailand dan Bangladesh ditahan di dua restoran di Ipoh Jaya.

Wan Mahmud Zuhdi berkata, seorang lelaki tempatan yang dipercayai majikan kepada pekerja asing itu turut ditahan atas kesalahan menggaji pekerja secara haram.

“Serbuan turut dilakukan di sebuah rumah di Taman Utama Bercham dan menahan tiga lelaki warga India. Hasil pemeriksaan, kesemua 35 warga asing berusia 26 hingga 33 tahun itu tidak mempunyai dokumen sah selain menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Kesemua mereka ditahan di lokap Imigresen bagi tujuan siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen di Langkap,” katanya.
Enam pekerja seks warga Vietnam ditahan
SEREMBAN - Seramai enam wanita warga Vietnam, ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen negeri di Taman Bukit Kepayang di sini, petang kelmarin.

Kesemua wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an itu, dipercayai bekerja sebagai pelacur di premis berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, dalam serbuan dilakukan kira-kira jam 2.30 petang itu, kesemua wanita sedang duduk menunggu pelanggan.

“Ketika serbuan kita mendapati terdapat enam wanita warga Vietnam berada di premis ini bersama seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki penjaga mereka.

“Kita juga menjumpai sejumlah kondom yang dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti persundalan ini,” katanya semalam.

Tambahnya, premis rumah kedai itu diubah suai kepada beberapa pecahan bilik, bagi memudahkan kesemua wanita ini melayan pelanggannya.

“Difahamkan bagi mendapatkan khidmat seks, pelanggan perlu membayar antara RM160 hingga lebih RM200,” katanya.

Menurutnya, semua wanita tersebut didapati masuk ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial tetapi bekerja sebagai pelacur di premis terbabit.
Premis urut kaki tawar seks
  • Premis urut kaki tawar seks Terdapat pelanggan menggunakan perkhidmatan urut badan ketika pemeriksaan di sebuah premis yang melanggar syarat lesen.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Premis urut di Jalan Bukit Bintang yang menggunakan wanita sebagai peraih pelanggan di kesan turut menawarkan khidmat urutan badan meskipun lesen yang dikeluarkan hanya membenarkan khidmat urutan kaki.

Malah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menerima aduan berhubung kegiatan khidmat tambahan membabitkan seks.

Penolong pengarah jabatan perlesenan dan pengurusan penjaja DBKL, Irwan Shafari Wahab berkata, kehadiran wanita-wanita dengan imej menjolok mata ditambah dengan cara mereka meraih pelanggan, menimbulkan rasa kurang selesa pengunjung.

“Biasanya peraih-peraih urut ini akan menarik pelanggan khususnya pelanggan lelaki meskipun ketika itu individu berkenaan berjalan bersama pasangan mahupun keluarga, tidak kira warga asing mahupun tempatan,” katanya selepas mengetuai Ops Peraih Urut di Jalan Bukit Bintang, malam kelmarin.

Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati empat premis menjalankan perkhidmatan yang melanggar syarat lesen apabila menyediakan khidmat urutan badan.

“Premis-premis ini  hanya dibenarkan menjalankan khidmat urut kaki. Tetapi tempat urut yang disediakan menggambarkan khidmat urut badan juga ditawarkan di samping terdapat pelanggan yang sedang melakukan urutan badan ketika pemeriksaan.

“Ada premis yang kita kompaun kerana beroperasi tanpa lesen. Untuk makluman, lesen urut kaki dan urut badan telah dibekukan sejak 2009 jadi kita tidak benarkan sebarang lesen baru bagi aktiviti urut badan,” katanya.

Irwan berkata, mana-mana premis yang didapati terlibat dengan pelanggaran syarat pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk kepada pengusaha dan akan dibawa kepada jawatankuasa pembatalan lesen.

“Ia merupakan amalan kepada pengusaha yang terus berdegil setelah beberapa peringatan dan pelbagai usaha dibuat tapi tiada perubahan, kita akan batalkan lesen,” katanya.

Jelasnya, turut dikenakan tindakan dalam operasi bermula jam 10 malam itu, ada terhadap premis urut yang beroperasi lebih masa iaitu melebihi jam 12 malam.

“Tindakan diambil selaras dengan Undang-undang Kecil 24 Establishment Kecantikan dan Kesihatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003, jika sabit salah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya.

Lampias Nafsu Dalam Kebun

DNA – Testing Services / Perkhidmatan Uji – DNA
http://www.kualalumpurpost.net/dna-testing-services/
dalam_semakHULU TERENGGANU – Perbuatan sepasang remaja menjadikan sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit, di sini, sebagai port memadu kasih mengundang padah apabila kegiatan tidak bermoral mereka dihidu anggota SRS Paloh Nyior, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, pasangan berusia 16 tahun terbabit dipercayai sedang melampiaskan nafsu, namun hasrat mereka terbantut apabila menyedari kehadiran anggota SRS Paloh Nyior dan polis.
Difahamkan, remaja perempuan berasal dari Kampung Telaga itu terlebih dahulu menunggang motosikal mengambil pasangannya yang tinggal di Kampung Getang sebelum kedua-dua mereka tiba di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar jam 7.30 pagi.
Setiausaha SRS Paloh Nyior, Abdul Manat Ibrahim, 63, berkata, kehadiran pasangan terbabit disedarinya setelah mendapati terdapat sebuah motosikal berhampiran pintu pagar kebun sawit itu ketika dia sedang melakukan rondaan.
“Sebagaimana kebiasaan, saya kerap lakukan rondaan sekitar kawasan kampung apatah lagi malam tadi (semalam) bertugas sebagai anggota SRS.
“Ketika melalui kebun sawit ini, saya lihat sebuah motosikal dan ia adalah motosikal sama ditemui pada minggu lepas,” katanya.
Kata Abdul Manat, dia mengesyaki sesuatu setelah mendapati pintu pagar kebun berkunci manakala pemilik kebun itu tinggal di Kemaman, menurut sumber Sinar Harian.
“Saya memaklumkan anggota SRS yang lain selain turut hubungi polis. Pondok terletak kira-kira 50 meter jaraknya dari pagar ini pernah jadi lokasi penagih dadah,” katanya.
Menurutnya, hasil serbuan didapati sepasang remaja dalam keadaan mencurigakan.
“Mereka akui pernah ke sini sebelum ini. Dalam pondok ini turut terdapat gebar dan bantal tidak pasti sudah ada atau dibawa mereka.
“Pasangan ini dibawa ke Balai Polis Kuala Telemong sebelum dimaklumkan ibu bapa masing-masing,” katanya.
Difahamkan, remaja lelaki itu sudah tidak bersekolah manakala yang perempuan masih bersekolah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim berkata, kedua-dua remaja itu ditahan untuk jalani ujian air kencing, bagaimanapun hanya remaja lelaki didapati positif dadah serta masih ditahan.

Remaja Semakin Aktif Desak Hak Kebebasan Melakukan Sex Ditempat Awam

Anak-anak muda zaman sekarang semakin berani membuktikan trend "bertamadun" tidak bersesuaian lagi di zaman ini.
kebelakangan ini terdapat banyak cerita-cerita lucu tentang Pasangan Gersang di tempat-tempat awam yang mendapat siaran meluas di alam maya.
Walau bagaimanapun, kekerapan berlakunya cerita "tidak munasabah" telah mendapat kecaman masyarakat dunia pada kadar semakin tinggi, kehendak nafsu yang tidak boleh diterima akal waras terhadap kelakuan anak-anak muda hari ini.
Anak-anak muda semakin lebih suka untuk berpesta "seks" di khalayak ramai.
Ramai pasangan anak muda  ingin mencari kaedah baru tentang melakukan "seks" di tempat-tempat awam dan dijadikan satu trend keseronokan dalam kehidupan. Tanpa sedar situasi ini akan mempunyai kesan yang besar kepada orang ramai yang menyaksikan.
Baru-baru ini, beratus-ratus pelajar Universiti Jiangnan, Provinsi Jiangsu, China telah menjadi penonton adengan remaja melempiaskan nafsu di tempat letak kereta.
Seperti mana-mana universiti lain di China, Jiangnan juga menetapkan sistem kamera di seluruh penjuru sekolah yang disambung pada skrin besar kafeteria.
Oleh itu, jika seseorang memilih mana-mana sudut di tempat letak kereta menyebabkan adengan pelajar terus memasuki lensa kamera. Dan sudah tentu, imej-imej secara automatik akan disiarkan secara langsung di skrin besar di ruang makan
Yang pasti tindakan sekolah telah menimbulkan kemarahan dikalangan pelajar hinggakan tiada satu tempatpun di medan letak kereta membolehkan mereka untuk memilih bagi memenuhi naluri seksual, 
Pada satu kisah lain, pasangan muda yang lain telah memilih tempat kereta kabel sebagai tempat melempiaskan nafsu sex.
Menurut maklumat yang disiarkan di Agensi Berita Xinhua, pada 17/9 gambar sangat mengairahkan, adengan sepasang kekasih dalam kereta kabel itu telah disiarkan secara langsung di internet.
Menurut pemilik gambar, gambar itu diambil di taman hiburan Wilayah Zhejiang dan watak utama adalah pasangan yang agak muda.
Tidak lama selepas gambar-gambar disiarkan telah menimbulkan kemarahan  masyarakat awam dan mengutuk tindakan remaja tersebut. Lokasi taman hiburan di China acap kali menjadi lokasi pilihan anak muda melempiaskan nafsu.
Baru-baru ini, pasangan Amerika yang juga membuktikan "impulsif" apabila waktu rehat mereka ke gerai Hom Depot, digunakan untuk melepaskan hawa nafsu dan secara tidak sengaja telah mendapat siaran live didepan  kakitangan Hom Depot.
Perbuatan mereka telah menyebabkan mereka diusir dari pasar raya, tetapi pasangan itu kekal teguh sebagai "seks adalah hak kebebasan mutlak mereka". Hinggalah kes ini menjadi kes polis.
Menurut laporan, pasangan itu adalah Emily Craig (20 tahun) dan Shaun Bowden (31 tahun). Kedua-dua telah disabitkan kesalahan dengan berkelakuan tidak senonoh di depan khalayak ramai, malah lebih mengejutkan mereka cuba mempengaruhi orang-orang di sekeliling memahami tentang hak kebebasan sex.
Situasi ini juga berlaku dikalangan anak-anak muda di Singapura.
Sepasang remaja Singapura yang telah ditangkap kerana melakukan perbuatan sumbang di kawasan letak kereta bangunan di sebuah pusat bandar. Seorang wanita yang tinggal di rumah seberang bangunan, telah menjadi penonton dan bertindak  merakamkan adengan ranjang ini.
Dia telah mengambil gambar-gambar disiarkan di Internet dan berkata. : "Saya pasti saya bukan satu-satunya penonton. Saya berharap tiada kanak-kanak harus melihat senario ini. Kami berharap bahawa imej-imej ini akan menyedarkan kesedaran ramai orang muda.
Yang pasti gejala ini juga telah menular di Malaysia dan sering mendapat siaran di alam maya. Remaja Malaysia kerap memilih lokasi semak, dalam kereta, bangunan lama malah ada yang berani memasuki rumah keluarga perempuan secara senyap demi memuaskan nafsu.
Lebih menyedihkan lagi dizaman kemudahan gajet yang pelbagai, digunakan mereka untuk merakam dan menyebarkan di alam maya sebagai sesuatu yang membanggakan.
Yang paling menyedihkan situasi di Malaysia telah mendapat sokongan NGO yang memperjuangkan Seksualiti Merdeka. Apakah yang dimaksudkan Seksualiti Merdeka jika mahu membenteras gejala ini? Adakah sebahagian kita halal dan sebahagian kita haramkan? Dan apakah hasilnya? membantu atau merosak?
Bergitu jugalah NGO COMANGO yang telah berusaha keras menuntut hak kebebasan LGBT.
Yang paling menarik akbar the star telah mempromosi aktiviti LGBT secara langsung di akbar.
Ketika kita melihat dunia asia lain mengecam perbuatan sumbang remaja tetapi di Malaysia ahli politik sedang berusaha keras untuk menghidupkan gejala ini demi meraih undi. Malah jika lihat Video China Doll dan Stopa dihalalkan tanpa tindakan sebagai pengajaran membendung remaja terbabit dengan isu ini.
Persoalanya gerakan pembangkang Malaysia bukan sahaja cuba menghalalkan LGBT tetapi menuntut status Islam Agama negara digugurkan. Dan bagaimanakah keadaan Malaysia pada suatu masa nanti?
Duduki PMR selepas lahirkan anak
  • Duduki PMR selepas lahirkan anak Nor ketika menjalani peperiksaan PMR di hospital semalam.
1 / 1
KOTA BHARU - Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini semalam, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit wad sebuah hospital di bandar ini, selepas melahirkan anak akibat terlanjur dengan teman lelaki.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor, 15, berkata akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.

Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menjalani peperiksaan.

Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.

“Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.

“Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik dari percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.

“Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu,” katanya.








Peringatan Para Ulama' Bagi Mereka Yang Menolak Hukum Allah

Ustaz Abdul Qodir Audah – ( Kitab: Al-Islam Wa Audho’una Al-Qanuniyyah ) : “ sesiapa yang menolak hukum Allah atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walaupun sebesar zarah akan keIslaman di dalam hati mereka walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah Muslim.”




Ibnu Kathir – ( Kitab: Tafsir Ibnu Kathir ) : “ sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada Allah s.w.t. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat di dalam kitab Ilyasa’? Mereka juga kufur kepada Allah s.w.t secara ijma’.”





As-Syahid Sayyid Quthb – ( Kitab: Tafsir Fi Zhilalil Qur’an ) : “ sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah s.w.t . Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar keTuhanan atau Uluhiyyah Allah s..w.t yang paling utama. Mana-mana individu, pertubuhan dan negara yang mencabar Uluhiyyah Allah s.w.t tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur kepada Allah s.w.t dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma’lum minad din bid dhorurah.





Dr.Muhammad Abdul Qodir Abu Faris – ( Kitab: An-Nizhom As-Siyasi fil Islami ) : “ wajib ke atas setiap Muslim menggunakan undang-undang Allah s.w.t dan haram sama sekali berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia. Sesiapa yang menolak hukum Allah adalah kafir, manakala sesiapa yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia dengan keinginan dan redho, maka ia juga dikira kafir bahkan mereka hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar.”





Dr.Yusuf Al-Qardhawi : “ diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan adalah pemerintah-pemerintah sekular dan pendukung-pendukung parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah s.w.t dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah s.w.t, mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat dari itu, mereka bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”





[ Cukuplah dan insafilah akan kekerdilan serta ketidak mampuan kita dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang jalannya telah ditunjukkan oleh Allah s.w.t dalam keadaan Allah mengetahui bahawa ada hal-hal yang manusia tidak mampu untuk menyelesaikannya melainkan dengan penyelesaian dari Allah. Lebih 50 tahun kita dikurniakan oleh Allah s.w.t kemerdekaan, namun tidak ada satu jenayah pun di dalam negara ini yang berkurangan, bahkan bertambah-tambah dan menakutkan dari hal pembunuhan, perompakan, pencurian, pemerkosaan, penzinaan, pemurtadan dan sebagainya yang mewarnai wajah negara ]





Rujukan:

Gerakan FreemasonryMusuh Dalam Menghancurkan Islam: Hj Nik Azran Muhamed

Tiada ulasan: