Khamis, 8 Ogos 2013

APA LAGI MANAUSIA MAU DARI ALLAH...ALLAH DAH HIDUPKAN DAN MEMBERI REZEKI DAN MACAM2 LAGI NIKMATNYA YANG TAK TERHITUNG......ITU PUN DEGIL DAN KERAS KEPALA...YANG TERUK TAK SEDAR DIRI


سُوۡرَةُ الرَّحمٰن
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلرَّحۡمَـٰنُ (١) عَلَّمَ ٱلۡقُرۡءَانَ (٢) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ (٣) عَلَّمَهُ ٱلۡبَيَانَ (٤) ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ بِحُسۡبَانٍ۬ (٥) وَٱلنَّجۡمُ وَٱلشَّجَرُ يَسۡجُدَانِ (٦) وَٱلسَّمَآءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ ٱلۡمِيزَانَ (٧) أَلَّا تَطۡغَوۡاْ فِى ٱلۡمِيزَانِ (٨) وَأَقِيمُواْ ٱلۡوَزۡنَ بِٱلۡقِسۡطِ وَلَا تُخۡسِرُواْ ٱلۡمِيزَانَ (٩) وَٱلۡأَرۡضَ وَضَعَهَا لِلۡأَنَامِ (١٠) فِيہَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَٱلنَّخۡلُ ذَاتُ ٱلۡأَكۡمَامِ (١١) وَٱلۡحَبُّ ذُو ٱلۡعَصۡفِ وَٱلرَّيۡحَانُ (١٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (١٣) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِن صَلۡصَـٰلٍ۬ كَٱلۡفَخَّارِ (١٤) وَخَلَقَ ٱلۡجَآنَّ مِن مَّارِجٍ۬ مِّن نَّارٍ۬ (١٥) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (١٦) رَبُّ ٱلۡمَشۡرِقَيۡنِ وَرَبُّ ٱلۡمَغۡرِبَيۡنِ (١٧) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (١٨) مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ (١٩) بَيۡنَہُمَا بَرۡزَخٌ۬ لَّا يَبۡغِيَانِ (٢٠) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٢١) يَخۡرُجُ مِنۡہُمَا ٱللُّؤۡلُؤُ وَٱلۡمَرۡجَانُ (٢٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٢٣) وَلَهُ ٱلۡجَوَارِ ٱلۡمُنشَـَٔاتُ فِى ٱلۡبَحۡرِ كَٱلۡأَعۡلَـٰمِ (٢٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٢٥) كُلُّ مَنۡ عَلَيۡہَا فَانٍ۬ (٢٦) وَيَبۡقَىٰ وَجۡهُ رَبِّكَ ذُو ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٢٧) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٢٨) يَسۡـَٔلُهُ ۥ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِى شَأۡنٍ۬ (٢٩) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٣٠) سَنَفۡرُغُ لَكُمۡ أَيُّهَ ٱلثَّقَلَانِ (٣١) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٣٢) يَـٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ إِنِ ٱسۡتَطَعۡتُمۡ أَن تَنفُذُواْ مِنۡ أَقۡطَارِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ فَٱنفُذُواْ‌ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلۡطَـٰنٍ۬ (٣٣) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٣٤) يُرۡسَلُ عَلَيۡكُمَا شُوَاظٌ۬ مِّن نَّارٍ۬ وَنُحَاسٌ۬ فَلَا تَنتَصِرَانِ (٣٥) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٣٦) فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةً۬ كَٱلدِّهَانِ (٣٧) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٣٨) فَيَوۡمَٮِٕذٍ۬ لَّا يُسۡـَٔلُ عَن ذَنۢبِهِۦۤ إِنسٌ۬ وَلَا جَآنٌّ۬ (٣٩) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّڪُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٠) يُعۡرَفُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ بِسِيمَـٰهُمۡ فَيُؤۡخَذُ بِٱلنَّوَٲصِى وَٱلۡأَقۡدَامِ (٤١) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٢) هَـٰذِهِۦ جَهَنَّمُ ٱلَّتِى يُكَذِّبُ بِہَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ (٤٣) يَطُوفُونَ بَيۡنَہَا وَبَيۡنَ حَمِيمٍ ءَانٍ۬ (٤٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٥) وَلِمَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ (٤٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٧) ذَوَاتَآ أَفۡنَانٍ۬ (٤٨) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٩) فِيہِمَا عَيۡنَانِ تَجۡرِيَانِ (٥٠) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥١) فِيہِمَا مِن كُلِّ فَـٰكِهَةٍ۬ زَوۡجَانِ (٥٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٣) مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشِۭ بَطَآٮِٕنُہَا مِنۡ إِسۡتَبۡرَقٍ۬‌ۚ وَجَنَى ٱلۡجَنَّتَيۡنِ دَانٍ۬ (٥٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٥) فِيہِنَّ قَـٰصِرَٲتُ ٱلطَّرۡفِ لَمۡ يَطۡمِثۡہُنَّ إِنسٌ۬ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ۬ (٥٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٧) كَأَنَّہُنَّ ٱلۡيَاقُوتُ وَٱلۡمَرۡجَانُ (٥٨) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٩) هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ (٦٠) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦١) وَمِن دُونِہِمَا جَنَّتَانِ (٦٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٣) مُدۡهَآمَّتَانِ (٦٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٥) فِيہِمَا عَيۡنَانِ نَضَّاخَتَانِ (٦٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٧) فِيہِمَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَنَخۡلٌ۬ وَرُمَّانٌ۬ (٦٨) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٩) فِيہِنَّ خَيۡرَٲتٌ حِسَانٌ۬ (٧٠) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧١) حُورٌ۬ مَّقۡصُورَٲتٌ۬ فِى ٱلۡخِيَامِ (٧٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧٣) لَمۡ يَطۡمِثۡہُنَّ إِنسٌ۬ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ۬ (٧٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧٥) مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفۡرَفٍ خُضۡرٍ۬ وَعَبۡقَرِىٍّ حِسَانٍ۬ (٧٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧٧) تَبَـٰرَكَ ٱسۡمُ رَبِّكَ ذِى ٱلۡجَلَـٰلِ وَٱلۡإِكۡرَامِ (٧٨) 
 Surah Ar-Rahman
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. (1) Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran. (2) Dialah yang telah menciptakan manusia. (3) Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. (4) Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu. (5) Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. (6) Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan. (7) Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8) Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. (9) Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain. (10) Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang. (11) Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum. (12) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (13) Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar. (14) Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang. (15) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (16) (Dialah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat. (17) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (18) Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. (19) Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. (20) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (21) Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan. (22) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (23) Dan Dialah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang. (24) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (25) Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. (26) Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. (27) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (28) Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! (29) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (30) Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! (31) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (32) Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (33) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (34) Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu). (35) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (36) Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak. (37) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? (38) Pada masa itu tiada sesiapapun, samada manusia atau jin yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya). (39) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (40) Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke Neraka). (41) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (42) (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah Neraka Jahanam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya. (43) Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api Neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! (44) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (45) Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. (46) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (47) (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan. (48) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (49) Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir. (50) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (51) Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). (52) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (53) Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (54) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55) Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (56) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (57) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (58) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (59) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? (60) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (61) Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua). (62) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (63) Kedua-duanya menghijau subur tanamannya. (64) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (65) Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya. (66) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (67) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. (68) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (69) Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (70) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (71) Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (72) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (73) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (74) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (75) Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (76) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (77) Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. / (78) 

 

TPPA: Guna lunak China henti asakan Amerika

Abdul Aziz Mustafa, 07 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Sikap lunak China terhadap Asia dan isu di Laut China Selatan seharusnya digunakan oleh Malaysia dan Asean untuk menghentikan asakan Amerika agar kita bersetuju dengan Perjanjian Kerjasama Trans-Pacific (TPPA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Kerajaan Malaysia perlu ambil maklum akan dua perkembangan menarik yang membawa implikasi besar kepada hubungan China-Malaysia dan juga Asean.

"Yang pertama adalah kenyataan Presiden Xi Jinping kepada Politburo Parti Komunis China [CCCP] Rabu lepas bahawa persengketaan pertindihan wilayah di Laut China Selatan mesti diselesaikan melalui perundingan.

"Yang kedua adalah laporan berita daripada Bangkok Sabtu lepas diamana Thailand mengumumkan bahawa China bersetuju untuk menjadi tuan rumah kepada mesyuarat bersama dengan Asean untuk membincangkan South China Sea Code of Conduct pada 28 dan 29 Ogos ini," kata beliau.

Mahfuz berkata, kedua- dua kenyataan tersebut adalah perkembangan yang sangat baik dalam pengutuhan hubungan diplomatik China-Malaysia dan juga Asean.

"Saya melihat perkembangan ini sebagai landasan atau platform di mana 'building blocks' dapat dibina bagi mendamaikan pertindihan tuntutan wilayah di Laut China Selatan dan seterusnya penghasilan ekonomi Laut China Selatan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Laut China Selatan, kata Mahfuz, dapat digerakkan bagi manafaat semua negara yg terlibat.

"Contohnya penghasilan perlombongan minyak dan gas di Terumbu Layang-Layang dapat diterokai bersama melalui 'kongsitium' Malaysia, China dan Filipina.

"Banyak manafaat yg boleh didapati melalui cara ini," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Malaysia harus menyambut dan mengalu-alukan kedua-dua perkembangan ini dan seterunya membina 'building blocks' ke arah kerjasama China-Malaysia dan juga ASEAN.

"Jangan lupa bahawa China merupakan rakan niaga terbesar Malaysia dan hubungan perdagagan China-Malaysia adalah yang terbesar d ASEAN.

"Ambillah peluang ini untuk mengembalikan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali [ZOPFAN] yang dipelopori oleh Almarhum Tun Razak Hussain di era tujuh puluhan dahulu dan ZOPFAN telah diambil ASEAN sebagai landasan hubungan luar seluruh negara ASEAN," katanya.

Mahfuz mencadangkan agar kerajaan Malaysia memanfaatkan dua perkembangan positif itu untuk menjuarai Laut China Selatan sebagai Zon Aman dan Kemakmuran Bersama (Zone of Peace And Mutual Prosperity - ZOPMAP).

"Kerajaan sepatutnya mengambil peluang ini untuk bertindak atas dasar berkecuali.

"Gunakanlah perkembangan ini untuk menghentikan asakan Amarika agar kita bersetuju dgn TPP agar negara ini tidaklah di bawah telunjuk Amerika sahaja.

"Kalau Tun Razak bijak dgn ZOPFANnya, tidak patutlah anak Tun Razak dicucuk hidung oleh Amerika," katanya.

Mari kita fikir pertanyaan, apa lagi Malaysia mahu

Harakahdaily, 07 Ogs 2013
KUALA LUMPUR: Aidilfitri adalah kesempatan yang baik untuk bukan Muslim di Malaysia menyertai rakan-rakan mereka dari kalangan Muslim dalam perayaan yang disambut di seluruh negara ini bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan, keharmonian dan rasa kebersamaan yang telah dibina selama 56 tahun usia Malaysia.

Demikian dinyatakan oleh Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam msej ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua Muslim di Malaysia.

Beliau berkata, beberapa peristiwa mutakhir ini telah membangkitkan kebimbangan tentang masa depan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, budaya dan daerah.

Lim mengimbas kembali sejurus selepas pilihanraya umum ke-13, Utusan Malaysia terus menerbitkan tajuk muka depan: Apa Lagi Cina Mahu?

“Soalan ini tidak sepatutnya ditanya, demikian juga soalan-soalan lain seperti Apa lagi Melayu mahu? Apa lagi India mahu? Apa lagi Kadazan mahu? atau Apa lagi Dayak mahu?”

“Kita boleh faham kalau soalan-soalan sedemikian ditanya di dekad pertama penubuhan negara ini. Ada sesuatu yang tak kena kalau ia masih diajukan di dekad keenam usia negara ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Justeru, katanya soalan yang lebih tepat untuk ditanya adalah: Apa lagi Malaysia mahu?.

Maka, jelas beliau jawapannya adalah, Malaysia mahukan tadbir-urus yang baik, kejayaan dalam usaha membasmi korupsi, keamanan dalam negara dan kadar jenayah yang rendah; keadilan ekonomi, kemajuan dan kemakmuran untuk semua warga serta sistem pendidikan bertaraf dunia dari peringkat rendah sampai ke universiti.

Baginya, ada sesuatu yang amat tidak kena jika dalam proses pembinaan negara ini kita berulangkali mendengar ungkapan ‘Balik Cina’, ‘Balik India’ malah ‘Balik Indonesia’.

“Inilah kesempatan untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini dan tidak mempunyai hasrat untuk berhijrah ke negara lain merenung bagaimana hendak menjadikan Malaysia lebih bersatu, lebih harmoni, lebih kukuh, lebih membangun dan lebih makmur untuk semua rakyatnya tanpa mengira kaum, agama atau fahaman politik.

“Marilah semua kita rakyat Malaysia memikirkan pertanyaan ‘Apa lagi Malaysia mahu?’,” kata beliau.

07 Ogos 2013


APA LAGI SINGAPURA MAHU? LEE KUAN YEW DEDAH KEBODOHAN MALAYSIA....?!!!!!

Kita lihat bagaimana kebijakan singapura mengurus dan mentadbir negaranya ,mereka menggunakan 40% tenaga kerja asing dari Malaysia, ini bermakna mereka mencari makan disana.

Paling menyedihkan kita sudah Hilang Punca dalam daya saing, tak berguna kita menafikan dengan ugutan kasar kepada Singapura dengan helah ahli politik, media menghala kemarahan jangan campur tangan hal ehwal negara kita.....

Buktinya KDNK Singapura per kapita 5 kali ganda daripada Malaysia.

Impian najib untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju hanyalah syok sendiri sedangkan 85% rakyat negara kita masih tidak layak dikenakan cukai pendapatan.


Baca dibawah tulisan TMI tentang pandangan Lee Kuan Yew tentang ekonomi Malaysia.......


Malaysia kehilangan bakat besar kerana dominasi kaum, kata Kuan Yew

Malaysia telah bersedia kehilangan bakat besar apabila polisi berasaskan kaum diamalkan bagi menjaga kelangsungan bangsa tertentu, kata Lee Kuan Yew dalam buku barunya yang dilancarkan malam tadi di Singapura.

Meskipun Malaysia menyedari akan hal ini dan cuba membawa pulang pakar dari luar negara, usaha ini sudah terlambat, katanya.

“Ini faktor yang melemahkan negara. Ia seakan menafikan peluang bagi pembentukan bakat besar yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

“Mereka sudah bersedia kehilangan bakat muda bagi mengekalkan dominasi bangsa tertentu,” katanya menerusi buku 400 muka surat itu yang bertajuk “One’s Man View of the World” (Pandangan Terhadap Dunia Luar).

Buku tersebut memuatkan perbualan di antara Lee dan idolanya, Helmut Schmidt, bekas pemimpin Jerman Barat. Mereka membincangkan tentang hal sedunia sewaktu Schmidt melawat Singapura tahun lalu.

Dalam buku itu juga, Lee menerangkan Malaysia kehilangan punca dan memberikan negara lain peluang bersaing dalam persekitaran bebas.

Kira-kira 400,000 daripada satu juta rakyat Malaysia bekerja di Singapura, menurut rekod Bank Dunia.

Sewaktu mengumumkan pelan ekonomi lima tahun Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata di Parlimen pada 2011, kerajaan akan menubuhkan Talent Corporation bagi memanggil pulang sebilangan 700,000 rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.

Lee memberitahu dalam bukunya, perubahan demografi Malaysia bakal melihatkan jurang besar dalam keistimewaan orang Melayu kelak.

Beliau memberi contoh semasa tamatnya Dasar Ekonomi Baru, pecahan populasi bangsa Cina dan India menurun dengan mendadak.

“Kaum Cina berjumlah 35.6 peratus daripada keseluruhan populasi pada 1970, berkurang kepada 24.6 peratus pada bancian 2010. Dalam tempoh sama, jumlah kaum India mengecil dari 10.8 peratus kepada 7.3 peratus,” katanya.

Beliau menambah, “40 peratus pendatang asing adalah dari Malaysia.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, kaum Cina dan India gemar berhijrah ke Eropah, Amerika dan Australia. Ada di antara mereka menjadi individu hebat seperti Penny Wong yang merupakan Menteri Kewangan Australia. Ada juga yang memilih untuk masih tinggal di Malaysia, sesetengah mereka tidak berhajat untuk berhijrah dan ada di antara mereka berjaya melalui perniagaan meskipun terbeban dengan polisi diskriminasi.

“Kebanyakan kelompok kelas kelas kedua ini menjalinkan hubungan dengan orang Melayu bagi meneguhkan kedudukan mereka," katanya.

Data Bank Dunia pada 2012 menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Singapura mencecah $AS51,709 berbanding Malaysia dengan $AS10,381.

Namun Najib menjelaskan Malaysia bakal menjadi negara maju berpendapatan tinggi pada 2018, dua tahun lebih awal dari sasaran menjelang tahun 2020.

14 Mei 2013


TERHOT ! APA LAGI PERKASA MAHU ? ORANG MELAYU BERCAKAP BENAR HANGPA NAIK BERANG..!!!



Tulisan bos AirAsia X buat PERKASA berang

Ketua pegawai eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani menjadi sasaran cemuhan balas dari pelbagai penjuru hari ini ekoran tulisannya di laman sosial yang didakwa memperlekehkan pertubuhan pro-Melayu PERKASA dan akhbar Utusan Malaysia.

Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar sikap “bongkak” dan “lupa diri” Azran.

Berang dengan tulisan Azran, pemangku presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut “angkuh” kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa “kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia”.

"Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu?



"Dia menuduh kerana fikiran sempit Perkasa menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah dia tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?," kata Abdul Rahman seperti dipetik Utusan.

Menurut laporan berkenaan, Azran menulis di Twitter dan Facebook bahawa beliau meluat dengan Utusan Malaysia dan menyalahkan akhbar tersebut kerana menyiarkan laporan muka depan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?'. SUMBER

Apa lagi orang Cina mahu?

KUALA LUMPUR 6 Mei - Masyarakat Cina gagal dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang orang Melayu menjadi terasnya.
Kegagalan itu sudah tentulah mengecewakan mereka yang amat berharap dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ia menjadi medan untuk mereka 'menguburkan' UMNO melalui kejayaan pakatan pembangkang.
Biarpun mereka melakukan gerakan yang dilihat bersepadu di seluruh negara dengan memastikan hampir semua undi diberikan kepada parti cauvinis, DAP dan calon-calon pakatan pembangkang lain khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) namun ia belum cukup menumbangkan kepimpinan BN yang UMNO menjadi tonggak utama.
Justeru tidak hairanlah, semalam puak-puak yang dianggap tidak tahu mengenang budi ini melakukan tindakan yang memualkan apabila melancarkan apa yang dipanggil silent walk.
Program itu bertujuan menyatakan protes kononnya PRU-13 dijalankan secara tidak bersih dan mereka mahu rakyat bangkit melakukan protes berjalan secara senyap di kompleks-kompleks membeli-belah.
Malahan dalam laman Facebook dan Twitter tersebar gambar perbuatan biadab sekumpulan remaja Cina yang bergambar bersama Jalur Gemilang yang diterbalikkan.
Persoalannya apa lagi yang puak- puak ini mahu dalam bahasa mudah, 'apa lagi orang Cina mahu'! Tidak cukupkah DAP memenangi 38 kerusi daripada 51 kerusi yang parti itu tandingi dan seterusnya menjadikan ia parti dominan dalam pakatan pembangkang.
Mungkin kekecewaan mereka biarpun diberi layanan yang begitu istimewa oleh kerajaan BN kerana pakatan pembangkang gagal memerintah.
Mereka membuat percaturan jika pakatan pembangkang menang ia akan membolehkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua.
Melalui cara itu, mereka berharap ia boleh dijadikan platform untuk membuat pelbagai tuntutan termasuklah mungkin menganggu gugat hak orang Melayu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.
Hakikatnya, masyarakat Cina sememangnya sudah lama menyimpan hasrat untuk memiliki kuasa politik yang kuat.
Berikutan kesediaan PKR dan Pas bekerjasama dengan DAP, masyarakat Cina melihat PRU-13 peluang terbaik, justeru mereka keluar habis-habisan mengundi dan memberi isyarat untuk menolak BN.
Segala kebaikan yang ditunjukkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempelopori gagasan 1Malaysia langsung tidak dihargai.
Malahan kesudian Perdana Menteri melayani dan mempertimbangkan serta bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cauvinis Cina, Dong Zhong turut dilupakan begitu sahaja.
Begitu juga dengan pelbagai program, projek dan tuntutan masyarakat Cina yang hampir keseluruhannya dilaksana dan dipenuhi oleh kerajaan BN.
Tetapi ternyata, mereka menjadi kelompok yang tidak tahu membalas budi. Mereka hanya bijak bersandiwara di hadapan pemimpin-pemimpin BN dengan tujuan memperoleh apa yang mereka hajati.
Apa yang mereka pohon diluluskan tetapi undi diberi kepada DAP. Kini mereka cuba pula hendak mencetuskan suasana tidak tenteram apabila melakukan pelbagai protes yang boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.
Kelompok seumpama ini perlu diperingatkan bahawa jangan sampai mereka dilihat terlalu melampau untuk membuat tuntutan politik mereka kerana kesabaran orang Melayu ada hadnya.
Dan apa yang pasti seperti mana kata bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; ''... mereka kata orang Melayu rasis sebaliknya, kali ini mereka sangat rasis.''

Lajim Ukin buat persiapan pertahan Dun Klias

Selangorku, 07 Ogs 2013
SHAH ALAM: Tiada peruntukan mewajibkan nama pencetak dan penerbit dipapar pada risalah kempen pilihan raya berdasarkan Akta Pilihan Raya, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias di Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Mengikut peguamnya, beliau berkata, alasan yang membawa kepada satu-satunya perbicaraan dalam permohonan petisyen pilihan raya setakat ini, berkaitan risalah yang tidak tertera nama pencetak dan penerbit.

“Kalau setakat calon poster, semua kita ada cetak (nama pencetak dan penerbit) sebab itu ada dalam bawah Akta Pilihan Raya tetapi kalau lain-lain risalah itu, tidak perlu,” katanya ketika dihubungi TV Selangor di sini, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan keputusan PRU-13 bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi Lajim dengan majoriti 179 undi, dicabar.

Ia susulan calon Barisan Nasional (BN), Isnin Aliasnih memfail petisyen bagi mencabar keputusan PRU 13 bagi kerusi DUN Klias yang dimenangi Lajim dengan majoriti 179 undi.

Pada pertandingan empat penjuru itu, bekas Menteri Kabinet itu memperoleh 6,324 undi, Isnin (6,145 undi), Mohd Sanusi Taripin (SAPP) 182 undi manakala Aliapa Osman (STAR) 71 undi.

Menyifatkan alasan berkaitan nama pencetak dan penerbit itu sebagai tidak konkrit, Lajim berkata, peguamnya sedang membuat persediaan untuk menghadapi pendengaran perbicaraan pada September depan.

Siri pembunuh upahan tonjol kejahatan sempurna?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 07 Ogs 2013

Sama ada ia suatu jenayah berat atau fononema baru dalam siri pembunuh upahan di Malaysia, apa yang berlaku memperlihat bentuk realiti menakutkan atau realiti yang `horror’.

Mungkin perkara ini boleh disimpulkan melalui tajuk akhbar Singapura, The New Paper iaitu `Welcome to Malaysia: Where Death is cheap and staying alive is costly’.

Ini juga berdasarkan kepada bayaran kepada pembunuh upahan dengan harga yang rendah sebanyak RM1,000 untuk mencabut nyawa manusia. (Sinar Harian, 5 Ogos 2013)

Lagi

Kalau dah bersara tu, diamlah, kata Pak Lah

http://www.ekeleh.com, 07 Ogs 2013
Mahathir_Pak_Lah

Buku Pak Lah, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia memaparkan masa-masa beliau menjadi PM Malaysia. Seperti dilaporkan, jelas dalam buku tersebut banyak bahagian yang Pak Lah terpaksa membalas balik terhadap kritikan Mahathir sebelum ini.
Pak Lah juga perli Mahathir, antaranya Pak Lah bertekad tak mahu menjadi seperti Dr Mahathir. Pak Lah nak Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri.
Tulis Pak Lah, “Sebab itu saya kekal berdiam diri selama ini. Saya percaya bila kita sudah bersara, kita akan bersara. Tidak lagi perlu kita campurtangan. Jika ada yang tidak puas hati, kita luahkan secara tertutup. Kenapa perlu hebahkan kepada media?.

Baca lagi

 

Tiada ulasan: