Posted on Wednesday, November 06 @ 11:40:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Facebook Mesirkini
Adakah KPI Untuk Kasih-sayang?
Posted on Wednesday, November 06 @ 11:02:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Tentu ada kerana perspektif Islam mewujudkan KPI untuk segalanya. Dan tempat terletaknya KPI tersebut adalah di anggota yang digelar “raja segala anggota”, iaitu hati.
Kasih-sayang yang berKPI akan menjadikan seseorang itu lebih baik dari sudut sahsiah, sikap dan jati diri serta bermotivasi tinggi ke arah sesuatu yang lebih baik. Disamping itu, sangat mendalam kepekaannya terhadap sifat berlaku adil dan saksama terhadap sesama insan.
Beruntunglah mereka yang telah dipertemukan dengan insan-insan yang mampu mendorong orang lain menjadi lebih baik dari diri mereka sebelumnya. Tetapi hubungan antara insan sedemikian perlulah menjadi sesuatu yang dicari secara sedar, maka barulah berjaya diperolehi dengan izin dan petunjuk Allah swt.
Ia menjadikan individu itu merasakan segalanya boleh dicapai. Pencapaiannya sentiasa diiringi oleh kepekaan dan jaminan hak dan kepentingan orang lain tanpa menganiayai, menzalimi, membohongi dan melanggar batas-batas ketulusan, ketelusan dan tatakelola baik.
Ketulusan, ketelusan dan tatakelola baik perlu juga berlaku dalam hubungan antara individu dan kekeluargaaan bukan hanya diperingkat organisasi, masyarakat, negara dan antarabangsa. Individu dan keluarga adalah kelompok kecil yang membina kelompok yang lebih besar.
Individu dan para anggota keluarga merupakan rakyat yang terhimpun di dalam sesebuah masyarakat yang membentuk sesebuah negara dan masyarakat antrabangsa. Apa yang dianuti individu itu menjadi amalan keluarganya yang juga menjadi cerminan kepada ciri-ciri masyarakat di mana individu itu terhimpun di dalamnya.
Sebahagian individu itu menjadi hakim, pendidik, wartawan, penerbit filem, peguam, doktor, jurutera, aktivis, ahli-ahli yang berhormat, menteri dan golongan yang membuat keputusan-keputusan sangat penting yang mengesani kehidupan rakyat. Keputusan yang baik untuk rakyat adalah yang terpancar dari KPI kasih-sayang yang dipenuhi, yang terhasil dari kesucian hati; hati yang sentiasa dibelai oleh hadis Rasulullah saw: “Bahawa setiap amalan itu adalah dengan niat…”
Hijrah tahun ini agar kita semua berusaha mencapai KPI kasih-sayang; yang menatijahkan sahsiah yang lebih baik, memberi rasa selamat dan dilindungi serta melayani secara adil dan saksama.
Selamat menyambut Maal Hijrah 1435, semoga kita diberi kebaikan di dunia dan akhirat.
Rodziah Ismail
Merangkap ADUN Batu Tiga
Ketua Wanita Selangor dan Timbalan Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat
KEJAM!!! 4 Gambar 2 lelaki Dipotong Lehernya Dengan Mesin Gergaji [SAKSIKAN...]
Posted on Wednesday, November 06 @ 10:12:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
Mungkin kita semua tertanya-tanya apakah kesalahan mereka ini sehingga dihukum begini rupa???
Kalau biasa kita lihat mesin gergaji ini digunakan untuk memotong potong pokok atau kayu tapi digunakan untuk memotong leher pulak.. Apa perasaan anda semua??
Lu fikir la sendiri... huhu
- Dunia Macam-Macam"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: matuse68
Posted on Wednesday, November 06 @ 10:12:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
'Tiada keperluan untuk saya cabar Mat Sabu'
Naib
Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, tiada keperluan baginya pada masa
ini untuk bertanding jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh
pemimpin popularnya Mohamad Sabu.
"Saya merasakan tidak ada keperluan untuk saya buat masa ini untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan ini dan terharu atas kepercayaan yang sangat bermakna kepada perjuangan saya selama ini," katanya.
Kenyataan Salahuddin (kanan) itu kali pertama dibuat secara terbuka setelah dicalonkan bersama seorang lagi naib presiden Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tun Man dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohamad sudah menyatakan pendiriannya mempertahankan jawatan yang dimenanginya dua tahun lepas.
Kenyataan Salahuddin itu juga dibuat setelah peluang Mohamad yang genting sebulan ini dilihat terbuka kembali.
Ini ekoran kemungkinan pecahnya undi calon kumpulan proulama antara Tuan Ibrahim dan Mohd Amar.
Husam juga sebelum ini sudah berkata tiada sebab baginya untuk melawan "Abang Mat", menjadikan tumpuan beralih kepada Tuan Ibrahim dan Mohd Amar yang masih membisu terhadap pencalonan yang diterima mereka.
'Tunggulah pengumumkan j'kuasa pemilihan'
Sementara itu, dalam kenyataannya awal pagi ini, Salahuddin juga berkata sudah membuat keputusan sama ada mahu mempertahankan jawatan yang disandangnya pada masa ini, tetapi enggan mendedahkannya.
"Keputusan telah saya buat dan telah saya serahkan kepada jawatankuasa pemilihan parti," kata pemimpin PAS Johor itu.
"Sama ada saya menerima atau menolak untuk bertanding jawatan naib presiden tunggulah pengumuman daripada jawatankuasa pemilihan parti nanti."
Selain Salahuddin, sembilan lagi dicalonkan bertanding jawatan naib presiden. Ini termasuk dua penyandangnya, Husam dan Datuk Mahfuz Omar.
Turut dicalonkan Tuan Ibrahim, Mohd Amar, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan serta tiga anggota jawatankuasa pusat popular Abu Bakar Chik, Idris Ahmad dan Datuk Mujahid Yusof Rawa.
Jawatankuasa pemilihan PAS menetapkan tarikh turut penerimaan pencalonan sehingga Jumaat ini.

Bila empangan jadi bom jangka
Pengaliran
air turut membawa bersama sampah sarap dan mendapan menyebabkan tahap
kebolehtakungan air di Tasik Ringlet berkurangan dengan ketara berikutan
kadar sedimentasi yang tinggi.
Keadaan ini menyebabkan tasik buatan manusia, yang menakung air untuk menjana elektrik di Stesen Janaelektrik Sultan Yussuf, bagaikan bom jangka yang boleh meledak memusnahkan kehidupan, alam sekitar dan harta benda kerana ia sudah tidak mampu lagi menakung air sebagaimana kapasiti asalnya.
Pengurus Besar Stesen-stesen Janaelektrik Cameron Highlands, Bahagian Penjanaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Mustafa Hashim berkata perkara itu telah dibincangkan bersama dengan agensi-agensi berkaitan dan risiko berlakunya limpahan air dari Empangan Sultan Abu Bakar boleh terjadi pada bila-bila masa.
"Selain itu, risiko juga besar bila skrin alur masuk ke terowong stesen janaelektrik Sultan Yussuf tersumbat akibat longgokan sampah yang terlalu banyak seperti sisa tanaman, plastik dan tali antaranya," jelas Mustafa, yang bertugas di Cameron Highlands sejak 2011.
Aliran air tersumbat
Air, yang mesti mengalir melalui skrin alur masuk setinggi enam meter dan lebar 12 meter sebelum ke terowong Bertam ke Stesen Janaelektrik Sultan Yussuf di Batu 17, Jalan Pahang di Tapah, ada kalanya tersekat, sekaligus menghalang penyaluran air tasik ke terowong untuk menghidupkan unit-unit penjanaan.
Katanya usaha pembersihan sampah di skrin alur masuk sering dilakukan tetapi hasil yang diperoleh tidak 100 peratus berjaya, ditambah pula dengan kos pembersihan yang tinggi.
Satu daripada cara pembersihan ialah "raking" iaitu sistem pembersihan secara manual untuk menarik sampah daripada kawasan skrin alur masuk ke terowong apabila pihak stesen mendapati paras air yang melalui skrin menurun.
Apabila keadaan tersumbat itu menjadi semakin serius, khidmat penyelam berpengalaman diperlukan bagi menarik sampah secara manual. Kebiasaanya pembersihan skrin alur dilakukan selepas unit-unit generator tidak beroperasi pada waktu malam.
"Pengawasan skrin alur dilakukan 24 jam di bilik kawalan di stesen janaelektrik Sultan Yussuf di Batu 19. Paras air tasik dan skrin alur masuk dipantau petugas mengikut giliran pada setiap masa," katanya.
Pengorekan mendapan
Selain itu, Mustafa berkata pengorekan pasir, selut dan sampah dilakukan di tiga lokasi utama iaitu di hadapan skrin alur masuk Bertam, di muara Sungai Ringlet dan muara Sungai Habu dengan Sungai Bertam.
Empangan kecil dan empang limpah dibina untuk menyekat mendapan dan pasir daripada memasuki tasik. Hasil pengorekan mendapan di empangan kecil dan empang limpah itu dibawa ke tempat pelupusan tetap mendapan di Sungai Jasin, tidak jauh dari kawasan tasik.
Dalam tempoh lima tahun lepas, TNB membelanjakan RM180 juta untuk kos pengorekan utama mendapan kelodak Tasik Ringlet. Sejumlah RM20 juta lagi dibelanjakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan tahunan.
Tinjauan Bernama mendapati bahawa kerja pengorekan pasir dari dalam sungai dijalankan dan timbunannya yang membukit di tebing sungai membuktikan yang keadaan sungai sememangnya sudah nazak; dicemari mendapan selain warnanya menjadi sangat keruh.
Tebing sungai
Sebenarnya, jalur tanah yang bersebelahan dengan kedua-dua tebing sungai sudah diwartakan sebagai tanah rizab sungai, sebagaimana termaktub menurut Seksyen 62 Kanun Tanah Negara.
Jaluran tanah dirizabkan itu bertindak sebagai penampan di antara sungai dan tanah bersebelahan, bertujuan melindungi sungai daripada aktiviti tidak diingini yang boleh menjejaskan fungsi sungai.
Keluasan jaluran tanah rizab bergantung kepada kelebaran sungai yang mengalir di tengah-tengahnya. Tanah rizab sungai itu tidak sepatutnya diduduki mahupun dibina struktur sementara atau kekal, dan ditanam dengan sebarang tanaman untuk memastikan keselamatan manusia terjamin terutamanya bila hakisan sungai dan musibah banjir melanda.
Namun realiti di kawasan berkenaan berbeza keadaannya kerana tebing sungai sebelum kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam kerana wujud aktiviti menanam sayur dan penempatan manusia di sekitarnya.
Air Sungai Bertam yang mengalir ke dalam Tasik Ringlet sepanjang lebih 25 kilometer dari hulu ke hilir sungai dan didapati lebih enam kilometer tanah bersebelahan sungai itu berpenghuni dan terdapat aktiviti manusia.
"Air sungai di sini penuh dengan bahan yang mencemari kejernihannya dan saya rasa hanya 30 peratus kandungan sungai itu air.
"Selebihnya mendapan kelodak dan pasir. Itu sebabnya warna air sungai dan keadaannya tidak dapat dikelaskan sepertimana sungai-sungai lain di negara ini," komen seorang lelaki yang bekerja tidak jauh dari Habu, ketika ditemui Bernama.
Langkah atasi masalah
Pada malam kejadian paras air di empangan didapati hanya kurang satu meter daripada paras maksimum dan sekiranya air mencecah paras maksimum empangan, pasti ia membawa risiko lebih besar.
Menyedari masalah banjir yang boleh membawa banyak kesan buruk kepada kehidupan dan harta benda, kerajaan bertindak pantas bagi mengatasi masalah seumpamanya berulang.
Kerajaan dalam Bajet 2014, yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Naib Tun Razak pada 25 Okt, meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi melebarkan dan mendalamkan Sungai Bertam.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan