Sabtu, 9 November 2013

BANYAKKAN MEMBACA....MENGKAJI...BERTANYA....MENUNTUT ILMU AGAR KENYATAAN BETUL DAN TEPAT....LEBIH2 TENTANG ISLAM SEBAGAINYA

Abdul Hadi kekal presiden PAS, timbalan 2 penjuru

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya sebagai Presiden PAS apabila menang tanpa bertanding selepas proses pencalonan bagi Muktamar Ke-59 parti itu berakhir petang semalam.

Kemenangan itu membolehkan beliau memegang tampuk kepimpinan parti sebagai presiden buat kali keenam berturut-turut sejak 2002, selepas kematian bekas presiden Datuk Fadzil Mohd Noor.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi ketika mengumumkan demikian berkata Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib juga mengekalkan jawatannya selepas menang tanpa bertanding.

Namun, jawatan Timbalan Presiden PAS akan menyaksikan penyandangnya Mohamad Sabu dicabar Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah, katanya di Ibu Pejabat PAS di ibu negara, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan.

Asmuni berkata tiga jawatan Naib Presiden pula menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik, bekas Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa (penyandang), Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (penyandang), bekas Anggota Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub (penyandang) dan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketua Dewan Pemuda PAS pula menjadi rebutan antara Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Zulhazmi Zakaria.

"Bagi Ketua Dewan Muslimat PAS, penyandangnya Siti Zailah Mohd Yusof berdepan dengan bekas Ketua Dewan Muslimat PAS (pada 2007) Nuridah Salleh," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai perebutan jawatan kepimpinan nombor dua parti, Takiyuddin berkata tidak timbul isu perebutan oleh golongan profesional dan ulama.

"Ini kerana semua anggota parti memahami dan menerima profesional itu merujuk kepada kerjaya seseorang manakala ulama merujuk pada latar belakang pendidikan agama yang diterima oleh calon.

"Golongan profesional dan ulama boleh bertanding dalam semua jawatan kecuali dalam Dewan Ulama kerana parti menekankan mereka yang berpendidikan dalam agama diberi peluang duduk di dalam Dewan Ulama," katanya.

Muktamar PAS akan berlangsung pada 22 November ini.

-Bernama
Sah timbalan MB Kelantan cabar Mat Sabu
Selepas penerimaan pencalonan ditutup petang ini, sah akan berlaku pertembungan satu lawan satu antara penyandang timbalan presiden Mohd Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ini ekoran pengumuman di saat-saat akhir penerimaan pencalonan oleh Mohd Amar dan penolakan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa daripada bertanding timbalan presiden.

NONEMohd Amar (kanan) mengesahkan mencabar Mohamad dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Manakala Husam pula mengesahkan akan mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya sekarang.

Menurut Husam, beliau membuat pilihan itu selepas mengambil kira pencalonan terbanyak yang diterimanya untuk mempertahankan jawatan - yang dianggap isi hati akar umbi.

"Saya memutuskan menerima pencalonan untuk jawatan naib presiden PAS.

"Borang penerimaan pencalonan berkenaan diserahkan sekejap tadi," katanya melalui kenyataan lewat petang ini.

Lima orang dicalonkan bertanding jawatan itu, termasuk Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden Salahuddin Ayub.

Bagaimanapun, Salahuddin menolaknya kelmarin manakala Tuan Ibrahim pula tengah malam tadi.

Tukar fikiran di saat akhir

Pengumuman rasmi dijadual dibuat jawatankuasa pemilihan PAS pagi esok melalui suatu sidang media.

Sebelum ini, pengamat politik PAS menjangkakan Husam (bawah) akan bertanding jawatan timbalan presiden, menyebabkan pertembungan tiga penjuru dengan Mohamad dan Mohd Amar.

NONEBeliau pada mulakan dikatakan akan membuat keputusan itu setelah Tuan Ibrahim mengumumkan untuk berentap di peringkat naib presiden sahaja.

"Setakat ini jawatan nombor dua Pas itu ada dua perebut antara Mohamad Sabu dan Husam Musa," tulis Mohd Sayuti Omar dalam blognya pagi ini.

Husam Isnin lalu dilaporkan hanya akan membuat keputusan untuk bertanding jawatan tertinggi parti selepas Tuan Ibrahim membuat keputusannya.

Pengumuman Mohd Amar juga sekali gus menjawab tanda tanya yang menjadi tumpuan pengamat politik PAS.

Sumber yang rapat dengan Husam tengah hari ini memaklumkan hampir pasti Husam akan menerima pencalonan sebagai timbalan presiden.

Justeru, pengumuman Husam di saat-saat akhir petang ini menandakan beliau menukar fikiran setelah sekali lagi mempertimbangkan peluangnya.

Ia dipercayai mengambil kira  beban yang mungkin menghantuinya ekoran kenyataannya yang tidak akan mencabar Mohamad sebelum ini.
Hatijah Aam, 300 pengikut sertai upacara taubat
6:51AM Nov 9 2013
Balu pengasas kumpulan Al-Arqam yang diharamkan, Hatijah Aam Hatijah Aam dan kira-kira 300 pengikutnya menyertai upacara istitabah (taubat) anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam semalam.
  
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.Othman berkata apa yang penting, bukan sahaja mereka mesti bertaubat tetapi semua sistem yang mereka amalkan dalam kelompok Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) mesti berubah kepada sistem arus perdana yang diamalkan di Malaysia.

"Ini termasuklah memastikan anak-anak mereka mengikuti sistem pendidikan yang ada di Malaysia.
  
"Mereka tidak boleh terus menyisihkan diri mereka daripada mengambil bahagian dan bercampur dengan masyarakat Islam di mana mereka berada dan ini semua perlu dilakukan supaya boleh menyakinkan yang mereka benar-benar insaf dan bertaubat," katanya dalam satu kenyataan semalam.
  
Menurut Othman, pihak berkuasa agama sama ada di peringkat persekutuan dan negeri termasuk agensi berkuasa yang lain akan terus memantau Hatijah dan pengikutnya.
  
Beliau berkata pihaknya meminta Hatijah Aam dan semua pengikutnya supaya bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.
  
"Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali sebagaimana mereka pernah menyatakan taubat mereka sebelum ini, namun ia hanyalah retorik dan lakonan semata-mata.
  
"Oleh itu, mereka mestilah memperkemaskan ilmu pengetahuan mereka khususnya berhubung aqidah dengan merujuk kepada pihak yang berautoriti.
  
"Kita berharap dalam majlis istitabah yang diadakan hari ini, mereka akan benar-benar bertaubat," katanya.

- Bernama
Hujah GST Idris tak selari dengan standard dunia
4:56PM Nov 8 2013
Hujah menteri kabinet Idris Jala bahawa orang kaya akan membayar lebih cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak sepadan dengan standard ukuran percukaian antarabangsa, menurut sebuah badan pemikir.

Penang Institute berpendapat, amalan antarabangsa untuk mengukur kesan cukai terhadap kumpulan pendapatan dibuat dengan melihat cukai dibayar sebagai sebahagian pendapatan dan bukan cukai yang dibayar secara mutlak.

NONEFellow institut milik kerajaan negeri itu Lim Kim Hwa (kiri) dan Ooi Pei Qi berkata, kaedah itu turut digunakan oleh pentadbir cukai Amerika Syarikat, IRS.

"IRS mentakrifkan cukai regresif sebagai 'cukai yang mengambil peratusan besar daripada pendapatan golongan berpendapatan rendah berbanding golongan berpendapatan tinggi'.

"Ini turut digunapakai oleh Kamus Macmillan dan Kamus Collins," kata mereka.

"Oleh itu, cukai diukur secara relatif kepada tahap pendapatan untuk menentukan kesan cukai terhadap orang kaya lawan orang miskin."
Bayi warga Britain dilarikan di depan rumahnya
11:59PM Nov 8 2013
Seorang bayi lelaki warga Britain berusia setahun lapan bulan dilarikan dua individu di hadapan rumahnya di Jalan Terasik 7, Bangsar, hari ini.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa dikenali sebagai Freddie Joseph dipercayai dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka.
  
"Ketika kejadian pukul 6.10 petang itu, ibunya Sarah Joseph berusia 38 tahun yang masuk sekejap ke rumah terdengar bunyi bising di luar lalu keluar semula untuk melihat apa yang berlaku.
  
"Dia yang ternampak seorang lelaki cuba melarikan anaknya terus menerpa ke arah lelaki berkenaan untuk menyelamatkan anaknya itu sambil menjerit meminta tolong sehingga berlaku pergelutan," katanya dalam satu sidang media di ibunegara.

Akibat daripada pergelutan itu, ibu bayi berkenaan mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan, katanya.

Ku berkata polis percaya lelaki itu datang bersama seorang wanita menggunakan kereta jenis Toyota Camry merupakan orang yang dikenali ibu mangsa yang juga merupakan ibu tunggal.
  
"Ketika ini siasatan kami lebih menjurus kepada masalah peribadi ibu mangsa, bagaimanapun ada juga kemungkinan ia bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan," katanya.
  
Ku memberitahu polis akan mengedarkan gambar kanak-kanak itu kepada pengetahuan umum untuk memudahkan gerakan mencari suspek.
  
Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

- Bernama

Bayi Diculik Ditemui




polisKUALA LUMPUR – Menurut tweet Bernama, Freddie Joseph, kanak-kanak yang diculik dari rumah ibunya di Bangsar semalam telah pun ditemui di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.
Seorang bayi lelaki warga Britain berusia setahun lapan bulan dilarikan dua individu di hadapan rumahnya di Jalan Terasik 7, Bangsar, di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata mangsa dikenali sebagai Freddie Joseph dipercayai dilarikan seorang suspek lelaki bersama seorang wanita ketika bayi itu bersama ibunya sedang minum petang di halaman rumah mereka.
“Ketika kejadian pukul 6.10 petang itu, ibunya Sarah Joseph berusia 38 tahun yang masuk sekejap ke rumah terdengar bunyi bising di luar lalu keluar semula untuk melihat apa yang berlaku.
freddie“Dia yang ternampak seorang lelaki cuba melarikan anaknya terus menerpa ke arah lelaki berkenaan untuk menyelamatkan anaknya itu sambil menjerit meminta tolong sehingga berlaku pergelutan,” katanya pada sidang media di sini.
Akibat daripada pergelutan itu, ibu bayi berkenaan mengalami kecederaan di pergelangan tangan kanan, katanya.
Ku berkata polis percaya lelaki itu datang bersama seorang wanita menggunakan kereta jenis Toyota Camry merupakan orang yang dikenali ibu mangsa yang juga merupakan ibu tunggal.
“Ketika ini siasatan kami lebih menjurus kepada masalah peribadi ibu mangsa, bagaimanapun ada juga kemungkinan ia bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan,” katanya.
Ku memberitahu polis akan mengedarkan gambar kanak-kanak itu kepada pengetahuan umum untuk memudahkan gerakan mencari suspek, menurut sumber Awani
Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
Anak Hadi disebut-sebut tanding jawatan anak Nik Aziz

Anak lelaki kepada presiden PAS Muhamad Khalil Abdul Hadi disebut-sebut bakal bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda bagi mewakili kumpulan proulama pada pemilihan Pemuda pada 21 November ini.

NONEJawatan itu kini disandang anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh, yang turut dicalonkan semula.

Nik Abduh (kanan) bagaimanapun telah menyatakan pendirian tidak mempertahankan jawatannya.

Turut dicalonkan bertanding jawatan itu, Naib Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, bekas anggota Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Mohamad.

Bagaimanapun, Muhamad Khalil dilihat bakal berdepan Raja Ahmad Iskandar ekoran calon-calon lain dilihat tidak berminat berentap jawatan nombor dua dalam dewan itu.

Berdasarkan ketokohan dan pencapaian akademik, kedua-dua pemimpin yang berpendidikan tinggi itu dilihat mempunyai peluang seimbang.

NONERaja Ahmad Iskandar mempunyai gelaran doktor falsafah daripada United Kingdom (UK) manakala Muhamad Khalil pula memporoleh sarjana daripada negara sama.

"Perwakilan akar umbi juga dilihat berbelah bagi. Sama-sama kuat. Mereka sama-sama di UK.

"Aktif berpersatuan di sana," kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Tarikh akhir penerimaan pencalonan jatuh kepada hari ini. Jawatankuasa pemilihan PAS dijangka mengumumkan siapa lawan siapa esok.
Anifah: Demokrasi bukan 'satu saiz untuk semua'
10:53AM Nov 8 2013
Sebagai sebuah negara berbilang kaum, budaya dan agama, Malaysia mengamalkan kesederhanaan untuk memelihara keamanan, perpaduan dan kestabilan dalam suasana yang pelbagai, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam.

Beliau memberitahu Forum Demokrasi Bali ke-6 di Indonesia bahawa konsep kesederhanaan berkesan dari segi menangani perbezaan, memudahkan komunikasi, menyelesaikan perbalahan dan memelihara kestabilan yang perlu untuk Malaysia terus maju.

"Serentak itu, ia mewujudkan hubungan harmoni di antara kumpulan etnik yang berbeza kerana ia mendorong sikap saling menghormati, memahami, toleransi, kerjasama dan keterangkuman," kata beliau pada forum dua hari dengan tema "Memperkukuh Demokrasi dalam Masyarakat Pluralistik".

Teks ucapan beliau dikirim kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Anifah berkata adalah satu hakikat diketahui umum bahawa memperkukuh demokrasi dalam masyarakat pluralistik adalah tugas yang sukar bila masyarakat itu terpisah-pisah.

Sambil mengiktiraf bahawa demokrasi bukan konsep satu saiz sesuai untuk semua, Anifah menegaskan ia mesti dilihat dalam konteks dimensi politik, sosial dan kebudayaan serta lanskap sesebuah negara.

Dalam menangani suasana yang pelbagai, beliau berkata Malaysia mengamalkan dasar integrasi, bertentangan dengan penerapan atau konsep identiti kebangsaan tunggal.

"Pendekatan sedemikian hanya berlaku menerusi dialog, kompromi, persefahaman, penerimaan dan saling menghormati," kata beliau.

Katanya, demi memperkukuh demokrasi dan perpaduan serta memelihara keamanan, dan kestabilan dalam negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan konsep 1Malaysia.

- Bernama
ADUN Matunggong letak jawatan dalam PKR
8:25PM Nov 8 2013
Naib Pengerusi PKR Sabah, Jelani Hamdan telah meletak jawatan  atas alasan beliau tidak dapat bekerjasama dengan ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin.

Bagaimanapun, Jelani tidak keluar parti, sekurang-kurangnya buat masa ini. Jelani adalah ADUN Mantunggong.

Ini merupakan tamparan kedua kepada PKR Sabah selepas ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad @ Malazad keluar parti itu pada hari Isnin dan mengisytiharkan dirinya wakil rakyat bebas yang mesra BN.

Dalam satu sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini, Jelani berkata beliau memohon menyertai parti itu pada 2010 tetapi permohonannya tidak diterima secara rasmi, tetapi beliau telah dilantik sebagai naib pengerusi PKR Sabah dua bulan lalu.

Jelani , seorang peguam , memberitahu pemberita bahawa selain Lajim, beliau juga tidak dapat bekerjasama dengan pemimpin PKR di peringkat nasional.

Katanya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubunginya secara peribadi dan memintanya supaya menghormati Lajim kerana dia seorang pemimpin senior.

Tetapi, katanya, beliau bertanya kepada Anwar apa yang dimaksudkannya Lajim seorang pemimpin senior, sedangkan Lajim hanya menyertai PKR dua hari selepas menang kerusi negeri dalam pilihan raya umum (PRU13) lalu.

Ke mana arah haluan Jelani?

Jelani adalah ahli Umno dalam tahun 1990-an dan kemudian menjadi ketua Umno cawangan. Beliau juga adalah presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah ( Samora ) sejak tahun 2000.

Katanya, beliau memohon untuk menyertai PKR pada 7 Julai 2010 kerana beliau kagum dengan Buku Jingga yang merupakan dokumen polisi bersama Pakatan Rakyat, dan Deklarasi Kuching gabungan itu, yang menjanjikan autonomi bagi Sabah.

Walaupun beliau bertanding di bawah tiket PKR dalam PRU13, Jelani berkata beliau tidak pasti sama ada beliau mahu meneruskan kerjaya politiknya dengan PKR atas alasan parti itu telah meminggirkan masyarakat Kadazandusun, Murut dan Rungus .

"Pada ketika ini, saya tidak tahu jika saya ahli PKR atau tidak kerana saya tidak mempunyai surat rasmi daripada HQ, " kata Jelani kepada pemberita. "Saya tidak menganggap diri saya seorang ahli, saya tidak mempunyai kad keahlian atau nombor ahli. Adakah anda fikir saya ahli?"

Jelani, 47, berkata beliau telah menghabiskan hampir 20 tahun dalam politik, dan menambah beliau dan penyokongnya mungkin membentuk parti mereka sendiri.
Berjuang melalui kartun maraton tak berpenghujung

  • Zunar
  • 4:31PM Nov 8 2013
ULASAN Pada 1 November lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan saya untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa polis mempunyai hak untukmenahan dan menangkap saya bawah Akta Hasutan kerana melukis kartun.

Saya ditangkap pada 24 September 2010 beberapa jam sebelum pelancaran buku Cartoon-O-Phobia.

Dalam serbuan itu, pasukan polis turut merampas 66 buku tersebut.

Saya kemudian memfail saman terhadap kerajaan kerana tangkapan tersebut jelas berniat jahat.

Walau bagaimanapun Mahkamah Rayuan seakan mengesahkan pendirian kerajaan bahawa melukis kartun di Malaysia adalah jenayah!

Saya akan menghadiahkan tiga buah buku kartun terbaru saya sebagai hadiah kepada para hakim supaya mereka memahami kartun.

Saya telah kalah dua kes di Mahkamah Tinggi dan menanti satu lagi kes di Mahkamah Rayuan dan saya tidak berharap untuk menang sebarang kes melawan kerajaan di mahkamah Malaysia.

Tujuan saya ke mahkamah ialah untuk membangkitkan kesedaran orang ramai betapa kerajaan cuba menutup pandangan berbeza sehingga menjadi takut dengan kartun.

Bagi saya, semua episod ini adalah sebahagian dari taktik kerajaan untuk menghentikan saya dari terus melukis untuk mendedahkan korupsi dan salah laku mereka.

Skrip bermula sejak September 2009 apabila pegawai-pegawai KDN menyerbu pejabat saya dan merampas lebih 400 komik baru, Gedung Kartun.

Keesokan hari mereka menyerbu kilang cetak dan memberi amaran lesen mereka akan tarik balik sekiranya terus mencetak buku Zunar di masa akan datang.

Amaran dan ugutan yang sama juga diberi kepada penjual-penjual buku di seluruh negara.

Dan apabila kerajaan nampak saya masih meneruskan penerbitan, mereka berpindah ke langkah kedua dengan mengharamkan lagi lima buah buku kartun saya atas alasan kandungannya "mengancam ketenteraman awam".

Akibatnya, perjanjian yang saya tanda tangani seminggu sebelum itu dengan sebuah agensi terkemuka untuk pengedaran buku terpaksa dibatalkan.

Kerajaan nampaknya berjaya dalam menyekat dan menakut-nakutkan dua tonggak sokongan produksi saya - pencetak dan pengedar.

Saya menanggung hutang puluhan ribu ringgit sehingga sekarang akibat halangan terhadap penjualan buku. Saya juga terpaksa memberhentikan kakitangan dan pembantu.

Kerajaan seolah berkata kepada saya: "Kamu boleh terus melukis, tetapi jika tiada siapa berani mencetak dan tiada siapa berani menjual, apa yang dapat kamu lakukan?"

Selepas itu, sukar bagi saya untuk mendapat pencetak yang berani mencetak buku saya dan berhadapan tindakan KDN.

Ketika produksi buku terbaru "The Pirates of the Carry-BN", saya terpaksa menghitamkan nama pencetak di dalam buku bagi melindungi kilang pencetak tersebut.

Saya tahu tindakan ini menyalahi undang-undang, tapi ini saja jalan penyelesaian yang ada.

Dari segi pengedaran, saya hanya bergantung kepada penjualan atas talian kerana tiada pekedai yang berani menjual secara terbuka.

Satu-satunya tempat yang boleh saya menjual buku ialah di majlis pelancaran 16 November ini di Petaling Jaya.

Seorang teman kartunis menasihati agar saya melembutkan cara menyampai mesej dalam kartun, dengan itu buku saya boleh dijual di pasaran terbuka dan saya boleh mendapat pendapatan selayaknya.

Jawapan saya tidak. Saya ingin menekankan bahawa saya tidak mahu sekadar melukis sebuah kartun.

Karya-karya saya bertujuan membongkar isu yang tidak disentuh oleh kartunis-kartunis ternama lainnya seperti isu Altantuya, Scorpene dan dakwaan pemborosan isteri perdana menteri. Saya juga ada menghasilkan animasi mengenai isu ALtantuya dalam Youtube.

Saya tidak akan mengorbankan tugas ini untuk ganjaran wang. Ini adalah sebahagian dari tanggungjawab sosial kartunis!

Berjuang melalui kartun ialah maraton tak berpenghujung.

Kita mengepal genggaman untuk mencapai pembentukan sebuah negara yang benar-benardiperintah rakyat, di mana Keluaran Dalam Negara Kasar adalah kebebasandan nilai kemanusiaan merentasi perbezaan agama dan kaum.

Kita tidak boleh membisu dan merestui semua bentuk korupsi, ketidakadilan, dan cengkaman pemerintah. How can I be neutral, even my pen has a stand!


Zunar menerima anugerah Keberanian dalam Melukis Kartun Editorial oleh Cartoonist Rights Network International, Washington. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel zunar49@gmail.com.

Tiada ulasan: