Like This Page · February 13
ASSALAMUALAIKUM.WRH.WBT
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI
Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله
(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)
Dengan langkah longlai kura-kura baru bergerak............ jeng.. jeng.. jeng..BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
15 RAHSIA KEAJAIBAN KAABAH YANG PERLU DIKETAHUI
Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama
إن شاء الله
(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)
Posted on Monday, July 01 @ 16:30:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"Setelah habis modal untuk menipu,akhirnya dengan "langkah longlai, lembab,lpergerakan kura-kura", SPRM membuka kertas siasatan keatas SPR.
Biasalah,"Barua" siasat "barua". Dua kali lima.
Bayangkan jika kes membabitkan Pembangkang, SPRM turun bangunan (maaf...bukan orang dibuang dari bangunan!) tanpa lif dan tangga! Demi untuk siasat kes babitkan pembangkang.
Percayalah,kes ini bakal di"bakulsampah"kan. Bakul sampah bersepah dalam bangunan SPRM.
Dengan langkah longlai kura-kura baru bergerak............ jeng.. jeng.. jeng.."
RCI untuk siasat Najib, Zahid Hamidi
Posted on Monday, July 01 @ 16:36:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: paolomaldini
"Menurut Mat Zain, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara juga berada dalam situasi konflik kepentingan.
PETALING JAYA: Bekas Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim menyarankan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat empat individu berprofail tinggi yang didakwa mempunyai konflik kepentingan.
Menurut Mat Zain mereka ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau menyarankan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan persetujuan jemaah menteri bagi mendapatkan perkenan Yang DiPertuan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat keempat mereka yang terlibat mengikut terma-terma rujukan yang kabinet fikirkan wajar.
“Rakyat sedang menunggu apakah tindakan yang akan dikenakan terhadap Zahid yang didakwa telah mendatangkan cedera parah ke atas seorang awam Amir Bazli Abdullah pada tahun 2006.
“Begitu juga dengan Khalid setelah Hakim Datuk VT Singham mendapati beliau cuai untuk mempastikan keselamatan saspek di bawah jagaannya, selain cuba menyembunyikan punca kematian A Kugan, ketika beliau bertugas sebagai Ketua Polis Selangor,” katanya.
Mat Zain berkata, orang yang boleh mengambil tindakan terhadap Zahid dan Khalid ialah Najib yang telah menasihatkan Yang DiPertuan Agong untuk melantik kedua-dua mereka.
“Orang yang mempunyai kuasa untuk memutuskan sama ada untuk memulakan prosiding jenayah terhadap Zahid dan Khalid atau sebaliknya ialah Abdul Gani.
“Peguam Negara dengan kuasa yang dibekalkan kepada beliau dalam perlembagaan, selain daripada bertanggung jawab untuk menasihati YDP Agong dan jemaah menteri dalam perkara berkaitan undang-undang.
“Malangnya kedua-dua Najib dan Gani pula, didakwa terlibat dengan beberapa salahlaku jenayah serius dan mereka masih belum membersihkan diri masing-masing, daripada siasatan polis yang sedang atau yang sepatutnya telah dijalankan ke atas mereka.
“Nyata keempat mereka iaitu Najib, Zahid, Gani dan Khalid berada dalam situasi konflik kepentingan masing-masing,” katanya dalam suratnya kepada Muhyiddin hari ini.
Manakala salinannya dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun dan Khalid.
`Terdapat precedent’
“Saya ingin nyatakan di sini, terdapat precedent di mana Timbalan Perdana Menteri menyembahkan permohonan kerajaan untuk penubuhan RCI dan mendapat perkenan YDP Agong.
“Ini ialah berkaitan RCI mata-lebam yang dipekenankan oleh YDP Agong bersandarkan permohonan yang disembahkan dan ditandatangani oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika itu Timbalan Perdana Menteri pada 3.Februari 999 serta telah diperkenankan pada tarikh sama.
“Tindakan itu dipercayai kerana Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamed berada dalam situasi konflik kepentingan.Ini berikutan pada 1 Oktober 1998, beliau telah mengumumkan pendapat beliau bahawa kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah akibat self-inflicted, sedangkan siasatan polis baru sahaja dimulakan beberapa hari sebelum itu pada 27 September 1998,” tambah beliau.
Menurut Mat Zain lagi, pada 8 Oktober 1998, pegawai penyiasat telah memberi taklimat kepada Dr Mahathir kecederaan yang Anwar alami bukan akibat self-inflicted tetapi akibat dicederakan oleh mantan Ketua Polis Negara.
Beliau berkata, Muhyiddin tidak boleh mengenepikan cadangan menubuhkan RCI dalam menyelesaikan kemelut ini sebagai suatu cadangan yang tidak munasabah atau luar biasa.
Precedent menangani kebuntuan seperti yang dihadapi sekarang, bukan dicedok atau ditiru daripada mana-mana negara lain, sebaliknya adalah keputusan jemaah menteri sendiri di mana Tan Sri (Muhyiddin) dan Najib, antara menteri yang membuat keputusan sedemikian, tambah beliau.
Melainkan jika Muhyiddin atau kabinet sedia ada, mempunyai idea atau cara yang lebih berkesan dan efisyen lagi untuk menyelesaikan situasi deadlock yang dihadapi sekarang ini,maka RCI hendaklah ditubuhkan segera.
Kata Mat Zain lagi, sebarang kelengahan atau keengganan membuat keputusan berkaitan kemelut ini, akan dilihat sebagai percubaan untuk melindungi salahlaku jenayah mereka yang terlibat dengan tujuan mengelakkan mereka dari dikenakan hukuman undang-undang.
“Sekiranya seorang pegawai polis yang berpangkat sekadar Asisten Komisioner pada masa itu, sanggup bersemuka dengan Dr Mahathir dan memberikan pendapat yang bertentangan dengan pendapat Perdana Menteri yang telah diumumkan secara rasmi, maka saya yakin YAB Tan Sri tidak ada masaalah untuk menangani kemelut yang ada di hadapan rakyat dan kerajaan seperti sekarang ini,” tambah Mat Zain.
FMT"
Mat Yo naik angin, lempar pingat ke tong sampah
Posted on Monday, July 01 @ 16:26:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: laniismaa
"Penyerang JDT, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo di antara yang paling kecewa kerana hanya bergelar naib juara Piala FA sabtu lalu. Mana taknya, kalau JDT menang, Audi Q7 mungkin menjadi miliknya.
Pemain terbaik negara antara tonggak utama Johor DT yang bermain bermati-matian sepanjang 90 minit sebelum ditewaskan bekas pasukannya, Kelantan 1-0 di Stadium Bukit Jalil.
Kemuncaknya anginnya apabila dia membuang pingat diterimanya ke dalam tong sampah sebelum masuk ke bilik persalinan seperti dilaporkan Berita Harian. Dia juga enggan ditemuramah.
Dia berhak marah dan kecewa kerana Mat Yo sendiri tidak banyak mendapat bantuan rakan sepasukan. Paling mengecewakan Mat Yo apabila golnya pada minit ke-63 dibatalkan pengadil Syed Azhar Syed Kamar yang terlebih dulu meniup wisel kerana mendakwa penyerang itu mengasari Azizi Matt Rose.
Lain kalilah!! Tak pe, pingat tu dikutip semula… - Lagi
Baca juga :Dah kena rompak, baru Khairy jenayah serius"
Pecah Berita!! Selangor Bina Mahad Tahfiz Terbesar Di Sabak Bernam
Posted on Monday, July 01 @ 11:16:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"
SHAH ALAM: Mahad Tahfiz Sains yang terbesar di Selangor di Bagan Terap, Sabak Bernam dijangka akan siap suku tahun hadapan kata Exco Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi.
Manakala kerajaan negeri bercadang untuk membina dua lagi mahad tahfiz yang baru di kawasan Sepang dan Selayang, kata Sallehin, yang juga Adun Sabak.
Bagi mahad tahfiz di Bagan Terap itu, Sallehin berkata kerajaan negeri dalam proses membaikpulih bangunan Institusi Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) yang lama supaya ia boleh digunakan untuk mahad tersebut.
“Kita merangka untuk lima tahun ini, kita mahu tubuhkan tiga mahad tahfiz.
“Tujuan utama perancangan menubuhkan Mahad Tahfiz Sains adalah untuk melahirkan ramai pelajar penghafaz Al-Quran.
“Disamping itu pelajar juga tidak ketinggalan meningkatkan prestasi akademik mereka,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Masjid Negeri, di sini.
Untuk permulaan, Mahad Tahfiz Sains Bagan Terap akan menampung seramai 500 pelajar.
[Baca seterusnya...]"
Jenayah, Kenapa tak pohon pada Ilahi?
Posted on Monday, July 01 @ 11:19:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: amkns
"Kalau kita boleh menunaikan solat sunat ‘istisqa’ berjemaah untuk memohon kepada Allah SWT supaya diturunkan hujan bagi mengatasi masalah jerebu yang melanda di negara ini kenapa kita tidak mahu memohon pertolongan Allah SWT dalam soal membenteras kes jenayah.
Kes jenayah seperti rompak, samun, curi, ragut, bunuh, dera, pecah rumah, rogol, terbukti semakin meningkat apabila baru-baru ini pihak polis mencadangkan supaya restoran-restoran yang beroperasi 24 jam memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan mengupah pengawal keselamatan bagi menjaga premis mereka.
“Polis tidak boleh berkawal di sesuatu tempat itu dalam tempoh yang lama, banyak lagi tugasan penting yang perlu dilaksanakan selain hanya memantau atau memfokus kepada lokasi yang sama, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yusoof.
Kalau kita tidak mampu mengambil Islam sebagai satu cara hidup atau tidak mampu melaksanakan undang-undang Allah setakat ini, sekurang-kurangnya kita harus menganjurkan solat sunat hajat berjemaah dan diselit dengan doa ‘qunut nazilah’ dalam setiap solat fardhu kita.
Zainal Abidin Nor - June 30, 2013
freemalaysiatoday.com"
Konsep Membanteras Jenayah Dalam Islam
Dr Zainal Azam bin Abd Rahman
Fellow Kanan, Institut Kefahaman Islam Malaysia
Perkataan jenayah dalam Islam mengandungi pengertian yang am dan khusus. Secara amnya ia bererti sesuatu yang tidak baik dilakukan dan ia merangkumi dosa. Dari segi perundangan apa sahaja yang dilarang dalam Islam, jika dilakukan ia adalah satu dosa dan dengan itu boleh ditakrifkan sebagai jenayah dan mempunyai implikasi-implikasi tertentu dari segi hukuman.
Jenayah hudud adalah pelanggaran hak Allah yang dikenali juga sebagai hak awam atau masyarakat dan dalam masa yang sama merupakan satu dosa besar pada pandangan Islam. Hukuman hudud tidak boleh digugurkan jika telah sabit dengan bukti di hadapan mahkamah. Begitupun ia boleh digugurkan jika pengakuan itu ditarik balik oleh tertuduh walaupun pada saat-saat akhir sebelum hukuman.
Jenis-jenis kesalahan hudud dan kukumannya adalah tetap tidak boleh dipinda kerana ia bersifat mandatori. Pendakwaan kes-kes hudud dibuat oleh pihak pendakwa awam yang mewakili pihak berkuasa dan juga masyarakat keseluruhannya. Oleh sebab yang demikian ia menepati konsep jenayah sebagaimana yang difahami dalam konteks perundangan konvensional kerana ia adalah pelanggaran terhadap sesuatu hak awam atau masyarakat. Fungsi hukuman hudud adalah bersifat menghukum dan juga bagi tujuan pencegahan dan kerana itu salah satu rukun yang perlu ada ialah kesalahan itu hendaklah telah dilakukan dengan niat dan dengan cara sengaja.
Takzir ialah
satu bentuk pelanggaran hak Allah yakni hak awam dan dalam masa yang
sama juga merupakan satu dosa. Jenis kesalahan takzir disebut dalam
syariah, tetapi hukumannya terserah kepada budi bicara pemerintah atau
hakim yang mendengar sesuatu kes itu. Hukuman yang dikenakan tidak
bersifat mandatori kerana ada banyak pilihan yang boleh dibuat oleh
hakim berkenaan dengan mengambil kira keadaan atau status pesalah,
melainkan pihak pemerintah telah menetapkan hukuman tertentu bagi
kesalahan tersebut.
Pendakwaan bagi kes-kes
takzir dilakukan oleh pihak pendakwa awam dan kerana itu takzir juga
mempunyai ciri-ciri jenayah dalam konteks konvensional. Ia juga
bertujuan menghukum pesalah dan juga untuk pencegahan. Yang membezakan
takzir dengan hudud ialah hukuman hudud sudah ditentukan bagi kesalahan
berkenaan dan tidak boleh dipinda atau diubah kepada hukuman lain.
Qisas pula ialah kesalahan yang merangkumi sebarang
tindakan salah dengan sengaja dan niat bagi membunuh atau mencederakan
seseorang. Ia adalah hukum bunuh balas bunuh dan cedera balas cedera.
Dari segi konsepnya, pelanggaran hak yang berlaku dalam kes qisas adalah
terhadap hak Allah/awam dan juga hak individu tetapi Islam menganggap
hak individu adalah lebih besar dalam hal ini.
Oleh
itu Islam memberikan hak kepada individu berkenaan ataupun warisnya
untuk mengambil tindakan ke atas tertuduh. Lantaran itu ia terserah
kepada mereka sama ada hendak mengambil tindakan atau tidak. Kerana itu
kesalahan qisas dari segi teknikalnya tidak boleh dikategorikan sebagai
jenayah mengikut kaca mata konvensional kerana hak mendakwa bukan
terletak kepada pendakwa awam atau masyarakat.
Manakala
bagi kes-kes yang tidak terjadi akibat adanya niat dan perlakuan
sengaja oleh tertuduh, maka hak mangsa atau keluarganya adalah terhadap
pampasan atau ganti rugi yang dikenali dalam Islam sebagai diyat dan
daman. Hukuman qisas juga boleh ditukar dengan tuntutan diyat atau
pampasan jika diinginkan oleh mangsa atau warisnya dan mereka juga boleh
memberikan kemaafan secara percuma kepada pesalah yang telah
disabitkan. Jika kerana sesuatu sebab khusus qisas tidak dapat dikenakan
ke atas pesalah, maka hukuman qisas itu dengan sendiri digugurkan dan
diganti dengan diyat atau pampasan.
Kesalahan
qisas dan diyat sebenarnya merupakan satu bentuk hukuman yang merangkumi
tujuan menghukum pesalah sengaja dan juga memberi pampasan kepada
mangsa bagi kesalahan tanpa niat. Kerana itu ia lebih sesuai dikaitkan
dengan undang-undang tort dalam konteks konvensional melainkan ia
melibatkan pihak mangsa atau waris menuntut qisas dilaksanakan kepada
pesalah di mana elemen pampasan tidak timbul.
Pelaksanaan
undang-undang jenayah Islam pada asasnya merupakan sebahagian daripada
ketaatan umat Islam kepada perintah Allah s.w.t. dan kerana itu
mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan soal akidah dan keimanan
mereka kepada Tuhan Yang Maha Pencipta dan Maha Adil. Ini kerana
peraturan jenayah seperti mana yang ditetapkan oleh Allah di dalam
al-Quran dan juga sunah Nabi adalah sebahagian daripada agama Islam itu
sendiri.
Dari segi yang lain pula, hukuman yang
dikenakan ke atas penjenayah yang terbukti bersalah, sebenarnya satu
proses penyuciannya daripada dosa yang dilakukan. Ini membezakan
kedudukan hukuman Islam dengan hukuman biasa atau sivil di mana tidak
seperti pesalah yang menerima hukuman di bawah undang-undang syariah
yang akan dikira bersih dari dosa, pesalah di bawah undang-undang biasa
tidak akan menikmati kedudukan yang sama.
Ini
kerana di bawah perundangan biasa, undang-undang dan hukuman tiada
kaitan dengan konsep dosa dan pahala serta perhitungan hisab di hari
akhirat. Lantaran menyedari hakikat inilah kita dapati pada zaman Nabi
ada orang yang telah melakukan dosa dan jenayah dengan rela hati datang
menemui Nabi meminta dibersihkan daripada dosa dan memohon dijatuhkan
hukuman seperti mana yang telah diperuntukkan oleh Allah.
Keadaan ini tidak mungkin berlaku dalam sistem
perundangan biasa, bahkan pelaku jenayah akan sentiasa berusaha untuk
melepaskan dirinya daripada tuduhan walaupun memang sebenarnya dia telah
melakukan jenayah berkenaan.
Sistem perundangan
jenayah Islam juga mengambil kira nilai kemanusiaan sejagat. Ini jelas
dapat dilihat dalam peruntukan qisas bagi kes bunuh dengan niat serta
disengajakan di mana kedudukan dan rasa hati waris mangsa diambil kira
dalam menentukan jenis hukuman yang bakal dihadapi oleh pembunuh. Bagi
yang berasa puas hati jika hukuman balas bunuh dapat dikenakan ke atas
pembunuh, mereka berhak untuk menuntut agar hukuman demikian
dilaksanakan. Ini sudah tentulah akan dapat menghapuskan rasa marah dan
keinginan hendak membalas dendam yang lumrahnya ada pada ahli keluarga
mangsa yang mati dibunuh.
Manakala bagi yang
ingin memaafkan pembunuh boleh berbuat demikian sama ada dengan menuntut
pampasan/diyah sebagai balasan ataupun membebaskannya secara percuma.
Elemen pampasan ini sudah tentulah akan lebih bermakna lagi bagi ahli
keluarga mangsa yang berada dalam keadaan yang serba kekurangan dari
segi kewangan, maka sudah tentulah bayaran yang diterima dapat sedikit
sebanyak meringankan bebanan mereka akibat kematian yang disebabkan
jenayah berkenaan. Namun begitu bagi yang inginkan ganjaran pahala dan
tidak perlukan wang pampasan mereka boleh memberikan kemaafan secara
percuma, bahkan pilihan inilah yang sangat digalakkan oleh Islam.
Undang-undang hudud diperuntukan bagi menggerunkan
masyarakat yang ada cadangan untuk melakukan jenayah berat.
Undang-undang ini mempunyai syarat-syarat yang amat banyak sebelum ia
boleh dikenakan ke atas seseorang tertuduh. Kadangkala kelihatan mungkin
agak mustahil untuk mensabitkan seseorang tertuduh melainkan dengan
pengakuan bersalah yang dibuatnya. Ini jelas bagi sesetengah kes seperti
zina yang memerlukan empat orang saksi yang jelas melihat perbuatan itu
dilakukan. Manakala bagi kes-kes yang lain pula sebarang keraguan yang
wujud atau berjaya ditimbulkan akan dengan mudah dapat menyebabkan
hukuman hudud itu tidak kenakan. Bahkan seseorang hakim yang
membicarakan kes-kes sedemikian dinasihatkan agar sentiasa bersikap
terbuka dalam menerima keraguan yang ditimbulkan. Ini adalah kerana
secara prinsipnya Islam melihat adalah lebih baik tersilap tidak
menghukum daripada tersilap menghukum seseorang di dalam kes-kes hudud.
Politik Malaysia Terkini
Posted on Monday, July 01 @ 11:13:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: ruhan
"Tsunami Cina, Apa lagi Cina mau? , dan 51% VS 47% merupakan petanda-petanda penting dan utama pascaPRU Ke-13. Satu pihak melaungkan rekonsiliasi nasional (kerukunan nasional) sebagai isyarat kepada perpecahan kaum yang dianggap sudah berlaku.
Satu pihak yang lain menyeru BN berhenti menggunakan isu perkauman dan politik menakut-nakutkan Melayu.
Perihal kejayaan UMNO memperoleh 88 kerusi dalam PRU Ke-13 merupakan manifestasi daripada penggunaan isu perkauman dan politik menakut-nakutkan. Sungguhpun UMNO hanya disokong oleh tiga juta pengundi Melayu atau kira-kira 20% undi popular, namun itu sudah cukup untuk membolehkan UMNO/BN menguasai 112 kerusi Dewan Rakyat untuk mendapat majoriti mudah.
Kita perlu sedar bahawa semua kerusi itu mempunyai jumlah pengundi yang kecil. Hal ini berlaku akibat persempadanan semula kawasan pilihan raya selepas prestasi buruk UMNO/BN pada tahun 1999. Harus diingat bahawa bukan sahaja tiada pertambahan kerusi untuk kawasan majoriti Melayu untuk Kedah, Kelantan, dan Terengganu dalam proses yang tujuannya untuk mengekang kemaraan PAS malahan juga kawasan yang ramai penyokong PAS dimasukkan ke dalam kawasan bermajoriti Cina. Pada masa itu, pengundi Cina merupakan talian hayat kelangsungan kuasa politik UMNO/BN.
Ternyata UMNO/BN menang besar dalam PRU Ke-11 yang menjulang tinggi nama Pak Lah. Walau bagaimanapun, pemimpin-pemimpin Melayu bersikap lupa diri dengan kejayaan tersebut.
Apabila kepentingan diri lebih diutamakan daripada kepentingan rakyat, bermaharajalelalah rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pembaziran, kronisme, dan sebagainya. Rakyat menghukum mereka dalam PRU Ke-12. Tersentak dengan kejadian tersebut, Pak Lah direhatkan dan Najib melaksanakan konsep transformasi sebagai mercu tanda pentadbirannya. Di situlah terbitkan KR1M, BR1M, TR1MA, PR1MA, dan sebagainya.
Modal itu telah dimanipulasi UMNO/BN untuk memenangi hati pengundi dalam PRU Ke-13. Namun, keputusannya prestasi Najib jauh lebih buruk daripada Pak Lah yang dicap sebagai kuat tidur itu. Isu perkauman dan politik menakut-nakutkan berhasil memberi 108 kerusi Luar Bandar kepada UMNO/BN. BN tidak memenangi sebarang kerusi di Bandar Majoriti Cina, menang hanya 4 kerusi di Bandar Majoriti Melayu, menang 1 kerusi di Bandar Campuran, dan 20 kerusi di kawasan Separa Bandar.
Ternyata pola pengundian di kawasan Luar Bandar memihak kepada UMNO/BN kerana orang Melayu di kawasan ini percaya bahawa tanpa UMNO negara ini akan dikuasai oleh orang Cina. Hakikatnya hanya ada 38 orang wakil rakyat Cina dari Pakatan Rakyat (29 DAP + 9 PKR) di Dewan Rakyat hari ini. Di samping itu, terdapat 10 orang lagi wakil rakyat Cina dari BN di Dewan Rakyat. Inilah antara fakta yang berjaya diselindungkan oleh UMNO/BN dari pengetahuan pengundi-pengundi Luar Bandar yang bukan saja miskin harta benda malahan juga papa maklumat.
Oleh sebab itu, keputusan PRU Ke-13 bukanlah tsunami Cina. Yang sebenarnya berlaku ialah tsunami rakyat Malaysia yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, dan lain-lain di kawasan Bandar Majoriti Cina, Bandar Majoriti Melayu, Bandar Campuran, dan Separa Bandar. Golongan bermaklumat yang mendiami kawasan-kawasan maju dan membangun ini menolak UMNO/BN yang korup dan sebagainya.
Sehubungan itu, pertanyaan “Apa lagi Cina mau?” langsung tidak relevan. Ini kerana rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan membentuk 51% undi popular untuk Pakatan Rakyat itu mahukan sebuah kerajaan yang bersih dan berkebajikan. Walau bagaimanapun, golongan terbanyak ini mengalami nasib yang sangat malang kerana mereka menyokong kuat Pakatan Rakyat tetapi hanya berhasil memberikan komponen itu 74 kerusi Dewan Rakyat saja. Sumbangan 15 kerusi untuk Pakatan Rakyat dari Luar Bandar tidak cukup untuk komponen itu mengambil alih Putrajaya.
Bengang dengan kemunculan 74 kerusi yang menjadi senjata makan tuan itulah yang menyebabkan Najib menggelabah dan mengeluarkan rangkai kata “tsunami Cina” dan Akhbar UMNO yakni Utusan bertanya, “Apa lagi Cina mau?”. Takkan hanya kerana itu rekonsiliasi nasional mau menjahanamkan entah berapa puluh juta RM wang pembayar cukai pulak!!!"
PSM teruskan rundingan sertai Pakatan
Posted on Monday, July 01 @ 06:39:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Ahmad Fadli KC
Kongres ke-15 Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berakhir hari ini memutuskan untuk meneruskan rundingan dengan Pakatan Rakyat bagi menyertai gabungan tersebut.
"PSM sedia terus dialog dengan Pakatan atas dasar saling hormat-menghormati," laman Twitter parti itu dipetik.
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan (bawah) sewaktu dihubungi Malaysiakini bagaimanapun menjelaskan, penyertaan parti itu ke dalam Pakatan bukan terletak di tangan PSM kerana ia memerlukan kelulusan Pakatan Rakyat sendiri.
"Jadi kami akan teruskan rundingan dan ia (penyertaan ke dalam Pakatan) bergantung kepada hasil rundingan itu," katanya.
Namun tegasnya, pada masa sama PSM juga akan menggerakkan usaha ke arah penubuhan 'Gabungan Kiri' yang menurutnya akan didokong organisasi seperti Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bagi "melawan kuasa neo-liberal dan kapitalis".
Kongres tiga hari bermula pada 28 Jun lalu di Cameron Highland itu antara lain turut membuat ketetapan menukar sistem keahlian daripada sistem keahlian terkawal kepada sistem keahlian terbuka.
Kongres parti beraliran kiri itu juga juga turut memutuskan agar PSM bertanding menggunakan logo mereka sendiri dalam pilihan raya umum akan datang.
Kes denggi dan malaria semakin meningkat dan membimbangkan
Posted on Monday, July 01 @ 10:43:25 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Penjagakubur
Oleh: amkns
"Johor catat kematian tertinggi kes denggi
1 Julai 2013 - Perangkaan Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan menunjukkan Johor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan tujuh kes sepanjang enam bulan tahun ini berbanding hanya satu kes tahun lalu.
Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata jumlah kes denggi
mingguan yang dilaporkan sehingga minggu lalu adalah tertinggi tahun ini
dengan melebihi tahap kritikal wabak iaitu 658 kes, meningkat 14
peratus berbanding kes minggu sebelumnya hanya 575 kes.
“Lapan
negeri menunjukkan peningkatan kes tahun ini iaitu Johor meningkat 88
peratus; Sarawak 58 peratus; Sabah 41 peratus; Negeri Sembilan 33
peratus; Perak 15 peratus; Kelantan tujuh peratus; Perlis dua peratus
dan Selangor satu peratus," katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.
*************
Kes malaria di Kampung Orang Asli meningkat
1 Julai 2013
Bilangan
kes malaria di Kampung Orang Asli Sungai Rual, Jeli dilaporkan terus
meningkat dan sebanyak 139 kes dikesan berlaku di daerah itu sehingga
kini.
Pengarah
Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, sebanyak
124 daripada kes tersebut membabitkan Orang Asli di kampung berkenaan
manakala sebanyak 10 kes lagi membabitkan warganegara Myanmar, tiga
warga Indonesia dan dua kes lagi melibatkan warga Thailand.
SPRM akan siasat SPR berhubung kemelut dakwat kekal
Posted on Sunday, June 30 @ 20:14:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh MUZLIZA MUSTAFAPosted on Sunday, June 30 @ 20:14:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan pasukan untuk menyiasat kemelut dakwat kekal, untuk melihat apakah terdapat pecah amanah dalam pembelian dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan tentang siastan ini akan tetapi enggan untuk memberi huraian lanjut.
Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan pasukan itu telah ditubuhkan minggu lepas. Terdapat rungutan umum berkenaan dengan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 5 Mei."
Dakwat kekal yang bertujuan untuk menghalang penggundian berulang itu gagal berfungsi apabila ramai rakyat Malaysia mendapati ianya mudah untuk ditanggalkan.
SPR berdepan tekanan selepas pendedahan di Parlimen baru-baru ini dimana bahan kimia dalam dakwat tersebut telah diganti dengan pewarna makanan yang menyebabkan ia mudah ditanggal.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim mengakui di Dewan Rakyat pada Rabu lalu pewarna makanan, bukannya nitrat perak yang digunakan dalam dakwat kekal.
Beliau berkata dakwat tertanggal kerana bahan kimia yang sepatutnya adalah punca dakwat tersebut mudah dibersihkan tetapi juga menyalahkan pengundi yang cuba membasuhnya sebagai punca ia tidak kekal.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga berhadapan tekanan daripada umum selepas dilaporkan beliau menerima surat daripada Kementerian Kesihatan mengatakan kerosakan buah pinggang dan risiko barah berkemungkinan dihadapi oleh pengundi sekiranya dakwat kekal mengandungi nitrat perak melebihi daripada satu peratus.
Dakwaan Aziz kemudiaan ditolak oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Subramaniam yang berkata laporan sedemikian tidak pernah dikeluarkannya serta mendakwa mereka tidak menerima permintaan untuk membuat analisis. - MalaysianInsider 30 Jun, 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan