Rabu, 6 November 2013

NERAKA LAGI PANAS.....DIDUNIA RELAX LAH BUAT DOSA....AKHIRAT BARU TAU NASIBNYA....BAGAIMANA

PELAJAR MAAHAD SANIAH MENINGGAL DUNIA KETIKA DUDUKI PEPERIKSAAN SPM

| 06/11/2013 | 0 Comments
Salam takziah diucapkan kepada keluarga pelajar Maahad Saniah di Pasir Puteh yang meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang menduduki peperiksaan kertas satu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi. Berdasarkan sumber berita, pelajar berkenaan bernama Nursyazwani Arifin, 17 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Ugama Arab Saniah, Jalan Nara.
suasana dewan peperiksaan
Menurut laporan mStar Online, kematian Nursyazwani telah disahkan oleh doktor sejurus diberi rawatan kecemasan di Hospital Tengku Anis kira-kira 9 pagi. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.
Bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini. Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini. Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa. Pagi tadi, sebelum peperiksaan Nursyazwani kelihatan ceria dan sempat mencium tangannya. Beliau berkata, Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.
Al-Fatihah untuk arwah dan semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


Calon meninggal dunia ketika duduki SPM
 
Seorang pelajar Maahad Saniah di Pasir Puteh meninggal dunia selepas pengsan ketika sedang menduduki peperiksaan kertas satu Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.
Kematian Nursyazwani Arifin, 17, disahkan oleh doktor sejurus diberi rawatan kecemasan di Hospital Tengku Anis kira-kira 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Mohd Kamal Zainal berkata pihaknya kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.

Bapanya Arifin Deraman, 48, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut membawa Nursyazwani ke hospital selepas diberitahu mengenai insiden itu kira-kira 8.45 pagi, katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital berkenaan hari ini.

Sementara itu, Arifin ketika ditemui berkata Nursyazwani pernah mengalami pening kepala, sakit belakang dan dada selama seminggu sebelum ini.

"Ketika itu doktor hanya mengesahkan Allahyarham mengalami gastrik tetapi dalam sehari dua ini beliau didapati sihat seperti biasa.

Pagi tadi, sebelum peperiksaan beliau ceria dan sempat mencium tangan saya," katanya.

Beliau berkata Nursyazwani anak keempat daripada enam beradik adalah antara pelajar terbaik sekolah itu dan menyasarkan keputusan 10A.

"Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah," katanya yang berasal dari Kampung Kemudu Bongkok, Gaal.

Anggota Dewan Undangan Negeri Semerak, Zawawi Othman antara yang menziarahi jenazah Allahyarham di hospital.

- Bernama

Sg Limau: Kerajaan tidak hargai penat lelah petani

Salmiyah Harun, 06 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan didakwa tidak menghargai usaha dan penat lelah petani di Sungai Limau memandangkan banyak program yang dianjurkan langsung tiada kaitan dengan pekerjaan itu.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sepanjang berkempen di PRK Sungai Limau minggu lepas banyak program yang dibuat kerajaan Pusat tidak menyentuh soal bagaimana untuk membangunkan taraf hidup petani.

Apa yang berlaku katanya, kerajaan menganjurkan kursus binaan kontraktor sedangkan hampir keseluruhan penduduk di situ adalah petani.

"Sungai Limau adalah sawah padi, yang kerajaan buat kursus binaan kontraktor buat apa? Kalau kursus bawa traktor bolehlah.

"Buat kursus, bukan penduduk Sungai Limau yang hadir tapi orang dari Kubang Pasu," katanya semasa membahaskan Bajet 2014 hari ini.

Tambahnya, tindakan kerajaan itu seolah-olah menggambarkan kerajaan tidak tahu apa masalah dan pekerjaan rakyat Sungai Limau, kontraktor atau petani.

"Kalau setakat ligan itik dalam bendang buat apa? Sekarang orang sudah bela dalam reban," katanya.

Mahfuz juga percaya program demi program yang dibuat oleh kerajaan sepanjang berkempen bukanlah aktiviti yang dibuat dan dirancang dari awal.

"Inilah salah satu punca kepada berlakunya ketirisan dan penyelewengan, sebab faedah tidak dapat kepada rakyat," katanya.

Apa yang diminta oleh petani-petani tegas Mahfuz adalah kenaikan subsidi harga padi iaitu 12 sen sahaja yang sudah 23 tahun tidak dinaikkan.

"Masalah di hati petani, hendak minta subsidi naik, 23 tahun tak dinaikkan, harga gula sudah tujuh kali naik. Takkan itu pun kerajaan kedekut!

"Petani padi punya hati perut, gula naik 34 sen mereka minta subsidi naik 12 sen. Tak boleh? Bila hendak naik? Takkan nak tunggu 23 tahun akan datang?" tegasnya di Dewan Rakyat.

Gani Patail, Najib bakal kepanasan tak lama lagi?

Harakahdaily, 06 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Berikutan pendedahan sebuah portal berita mengenai bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporkan sedang memberi tekanan kepada Peguam Negara, Gani Patail dengan memanggil bekas pegawai kanan polis, Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan, Shafie Abdullah ke rumahnya untuk berbincang isu itu beberapa bulan lalu, penjelasan lanjut daripada bekas Perdana Menteri itu pastinya sedang ditunggu-tunggu sekarang ini.

Demikian tulisan Shahbudin Husin menerusi blognya.

Menurutnya, selain agen CIA yang didakwa berada di pejabat Peguam Negara, isu salah laku Gani dan kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura dilaporkan turut menjadi topik perbincangan.

Tambahan pula, ujar beliau isu adanya pengintip CIA bertugas di pejabat Peguam Negara ini timbul hampir bertepatan dengan tersebarnya berita bahawa Amerika Syarikat telah melakukan pengintipan di beberapa negara, termasuk Malaysia.

“Secara langsung ini bukan saja memberi tekanan kepada Gani Patail, tetapi kepada Perdana Menteri, Najib Razak juga,” tulisnya lagi.

Baca lagi

Macai Umno guna foto ini fitnah Presiden PKR

http://greenboc.blogspot.com, 06 Nov 2013

Macai UMNO BN Gunakan Foto Ini Untuk Memfitnah Presiden PKR



Penjelasan berkenaan gambar di atas yang digembar-gemburkan untuk memfitnah DS Wan Azizah oleh macai-macai UMNO BN.

Lihat di sini

Sg Limau: Umno kalah teruk, MCA menang besar?

Harakahdaily, 06 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Jika kita berpegang dengan dakwaan pemimpin MCA, Umno telah kalah teruk dan MCA pula menang besar dalam pilihan raya kecil Sungai Limau, Isnin lalu.

Demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.

“Namun apakah kita boleh percaya kepada dakwaan para pemimpin MCA?” tanya beliau.

Katanya, pemimpin MCA, termasuk Dr. Leong Yong Kong yang disebut-sebut akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah, telah memberitahu media berbahasa Cina bahawa Barisan Nasional berjaya meraih 75.27% undi kaum Cina, iaitu 892 dari 1,185 undi daripada kaum Cina dan bahawa BN gagal meraih walau satu undi tambahan daripada Melayu dalam pilihanraya kecil tersebut.

Ini, ujarnya bererti terdapat peningkatan 732 undi Cina untuk BN berbanding dalam pilihanraya umum ke-13, memandangkan sebelum ini MCA mendakwa BN mendapat hanya 10% dari 1,600 undi Cina pada 5 Mei 2013, iaitu hanya sekitar 892 hingga 160 undi.

Walaupun BN telah berbelanja lebih RM15 juta, calon Barisan Nasional, Ahmad Sohaimi Lazim hanya berjaya menambah 465 undi untuk BN dalam pilihanraya kecil kali ini berbanding piihanraya umum yang lalu, iaitu 10,985 undi dalam pilihanraya kecil, berbanding 10,520 undi dalam PRU13.

“Jika kita berpegang dengan dakwaan pemimpin MCA yang menyebut bahawa BN mendapat tambahan lebih 732 undi Cina dalam pilihanraya kecil kali ini berbanding PRU13, ertinya BN kehilangan sekurang-kurangnya 267 undi Melayu.

“Apakah ini bermakna dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, pihak yang kalah paling teruk adalah Umno dan pemenang paling besar adalah MCA?” tanya Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Justeru, beliau menyerahkan kepada para pemimpin Umno dan Barisan Nasional untuk memutuskan sama ada hendak menerima atau tidak analisis MCA ke atas trend pengundian dalam pilihanraya kecil Sungai Limau kerana mungkin ada tafsiran yang lain dalam keadaan tiadanya maklumat terperinci tentang pengundian (memandangkan undi adalah rahsia) dan melihat kepada peratusan pengundi Cina yang rendah di Sungai Limau.

Namun, katanya perkara yang nyata dan jelas adalah pilihanraya kecil Sungai Limau merupakan ujian besar buat PAS dan Pakatan Rakyat serta Umno dan BN enam bulan selepas PRU13.

Tambahnya, ternyata PAS dan Pakatan Rakyat telah menempuh ujian ini dengan baik sehingga mencapai kejayaan penting, apatah lagi mengambil kira faktor politik wang dan pembohongan yang disebarkan sewaktu kempen pilihanraya kecil tersebut.

“PAS dan Pakatan Rakyat perlu meraikan kemenangan dalam pilihanraya kecil Sungai Limau sambil tidak lupa untuk belajar daripada kelemahan yang dilihat dalam pilihanraya kecil ini, agar PAS dan Pakatan Rakyat menjadi lebih kuat dan ampuh untuk menempuh pilihanraya di masa depan, sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar, sama ada untuk memenangi hati pengundi Melayu mahu pun Cina, India, Kadazan atau Iban,” ujarnya lagi.

Kami hidup suasana harmonis – Cina Kelantan

Aslani M, 06 Nov 2013
KOTA BHARU: “Tinggal di Kelantan yang diterajui kepemimpinan ulama tidak pernah menghalang kami melakukan amalan dan budaya mengikut kaum Cina.

“Tidak pernah ada halangan dibuat kerajaan negeri yang ditadbir PAS sejak lebih 23 tahun lalu. Malah kami dapat hidup dalam suasana harmonis,” kata aktivis masyarakat Cina, Chia Chuan Lay.

Beliau berkata, tidak benar sama sekali kalau pihak yang mendakwa orang bukan Islam terkongkong di Kelantan sejak ditadbir PAS.

Malah katanya, di Kelantan terdapat tokong Buddha terbesar di Malaysia sama ada yang dibina dalam keadaan berbaring, berdiri atau duduk.

“Itu secara jelas menggambarkan Islam tidak pernah menghalang penganut agama lain untuk mengamal agama dan budaya masyarakat mereka,” katanya di sini.

Pengerusi DAP semalam dilapor menyarankan supaya parti politik atau persatuan berasaskan kaum dan agama diubah suai supaya boleh disertai semua kaum.

Kata beliau kaedah itu merupakan jawapan kepada konsep perpaduan yang menjadi amalan selama ini dan sudah tiba masa semua parti berasaskan kaum dibatalkan pendaftaran.

Bagaimanapun laporan itu agak berbeza seperti dilaporkan akhbar Cina termasuk Nanyang Siang Pau, di mana Karpal menyebut PAS sudah disertai pelbagai kaum kerana ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Nanyang juga dipetik melapor PAS juga mencalonkan orang bukan Islam menjadi calon mewakili parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Chia yang juga bekas petugas media berbahasa Cina berkata, kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS tidak pernah mengenepikan masyarakat Cina, India atau Orang Asal.

“Ada pemimpin masyarakat terbabit dilantik sebagai penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan pelbagai lagi jawatan.

“Ini sudah jelas menggambarkan tiada diskriminasi kaum biar pun Kelantan ditadbir berasaskan agama,” katanya.

Rakannya, Lim Guan Seng pula pula memberitahu ramai rombongan masyarakat bukan Islam yang datang dari luar Kelantan melahirkan rasa kagum terhadap kehidupan kaum Cina di sini.

Katanya, mereka memberitahu kaum Cina dan India biar pun minoriti, namun diberi hak sama rata dengan orang Melayu bagi menikmati kemudahan disediakan kerajaan.

Kata beliau baru-baru ini rombongan Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur ketika datang ke sini juga meluahkan rasa kagum dengan kehidupan kaum minoriti di Kelantan.

Rombongan tersebut diketuai Ng Geok Chee dibawa melihat dekat kehidupan masyarakat Cina di bandar Kota Bharu, perkampungan Siam di Tumpat, wat-wat Buddha dan Masjid Beijing di Rantau Panjang.

“Mereka meluahkan rasa kagum melihat kehidupan masyarakat minoriti. Malah ada restoran di mana orang Cina dan Melayu berniaga di kedai sama,” ujarnya.

Tiada ulasan: